You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Nurul Adilah (2016) telah menjalankan satu kajian kitar semula bagi mengetahui sikap
pelajar terhadap amalan kitar semula yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal.
Kecekapan dalam menguruskan sisa pepejal amat penting untuk menjamin kebersihan yang
berkualiti di setiap tempat. Pihak berkuasa telah memperkenalkan program kitar semula yang
merupakan pendekatan utama bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke arah yang lebih
sistematik. Dengan adanya pemprosesan sisa pepejal, ia dapat memudahkan bahan buangan
yang boleh dikitar semula dan menjadi sesuatu barang atau produk yang baru.

Salah satu masalah pencemaran alam sekitar ialah masalah pembuangan sampah yang
terlalu banyak dalam aktiviti harian manusia akibat daripada pembuangan sampah yang tidak
lestari. Oleh itu, akibat daripada pembuangan sampah yang tidak lestari akan mendatangkan
kepada pencemaran dan pengotoran alam sekitar. Sampah membawa maksud barang atau
benda yang tidak diinginkan yang disebabkan rosak, kotor, tidak berguna atau tidak berfungsi.
Pencemaran alam sekitar bukan sahaja memberi impak kepada alam sekitar dan manusia, tetapi
juga memberi impak kepada ekonomi negara.

1
2.0 KITAR SEMULA DAN SISA PEPEJAL

Proses memungut atau mengasingkan sisa pepejal merupakan maksud kepada kitar
semula atau 3R yang melambangkan reduce (kurang), reuse (guna semula) dan recycle (kitar
semula). Tujuan 3R adalah untuk menghasilkan atau mengubah semula bahan-bahan buangan
menjadi sesuatu produk atau barangan yang menjadi nilai yang boleh menjana pendapatan
tambahan daripada bahan buangan yang telah dikitar semula. Antara barangan ialah kaca,
plastik, aluminium, kertas dan sebagainya yang dibuang dalam tong sampah kitar semula yang
dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan menjadi produk atau barang baru.

Sisa pepejal adalah bahan yang tidak diperlukan oleh pengguna yang dihasilkan dalam
bentuk selain cecair dan gas melalui aktiviti harian daripada sumber kediaman, komersial dan
industri. Kitar semula merupakan aktiviti yang melibatkan pungutan, pengasingan dan
penjualan bahan kitar semula ke kilang untuk diproses menjadi bahan produk yang baru dan
lebih berfaedah. Ini merupakan salah satu langkah yang paling berkesan dalam
meminimumkan sisa buangan. Aktiviti kitar semula memberi faedah seperti persekitaran yang
bersih dan sihat serta dapat mengurangkan pencemaran.

Dengan adanya tong sampah kitar semula, sisa pepejal boleh diasingkan dengan begitu
senang kerana sisa buangan akan tidak bercampur. Oleh itu, kerja-kerja pemprosesan dapat
dimudahkan apabila sisa pepejal dihantar ke tempat memproses menjadi bahan baru. Sisa
pepejal daripada kediaman, perindustrian dan komersial merupakan sisa yang dijana dan sisa-
sisa tersebut tiada nilai serta dikumpul dan apabila memenuhi ruang tong sampah barulah ianya
dibuang. Sisa pepejal yang dihasilkan ini berpunca daripada beberapa faktor yang boleh
mempengaruhinya, seperti tabiat makanan, kepadatan penduduk, sikap serta tanggungjawab
yang dimainkan oleh individu dan masyarakat. Tetapi, jika pengurusan sisa pepejal dapat
dijana dan diuruskan dengan baik, pelbagai pencemaran akan dapat dielakkan dari segi bau dan
udara yang dapat mengelakkan sebarang penyakit kepada manusia yang berpunca daripada
tikus dan lalat.

3.0 METODOLOGI KAJIAN YANG DIGUNAKAN OLEH PENGKAJI

Terdapat beberapa kaedah metodologi kajian yang dilakukan oleh pengkaji iaitu kajian
awal, teknik persampelan, pengukuran, serta kaedah penganalisaan data dan maklumat. Oleh
itu, pengkaji mendapatkan maklumat melalui dengan kajian awal, mengedarkan borang soal

2
selidik serta penganalisaan data yang dibuat dengan menggunakan software SPSS (Statistical
for Social Science). Kajian awal yang dilakukan oleh pengkaji adalah melalui beberapa proses
seperi pembacaan, perbincangan dan pemerhatian terhadap kawasan kajian yang dijalankan.

Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan teknik persampelan secara rawak yang
terdiri daripada 50 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui pengumpulan data
yang diambil menggunakan borang soal selidik berdasarkan pusat pengajian teknologi dan
logistik yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat 4 soalan yang terdiri
daripada soalan-soalan berkaitan pengetahuan asas, tanggungjawab, sikap terhadap pengurusan
sisa pepejal dan cadangan. Skor markah yang digunakan oleh pengkaji adalah bermula daripada
1 hingga 4 yang menunjukkan 1 sangat rendah, 2 rendah, 3 tinggi dan 4 sangat tinggi. Hasil
kajian yang didapat oleh pengkaji setelah melakukan kaedah penganalisaan data dan maklumat
melalui software SPSS.

4.0 ISU DAN MASALAH

Masalah berkaitan alam sekitar merupakan masalah yang sering dijadikan isu utama
oleh setiap penyelidikan. Hal ini disebabkan masalah yang berkaitan alam sekitar tiada jalan
penyelesaian jika setiap individu berpegang pada sikap yang tidak menghiraukan alam sekitar
dan perubahan negatif kepada negara berlaku disebabkan pemodenan yang berkembang pesat.
Kelemahan dalam perlaksanaan program kitar semula dalam kalangan mahasiswa UUM
menyebabkan berlakunya pengurusan sisa pepejal tidak lestari. Penjanaan sisa pepejal semakin
meningkat akibat sikap segelintir individu yang sememangnya tidak mementingkan alam
sekitar yang bersih. Menjaga alam sekitar merupakan perkara yang amat penting untuk
menjamin keselesaan tempat pembelajaran dalam kalangan mahasiswa. Oleh itu, para pelajar
mahupun pensyarah dan staf UUM haruslah memainkan peranan yang penting dalam menjaga
alam sekitar. Akan tetapi mereka kurang menerapkan cara tersebut dengan sebab mereka sibuk
dengan aktiviti lain seperti kelas pembelajaran, aktiviti sukan, tugasan yang perlu disiapkan
dan sebagainya.

Dalam kajian yang dibuat, pengkaji melihat bahawa ramai pelajar di UUM membuang
plastik dan sisa makanan di sekitar tempat mereka makan. Selain itu, majoriti pelajar UUM
membuang sampah tanpa memikirkan sampah itu boleh dikitar semula ataupun tidak. Malahan,
kebanyakan daripada mereka suka membuang sampah ke dalam tong sampah yang sama dan
tidak mempunyai kesedaran untuk mengasingkan sampah berkenaan. Di samping itu juga, jika

3
mereka ternampak sampah di tepi jalan atau sampah yang terkeluar dari tong sampah,
kebanyakan daripada mereka hanya melihat sampah-sarap tersebut kerana mereka lebih
mengharapkan tukang sapu untuk membuatnya. Oleh itu, pengkaji menjalankan satu kajian
terhadap pelajar UUM bagi mengetahui sejauh mana pengetahuan dan sikap mereka terhadap
penjagaan alam sekitar dari segi pengurusan sisa pepejal. Sehubungan dengan itu, pengkaji
menggunakan teknik persampelan secara rawak yang terdiri daripada 50 orang pelajar UUM
melalui pengumpulan data yang diambil menggunakan borang soal selidik berdasarkan Pusat
Pengajian Teknologi dan Logistik yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat
4 soalan yang terdiri daripada soalan-soalan berkaitan pengetahuan asas, tanggungjawab, sikap
terhadap pengurusan sisa pepejal dan cadangan. Skor markah yang digunakan oleh pengkaji
adalah bermula daripada 1 hingga 4 yang menunjukkan 1 sangat rendah, 2 rendah, 3 tinggi dan
4 sangat tinggi. Hasil kajian yang didapat oleh pengkaji setelah melakukan kaedah
penganalisaan data dan maklumat melalui software SPSS.

4
5.0 HASIL KAJIAN YANG DIDAPATI OLEH PENGKAJI

1) Tahap pengetahuan berkenaan kitar semula dan pengurusan sisa pepejal

Tahap pengetahuan

16%

30%

28%

26%

1 2 3 4

Carta 1: Tahap pengetahuan berkenaan kitar semula dan pengurusan sisa pepejal
Sumber: Kitar semula: pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap
pengurusan sisa pepejal

Kajian yang dibuat oleh pengkaji mengenai tahap pengetahuan pelajar berkenaan kitar semula
dan pengurusan sisa pepejal menunjukkan pada tahap skala 1 dan 2 yang berada pada tahap
yang rendah iaitu skala 1 sebanyak 16 peratus dan pada skala 2 pula sebanyak 28 peratus. Ini
menunjukkan bahawa sebilangan pelajar UUM yang mempunyai pengetahuan mengenai kitar
semula adalah rendah. Manakala, pada skala 3 dan 4 yang merupakan skala paling tinggi
sebanyak 30 peratus dan menunjukkan segelintir pelajar mempunyai pengetahuan mengenai
kitar semula terhadap pengurusan sisa pepejal. Walau bagaimanapun, ianya masih berada pada
tahap tidak memuaskan kerana pada skala 1, 2 dan 3 berada pada tahap yang rendah. Dan
daripada keseluruhan peratusan ini, boleh disimpulkan bahawa tahap pengetahuan yang rendah
adalah disebabkan oleh pengetahuan kitar semula yang ada pada pelajar adalah kosong dan apa
yang mereka tahu hanya makan sekadar makan, minum dan sisa makanan dibuang ke dalam
tong sampah yang berdekatan tanpa mengetahui bahawa sisa tersebut harus diasingkan ke
dalam tong sampah kitar semula. Dapat dilihat bahawa responden tidak mengikuti dan
mengetahui program kitar semula dan tidak mahu mempraktikannya.

5
2) Tahap tanggungjawab yang ditunjukkan terhadap pengurusan sisa pepejal

Tahap tanggungjawab

10%
24%

24%

42%

1 2 3 4

Carta 2: Tahap tanggungjawab yang ditunjukkan terhadap pengurusan sisa pepejal


Sumber: Kitar semula: pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap
pengurusan sisa pepejal

Carta pai di atas menunjukkan kajian yang dibuat oleh pengkaji mengenai tahap
tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap pengurusan sisa pepejal. Pada skala 1
adalah 10 peratus dan skala 2 adalah 24 peratus yang menunjukkan tanggungjawab pelajar
terhadap pengurusan sisa pepejal adalah sangat rendah, manakala bagi skala 3 sebanyak 42
peratus dan pada skala 4 sebanyak 24 peratus sahaja. Pengkaji mendapati bahawa tahap
tanggungjawab pelajar terhadap pengurusan sisa pepejal adalah rendah seperti peratusan di
skala 4. Pengkaji juga mendapati pelajar tidak mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap
pengurusan sisa pepejal. Hal ini disebabkan mereka lebih tidak mempunyai kesedaran diri yang
tinggi dan tidak akan mengambil sampah di atas jalan untuk membuangnya di tempat yang
sepatutnya. Malahan, mereka lebih kepada berpura-pura tidak melihat sampah tersebut. Oleh
itu, program 3R dikatakan tidak berkesan disebabkan tiada sikap saling bertanggungjawab
dalam menjadikan alam sekitar bersih dan tiada kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar.

6
3) Sikap yang ditunjukkan terhadap program kitar semula

SIKAP

8%
24%

42%

1.2

1 2 3 4

Carta 3: Sikap yang ditunjukkan terhadap program kitar semula


Sumber: Kitar semula: pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap
pengurusan sisa pepejal

Carta pai di atas menunjukkan bagi soalan tiga yang telah dikaji oleh Nurul Adilah (2016).
Pada skala 1 sebanyak 8 peratus, manakala pada skala 2 adalah 24 peratus dan ini telah
menunjukkan sikap pelajar terhadap program kitar semula yang dijalankan adalah rendah. Hal
ini kemungkinan disebabkan mereka tidak berminat terhadap program yang berkaitan dengan
kitar semula. Hal ini kerana, terdapat pelajar yang berpendapat bahawa kitar semula merupakan
satu program yang membosankan dan membazir masa mereka. Walau bagaimanapun, pada
skala 3 iaitu 42 peratus, menunjukkan peningkatan yang sedikit berbanding skala 1 dan 2 dan
pada skala 4 sebanyak 26 peratus. Peningkatan pada skala 3 menunjukkan masih ada
sesetengah pelajar yang menunjukkan sikap minat terhadap program kitar semula.

7
4) Kewajaran program berkaitan alam sekitar dua kali dalam sebulan

PROGRAM

1 2 3 4

Carta 4: Kewajaran program berkaitan alam sekitar dua kali dalam sebulan
Sumber: Kitar semula: pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap
pengurusan sisa pepejal

Carta 4 menunjukkan keputusan daripada soalan 4 yang dikaji oleh pengkaji iaitu cadangan
yang akan dilaksanakan kepada pelajar UUM mengenai kitar semula bagi tujuan untuk
meningkatkan pengetahuan, bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar, menaikkan
minat terhadap program kitar semula dan sebagainya. Dalam cadangan ini, pada skala 3 dan 4
menunjukkan bahawa pelajar bersetuju terhadap kewajaran program yang berkaitan dengan
alam sekitar dibuat dua kali dalam sebulan. Jika semua pihak yang bertanggungjawab turut
menjayakan program alam sekitar, ianya sekaligus dapat meningkatkan semangat serta
kesedaran dalam menjaga alam sekitar, pentingkan kebersihan dan udara yang segar serta
menggalakkan kepekaan mengenai alam sekitar dalam kalangan pelajar. Antara program yang
boleh dilakukan yang dicadangkan oleh pengkaji adalah dengan menerapkan pendidikan alam
sekitar, mengadakan kempen kitar semula dan alam sekitar, seminar berkaitan alam sekitar
oleh pihak yang berwajib, mewujudkan subjek alam sekitar dan sebagainya yang boleh
menaikkan semangat, pengetahuan dan sikap mahasiswa terhadap kitar semula dan sekaligus
dapat menjamin kebersihan di sekitar kawasan UUM.

8
6.0 KESIMPULAN

Daripada kajian yang dilakukan oleh Nurul Adilah (2016) menunjukkan tahap
pengetahuan adalah tinggi, manakala tahap tanggungjawab dan sikap pelajar UUM berkenaan
kitar semula terhadap pengurusan sisa pepejal adalah sangat rendah. Hal ini dapat dijelaskan
bahawa pelajar mempunyai pengetahuan mengenai kitar semula terhadap pengurusan sisa
pepejal tetapi mereka kurang menggunakan pengetahuan mereka terhadap pengurusan sisa
pepejal. Oleh itu, ia menyebabkan tanggungjawab serta sikap pelajar terhadap pengurusan sisa
pepejal adalah berada pada tahap yang rendah dan mereka kurang mengambil tahu mengenai
kepentingan kitar semula dan penjagaan alam sekitar pada masa hadapan. Tambahan lagi
dengan sikap dan tanggungjawab pelajar terhadap pengurusan sisa pepejal yang hanya
meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada tukang sapu dan mereka lebih kepada sikap
yang pentingkan diri sendiri.

Selain itu, disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dalam kalangan pelajar berkaitan
dengan alam sekitar, pihak pengurusan institusi pengajian tinggi di UUM harus menerapkan
pendidikan alam sekitar dan mengadakan program kitar semula dalam kalangan pelajar UUM.
Dalam masa yang sama, pihak pengurusan UUM perlu menambahkan lagi tong kitar semula
di setiap inasis. Oleh itu, dengan program kitar semula, ia dapat membantu pihak pengurusan
untuk mengatasi masalah pencemaran akibat aktiviti pembuangan sampah yang tidak betul
sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan dalam kalangan pelajar mengenai alam sekitar.

9
RUJUKAN

Fazida Othman. (2012). Amalan pembuangan sampah dalam kalangan pensyarah pelajar dan
pekerja kafeteria di Institut Pendidikan Guru-Kampus Pendidikan Islam. Di akses pada
23 September 2017 daripada http://ipgktb.edu.my/lestari/ipglestari/kertas_lestari2012
/Fazida%20binti%20Haji%20Othman.pdf

Hafizah. (2010). Reuse, reduce, recycle. Di akses pada 23 September 2016 daripada http://hafi
zah-lupikirlahsendiri.blogspot.my/

Nurul Adilah. (2011). Kitar semula: Pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara
Malaysia terhadap pengurusan sisa pepejal. Di akses pada 24 September 2017 daripada
http://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p1211.pdf

Masyitah Md Nujid, Nurjuhanah Juhari, & Juliana Martin. (2011, Julai). Kajian penjanaan sisa
pepejal dan tahap kesedaran penduduk terhadap kitar semula di seluruh negeri Perlis,
6, Artikel 1. Di akses pada 24 September 2016 daripada http://www.myjurnal
.my/filebank/published_article/17420/19.pdf

10

You might also like