You are on page 1of 6

Matric No Name Contact No.

257321 FARHAN BIN MOHAMAD HANAPI 012-44652187

SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN


SEMESTER APRIL 2021/2022 (JA2111)
TUGASAN 1- TUGASAN INDIVIDU (CABARAN FREEBIE)

TUGASAN:Sediakan satu esei (5 muka surat) menceritakan pengalaman komunikasi perundingan yang
anda lalui, Dengan mengaitkan pengalaman tersebut dengan apa yang telah anda pelajari (sila rujuk
Perancangan Akademik untuk arahan penuh).

TAJUK: CABARAN FREEBIE – PEMBELIAN PRODUK KAMBING DAN AYAM PERAP

NAMA PENSYARAH: Encik Rosli Bin Ismail


TARIKH PENYERAHAN: 07 Jun 2021
PENGENALAN

Komunikasi berfungsi bagi tujuan pemindahan idea, pengetahuan dan maklumat yang
difikirkan penting oleh organisasi kepada pekerja sebagai perangsang untuk bekerja dengan
lebih bersemangat (Prashant (2000)). Johlke dan Duhan (2000) pula membuktikan bahawa
tanpa komunikasi yang berkesan, sudah pasti pencapaian pelaksanaan tugas yang
dirancang akan menghadapi kegagalan dan tidak mencapaiobjektif organisasi. Komunikasi
ialah nadi dalam sebarang perundingan kerana perundingan adalah proses pertukaran dan
perkongsian maklumat yang membolehkan perunding-perunding mencapai objektif
perunding masing-masing. Melalui proses komunikasi, perunding dapat bertukar maklumat
secara sengaja atau tidak disengajakan. Prashant (200).

Dalam penugasan yang diberikan, saya telah menemuramah seorang peniaga yangdikenali
sebagai Abdul Hadi Bin Ba’adiulazmi dan menjalankan perniagaan frozen seperti kambing
perap dan ayam perap semenjak 2 tahun yang lepas. Nama perniagaan beliau ialah
Gourmet Tasty di bawah naungan Syarikat Baraqah Enterprise. Pengalaman yang dapat
dijelaskan di sini adalah banyak dari segi komunikasi beliau apabila berhadapan dengan
pelanggan dan melakukan iklan atau hebahan disocmed (Media sosial).

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan oleh Pihak Kerajaan Malaysia pada
bulan Mac tahun ini telah menampakkan keberhasilan untung dari segi perniagaan yang
beliau jalankan. Ini adalah kerana beliau menjadi tumpuan ramai pelanggan oleh faktor-
faktor persekitaran dan juga kegunaan media sosial seperti kawasan yang strategik dan luas
serta lokasi. Lokasi perniagaan dan tempat pemprosesan adalah di Residensi Gombak 126,
Jalan Gombak Setapak, Kuala Lumpur.
LATAR BELAKANG RUNDINGAN

Bagi pengalaman tugasan ini, saya telah membuat rundingan pembelian kambing perap dan
ayam perap untuk diberikan kepada 40 orang rakan di dalam kelas serta rakan kerja saya.
Kambing perap dan ayam perap ini antara satu makanan western atau bbq yang paling
digemari orang ramai. Setiap individu pastinya menyimpan sekurang-kurangnya satu
kenangan indah berkaitan kambing perap dan ayam perap tidak kira sama ada ketika usia
kecil mahupun dewasa. Bau rempah yang tidak hamis dan memukau menjadikannya antara
pilihan paling popular untuk pelbagai acara istimewa termasuk dijadikan sebagai hidangan
untuk berkelah, Bersama keluarga untuk bakar bakar atau dikan sebagai makanan western.
Malah, hidangan ini menjadi kegemaran ramai dan sesuai dihidangkan, sama ada pada
waktu makan tengah hari dan juga waktu makan malam.

Selain itu, sesi menikmati makanan perap ini bersama rakan juga dianggap sebagai satu
cara boleh memberikan keseronokan, terutama selepas sibuk dengan kepadatan jadual
kerja dan kelas pengajian separuh masa dihujung minggu. Kambing perap ini walau dilihat
secara ringkas agak susah pembuatannya dengan rempah serta packaging, namun apabila
ia dimasak atau di bakar ia enak dinikmati dan sering kali menjadi resipi pilihan bagi yang
gemar mempelajari kambing dan ayam perap, khususnya bagi baharu belajar.

PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Pengalaman saya ketika perundingan untuk membeli kek coklat dengan penjual. Pada mula
nya, saya bercadang ingin membeli 10 paket kambing perap 10 paket ayam perap kepada
beberapa orang penjual bagi melihat perbezaan harga. Namun setelah detiliti En. Abdul
Hadi menjual bagi setiap paket kambing perap ialah RM 30 / 500 gram dan Ayam Perap
RM13 / 500 gram lebih rendah. Namun begitu, hanya penjual hanya bersetuju untuk
berunding dengan harga yang lebih rendah jika saya dapat jual sebanyak 40 paket iaitu 20
paket kambing perap dan 20 paket ayam perap dengan memberi saya komisyen setiap
paket iaitu RM5 sepaket kambing perap dan RM3 sepaket ayam perap

Setelah dipertimbangkan, akhirnya saya bersetuju mengambil produk tersebut.


Memandangkan saya ingin membeli sebanyak 40 biji paket, maka penjual telah
mengurangkan kos harga asal kepada RM25 sepaket kambing perap dan RM10 bagi ayam
perap. Ini menjadikan kos yang perlu dibayar oleh saya adalah RM700 daripada bajet asal
saya iaitu RM860. Dengan konsep perundingan ini saya dapat berjimat sebanyak RM160.

Berikut merupakan ringkasan proses perundingan bagi mendapatkan harga yang paling
rendah yang tidak melebihi bajet saya.
Penjual Harga Asal Harga selepas Penjimatan
rundingan / catatan
Encik RM 30 / 500 Dirundingkan kepada RM5 x 20 paket kambing perap = RM
Abdul gram sepaket RM25/500 gram 100
Hadi Kambing perap sepaket kambing perap RM3 x 20 paket ayam perap = RM 60
Dan RM 13 / dan RM10/500 gram Total = R160
500 gram sepaket ayam membeli Harga yang perlu dibayar adalah RM25
sepaket Ayam dengan kuantiti yang x 20 + RM10 x 20 = RM700.00
Perap lebih banyak

Sepanjang proses ini saya mendapati, pihak yang berunding bergantung antara satu
sama lain. Sebagai contoh, saya dan penjual saling bergantung antara satu sama lain.
Saya memerlukan 40 biji paket dan penjual bersedia untuk memberikan 40 paket dengan
harga yang lebih rendah serta komisyen.

Pengajaran kedua yang saya dapat lihat dari proses perundingan ini adalah mencari
pembeli. Ini kerana kita dapat dilihat dimana tak ramai orang makan kambing namun
dengan ada ayam perap ia memberi pilihan kepada pembeli. Dengan memberi satu
pembentangan kepada pembeli dan kenyakinan yang jelas, saya mendapati proses
perundingan menjadi lebih mudah. Oleh itu, cabaran saya hadapi untuk menjual agak
membuka mata saya perniaga yang menjual di waktu gelombang Covid ini. Di samping itu,
penjualan ini juga bukan sekadar secara bersemuka namun penjualan produk ini juga
dijual di alam maya (media sosial) di mana jualan ini lebih mencabar untuk mencari
pasaran dan pemasarannya. Saya dapat melihat apabila kita menjual secara media sosial
perlu harus bijak untuk mencari demographic yang tepat.

Pengajaran seterusnya adalah persepsi iaitu tanggapan terhadap pembeli yang dimana
dalam sesuatu proses rundingan itu memainkan peranan yang penting dalam menentukan
hala tuju bila menjual produk. Bagi hal ini, saya beranggapan pada mulanya mungkin
ramai akan membeli kambing perap kerana semesti ramai warga kota KL memakan
kambing.

Namun oleh kerana belaku serangan gelombang penyakit berjangkit iaitu Covid-19 ini,
keadaan rakyat membeli hanya kadang kala sahaja. Di samping itu, persepsi orang mula
berubah makan hanya keperluan bukan untuk makan selalu kerana menjaga kewangan.
Saya juga dapat melihat tak semua warga makan, hanya orang muda sahaja yang
membeli. Bagi warga tua jarang membeli. Namun pilihan ayam perap agak tinggi kerana ia
boleh di makan oleh semua warga. Penghantaran juga saya menghadapi satu cabaran
kerana ada yang penghantaran mahu satu paket sahaja bagi yang jarak jauh. Oleh itu
saya mempelajari di mana jika yang penghataran jauh saya menyelesaikan dengan cara
minimun satu order haruslah 2 paket ke atas agar ia tidak rugi dari segi penghataran. Bagi
saya pengalaman ini sangat bermakna kerana saya lebih memahami produk ini
permintaannya bagaimana jualan serta permintaan.

KESIMPULAN

Komunikasi dalam perundingan diantara saya dan juga Encik Abdul Hadi dapat dilihat
melalui situasi akhir iaitu interaksi yang melibatkan tawar-menawar yang akhirnya akan
mewujudkan satu matlamat bersama. Contoh kita dapat lihat di mana saya ingin membeli
produk yang lebih rendah, manakala penjual ingin menjual produk dengan kuantiti yang
banyak. Apabila membeli dengan kuantiti produk tinggi yang lebih banyak, maka encik
abdul hadi telah mengurangkan harga yang rendah kepada pembeli kerana penjual telah
mencapai matlamat, menjual produk lebih banyak.

Perundingan yang dibincangkan menunjukkan setiap strategik perundingan yang


digunakan oleh perunding mempunyai implikasi terhadap gaya komunikasi yang akan
digunakan oleh perunding dalam sesuatu proses perundingan. Hubungan antara
komunikasi dan perundingan adalah dinamik iaitu berubah mengikut kesesuaian dan
banyak dipengaruhi oleh faktor keinginan yang ingin dicapai. Komunikasi dalam
perundingan memainkan peranan yang penting dalam membuat persetujuan diantara saya
dan En. Abdul Hadi.
RUJUKAN

Johlke, M. &. (2000). Supervisor communication practices and service. Journal of Service Research ,
154-165.

Kotler, P. (2004). Marketing Management. In Marketing Management. Englewood: The Millenium


Edition.

Prashant, P. (2000). Communication, Meaning, and Interpretation. Journal of Linguistics and


Philosophy , 23:185-212.

R. Fisher, W. U. (1991). Getting to Yes: Negotiating an agreement without giving. Century Business ,
125-126.

You might also like