You are on page 1of 23

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan .................................................................................................................. 1 - 2


2.0 Peranan Pemimpin Di dalam Organisasi ..................................................................... 3 -
12
2.1 Cabaran Sebagai Pemimpi
2.2 Cabaran Meningkatkan Kualiti Pemimpin Dalam Sektor Awam
3.0 Kesan-kesan Diversiti ............................................................................................... 13 -
14
4.0 Cadangan ................................................................................................................... 15 -
18
5.0 Kesimpulan ................................................................................................................ 19
6.0 Rujukan

1
2
1.0 PENGENALAN

Diversiti atau kepelbagaian adalah satu set kesedaran pengalaman hidup termasuklah
memahami dan menghormati saling kebergantungan antara manusia, budaya dan alam
semulajadi (Kiser dan Scobey, 2010). Subjek mengenai diversiti yang merangkumi aspek
jantina, etnik, bangsa, bahasa, budaya, agama, dan lain-lain masih terus dibahaskan lebih 30
tahun yang lalu biarpun antropologi atau kaji manusia tentang kepelbagaian budaya telah
dilakukan hampir 150 tahun (Jonsen et al., 2011). Hal ini membawa kepada kewujudan dan
penggunaan beberapa terma seperti kesedaran kepelbagaian (diversity awareness),
pengurusan kepelbagaian (diversity management), kepelbagaian tenaga kerja (workforce
diversity) dan kepelbagaian budaya (multicultural).

Selain iti, kajian yang dilakukan sebelum ini telah banyak menyumbang kepada
kesedaran dan pengurusan diversiti yang berkesan tetapi pelaksanaannya adalah terhad
(Maxwell et al., 2001; Cox, 2001). Keberkesanan kesedaran diversiti bukan sahaja bergantung
kepada seseorang individu tetapi juga di atas kejayaan pengurusannya di mana pengurusan
diversiti telah dikarakterkan sebagai satu isu yang strategik iaitu penting kepada kejayaan
ekonomi dan persaingan. Persaingan ekonomi dunia telah menyebabkan berlakunya
peningkatan pemindahan sumber manusia dan kepelbagaian bahasa, etnik dan budaya dalam
sesebuah pertubuhan atau organisasi (Awang-Rozaimie et al., 2011). Isu diversiti semakin
menjadi tumpuan dan mendapat perhatian kebelakangan ini disebabkan peningkatan
globalisasi yang mengakibatkan berlakunya perubahan tenaga kerja dan pertambahan
golongan minoriti dalam sesebuah organisasi atau negara (Kwak, 2003).

Oleh yang demikian, walaupun banyak perhatian diberikan kepada isu diversiti,
tetapi ia lebih banyak tertumpu di Amerika Syarikat di mana ia seringkali melibatkan
golongan penduduk majoriti yang berkulit putih dan golongan penduduk minoriti yang
berlainan warna kulit seperti penduduk kulit hitam, Asia, dan lain-lain. Selain itu, kajian di
Amerika Syarikat juga seringkali menekankan mengenai kepelbagaian budaya, bangsa dan
etnik seseorang individu sama ada dalam sesebuah organisasi atau di dalam kampus (Milem et
al., 2005). Di samping itu terdapat juga kajian yang dijalankan mengenai kepelbagaian dari
sudut perspektif antarabangsa yang membincangkan mengenai literatur-literatur yang
berkaitan dengan kepelbagaian (Jonsen, 2011).

Justeru itu, walaupun banyak perhatian diberikan kepada diversiti tenaga kerja dan
pengurusannya, pada masa yang sama pelaksanaan dan kajian mengenai kesedaran diversiti

1
perlulah diberi penekanan dan perhatian yang seimbang. Hal ini kerana, kesedaran diversiti
yang membolehkan pengurusan diversiti dirancang dan dijalankan dengan lancar. Sebagai
contoh, Bae dan Clark (2005) serta Jones (2005) menyatakan terdapat 20 cara untuk
menyatukan kesedaran diversiti di dalam kelas yang membolehkan pelajar berbilang bangsa
dan identiti belajar bersama dan bekerjasama di antara satu sama lain. Penyatuan kesedaran
diversiti di dalam kelas bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan tugasan seseorang guru
tetapi juga memerlukan kerjasama daripada pelajar dan penglibatan ibu bapa serta semua staf
di sesebuah kampus. Pelaksanaan penyatuan kesedaran diversiti itu boleh diadaptasi dan
digunakan di sesebuah organisasi untuk memastikan kelangsungan pekerjaan dan
perkhidmatan yang diberikan.

Seterusnya, terdapat kajian mengenai kesedaran diversiti yang dijalankan tetapi lebih
tertumpu kepada mempromosikan mengenai kesedaran diversiti (Pekeur, 2002; Edwards et
al., 2009; Pekeur dan Bayat, 2012). Kesedaran diversiti perlu dipromosi kerana kadangkala
kita tidak menyedari mengenai diversiti di sekeliling kita dan kurang peka kepada
persekitaran yang pelbagai menyebabkan timbulnya konflik-konflik dan masalah yang lebih
besar. Kajian mengenai kesedaran diversiti juga kadangkala merangkumi keberkesanan
program latihan kesedaran diversiti dan kesan serta impak program latihan yang dijalankan
(Cavaleros et al., 2002; Sanchez dan Medkik, 2004).

Oleh itu, kesedaran diversiti adalah penting bagi membolehkan program-program


dan aktiviti-aktiviti seperti program latihan dirancang untuk meningkatkan kepentingan
diversiti dan dalam masa yang sama untuk membantu seseorang individu dan organisasi untuk
mencapai kelebihan daya saing.

2
2.0 PERANAN PEMIMPIN DALAM ORGANISASI

Kemajuan dalam pentadbiran sesebuah negara akan memastikan kejayaan dalam memacu
kecemerlangan dalam aspek pentadbiran dan tadbir urus yang amat diperlukan dalam
sesebuah negara yang sedang membangun. Pembangunan modal insan yang mantap akan
berjaya melahirkan pemimpin masa hadapan. Oleh yang demikian, cabaran untuk
membangunkan negara banyak bergantung pada kualiti kepimpinan yang berwawasan dan
berteraskan ilmu pengetahuan yang luas dan berpengalaman.

Pemimpin adalah merupakan ketua kepada sesebuah organisasi dan orang yang
memimpin golongan yang berada di dalam pimpinan beliau. Selain itu, dari penjelasan
berhubung takrifan pemimpin, amat berkaitan dengan sesuatu organisasi. Hal ini menzahirkan
bahawa mesti ada golongan yang dipimpin dan menjadi suatu petunjuk bahawa pemimpin
adalah mereka yang berada di hadapan dan mengepalai suatu kelompok masyarakat atau
golongan yang lebih besar sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Di dalam
membicarakan maksud pemimpin, banyak diperkatakan berhubung ciri-ciri seorang
pemimpin. Peranan pemimpin memainkan peranan yang penting didalam sesebuah organisasi
terutama dalam sektor awam. Antara peranan pemimpin ialah:

i. Berwawasan Ke Hadapan

Seseorang pemimpin hendaklah mempunyai wawasan dalam memimpin organisasi beliau.


Selain itu, beliau juga hendaklah mempunyai strategi yang jelas dan kemas bagi
membolehkan beliau membawa organisasi beliau ke hadapan dan ke suatu tahap yang lebih
baik.

ii. Agen Kejayaan

Pemimpin hendaklah sentiasa mempersoalkan dirinya berhubung arah dan hala tuju
pimpinannya itu. Beliau hendaklah sentiasa boleh dan mampu serta sedia untuk mencipta
kejayaan. Hal ini kerana, setiap bentuk kepimpinan itu memerlukan seorang pemimpin yang
boleh mengubah lanskap organisasi sedia ada kepada era perubahan yang boleh mencipta
kegemilangan dan seterusnya menzahirkan kejayaan dalam organisasi beliau.

iii. Minda Keatif dan Inovatif

Kejayaan sesebuah organisasi itu banyak bergantung kepada seberapa banyak idea perubahan
yang dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan perubahan. Perubahan ini pula akan
memastikan kejayaan pelaksanaan dan seterusnya membuahkan kebaikan. Bukan itu sahaja,
3
beliau hendaklah seorang yang bersifat kreatif dan inovatif di samping dapat menyampaikan
prinsip-prinsip yang hendak diperjuangkannya. Antara ciri-ciri yang nyata adalah pemimpin
juga mesti berpandangan jauh dan sentiasa ingin menerokai alam baharu yang akan memberi
manfaat.

iv. Kemampuan Untuk Mendengar

Di dalam memastikan kejayaan di dalam organisasi, seseorang pemimpin itu perlu ada
kemampuan untuk mendengar masalah dari organisasinya sendiri. Beliau mestilah
mempunyai kesanggupan dan kekuatan untuk menerima aduan, teguran, cemuhan dan
ketidakpuashatian dari kakitangan bawahannya. Kesanggupan dan keberanian ini akan
membolehkan setiap isu dan permasalahan yang timbul dapat dikenalpasti, diperhalusi dan
akan cuba diselesaikan menggunakan sumber sedia ada dengan lebih berkesan dan efektif.

v. Keterbukaan Minda

Pemimpin perlu mempunyai minda yang terbuka. Kelebihan ini akan membolehkan beliau
mempunyai pasukan yang kuat dan berani untuk memberi pendapat tanpa takut. Pemimpin
juga janganlah memusuhi mereka kerana berbuat demikian. Oleh itu, lebih banyak pandangan
maka lebih banyaklah peluang untuk membuka minda.

vi. Matlamat Yang Jelas

Pemimpin hendaklah mempunyai matlamat yang jelas, munasabah dan yang boleh diukur.
Penyiapan setiap projek hendaklah menepati jangka waktu yang ditetapkan.

vii. Aspirasi

Pemimpin perlu sering memberi aspirasi kepada golongan yang dipimpinnya. Pemimpin
perlulah berdisiplin, bersikap positif, bertenaga dan mempunyai fokus tentang apa yang
hendak dilakukannya akan berjaya membawa perubahan yang baik kepada institusi yang
dipimpinnya.

viii. Mempertingkatkan Kepakaran

Pemimpin dalam memastikan kepimpinan diri sentiasa dipertingkatkan, perlu menambah ilmu
dan kepakaran dalam mengemudi organisasinya ke arah yang lebih cemerlang dan berdaya
maju. Oleh yang demikian, beliau hendaklah menggunakan kepakaran istimewa yang ada
pada dirinya untuk meningkatkan lagi keupayaan institusi yang dipimpinnya. Usia pemimpin
itu tidaklah penting tetapi hendaklah mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

4
Disamping itu, pemimpin juga perlu mempunyai kewibawaan yang luar biasa dan beliau
diperlukan untuk membantu organisasinya yang masih lemah. Oleh yang demikian, beliau
tidak boleh mempunyai perasaan menindas atau mementingkan diri sendiri.

ix. Mengotakan Janji

Pemimpin hendaklah melaksanakan apa yang telah dirancangkan serta mengotakan apa yang
dijanjikan. Hal ini bermaksud, pemimpin hendaklah sentiasa bertanya dirinya sama ada setiap
langkah yang diambil boleh membuahkan kesan. Dalam erti kata lain, pemimpin hendaklah
sentiasa bertindak mengikut strateginya dan bertanggungjawab di atas keputusan yang
dibuatnya. Pemimpin yang sebenar akan dapat memastikan keberhasilan apa yang diucapkan.
Oleh yang demikian, adalah lebih baik demi untuk menjamin keberkesanan yang tinggi,
pemimpin hendaklah berintegriti bagi mengerjakan tugas tertentu dan mempunyai kekuatan
dirinya sendiri yang kuat.

x. Berani Berubah

Pemimpin hendaklah melakukan perubahan terhadap perkara-perkara yang telah usang dan
lapuk. Dia mesti memikirkan bagaimana untuk tidak lagi mempraktikkan perkara-perkara
sedemikian dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih progresif dan bermanfaat. Walau
bagaimanapun, perubahan ini disyaratkan beliau mempunyai ilmu dan pengetahuan yang
lengkap bagi memastikan perubahan itu tepat, benar dan mengikut lunas-lunas yang jelas dan
kukuh. Oleh itu, untuk melakukan ini pemimpin mestilah arif dalam membezakan amalan-
amalan yang ketinggalan zaman dan mesti sanggup melaksanakan perubahan yang baru
seiring semasa dan yang berdaya saing. Selain itu, adalah menjadi ciri yang penting kepada
pemimpin untuk memberi tunjuk ajar kepada orang-orang yang di dalam organisasinya
supaya dapat memahami dan menerima perubahan-perubahan yang hendak dilakukan itu.
Kegagalan untuk berbuat demikian akan memberi kesan dan akan menyebabkan usahanya itu
akan gagal.

xi. Iltizam dan Tahap Fokus Yang Tinggi

Di dalam memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu tugas dan tanggungjawab, seseorang


pemimpin perlu mempunyai iltizam dan fokus yang tinggi. Tahap keyakinan dan
kesanggupan untuk melaksanakan tugasan mestilah disasarkan ke suatu tahap di atas
pencapaian yang ditetapkan walaupun pada mulanya ramai di dalam organisasi tidak yakin
dapat berbuat demikian.

5
xii. Ganjaran

Di dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin, beliau perlu faham untuk mencapai sesuatu
sasaran yang ditetapkan, beliau wajar memikirkan ganjaran yang perlu diberikan sesuai
sebagai pendekatan motivasi kepada mereka di dalam organisasinya. Tentunyalah apabila kita
hendak mengubah yang lama, kita mestilah mewujudkan ganjaran yang setimpal,
mengurangkan halangan dan meyakinkan mereka di dalam organisasi tentang kebaikan yang
akan diperoleh melalui perubahan tersebut.

xiii. Integriti, Protokol dan Pematuhan Standard

Keutuhan sesuatu organisasi dalam mencapai kejayaan dipagari pemimpin yang mempunyai
integriti. Namun begitu, kejayaan ini tidak mencukupi jika tidak disertakan suatu protokol
yang mantap dalam pelaksanaan tugasan. Oleh yang demikian, pemimpin hendaklah
mengikuti dan mentaati protokol yang ditetapkan. Sekiranya tidak ada atau kurang
memuaskan, maka protokol hendaklah diadakan atau diperbaiki. Kebertanggungjawaban
hendaklah diutamakan kerana ia menjamin piawai dan dapat mengelakkan kesan yang tidak
baik. Oleh itu, jika terdapat kegagalan untuk mematuhi protokol yang ditetapkan, seseorang
pemimpin mestilah mempunyai daya kekuatan untuk memastikan apa yang telah ditetapkan
dapat dilaksanakan. Di sini, prinsip pematuhan standard perlu diwujudkan oleh pemimpin
sebagai penanda aras kepada ukuran pelaksanaan. Pemimpin perlu mempunyai daya
pemikiran yang tinggi serta keupayaan meletakkan kepentingan penyelesaian yang mantap
kepada sebarang isu yang dihadapinya.

xiv. Maklumbalas dan Tindakan Penambahbaikan

Setiap sesuatu teguran dan pandangan dari orang yang dipimpin adalah sangat penting. Hal ini
adalah supaya pemimpin itu mendapatkan maklum balas daripada pengikutnya dan orang
ramai dalam pelbagai aspek pimpinannya. Tujuan utama menerima maklum balas ini adalah
agar pemimpin dapat membuat penilaian dan pertimbangan serta membuat perubahan atas
keperluan untuk pembaikan dan penambahbaikan kepada organisasi yang dipimpinnya.

xv. Pewarisan, Penggantian dan Latihan

Pemimpin yang baik hendaklah menyediakan pengganti yang mempu mengambil alih tugas di
samping kemampuan mengurus dan mengasah bakat baru di dalam organisasinya. Melalui
kaedah ini, pemimpin akan dapat bersedia dengan sebarang calon yang dapat menggantikan
beliau dengan cara membantu mereka membangunkan diri demi kebaikan organisasi yang

6
dipimpinnya itu. Pemimpin perlu menyediakan landasan yang kukuh untuk membolehkan
barisan pemimpin baru dapat mengambil alih tampuk kepimpinan di samping menyediakan
ruang dan peluang untuk meningkatkan ilmu bagi tujuan mengambil alih jawatan dalam
organisasi.

xvi. Komunikasi dan Kerjasama Mantap

Salah satu elemen utama dalam sesebuah kepimpinan sesebuah organisasi adalah komunikasi.
Oleh itu, pemimpin hendaklah sentiasa berkomunikasi supaya orang yang dipimpinnya agar
dapat mewujudkan suatu landasan bekerjasama antara satu sama lain serta memupuk rasa taat
dan setia kepada institusi. Sekiranya pemimpin berjaya menaikkan emosi positif,
meningkatkan kreativiti dan mempermudahkan kerja-kerja tanpa halangan dalam kalangan
pengikutnya, maka sudah pasti peningkatan kejayaan dan kecemerlangan dapat dicapai di
dalam organisasinya.

xvii. Keceriaan dan Kemurnian Dalam Organisasi

Pemimpin perlu mempunyai nilai-nilai diri yang positif. Hal ini termasuk mewujudkan
keceriaan dan keharmonian suasana dalam organisasi. Perlu diingatkan bahawa pemimpin
hendaklah sentiasa mewujudkan suasana keceriaan dalam kalangan organisasi. Keceriaan ini
boleh diwujudkan melalui beberapa cara iaitu seperti mengadakan sambutan perayaan, acara,
pertandingan, anugerah, pengiktirafan dan sebagainya. Oleh yang demikian, sekiranya acara-
acara ini diadakan, mestilah mengikuti tatacara dan etika serta prosedur yang dibenarkan oleh
oraganisasi.

2.1 Cabaran Sebagai Pemimpin

Pemimpin tidak lari dari cabaran dan kelemahan dalam melaksanakan tugas di dalam
organisasi. Namun begitu, tanpa cabaran seseorang pemimpin itu tidak akan diuji
kemampuannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang benar-benar
berkaliber dan hebat. Antara kelemahan yang nyata sebagai seorang pemimpin adalah
kekurangan ilmu kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah
menyebabkan kurangnya kemahiran mentadbir dan memimpin organisasi dengan berkesan.
Keadaan ini ditambah lagi kurang penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas
dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Oleh yang demikian, ilmu
pengetahuan berhubung pengurusan organisasi dan pengurusan sumber manusia perlu ada dan

7
perlu sentiasa dipertingkatkan. Selain itu, amalan rasuah juga berlaku di samping amalan pilih
kasih dalam urusan kerajaan sama ada dari segi pengurusan sumber manusia ataupuan aspek
kewangan di dalam organisasi kerajaan. Semua keadaan ini akan menyebabkan, tiada
kemajuan ataupun perubahan dalam aspek tadbir urus yang berkesan dalam menerajui
sesebuah entiti organisasi.

Selain itu, kelemahan seorang pemimpin dalam cabaran sebagai pemimpin ialah dari
segi amalan sosio budaya. Amalan turun temurun serta kebiasaan perlu diperhatikan dengan
mendalam. Hal ini kerana, apa yang diamalkan bukan bersandarkan undang-undang serta
tadbir urus baik akan menjadi ancaman kepada kestabilan organisasi. Standard pemimpin
perlu jelas dan jika tidak akan dipersoalkan. Hal ini dapat dilihat dalam masyarakat majmuk
di Malaysia yang mempunyai pelbagai amalan dan tradisi yang berbeza. Antara yang menjadi
persoalan adalah mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda,
sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan
sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah
melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. Kesemua ini akan
menjadi suatu budaya yang jelek di mana masyarakat mengetahui akan sesuatu perbuatan itu
salah tetapi tiada siapa yang berani untuk menegur dan memperbetulkan keadaan. Di dalam
masyarakat, perbuatan rasuah boleh berlaku atas nama adat dan amalan kelaziman budaya.
Oleh yang demikian, pemimpin wajar mendalami ilmu yang cukupi untuk mengatasi masalah
sedemikian dan mencari ruang penyelesaian yang terbaik di dalam organisasi.

Disamping itu, modenisasi dalam organisasi juga merupakan cabaran seorang


pemimpin dalam menjalankan tanggungjawabnya. Kemajuan dalam pelbagai bidang terutama
bidang automasi dan komputer menjadi cabaran kepada pemimpin. Hal ini kerana,
pembaharuan ke arah tersebut perlu diseimbangi dengan kepentingan pembangunan modul
insan di dalam organisasi agar setiap personel di dalam organisasi sentiasa kekal relevan dan
tidak mudah digantikan dengan bentuk baru yang boleh mengugat sesebuah organisasi.

Seterusnya, cabaran seorang pemimpin juga boleh dilihat dari segi politik. Dalam
sistem pentadbiran sedia ada, sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk
menangguk di air keroh dalam sesuatu organisasi. Sehubungan dengan itu, pemimpin perlu
tahu dan faham sejauh mana tekanan dan ruang boleh diberikan agar tidak mencemar nama
baik pemimpin dalam menjalankan tugas sesebuah organisasi. Hal ini kerana, jika tidak
berhati-hati akan memberi ruang kepada amalan rasuah untuk mendapatkan kuasa,
mengumpul kekayaan, menagih populariti, amalan salah guna kuasa dan sebagainya.
8
Oleh itu, kemajuan dalam pentadbiran sesebuah negara akan memastikan kejayaan
dalam memacu kecemerlangan dalam aspek pentadbiran dan tadbir urus yang amat diperlukan
dalam sesebuah negara yang sedang membangun. Oleh yang demikian, pembangunan modal
insan yang mantap akan berjaya melahirkan pemimpin masa hadapan.

2.2 Cabaran Meningkatkan Kualiti Pemimpin Dalam Sektor Awam

Kemajuan dalam pentadbiran sesebuah negara akan memastikan kejayaan dalam memacu
kecemerlangan dalam aspek pentadbiran dan tadbir urus yang amat diperlukan dalam
sesebuah negara yang sedang membangun. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan
yang mantap akan berjaya melahirkan pemimpin masa hadapan. Selain itu, terdapat beberapa
cabaran meningkatkan kualiti pemimpin dalam sektor awam. Salah satunya ialah kedudukan
dan pangkat. Di dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran utama adalah ilmu pengetahuan.
Isu ini telah sekian lama menghantui pelbagai negara dan masyarakat terutama negara yang
miskin dan rakyat yang berpendapatan rendah. Kesan dari rakyat yang miskin dan pegawai
kerajaan yang berpendapatan rendah akan mudah menjejaskan nilai integriti dalam diri
mereka. Hal ini kerana, kuasa dan pangkat memberi cabaran dan kesan yang besar kepada
suasana dalam sektor awam. Jika diletakkan kayu pengukur dalam sesuatu masyarakat,
golongan pemimpin dalam sektor awam yang berpangkat tinggi akan dipandang tinggi
sementara pegawai bawahan akan dipandang hina kerana kedaifan serta status yang rendah
dalam sektor awam. Maka cabaran yang besar kepada semua pihak untuk meningkatkan taraf
dan status kedudukan pekhidmatan awam di dalam negaranya. Tahap kedudukan dan status
pangkat pekhidmat awam akan menyebabkan ahli atau anggota masyarakat mengubah
persepsi pemikiran dan kedudukan seseorang pemimpin terhadap taraf kehidupan yang lebih
selesa dan sempurna.

Selain itu, cabaran seterusnya dalam meningkatkan kualiti pemimpin dalam


sektorawam ialah kejujuran dan keikhlasan. Dalam menilai kehidupan sesebuah keluarga, ia
adalah merupakan suatu asas kepada kehidupan bermasyarakat. Tanpa entiti asal, sesebuah
organisasi tidak akan dapat bertahan lebih lama. Entiti yang dimaksudkan adalah elemen
kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas seharian. Tanpa elemen kejujuran dan
keikhlasan dalam sesuatu keluarga, maka kepercayaan akan hilang dan hanyut ditelan masa.
Keadaan yang sama terpakai di dalam organisasi kerajaan bahawa perlunya ada asas yang

9
kukuh dalam aspek kejujuran dan keikhlasan dalam pembangunan sumber manusia agar
pemimpin yang akan memimpin negara benar-benar mempunyai elemen tersebut. Namun
begitu, cabaran utama dalam memastikan penerapan kedua-dua elemen di atas adalah
penzahiran keadilan dalam pelaksanaan penerapan. Hal ini kerana, masyarakat di dalam
organisasi yang dipimpinnya melihat sejauh mana pemimpin tersebut dapat benar-benar
memahami tanggungjawab tersebut dan seterusnya membolehkan orang yang dipimpinnya
boleh mengikut gaya kepimpinannya sebagaimana amalan dan dasar negara pada suatu ketika
dahulu menggunakan slogan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Konsep Kepimpinan Melalui
Teladan yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983
dan pada pertengahan April 1982. Beliau juga telah melancarkan kempen ‘Bersih, Cekap dan
Amanah’ sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua perkhidmatan Kerajaan
Persekutuan di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada ‘Kempen
Kepimpinan Melalui Teladan’ untuk diterapkan dan diamalkan oleh semua sektor awam.
Konsep ini bukan sahaja perlu diamalkan dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh ke atas
seluruh sektor awam tetapi juga ke atas seluruh warga negara Malaysia.

Seterusnya, membina masa depan generasi pemimpin juga merupakan cabaran


meningkatkan kualiti pemimpin dalam sektor awam. Antara cabaran yang paling besar dalam
memastikan kecemerlangan pemimpin dalam sesebuah organisasi adalah mengujudkan suatu
bentuk amalan budaya yang murni di dalam masyarakat dan negara. Perancangan khusus
adalah diperlukan untuk membina masa depan generasi pemimpin masa hadapan. Hal ini
kerana, negara perlu mewujudkan dasar pewarisan dan pengganti yang jelas berhubung dasar
mewujudkan pemimpin yang nyata agar generasi akan datang dapat dan seterusnya membina
keutuhan masyarakat mampan yang menjadi generasi pemimpin negara pada masa akan
datang. Pemimpin masa hadapan mestilah mempunyai wawasan yang jelas serta tahap
kepimpinan yang lebih tinggi di dalam aspek pembangunan sumber manusia dan tidak hanya
melihat kepada aspek ekonomi negara sahaja. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan
sesebuah negara itu akan banyak bergantung bentuk acuan pemimpin yang perlu dibentuk ke
atas generasi yang mendatang agar semua kelemahan ke atas proses sedia ada dapat dikenal
pasti kelemahan sistem pendidikan awal hingga ke peringkat pendidikan tertinggi.

Disamping itu, cabaran lain dalam meningkatkan kualiti pemimpin dalam sektor
awam ialah kaedah pendidikan awal hingga pengajian tinggi. Di dalam memastikan
pembentukan negara yang mempunyai barisan pemimpin yang mempunyai integriti dan asas
pegangan yang kukuh, sistem pendidikan negara hendaklah dibentuk dari mula sistem awal

10
persekolahan sehinggalah ke tahap pendidikan yang tertinggi. Ini bermakna komponen
integriti, jati diri dan pembangunan kapasiti sumber manusia hendaklah diterapkan dengan
lebih awal. Oleh yang demikian, di sini peranan guru, pendidik dan pensyarah hendaklah
digembleng dengan bersepadu agar keberhasilan pemimpin yang dibentuk dapat
menghasilkan mereka yang benar-benar layak dan mampu untuk pemimpin negara dengan
ciri-ciri sebenar. Oleh itu, bagi memastikan kelangsungan kepimpinan negara yang berkualiti
sama ada di peringkat anggota pentadbiran mahupun pekhidmat awam, seharusnya
pendidikan berhubung pembentukan dan siasah pemimpin yang berintegriti dan berkaliber
hendaklah dilaksanakan secara sistematik dan berterusan. Semua ini memerlukan pelaburan
modal insan yang kukuh dan mantap. Dasar sumber manusia juga hendaklah memastikan
setiap rakyat Malaysia diberikan pendidikan dan asuhan yang berterusan demi meningkatkan
lagi ilmu dan kemahiran serta jati diri untuk mentadbir negara. Oleh yang demikian,
pelaksanaan kaedah pendidikan ini hendaklah bermula dari awal iaitu di bangku sekolah agar
corak dan acuan untuk pembentukan generasi pelapis dapat dibentuk di peringkat awal
kehidupan serta pembentukan kapasiti diri telah ditetapkan dari awal.

Cabaran lain dalam meningkatkan kualiti pemimpin sektor awam ialah pendekatan
keagamaan. Di dalam mana-mana negara di dunia, aspek keagamaan berhubung pelantikan
seseorang pemimpin tertinggi negara itu akan diterapkan dengan kepercayaan agama yang
menjadi pegangan rasmi di negara tersebut. Ikrar untuk menjalankan tugas dan amanah
mentadbir negara akan disusulkan dengan sumpah dan ikrar kitab suci di negara tersebut. Jika
dilihat dengan kedudukan di Malaysia, pendekatan keagamaan dan asas keagamaan jelas
termaktub di dalam sumber undang-undang negara yang tertinggi. Kaedah menggunakan
pendekatan agama dalam apa jua pelaksanaan dan pentadbiran negara adalah yang terbaik
kerana setiap anggota pentadbiran dan pekhidmat awam akan sentiasa terdidik untuk
melaksanakan tugas dengan betul, amanah, jujur dan bertanggungjawab. Sikap dan
kefahaman agama perlu sentiasa ditanam dan diterapkan dengan mendalam agar menjadi
penganut agama yang baik dan taat. Kaedah ini juga akan dapat menghalang dan menjauhkan
seseorang itu dari melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imejnya dan organisasi di
mana beliau berkhidmat. Hal ini kerana, kepercayaan agama yang kukuh dan kuat akan dapat
keperibadian seseorang pemimpin dan perkara lain yang boleh meningkatkan nama baiknya
dan organisasi yang diwakilinya. Jika dilihat kepada indikator atau petunjuk kepada
pemimpin berintegriti dan berilmu yang terbaik. Jika dilihat daripada perspektif agama Islam,

11
seseorang penganut itu perlu membersihkan jiwa dan hatinya agar menjadi pemimpin yang
berkaliber dan kepada pembawaan nilai seseorang pemimpin itu kepada Islam.

Akhir sekali, amalan dan contoh kepimpinan juga merupakan cabaran meningkatkan
kualiti pemimpin sektor awam. Di dalam pemimpin yang cemerlang, sesebuah organisasi
perlu meletakkan prinsip dan etika yang kukuh dalam amalan serta operasi harian. Dalam
kebanyakan pendekatan, pemimpin sepatutnya menzahirkan contoh yang baik. Sehubungan
dengan itu, kepimpinan hendaklah berasaskan teladan dan amalan yang positif dalam
organisasi. Pemimpin mestilah mampu membawa organisasi yang diketuainya ke suatu
lapisan yang lebih tinggi sebagai memastikan arus kepimpinan mempunyai DNA yang boleh
dijadikan contoh dalam masyarakat serta negara. Pegawai bawahan sentiasa melihat kepada
ketua mereka dalam mencorak warna kepimpinan negara. Oleh yang demikian, contoh yang
baik oleh ketua di dalam sesebuah organisasi kerajaan akan menjadi suatu yang dipandang
mulia. Hal ini dapat dilihat dari segi amalan dan ikutan keperibadian pemimpin di dalam
jabatan tersebut. Oleh yang demikian, secara tidak langsung dapat memastikan seseorang
pemimpin itu menjauhi amalan dan perbuatan yang tidak baik termasuk salah guna kuasa.
Apa yang jelas di sini, kepimpinan melalui teladan merupakan salah satu bentuk kaedah
pendidikan dan pembentukan ciri-ciri pemimpin yang terbaik dapat dibentuk dan dilatih
dalam perkhidmatan awam.

12
3.0 KESAN-KESAN DIVERSITI

Kepelbagaian dalam organisasi mahupun tempat kerja, sama ada kepelbagaian yang
berbentuk primer mahupun sekunder secara tidak langsung akan memberi kesan kepada
organisasi secara positif dan negatif bergantung pada cara organisasi menguruskan isu-isu
tersebut. Dari aspek positifnya diversiti mampu meningkatkan produktiviti organisasi melalui
penggabungan idea-idea, pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai dari pekerja yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang. Hal ini dapat dilaksanakan melalui kerjasama dan interaksi
antara pekerja-pekerja di dalam sesebuah organisasi atau tempat kerja tersebut. Secara tidak
langsung ia akan membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi di antara pekerja di
samping dapat menambahkan pengetahuan. Selain itu, pekerja dapat didedahkan dengan cara
pemikiran, komunikasi, dan nilai-nilai yang berlainan daripada yang di amalkan oleh mereka.
Pendedahan ini boleh membantu mereka mencari idea-idea baru dan menjadi lebih inovatif
agar dapat bersaing secara lebih kompetitif untuk memajukan diri dan organisasi.

Disamping itu, diversiti dikatakan lebih cenderung dan banyak memberi kesan yang
negatif kerana ia mampu menjejaskan keharmonian dalam sesebuah persekitaran kerja. Hal
ini kerana, pekerja terpaksa bekerjasama dengan individu-individu yang bukan sahaja berbeza
latar belakang dengan mereka tetapi juga berbeza dari segi cara bekerja. Sebagai contoh, cara
bekerja masyarakat Jepun lebih workaholic berbanding dengan masyarakat melayu yang lebih
mementingkan keselesaan dan waktu rehat. Secara tidak langsung keadaan ini akan kerja
kumpulan, merenggangkan hubungan antara pekerja, dan menyebabkan berlakunya masalah
dalam komunikasi. Gangguan komunikasi pula akan menjejaskan proses pembuatan
keputusan dan penyelesaian masalah.

13
Selain itu, masalah diversiti juga boleh merenggangkan hubungan antara pekerja
apabila pekerja merasakan wujudnya bias dan diskriminasi di tempat kerja. Diskriminasi ini
mungkin berlaku disebabkan perbezaan jantina, bangsa,umur, seniority dan lain-ain. Sebagai
contoh, pihak pengurusan mengutamakan pekerja yang lebih berumur berbanding pekerja
yang lebih muda kerana menganggap mereka lebih berpengalaman dan lebih mahir walaupun
berpendidikan lebih rendah. Kesan negatif yang seterusnya dan sering kali menjadi perbualan
hangat dan di utarakan di media massa mahupun media cetak ialah diskriminasi terhadap
wanita. Wanita dikatakan banyak masalah, kurang agresif atau kurang memberi komitmen
dan kurang sesuai menjawat jawatan tinggi dalam organisasi berbanding degan lelaki.
Terdapat banyak kajian dan pendapat yang telah diutarakan berhubung dengan tahap prestasi
pekerja lelaki dan wanita dalam organisasi. Sebenarnya tidak terdapat perbezaan dan jurang
yang signifikan dalam kebolehan lelaki dan wanita dari segi menyelesaikan masalah,
kemahiran menganalisis, berkomunikasi dan membuat keputusan. Namun masalah
diskriminasi ini sukar untuk dielakkan kerana masalah sikap prejudis manusia akibat daripada
wujudnya kepelbagaian primer dan sekunder dalam organisasi seperti yang telah dijelaskan.

Oleh itu, kesedaran diversiti adalah penting bagi membolehkan program-program


dan aktiviti-aktiviti seperti program latihan dirancang untuk meningkatkan kepentingan
diversiti dan dalam masa yang sama untuk membantu seseorang individu dan organisasi untuk
mencapai kelebihan daya saing. Diversiti atau kepelbagaian adalah satu set kesedaran
pengalaman hidup termasuklah memahami dan menghormati saling kebergantungan antara
manusia, budaya dan alam semulajadi.

14
4.0 CADANGAN

Di dalam mencari kaedah penyelesaian yang terbaik, suatu bentuk pendekatan baru dan lebih
menyeluruh adalah diperlukan. Hal ini kerana, apa yang diperlukan adalah suatu bentuk
transformasi yang menyeluruh dan bukan hanya bersifat kosmetik yang memerlukan
komitmen yang tinggi.

i. Transformasi Institut Latihan Awam

Di dalam memastikan kejayaan sesuatu negara, perubahan yang diperlukan hendaklah


bermula dari atas. Hal ini bermaksud, barisan pemimpin sesebuah organisasi dalam sektor
awam mestilah mampu menjadi penggerak kepada sebarang perubahan yang diharapkan akan
menjadi pemangkin kepada kejayaan negara. Oleh itu, pertamanya mestilah wujud iltizam
yang kukuh untuk menggandar sebarang perubahan. Di Malaysia, perubahan ini bergerak
selari dengan perubahan perkhidmatan awam. Pemimpin yang dilantik mestilah mampu untuk
menjadi peneraju kepada perubahan dalam pelaksanaan apa yang dilihat sebagai suatu
perubahan yang diperlukan oleh negara. Hanya dengan wujudnya elemen ini, perubahan
secara holistik tersebut akan menjadi agen perubahan yang efisien dalam menggalas sebarang
rombakan barisan kepimpinan sama ada di peringkat anggota pentadbiran mahupun di
peringkat pelaksanaan dalam sektor awam. Oleh yang demikian, pemimpin baru mestilah
mampu untuk melahirkan idea inovatif baru yang mempermudahkan urusan perkhidmatan di
setiap jabatan kerajaan di samping idea inovatif serta menjadi agen perubahan di setiap
kementerian seterusnya penggerak di seluruh peringkat perkhidmatan kerajaan. Apa yang
perlu ditekankan di sini adalah barisan kepimpinan yang baru perlu berfikir di luar kotak

15
pemikiran sedia ada dan memastikan kesejahteraan rakyat hendaklah diutamanya dalam
pentadbiran negara. Setiap polisi dan dasar yang diwujudkan mestilah mempunyai ciri-ciri
atau nilai inovatif yang dapat mendidik rakyat.

ii. Perubahan Pemikiran Pemimpin

Di dalam melahirkan suatu tamadun yang berjaya, pelaksanaan perubahan konsep pemikiran
ke atas setiap pemimpin perlu menetapkan sasaran pencapaian bukan hanya pembangunan
infrastruktur negara tetapi pembangunan modal insan. Hal ini kerana, dengan adanya lapisan
pemimpin berpengetahuan dan berkemahiran yang benar-benar sempurna dari segi integriti
dan berpengetahuan serta pengalaman dan berkemahiran tinggi, organisasi akan dapat bangun
sebagai negara maju yang benar-benar cemerlang. Sehubungan dengan itu, pemimpin di
semua peringkat sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi atau bawahan perlu bersama
untuk memastikan wujudnya perubahan pemikiran dan perubahan yang diperlukan di dalam
perkhidmatan awam. Hal ini adalah kerana adanya komponen kebertanggungjawaban
(accountability) dalam diri setiap pemimpin.

iii. Islam sebagai Asas dalam Penanda Aras Pemimpin

Di dalam mana-mana agama di dunia ini, semua agama meletakkan kesejahteraan, keamanan,
ketinggian moral dan keperibadian diri sebagai asas kepada kepercayaan dan amalan yang
murni dalam setiap penganutnya. Tidak terkecuali Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang merupakan
asas kepada kepercayaan majoriti rakyat Malaysia secara amnya dan khususnya di dalam
sektor awam. Sewajarnya, Islam dijadikan asas dan teras dalam pemilihan pemimpin dalam
sektor awam. Antara medan yang terbaik dalam memberikan maklumat yang secukupnya agar
umat Islam benar-benar faham dan tahu berhubung tanggungjawab dan peranan sebagai
seorang pemimpin yang benar-benar layak di sisi Allah swt.

iv. Mendidik Pemimpin Untuk Menjadi Lebih Baik dan Bertanggungjawab

Dalam aspek pendidikan dan latihan, ia merupakan asas dan panduan kepada pembentukan
ciri-ciri pemimpin yang berkaliber dan memenuhi kriteria yang sebenar. Dalam masa yang
sama, kaedah terbaik untuk memastikan pemimpin dapat dibentuk serta dapat membendung
kerosakan dalam organisasi yang dipimpin. Secara amnya, ada baiknya aspek pencegahan
dalam dilaksanakan demi memastikan kerosakan yang bakal berlaku dapat dikawal dan
seterusnya memberi kesan yang amat besar kepada negara. Sehubungan dengan itu,

16
pencegahan perlu bermula dari awal sebelum bermulanya kesalahan tersebut. Maka
pendidikan awal perlu dilaksanakan agar setiap pemimpin dapat memahami apakah yang
dimaksudkan sebagai tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang memenuhi
syarat serta ciri-ciri sebenar seorang pemimpin.

Dalam sektor awam pula, demi bergerak ke hadapan, pembentukan satu budaya baru
yang dapat mendidik dan memberikan kemahiran khusus kepada semua pemimpin tanpa
mengira Skim Perkhidmatan dapat disediakan dan diwujudkan. Kaedah yang terbaik adalah
melalui pembentuk integriti dalam diri setiap pemimpin dalam sektor awam. Antara pengisian
yang boleh dilaksanakan adalah melalui mewujudkan pelbagai program dalam organisasi
termasuk melaksanakan bulan integriti, merekayasa pendekatan baru dalam membina
kepimpinan dalam setiap diri pemimpin di semua organisasi dan memastikan persepsi bahawa
pekhidmat awam adalah merupakan pemimpin yang kompeten, layak dan mampu untuk
menyumbang kepada perkhidmatan yang cemerlang. Kesemua pemimpin dalam Skim
Perkhidmatan dalam sektor awam perlu digembleng untuk bersama-sama bergerak mencari
titik pertemuan untuk menyumbang kepada perkhidmatan yang cemerlang dalam sektor
awam.

v. Memantapkan dan Melestarikan Kepemimpinan Berintegriti

Dalam Perkhidmatan Awam Di dalam Konvensyen Integriti Nasional yang diadakan pada 17
dan 18 November 2016 bertempat di Auditorium Integriti, Institut Integriti Malaysia
(INTEGRITI) yang bertemakan “Integriti dan Tadbir Urus: Memperkasakan Imej
Perkhidmatan Awam” melalui ucaptama YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha
Negara yang mengupas tajuk “Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Berintegriti Tinggi”
menzahirkan kebimbingan akan perlakuan rasuah di kalangan pekhidmat awam. Justeru itu,
amaran telah diberikan dengan jelas oleh beliau kepada mereka yang masih terlibat dengan
amalan rasuah serta salah laku yang terjumlah kepada perbuatan rasuah dan penyelewengan,
bahawa tindakan tegas akan diambil dan tidak hanya akan membiarkan mereka dilepaskan
tanpa diambil tindakan termasuk diletakkan dalam jawatan berkumpulan bagi memastikan
imej perkhidmatan awam berjaya dipulihkan demi memberi persepsi dan tindakan bahawa
kerajaan tidak memandang ringan terhadap perbuatan salah guna kuasa dan perbuatan rasuah.

Selain dari itu, kerajaan juga memperkenalkan dasar baru seperti Dasar Pemisah (Exit Policy)
dalam setiap pekhidmat awam tidak mengambil mudah berhubung kegagalan melaksanakan
tugas termasuk gagal mematuhi dan mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Pencapaian

17
Penilaian Prestasi di jabatan masing-masing. Kesemua ini adalah sebagai suatu amaran
bahawa kerajaan serius serta mengambil berat akan penyampaian perkhidmatan yang
seharusnya dilaksanakan oleh pekhidmat awam.

vi. Integrasi Modul Latihan dan Pendidikan

Di peringkat pendidikan sekolah rendah, sekolah menengah dan di universiti pula,


Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengorak langkah dalam
menggubal modul latihan dan pembelajaran yang memberi pendidikan khas berhubung ciri-
ciri seorang pemimpin. Hal ini kerana, masyarakat perlu dididik di peringkat awal pendidikan
agar dapat membezakan amalan serta maklumat kepimpinan sebagai pemimpin. Di peringkat
ini, terdapat keperluan mengadakan sambutan Bulan Integriti dan mengadakan program
pendidikan seperti seminar atau simposium berkaitan pengukuhan integriti pemimpin pelajar
yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Sewajarnya pendedahan awal kepada
golongan sasar ini akan dapat mencapai maksud dan matlamat program berkenaan dijalankan.
Maka pendekatan yang lebih luar secara holistik sewajarnya dapat diambil di dalam
memastikan pendekatan yang diambil akan menghasilkan kejayaan.

vii. Mewujudkan Polisi Semak dan Seimbang

Dengan adanya pendekatan semak dan seimbang ini, semua sektor awam akan dapat dipantau
dan diperhatikan demi mendidik pemimpin dari pelbagai lapisan Skim Perkhidmatan dalam
Perkhidmatan Awam agar pemimpin dapat dilatih dan dikenal pasti dan diberikan kemahiran
dengan lebih berkesan.

18
5.0 KESIMPULAN

Negara perlu bergerak ke hadapan dengan perkhidmatan awam menjadi peneraju pelaksanaan
pentadbiran organisasi negara. Maka, pendekatan yang holistik serta menyeluruh adalah
diperlukan demi memastikan cabaran dunia tanpa sempadan dapat diatasi. Hal ini
memerlukan pendekatan baru yang perlu dilaksanakan termasuk dasar pendidikan, dasar
penguatkuasaan undang-undang, dasar pentadbiran negara dan pengurusan awam dapat
dilaksanakan secara bersepadu agar dapat bergerak selari dengan cabaran dunia semasa serta
kehendak teknologi masa kini.

Pemimpin mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam


organisasi. Hal ini kerana, setiap unit dalam organisasi yang diketuainya memerlukan
kepekaan, sikap, sentuhan, wawasan dan kepakarannya. Pemimpin yang memiliki ciri-
ciri pemimpin yang baik akan memandu organisasinya kearah kecemerlangan dan tidak
melupakan tanggungjawabnya terhadap pekerja, persekitaran dan negara.

Kepemimpinan menjadi semakin kompleks apabila dunia memasuki era ICT.


Keadaan menjadi bertambah kompleks apabila konsep diversiti menuntut pemimpin
tidak lagi hanya berlandaskan sumber dan kemampuan yang sedia dimiliki untuk
kekal menjadi pemimpin. Diversiti menuntut pemimpin memperkaya dan
memperkasakan diri agar segala kemahuan, kehendak, tuntutan dan matlamat masyarakat,
organisasi dan negara dapat direalisasikan. Disamping itu, wanita mula diterima dan diiktiraf

19
sebagai pemimpin. Kepemimpinan wanita yang dulunya menjadi isu besar telah tidak lagi
menjadi isu ekoran ICT dan konsep diversiti memberikan wanita peluang, ruang dan
kesempatan yang luas.

Oleh itu, sebagai kesimpulannya barisan pemimpin negara bukan sahaja dilihat
berkaliber memacu pentadbiran negara tetapi perlu juga didapati berintegriti dalam memimpin
semua peringkat negara serta sektor awam melalui dasar dan polisi yang benar-benar dapat
membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya mencapai kejayaan dalam apa
jua bidang di peringkat antarabangsa dan apa jua bidang pengkhususan yang terlibat.

RUJUKAN

Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana
Suhaini. 2017. Realiti kepelbagaian kaum ke arah perpaduan nasional pascamerdeka.
Malaysian Journal of Social Science, 2 (1), 1–24

INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.

Ismail, A. 2005. Public Sector Service Delivery Excellence. Research & Planning Division,
Public Service Department, Malaysia.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 2010. Mengangkat Martabat


Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.

Mohd Azhar, H. A. 2007. Membudayakan Kerja Kelas Pertama. Teks ucapan perhimpunan
bulanan JPA Mac 2007.

Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam
Organisasi Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 7, Bil 1, Jun 2008.

20
21

You might also like