You are on page 1of 16

BAB 1

PENGENALAN KEPADA MATLAMAT DASAR AWAM

OBJEKTIF BAB

Selepas menikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Membincangkan keperluan penggubalan dasar awam bagi
sesebuah negara.
2. Membincangkan perkaitan antara dasar, program dan projek
awam.
3. Membincangkan matlamat dasar awam.
4. Membezakan matlamat dan objektif dasar awam.
5. Membincangkan konsep trade-off antara matlamat yang
dibincangkan.

1.1 PENGENALAN

Dasar awam ialah merupakan segala keputusan kerajaan untuk melakukan


atau tidak melakukan sesuatu (Dye, 1978). Proses penggubalan dasar awam
merupakan satu proses yang saling bergantungan antara satu peringkat
dengan peringkat yang lain. Dalam modul ini, anda akan didedahkan dengan
peringkat-peringkat yang terdapat dalam proses penggubalan dasar awam.
Selain itu, anda juga akan didedahkan dengan proses analisis dasar yang
merupakan satu proses yang ada hubungkaitnya dengan proses penggubalan
dasar awam. Modul ini akan membincangkan tentang perkaitan antara
kedua-dua proses ini. Dalam Bab 1, anda akan didedahkan dengan matlamat
dasar awam. Matlamat merupakan justifikasi kenapa sesuatu dasar itu
diwujudkan atau digubal.

1.1.1 Keperluan Penggubalan Dasar Awam

Mengapakah kerajaan yang memerintah sesebuah negara berusaha untuk


menghasilkan dasar awam yang baik dan mampu memenuhi kehendak
rakyatnya? Tanpa mengira ideologi negara, kerajaan berusaha untuk
menggubal dasar bagi kepentingan rakyatnya dan dasar ini berubah
mengikut persekitaran sesebuah negara.

Cuba anda fikirkan sejenak.

1
Setiap negara memerlukan dasar yang mantap dan selari dengan ideologinya
untuk membangunkan negara. Negara yang mengamalkan ideologi komunis
menekankan dasar tertutup dan berusaha untuk mengagihkan ekonomi
negara secara sama rata kepada rakyatnya. Negara Cuba yang terkenal
dengan sistem sosialis seringkali mendapat perhatian dunia dan masih lagi
mempunyai dasar yang tersendiri dan mampu berdikari walaupun dikenakan
sekatan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat. Banyak contoh lain yang
kita boleh lihat seperti negara Iran, Korea Utara dan lain-lain lagi.

Melalui dasar yang digubal dan dilaksanakan, pembangunan yang seimbang


mampu dicapai. Setiap dasar yang digubal oleh kerajaan mempunyai
matlamatnya yang tersendiri. Dengan kata lain, dasar yang digubal bertujuan
untuk menyelesaikan masalah-masalah awam yang dihadapi oleh kerajaan.
Ada ketikanya kerajaan menjangkakan apakah masalah yang bakal dihadapi
oleh rakyat dan langkah-langkah pro aktif diambil untuk memastikan
masalah yang bakal dihadapi dapat diatasi dengan jayanya.

Selain itu, dasar awam yang digubal juga berubah mengikut perubahan
persekitaran dasar. Apa yang anda faham dengan persekitaran dasar? Dalam
kursus MGD2123 Dasar Awam, anda telah didedahkan dengan sistem dasar
yang mempunyai tiga elemen utama iaitu policy stakeholders atau aktor dasar,
persekitaran dasar dan dasar awam itu sendiri. Persekitaran dasar merujuk
kepada keadaan sekeliling yang boleh mempengaruhi penggubalan sesuatu
dasar dan juga pelaksanaan sesuatu dasar. Contoh persekitaran dasar ialah
keadaan ekonomi sesebuah negara, krisis kewangan, ketidakstabilan politik
dan sebagainya. Dasar yang digubal oleh sesebuah negara bergantung
kepada perubahan persekitaran ini yang boleh dilihat daripada dua keadaan
sama ada pengaruh dalaman atau domestik dan pengaruh luaran atau
antarabangsa dan serantau. Contoh perubahan dasar ini apabila kita melihat
kepada dasar yang diamalkan oleh negara China. Pada mulanya, negara
China merupakan penyokong kuat kepada dasar tertutup dan segala bentuk
liberalisasi dihadkan. Tentu anda masih ingat peristiwa hitam yang berlaku di
Tianmen Square. Namun begitu, dalam konteks ekonomi, negara China
telah berubah dan mengamalkan dasar terbuka dan mengundang banyak
pelaburan luar atau foreign direct investment dengan menyediakan banyak
insentif yang menarik kepada para pelabur untuk untuk datang. Banyak
kawasan-kawasan di negara China yang dibangunkan untuk tujuan
komersial.

Dalam konteks Malaysia, sekiranya kerajaan tidak menggubal Dasar


Ekonomi Baru ekoran daripada berlakunya Peristiwa 13 Mei, apakah yang
akan berlaku kepada jurang ekonomi yang wujud antara kaum di Malaysia
khususnya antara kaum Melayu dan Cina.

Cuba anda fikirkan sejenak, kenapa Dasar Ekonomi Baru


diperkenalkan.

2
Jurang ekonomi berlaku akibat daripada dasar penjajah yang mengamalkan
Dasar Pecah dan Perintah yang mewujudkan jurang ekonomi yang ketara
antara kaum di Malaysia. Sekiranya Dasar Ekonomi Baru tiada, sudah pasti
golongan majoriti iaitu kaum Melayu, tidak mampu bersaing di peringkat
nasional dengan bangsa lain malahan di peringkat antarabangsa seperti apa
yang berlaku di Malaysia sekarang ini.

Berdasarkan penerangan di atas, anda tentu sudah memahami keperluan


kepada penggubalan dasar awam yang berkesan. Dasar awam yang berkesan
mampu mencorakkan pembangunan masyarakat yang seimbang sekaligus
menjadikan negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan berjaya
menghadapi cabaran globalisasi pada masa sekarang. Dasar awam yang
dilaksanakan juga akan dapat memberi faedah kepada sesebuah negara
berbanding dengan negara lain dari aspek comparative advantage untuk menarik
minat orang asing untuk datang melabur.

1.2 PERKAITAN ANTARA DASAR, PROGRAM DAN PROJEK

Dalam kursus MGD 2123 Dasar Awam, anda telah didedahkan dengan
bentuk-bentuk dasar awam dan contoh untuk setiap bentuk tersebut.

1. Dasar merupakan satu kenyataan umum yang mengandungi matlamat


mengenai apa yang ingin dicapai. Dasar mengandungi strategi
pelaksanaan yang terkandung di dalamnya program, projek dan
undang-undang yang berusaha kearah pencapaian matlamat yang
ditetapkan. Contohnya, Dasar Penswastaan, Dasar Wanita Negara dan
sebagainya.

2. Program merupakan yang lebih khusus kepada dasar yang digariskan


oleh kerajaan. Ianya sebahagian daripada dasar awam yang digubal
oleh kerajaan. Banyak program yang dianjurkan oleh kerajaan.
Contohnya, Program Rakan Muda yang bertujuan mengisi masa
lapang remaja dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain daripada
itu, Program Penerapan Nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan yang
menggariskan beberapa amalan dan nilai murni yang perlu diterapkan
dalam tugas setiap kakitangan.

3. Projek juga merupakan peringkat yang paling bawah dilakukan oleh


kerajaan dalam merealisasikan dasar pembangunan kerajaan. Ianya
bersifat lebih spesifik. Kumpulan sasaran adalah lebih kecil
berbanding dengan program. Kebiasaannya, projek merupakan
sebahagian daripada program. Contohnya, kerajaan mempunyai satu
program yang besar dan terkandung di dalamnya projek-projek yang
kecil. Program Pembangunan Rakyat Termiskin menggariskan
beberapa projek antaranya Projek Perumahan Rakyat Termiskin yang
di dalamnya terkandung beberapa projek kecil seperti motivasi,
pertanian secara berkelompok dan sebagainya.

3
SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan TIGA (3) elemen yang membentuk sistem


dasar.
2. Berikan SATU (1) contoh program dan projek.
3. Dasar yang diamalkan dalam sesebuah negara tidak
akan berubah sampai bila-bila. B/S

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.3 PERKAITAN ANTARA MATLAMAT DAN OBJEKTIF


DASAR AWAM

Apakah yang dimaksudkan dengan matlamat? Menurut Kamus Dewan,


matlamat ialah sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai. Dalam konteks
kajian dasar awam, matlamat dasar ialah sesuatu yang hendak dicapai oleh
pihak kerajaan. Dasar yang digubal perlu mempunyai matlamat yang jelas
akan apa yang hendak dicapai. Kejayaan sesuatu dasar bergantung kepada
sama ada matlamat berjaya dipenuhi ataupun tidak.

Cuba kita lihat beberapa contoh dasar pembangunan yang terdapat di


Malaysia.

1. Dasar Penswastaan yang dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan


untuk:
(i) Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
(ii) Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran.
(iii) Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
(iv) Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam
ekonomi.
(v) Membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara.

2. Dasar Wanita Negara telah digubal pada tahun 1989 dalam usaha
kerajaan untuk membantu penyertaan wanita dalam arus
pembangunan negara dan dasar ini berusaha untuk
mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan
Negara. Antara objektif yang hendak dicapai ialah:
(i) Untuk menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan
wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping
mendapatkan peluang dan faedah daripada pembangunan.
(ii) Untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor
pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan
keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan,
membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta
4
huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman
dan makmur.

3. Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan


kulaiti dalam Perkhidmatan Awam mempunyai objektif iaitu:
(i) Meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor awam supaya
ia dapat memainkan peranannya meningkatkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang menyumbang ke arah
pembangunan.
(ii) Memastikan sumber-sumber Negara digunakan secara
optimum.
(iii) Meningkatkan jumlah dan mutu perkhidmatan kepada orang
ramai.

Cuba anda fikirkan dasar-dasar pembangunan kerajaan yang


lain seperti Dasar Wawasan Negara.

Dalam pengkajian dasar, matlamat merupakan elemen penting dalam


penggubalan dasar awam. Selain itu, kita juga melihat wujudnya objektif
yang hendak dicapai menerusi dasar yang digubal. Adakah kedua-dua ini
sama sahaja ataupun ada perbezaan antara kedua-duanya atau kedua-duanya
berkait antara satu sama lain? Cuba anda fikirkan.

Matlamat dan objektif merupakan dua perkara yang berbeza apabila kita
merujuk kepada penggunaannya dalam pengkajian tentang dasar awam.
Kedua-dua matlamat dan objektif adalah sama kerana kedua-duanya
membincangkan apa yang hendak dicapai pada masa akan datang. Dengan
kata lain, kedua-duanya membincangkan tentang keadaan pada masa akan
datang apabila dasar dilaksanakan dan apa yang ingin dicapai. Namun
begitu, ada ketikanya kedua-dua berbeza dari aspek yang ditekankan. Dunn
(1994) telah menggariskan lima aspek atau ciri-ciri yang membezakan antara
matlamat dan objektif. Kelima-lima aspek berkenaan ialah:
(i) Tujuan yang spesifik (specification of purposes).
(ii) Definisi terma yang digunakan (definition of terms).
(iii) Tempoh masa (time period).
(iv) Pengukuran (measurement procedure).
(v) Kumpulan sasaran (treatment of target groups).

Cuba kita lihat kembali lima aspek yang membezakan antara matlamat dan
objektif berdasarkan Dunn (1994). Jadual 1.1 berikut membincangkan ciri-
ciri matlamat.

5
Jadual 1.1
Ciri-Ciri Matlamat

Aspek (ciri-ciri) Matlamat


Tujuan yang spesifik Dinyatakan secara luas (broadly stated)
(specification of purposes) (contoh: untuk meningkatkan kualiti hidup
rakyat)
Definisi terma yang Formal
digunakan (contoh: kualiti perkhidmatan kesihatan
(definition of terms) merujuk kepada kebolehsampaian atau
accessibility kepada perkhidmatan kesihatan
yang ditawarkan)
Tempoh masa Tidak spesifik
(time period) (contoh: pada masa akan datang)
Pengukuran Bersifat non-quantitative (tidak diukur)
(measurement procedure) (contoh: insurans kesihatan yang mencukupi)
Kumpulan sasaran Dinyatakan secara luas (broadly defined)
(treatment of target groups) (contoh: pesakit yang memerlukan penjagaan)

Manakala Jadual 1.2 berikut menggariskan ciri-ciri objektif.

Jadual 1.2
Ciri-Ciri Objektif

Aspek (ciri-ciri) Matlamat


Tujuan yang spesifik Dinyatakan secara konkrit (concretely
(specification of purposes) stated)
(contoh: untuk meningkatkan jumlah doktor
sebanyak 10 peratus)
Definisi terma yang Operasi (operational definition)
digunakan (contoh: kualiti perkhidmatan kesihatan
(definition of terms) merujuk kepada jumlah atau nisbah antara
doktor dan pesakit)
Tempoh masa Spesifik
(time period) (contoh: dalam tempoh 1990 hingga 1995)
Pengukuran Bersifat kuantitatif (boleh diukur)
(measurement procedure) (contoh: jumlah pesakit yang dilindungi per
1000 orang)
Kumpulan sasaran Dinyatakan secara spesifik (specifically
(treatment of target groups) defined)
(contoh: keluarga yang mempunyai
pendapatan tahuan kurang daripada
RM24,000)

Dapatkah anda membezakan antara matlamat dan objektif


yang ingin dicapai menerusi dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan? Cuba anda fikirkan contoh lain.

6
SOALAN DALAM TEKS

4. Nyatakan LIMA (5) aspek yang membezakan antara


matlamat dan objektif.
5. Tempoh masa yang dinyatakan dalam objektif sesuatu
dasar adalah lebih bersifat umum. B/S
6. Matlamat dasar boleh dibuat pengukuran kerana ianya
bersifat kuantitatif. B/S

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.4 MATLAMAT DASAR AWAM

Seterusnya, mari kita lihat matlamat dasar yang sering digunakan oleh
kerajaan. Stone (1988) melihat matlamat sebagai satu justifikasi kepada
wujudnya dasar awam atau tindakan kerajaan untuk membuat sesuatu atau
tidak membuat sesuatu. Selain itu, matlamat juga merupakan satu kriteria
untuk menilai dasar awam yang mana matlamat merupakan satu standard
atau ukuran dalam menilai (assessment) dasar yang dilaksanakan. Dengan kata
lain, kejayaan sesuatu dasar ialah apabila dasar yang dilaksanakan mampu
mencapai matlamat yang telah digariskan.

Dalam modul ini, anda akan didedahkan dengan empat matlamat dasar
awam yang sering digunakan. Keempat-empat matlamat ini adakalanya
seringkali berlaku trade-off. Ini kerana kita tidak dapat memenuhi kehendak
kesemua pihak. Keempat-empat matlamat tersebut ialah
(i) Kesaksamaan (equity).
(ii) Kecekapan (efficiency).
(iii) Keselamatan (security).
(iv) Kebebasan (liberty).

1.4.1 Matlamat Kesaksamaan

Anda telah didedahkan dengan matlamat kesaksamaan dalam kursus


Ekonomi untuk Sektor Awam. Tentu anda masih ingat mengenai konsep
kesaksamaan ini. Konsep kesaksamaan mudah untuk kita jelaskan apabila
kita melihat kepada aspek yang berlawanan dengannya, iaitu ketidaksamaan.
Ketidaksamaan ataupun inequality merupakan satu aspek yang amat
dititikberatkan dalam ekonomi pembangunan kerana ianya berkaitan dengan
persoalan pengagihan kepada individu manusia. Ketidaksamaan pengagihan
ini boleh kita kaitkan dengan punca berlakunya kemiskinan dalam sesebuah
negara. Kemiskinan mungkin berpunca daripada ketidakadilan dalam
mengagihkan barangan atau perkhidmatan kepada pihak yang sepatutnya
akibat daripada perbezaan nilai, status sosial dan sebagainya.
7
Cuba anda fikirkan apakah bentuk-bentuk ketidaksamaan
yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

1. Ketikdaksamaan

Ketidaksamaan merupakan perkataan yang berlawanan dengan kesaksamaan


atau equity. Keadaan globalisasi dianggap penyebab kepada wujudnya
ketidaksamaan hampir keseluruhannya dalam masyarakat terutamanya
ketikdaksamaan sosial dan ekonomi. Akibat daripada pengaliran maklumat
dan teknologi menyebabkan wujudnya jurang antara masyarakat dan juga
antara negara di dunia. Pengetahuan terhadap penggunaan teknologi
memberi kelebihan kepada pekerja yang berkemahiran untuk mendapatkan
gaji yang lebih berbanding dengan pekerja yang tiada kemahiran. Ini
menunjukkan wujudnya ketidaksamaan kerana pekerja yang tidak
berkemahiran tidak mempunyai keupayaan dan infrastruktur yang lengkap
untuk menambah kemahiran penggunaan teknologi yang ada.

2. Kesaksamaan

Menurut Stone (1988), kesaksamaan merupakan satu matlamat yang hendak


dicapai dalam usaha menyelesaikan konflik yang wujud ekoran daripada
pengagihan barangan dan perkhidmatan disebabkan oleh rasa tidak puas
hati pihak yang terlibat dalam pengagihan tersebut. Maksud kesaksamaan
ialah treating others alike adalah berlandaskan kepada persoalan tentang
pengagihan sumber-sumber yang dimiliki oleh sesebuah negara seperti
barangan dan perkhidmatan, harta kekayaan dan pendapatan, kesihatan dan
penyakit ataupun peluang dan disadvantage. Pengagihan sumber-sumber ini
dilakukan melalui proses politik. Cuba anda fikirkan definisi politik yang
diutarakan oleh sarjana pengkaji politik Harold Lasswell, iaitu siapa mendapat
apa, bila dan bagaimana. Pengagihan sumber-sumber ini sudah tentunya
bertepatan dengan maksud kesaksamaan yang diutarakan oleh Stone (1988)
kerana ianya boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pihak yang
terlibat. Ada pihak yang mudah mendapat peluang kenaikan pangkat dan
ada pihak yang sukar untuk mendapatkan bantuan kebajikan.

Aaron (dalam Stone, 1988) melihat bahawa terdapat tiga dimensi apabila
kita berhadapan dengan persoalan tentang pengagihan sumber-sumber yang
dimiliki ini. Tiga dimensi tersebut ialah:
(i) Penerima barangan atau perkhidmatan tersebut (who gets
something?).
(ii) Barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan (what is being
distributed?).
(iii) Proses yang terlibat dalam pengagihan barangan atau
perkhidmatan tersebut (how is distribution to be decided upon or
carried out).

8
1.4.2 Matlamat Kecekapan atau Efisien (Efficiency)

Menurut Kamus Dewan, kecekapan atau efisien ialah kebolehan


menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
Sesuatu dianggap cekap sekiranya mampu menghasilkan output yang banyak
apabila menggunakan hanya sedikit input. Dengan kata lain, mencapai
matlamat dasar dengan mengenakan kos yang paling sedikit. Dalam erti kata
yang mudah, dengan wang sebanyak RM10, Ahmad berjaya membeli empat
jenis lauk berbanding dengan Ali yang mampu membeli dua jenis lauk
sahaja. Dalam kes ini, Ahmad merupakan seorang yang paling cekap dalam
menggunakan sumber-sumber yang dimilikinya.

Efisien hanyalah satu idea yang bersifat perbandingan. Efisien merupakan


satu cara untuk menilai (judging) secara merit berhubung dengan pelbagai
cara atau alternatif untuk melakukan sesuatu. Anda tentu pernah mendengar
tentang konsep nisbah atau ratio. Ianya menggambarkan nisbah input dan
output, usaha dan keputusan, perbelanjaan dan pendapatan, kos dan faedah
dan sebagainya. Dalam konteks yang luas, kita melihat pengagihan sumber
yang sedia ada secara cekap akan memberi pulangan yang banyak kepada
masyarakat keseluruhannya.

1.4.3 Matlamat Keselamatan

Matlamat keselamatan berkait rapat dengan keperluan manusia (needs of


human beings). Terdapat pelbagai aspek keperluan kepada keselamatan seperti
keselamatan ekonomi, keselamatan fizikal, keselamatan psikologi dan
sebagainya. Aspek keselamatan atau jaminan kepada keperluan seringkali
menimbulkan isu yang bersifat kontroversi dalam tuntutan politik
khususnya dasar awam. Ini kerana beberapa persoalan timbul berhubung
dengan isu keperluan. Antaranya ialah
(i) Apa yang perlu disediakan oleh kerajaan?
(ii) Apakah bentuk keperluan yang perlu dipenuhi?
(iii) Bagaimanakah menjadikan keperluan sebagai satu pengagihan
tanggungjawab bersama ini dapat dilaksanakan?

Secara ringkasnya, definisi keperluan ini merujuk kepada what is necessary for
physical survival. Dengan kata lain apakah yang diperlukan oleh manusia
untuk memenuhi keperluan fizikal. Dalam konteks ini apakah standard atau
ukuran yang paling minimum yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Dengan kata yang mudah kerajaan perlu memastikan setiap individu
mempunyai makan dan tempat tinggal yang secukupnya.

Dalam konteks ini, garisan kemiskinan (poverty line) boleh digunakan sebagai
garis pengukur kepada keperluan oleh rakyat bagi sesebuah negara. Garisan
kemiskinan ini berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Namun,
asas yang digunakan adalah sama iaitu berdasarkan kepada pendapatan atau
income level. Penerimaan bantuan-bantuan kerajaan seperti program rumah
kos rendah, Rancangan Makanan Tambahan adalah bertujuan untuk

9
memenuhi keperluan fizikal rakyat dan banayak bergantung kepada
pendapatan isirumah. Selain itu, bantuan subsidi, dan bantuan bulanan yang
diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah juga bertujuan untuk
memenuhi keperluan fizikal individu rakyat.

Cuba anda fikirkan apakah garis kemiskinan di Malaysia


sekarang.

SOALAN DALAM TEKS

7. Nyatakan TIGA (3) dimensi pengagihan.


8. Apakah yang dimaksudkan dengan efisien atau
kecekapan?
9. Berikan DUA (2) aspek keperluan kepada
keselamatan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.4.4 Matlamat Kebebasan

Dalam kehidupan seharian, wujudnya konflik atau tension antara keputusan


atau kepentingan individu dengan keputusan atau kepentingan yang bersifat
kolektif. Menurut John Stuart Mill, ada ketikanya adalah wajar untuk
masyarakat mencampuri atau interfere dengan kebebasan individu. Ini
tertakluk kepada tujuan mencampuri urusan individu dan masyarakat
mempunyai kuasa untuk berbuat demikian iaitu menghalang individu
daripada melakukan harm atau memudaratkan orang lain mahupun dirinya
sendiri. Dengan kata lain, individu dan masyarakat adalah terperlihara atau
terhindar daripada bahaya yang bakal dihadapi. Individu sepatutnya
mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dan kerajaan sepatutnya kurang
mencampuri urusan individu seperti yang dinyatakan. Namun campur
tangan kerajaan adalah perlu memandangkan sesetengah perkara atau
tindakan individu memberi kesan dan melibatkan kepentingan orang lain.
Terdapat dua aspek yang boleh disimpulkan daripada pandangan Mill di atas
iaitu:
(i) Wujudnya satu kriteria yang mana kita boleh menilai atau
memberi justifikasi kenapa kita perlu mencampuri urusan
individu iaitu apabila tindakan individu memudaratkan atau
mencederakan orang lain.
(ii) Wujudnya perbezaan yang jelas berhubung dengan tingkah laku
yang memberi kesan ke atas orang lain dan tindakan yang tidak
memberi kesan ke atas orang lain.

10
Namun begitu, persoalan yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan
dengan memudaratkan atau mencederakan (harm) orang lain atau diri
individu itu sendiri? Cuba anda fikirkan.

Terdapat beberapa kategori harm yang membenarkan kita untuk


mencampuri kebebasan seseorang individu iaitu:

1. Kesan Kecederaan Fizikal (Physical Injury) ke atas Orang


Lain

Adakalanya kesan ini jelas seperti tanda lebam atau akibat daripadanya yang
membawa kepada kematian. Namun begitu, ada kalanya tidak jelas kerana
kesan akibat daripada satu situasi seperti pencemaran udara di tempat kerja
mempunyai kesan pada masa akan datang dan bukannya kesan secara tiba-
tiba (immediate effect). Contoh yang lain ialah adakah majikan boleh
memberhentikan pekerjanya yang merokok kerana kita sedia maklum
bahawa merokok membahayakan kesihatan dan akan menjejaskan sumber
manusia organisasi atau majikan hanya mengambil pekerja yang tidak
merokok sahaja.

2. Kesan Material (Material Effects) ke atas Orang Lain

Ada kalanya sesuatu aktiviti menyebabkan kerugian kepada pihak lain dari
segi pendapatan hasil daripada perniagaan. Contohnya, kegiatan fitnah boleh
menyebabkan seseorang ahli perniagaan kerugian daripada barangan yang
diperdagangkan sungguhpun kita mengatakan bahawa setiap individu
mempunyai kebebasan untuk bersuara. Contoh lain seperti pemandu yang
cuai dan menyebabkan kerosakan bukan kepada keretanya sahaja malahan
kepada kereta orang lain dan persekitaran di tempat berlakunya kejadian
berkenaan.

3. Amenity Effects

Sesuatu aktiviti memberi kesan ke atas nilai-nilai estetika seperti membina


bangunan moden di antara bangunan-bangunan bersejarah atau bangunan
lama, atau meletakkan papan iklan di lebuh raya yang sedikit sebanyak
mencacatkan pemandangan asemula jadi. Penggunaan kaedah penzonan
(zoning), dan penguatkuasaan alam sekitar merupakan dasar atau tindakan
yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kesan estetika ini dapat
dipelihara.

4. Kesan Emosi dan Psikologi ke atas Orang Lain

Sesuatu aktiviti memberi kesan bersifat psikologi ke atas masyarakat


setempat juga merupakan salah satu bentuk kecederaan atau harm.
Contohnya, pembinaan loji nuklear bagi sesuatu kawasan mungkin
menimbulkan rasa ketidaktenteraman bagi masyarakat setempat
memandangkan banyak kesan buruk yang dilaporkan sekiranya berlaku

11
sebarang kebocoran. Kes yang berlaku di Pulau Three Mile, Amerika
Syarikat berhubung dengan loji kuasa nuklear sama ada dibenarkan untuk
beroperasi semula setelah berlakunya kejadian yang tidak diingini dalam
tahun 1979. Masyarakat setempat merasakan bahawa sekiranya loji tersebut
dibenarkan beroperasi, mereka akan merasa tidak tenteram dan stress kerana
khuatir insiden yang sama akan berulang lagi. Dalam hal ini, mereka
meminta supaya Suruhanjaya yang bertanggungjawab memberi
pertimbangan dari aspek risiko kepada kesihatan psikologi mereka dan
meminta agar loji tersebut tidak dibenarkan beroperasi.

Terdapat juga kebebasan dalam komuniti boleh memberi implikasi yang


tidak sihat kepada masyarakat dan negara amnya. Antaranya ialah:
(i) Structural harm – kesan ke atas komuniti yang boleh
menggagalkan komuniti berfungsi dengan sebaik mungkin.
Contohnya, sekiranya kerajaan membenarkan banyak sektor
pendidikan swasta ditubuhkan dan bersaing dengan sekolah
kerajaan, ianya boleh menyebabkan ibubapa mempunyai
kebebasan untuk menghantar anak mereka ke sekolah swasta
berbanding sekolah kerajaan. Oleh yang demikian, sukar untuk
mewujudkan integrasi kaum dan berlakunya jurang ekonomi
yang amat ketara.
(ii) Accumulative harms – tindakan yang dilakukan oleh hanya
seorang individu tidak akan memberi kesan yang ketara kepada
masyarakat keseluruhannya. Tetapi sekiranya tindakan dilakukan
oleh ramai orang, maka sudah tentu akan menimbulkan masalah
seperti berjalan di atas rumput walaupun tidak dibenarkan
berbuat demikian kerana mencacatkan landskap, ataupun
mengeluarkan wang simpanan secara beramai-ramai akibat
daripada hilang kepercayaan kepada institusi kewangan.

SOALAN DALAM TEKS 1.4

10. Nyatakan TIGA (3) kesan yang memerlukan


campurtangan kerajaan dalam menyekat kebebasan
individu.
11. Jelaskan dengan ringkas maksud accumulative harms.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5 KONSEP TRADE-OFF ANTARA MATLAMAT

Apabila kita melihat semula kepada matlamat yang digariskan di atas, adalah
sukar untuk kerajaan mencapai kesemua matlamat serentak. Adakalanya,
kerajaan terpaksa memilih salah satu dan akibat daripada ini, berlakunya
trade-off antara matlamat-matlamat tersebut.

12
Apakah yang anda faham mengenai konsep trade-off ini?
Pernahkah anda mendengar istilah kos lepas atau opportunity
cost?

Berdasarkan matlamat yang dibincangkan di atas, wujudnya trade-off antara


matlamat-matlamat tersebut iaitu
(i) Kesaksamaan dan kecekapan.
(ii) Keselamatan dan kecekapan.
(iii) Kebebasan dan kesaksamaan.
(iv) Kebebasan dan keselamatan.

Mari kita lihat perbincangan berikut bagaimana trade-off ini boleh berlaku.

1. Kesaksamaan dan Kecekapan

Kedua-dua matlamat ini boleh menimbulkan trade-off dalam konteks


pemberian perkhidmatan, proses yang terlibat dan pihak yang terlibat dalam
proses pengagihan tersebut. Kesaksamaan dalam pemberian anugerah dalam
perkhidmatan boleh menyebabkan seseorang tidak mempunyai motivasi
untuk lebih produktif ataupun contoh lain seperti kesaksamaan dalam
pendapatan akan mengurangkan usaha-usaha individu untuk menabung dan
akan mengurangkan pelaburan yang produktif dalam masyarakat. Oleh yang
demikian, ketidakcekapan akan berlaku.

Selain itu, untuk memastikan kesaksamaan ini dicapai, kerajaan akan sentiasa
mencampuri urusan individu dalam konteks penggunaan sumber-sumber
yang ada dan ini mengakibatkan individu kurang untuk menghasilkan
inovasi. Dengan kata lain, untuk memastikan kesaksamaan ini dicapai, sudah
tentu kerajaan memerlukan jumlah birokrat yang ramai dan birokrasi yang
besar ini sudah tentu menyumbangkan kepada ketidakcekapan dan inflexible
dalam operasi seharian.

2. Keselamatan dan Kecekapan

Keselamatan dan kecekapan ini adalah tidak sealiran atau incompatible. Ini
kerana keperluan kepada keselamatan sama ada keselamatan dari aspek
ekonomi, fizikal, psikologi atau pertahanan akan membawa kepada
keperluan penglibatan kerajaan secara menyeluruh.

Contohnya, penyiasatan (inspection) dilakukan ke atas pemohon untuk


memastikan mereka yang benar-benar layak dan memerlukan kepada
bantuan kerajaan sahaja yang akan dipertimbangkan untuk mendapatkan
bantuan. Oleh itu, keperluan kepada jentera pentadbiran yang besar akan
mengakibatkan ketidakcekapan berlaku.

13
3. Kebebasan dan Kesaksamaan

Setiap individu mempunyai bakat, kemahiran dan kemampuan yang berbeza


antara satu sama lain. Selain itu, peluang-peluang untuk setiap individu juga
adalah berbeza dalam masyarakat. Untuk memastikan kesaksamaan ini
wujud, kerajaan akan mengambil sebahagian daripada orang yang beruntung
(advantage) dan mengagihkannya kepada kepada golongan yang tidak
bernasib baik (disadvantage). Tindakan kerajaan untuk mengagihkan semula
barangan dan perkhidmatan ini boleh dilihat sebagai melanggar atau
mencampuri kebebasan golongan yang bernasib baik (advantage) ini.

4. Kebebasan dan Keselamatan

Dalam membincangkan trade-off antara kebebasan dan keselamatan,


wujudnya dua dilema iaitu dilema pergantungan (dependence) dan dilema
paternalism. Contoh dilema yang pertama ialah kemiskinan memaksa individu
untuk mebuat pilihan dan melakukan sesuatu bagi memenuhi keperluan
hidupnya. Namun, sekiranya membuat pilihan itu melibatkan sedikit
sebanyak risiko, ianya bukan merupakan pihan yang benar kerana akibat
daripada pilihan tersebut menyebabkan individu yang miskin ini akan
kelaparan dan mati. Oleh yang demikian, keperluan ini sebenarnya
mewujudkan keadaan pergantungan (dependence).

Contoh dilema kedua menekankan permintaan ahli keluarga pesakit yang


meminta untuk ditamatkan riwayat salah seorang ahli keluarganya yang sakit
dan memohon untuk ditamatkan rawatan perubatan baginya. Individu yang
sakit tidak mempunyai kebebasan untuk menjaga keselamatan dirinya dan
keluarganya yang menentukan apakah yang terbaik untuknya (paternalism).
Mungkin anda pernah menonton drama yang memaparkan cerita seorang
ibu memohon pihak mahkamah menamatkan perubatan anaknya kerana
anaknya tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan ada ketikanya
keputusan ini dicabar oleh pihak lain.

Kesimpulannya, matlamat adalah penting bagi melihat sama ada dasar yang
digubal berjaya ataupun tidak. Namun begitu, kerajaan juga berhadapan
dengan situasi yang terpaksa memilih perkara-perkara yang perlu diberi
keutamaan dan sebagainya.

Cuba anda fikirkan contoh-contoh lain yang boleh


berlakunya trade-off antara matlamat-matlamat ini.

1.6 KESIMPULAN

Dalam pelajaran ini, anda telah didedahkan dengan keperluan penggubalan


dasar awam bagi sesebuah negara. Dasar merupakan satu panduan kepada
kerajaan untuk membawa negara masing-masing ke peringkat yang lebih
tinggi dan mampu bersaing dengan negara-negara lain. Setiap dasar yang

14
digubal mempunyai matlamat yang tersendiri kerana matlamat merupakan
satu bentuk justifikasi wujudnya sesuatu dasar. Namun begitu, dalam usaha
kerajaan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, ada kalanya matlamat
tersebut bercanggah ataupun wujudnya trade-off dengan matlamat lain yang
wujud dalam dasar yang lain. Dalam hal ini, kerajaan perlu membuat pilihan
dan memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih matlamat
manakah yang menjadi keutamaan kerajaan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan dengan ringkas keperluan menggubal dasar bagi sesebuah


negara.

2. Bincangkan dengan ringkas perkaitan antara dasar, program dan


projek awam.

3. Senaraikan ciri-ciri matlamat dasar awam.

4. Bincangkan dua bentuk trade-off yang berlaku antara matlamat dasar


awam.

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Tiga elemen dalam sistem dasar ialah policy stakeholders atau aktor dasar,
persekitaran dasar dan dasar awam itu sendiri.

2. (a) Program: Program Pembangunan rakyat termiskin.


(b) Projek: Projek Perumahan Rakyat Termiskin

3. SALAH

4. Kelima-lima aspek berkenaan ialah:


(i) Tujuan yang spesifik (specification of purposes).
(ii) Definisi terma yang digunakan (definition of terms).
(iii) Tempoh masa (time period).
(iv) Pengukuran (measurement procedure).
(v) Kumpulan sasaran (treatment of target groups).

5. SALAH

6. SALAH

15
7. Tiga dimensi tersebut ialah
(i) Penerima barangan atau perkhidmatan tersebut (who gets
something?).
(ii) Barangan atau perkhidmatan yang akan diagihkan (what is being
distributed?).
(iii) Proses yang terlibat dalam pengagihan barangan atau
perkhidmatan tersebut (how is distribution to be decided upon or
carried out).

8. Maksud kecekapan atau efisien ialah kebolehan menjalankan tugas


dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga. Sesuatu dianggap
cekap sekiranya mampu menghasilkan output yang banyak apabila
menggunakan hanya sedikit input.

9. Keselamatan ekonomi, keselamatan fizikal, dan keselamatan psikologi.

10. Tiga kesan yang memerlukan campurtangan kerajaan ialah


(i) Kesan kecederaan fizikal (physical injury) ke atas orang lain.
(ii) Kesan material (material effects) ke atas orang lain.
(iii) Amenity effects.

11. Maksud accumulative harms ialah tindakan yang dilakukan oleh hanya
seorang individu tidak akan memberi kesan yang ketara kepada
masyarakat keseluruhannya. Tetapi sekiranya tindakan dilakukan oleh
ramai orang, maka sudah tentu akan menimbulkan masalah seperti
berjalan di atas rumput walaupun tidak dibenarkan berbuat demikian
kerana mencacatkan landskap, ataupun mengeluarkan wang simpanan
secara beramai-ramai akibat daripada hilang kepercayaan kepada
institusi kewangan.

16

You might also like