You are on page 1of 256

HBHE1103

PENGENALAN
PENDIDIKAN

KESIHATAN
Zarina Law Abdullah
Abdul Latif Ahmad
Pengarah Projek: Prof. Dr. Mansor Fadzil
Prof. Madya. Dr. Widad Othman
Open University Malaysia

Penulis Modul: Zarina Law Abdullah


Abdul Latif Ahmad

Penyederhana: Prof. Madya. Dr. Anuar Suun

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Cetakan Pertama, September 2006


Cetakan Keenam, Disember 2009

Hak cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2009, HBHE1103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Versi Disember 2009


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi  xvi

1.1 Falsafah dan Konsep Pendidikan Kesihatan 2


1.1.1 Falsafah Kesihatan Individu dan Keseluruhan 2
1.1.2 Falsafah Pendidikan Kesihatan 6
1.1.3 Konsep Sihat dan Pendidikan Kesihatan 7
1.2 Definisi Pendidikan Kesihatan 8
1.2.1 Agensi-agensi Kesihatan 8
1.2.2 Apakah Pendidikan Kesihatan? 10
1.2.3 Faktor-faktor yang Mendominasikan 11
Pendidikan Kesihatan
1.2.4 Proses Pendidikan Kesihatan 13
1.2.5 Pendidikan Kesihatan dalam Masyarakat 13
1.2.6 Pendidikan Kesihatan di Sekolah 15
1.2.7 Pendidikan Kesihatan Sekolah yang Komprehensif 16
1.3 Apakah Matlamat dan Tujuan Pendidikan Kesihatan? 18
Rumusan 19
Kata Kunci 19
Ujian 1 20
Ujian 2 20
Rujukan 20

2.1 Konsep, Matlamat, Objektif 23


2.1.1 Konsep Kesepaduan 24
2.1.2 Konsep Gabungjalin 24
2.1.3 Konsep Integrasi 25
2.2 Komponen Pembelajaran Prasekolah 28
2.3 Tunjang Pembelajaran Pendidikan Kesihatan KBSR 29
2.4 Penilaian Pendidikan Kesihatan 35

Rumusan Kata Kunci 41 41


Ujian 1 41
Ujian 2 41
Rujukan 42
iv  ISI KANDUNGAN

3.1 Kepentingan Asas Sains dalam Pendidikan Kesihatan 44


3.1.1 Aspek Biologi 44
3.1.2 Aspek Sosiologi 44
3.1.3 Aspek Psikologi 45
3.1.4 Aspek Fisiologi 47
3.2 Struktur dan Fungsi Anggota Badan 48
3.2.1 Sistem Pergerakan dan Perlindungan Badan 48
3.2.2 Sistem Membekal Tenaga dan Sistem 55
Penghadaman
3.2.3 Sistem Deria, Koordinasi dan Keseimbangan 64
3.3 Sistem Pembiakan (Reproductive Sistem) 67
3.3.1 Sistem Pembiakan Wanita 67
3.3.2 Sistem Pembiakan Lelaki 69
3.3.3 Umur Kematangan 70
umusan 71
Kata Kunci 71
Ujian 1 72
Ujian 2 72
Rujukan 72

4.1 Peranan Pendidikan Kesihatan dalam Pertumbuhan 74


dan Perkembangan Kanak-kanak
4.2 Ciri-ciri Perubahan dan Keperluan Individu dalam 76
4.2.1 Perkembangan Fizikal 76
4.2.2 Perkembangan Mental (Kognitif) 77
4.2.3 Perkembangan Sosial 80
4.2.4 Perkembangan Emosi 82
4.2.5 Perkembangan Rohani 83
4.3 Masalah Kesihatan kepada Murid-murid 84
4.3.1 Peringkat Pra-sekolah 85
4.3.2 Peringkat Sekolah Rendah 87
4.3.3 Awal Remaja 89
Rumusan 95
Kata Kunci 95
Ujian 1 95
Ujian 2 96
Rujukan 96
ISI KANDUNGAN  v

5.1 Kesihatan Diri 98


5.1.1 Amalan Asas Kesihatan 98
5.1.2 Perawakan Diri 104
5.1.3 Pemeriksaan Fizikal 106
5.2 Kesihatan Keluarga 107
5.2.1 Aspek Fizikal 108
5.2.2 Aspek Sosial 108
5.2.3 Aspek Jantina 110
5.3 Penyakit Berjangkit 112
5.3.1 Penyakit Kulit 112
5.3.2 Penyakit Bawaan Air dan Makanan 113
5.3.3 Penyakit Jangkitan Seks 118
Rumusan 129
Kata Kunci 130
Ujian 1 130
Ujian 2 130
Rujukan 130

6.1 Definisi Gaya Hidup Sihat 132


6.1.1 Komponen Gaya Hidup Sihat 132
6.1.2 Kepentingan Gaya Hidup yang Sihat 137
6.2 Amalan Pemakanan 137
6.2.1 Piramid Makanan 138
6.2.2 Kesan Malnutrisi dan Kelebihan Makanan 139
6.3 Penyalah Gunaan Bahan 141
6.3.1 Bahan yang Membahayakan Kesihatan 141
Rumusan 147
Kata Kunci 148
Ujian 1 148
Ujian 2 148
Rujukan 149

7.1 Keperluan Senaman dalam Kehidupan 151


7.1.1 Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi 152
7.1.2 Cara Bersenam 152
7.2 Rehat, Istirehat dan Senggang 158
7.2.1 Definisi dan Konsep 158
7.2.2 Jenis-jenis 159
7.2.3 Aktiviti 159
vi  ISI KANDUNGAN

7.3 Konflik dan Stres 162


7.3.1 Penghargaan Diri 162
7.3.2 Jenis, Kesan dan Cara Mengatasi 163
7.3.3 Pengurusan Konflik dan Peningkatan 167
Penghargaan Diri
Rumusan 169
Kata Kunci 169
Ujian 1 170
Ujian 2 170
Rujukan 170

8.1 Kesihatan Persekitaran dan Perubahan Cuaca 172


8.2 Apakah Dia Pencemaran? 172
8.2.1 Pencemaran Udara 173
8.2.2 Pencemaran Air 177
8.2.3 Pencemaran Kimia 179
8.2.4 Pencemaran Radiasi 181
8.2.5 Pencemaran Bunyi 181
8.3 Langkah-langkah Keselamatan dan Pengcegahan 182
8.3.1 Hierarki Pencegahan Pencemaran 183
8.3.2 Panduan Keselamatan Persekitaran 183
8.3.3 Langkah-langkah Pengawalan dan 185
Pencegahan Pencemaran
Rumusan 190
Kata Kunci 190
Ujian 1 190
Ujian 2 191
Rujukan 191

9.1 Kepentingan Komunikasi Terhadap Kesihatan Individu 193


9.1.1 Penggunaan Teori dan Model dalam 194
Komunikasi Kesihatan
9.1.2 Mengenal Pasti Kelompok Sasaran Komunikasi 196
9.1.3 Pembinaan Maklumat Komunikasi dalam 197
Kesihatan
9.2 Tatasusila Komunikasi 198
9.2.1 Ciri-ciri Komunikasi Kesihatan yang Berkesan 198
9.2.2 Matlamat Komunikasi Kesihatan 199
9.2.3 Saluran Komunikasi Kesihatan 199
9.2.4 Media dan Komunikasi Kesihatan 201
ISI KANDUNGAN  vii

9.3 Program Komunikasi Kesihatan 202


9.3.1 Peringkat Proses Komunikasi Kesihatan 202
9.3.2 Cabaran, Kelainan dan Peluang dalam 208
Komunikasi Kesihatan
Rumusan 210
Kata Kunci 210
Ujian 1 211
Ujian 2 211
Rujukan 211

10.1 Maksud Profesional Kesihatan 214


10.1.1 Sikap dan Penampilan 214
10.1.2 Budaya dan Kepercayaan 215
10.1.3 Kemahiran 216
10.2 Agensi / Organisasi Kesihatan 218
10.2.1 Agensi / Organisasi Kesihatan Luar Negara 218
10.2.2 Agensi / Organisasi Kesihatan dalam Negara 220
10.2.3 Agensi/Organisasi Kesihatan Peringkat Sekolah 226
10.3 Pendidik Kesihatan 228
10.3.1 Apakah Dia Pendidik Kesihatan? 228
10.3.2 Tugas Umum Pendidik Kesihatan 228
10.3.3 Tugas Khusus Pendidik Kesihatan 229
Rumusan 232
Kata Kunci 232
Ujian 1 232
Ujian 2 232
Rujukan 233

Jawapan 234
vi  TABLE OF CONTENTS
PANDUAN KURSUS
vi  TABLE OF CONTENTS
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
adalah kursus Open University
Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini
bernilai 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda pengajaran dalam bidang
Pendidikan Kesihatan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan
masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
xii  PANDUAN KURSUS

Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian


3
dalam perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12

Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20

Ulang kaji 15

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini anda seharusnya dapat:
1. Mentaksir falsafah, prinsip, matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan
secara kritis;
2. Menjelaskan kepentingan sains, struktur dan fungsi anggota badan dalam
Pendidikan Kesihatan;
3. Mengaplikasikan konsep kurikulum dalam Pendidikan Kesihatan; dan
4. Mengaplikasikan konsep kesihatan menyeluruh dalam kehidupan
seharian.

SINOPSIS KURSUS
Matapelajaran Pengenalan Pendidikan Kesihatan ini meliputi konsep asas
Pendidikan Kesihatan dan amalan kesihatan secara menyeluruh. Untuk itu teori-
teori asas sains, fungsi dan fisiologi badan, skop dan kepentingan perlu diberi
penekanan. Pendidikan Kesihatan ini merealisasikan Falsafah Pendidikan

Negara dan masyarakat.


kesejahteraan mengoptimumkan kesedaran sumbangan kesihatan terhadap

akan meninjau tentang falsafah, konsep dan definisi Pendidikan


Kesihatan. Definisi Kesihatan yang dibincang meliputi kesihatan fizikal, sosial,
mental, emosi, persekitaran dan rohani. Kesemua komponen-komponen ini perlu
seimbang bagi membentuk kesihatan yang optimum dan menyeluruh kepada
PANDUAN KURSUS  xiii

individu, keluarga dan komuniti. Konsep asas kesihatan, tujuan sebenar


kesihatan dan proses pendidikan merupakan proses-proses yang penting dalam
pendidikan kesihatan.

akan melihat konsep-konsep yang cuba diketengahkan oleh kurikulum


Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah. Konsep-konsep ini kemudiannya
diterjemahkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui tiga
tunjang pembelajaran kesihatan.

akan membincangkan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan


kesihatan. Pengetahuan dalam bidang sains akan membantu kita untuk
mengenal pasti serta memahami tentang struktur dan fungsi sistem serta organ
tubuh badan manusia. Kecelaruan dan dan kegagalan sistem tubuh untuk
berfungsi akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada
manusia.

akan memberi penekanan kepada peranan pendidikan kesihatan dalam


pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tanggungjawab untuk menjaga
kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi. Pendidikan kesihatan
memainkan peranan penting dalam kurikulum sekolah melalui pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan serta menyampaikan maklumat kesihatan yang
berfaedah kepada diri seseorang pelajar, keluarga, komuniti dan masyarakat
sejagat. Pendidikan Kesihatan dalam kurikulum sekolah juga memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengenali dan mempelajari keadaan diri sendiri dan
mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

akan memberi penekanan tentang betapa pentingnya kesihatan kepada


diri dan keluarga dalam kehidupan harian. Ia adalah adalah asas bagi
memperolehi kesejahteraan hidup.

akan memberi penekanan kepada gaya hidup sihat. Gaya hidup yang
sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan
mental-emosi, sosial dan rohani. Kesan gaya hidup kita yang kurang baik boleh
mencetuskan risiko terhadap kesihatan.

akan menumpukan kepada keperluan senaman dan rekreasi dalam


kehidupan seharian. Definisi, konsep, jenis, aktiviti, serta kesan senaman dan
rekreasi terhadap individu, keluarga dan masyarakat juga dibincangkan dalam
topik ini.
membincangkan tentang definisi kesihatan persekitaran dan
pencemaran. Ia juga menghuraikan jenis-jenis, agen-agen dan kesan pencemaran
alam sekitar terhadap kesihatan manusia sejagat di samping menyenaraikan
beberapa langkah keselamatan dan pencegahan pencemaran alam sekitar.
xiv  PANDUAN KURSUS

lebih bertumpu kepada definisi dan kepentingan komunikasi terhadap


kesihatan individu. Di samping itu topik ini mengutarakan pelbagai saluran
komunikasi yang boleh digunakan bagi mendidik masyarakat umum tentang
kepentingan kesihatan.

menjelaskan maksud profesional kesihatan serta menghuraikan sikap,


penampilan, budaya, kepercayaan dan kemahiran profesional kesihatan.
Peranan, penggunaan dan perkhidmatan beberapa profesional kesihatan, agensi
serta organisasi kesihatan di sekolah, dalam dan luar negara terhadap kesihatan
individu, keluarga dan masyarakat juga disentuh dalam topik ini.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai


setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan

dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.


Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam
sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan

anda melakukan
berbincang sesuatu
bersama rakanseperti
dalamberfikir secara mendalam,
kelas, merujuk memberi
kepada laman web, pendapat,
membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.
PANDUAN KURSUS  xv

: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting


yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,


kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus keranai a adalah kursus
berstatus.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myLMS.

RUJUKAN
Rujukan disenaraikan diakhir setiap topik.
vi  TABLE OF CONTENTS
T op i k  Falsafah,
1 Konsep dan
1 Definisi
Pendidikan
Kesihatan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan falsafah dan konsep pendidikan kesihatan;
2. Menjelaskan definisi pendidikan kesihatan;
3. Menghuraikan konsep kesihatan menyeluruh dalam kehidupan
seharian; dan
4. Menyenaraikan matlamat dan tujuan pendidikan kesihatan.

 PENGENALAN
Perubahan terhadap konsep pendidikan kesihatan dan kemunculan pelbagai
strategi yang menggalakkan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak merupakan
perkembangan terpenting dalam pembelajaran di sekolah. Pendidikan kesihatan
kini telah berubah daripada hanya menumpukan kepada pemindahan informasi
dan gaya hidup individu kepada perubahan tingkah laku yang memfokuskan
faktor sosial, ekonomi dan persekitaran yang lebih kondusif terhadap
pengamalan gaya hidup yang sihat. Konsep pendidikan kesihatan dewasa ini
membawa kepada pemahaman yang lebih luas dan menyeluruh. Ianya
2  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

membabitkan pembelajaran secara formal, informal dan pembelajaran kendiri di


tempat dan persekitaran yang pelbagai. Pembelajaran tentang kesihatan adalah
proses yang boleh berlaku melalui pelbagai cara dan tempat sepanjang hayat
individu.

1.1 FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN


KESIHATAN

1.1.1 Falsafah Kesihatan Individu dan Keseluruhan


Bolehkah anda nyatakan falsafah kesihatan individu dan keseluruhan? Sebelum
dapat menyatakan falsafah kesihatan inidividu dan keseluruhan, mari kita tinjau
apakah dia kesihatan? Apakah dia komponen-komponen kesihatan keseluruhan?
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap dan perubahan kesihatan
individu?

1.1.1.1 Definisi Kesihatan


Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja
(WHO). Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual
dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap
persekitaran (Dubos R., 1968). Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai
individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain,
persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.

(a)
Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan
terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ
tubuhnya pula dapat berfungsi dengan baik. Individu yang mencapai
tahap kesihatan fizikal mempunyai tahap kecergasan yang optimum dan
berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan berkesan. Deria
tubuhnya pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik.

(b)
Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu
untuk memenuhi hubungan interpersonal. Ini bermakna beliau dapat
berinteraksi dengan individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik.
Di samping itu juga, individu yang mencapai tahap kesihatan sosial
berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam
kehidupan seharian.
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  3

(c)
Kesihatan mental merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang.
Individu yang mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya untuk
belajar dan berfikir secara rasional.

(d)
Kesihatan emosi melibatkan keupayaan individu untuk mengawal
emosinya. Individu yang mempunyai tahap kesihatan emosi yang baik
berupaya menangani dan menghadapi pelbagai tekanan hidup seharian
dengan tenang dan bersahaja.

(e)
Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai
apresiasi yang baik terhadap persekitaran luaran. Individu berupaya untuk
memainkan peranan yang baik dan berkesan demi melindungi serta
mempertingkatkan keadaan persekitaran.

(f)
Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian
seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang
mencapai tahap kesihatan rohani ini mempunyai kesedaran dan sentiasa
mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif.

Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit


atau cacat cedera malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental,
emosi, persekitaran dan rohani. Inilah yang dikatakan konsep kesihatan
menyeluruh. Apabila individu telah mencapai tahap kesihatan menyeluruh
maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup. Rajah 1.1 dapat
menunjukkan kepada anda tentang komponen-komponen kesihatan
individu secara menyeluruh.
4  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Konsep kesihatan menyeluruh

AKTIVITI 1.1

Senaraikan beberapa ciri yang perlu ada bagi seseorang individu


untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh.

1.1.1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tahap Kesihatan


Individu
Dalam usaha individu untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh dan
optimum, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaiannya. Faktor-
faktor tersebut adalah;
(a) Pengaruh Individu
(b) Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya

(c) Pengaruh Persekitaran


(d) Pengaruh Penjagaan Kesihatan
(e) Pengaruh Komuniti
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  5

(a)
Gaya hidup atau tabiat tingkah laku kesihatan, baka, kesihatan mental
merupakan antara elemen-elemen kesihatan yang mempengaruhi tahap
kesihatan individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup atau tabiat
kesihatan yang buruk seperti merokok, ketagihan arak dan dadah akan
mendapati tahap kesihatan mereka semakin merosot dari masa ke semasa.
Individu yang mewarisi penyakit-penyakit keturunan seperti diabetes,
lelah dan sakit mental juga akan mengalami kemerosotan tahap kesihatan
sekiranya tidak mengawal tabiat dan tekanan perasaan yang mereka alami.
(b)
Hubungan, gaya berkomunikasi, kepuasan kerja, sokongan sosial dan
interaksi kekeluargaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu
yang dapat berkomunikasi dengan baik serta dapat menjalinkan hubungan
positif dengan orang lain akan dapat mencapai tahap kesihatan yang baik.
Mereka yang memperoleh sokongan sosial daripada keluarga, rakan
sebaya dan masyarakat akan membentuk imej kendiri yang positif di
samping memperoleh kepuasan dalam kerjaya mereka. Individu yang tidak
mempunyai gaya berkomunikasi yang baik serta sokongan sosial
mendapati diri mereka sukar untuk menangani cabaran dan tekanan hidup
seharian. Mereka akan sentiasa kelihatan murung, stress dan gagal
memperoleh tahap kesihatan mental, emosi dan sosial yang baik.

(c)
Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih,
selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu.
Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia.
Alam sekitar dan persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang
kepada bahaya toksik dan penularan wabak penyakit yang akan
menggugat tahap kesihatan.

(d)
Kesihatan rutin penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkala
menjadikan individu sentiasa dalam keadaan sihat. Perkembangan
teknologi terkini dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan juga
membantu meningkatkan taraf kesihatan.

(e)
Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan
sistematik juga mempengaruhi tahap kesihatan individu. Kemudahan
perkhidmatan kesihatan komuniti seperti klinik, hospital, dan pusat-pusat
penjagaan membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan
individu. Melalui pusat dan kemudahan kesihatan ini, program serta polisi
6  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

berkenaan kesihatan komuniti dapat dijalankan dengan berkesan dan


sistematik bagi meningkatkan tahap kesihatan.

Rajah 1.2 dapat membantu untuk menjelaskan kepada anda bagaimana


pengaruh-pengaruh individu, interpersonal, sosial dan kerjaya, persekitaran,
penjagaan kesihatan dan komuniti mempengaruhi tahap kesihatan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan

AKTIVITI 1.2

Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan dan


terangkan dengan ringkas bagaimana faktor-faktor ini dapat
meningkatkan tahap kesihatan individu secara menyeluruh.

1.1.2 Falsafah Pendidikan Kesihatan


Bolehkah anda nyatakan falsafah Pendidikan Kesihatan?

Falsafah pendidikan kesihatan adalah wadah yang akan dijadikan panduan untuk
melaksanakan pengajaran dan program Pendidikan Kesihatan. Ianya adalah asas
kepada perkembangan program dan tujuan pendidikan kesihatan yang sistematik.
pendidikan kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya
pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan kesihatan bukan semata-mata untuk
menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan
untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu,
keluarga dan komuniti. Program pendidikan kesihatan seharusnya menggalakkan
dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan
gaya hidup sihat sepanjang hayat. Oleh yang demikian individu perlu dididik
supaya memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
pendidikan kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai
budaya masyarakat. Mereka juga perlu dididik supaya sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  7

1.1.3 Konsep Sihat dan Pendidikan Kesihatan


Kesihatan pada asasnya adalah konstruk sosial. Ianya dibentuk melalui interaksi
di antara manusia dengan persekitaran mereka dalam proses kehidupan
seharian di mana manusia hidup, berkasih sayang, bekerja dan bermain
(Kickbusch, (1997). Apa yang mendefinisikan kesihatan tidak hanya bergantung
semata-mata kepada individu mahu pun faktor-faktor biologikal, malah ianya
bergantung juga kepada persekitaran sosial dan budaya hidup individu tersebut.
Dalam konteks ini faktor perubatan secara sendirinya tidak dapat menjelaskan
mengapa dan bagaimana manusia atau individu mengidap sesuatu penyakit.
Persekitaran fizikal dan persekitaran sosial juga memainkan peranan yang tidak
kurang penting bagi menjelaskan fenomena ini. Adalah penting bagi pendidikan
kesihatan mengambil kira faktor-faktor sosial, persekitaran dan ekonomi dalam
menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Pendidikan kesihatan dewasa
ini seharusnya mampu menggerak manusia mengubah keadaan-keadaan serta
faktor-faktor ini. Rajah 1.3 di bawah dapat membantu menjelaskan kepada anda
bagaimana konsep sihat dan pendidikan kesihatan membantu individu untuk
mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Konsep sihat dan pendidikan kesihatan


8  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

1.2 DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

1.2.1 Agensi-agensi Kesihatan


Tahukah anda apakah agensi-agensi yang memberi pendidikan kesihatan
kepada masyarakat?

(a)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah agensi pertubuhan kesihatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang khusus berkenaan kesihatan. Ia
ditubuhkan pada 7 April 1948. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini
dianggotai oleh 192 buah negara dan akan bersidang di Perhimpunan
Kesihatan Sedunia bagi membincangkan dan meluluskan anggaran
perbelanjaan, program-program, serta polisi-polisi bagi meningkatkan
tahap kesihatan negara-negara di dunia ini. Objektif utama Pertubuhan
Kesihatan Sedunia adalah merangka perlembagaan berkenaan kesihatan
sedunia supaya seluruh warga dunia dapat mencapai tahap kesihatan yang
paling tinggi.

(b)
(i)

Bahagian pendidikan kesihatan merupakan salah satu daripada


bahagian-bahagian yang wujud di Jabatan Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini mula beroperasi sebagai
Unit Pendidikan Kesihatan di ibu pejabat Kementerian Kesihatan
Malaysia pada tahun 1968. Pada masa itu fungsi utama Unit Pendidikan
Kesihatan adalah untuk menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan
seperti filem-filem kesihatan dan bahan-bahan bercetak pendidikan
kesihatan untuk digunakan oleh anggota kesihatan dalam menjalankan
aktiviti pendidikan kesihatan di seluruh negara.

Pada tahun 1993, Unit pendidikan kesihatan dinaikkan taraf ke


Bahagian Pendidikan Kesihatan di bawah Sistem Saraan Baru. Kini
skop perkhidmatan yang diberi oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan
telah diperluaskan daripada peringkat kebangsaan sehingga
peringkat negeri, hospital-hospital negeri, beberapa hospital daerah
dan beberapa daerah kesihatan. Di setiap negeri terdapat satu Unit
Pendidikan Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan
Kesihatan dan dibantu oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan yang lain
bersama anggota-anggota sokongan.
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  9

Di hospital-hospital negeri pula terdapat Unit Pendidikan Pesakit.


Manakala di beberapa hospital daerah dan pejabat kesihatan tertentu
jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan telah diwujudkan dan diisi.
Fungsi utama Bahagian Pendidikan Kesihatan sekarang sudah beralih
daripada penerbitan kepada pengurusan program-program pendidikan
dan promosi kesihatan dan juga program latihan, penyelidikan dan
media massa. Bahagian pendidikan kesihatan bertanggungjawab untuk
memberi kepimpinan, menyelaras dan memantau aktiviti pendidikan
kesihatan yang dijalankan di peringkat negeri dan hospital. Bermula dari
16 Disember 2004, bahagian ini telah berpindah ke Putrajaya.

(ii)
Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang promosi
kesihatan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup
sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima.

(iii)
Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan
kesihatan rakyat Malaysia melalui;
 Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara
yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu
 Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat
bertindak terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan
mereka
 Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta

(iv)

Fungsi utama Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk


merancang, mengurus pelaksanaan, menyelaras dan menilai program
pendidikan dan promosi kesihatan di seluruh negara.

(v)
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi oleh Bahagian
Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah;

Perancangan, pembangunan,
pendidikan dan pelaksanaan dan penilaian program
promosi kesihatan.
 Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat,
sambutan hari-hari kesihatan dan program-program khas.
 Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan pendidikan kesihatan.
10  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

 Pengurusan program pendidikan kesihatan melalui media massa.


 Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan/promosi
kesihatan.
 Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan.
 Khidmat runding dalam bidang promosi kesihatan.

1.2.2 Apakah Pendidikan Kesihatan?


Pendidikan kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk
bagi memudahkan adaptasi atau tingkah laku yang kondusif terhadap kesihatan
(Green, 1980). Marx & Wooley (1998), mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai
pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental,
emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran
berkenaan kesihatan dan ianya dirancang untuk membantu dan memotivasikan
murid untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta
mengurangkan risiko tingkah laku yang berkait dengan kesihatan. Pendidikan
kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman
pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah
sikap dan mempengaruhi tingkah laku (Anspaugh & Enzell, 1995). Program dan
kurikulum pendidikan kesihatan yang terancang serta berkesan dapat
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi
individu ke tahap optimum. Pendidikan kesihatan membantu murid meneroka dan
menggerakkan mereka ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum dan
kesejahteraan hidup. Rajah 1.4 dapat membantu menjelaskan kepada anda tentang
apakah Pendidikan Kesihatan.

Konsep pendidikan kesihatan


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  11

AKTIVITI 1.3

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu
harmonis dari untuk melahirkan
segi intelek, insanemosi
rohani, yang seimbang dan
dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan petikan di atas, senaraikan elemen-elemen Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang selaras dan selari dengan falsafah,
konsep dan definisi Pendidikan Kesihatan.

1.2.3 Faktor-faktor yang Mendominasikan Pendidikan


Kesihatan
Apakah faktor-faktor yang mendominasikan Pendidikan Kesihatan?

Faktor-faktor yang mendominasikan pendidikan kesihatan adalah:


(a) Asas Kognitif;
(b) Perubahan Tingkah Laku;
(c) Model Membuat Keputusan;
(d) Kebebasan; dan
(e) Perubahan Sosial.

(a)
Kognitif
dibentuk.adalah asas kepada kepada
Ianya memfokuskan falsafahisipendidikan
kandungankesihatan yang bakal
serta fakta-fakta yang
wujud dalam Pendidikan Kesihatan. Asas kognitif dapat meningkatkan
pengetahuan murid tentang kesihatan. Ianya membenarkan seberapa
banyak ilmu pengetahuan dapat diperoleh oleh murid dengan cepat.
12  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

(b)
Perubahan tingkah laku menekankan kepada modifikasi tingkah laku
melalui matlamat dan tujuan tingkah laku terhadap kesihatan. Perubahan
tingkah laku terhadap kesihatan dizahirkan melalui ikrar dan tekad untuk
mengubah tingkah laku daripada yang buruk kepada yang lebih baik.
Perubahan tingkah laku ini akan lebih berkesan bila ianya disusuli pula
dengan pemantauan kendiri individu terhadap tingkah laku positif
terhadap kesihatan.

(c)
Model untuk membuat keputusan adalah pendekatan sistematik individu
terhadap pendidikan dan perubahan. Model ini menyediakan murid
dengan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
berkenaan kesihatan mereka. Model ini juga menyediakan murid dengan
kemahiran-kemahiran yang perlu bagi menangani tekanan dan cabaran
hidup mereka terutama sekali berkenaan hubungan dengan orang lain
seperti keluarga, rakan sebaya dan komuniti.

(d)
Faktor kebebasan menekankan konsep bebas, kendiri dan pembelajaran
sepanjang hayat. Konsep ini membantu murid untuk berfungsi bagi
memenuhi kepuasan kendiri terhadap amalan-amalan yang positif terhadap
kesihatan. Ianya membantu murid bertindak dan membuat keputusan yang
positif berkenaan kesihatan berdasarkan minat dan kehendak mereka sendiri
selagi mana tindakan dan keputusan tersebut tidak mendatangkan keburukan
kepada diri sendiri dan orang lain.

(e)
Pendidikan kesihatan berkait rapat dengan isu-isu sosial, budaya dan
status ekonomi yang mempengaruhi kesihatan murid. Perubahan sosial
merupakan kuasa penggerak dan pendesak murid untuk mengubah
tingkah laku mereka ke arah gaya hidup sihat. Ianya merupakan isu-isu
yang akan memperkembangkan lagi peranan Pendidikan Kesihatan.

SEMAK KENDIRI 1.1

Senaraikan dan terangkan dengan ringkas tentang apakah faktor-


faktor yang mendominasi Pendidikan Kesihatan.
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  13

1.2.4 Proses Pendidikan Kesihatan


Menurut Wee (1995), pendidikan kesihatan melalui tiga proses penting iaitu;

(a)
Konsep dan asas kesihatan merujuk kepada apa itu kesihatan?

(b)
Matlamat kesihatan yang merujuk kepada pola-pola tingkah laku kesihatan
individu dan komuniti yang dikehendaki.

(c)
Ianya adalah proses pemindahan ilmu, informasi dan kemahiran kesihatan
melalui proses pendidikan.

Bagi mencapai matlamat dan tujuan yang dihasratkan dalam Pendidikan Kesihatan,
ketiga-tiga proses ini perlu bergabung sebagai satu entiti yang seimbang.

1.2.5 Pendidikan Kesihatan dalam Masyarakat


Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu
dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan
mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian (Wee, (1995)). Ianya
dijalankan melalui aktiviti-aktiviti agensi Kementerian Kesihatan, agensi-agensi
kesihatan sukarela, sekolah, organisasi remaja dan kumpulan masyarakat lain.
Pendidikan kesihatan boleh disampaikan kepada masyarakat melalui;
• Kaunseling Individu;
• Pengajaran Berkumpulan;
• Penggunaan Media Massa;
• Program Tindakan Komuniti; dan
• Pendidikan Kesihatan Tidak Formal.

(a)
Kaunseling individu dijalankan melalui khidmat nasihat pakar-pakar
kesihatan seperti doktor, doktor gigi, jururawat dan pekerja sukarela.
Ianya bertujuan untuk membantu dan mendidik masyarakat berfikir
tentang cara mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi oleh mereka.
14  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

(b)
Pengajaran berkumpulan dijalankan melalui kaedah perbincangan dan
mesyuarat bagi memahami sesuatu masalah kesihatan dan seterusnya
mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.

(c)
Mesej berkenaan kesihatan, masalah kesihatan dan kempen-kempen
kesihatan disalurkan kepada masyarakat melalui media massa seperti surat
khabar, jurnal, risalah, poster, radio, televisyen dan internet.
(d)
Program Tindakan Komuniti melibatkan ahli-ahli dalam komuniti supaya
bekerjasama bagi menyelesaikan masalah-masalah kesihatan. Ianya memberi
peluang kepada semua pihak yang terlibat mengumpul maklumat, membuat
keputusan serta bertekad untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

(e)
Pendidikan kesihatan tidak formal berlaku dalam kalangan ahli masyarakat
melalui interaksi dan pergaulan mereka seharian. Di rumah pendidikan
kesihatan berlaku dalam kalangan ahli-ahli dalam keluarga manakala di
luar rumah pula pendidikan kesihatan berlaku antara rakan, jiran tetangga,
dan rakan sekerja tentang isu-isu semasa berkenaan kesihatan.

Rajah 1.5 : dapat membantu menjelaskan kepada anda bagaimana pendidikan


kesihatan dapat menyelesaikan masalah kesihatan dalam masyarakat.

Fungsi pendidikan kesihatan dalam masyarakat


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  15

1.2.6 Pendidikan Kesihatan di Sekolah


Pendidikan kesihatan di sekolah merangkumi tiga aspek berikut;
• Pengajaran kesihatan yang bersistematik;
• Kaunseling kesihatan individu; dan
• Pengajaran dan pembelajaran kesihatan yang tidak formal, berkaitan dengan
pengalaman seharian.
(a)
Pengajaran kesihatan yang bersistematik ini dilaksanakan melalui kelas-
kelas Pendidikan Kesihatan berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran
yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Ianya diajarkan kepada
murid melalui tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga,
Gaya Hidup Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Topik-topik
atau unit-unit kesihatan yang berkaitan juga digabungkan dalam kelas-
kelas Pendidikan Jasmani di sekolah.

(b)
Kaunseling kesihatan individu lazimnya dijalankan oleh para guru kepada
pelajar yang mengalami masalah kesihatan di sekolah. Khidmat pakar
seperti para doktor, jururawat, kaunselor dan individu yang berkelayakan
juga dijemput bagi mengendalikan sesi kaunseling ini.
(c)
Pengajaran dan pembelajaran kesihatan tidak formal di sekolah dilaksanakan
melalui pengajaran pembelajaran pengalaman harian iaitu melalui
pemeriksaan kesihatan, program makanan tambahan, penjagaan haiwan
peliharaan, aktiviti-aktiviti fizikal, pertalian dan perhubungan manusia dan
perubahan persekitaran fizikal sekolah untuk keselesaan dan kesihatan.
16  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 1.6 dapat membantu menjelaskan kepada anda tentang pendidikan


kesihatan di sekolah.

Pendidikan kesihatan di sekolah


Wee Eng Hoe. (1995).

1.2.7 Pendidikan Kesihatan Sekolah yang


Komprehensif
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesihatan di luar kawalan kita.
pendidikan kesihatan yang komprehensif adalah perlu sebagai usaha untuk
mengkoordinasikan perbezaan-perbezaan perkhidmatan dan program yang
berkaitan dengan keperluan kesihatan murid. Pendidikan kesihatan komprehensif
ini menggalakkan penyertaan aktif dan perancangan kolaboratif semua pihak yang
menyumbangkan tenaga dan masa bagi kepentingan tahap kesihatan murid-murid
di sekolah. Ini termasuklah para guru, rakan sebaya, ibu bapa, para profesional dan
ahli komuniti. Pendidikan kesihatan sekolah yang komprehensif ini
menggabungkan empat elemen utama iaitu;
• Pengajaran dan Pembelajaran;
• Perkhidmatan Sokongan;
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  17

• Sokongan Sosial; dan


• Persekitaran yang sihat.

(a)
Kurikulum pendidikan kesihatan yang dijalankan menggunakan
pendekatan kesepaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isu-
isu atau topik-topik tidak diajarkan secara berasingan. Proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah menggabungkan:
(i) Ketegasan;
(ii) Kemahiran berhujah;
(iii) Resolusi konflik; dan
(iv) Kemahiran untuk membuat keputusan.

Kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid-murid meningkatkan


lagi kawalan dan tahap kesihatan mereka.

(b)
Perkhidmatan kesihatan sokongan yang wujud di sekolah merupakan
penggerak dan pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan kesihatan di sekolah. Antara perkhidmatan kesihatan sokongan
yang dapat membantu menggerak dan melengkapkan proses pengajaran
dan pembelajaran pendidikan kesihatan di sekolah adalah;
(i) program imunisasi;
(ii) penilaian kesihatan;
(iii) penyaringan kesihatan;
(iv) rujukan kesihatan;
(v) perkhidmatan rawatan dan pemulihan;
(vi) perlindungan kanak-kanak; dan
(vii) kaunseling.

(c)
Kanak-kanak bergantung kepada sokongan orang-orang di sekeliling
mereka bagi membolehkan mereka memilih gaya hidup yang sihat.
Keluarga, rakan, guru, kakitangan sekolah, tetangga dan komuniti
memainkan peranan yang penting dalam menyokong murid-murid semasa
mereka belajar membuat keputusan tentang gaya hidup mereka. Model
yang positif dan bersesuaian daripada sekolah, rumah dan komuniti juga
dapat menyokong proses pembelajaran kanak-kanak.
18  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

(d)
Persekitaran sosial dan fizikal sekolah yang sihat dapat meningkatkan
kesihatan keseluruhan murid. Persekitaran fizikal sekolah yang bersih,
kemas dan selamat ini termasuklah;
(i) pencahayaan dan pengudaraan;
(ii) peraturan dan prosedur keselamatan sekolah dan bilik darjah;
(iii) polisi pemakanan; dan
(iv) tandas dan sistem pembuangan sampah.

Manakala persekitaran sosial yang sihat pula termasuklah;


(i) bebas dari sebarang bentuk diskriminasi;
(ii) gangguan; dan
(iii) ugutan.

Persekitaran sosial dan fizikal sekolah yang sihat ini juga dapat
menggalakkan peningkatan kendiri murid-murid.

1.3 APAKAH MATLAMAT DAN TUJUAN


PENDIDIKAN KESIHATAN?
Pendidikan kesihatan menurut Wee (1995) mempunyai tujuan berikut;
(a) Untuk mengubah tingkah laku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap
dan amalan.
(b) Untuk menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran dengan
membekalkan pengalaman-pengalaman kesihatan yang bermakna, yang
boleh mengubah tingkah laku kesihatan.
(c) Untuk menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini
dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat,
pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan kesihatan yang
lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti.
(d) Untuk memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab
kesihatan kerajaan.

Di peringkat sekolah matlamat pendidikan kesihatan adalah membantu murid


meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).
Objektif pendidikan kesihatan sekolah adalah supaya murid boleh;
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  19

(a) Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan


persekitaran;
(b) Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan;
(c) Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan
dan pengalaman;
(d) Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan
(e) Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan.

• Topik ini telah membincangkan tentang falsafah, konsep dan definisi


pendidikan kesihatan.
• Definisi kesihatan yang dibincang meliputi kesihatan fizikal, sosial, mental,
emosi, persekitaran dan rohani.
• Kesemua komponen-komponen ini perlu seimbang bagi membentuk
kesihatan yang optimum dan menyeluruh kepada individu, keluarga dan
komuniti.

Konsep asas kesihatan, tujuan sebenar kesihatan dan proses pendidikan
merupakan proses-proses yang penting dalam pendidikan kesihatan.
• Pendidikan kesihatan di sekolah merangkumi pengajaran kesihatan yang
bersistematik, kaunseling kesihatan individu, pengajaran dan pembelajaran
kesihatan yang tidak formal berkaitan dengan pengalaman seharian.
• Ia bertujuan untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup
sihat.

Kesihatan
Pendidikan Kesihatan
20  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kesihatan menurut Pertubuhan


Kesihatan Sedunia (WHO).
2. Kesihatan yang optimum merangkumi 6 aspek kesihatan iaitu fizikal,
sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Jelaskan dengan ringkas
aspek-aspek tersebut.
3. Jelaskan dengan ringkas bagaimana pengaruh interpersonal, sosial dan
kerjaya dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu.
4. Jelaskan dengan ringkas bagaimana konsep sihat dan pendidikan
kesihatan membantu individu untuk mencapai tahap kesihatan yang
optimum.

1. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pendidikan kesihatan.


2. Nyatakan dengan ringkas tujuan pendidikan kesihatan.
3. Pendidikan kesihatan sekolah yang komprehensif ini menggabungkan
empat elemen utama. Nyatakan dengan ringkas keempat-empat elemen
tersebut.
4. Jelaskan dengan ringkas objektif pendidikan kesihatan di sekolah.

Anspaugh, D.J., & Enzell, G. (1995). Teaching todayÂs health (4th ed.).
Masschusetts: Allyn & Bacon.

Dubos, R. (1968). So human and animal. New York: Scribners.

Green, L.W. (1980). Health education planning : A Diagnostic Approach. Palo


Alto, Calif.: Mayfield Publishing.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Sukatan pelajaran pendidikan


kesihatan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kickbusch, I. (1997). Promoting health through adult learning. CONFINTEA,


Hamburg.
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  21

Health is academic: A Guide to Coordinated


Marx, E., & Wooley, S.F. (Eds.). (1998).
Health Programs(p. 4). New York, N.Y.: Teachers College Press.

Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (2nd ed.).
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
T o p ik  Kurikulum
2 Pendidikan
2 Kesihatan
dalam KBSR
Pengenalan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan konsep, matlamat dan objektif pendidikan prasekolah
dan sekolah rendah;
2. Menghuraikan kandungan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan
Prasekolah dan KBSR (Tahun Satu); dan
3. Membuat penilaian Pendidikan Kesihatan secara formal atau tak
formal.

 PENGENALAN
Kurikulum pendidikan kesihatan prasekolah dan sekolah rendah mendukung cita-
cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengubalan kurikulum pendidikan kesihatan berhasrat membantu murid-murid
meningkatan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sukatan pelajaran pendidikan kesihatan
memberi panduan tentang skop dan kandungan mata pelajaran ini bagi
membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran. Proses perkembangan
kanak-kanak atau murid-murid adalah berterusan oleh itu persediaan dan
pengalaman awal mereka memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  23
PENGENALAN

mantap serta relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi


keperluan individu dan negara. Selain itu, kurikulum pendidikan kesihatan
prasekolah dan sekolah rendah juga perlu mempertimbangkan kemampuan,
keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan
mereka. Pendidikan kesihatan prasekolah dan awal persekolahan iaitu Tahun Satu
menitikberatkan pendekatan „Belajar Melalui Bermain‰ yang tidak formal dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid belajar dan
menghadapi dunia sebenar dalam keadaan yang mengembirakan, selesa, selamat
dan tiada tekanan.

2.1 KONSEP, MATLAMAT, OBJEKTIF

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan


pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4  6 tahun dalam
jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di
sekolah formal ( PPK,KPM 2003)

Pendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak


dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah
rendah.( PPK, KPM 2003)

Antara Objektif Pendidikan Prasekolah yang membolehkan murid:


• Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang
positif yang menjadi warganegara yang patriotik.
• Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan

amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.


• Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan
alam dan warisan budaya.
24  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

2.1.1 Konsep Kesepaduan


Dalam Pendidikan Kesihatan Prasekolah, guru harus menggunakan pelbagai
pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat serta minat murid. Guru perlu menjalankan aktiviti yang
melibatkan murid secara aktif supaya pembelajaran pendidikan kesihatan
menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan.

Untuk mencapai konsep ini, aktiviti pendidikan kesihatan tersebut perlu


dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistemetik bagi menjamin setiap
murid mendapat peluang yang sama. Oleh itu, mereka memperoleh pelbagai
pengalaman pembelajaran pendidikan kesihatan sebenar sama ada secara
individu, secara kelas ataupun secara kumpulan.

Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan Prasekolah antara pendekatan


pengajaran dan pembelajaran yang diutamakan ialah pendekatan bersepadu.
Pengajaran bersepadu boleh menggabungjalinkan beberapa kemahiran seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ataupun menggabungkan
aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani dan
intelek tidak terkecuali nilai-nilai amalan kesihatan, gaya hidup sihat dan
keselamatan persekitaran yang wujud dalam pendidikan kesihatan.

Justeru itu, strategi pengajaran yang berasaskan konsep kesepaduan boleh


digunakan dalam aktiviti harian. Guru perlu menggunakan dan mengaitkan
pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan kesihatan. Ilmu pengetahuan dipelajari mesti diamalkan. Contohnya:
Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan. Kanak-kanak melibatkan diri secara aktif.
Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung agar pembelajaran menjadi
lebih berkesan.

2.1.2 Konsep Gabungjalin


Kurikulum yang pelbagai gabungjalin dan seimbang daripada segi bahan
pembelajaran, jantina, budaya dan bangsa melatih dan memfokuskan kanak-kanak
berfikir secara terbuka dan mudah suai. Kanak-kanak perlu suasana terbuka dan
pelbagai konsep gabungjalin bagi membentukkan kemahiran berfikir secara kristis
dan mencipta sesuatu hasil yang kreatif dan istimewa.

Kurikulum berkonsepkan gabungjalin ini membolehkan kanak-kanak menimba


dan mendalami pengalaman mereka dan menjadi matang dalam perkembangan
mereka adalah kurikulum yang seimbang, iaitu merangkumi pelbagai aktiviti
yang sibuk seperti menyanyi ataupun menari dan tenang seperti mendengar
puisi atau muzik berbentuk klasik sambil berehat.
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  25
PENGENALAN

Secara amnya, konsep gabungjalin di peringkat awal seharusnya memberi tumpuan


yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi
serta sosialisasi nilai dan perhubungan positif. Suasana pengajaran dan
pembelajaran di pusat pendidikan awal kanak-kanak hendaklah sesuatu yang
mengembirakan kanak-kanak dan menggalakkan tingkah laku yang sentiasa
berusaha meningkatkan pengetahuan. Konsep ini juga boleh disamaertikan dengan
konsep Âbermain sambil belajarÊ. Konsep ini dapat memenuhi keperluan dan
perkembangan mental, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. Kemahiran, nilai dan
sikap yang diperoleh semasa di peringkat awal merupakan asas penting dalam
pembentukan diri. Semoga dengan pendekatan ini dapat melahirkan generasi yang
berdikari, pintar dan mempunyai perwatakan yang positif untuk perkembangan
diri, masyarakat dan pembangunan negara.

2.1.3 Konsep Integrasi


Dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan terdapat pelbagai
pendekatan dalam pengajaran dan pendidikan prasekolah serta KBSR.
Pendekatan berintegrasi yang ekletek mengambil kira pelbagai falsafah dan
pendekatan tersebut dan mengubahsuainya mengikut keperluan budaya dan
matlamat pengajaran pendidikan kesihatan.

Pendekatan berkonsepkan integrasi sebegini menbenarkan guru memilih konsep


pengajaran dan pembelajaran
serta mencantumkannya bagiyang terbaik daripada
membentuk setiap falsafah
satu kurikulum yangdan pendekatan
berkesan dan
mengambil kira ciri-ciri keperluan perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini
bersifat dinamik iaitu sentiasa berubah dan meningkat dengan mengambil kira
dengan mana-mana falsafah atau strategi baru yang akan wujud kemudian.

Pendekatan berintegrasi ini akan sentiasa mencantumkan strategi yang paling


menarik, sesuai dan berkesan. Misalnya, pendekatan menggalakkan
pembelajaran pendidikan kesihatan melalui pengalaman terus dengan orang,
tempat ataupun benda seperti di hospital, melalui risalah-risalah dan poster-poster
yang mengiklankan penjagaan dan kebersihan diri dan keluarga. pula
menggalakkan memilih aktiviti berasaskan minat, amalan dan tahap
perkembangan mereka. Pendekatan berintegrasi yang berasaskan Piaget
menggalakkan kanak-kanak menyelami sesuatu proses penerokaan gaya hidup
sihat dan membincangkan pengalaman tersebut. Strategi ini dapat mencantumkan

dengan pendekatan
melalui aktiviti yang
„tunjuk danmembenarkan kanak-kanak
ceritakan‰,(show menimbabuku
and tell), membaca pengetahuan
tentang
amalan kesihatan dan mendengar cerita tentang kebersihan dan keselamatan
persekitaran yang mana dikenali sebagai 3K.
26  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

Dalam mencantum dan mengubahsuai strategi pendekatan integrasi beberapa


prinsip perlu ditekan dan diberi perhatian iaitu:
• Mengambil kira latar belakang peribadi, perkembangan dan kecenderungan
pembelajaran kanak-kanak yang berbeza.
• Mengambil kira perbezaan individu dari segi masa yang sesuai untuk
mempelajari dan menerima ilmu pendidikan kesihatan.
• Menggunakan kesemua deria untuk pembelajaran pendidikan kesihatan
yang berkesan secara pratikal.
• Mengutamakan pembelajaran pendidikan kesihatan melalui pengalaman
yang menggunakan bahan atau alat bantu mengajar.
• Mengutamakan bermain sambil belajar pendidikan kesihatan dalam keadaan
riang dan mengembirakan.

AKTIVITI 2.1

Kurikulum merupakan satu perancangan induk yang menyeluruh


berkenaan dengan program awal kanak-kanak, yang menyatakan
falsafahnya di mana aktiviti-aktiviti yang spesifik telah ditentukan.

Bentuk satu kumpulan kecil. Berikan komen anda?


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  27
PENGENALAN

: Self Concept Curriculum Model


: Introduction to Early Childhood Education,fourth Edition,2003

AKTIVITI 2.2

Terangkan sejauh mana anda faham tentang Model


ini. Bincang dalam kumpulan.
28  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

2.2 KOMPONEN PEMBELAJARAN


PRASEKOLAH
Kurikulum Prasekolah mengandungi enam komponen pembelajaran:
(a) Komponen Bahasa dan Komunikasi
(b) Komponen Perkembangan Kognitif

(c) Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral


(d) Komponen Perkembangan Sosial Emosi
(e) Komponen Perkembangan Fizikal
(f) Komponen Kreativiti dan Estetika

Komponen Perkembangan Fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting


iaitu:
(a) Perkembangan Motor Halus;
(b) Perkembangan Motor Kasar;
(c) Kesihatan; dan
(d) Keselamatan.

Dalam mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul adalah


proses yang perlu dilalui oleh kanak-kanak.

Dalam aspek kebersihan alam sekitar:


• Mengamalkan langkah-langkah menjaga kebersihan dan keceriaan alam
sekitar dan keselamatan.
• Mempelajari ilmu kebersihan melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan
dengan kesihatan.

Dalam aspek keselamatan:


• Menyedari dan mengenali perlakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan
kemalangan dan bahaya.
• Mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain serta mengetahui
langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak.
• Mengetahui tempat-tempat yang berbahaya dan mengenal pasti objek dan
situasi yang membahayakan diri dan mengancam keselamatan diri dan alam
sekitar.
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  29
PENGENALAN

Dalam aspek kesihatan:


• Mengetahui kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dan pakaian
• Memakai pakaian sesuai mengikut keadaan cuaca.
• Mengamal pemakanan yang sesuai sebagai amalan pemakanan yang
seimbang.
• Sentiasa mematuhi peraturan dan adab pemakanan yang betul.
• Mengamal cara hidup yang sihat melalui kebersihan dan kaedah menjauhkan
diri dari penyakit satu teknik pencegahan.
• Membuat lawatan ke pusat kesihatan dan tempat-tempat lain yang berkaitan
untuk memperoleh maklumat secara langsung.

2.3 TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN


KESIHATAN KBSR

Mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan falsafah pendidikan


kebangsaan berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,


memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup
sihat.(PPK, KPM1998)

• Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat


dan persekitaran.
• Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan
isu yang berkaitan dengan kesihatan.
• Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan
pengetahuan dan pengalaman.
• Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian
• Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat
secara keseluruhan.
30  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

: Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR

Kandungan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KBSR disusun mengikut


tiga tunjang utama:

(a)
• Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan asas, keluarga dan
masyarakat secara proses berterusan.
• Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan,
perkahwinan dan keibubapaan.

(b)
• Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang
sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan.
• Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres,
kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan
pencegahan penyakit.

(c)
• Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan
persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
• Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan
persekitaran dan pertolongan cemas.
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  31
PENGENALAN

Cadangan Taburan Tajuk dan Waktu Pengajaran

Kebersihan Diri 1212 6 6 6

Kesihatan Diri
dan Keluarga Perasaan 6 6 2 2 -
Kekeluargaan 1010 3 3 3

Pemakanan 6 6 3 3 3

Gaya Hidup Pengurusan Konflik dan


Sihat - - - - 2
Stres

Penyalahgunaan Bahan 3 3 2 2 2

Keselamatan 5 5 2 2 2
Kebersihan
dan Penyakit Berjangkit - - 4 3 4
Keselamatan
Persekitaran Pertolongan Cemas - - 2 3 2

42 42 24 24 24

( Cadangan agihan masa di atas boleh dijadikan rujukan untuk merancang rancangan
tahunan mata pelajaran pendidikan kesihatan.)

: Contoh Michigan Model for Comprehensive Health Education

• Fire safety rules for home and school


• Recognition of poisons
• Safety rules: school, playground, bus, pedestrian, bicycle, dangerous
Safety and
• objects.
First-Aid
• Traffic signs and signals.
Education

Seat belts
• Appropriate and in-appropriate touch
• Learning to say „no‰ to inappropriate touch; telling adults
32  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

• Varieties in food
Nutritional
• Food characteristics
Education
• Snacks
• Individual uniqueness
Family
• Identification of a family
Health
• Family roles
• Family members as health helpers
Consumer • Health helpers and theirs roles
Health
Community • Health helpers; roles and agencies
Health • Emergencies
Growth and • Five senses
Development • Match body parts with each sense
• Teeth
• Definition of drugs
Substance • Medicines as drugs
Use and
• Choice not be to smoke
Abused
• Poisons
• How to say „no‰ to drugs

Eye protection
• Eye function
Personal • Primary and permanent teeth
Health • Care to teeth
Pratices • Tooth decay and tooth brushing
• Individual health pratices
• Sleep, rest and exercise
• Seat-belt
• How to make friends
Emotional • Likenesses and differences
and • How to name and identify feelings
Mental • Ways to settle down
Health • Problem solving and decision making

Adult help: when to seek it
• Identification of dangerous or destructive situations
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  33
PENGENALAN

• Prevention of spread of germs


Disease
• Medicine: appropriate uses
Prevention
• Recognition of systems
and controls
• How and when to seek adult help

Developmentally Appropriate Curriculum, 3rd edition, 2004

AKTIVITI 2.3
Berpandukan kepada Jadual Michigan Model for Comprehensive
Health Education, buat perbandingan dengan Kurikulum Pendidikan
Kesihatan Prasekolah di Malaysia dari segi tajuk-tajuk Pendidikan
Kesihatan yang dikemukakan sertakan pendapat anda.

Dari Model Michigan

• Accident prevention and seat-belt safety


• Safety signs and signals
Safety and • Safety hazards and prevention: bus, pedestrian, bicycle,
First-Aid • poisons, water, fire
Education • Emergencies
• Personal safety: secrets, actions that promote safety, avoiding
• dangerous situatuion.
• Definitions of sexual abuse
• Examples of the food groups
Nutritional
• Snacks from each group
Education
• Variety of foods needed for good health
• Food as source of energy and growth
• Recognition that offspring resemble parents
• Examples of families
Family Health • Family roles, responsibilities and abilities
• Differences in family eating habits

Recognition of need for adult care


• Changes that affect families
Consumer • Health helpers
Health • Effects of tobacco advertisement
• When to tell an adult
34  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

Community • Personal medical procedures and instruments


Health • Immunisations
• Health checkups to prevent illness
• Living and non-living
• Living and growing
• Identification of growth needs
Growth and • New growth
Development • Personal skills and abilities
• Abilities of differently-abled people
• External body parts
• Organ and their functions
• Body parts working together
• Definition of drugs
Substance Use • Identification of drugs
and
• Harmful effects of tobacco and alcohol
Abused
• How to say „no‰ to drugs
• Poisons and medicines
• Good health habits
Personal • Exercises

Health
Pratices Protection of self and others when ill
• Health checkups and illness prevention
• Seat-belt
• How to make friends
• Likenesses and differences
Emotional and • How to name and identify feelings
Mental • Ways to settle down
Health • Problem solving and decision making
• Adult to go to for help
• How to show courtesy
• Mixed feelings that accompany change
• Appearance and behavior associated with wellness and illness
• Factors changing health status and symptoms of illness
Disease
Prevention

Prevention of germ spread
• Head lice
and Controls
• Immunizations
• Communicable diseases

Developmentally Appropriate Curriculum, 3rd edition, 2004


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  35
PENGENALAN

AKTIVITI 2.4

Berdasarkan Jadual 2.3 hasilkan satu Kurikulum Pendidikan


Kesihatan KBSR Tahun I dari segi penambahbaikan kepada
Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang wujud sekarang. Di dalam

rangkaan
setiap tajuktersebut, andaseperti
yang diberi dikehendaki
di atas. memberi contoh strategi bagi

2.4 PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


Penilaian ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid-murid secara menyeluruh berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Penilaian merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran yang


dijalankan secara berterusan. Penilaian ini dirancang dan dikendalikan oleh guru
di peringkat prasekolah dan pendidikan sekolah secara formal atau tidak formal.
Instrumen penilaian pendidikan kesihatan dibina dan ditadbir oleh guru.
Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Guru juga
membuat pemeriksaan fizikal secara berkala.
Hasil penilaian ini digunakan untuk tindakan susulan bagi memperbaiki kaedah
pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran kanak-kanak. Catatan dan
laporan perlu dibuat di peringkat prasekolah atau KBSR bagi memberi
maklumbalas kepada murid, ibubapa dan guru lain.
36  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

Tujuan penilaian Pendidikan Kesihatan

Mengikut Rohani Abdullah (2004), beliau menjelaskan bahawa tujuan penilaian


dijalankan supaya guru dapat:

(a)
Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat
dilaksanakan dengan lancar jika pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak itu normal. Walau bagaimanapun guru seharusnya dapat mengenal
pasti kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek
tertentu. Guru boleh merujuk dan berkerjasama dengan pakar kesihatan
supaya bantuan dapat diberi pada peringkat awal lagi.

(b)

Tidak semua
mengajar. Olehkanak-kanak dapat menerima
itu guru hendaklah membuatmaklumat baru ketika guru
beberapa pemerhatian bagi
melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran
yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  37
PENGENALAN

(c)
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru
dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam membentuk aktiviti
bimbingan dan pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti
beberapa kumpulan kecil.

(d)
Respon kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian dijalankan memberi
gambaran berkenaan status penerimaan. Guru perlu membuat pengubahsuaian
daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki.

(e)
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri dan kadar
perkembangan mereka berbeza. Oleh itu, guru dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa. Potensi yang ada pada kanak-kanak itu juga dapat dipertingkatkan.

(f)
Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa
dia berada di tadika. Kanak-kanak dapat mengatasi Âtiada kawanÊ contohnya
apabila guru memberi peluang, masa dan bimbingan kepada mereka.

(g)
Setiap catatan yang dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasil
kerja kanak-kanak merupakan bukti yang kukuh. Rekod prestasi
perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-
kurangnya dua kali setahun.

(h)
Kanak-kanak yang mempunyai masalah dari segi kesihatan seperti lambat
daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang
berkaitan. Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal.

(i)
Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula
apa yang telah dia hasilkan. Dengan cara begini mereka merasakan hasil
kerjanya dihargai. Secara langsung ini dapat meningkatkan keyakinan diri
mereka kerana pencapaian diukur dan dibandingkan dengan pencapaian
yang lampau.
38  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

(j)
Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi
ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan
atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan
murid berkenaan perlakuannya.

(k)
Penilaian ke atas perubahan tingkah laku kanak-kanak yang menghadiri
tadika dapat dilakukan secara pemerhatian dan juga pada hasil kerja mereka.
(l)
Pemerhatian yang dilakukan oleh guru adalah satu cara untuk mengumpul
maklumat. Guru perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin pada apa yang
berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak geri, tindak balas serta reaksi
yang dilihat dan didengar semasa murid melakukan aktiviti secara
berkumpulan ataupun individu memberi maklumat penting berkenaan
perkembangan murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkod secara
sistematik supaya pengisiannya jelas, tepat dan lengkap. Pemerhatian boleh
direkodkan dengan menggunakan:

(i)
Rekod anekdot merupakan penulisan yang ringkas, tepat dan padat
mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan
berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa,
tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau menggunakan gambar.
Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas dan
diletakkan pada tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada
dalam rekod ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa
yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Guru
dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai supaya dapat
membantu murid itu.

(ii)
Rekod pensampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke
atas tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal
pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa.
Pemerhatian dibahagikan kepada beberapa segmen masa dan kekerapan
berlakunya tingkah laku itu dicatat secara berterusan dan diambil
tindakan.
(iii)
Walaubagaimana pun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru
dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil
pembelajaran seperti yang ditetapkan dalam Kurikulum Prasekolah
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  39
PENGENALAN

Kebangsaan (2003). Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil
pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrumen semakan semasa
membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran
hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Senarai semak ini dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau
tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang
diingini. Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan
pencapaian murid itu. Ada juga kalangan guru menggunakan skala
pengelasan iaitu Âbelum menguasai, baik, cemerlangÊ bagi memberi
gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.

Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit. Oleh itu, semua
rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah hendaklah
disimpan dengan selamat mengikut panduan berikut:
1. Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang
tertentu sahaja iaitu ibu bapa, guru besar, pakar perubatan atau pun orang
yang berkaitan mengikut Akta Pendidikan 1996.
2. Rekod murid tidak boleh dipamerkan.
3. Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil
gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.
4. Pastikan segala rekod pemerhatian diberi kepada ibu bapa pada akhir
tahun.

• Digunakan bagi menilai program, seterusnya memperbaiki kurikulum,


pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
• Membantu Pendidikan Kesihatan membentuk maklumat dan objektif
program dan pembelajaran kanak-kanak secara berterusan dan lebih
formal.
• Bukti-bukti dikumpulkan secara sistematik bagi menilai keberkesanan
dan memperbaiki program, kurikulum, matlamat, objektif, kandungan
dan pengajaran serta pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan.
• Dengan penilaian yang digunakan dalam Pendidikan Kesihatan,
kualiti pengalaman kanak-kanak dapat diperbaiki.
40  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

• Dijalankan pada akhir pelajaran Pendidikan Kesihatan, selesai sesuatu


unit pelajaran ataupun pada akhir tahun persekolahan.
• Ujian yang standard perlu diadakan selalu.
• Ujian ini dapat menentukan tahap pencapaian kanak-kanak sebaya
khususnya dalam Pendidikan Kesihatan.
• Keberkesanan pengajaran, kurikulum, perkembangan dan pembelajaran
dan pembelajaran kanak-kanak dapat ditentukan.

• Pendidik yang baik secara automatik dan tidak formal akan menilai iaitu
dengan memikirkan atau menimbangkan aktiviti dan pengalaman yang
telah dijalankan semalam, minggu lepas ataupun sebulan lalu.
• Maklum balas yang diberikan kepada kanak-kanak semasa mereka
membuat sesuatu kerja adalah penilaian tidak formal dan berterusan
dalam Pendidikan Kesihatan.
• Kanak-kanak perlu mengetahui sejauh mana mereka telah berjaya
menguasai sesuatu kemahiran ataupun memperoleh pengetahuan.
• Melalui maklum balas spontan, kanak-kanak mengetahui kemajuan
mereka dan dengan ini mereka dapat meneruskan aktiviti.
− Maklum balas bukan sahaja pujian, tetapi maklumat kerja dan kemajuan
kanakkanak. Misalnya, Â Awak boleh main tiga permainan hari ini?Ê
− Maklum balas membantu menjelaskan tugas kanak-kanak. Misalnya,
„Berdiri dari sudut ini, kemudian buat balingan‰.
− Maklum balas membolehkan kanak-kanak meneliti dan menilai kerja
sendiri. Misalnya, ÂKenapa anda perlu berkerjasama ketika bermain
di dalam satu kumpulan?

Maklum balas berdasarkan kemajuan dan kerja individu, membantu


kanak-kanak berasa dihargai dan dihormati. Selain itu, program Pendidikan
Kesihatan perlu ada penilaian tidak formal dan berterusan. Ibubapa,
guru-guru lain ataupun penyelia boleh memberi komen berkenaan kejayaan
program Pendidikan Kesihatan Prasekolah.
TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR  41
PENGENALAN

• Walaupun sesuatu rancangan menyeluruh perlu diadakan untuk mengkaji


semula Kurikulum pendidikan kesihatan dalam KBSR secara rasional,
kemajuan hanya dapat dicapai jika sebahagian daripada program pengajaran
dan pembelajaran prasekolah dan awalan persekolahan itu dapat dikaji.
• Oleh itu, kurikulum pendidikan kesihatan boleh digubal mengikut konsep,
tunjang dan penilaian untuk dikendalikan oleh seseorang guru pendidikan
kesihatan.

Model self-concept curriculum


Nutritional education

Kes isu 1: Penderaan seksual telah menjadi masalah yang serius dan berleluasa.
Penderaan seksual berkemungkinan besar telah berlaku pada kanak-kanak
prasekolah selain daripada kanak-kanak yang lebih berumur. Sebagai seorang
guru apakah yang perlu disampaikan kepada kanak-kanak prasekolah tentang
keselamatan peribadi agar kanak-kanak dapat melaksanakan beberapa perkara
yang menghindari mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual.

Aplikasikan apa yang anda telah baca dalam topik ini dengan berpandukan nota
yang dibekalkan. Tuliskan satu rancangan mengajar dengan menggunakan
strategi-strategi yang dirancangkan untuk mana-mana tunjang kesihatan bagi
kumpulan prasekolah. Nyatakan alat bantu mengajar yang diperlukan.
42  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KBSR
PENGENALAN

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. KPM.

Eva. L. Essa. (2003). Introduction to Early Childhood Education . Canada:


Delmar Learning.

Marjorie J.K., & Anne K.S. & Alice P.W. (2004). Developmentally Appropriate
Curriculum. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

Nor Hasimah. H., & Yahya. C.L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah.
Pahang: PTS Publication Sdn. Bhd.

Radzi. S., & Yusuff. I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan .
Kuala Lumpur.
T o p ik  Asas Sains
3 dalam
3 Pendidikan
Kesihatan
Pengenalan
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan;
2. Menghuraikan struktur anggota badan; dan
3. Menghuraikan fungsi sistem-sistem tubuh.

 PENGENALAN
Asas sains adalah penting dalam pendidikan kesihatan kerana ianya dapat
membantu kita untuk mengenal pasti punca dan menangani masalah-masalah
berkaitan dengan kesihatan. Terdapat empat aspek asas sains dalam pendidikan
kesihatan iaitu, aspek biologi, aspek sosiologi, aspek psikologi dan aspek
fisiologi. Aspek biologi membantu kita untuk mengenal pasti fungsi sistem
biologi yang mempengaruhi tahap kesihatan individu manakala aspek sosiologi
pula membantu kita untuk mengetahui aspek-aspek sosial yang mempengaruhi
peranan dan tingkah laku kesihatan individu dan masyarakat. Aspek psikologi
membantu kita memahami tingkah laku individu menangani masalah kesihatan
dan aspek fisiologi pula membantu kita untuk memahami kesan dan fungsi
sistem-sistem organik tubuh terhadap kesihatan individu.
44  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

3.1 KEPENTINGAN ASAS SAINS DALAM


PENDIDIKAN KESIHATAN
3.1.1 Aspek Biologi
Biologi didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang berfungsi
sebagai suatu sistem kehidupan (Nixon & Jewett, 1980). Ia adalah kelompok ilmu
pengetahuan berkenaan organisma hidup. Organisma hidup berbeza daripada
jirim organik berdasarkan kepada keupayaannya untuk terus berkembang. Dari
aspek biologi, kehidupan didefinisikan mengikut beberapa ciri seperti:
(a) Bertindak balas terhadap stimuli atau rangsangan;
(b) Pergerakan;
(c) Pengawalan; dan
(d) Penghasilan semula.

Secara ringkasnya organisma sentiasa berkembang daripada kebolehan dan


keupayaan semula jadi kepada kesempurnaan kendiri. Manusia cenderung
untuk berkembang, bekerjasama dan berikhtiar untuk hidup. Secara biologinya,
manusia merupakan makhluk yang memerlukan sinar matahari, udara yang
bersih, pemakanan yang seimbang, keselamatan dan tahap kesihatan yang baik
untuk menjalani
memerlukan tahapkehidupan yangfizikal,
perkembangan lebih mental
sempurna dan sejahtera.
dan sosial yang baik.Mereka
Tahap
kesihatan dan gaya hidup yang sihat adalah keperluan asas terhadap
pertumbuhan dan perkembangan manusia.

3.1.2 Aspek Sosiologi


Sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi
keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek
ekonomi dan status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk
kepada proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk
menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkah laku personal dan sosial
yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam kumpulan sosial
tersebut (Nixon & Jewett, 1980).

Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi.


Melalui peranan-peranan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan
kepada individu atau kumpulan dalam masyarakat.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  45

Setiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang
berbeza berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan dalam
masyarakat. Pendidikan kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus
kepada individu, keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka
terhadap mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan
tahap kesihatan mereka.

Dalam pendidikan kesihatan, sosiologi berperanan untuk mengkaji:


(a) Peranan yang dimainkan oleh pendidikan kesihatan di dalam masyarakat;
(b) Kecenderungan pendidikan kesihatan terhadap kelas-kelas sosial;
(c) Nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui pendidikan kesihatan;
(d) Perkaitan antara pendidikan kesihatan dengan pencapaian akademik;
(e) Sosialisasi melalui pendidikan kesihatan;
(f) Peningkatan mobiliti sosial melalui pendidikan kesihatan;
(g) Perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan ekonomi
masyarakat; dan
(h) Perkembangan sosial melalui pendidikan kesihatan.

3.1.3 Aspek Psikologi


Psikologi adalah bidang ilmu sains tingkah laku yang mengkaji tingkah laku
manusia. Tumpuan utamanya adalah untuk mengkaji dan melihat:
(a) Proses-proses organik yang mengawal aktiviti manusia dan haiwan;
(b) Pola pertumbuhan dan perkembangan manusia;
(c) Cara mana manusia merasai persekitaran dalaman dan luaran mereka
melalui sistem saraf;
(d) Cara mana manusia belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah;
(e) Tindak balas motivasi dan emosi manusia;
(f) Perkembangan dan perbezaan individu;
(g) Cara mana manusia menangani stres, konflik dan kekecewaan; dan

(h) Cara mana manusia berhubung sesama mereka dalam kumpulan.


Aspek psikologi dalam pendidikan kesihatan adalah bidang yang cuba untuk
mengaplikasikan fakta-fakta dan prinsip-prinsip psikologi terhadap pendidikan,
pengamalan dan segala tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan. Individu
yang secara psikologinya sihat adalah individu yang:
46  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

(a)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak
diselubungi oleh rasa takut, marah, cemburu, bersalah dan risau. Mereka
percaya terhadap kebolehan kendiri, menerima kegagalan hidup sebagai
cabaran, mengekalkan kehormatan kendiri dan menerima kekurangan diri.

(b)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang berasa puas
dengan tahap hubungannya dengan orang lain. Mereka merupakan
individu yang boleh memberi kasih sayang, bertimbang rasa, menghormati
perbezaan yang wujud dan berasa bertangungjawab terhadap orang lain.

(c)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, menerima tanggungjawab
serta merancang masa depan. Mereka bersikap realistik dan mampu
membuat keputusan sendiri. Mereka akan menggunakan keupayaan serta
kebolehan semula jadi untuk mengawal persekitaran mereka dan cuba
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran tersebut.

(d)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengenal pasti
punca dan simptom ketegangan dan kebimbangan dalam hidup mereka.
Mereka secara sedar mengelakkan diri mereka daripada tanggapan yang salah
dan tidak menyalahkan orang lain atas masalah yang mereka hadapi.

(e)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui
dan berusaha untuk menentang kecenderungan mereka terhadap perasaan
benci, marah, mementingkan diri dan rasa bersalah.

(f)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba untuk
menempuh kehidupan seharian dengan pendekatan yang menyeronokkan
dan mengembirakan. Mereka percaya bahawa hidup ini adalah satu
anugerah. Mereka melihat masa hadapan dengan pandangan yang positif.

(g)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui
bahawa terdapat orang lain yang lebih memerlukan bantuan berbanding
diri mereka. Mereka bertindak untuk meringankan beban yang ditanggung
oleh orang lain dengan memberikan bantuan yang terdaya oleh mereka.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  47

(h)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak takut
akan perbezaan yang ada pada diri mereka berbanding orang lain. Mereka
tidak berasa terancam oleh perbezaan bangsa, jantina, agama dan status.

(i)
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang
menghormati keindahan alam semula jadi. Mereka menggunakan masa
untuk menikmati persekitaran dan punyai kesedaran terhadap pentingnya
mengekalkan keindahan persekitaran alam semula jadi.

Bagi mencapai tahap psikologi yang sihat melibatkan beberapa proses yang
kompleks. Antara proses-proses tersebut adalah:
(a) Peranan yang dimainkan oleh mental, emosi dan spiritual terhadap
kesihatan dan kesejahteraan hidup.
(b) Faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan
psikologi.
(c) Bagaimana keputusan yang dibuat hari ini memberi kesan terhadap
kesihatan psikologi akan datang.
(d) Bagaimana individu mempertahankan diri daripada pelbagai masalah.

3.1.4 Aspek Fisiologi


Fisiologi merujuk kepada kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh
manusia (Nixon & Jewett, 1980). Dalam pendidikan kesihatan, aspek fisiologi
membantu kita untuk mengetahui sejauh mana sistem-sistem organik tubuh
memberi kesan terhadap kesihatan dan kecergasan seseorang individu. Antara
sistem-sistem tubuh yang memberi impak terhadap tahap kesihatan dan
kecergasan tubuh kita adalah:
(a) Sistem pergerakan dan perlindungan badan;
(b) Sistem bekalan tenaga dan perkumuhan;
(c) Sistem kardiovaskular;
(d) Sistem deria, koordinasi dan keseimbangan; dan

(e) Sistem pembiakan.


48  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat membantu kita mengenal pasti
kesan yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh terhadap:
(a) Pekerjaan seharian;
(b) Pemakanan;
(c) Kedewasaan dan ketuaan;
(d) Penggunaan ubatan, dadah, arak dan rokok;
(e) Perbezaan jantina;
(f) Ketidakupayaan fizikal dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya;
dan
(g) Ketegangan dan kebimbangan.

AKTIVITI 3.1

Nyatakan apakah yang didefinisikan sebagai kehidupan dari aspek


Biologi.

3.2 STRUKTUR DAN FUNGSI ANGGOTA


BADAN
Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang
saling berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air
dan makanan disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan.
Kesemua fungsi ini dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi
dengan cekap dan sistematik. Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem
ini berfungsi akan menjejaskan fungsi tubuh dan kesihatan individu.

3.2.1 Sistem Pergerakan dan Perlindungan Badan


Sistem tubuh yang terlibat dalam pergerakan dan perlindungan badan adalah
sistem:
(a) Sistem rangka;
(b) Sistem otot; dan
(c) Sistem integumentari.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  49

Sistem Rangka
Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh dan membantu
pergerakan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sistem rangka mempunyai
fungsinya yang khusus. Antara fungsi sistem rangka adalah:

(a)
Tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan berfungsi untuk
menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot rangka.

(b)
Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka
tubuh. Sebagai contoh otak dilindungi oleh tulang kranial manakala paru-
paru dan jantung dilindungi oleh tulang-tulang rusuk.

(c)
Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia
menarik tulang dan menghasilkan pergerakan.

(d)
Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus
yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh.

(e)
Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai
sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali
sebagai hemopoiesis. Sum-sum tulang juga berfungsi untuk membina dan
membentuk tulang.

(f)
Lipid yang disimpan di dalam sum-sum tulang yang berwarna kuning
adalah sumber penting kepada tenaga kimia dalam tubuh.

Kecelaruan dan kegagalan sistem rangka akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem rangka adalah:

(a)
Osteoporosis merupakan kecelaruan yang dikaitkan dengan kekurangan
estrogens dalam tubuh. Pada usia tua, tubuh lelaki dan wanita kurang
menghasilkan hormon estrogen. Hormon estrogen merupakan tisu yang
merangsang tisu tulang (osteoblasts) untuk menghasil dan membina tulang
baru. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan osteoblasts kurang aktif
serta menyebabkan jisim tulang menjadi kurang. Jisim tulang yang kurang
50  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

pula akan menyebabkan tulang menjadi reput dan patah akibat tidak dapat
menampung berat dan tugasan aktiviti harian. Antara faktor penyebab
berlakunya osteoporosis ini adalah:

(i)
Wanita yang bertubuh pendek adalah golongan yang paling berisiko
kerana mempunyai jumlah jisim tulang yang kurang.

(ii)
Wanita yang kurus merupakan golongan yang paling berisiko kerana
kurangnya tisu-tisu adipose yang mana merupakan sumber utama
penghasilan hormon estrogen dalam tubuh.

(iii)
Merokok akan menjejaskan tahap estrogen di dalam darah.

(iv)

(v)

(vi)
Kurang melakukan senaman akan menyebabkan kehilangan jisim dan
kekuatan tulang.

(vii)
Menopause pramatang

(b)
Riket adalah sindrom kekurangan vitamin D di kalangan kanak-kanak.
Kekurangan ini akan menyebabkan tubuh tidak mampu menyerap kalsium
dan fosforus. Apabila ini berlaku tulang tidak lagi mampu menampung
berat badan dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok dan badan
menjadi bongkok.

(c)
Penyakit PagetÂs merupakan penyakit yang dihadapi oleh individu
disebabkan oleh ketebalan dan kelembutan tulang luar biasa terutama
sekali pada tulang-tulang kepala dan pelvis.

(d)
Scoliosis merupakan kebengkokan tulang vertebral, lazimnya pada
bahagian thoracic.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  51

(e)
Kyphosis merupakan kebongkokkan yang berlaku pada tulang verterbral.

(f)
Lordosis merupakan kebengkokkan tulang verterbral pada bahagian
lumbar.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka ini,
beberapa langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah:
(a) Terapi Penggantian Estrogen (Estrogen Replacement Theraphy)
(b) Pengambilan Kalsium Tambahan.
(c) Latihan Bebanan.
(d) Rawatan Fisioterapi.
(e) Berhenti daripada tabiat merokok.

Sistem Otot
Terdapat empat prinsip penting tisu otot yang perlu dikenal pasti sebelum kita
memahami fungsi sistem otot. Empat prinsip tersebut adalah:

(a) Tisu otot berkeupayaan untuk mudah terangsang dan menerima


rangsangan.

(b)
Tisu otot berkeupayaan untuk memendek, memanjang atau menguncup.

(c)
Tisu otot berkeupayaan untuk meregang atau mengembang.

(d)
Tisu otot berkeupayaan untuk kembali semula kepada bentuk asal selepas
berlakunya pengucupan atau keregangan otot.

Melalui pengucupan, otot berfungsi untuk:

(a)
Pengucupan otot membantu menghasilkan pergerakan tubuh seperti
berjalan, berlari, melompat dan pelbagai aktiviti pergerakan yang lain.
52  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

(b)
Pengucupan otot membantu tubuh untuk mengekalkan bentuk dan posisi
tubuh.

(c)
Pengucupan otot membantu tubuh untuk menghasilkan haba dan
seterusnya membantu tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh yang normal.
Sejumlah 85 peratus keseluruhan suhu badan dijanakan melalui
pengucupan otot.
Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta
menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem otot adalah:

(a)
Fibrosis merupakan pembentukan ketulan daging(fibrous) tisu perantara di
lokasi di mana tisu atau ketulan daging tersebut tidak sepatutnya berada.

(b)
Fibromyalgia merujuk kepada kesakitan, kelembutan, kekenyalan otot,
tendon dan tisu-tisu lembut yang dialami oleh individu.

(c)
Distropi otot adalah penyakit yang memusnahkan otot. Ia mengakibatkan
otot secara progresif menjadi kecut dan musnah.

(d)
Gravis merupakan kelemahan otot yang berpunca daripada kecelaruan
saraf neuromaskular yang menghalang fiber otot daripada menguncup.
Ianya disebabkan oleh antibodi yang mengikat saraf penerima dan
menghalang lekatan Ach.

(e)
Pengucupan otot yang tidak normal berlaku apabila saraf tidak dapat
mengawal pengucupan dan keregangan otot.

(f)
Lumpuh berlaku apabila otot tidak mampu untuk mengawal atau
kehilangan fungsi untuk menguncup dan meregang akibat daripada
kerosakan saraf.

Senaman yang kerap dan berterusan membantu kita untuk mencegah penyakit
dan kecelaruan otot. Senaman aerobik contohnya dapat meningkatkan
penghantaran oksigen dan penghasilan sistem tenaga. Ianya akan meningkatkan
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  53

isipadu darah yang merupakan bekalan tenaga kepada otot untuk berfungsi
dengan berkesan. Senaman dapat meningkatkan isipadu dan jumlah
mitokondria yang berfungsi sebagai sumber tenaga dalam otot rangka. Latihan
bebanan pula membantu individu untuk meningkatkan kekuatan dan saiz otot.

AKTIVITI 3.2
Terangkan apakah faktor penyebab berlakunya osteoporosis.

Sistem Integumentari
Kulit, kuku, rambut, kelenjar dan beberapa tisu penerima yang khusus membentuk
sistem integumentari.Antara organ yang paling utama dan bertindak melindungi
tubuh dalam sistem ini adalah kulit. Kulit berfungsi untuk:

(a)
Peluh dan perubahan aliran darah pada kulit membantu kulit untuk
mengawal suhu tubuh.

(b)
Kulit menyediakan halangan fizikal menentang kelecetan, kemasukan
organisma mikro, dihidrasi dan radiasi sinaran ultra kepada tubuh.
(c)
Kulit berfungsi sebagai penerima stimuli atau rangsangan daripada luar
tubuh seperti, perubahan suhu dan cuaca, tekanan, kesakitan dan sentuhan.

(d)
Sejumlah kecil air, garam dan beberapa sebatian organik dikumuh keluar
dari tubuh oleh kelenjar peluh melalui kulit.

(e)
Dedahan kulit terhadap sinar ultra membantu kulit untuk mensintesis
Vitamin D. Vitamin D adalah sebatian yang membantu penyerapan
kalsium dan fosforus oleh tubuh.

(f)
Sel tertentu pada kulit berfungsi membantu tubuh menghasilkan antibodi.
54  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

Kecelaruan dan kegagalan sistem integumentari akan menjejaskan kesihatan


serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem integumentari ini adalah:

(a)
Ianya berlaku akibat daripada tisu-tisu kulit yang terdedah kepada
kepanasan yang terlampau, elektrik, radiasi, dedahan kulit terhadap bahan-
bahan kimia yang merosakkan protein dalam sel.

(b)
Jerawat berlaku apabila minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar mengalami
keradangan.

(c)
Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit keradangan kulit
yang berlaku kepada kaum wanita di tahun-tahun awal peringkat
pertumbuhan manusia. Ianya adalah penyakit di mana tubuh menyerang
tisu-tisunya sendiri.

(d)
Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik. Ianya adalah penyakit kulit
yang sering berlaku pada tengkorak, siku, lutut, belakang tubuh dan
punggung. Penyakit kulit ini tidak berjangkit.

(e)
Ulcer Decubitus adalah penyakit kulit yang berlaku akibat daripada
kekurangan bekalan darah yang berterusan ke tisu disebabkan tubuh
mengalami tekanan yang terlalu lama pada sesuatu objek seperti katil dan
balutan.

(f)
Dedahan yang terlalu lama kepada sinar matahari boleh menyebabkan
kanser kulit.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi organ ini, beberapa
langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah:

(a)
Semasa bersenam, tubuh akan mengalirkan darah ke kulit bagi membantu
kulit mengeluarkan lebihan haba yang dihasilkan melalui pengucupan otot.
Pengaliran darah yang meningkat ini menyediakan bekalan nutrien ke kulit
dan merembeskan bahan-bahan kumuh.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  55

(b)
Melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari akan membantu kulit
untuk mencegah mengalami kanser kulit. Bagi melindungi kulit daripada
dedahan sinar matahari, penggunaan krim pencegah sinar matahari
(sun block) adalah digalakkan. Topi dan kain boleh digunakan bagi
melindungi kulit daripada terlalu terdedah pada sinar matahari.

(c)
Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan kulit
boleh membantu kita mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kulit.

3.2.2 Sistem Membekal Tenaga dan Sistem


Penghadaman
Sistem Tenaga
Setiap aktiviti dan pergerakan tubuh kita memerlukan tenaga. Jumlah bekalan
tenaga yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada had atau intensiti
pergerakan yang kita lakukan. Sebagai contoh aktiviti berlari, melompat dan
melontar merupakan aktiviti tangkas yang memerlukan penghasilan relatif tenaga
yang banyak dalam jangka waktu yang singkat. Aktiviti jarak jauh seperti merentas
desa, berenang dan berbasikal pula merupakan aktiviti jarak jauh yang memerlukan
relatif tenaga yang rendah dalam jangka waktu yang lama. Kesemua keperluan
tenaga ini mampu dibekalkan oleh tubuh melalui tiga jenis sistem tenaga iaitu:
(a) Sistem Phosphagen (ATP-PC)
(b) Sistem Asid Laktik
(c) Sistem Aerobik

(a)
Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr
singkatan bagi Âphosphocreatine merupakan sebatian tenaga yang kaya
dengan ÂphosphateÊ. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya
dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga yang
dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh
malah ia menghasilkan semula ATP Adenosine ( Triphosphate) bagi
mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.

Tenaga yang dihasilkan daripada PCr ini diselenggarakan oleh enzim CK


(Creatine Kinase)yang bertindak ke atas PCr bagi memecahkan (PPhosphate)
daripada ÂcreatineÂ. Tenaga yang dihasilkan kemudiannya digunakan
terhadap P menjadi molekul ADP Adenosine ( Diphosphate). Proses
pemecahan tenaga ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
56  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

Mengekalkan tahap ATP daripada sumber tenaga yang disimpan di PCr

Melalui sistem ini, tenaga dihasilkan daripada ATP dengan pemisahan


sebatian ÂphosphateÊ (P). Sel tubuh akan menghalang pengurangan ATP
dengan mengurangkan PCr bagi menghasilkan tenaga daripada ATP.

Proses pemecahan dan penghasilan tenaga ini berlaku sangat pantas dan
dapat mencapai matlamatnya tanpa struktur khusus dalam sel tubuh.
Sistem tenaga ATP-PCr ini tidak memerlukan oksigen dan dikenali juga
sebagai Anaerobik.

Semasa saat awal individu melakukan aktiviti yang intensif seperti berlari
pecut, ATP dikekalkan pada tahap yang tetap manakala tahap PCr
dikurangkan secara beransur-ansur bagi menggantikan kekurangan ATP.
Semasa otot
dan tidak mengalami
berupaya lagi keletihan, kandungantenaga
untuk menghasilkan ATP dan PCr
bagi adalah rendah
pengucupan dan
relaksasi otot. Keupayaan tubuh untuk mengekalkan tahap ATP bersama
dengan sumber tenaga daripada PCr adalah terhad. Tubuh hanya mampu
untuk mengekalkan keperluan tenaga kepada otot selama 3 hingga 15 saat
sahaja. Melepasi tahap tersebut, sel-sel otot perlu bergantung kepada
sumber tenaga yang lain iaitu sistem tenaga Asid Laktik dan sistem tenaga
Aerobik.

(b)
Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid
laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini
juga dikenali sebagai sistem Glikolitik kerana ianya melibatkan proses
Glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali
sebagai enzim glikolitik.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  57

Glukos meliputi 99 % kandungan gula di dalam darah. Gula dalam darah


ini datangnya daripada pencernaan karbohidrat dan juga melalui
pemecahan glikogen. Glikogen dipecahkan daripada glukos melalui proses
yang dikenali sebagai Glikogenesis. Ianya disimpan di dalam hempedu
atau di dalam otot sehingga ianya diperlukan. Bila diperlukan, glikogen
dipecahkan menjadi Glukos-1-Phosphate melalui proses yang dikenali
sebagai Glikogenolisis.

Sebelum glukos atau glikogen dapat digunakan bagi menjana tenaga, ianya
perlu ditukarkan menjadi sebatian yang dikenali sebagai Glukos-6-
Phosphate Penukaran molekul glukos ini memerlukan satu molikul ATP.
Proses glikolisis akan bermula apabila Glukos-6-Phosphate dibentuk.

Proses glikolisis menghasilkan asid piruvik. Proses ini tidak memerlukan


kehadiran oksigen. Proses glikolisis ini memerlukan reaksi 12 enzim bagi
memecahkan glikogen kepada asid laktik. Hasil daripada pemecahan ini
juga adalah penghasilan 3 mol ATP. Secara ringkas proses glikolisis
ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Sistem tenaga asid laktik ini tidak banyak menghasilkan ATP. Di sebalik
limitasi ini, tindakan bersama sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga
asid laktik membenarkan otot menjana kuasanya walaupun bekalan
oksigen ke otot adalah terhad. Kedua-dua sistem tenaga ini
mendominasikan bekalan tenaga tubuh di awal-awal senaman, latihan atau
aktiviti yang intensif.

Satu lagi kekurangan utama sistem tenaga asid laktik ini adalah
pengumpulan asid laktik di dalam otot dan cecair tubuh. Keasidan fiber-
fiber otot ini menghalang pemecahan glikogen dan mengurangkan
keupayaan ikatan kalsium di otot dan seterusnya menghalang
penguncupan otot.
58  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

Proses glikolisis

(c)
Sistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks
berbanding sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh
kerana sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga
maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik
melibatkan tiga proses iaitu:
(i) Glikolisis
(ii) Kitaran Krebs

(iii) Rantaian Pengangkutan Elektron.


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  59

Secara ringkas keseluruhan proses ini ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

(i)
Dalam proses metabolisma karbohidrat, glikolisis memainkan
peranan yang penting dalam penghasilan aerobik dan anaerobik ATP.
Kehadiran oksigen di dalam proses ini menentukan penghasilan asid
piruvik dan asid piruvik ditukarkan menjadi ÂAcetyl Conenzyme
(Acetyl CoA) manakala tanpa kehadiran oksigen dalam proses ini
menghasilkan asid laktik dan hanya 3 molikul ATP.
(ii)
Apabila acetyl CoA memasuki kitaran Krebs, siri reaksi kimia yang
kompleks berlaku mengoksidasikan acetyl CoA. Di akhir kitaran Krebs,
2 molikul ATP, oksigen (O2) dan karbon dioksida (Co2) dihasilkan.
Karbon dioksida akan dikeluarkan daripada sel dan diangkut melalui
darah ke paru-paru untuk dikeluarkan daripada tubuh.

(iii)
Semasa proses glikolisis, hidrogen (H2) dilepaskan sebagai glukos
dan dimetaboliskan menjadi asid piruvik. Lebih banyak hidrogen
dilepaskan semasa proses kitaran Krebs. Hidrogen yang dilepaskan
daripada proses glikolisis dan kitaran Krebs akan bercantum dengan
dua koenzim, NAD (Nicotinamide Adenine Dinucleotide) dan FAD
(Flavin Adenine Dinucleotide). Koenzim-koenzim ini akan membawa
atom-atom hidrogen kepada rantaian pengangkutan elektron di mana
ianya akan dipisahkan menjadi elektron dan proton. Pada akhir
rantaian ini, H+ akan bercantum dengan oksigen (O2) bagi
membentuk air (H2O) seterusnya menghalang keasidan. Elektron-
elektron yang dipisahkan daripada Hidrogen akan melalui siri reaksi
rantaian pengangkutan elektron dan seterusnya menghasilkan tenaga
untuk phospholirasi ADP bagi menghasilkan ATP.
60  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

Proses oksidasi karbohidrat

AKTIVITI 3.3

Sekiranya anda sedang berjoging di taman rekreasi, apakah system


tenaga yang digunakan oleh tubuh anda bagi membekal tenaga?
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  61

Sistem Penghadaman
Makanan merupakan keperluan yang amat penting kepada tubuh kerana ianya
merupakan sumber tenaga yang mendorong kepada reaksi tindak balas kimia
yang wujud pada setiap sel dalam tubuh. Tenaga diperlukan untuk otot
menghasilkan pengucupan otot, pengaliran impuls saraf, aktiviti-aktiviti
rembesan dan penyerapan kebanyakkan sel dalam tubuh. Pemecahan molekul-
molekul makanan bagi digunakan oleh sel-sel tubuh dinamakan penghadaman.
Organ-organ tubuh yang melakukan proses ini dalam tubuh digabungkan dalam
satu sistem yang dikenali sebagai sistem penghadaman. Organ-organ yang
terlibat dalam sistem penghadaman ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

(a)
Organ-organ dalam kelompok saluran ini terdiri daripada:
(i) Mulut
(ii) Faring
(iii) Esofagus
(iv) Perut
(v) Usus kecil
(vi) Usus besar

(b)
Organ-organ dalam kelompok struktur ini terdiri daripada:
(i) Gigi
(ii) Lidah
(iii) Kelenjar Savilari
(iv) Hempedu
(v) Pundi Hempedu
(vi) Pankreas

Proses-proses yang terlibat dalam sistem penghadaman terdiri daripada:

(a) Proses ini adalah proses mengambil makanan ke dalam tubuh (makan).

(b)
Proses ini adalah proses perjalanan makanan di sepanjang saluran
Gastrointestinal.
62  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

(c)
Proses ini adalah proses pemecahan makanan melalui mekanisma
mekanikal dan mekanisma kimia.

(d)
Proses ini adalah proses perjalanan makanan yang dihadam daripada
saluran Gastrointestinal ke sistem kardiovaskular dan sistem limfatik untuk
diagihkan ke sel-sel lain dalam tubuh.

(e)
Proses ini adalah proses di mana bahan-bahan yang tidak dapat
dihadamkan dikeluarkan atau dibuang keluar daripada saluran
Gastrointestinal.

Terdapat dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem penghadaman iaitu;

(a)
Ia adalah siri reaksi kimia yang memecahkan molekul karbohidrat, lipid
dan protein yang kompleks yang dimakan kepada molekul-molekul yang
lebih kecil.

(b)
Penghadaman mekanikal meliputi pelbagai pergerakan yang membantu
penghadaman kimia. Makanan dihancurkan oleh gigi sebelum ianya dapat
ditelan. Otot-otot perut dan usus kecil mencairkan makanan supaya ianya
dapat bercampur dengan enzim-enzim sepenuhnya yang akan
menghadamkan makanan tersebut.

Kecelaruan dan kegagalan sistem penghadaman akan menjejaskan kesihatan


serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem penghadaman ini adalah;

(a)
Karies gigi bermula apabila bakteria (tindak balas gula) menghasilkan asid
yang menghakis enamel gigi. Makanan sukar untuk dihadamkan kerana
gigi tidak dapat mengunyah dan menghancurkan makanan tersebut. Gigi
yang terhakis akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada
pesakit.

(b)
Ulser yang terbentuk di saluran Gastrointestinal mendedahkan saluran
tersebut kepada jus berasid yang dikenali sebagai ulser peptik. Ia
menyebabkan individu mengalami kesakitan yang amat sangat pada perut.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  63

(c)
Ia adalah jangkitan atau kecederaan yang berlaku kepada appendix.

(d)
Tumor atau ketumbuhan boleh berlaku di mana-mana bahagian saluran
Gastrointestinal. Pengambilan lemak dan protein yang berlebihan mungkin
akan menambah risiko terjadinya ketumbuhan ini.

(e)
Hepatitis adalah jangkitan yang berlaku terhadap hempedu yang berpunca
daripada virus, bahan kimia, pengambilan dadah dan alkohol. Terdapat
tiga jenis hepatitis;

(i)
Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis A yang disebarkan
melalui makanan, pakaian, peralatan, makanan dan permainan yang
tercemar.

(ii)
Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis B yang disebarkan
melalui peralatan perubatan (picagari) yang telah tercemar. Ia juga
boleh disebarkan melalui rembesan cecair badan (air mata, ludah).
Hepatitis B boleh menyebabkan jangkitan yang kronik pada
hempedu.
(iii)
Ia dalah bentuk hepatitis yang tidak dapat dikenal pasti sama ada
dijangkiti oleh virus Hepatitis A atau Hepatitis B. Secara klinikalnya
ia seakan-akan Hepatitis B dan lazimnya disebarkan melalui
pemindahan darah. Ia boleh mengakibatkan kanser hempedu.

(f)
Lebihan kolesterol atau butir-butir garam di dalam pundi kencing akan
menyebabkan terbentuknya karang di dalam pundi tersebut. Bentuk atau
saiz karang yang lebih besar akan menyebabkan ganguan dan kesakitan
kepada pesakit semasa hendak membuang air kecil.

(g)
Anorexia Nervosa adalah kecelaruan psikologi pesakit berkenaan imej
tubuh dan berat badan. Pesakit biasanya sentiasa tidak berpuas hati dengan
imej dan berat badannya dan bertindak untuk mengeluarkan kembali
makanan yang telah dimakan.
64  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang boleh membantu kita


menangani kecelaruan dan permasalahan berkaitan dengan sistem
penghadaman ini. Senaman, rehat yang mencukupi serta nasihat pakar
pemakanan adalah sangat berguna bagi membantu kita mengamalkan gaya
hidup serta pemakanan yang seimbang dan sihat.

3.2.3 Sistem Deria, Koordinasi dan Keseimbangan


Sensasi merujuk kepada keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh
(Tortora, 1991). Bagi mewujudkan sensasi empat keadaan ini perlu dipenuhi;
(a) Stimulus atau perubahan persekitaran yang berupaya untuk memulakan
impuls saraf perlu hadir.
(b) Penerima atau organ deria perlu menjejaki stimulus dan menukarkannya
kepada impuls saraf. Organ deria adalah tisu saraf yang sensitif kepada
stimuli luaran dan stimuli dalaman.
(c) Impuls perlu dialirkan di sepanjang laluan daripada penerima atau organ
deria kepada otak.
(d) Satu bahagian di otak perlu menterjemahkan impuls saraf kepada sensasi.

Ciri-ciri Sensasi
Ciri-ciri Sensasi terdiri daripada;

(a)
Proses di mana otak merujuk Sensasi kepada titik atau tempat
stimulasinya.

(b)
Adaptasi adalah pengurangan sensitiviti untuk meneruskan stimuli.

(c)
Imej Lepas imej adalah keadaan di mana Sensasi meneruskan fungsinya
walaupun selepas stimulus diubah. Ianya adalah kebalikan daripada
adaptasi.

(d)
Modaliti merujuk kepada ciri-ciri khusus tiap Sensasi yang membezakannya
daripada jenis-jenis Sensasi yang lain. Sebagai contoh, impuls yang dijanakan
di dalam mata diterjemahkan oleh lobus ocicpital sebagai penglihatan
manakala impuls yang dijanakan daripada telinga diterjemahkan olehlobus
temporal sebagai pendengaran.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  65

Jenis-jenis Deria
Deria dikategorikan kepada 6 jenis. Jenis-jenis deria tersebut adalah;

(a)
(i) Sensasi ÂcutaneousÊ terdiri daripada Sensasi ÂtactileÊ (sentuhan,
tekanan, getaran), Sensasi ÂthermoreceptiveÊ (haba) dan Sensasi

kesakitan.
akhiran Sensasi
saluran ini terletak di kulit, tisu-tisu perantara dan di
Gastrointestinal.
(ii) Reseptor cutaneous mempunyai struktur yang ringkas. Ianya terdiri
daripada dendrit saraf neuron yang mungkin atau tidak dilampirkan
di dalam kapsul epithelial atau di tisu-tisu perantara.

(b)
(i) Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan
adalah disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria
kinestetik.
(ii) Deria ini memberi maklumat kepada kita tentang darjah mana otot
sepatutnya menguncup, jumlah ketegangan tendon, perubahan posisi
sendi dan posisi kepala relatif kepada tanah sebagai maklum balas
terhadap pergerakan (keseimbangan).
(iii) Reseptor bagi deria ini terletak di dalam otot-otot rangka, tendon,
sendi-sendi siovial dan di dalam telinga.

(c)
(i) Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior
dan di tengah Ânasal conchaeÊ tulang ethmoid serta di bahagian atas
Ânasal septumÊ.
(ii) Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel
olfactory dan sel basal.
(iii) Sel penyokong adalah sel-sel Âcolumnar epithelial membren mukos
hidung. Sel olfactory pula adalah neuron-neuron yang mana hujungnya
mengandungi dendritdendrit yang tamat ke dalam silia yang dikenali
sebagai rerambut atau buluolfactory. Bulu-bulu ini akan bertindak
terhadap bau
basal adalah seldiyang
udara
akandan akan menstimulasi
menghasilkan olfactory. Sel-sel
sel-sel
sel-sel penyokong.
(iv) Kelenjar Bowman bertindak untuk menghasilkan mukos yang akan
melembapkan permukaan dan melarutkan bahan-bahan bauan.
66  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

(d)
(i) Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa
lidah, lelangit mulut dan kerongkong.
(ii) Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel
gustatory dan sel basal.
(iii) Sel penyokong merupakan sel khusus yang membentuk kapsul di
dalam sel gustatory. Tiap sel gustatory mengandungi rerambut
gustatory pada hujung bintil-bintil rasa. Sel gustatory ini berhubung
dengan stimuli rasa melalui liang rasa. Sel basal pula terletak di
hujung dan di bawah bintil-bintil rasa. Sel-sel ini menghasilkan sel-sel
penyokong dan sel-sel gustatory.

(e)
(i) Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata
dan peralatan ÂlacrimalÊ.
(ii) Mata dibentuk daripada tiga lapisan iaitu fibrous tunic (sclera dan
kornea), vascular tunic (choroid, ciliary body dan iris) dan nervous
tunic (retina).
(iii) Fibrous tunic berfungsi untuk menyediakan bentuk dan
perlindungan kepada bahagian dalam mata. Ia juga menerima dan
membiaskan cahaya.
(iv) Vascular tunic membekalkan darah dan menyerap cahaya. Ia juga
berfungsi mengubahsuai bentuk lensa untuk penglihatan jarak dekat
atau jarak jauh. Vascular tunic juga berfungsi untuk meregulasikan
jumlah cahaya yang masuk ke dalam bebola mata.
(v) Nervous tunic berfungsi untuk menerima cahaya, menukar cahaya
kepada impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke saraf optik (II).

(f)
(i) Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi,
telinga juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.
(ii) Telinga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu luar, tengah dan
dalaman.

(iii) Bahagian luar telinga berfungsi untuk mengumpul gelombang bunyi


dan mengarahkan gelombang tersebut ke gegendang.
(iv) Bahagian tengah telinga berfungsi untuk menseimbangkan tekanan di
kedua-dua belah gegendang telinga. Ia juga berfungsi untuk
menghantar gelombang bunyi daripada gegendang ke tingkap oval.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  67

(v) Bahagian dalam telinga mempunyai reseptor keseimbangan statik


(mascula), reseptor keseimbangan dinamik (cristae), cecair, terusan
dan membren yang menghantar gelombang bunyi ke organ spiral.
Organ spiral akan menjana impuls saraf dan menghantar impuls
tersebut ke reranting koklea.

AKTIVITI 3.4

Nyatakan dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem


penghadaman.

3.3 SISTEM PEMBIAKAN (REPRODUCTIVE


SYSTEM)
Pembiakan adalah proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada
generasi ke generasi (Tortora, 1991). Organ-organ pembiakan dikelompokkan
sebagai;

(a)
Menghasilkan gamet.

(b)
Mengangkut dan menyimpan gamet.

(c)
Menghasilkan bahan-bahan yang menyokong gamet.

3.3.1 Sistem Pembiakan Wanita


Sistem pembiakan wanita terdiri daripada organ-organ pembiakan seperti:

(a)
(i) Menghasilkan dan menyahkan oocytes (haid).
(ii) Merembeskan hormon-hormon estrogen, progestron, inhibin dan
relaxin.
(iii) Menyimpan sel ovum.

(b)
(i) Mengangkut ovum dari ovari ke uterus.
68  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

(c)
(i) Organ yang berfungsi untuk kitaran haid, penyuburan ovum dan
perkembangan fetus semasa mengandung.

(d)
(i) Merupakan saluran untuk pengaliran keluar haid, bahagian paling
bawah saluran peranakan dan tempat untuk penis semasa
persetubuhan.
(ii) Berupaya untuk meregang bagi menyempurnakan fungsinya.

(e)
(i) Merupakan genital luaran wanita.
(ii) Mengandungi mons pubis, labia majora, labia minora, clitoris,
vestibule, vaginal, urithral orifices, paraurethral dan kelenjar
vestibular.

(f)
(i) Terletak di otot pectoralis major.
(ii) Berfungsi untuk merembeskan dan mengeluarkan susu.

(g)
Wanita mempunyai kitaran pembiakan yang dikenali sebagai kitaran haid.
Tujuan kitaran haid ini adalah untuk menyediakan endometrium pada tiap
bulan bagai penerimaan kesuburan telur. Kitaran haid ini sangat berkait
dengan kematangan ovum (telur) pada setiap bulan. Kitaran haid
diregulasikan oleh hormon pertumbuhan (GnRH) yang akan menstimulasikan
pelepasan hormon FSH dan hormon LH. Progestron akan bertindak bersama
estrogen untuk menyediakan endometrium dan kelenjar mammary bagi
menghasilkan susu. Kematangan atau akil baligh wanita diisyaratkan melalui
peningkatan tahap hormon-hormon LH, FSH dan estrogen. Pemberhentian
kitaran seksual ini menandakan wanita tersebut mengalami menopause.

(h)
Merupakan sel terbesar dalam tubuh manusia. Apabila ovum dibebaskan, ia
bergerak ke uteras melalui tiub Fallopia. Pergerakan ini mengambil masa
antara 3 hingga 5 hari. Ovum akan mati jika ia tidak disenyawakan dalam
tempoh 12 hingga 24 jam setelah ovulasi. Ovum akan melarut dan diserap
oleh tubuh jika tidak disenyawakan. Selepas uvulasi, ovari akan merembeskan
hormon progresteron dan estrogen. Penghasilan progresteron dan estrogen
akan terhenti jika persenyawaan tidak berlaku selepas 2 minggu.
TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  69

3.3.2 Sistem Pembiakan Lelaki


Testikel dan zakar adalah organ genital luaran lelaki.

(a)
(i) Terdiri daripada tisu span yang mempunyai daya boleh tegak.
(ii) Apabila terangsang secara seksual, zakar akan mula kembang,
menjadi tegang dan memanjang. Aliran darah menyebabkan tisu
span berisi dengan darah dan zakar menjadi tegang.

(b)
(i) Kelenjar seksual yang terdapat dalam saku berkedut yang dipanggil
skrotum.
(ii) mengandungi beratus ribu copeng yang menghasilkan sperma.
(iii) Punyai peranan yang sama dengan ovari perempuan kerana kedua-
dua organ ini menghasilkan sel pembiakan.
(iv) Skrotum mengawal suhu testikel.

(c)

(i) Fungsi utama


androgen. testikal ialah
Androgen penghasilan hormon
bertanggungjawab lelaki yang
terhadap dipanggil
perkembangan
fizikal lelaki. Ia merangsang tingkahlaku seksual lelaki.
(ii) Androgen utama yang dihasilkan oleh testikal ialah testosteron.
Rangsangan daripada kelenjar pituitari menyebabkan perkembangan
testosteron, hormon seks lelaki yang menggalakkan penghasilan
sperma.
(iii) Sperma dihasilkan melalui tiub epididimis. Sperma yang matang
keluar daripada epididimis melalui vas deferens dan menuju ke
vesikal seminal. Vesikal seminal ialah struktur bersaku kecil yang
tersambung dengan duktus ejakulasi.
(iv) Semasa ejakulasi, lelehan daripada kelenjar vesikal seminal dan
prostat bercampur dengan sel sperma. Vesikal seminal akan
memasukkan sedikit gula ke dalam vas deferens untuk membekalkan
tenaga kepada sperma. Kelenjar prostat membekalkan air mani.
Keadaan duktus bertindak untuk melicinkan pergerakan sperma. Dua
kelenjar cowper sebesar saiz kacang pi menghasilkan bendalir yang
membersihkan uretra supaya tiada sisa air kencing yang mungkin
menjejaskan keselamatan sperma.
70  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

(v) Daripada duktus ejakulasi, sperma bergerak melalui salur panjang


uretra dalam zakar. Air kencing dan sperma dikeluarkan daripada
tubuh melalui uretra. Apabila sperma dibebaskan, suatu injap
memberhentikan pengaliran air kencing.

3.3.3 Umur Kematangan

Setiappeningkatan
atau ketika setiapumur.
hari kita terlibat dalam
Peningkatan umurproses yang dikenali
ini merupakan sebagai
tempoh ketuaan
perubahan
pertumbuhan dan perkembangan yang akan membawa kita kepada peningkatan
mental, emosi, spiritual dan fasa-fasa perkembangan fizikal tubuh. Ia merupakan
pola perubahan hidup yang wujud sepanjang hayat kita. Umur dikategorikan
kepada beberapa kategori seperti:

(a)
Umur biologikal merujuk kepada umur relatif atau keadaan sistem atau
organ tubuh seseorang individu. Ianya adalah tahap fungsi fisiologikal
individu berbanding individu lain yang sebaya dengannya.

(b)
Umur psikologikal merujuk kepada keupayaan adaptasi dan kesedaran
individu terhadap kebolehannya. Pengalaman hidup membantu individu
untuk menghadapi dan menangani cabaran hidup.
(c)
Umur Sosial merujuk kepada tabiat dan peranan individu terhadap
kehendak sosial. Individu dalam tahap umur tertentu berkongsi minat,
pendapat dan ideologi yang sama.

(d)
Umur Kronologikal merujuk kepada jangka hayat umur seseorang individu
telah hidup sejak ia dilahirkan. Ianya sering digunakan bagi menentukan
kelayakan seseorang individu untuk urusan-urusan rasmi dan formal
seperti mengundi, bersekolah dan pekerjaan.

(d)
Umur (Functional) merujuk kepada cara mana individu berfungsi

berbanding dengan orang lain yang sebaya dengannya.


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN  71

Proses kematangan umur melibatkan dua aspek iaitu:

(a)
Aspek fisiologi adalah perubahan fisiologi yang wujud di dalam tubuh
individu sebagai natijah daripada proses ketuaan.

(b)
Aspek Kognitif adalah perubahan yang wujud berkaitan kecerdasan, daya
ingatan dan kefahaman individu.

• Topik ini telah menjelaskan tentang kepentingan asas sains dalam


pendidikan kesihatan.
• Pengetahuan dalam bidang sains akan membantu kita untuk mengenal pasti
serta memahami tentang struktur dan fungsi sistem serta organ tubuh badan
manusia.
• Kecelaruan dan kegagalan sistem tubuh untuk berfungsi akan menjejaskan
kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia.

Biologi Sensasi
Fisiologi Sistem Rangka
Pembiakan Sosialisasi
Psikologi Sosiologi
72  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN PENGENALAN

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan psikologi.

2. Berikan contoh yang dimaksudkan dengan individu yang secara


psikologinya sihat.

3. Berikan fungsi sistem rangka.

4. Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Berikan kesan kecelaruan
dan kegagalan fungsi sistem otot.

1. Nyatakan daripada proses yang terlibat dalam sistem


penghadaman

2. Beri dua daripada keadaan yang diperlukan bagi mewujudkan


sensasi

3. Berikan daipada ciri sensasi.

4. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan modaliti?

Donatelle, R.J., & Davis, L.G. (1994). Access To Health. (3rd ed). Englewood
Cliffs, New York: Prentice-Hall Inc.

Nixon, J.E., & Jewett, A.E. (1980). An introduction to physical education (9th ed.).
Philadelphia: Saunders College Pub.

Tortora, G.J. (1991). Introduction to human body. (2nd ed.). New York: Harper
Collins Pub.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001) Modul pendidikan kesihatan keluarga.


(Modul 1 5). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wilmore, J. H., & Costil, D.L. (1994). Physiology of sport and exercise.
Champaign. IL: Human Kinetics.
T op i k  Kepentingan
4 Pendidikan
4 Kesihatan
dalam
Kurikulum
Sekolah

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menerangkan peranan pendidikan kesihatan dalam pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak;
2. Menyatakan maksud pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak;
3. Menerangkan ciri-ciri perubahan dan keperluan individu dalam
JERI; dan

4. Menerangkan masalah
rendah dan awal kesihatan murid-murid prasekolah, sekolah
remaja.
74  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

 PENGENALAN
Menjaga kesihatan bukan naluri semula jadi tetapi aspek ini perlu dipelajari dan
ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan
kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu
dipupuk dari kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja
kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental, emosi dan sosial.

Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-


kanak supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah.
Antara tugasan perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama.
Kanak-kanak perlu juga belajar berorientasi kepada alam sekeliling supaya
mereka dapat hidup dengan yakin, gembira dan selamat. Kanak-kanak di
seluruh negara kita perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat
pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan
rakyat yang sejahtera. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan
geografi atau status sosioekonomi murid.

Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding
dengan cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sesungguhnya kita tidak dapat
meramalkan segala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak besar kelak,
kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi
cabaran dan masalah masa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah
dan isu kesihatan yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah
yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan, kepenggunaan,
sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu.

4.1 PERANAN PENDIDIKAN KESIHATAN


DALAM PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan
perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantatif iaitu sifat
perubahan yang dapat diukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa.

Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat


perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan
sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat dahulu.
Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat seseorang insan. Ini
bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa seseorang insan ke peringkat
yang matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun diperingkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  75
SEKOLAH

menerus dari awal sehingga akhir hayat seorang insan itu. Proses pertumbuhan
dan perkembangan bagi seseorang insan itu sudah sedia terancang dalam
gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu.

Pendidikan kesihatan pula bukan setakat menyampaikan maklumat kesihatan


melalui ceramah, pameran, mengkaji poster dan risalah kesihatan atau
mengkhutbahkan nilai dan amalan moral tertentu kepada pelajar-pelajar.
Sebenarnya, pendidikan kesihatan di sekolah merupakan satu proses berterusan
yang membantu dan memudahkan pelajar-pelajarnya mengembangkan ilmu,
mempelajari amalan positif dan memupuk sikap yang bertanggungjawab
terhadap isu-isu kesihatan. Segala pengalaman pembelajaran dan kesan dari
pelajaran kesihatan diharapkan akan mempengaruhi tingkah laku mereka dalam
usaha memperolehi satu taraf kesihatan yang memanfaatkan diri mereka sendiri,
keluarga dan masyarakatnya. Pengetahuan Pendidikan Kesihatan dan
kurikulum memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak atas kepentingan berikut:
 Tahap kesihatan kanak-kanak mempengaruhi pertumbuhannya.
 Tahap kesihatan yang baik dapat membantu pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
 Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan terjejas sekiranya
kanak-kanak itu berpenyakit.


Kanak-kanak yang sihat akan menjadi dewasa dan seterusnya ibu bapa yang
sihat di masa hadapan.
 Pengambilan makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting
untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat
dan sempurna.
 Keadaan persekitaran yang sihat dan bersih dapat membantu kanak-kanak
hidup dalam suasana yang sihat dan menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan yang positif.

AKTIVITI 4.1

Apakah pendirian anda?


Setelah mengetahui faedah serta pentingnya Pendidikan Kesihatan,

adakah anda
kesihatan ingin memelihara
merupakan kesihatansemua
tanggungjawab secara berterusan? Menjaga
lapisan masyarakat.
Anda juga memainkan peranan yang penting. Adakah anda rela
berusaha untuk memelihara kesihatan diri anda dan orang-orang di
sekeliling anda?
76  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

4.2 CIRI- CIRI PERUBAHAN DAN KEPERLUAN


INDIVIDU DALAM
4.2.1 Perkembangan Fizikal
Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang
bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah
keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana
kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada
kesejahteraan fizikal. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat.

Perkembangan fizikal merupakan suatu proses yang berkaitan dengan


peningkatan dalam struktur saiz yang dilihat dari aspek pertambahan ketinggian,
berat dan jisim otot semasa kanak-kanak. Pertumbuhan adalah pesat semasa bayi
dan kadar ini berkurangan pada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Pertumbuhan fizikal terdapat empat segi iaitu ketinggian, berat badan, otot dan
perkadaran badan. Dari segi terdapat beberapa ciri-cirinya:
(a) Tumbuh pesat sejak lahir hingga umur tiga tahun.
(b) Pertumbuhan bertambah dengan kadar tetap dari umur 3-9 tahun sebanyak
5-7 cm setahun.
(c) Sejak lahir sehingga 9 tahun kanak-kanak lelaki adalah lebih tinggi
daripada kanak-kanak perempuan.
(d) Antara 10-12 tahun, kanak-kanak perempuan mengalami pertumbuhan
yang pesat, dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

Dari segi , ciri-cirinya adalah:


(a) Antara 5-8 tahun, pertambahan berat badan adalah 2.3kg setahun.
(b) Perempuan mengalami pertumbuhan pesat pada umur 9 dan 10 tahun dan
lebih berat daripada lelaki. Lelaki biasanya mengalami pertumbuhan pesat
selepas 12 tahun.
(c) Apa yang mustahak bukan berat badan sahaja tetapi komponen-komponen
yang membentuk berat badan itu iaitu komposisi badan.

(d) Komposisi badan


Peratus lemak dibahagi kepada
kanak-kanak jisim tanpa
perempuan lemak
berubah daridan
15%jisim berlemak.
pada umur 6
tahun kepada kira-kira 24% pada umur 12 tahun.
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  77
SEKOLAH

Dari segi , ciri-cirinya ialah:


(a) Otot-otot besar mengalami pertumbuhan yang pesat antara 6-8 tahun.
(b) Otot menjadi besar dahulu dan kemudian diikuti dengan pertumbuhan
kekuatan.

Dari segi , ciri-cirinya adalah:


(a) Antara 8-12 tahun, pertumbuhan anggota tangan dan kaki adalah lebih
banyak daripada bahagian tubuh bagi lelaki dan perempuan, walaupun
dalam kes tertentu ada kanak-kanak lelaki yang mempunyai kaki dan
tangan yang lebih panjang.
(b) Kanak-kanak perempuan mempunyai saiz pinggul dan paha yang lebih
besar pada umur 8-12 tahun.

4.2.2 Perkembangan Mental (Kognitif)


Dalam perkembangan mental atau kognitif, pertumbuhan otak mencapai lebih
kurang 75% pada umur tiga tahun dan hampir 90% pada usia enam tahun.
Manakala antara 8-12 tahun saiz otak mengalami pertumbuhan yang sedikit.
Begitu juga dengan keupayaan persepsinya.

Keupayaan kognitif
intelektual. individu,
Seseorang keupayaan
itu berupaya untukuntuk belajar
berfikir, dan berkembang
menyoal secara
dan menganalisis
peristiwa untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Pengalaman
formal dan tidak formal meningkatkan kecergasan mental. Tahap kecergasan
mental seseorang bermula ketika bayi, membawa ke peringkat dewasa dan
saling berhubung antara kedua-duanya.

Berikut adalah perkembangan kognitif terhadap kanak-kanak dari segi


perbezaan peringkat:
78  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

Perkembangan kognitif terhadap kanak-kanak dari perbezaan peringkat

Menurut seorang ahli psikologi yang terkenal dalam perkembangan kognitif


iaitu Jean Piaget (1896-1980) mengatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-
kanak adalah berbeza dan berubah. Beliau telah membahagikan dua peringkat
yang berkaitan tentang perkembangan kognitif iaitu Peringkat praoperasi (2-6/7
tahun) dan Peringkat operasi konkrit (6/7-11/12 tahun).

(a)
(i) Kanak-kanak mempunyai keupayaan menggunakan tanda atau
simbol.
(ii) Kanak-kanak berkongsi pengalaman dengan orang lain. Kanak-kanak
mula menyoal.
(iii) Berupaya menggunakan bahasa dan memahami konsep bertambah
dengan kadar yang menakjubkan.
(iv) Bersifat egosentrik - pemikiran mereka berasaskan persepsi, tidak
faham bahawa orang lain mempunyai pandangan yang berbeza
dengan mereka malah beranggapan orang lain melihat sesuatu sama
seperti mereka. Melihat watak dalam buku cerita sebagai watak
sebenar yang mempunyai kualiti hidup.
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  79
SEKOLAH

(v) Bersifat ketidakbalikan (irreversibility)  tidak boleh meninjau


peristiwa yang telah berlaku.
(vi) Tidak berupaya untuk mengekalkan (inability to conserve) tidak 

memahami bahawa sifat-sifat tertentu sesuatu objek adalah sama


walaupun bentuknya telah berubah.

(b)

(i) Berupaya membuat kesimpulan yang logikal.


(ii) Berupaya mengklasifikasikan mengikut kelas; sebagai contoh, mereka
boleh memahami bahawa jika dalam keluarga ada 3 lelaki dan 3
perempuan, maka bilangan ahli keluarga adalah lebih besar dari
mana-mana kumpulan secara berasingan.
Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dan menggunakan sebagai
ganti gambaran benda. Mereka juga berkebolehan membentuk
konsep mudah dan mahir bertutur dan gemar bercakap. Namun,
keperluan kanak-kanak untuk berfantasi, berimaginasi dan
menempatkan diri mereka dalam dunia khayalan semakin
bertambah. Kanak kanak akan mendapat faedah yang besar daripada

pembelajaran melalui gerak kerja konkrit.


Ciri-ciri pada peringkat di lingkungan umur sekolah rendah, mereka
dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat
dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan mereka
menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-
bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Mereka
mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk belajar.
Ciri-ciri keperluan individu peringkat ini ialah mereka dapat
menguasai pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan
dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran
melalui gerak kerja amat penting. Oleh itu, situasi yang dibina dapat
mempelajari antara satu sama lain.
Pada peringkat 11-12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan
secara konkrit kepada pengolahan secara formal. Mereka dalam
peringkat ini terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Mereka
memahami sifat inklusif mengikut kelas.

Perubahan keperluan
terus berlaku. mental
Individu dalamatau kognitif12seseorang
peringkat individu
hingga 15 akan
tahun akan
boleh memahami idea-idea yang lebih mendalam. Mereka juga dapat
membayangkan apa yang akan berlaku di dalam suatu keadaan dan
berkebolehan memahami prinsip akhlak dan mempunyai kesedaran
tentang membina falsafah hidup mereka sendiri, etika, politik dan
agama serta perkara-perkara lain yang perlu diketahui.
80  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

4.2.3 Perkembangan Sosial


Perkembangan sosial ialah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan
persekitaran. Ia merujuk kepada keupayaan seseorang individu menyesuaikan
diri dalam institusi sosial melalui tingkah laku.

Perkembangan sosial mempunyai tiga kumpulan perbezaan tahun dan penting


dalam Pendidikan Kesihatan:

(a)
(i) Melibatkan diri dalam beberapa jenis „main‰;
• Bermain dengan kanak-kanak lain; dan
• Memerhati kanak-kanak lain tanpa bermain.

(ii) Kumpulan lain adalah spontan, kecil, tidak teratur dan berubah-ubah
(iii) Kerap bergaduh tetapi cepat lupa dan mudah bermaaf-maafan.
(iv) Suka mereka cipta, idea berasaskan kartun yang ditontoni.
(v) Peranan jantina dalam televisyen sebagai model dalam permainan
kanak-kanak.

(b) (i) Ada kawan baik dan musuh terpilih;


(ii) Main dalam kumpulan kecil, ada peraturan dan bersungguh-sungguh
mengikuti peraturan; dan
(iii) Masalah atau pergaduhan sering timbul kerana peraturan permainan
yang berbeza.

(c)
(i) Pengaruh rakan sebaya menjadi kuat dari segi pakaian, gaya bercakap
dan lain-lain.
(ii) Menunjukkan sifat positif; lebih peka kepada perasaan orang lain.

Mengikut Erik Erikson terdapat dua peringkat perkembangan sosial yang utama
adalah berikut:
(a)
Kemahiran motor dan kemahiran bahasa berkembang dengan pesat
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  81
SEKOLAH

Peringkat 3 ikhtiar lawan bersalah (3-6 tahun)


(b)

Peringkat 4 rajin lawan merendah diri (6-12 tahun)



82  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

4.2.4 Perkembangan Emosi


Emosi ialah suatu pengalaman yang penuh perasaan yang menyertai
penyelarasan dalam secara am dan keadaan mental dan fisiologi yang tergerak
di dalam diri individu dan yang menunjukkan dirinya pada tingkah laku yang
nyata.

Mengikut Mohd Sharani Ahmad (2004), semakin kanak-kanak itu membesar dan
didedahkan oleh banyak perkara, ini menimbulkan konflik yang akhirnya
mencetuskan kemarahan dan kerengusan dalam perkembangan emosi pada
tahap awal kanak-kanak.
(a)
Mereka bertindak balas dengan konflik bergantung pada sejauh mana
besarnya masalah atau konflik yang dihadapi. Semakin mereka membesar,
mereka mempunyai banyak cara bagi mengatasi konflik melalui
pengalaman. Ini dapat mematangkan mereka dalam memenangi konflik.
(b)
Keagresifan kanak-kanak berubah kekerapannya merentasi perkembangan
awal kanak-kanak. Keagresifan dalam membaling barang-barang mainan
berkurangan sebaliknya mereka mula menunjukkan kedinginan mereka
dengan merajuk atau tidak mahu bercakap. Kanak-kanak lelaki atau
perempuan mempunyai perbezaan dalam menunjukkan keagresifan
mereka.
(c)
Agresif ini menyebabkan seseorang yang iri hati dan berusaha merosakkan
hubungan orang lain seperti persahabatan tetapi tidak termasuk orang
yang dari kumpulannya.
(d)
Simpati ialah merasa kasihan disebabkan oleh keadaan yang menyedihkan
dan melibatkan emosi di mana, membayangkan dirinya berada di tempat
lain dan merasai apa yang dirasai oleh orang lain. Ini menyebabkan kanak-
kanak itu beraksi atau bertindak dengan menolong, berkongsi masalah dan
sama-sama bertanggungjawab.
Hubungan emosi boleh memotivasikan kanak-kanak bagi mengubah
persepsi menolong secara praktis dan alasan yang munasabah semasa

prapersekolahan
rakan-rakan kepada alasan
dan persekitaran menyenangkan
merupakan orang lain. mendapat
tempat kanak-kanak Keluarga,
perlindungan.
Kanak-kanak perlu dilatih supaya dapat mengawal emosi dan mempunyai
perasaan yang mulia. Mereka perlu digalakkan supaya bermain dengan
baik dan menyemaikan sifat-sifat murah dan baik hati serta bertolak-ansur.
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  83
SEKOLAH

Permainan juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Mereka haruslah


diberikan permainan yang sesuai dan yang tidak membuatkan mereka
menjadi ganas atau kasar.
Disamping itu, orang dewasa hendaklah mengelak daripada melakukan
perbuatan kurang sopan seperti bertengkar di hadapan kanak-kanak
kerana kanak-kanak mudah meniru tabiat orang dewasa.

4.2.5 Perkembangan Rohani


Rohani membawa maksud kepercayaan terhadap sesuatu kuasa penyatuan.
Perkembangan kerohanian ialah keupayaan kanak-kanak untuk membentuk dan
memupuk amalan murni masyarakat. Tujuan amalan tersebut dipupuk bagi
melahirkan individu yang percaya kepada Tuhan, mengamalkan tabiat dan
perlakuan yang betul, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kerohanian seseorang kanak-kanak
antaranya ialah (sumber: Pengajian Perkembangan Kanak-kanak, 2005):

(a)
(i) Kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik akan
terdorong untuk mengamalkan adab dan akhlak yang mulia.

(ii) Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu menjadi contoh kepada kanak-
kanak seperti mengucapkan kesyukuran dengan membaca doa
sebelum tidur, memberi salam dan mengucapkan terima kasih.

(b)
(i) Kanak-kanak yang dibimbing dengan penuh dan kasih sayang akan
mengamalkan nilai-nilai murni kepada rakan-rakannya dan orang
lain.

(ii) Kanak-kanak boleh dibimbing. Contohnya menyayangi pemimpin,


menjaga kebersihan, dan menyayangi alam sekitar seperti
menyayangi binatang pelihara dan tumbuh-tumbuhan.

(c)
(i) Ibu bapa, guru dan orang dewasa di sekeliling kanak-kanak patut
menjadi contoh membentuk tingkah laku yang sopan.

(ii) Contohnya mengamalkan adab dalam kehidupan seharian,


mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w menghormati ibu bapa, guru,
rakan sebaya, pemimpin dan anggota masyarakat, mematuhi
peraturan dan undang-undang, beratur ketika menunggu giliran,
84  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

meminta izin sebelum mengambil atau membuat sesuatu dan


bercakap benar.

(d)
(i) Kanak-kanak yang dibimbing dengan tutur kata yang berhikmah
akan membesar sebagai remaja yang bersopan santun dan pandai
untuk berinteraksi dengan orang lain.

(ii) Orang dewasa boleh membantu kanak-kanak dengan menggunakan


bahasa yang sopan, mengucapkan terima kasih, meminta maaf jika
melakukan kesalahan.

AKTIVITI 4.2

Cara menggalakkan amalan murni:


(a) Nyatakan pelbagai aktiviti yang boleh digunakan untuk
menggalakkan amalan murni dalam kalangan kanak-kanak
serta tujuannya.
(b) Bincangkan urutan perubahan emosi dan fizikal yang dialami
oleh lelaki dan perempuan semasa akil baligh.

4.3 MASALAH KESIHATAN KEPADA MURID-


MURID
Kanak-kanak atau remaja mudah diserang oleh pelbagai jenis penyakit kerana
sistem ketahanannya masih belum kuat dan setiap penyakit mempunyai
simptom awal dan jelas untuk membolehkan kita mengesannya. Terdapat
beberapa penyakit tertentu yang sering menyerang kanak-kanak dan remaja
justerunya kita haruslah mengetahui tanda penyakit ini serta cara-cara
mengatasinya dengan betul.
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  85
SEKOLAH

4.3.1 Peringkat Prasekolah


Imunisasi bermaksud pemberian vaksin yang mengandungi kuman penyakit
tertentu dalam bentuk tidak berbahaya. Vaksin tersebut terlalu lemah,
menyebabkan tubuh menghasilkan bahan istimewa (antibodi) yang akan
melindungi kanak-kanak prasekolah daripada penyakit tertentu pada masa akan
datang.

Imunisasi yang diberikan kepada kanak-kanak prasekolah termasuklah triple


antigen, campak dan hepatitis. Kepentingan imunisasi bagi kanak-kanak adalah
untuk melindungi kanak-kanak prasekolah daripada penyakit tertentu,
mengelakkan wabak dan membasmikan penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi
selalunya dilakukan ketika seseorang itu masih bayi lagi.

Penyakit dan komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi


(rujuk Jadual 4.1).

Penyakit dan Komplikasi

Penyakit Komplikasi

Tibi (tuberculosis) - radang paru-paru (pneumonia).


- radang selaput otak (meningtis).
- jangkitan pada organ lain seperti usus,
tulang sendi serta buah pinggang.

Hepatitis B - penyakit hati kronik.


- kanser hati.

Difteria - Sukar nafas.


- masalah jantung.
- masalah saraf.

Pertussis
(batuk kokol) - radang paru-paru (pneumonia).
- sawan tarik.
- kematian.
86  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

Tetanus - Kancing gigi.


- kejang otot.
- sukar bernafas.
- kematian

Polio - lumpuh.
- radang otak.
- kematian.

Penyakit HIB (haemophilus influenza - radang paru-paru (pneumonia).


type b) - radang selaput otak dan komplikasinya.
seperti pekak, buta, sawan tarik dan terencat
akal.
- radang epiglotis (saluran pernafasan.
tersumbat) yang boleh membawa kematian.

Measles (campak) - radang paru-paru.


- radang selaput otak.
- radang otak.
- pekak dan buta.
- cirit-birit.
- kematian.

Mumps
(beguk) - radang paru-paru.
- radang buah zakar (orchitis) yang boleh
membawa kemandulan.

(a)
 Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan

enterovirus
tahun. ) yang biasanya menjangkit kanak-kanak di bawah umur 5

 Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang


baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
 Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit
serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  87
SEKOLAH

 Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga
kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.
 Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk
mencegah jangkitan.

(b)
Penyakit ini menyerupai selsema dengan ruam. Tanda-tanda jangkitan ini
ialah:
 Demam.
 Sakit kerongkong.
 Sakit kepala.
 Hilang selera makan.
 Ulser di tekak dan mulut.
 Ruam dengan lepuh (blister) di tapak tangan, kaki, mulut dan kawasan
lampin.

(c)
 Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan,
selepas ke tandas.
 Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
 Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan,
tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
 Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum
bermesra dengan kanak-kanak.
 Cuci alat mainan, permukaan meja,kerusi dan lantai yang dicemari airliur
kanak-kanak.
 Elakkan membawa kanak-kanak ke tempat umum yang sesak seperti
pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.
 Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan
virus.
 Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan harus ditegah
daripada menghadiri tadika, tabika, sekolah, rumah pengasuh dan perlu
dibawa ke hospital dengan segera.

4.3.2 Peringkat Sekolah Rendah


Terdapat penyakit yang boleh berjangkit dan penyakit yang tidak berjangkit.
Penyakit berjangkit biasanya akan merebak kepada orang lain melalui cara
sentuhan, pernafasan, berkongsi pakaian dan peralatan. Penyakit tidak
88  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

berjangkit pula akan dihadapi oleh individu, mungkin disebabkan oleh kuman
tertentu (rujuk Jadual 4.2).

Penyakit Tidak Berjangkit

Sakit mata Konjuntivitis mata merah,



• Cuci mata dengan larutan
melekit, sakit dan gatal. air suam bercampur garam.

Blefarisis kelopak mata • Sapu ubat mata.
merah dan bersisik
Batuk dan selsema Hidung berair dan • Kawal suhu badan, minum
tersumbat, demam, sakit
banyak air.
kepala, letih, lemah, suhu
badan mungkin meningkat, • Makan ubat.
infeksi bahagian atas saluran
penafasan, berkahak, sakit
tekak dan batuk.
Kudis buta Bintik berisi cecair, gatal dan • Berikan ubat.
sakit.
• Bersihkan kulit, sapu ubat.
Kutu rambut Kulit kepala gatal, tanda • Sapu losyen membunuh
gigitan merah di kulit kutu.
kepala, telur halus melekat
• Sikat dengan sikat halus
pada pangkal rambut. untuk membuang kutu dan
telurnya.
Campak Ruam, demam dan batuk. • Kawal suhu badan, minum
banyak air, sapu ubat gatal.
Cacar air Ruam yang berisi cecair, • Kawal suhu badan, minum
gatal, demam. banyak air, elakkan
menggaru, mandikan dengan
air suam yang bercampur
dengan soda bikarbonat
untukn mengurangkan gatal,
sapukan losyen kalamina.
Penyakit Kulit Kulit gatal, merah, berubah • Jaga kebersihan kulit, sapu
struktur. losyen, pakai pakaian longgar

dan menerap peluh.


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  89
SEKOLAH

Penyakit tidak berjangkit disebabkan oleh kuman tertentu atau faktor individu
seperti tahap ketahanan tubuh dan bercorak pemakanan (rujuk Jadual 4.3).

Penyakit Tidak Berjangkit

Demam Suhu tinggi, kurang selera • Cuci mata dengan larutan air
makan, lemah. suam bercampur garam.
• Sapu ubat mata.

Sakit tekak Kerongkong perit, merah dan • Minum banyak air, kumur
bengkak dan sakit apabila • dengan air garam.
menelan makanan, suhu
• Makan ubat.
badan naik.

Kemurunan Cacing Badan lemah, kurang selera • Jaga kebersihan, berikan


makan, loya, perut buncit, • ubat cacing.
kurus.

Cirit-birit Kerap buang air besar, • Minum banyak air.


najisnya cair, kadang-kala • Makan ubat.
muntah, pendehidratan,
cengkung, mulut dan
lidahnya kering, lemah,
muram, tidak aktif dan
tindakbalas yang perlahan.

4.3.3 Awal Remaja


Setiap remaja harus memperoleh ilmu pengetahuan dan diberi pendidikan dalam
keadaan yang selesa dan sejahtera. Tahap kesihatan remaja juga harus berada dalam
keadaan yang baik untuk kecemerlangan prestasi remaja itu sendiri. Amalan
penjagaan kesihatan diri dan tabiat yang positif bagi golongan awal remaja adalah
penting untuk mencegah masalah penyakit yang tidak diingini. Berikut adalah
contoh beberapa masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh golongan awal
remaja:

(a)
(i) Apakah dia konjunktivitis?Konjunktivitis(mata merah) adalah jangkitan
mata yang sering berlaku pada remaja. Ia merupakan radangan pada
lapisan tisu yang menyelaputi bahagian putih mata dan bahagian dalam
kelopak mata. Lapisan tisu ini dipanggil konjunktivitis.
90  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

Konjunktivitis boleh disebabkan virus atau bakteria. Konjunktiviti mudah


merebak dari seorang ke seorang yang lain. Penyebab-penyebab lain
konjunktivitis termasuklah pendedahan kepada bahan kimia (terutamanya
klorin dalam kolam renang), bahan iritasi (irritants) seperti bahan kandungan
syampu, kotoran, asap dan bahan-bahan yang menyebabkan alahan (allergy).
Apakah gejala-gejala konjunktivitis?
 Bahagian putih mata menjadi merah.

Bahagian dalam kelopak mata menjadi merah.
 Mata berair.
 Kelopak mata bengkak.
 Mata mengeluarkan cairan putih (mata merah yang disebabkan oleh virus).
 Mata mengeluarkan lendir kuning, tahi mata di kelopak mata melekat
terutamanya selepas bangun tidur (mata merah yang disebabkan oleh
bakteria).
 Mata gatal.
 Mata terasa pedih dan sakit.

(ii)
Tiada ubat yang berkesan untuk konjunktivitis disebabkan oleh virus.
Selalunya
selsema. Ia konjunktivitis jenis ini
akan sembuh apabila dihadapi
demam bersama
selsema sembuh.dengan demam
Kebiasaanya ia
mengambil masa di antara 7 hingga 10 hari. Doktor biasanya akan memberi
ubat titis mata antibiotik untuk menghalang jangkitan kuman lain.

Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria akan dirawat dengan


antibiotik dalam bentuk titis mata, ubat sapu ataupun pil. Penyakit ini
selalunya mengambil masa selama seminggu untuk sembuh. Anda
dinasihati untuk mengambil ubat sebagaimana yang di arahkan walaupun
semua gejala sudah hilang.

(iii)

 Elakkan kotoran atau bahan-bahan asing dari memasuki mata.


Basuh kelopak kapas


menggunakan mata atau
dantisu
buangkan lendir
basah yang atau tahi mata dengan
bersih.
 Tuam mata dengan jaram sejuk (cold compress).
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  91
SEKOLAH

(b)
Penyakit defissiensi boleh dielakkan melalui makanan seimbang. Dengan
kata lain, remaja dalam kalangan kerenah makan mereka perlu memberi
perhatian kepada aspek memilih dan menyimpan bahan-bahan makanan
yang berkhasiat tanpa menghilangkan kandungan nutriennya. Keadaan
penyediaan makanan yang betul serta penyediaan hidangan berdasarkan
keperluan nutrien harian adalah penting dan perlu dititikberatkan.
Kebiasaannya makanan mempunyai kandungan garam atau lemak
berlebihan yang boleh menimbulkan masalah kesihatan. Contohnya obesiti
/kegemukan yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan
sering menjadi masalah kesihatan bagi golongan awal remaja.

Berikut adalah beberapa contoh masalah kesihatan yang berpunca dari


pengambilan makanan secara berlebihan atau kekurangan dalam bentuk
jadual:

Kesan Kekurangan dan Kelebihan Nutrien

Protein • tumbesaran terganggu. • Protein berlebihan dalam


• luka lambat sembuh. bentuk asid amino diuraikan
• tubuh kurang daya tahan menjadi nitrogen dan karbon.
terhadap penyakit.

Karbohidrat • kekurangan berat badan. • Pertambahan berat badan.


• kulit menjadi kering, kasar • kegemukan.
dan mengecut.
• kebuluran.

Lemak • kesejukan kerana kekurangan • berat badan.


penebat di bawah kulit. • mengakibatkan obesiti.
• berat badan menurun. • koronori jantung.
• kulit menjadi kering.
92  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

Kesan Kekurangan dan Kelebihan Vitamin Manusia

Vitamin A • penyakit rabun malam. • Hypervitaminosis A, kulit


• kekurangan yang berlanjutan kering dan mudah mengelupas,
keguguran rambut, sakit tulang,
menyebabkan penyakit mata. kerosakan pada hati.

Vitamin D • pertumbuhan tulang kanak- • Toksik, muntah-muntah, cirit-


kanak terjejas sehingga birit, keletihan, dahaga.
menyebabkan penyakit riket
di kalangan kanak-kanak dan
Osteomalcia di kalangan
orang dewasa.
Vitamin E • jarang berlaku kerana mudah • Jarang berlaku dan tidak
didapati daripada makanan toksik.
hasil tumbuhan, dan tubuh
berupaya menyimpannya.

Vitamin K • darah lambat beku apabila • Toksik.


luka.
• mudah berlaku pendarahan
hidung.
Vitamin B1 • penyakit beri-beri. • Kerosakan pada hati.
• keletihan, lemah.
• kurang selera makan.
• loya dan muntah.
Vitamin B2 • muka pucat. • Dikumuhkan dalam air
• kulit melepuh. kencing.

• mulut dan bibir, bengkak dan


berair (pellagra).
• penyakit saraf.

• •

Vitamin B3 pellagra. Loya, cirt-birit, gatal-gatal


• dermatiitis. kulit.

• cirit-birit.
• kulit bersisik.
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  93
SEKOLAH

Vitamin B6 • otot kejang di kalangan • Kerosakan saraf yang tidak


• bayi. boleh dipulihkan.

• anemia.

Vitamin B12 • lidah dan mulut berkudis. • Jarang-jarang berlaku kerana


• terlalu letih dan lemah. hati dapat menyimpannya
dengan cukup dan boleh
diserap semula untuk
digunakan.
Vitamin C • penyakit skurvi. • Meningkatkan paras asid urik
• mudah dijangkiti penyakit. dalam air kencing dan
menyebabkan penyakit gout.

Kesan Kekurangan dan Kelebihan Garam Mineral dalam Badan Manusia

Kalsium • pembentukan tulang dan gigi • Menyebabkan penyakit


terganggu. batu karang.
• gigi tidak kukuh.
• penyakit riket dan osteomalcia.

fungsi otot dan saraf
terganggu.
Fosforus • tulang dan gigi menjadi rapuh. • Penyakit dalam buah
• otot menjadi lemah. pinggang.
• gangguan kepada sistem saraf.
Natrium • otot menjadi kejang. • Dikumuhkan.
• letih.
• kurang selera makan.
• radang saraf.
Magnesium • fungsi otot terganggu. • Toksik mengganggu
• radang saraf. fungsi buah pinggang.

• •

Sulfur pertumbuhan lambat. Koordinasi otot lemah,


kehilangan cecair tubuh,
• kurang selera makan.
• cirit-birit. sakit perut, keletihan,
menjejaskan fungsi buah
• kulit melepuh.
pinggang.
• bengkak pada limpa dan hati.
94  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

Ferum • penyakit anemia. • Pengambilan melebihi


• letih dan pening. 1,000mg sehari menjadi
toksik, muntah, cirit-birit,
kejang perut.
Iodin • pembesaran terganggu. • Sakit kepala, sesak nafas.
• penyakit goiter dan kretinisme.
• daya pemikiran tidak
sempurna.
Fluorin • gigi menjadi mudah rosak. • Toksik Fluorosis di
kalangan kanak-kanak.
Zink • pembesaran perlahan. • toksik.
• hilang selera makan. • muntah.
• cirit-birit. • letih.
• menggangu fungsi buah
pinggang.
• mengganggu penyerapan
ferum.

AKTIVITI 4.3
Rancang satu lawatan ke pusat kesihatan yang paling hampir dengan
tempat tinggal anda. Dapatkan lampiran-lampiran tentang jenis-jenis
masalah kesihatan dan tulis laporan tentang rawatan tersebut. Tugasan
ini boleh dilakukan secara kumpulan bertiga.

• Pendidikan kesihatan memainkan peranan penting dalam kurikulum sekolah


melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menyampaikan
maklumat kesihatan yang berfaedah kepada diri seseorang pelajar, keluarga,
komuniti dan masyarakat sejagat.

Contohnya,
mereka akan apabila pelajargaya
mengamalkan tahuhidup
kaedah
sihatjangkitan dan punca penyakit,
dan selamat.
• Secara tidak langsung pendidikan kesihatan membantu mengurangkan atau
menghapuskan sama sekali bahaya penyakit.
TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM  95
SEKOLAH

• Pendidikan kesihatan dalam kurikulum sekolah juga memberi peluang


kepada kanak-kanak untuk mengenali dan mempelajari keadaan diri sendiri
dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

Daya tahan Obesiti


Emosi Parasit
Fisiologi Pendehidratan
Karies gigi Prestasi
Ketidakstabilan emosi Vaksin
Malnutrisi

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Pendidikan kesihatan keluarga.

Ee Ah Meng (1995). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak. Fajar Bakti Sdn.


Bhd

Jamilah Ibrahim & Helen Ten Hong Beng. (1991). Pendidikan jasmani dan
kesihatan. Seri Kumtom Sdn. Bhd.

Radzi Shaari & Yusoff Ismail. (1990). Pendidikan jasmani dan kesihatan . JAM
Sdn. Bhd.

Tang Chee Yee (1992). Psikologi perkembangan. Budiman Sdn. Bhd.

Thomas.T.O & Sahari Jantan.(1991). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala


Lumpur. BP Sdn.Bhd.
96  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KURIKULUM
SEKOLAH

Masalah-masalah kesihatan kepada murid-murid sekolah boleh diatasi melalui


perbincangan, bimbingan dan membaca bahan-bahan bacaan yang sesuai serta
melayari internet. Berikan komen anda berdasarkan pros dan cons.

Huraikan cara-cara pembentukan perkembangan tingkah laku positif berasaskan


kepada aspek-aspek berikut:
 Melayan kanak-kanak mengikut umur, pertumbuhan dan perkembangan
 Memberi kebebasan melahirkan perasaan dan pendapat
 Memupuk rasa cinta Tuhan
 Mengetahui latar belakang kanak-kanak
 Mengawas dan mengawal kanak-kanak
 Menunjukkan contoh dan tingkah laku yang baik
 Memberi ganjaran dan galakan

Menanamkan nilai murni
 Membina keyakinan diri dan rasa selamat
 Peneguhan
 Menyediakan persekitaran dan aktiviti yang sesuai
T op i k  Kesihatan
5 Diri dan
5 Keluarga

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pentingnya kesihatan kepada diri dan keluarga dalam
kehidupan harian;
2. Menerangkan pentingnya pemeliharaan kesihatan secara berterusan;

3. Mengenal pasti amalan asas kesihatan, perawakan diri dan


pemeriksaan fizikal;
4. Menyatakan kesihatan adalah asas kepada kesejahteraan hidup; dan
5. Mengenal pasti mengenai penyakit berjangkit, bawaan air dan
makanan.

 PENGENALAN
Kesihatan yang baik merupakan idaman ramai orang. Setiap orang
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kesihatan dirinya. Mencuaikan
kesihatan bukan sahaja mendatangkan kesan-kesan buruk pada diri sendiri
tetapi juga ke atas keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, kita harus
tahu tentang langkah-langkah asas memperoleh serta mengekalkan kesihatan
yang baik.
98  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

5.1 KESIHATAN DIRI


Setiap golongan manusia dalam semua peringkat komuniti, kebangsaan atau
antarabangsa perlu menjaga dan mengawal kesihatan diri demi kesejahteraan
sejagat. Konsep ini penting kerana kerjasama setiap anggota masyarakat amatlah
perlu untuk membendung penyakit berjangkit pada peringkat yang paling awal
agar tidak merebak ke kawasan yang baru.

5.1.1 Amalan Asas Kesihatan


Kebersihan diri adalah penting untuk menjaga kesihatan diri kita. Menjaga
kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting. Kita seharusnya
menjaga kebersihan muka, tangan, kaki, kulit, kuku, mulut, kasut, tuala dan
pakaian.

Bagi meningkatkan kesihatan diri, amalan penjagaaan kebersihan diri adalah


perlu. Berikut adalah amalan kebersihan untuk menjaga dan meningkatkan
kesihatan anda.

(a)
(i) Amalan ini perlu dalam situasi berikut:
 Sebelum dan selepas makan.
 Selepas menggunakan tandas, membersihkan tangan dengan
sabun adalah mencukupi untuk membersihkan kotoran dan
kuman yang disentuh.
(ii) Semasa mencuci tangan, bersihkan tapak tangan dan juga celah-celah
jari tangan dengan baik kerana kotoran dan kuman melekat pada
celah-celah jari.
(iii) Kuku jari yang panjang perlu dipotong supaya kotoran dan kuman
tidak terlekat di dalamnya dan bagi memastikan ia tidak
mencengkam pada isi.

(b)

(i) Pakai alas kaki seperti kasut atau selipar.


(ii) Kaki perlu dibasuh dan dikeringkan.
(iii) Pakai stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit
kulit.
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  99

(c)
(i) Berus gigi selepas makan, sebelum tidur dan selepas bangun supaya
sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi dan menjaga gigi
supaya tidak rosak.
(ii) Semasa memberus gigi, gunakan berus gigi yang sesuai; berus yang
lembut dan ubat gigi yang sesuai memastikan gigi dan gusi gigi tidak
dirosakkan.
(iii) Anda mesti memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa
makanan dapat dibersihkan dengan berkesan.
(iv) Dapatkan rawatan berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya
kerosakan gigi dapat dikesan lebih awal dan mengelakkan gigi
dicabut.

(d)
Pakaian seperti baju, seluar, sarung kaki, kasut dan sebagainya perlu
dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan semula
bagi mengelakkan dari penyakit kulit dan lain-lain. Pakaian yang lembap
boleh mengakibatkan pembiakan kulat kulit badan.

(e)
Penjagaan
dalam. kebersihan kulit meliputi pemeliharan kulit luar dan kulit

(i) Perkara yang penting ialah mewujudkan kesihatan yang baik kerana
ia merupakan prasyarat bagi kulit yang baik. Oleh itu, makanan kita
seharusnya seimbang untuk memastikan tiada masalah kesihatan.
(ii) Kulit yang sihat memerlukan senaman. Kulit mengandungi otot dan
otot perlu sentiasa digunakan untuk memeliharanya dalam keadaan
yang baik. Senaman memastikan kulit didedahkan kepada udara
bersih dan cahaya matahari serta perubahan suhu mengekalkan ton
otot. Kelenjar peluh dan kelenjar minyak menolong pelaziman kulit
apabila kita senaman.
(iii) Kebersihan kulit seharusnya dijaga dengan baik. Lubang-lubang
halus pada kulit sentiasa tersumbat, jadi kita perlu membasuh kulit
dengan air dan sabun yang sesuai. Penggunaan sabun patut diawasi
supaya minyak kulit tidak dihapuskan sama sekali.
(iv) Kulit muka perlu dijaga dengan menghapuskan selaput minyak yang
memerangkap kuman dan debu; sabun atau cecair pembersih muka
yang khas boleh digunakan. Membersih muka sebelum tidur adalah
satu amalan yang baik. Muka dibasuh kemudian dibilas dengan air
suam dan diikuti dengan air sejuk.
100  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(v) Amalan mandi 1-3 kali sehari adalah baik dalam keadaan panas dan
berdebu. Mandi membantu membersihkan kulit dan memberi ton
yang sesuai kepada kulit. Secara fisiologi, mandi melazimkan sistem
„vascomotor‰ mengawal saluran-saluran darah untuk mengelakkan
kesesakan aliran darah. Selepas makan, kita boleh mandi selepas
berehat selama satu jam.

(f)
(i) Rambut perlu dibasuh dengan syampu yang sesuai mengikut
keadaan rambut, sama ada kering atau berminyak.
(ii) Rambut seharusnya disikat setiap hari untuk memastikan minyak
rambut dialir sama rata dan memberi stimulasi kepada kulit kepala
dengan menggalakkan peredaran darah di kulit kepala. Menyikat
rambut juga membantu untuk membuang kotoran dan sel-sel yang
mati. Amalan memberus rambut sekurang-sekurang dua kali sehari
adalah baik.

Makanan ialah bahan yang diambil oleh manusia dan benda-benda hidup untuk
mendapat tenaga, untuk perkembangan dan untuk terus hidup. Kualiti diet
menolong menentukan sama ada kita mempunyai tenaga yang cukup, rambut
dan kulit yang sihat dan sama ada gigi dan tulang kita adalah kuat.

Makanan yang kita makan setiap hari kebanyakannya memang berzat.


Masalahnya ialah sama ada kuantiti dan bahagian-bahagiannya adalah betul.
Contohnya, nilai kalori makanan, makanan seimbang, kelas-kelas makanan, cara
menyedia dan menghidang makanan.

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada penduduk yang berbilang
kaum dan agama. Setiap kaum dan agama biasanya mempunyai amalan-amalan
tersendiri berkenaan dengan pemakanan.

Setiap orang pasti mahu melalui kehidupan seharian yang sihat dan ceria. Tapi,
bagaimana? Ikuti 10 tips penting yang boleh menjadi amalan anda setiap hari.
Mulakan dari sekarang!

(a) Jika tidak sarapan, bermakna anda menyediakan tubuh anda tanpa tenaga!
Biar bagaimana sibuk sekalipun, peruntukan waktu untuk mengambil
sarapan pagi. Mungkin bijirin atau roti.
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  101

(b)
Tidak ramai wanita memikirkan tentang osteoporosis. Sedangkan, kalau
diikutkan kajian, 50 peratus wanita mengalaminya berbanding lelaki.
Apakan puncanya? Kasut tinggi anda! Malah kadar kesihatan pada
bahagian kaki lebih tinggi dalam kalangan wanita yang memakai kasut
tumit tinggi melebihi dari dua inci. Bukan bermakna anda tidak boleh
memakainya langsung. Cuma, kurangkanlah kadar ketinggiannya.
Pakailah kasut yang ketinggiannya kurang dari dua inci. Jika masih mahu
mengenakan kasut lebih tinggi dari dua inci, pakailah hanya pada waktu
majlis-majlis tertentu sahaja.
(c)
Berdasarkan kajian di Universiti California, jika individu mempunyai kadar
kolesterol yang tinggi dan dalam diet hariannya memakan badam, paras
kolestrol menurun. Para penyelidik berpendapat badam kaya dengan
Êpolyunsaturated fatÊ. Jadi jangan berlengah lagi, jika anda terlebih
kolestrol, berusaha untuk mengurangkannya dengan mengambil badam
setiap hari.
(d)
Kajian di British menunjukkan sebahagian 20 peratus dari punca sakit
jantung ialah usia, tekanan darah, paras kolesterol dan merokok. Kajian
yang di lakukan ke atas 20,000 orang di sana, menunjukkan dengan
menambahkan 50 gram vitamin C dalam diet harian, cukup untuk
membuat jantung sihat. Jika anda mahukan jantung anda terus sihat,
amalkan memakan oren sebiji setiap hari, tak kiralah pada waktu bila
sekalipun.
(e)
Tapi, awas pastikan anda ketawa bersebab. Mungkin dengan menonton
filem komedi, membaca buku cerita lucu, mahupun berbual-bual dengan
rakan yang suka berjenaka.
(f)
Tahukah anda, bagi individu yang kurang potassium di dalam tubuh,
berisiko tinggi untuk diserang stroke. Jadi, perhatikan makanan yang boleh
menambahkan potassium dalam tubuh anda. Antaranya ialah pisang.
Memakan sebiji pisang setiap hari juga sudah cukup untuk membolehkan
potassium dalam tubuh anda sentiasa stabil. Selain itu anda boleh
mengambil tembikai dan kentang rebus.
(g)
Anda mungkin antara penggemar bunga segar. Mungkinkah anda juga
selalu harapkan pemberian bunga dari orang lain. Mungkin, dari suami,
kekasih, sahabat karib, malah sesiapa sahaja. Tapi cuba anda pergi ke kedai
bunga, pilihlah jambangan bunga yang anda idamkan. Bawa pulang dan
anda akan dapati, bunga yang anda beli membawa satu perubahan pada
102  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

perasaan anda. Kesegarannya boleh berubah suasana di ruang yang anda


letakkan bunga itu.
(h)
Kenapa begitu? Maknanya senyumlah. Dua ulas bibir yang tersenyum
bukan sahaja menggambarkan diri anda ceria. Bahkan, ia sebenarnya
membantu diri untuk melalui kehidupan seharian dengan benar-benar
gembira.

(i)
Selepas makan pagi, jangan biarkan perut kosong. Ambillah biskut,
kentang goreng mahupun bijirin. Perut yang kosong dan anda dalam
keadaan lapar bermakna kadar gula dalam darah anda turun. Jadi, untuk
mengelakkan perkara ini, jangan biarkan perut kosong. Makanlah sesuatu,
tetapi sedikit sahaja. Nanti terlebih makan, berat pula naik mendadak.
(j)
Tidur berkualiti bukan bermakna masa tidur yang panjang! Sebaliknya
tidur apabila mata sudah mengantuk. Bangunlah apabila tubuh sudah
terasa segar. Titiskan beberapa titis minyak lavender pada bantal. Tidur
anda lebih selesa. Pastikan perut juga tidak terlalu kenyang sebelum
melelapkan mata.

Cadangan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kesihatan


dalam Kurikulum Prasekolah dan Awal Persekolahan.

Menjaga kesihatan diri:


 Menyanyi lagu dan membuat gerakan membersih diri.
 Tunjukkan cara membasuh tangan, menggosok gigi, memotong kuku
dan cara menggunakan alatan dengan betul.
 Tunjuk cara menggunakan tandas dengan betul.
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  103

 Membuat carta aktiviti harian dari pagi sehingga waktu tidur dan berbual
mengenainya.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Membersihkan diri selepas membuat sesuatu tugas.
 Mengemas dan membersihkan tempat setelah digunakan.

 Berlakon-main peranan
bermain dan sebelum cara mengawal tabiat baik semasa makan,
tidur.
 Memakai kasut semasa keluar kelas/rumah.
Menjemput pegawai perubatan/ pegawai kesihatan memberi
penerangan.
 Bercerita melalui pengalaman sendiri.
 Berbual tentang penyakit melalui gambar. Menjaga kebersihan pakaian,
tempat dan peralatan.
 Bersoal jawab tentang pentingnya menjaga kebersihan pakaian.
 Aktiviti mencuci pakaian sendiri.
 Murid membersihkan sendiri secara individu atau kumpulan peralatan
yang telah digunakan.
 Menyediakan dan mengemas tempat makan.
104  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

5.1.2 Perawakan Diri

Hubungkaitan di antara komponen-komponen perawakan diri

Perawakan diri adalah tanggapan kita terhadap tret mental-emosi, rohani dan
sosial yang wujud daripada pandangan dan pengalaman kita serta maklum balas
yang kita terima daripada orang lain. Antara komponen-komponen adalah imej
kendiri, postur, penghargaan diri, imej kendiri psikologi dan imej fizikal.

(a)
Tanggapan kita terhadap diri mungkin berbeza daripada tanggapan orang
lain terhadap kita. Misalnya, kita mungkin menganggap diri sebagai
seorang yang murah hati tetapi bagi orang lain, kita hanya menunjuk-
nunjuk sahaja. Tanggapan kita terhadap diri sendiri, tanggapan orang lain
terhadap kita dan diri kita yang sebenar akan membentuk imej kendiri kita.
Imej kendiri merangkumi imej fizikal, imej sosial dan imej mental-emosi.

Imej kendiri kita boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengalaman


dan kepercayaan diri, faktor-faktor sosial dan media massa.
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  105

(b)
Postur merujuk kepada cara seseorang membawa dirinya. Postur adalah
cara kita menyokong badan kita  khususnya bahagian belakang, bahu dan
kepala. Apabila kita berjalan, duduk, berdiri dan melakukan pergerakan-
pergerakan yang lain. Postur yang baik adalah suatu petanda kesihatan
yang baik.

Postur kita menunjukkan sama ada kita seorang periang, bertenaga atau
sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita untuk
memperoleh dan memelihara postur yang baik.

(c)
Penghargaan diri boleh dianggap sebagai penghargaan terhadap
keupayaan dan potensi fizikal serta mental berdasarkan pembentukan imej
kendiri. Penghargaan diri bermula dengan keyakinan diri. Remaja yang
mempunyai keyakinan diri berbangga dengan keupayaan dan potensi
fizikal serta psikologinya. Bukan semua remaja mempunyai sifat-sifat ini.
Oleh itu, remaja yang mempunyai penghargaan diri mempunyai daya
tarikan yang menyumbang ke arah perawakan diri.

(d)
Terdapat beberapa tret imej kendiri psikologi yang ketara dalam kalangan
kita iaitu pemalu, jujur, peramah dan agresif. Sesetengah orang mempunyai
satu daripada sifat-sifat ini atau kesemuanya sekali. Keempat- empat sifat
ini melibatkan kedua-dua jantina dalam perawakan diri masing-masing.

(e)
Imej kendiri fizikal ialah tanggapan kita terhadap ciri dan kebolehan fizikal
kita. Antara beberapa ciri fizikal berkaitan dengan imej kendiri fizikal ialah
tinggi, berat, bentuk badan, bentuk muka, warna mata dan ciri kejantinaan
sekunder. Kebanyakan ciri ini diwarisi daripada ibu bapa. Beberapa ciri
lain seperti berat badan yang berlebihan boleh wujud akibat daripada
tabiat, amalan kita sendiri. Contohnya memakan makanan yang banyak
dan kurang mengamal senaman boleh menyebabkan kegemukan maka
imej kendiri fizikal ini boleh mempengaruhi perawakan seseorang dari segi
postur semasa duduk, semasa berdiri atau ketika berjalan.
106  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

5.1.3 Pemeriksaan Fizikal


Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan serta merta seperti semasa kecemasan atau
pun secara berkala dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang masalah
kesihatan. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan
keseluruhannya, mengenal pasti dan mengesan sesuatu masalah yang telah pun
disedari atau pun bagi mengenal pasti dan mengesan masalah pada peringkat
awal atau sesuatu keadaan yang berpotensi untuk menjadi masalah.
Pemeriksaan fizikal melibatkan usaha-usaha mengumpul kajian sejarah,
pemeriksaan klinikal dan ujian-ujian. Pemeriksaan fizikal berupaya untuk
memperoleh maklumat tambahan bagi membuat diagnosis ke atas masalah
perubatan dan pergigian.

Berikut adalah beberapa pemeriksaan fizikal yang biasa dilakukan oleh


seseorang doktor perubatan atau pergigian:
 Pemeriksaan telinga, hidung dan tekak;
 Pemeriksaan tekanan darah;
 Pemeriksaan gigi dan gusi;
 Pemerikssan jantung;
 Pemeriksaan kulit;

 Ujian darah;
 Ujian air kencing; dan
 Ujian mata
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  107

5.2 KESIHATAN KELUARGA

Saling kaitan dinamik antara kesihatan fizikal, sosial dan jantina dalam
kesihatan keluarga

Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang
bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah
keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana
kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada
kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada
yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat.

Kita bersama-sama menjaga kesihatan keluarga dengan sentiasa bersenam,


mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak menangani stress dan yang
penting sekali menyayangi diri sendiri.

Kementerian Kesihatan memainkan peranan utama dalam mempromosi dan


mempertingkatkan kesihatan keluarga dari segi fizikal, mental dan sosial. Usaha-
usaha Kementerian Kesihatan ke arah pembangunan kesihatan keluarga diterajui
oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Bahagian ini menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosi
dan mempertingkatkan kesihatan semua ahli keluarga seperti ibu mengandung
dan ibu selepas bersalin, bayi, kanak-kanak, murid-murid sekolah, remaja, orang
dewasa dan warga tua.
108  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sesebuah keluarga boleh dan perlu melibatkan diri dalam usaha mempromosi
dan menyelenggara kesihatan mereka. Ahli-ahli keluarga harus mengamalkan
cara hidup sihat yang merangkumi pelbagai amalan yang positif. Semua
keluarga perlu mempunyai sikap yang positif dan menganggap kesihatan
sebagai satu aset dan sumber untuk kehidupan demi mencapai kesejahteraan,
produktiviti yang lebih tinggi dan peningkatan kualiti hidup.

5.2.1 Aspek Fizikal


Aspek Fizikal adalah berkenaan dengan sistem pembiakan lelaki dan
perempuan; perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil
baligh, serta proses fisiologi persenyawaan manusia.

Baca nama dan bahagian organ pembiakan berikut dan rujuk Topik 3 untuk
maklumat tentang sistem pembiakan lelaki dan perempuan. Nyatakan pelbagai
bahagian dan fungsi organ anatomi sistem pembiakan lelaki dan perempuan
dengan menggunakan maklumat yang berkenaan.

5.2.2 Aspek Sosial


Ciri-ciri Sistem Pembiakan Perempuan dan Lelaki

• Vulva • Buah zakar


• Mons pubik • Zakar
• Labia majora • Ereksi (erection)
• Labia minora • Air mani
• Kelentit • Skrotum
• Salur Kencing • Sperma
• Faraj • Semen (air mani)
• Selaput dara • Testosteron
• Serviks • Androgen
• Rahim • Epididimis
• Endometrium • Vas deferens
• •
Tiub Fallopia Vesikal Seminal
• Ovari • Duktus Ejakulasi
• Ovum • Kilang Prostat
• Progesteron • Kelenjar Cowper
• Estrogen • Uretra
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  109

Aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-
kanak dan alam remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan
remaja, kesusilaan dan kesopanan.

Kesihatan keluarga dan aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan


seseorang itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya
memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga.

Sebagai seorang guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mahupun


ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak atau murid-murid kita untuk
memupuk amalan makan secara sihat bersama keluarga mereka. Ini adalah
kerana makan bersama keluarga mendatangkan banyak faedah. Waktu makan
boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga tentang
amalan pengambilan makanan yang baik dan sihat.

Menurut pakar-pakar sekiranya ahli-ahli keluarga dapat berkumpul bersama di


meja makan dengan lebih kerap, anak-anak akan mendapat faedah dari segi
peningkatkan prestasi akademik dan harga diri. Penyelidikan juga mendapati
bahawa perbualan pada waktu makan dapat memperkayakan perbendaharaan
kata anak-anak. Ibu bapa boleh mengambil kesempatan semasa waktu makan
untuk berbual dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa dan
menyusuli aktiviti harian anak-anak mereka.

(a)
Sikap seksualiti kanak-kanak dibentuk dari awal kanak-kanak, tetapi
dorongan seksual tidak muncul sehingga akil baligh. Semasa akil baligh,
banyak perubahan berlaku dalam budak lelaki dan perempuan. Terdapat
pertambahan yang pesat. Ciri seksual peringkat sekunder tubuh muncul
dan bentuk badan semakin dewasa.

Dorongan seksual dalam kalangan orang muda, terutamanya lelaki


menyebabkan ketidakstabilan sahsiah yang dipandang oleh orang tua
sebagai sahsiah yang lain dan bermasalah. Rasa hati orang muda tidak
tetap. Mereka impulsif. Mereka dapati sukar untuk menumpukan
perhatian terhadap apa-apa perkara bagi tempoh panjang. Kadangkala
prestasi pencapaian di sekolah merosot. Remaja lelaki selalunya tidak suka
berkumpulan, melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Remaja perempuan
lebih suka berkhayal dan tumpuannya juga terganggu. Mereka mula
mewujudkan personaliti tersendiri dan kehidupan berdikari. Hal ini dilihat
sebagai penarikan emosi daripada keluarga dan kemerosotan komunikasi
antara orang muda dengan ibu bapanya.
110  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(b)
Kasih sayang ialah perkongsian kasih sayang dan tindakan mengambil
berat. Kasih sayang perlu ditunjukkan melalui tindakan dan perlakuan.
Kasih sayang memerlukan masa dan pengorbanan. Kalau kita tak dapat
memberi kasih sayang, tidak mungkin kita akan menerima kasih sayang.
Kasih sayang tidak bermakna persetujuan secara mutlak dalam semua hal.

Kasih sayang ialah faktor yang membina dan mengekalkan keluarga. Kita
boleh menyayangi ramai orang dalam pelbagai cara dan menunjukkan
kasih sayang kita dalam pelbagai peringkat kepada orang yang berlainan.
Kasih sayang bukan hanya perasaan tentang perhubungan. Kasih sayang
hanya bermakna apabila dilahirkan dalam perlakuan.

Ia boleh diluahkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada orang yang


kita sayang. Kasih sayang adalah komitmen. Kasih sayang memberi tenaga
dan bukan menghabiskan tenaga.

(c)
Pengetahuan kita tentang proses kehamilan dan kelahiran remaja
menyakinkan kita bahawa kehamilan dikalangan wanita remaja yang
berumur kurang daripada 15 tahun membawa risiko yang lebih tinggi
berbanding dengan kehamilan wanita yang berumur 20an. Empat masalah
yang biasa, telah banyak dikaji:
 Remaja lebih berkemungkinan menghadapi anemia semasa kehamilan.
 Remaja lebih berkemungkinan menghadapi toksemia, yang boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi, sawan dan kematian.
 Remaja lebih berkemungkinan menghadapi tempoh kelahiran yang
lebih panjang yang boleh memudaratkan ibu dan bayinya.

5.2.3 Aspek Jantina


Aspek jantina adalah berkenaan dengan ekspekstasi peranan, peranan lelaki,
peranan perempuan dan stereotaip jantina. Keharmonian akan tercapai jika nilai
kesihatan keluarga dan budaya hidup yang positif dapat diterapkan dalam diri
setiap ahli keluarga.

(a)
Nampaknya budaya tertentu yang mementingkan sikap tertentu dan
menyembunyikan sikap yang lain dalam kebanyakan masyarakat di mana
kanak-kanak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza sejak dilahirkan.
Pada umur 2 atau 2 tahun kanak-kanak mengenal pasti diri sendiri
sebagai lelaki atau perempuan dan mereka secara terbuka mencari dan
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  111

menerima maklumat tentang sifat lelaki atau perempuan. Anak perempuan


akan menjadi seperti ibunya manakala anak lelaki disuruh jangan menjadi
„pondan‰ dan anak perempuan disuruh bersopan. Anak lelaki tidak
digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi
agresif.

(b)
Peranan jantina ialah set tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat
sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kejantinaan merujuk kepada
jantina biologi sebenar, sama ada lelaki atau perempuan. Setiap budaya
menentukan peranan seks yang sesuai. Apa yang diterima oleh sesuatu
dari segi tingkah laku kelelakian dan kewanitaan tidak semestinya diterima
dalam masyarakat lain.

Dari segi sejarah dalam budaya kita, konsep kelelakian dan kewanitaan
dibeza langsung. Kaum lelaki dianggap bersifat „kelakian‰ dan wanita
dianggap „kewanitaan‰. Banyak kajian telah dibuat terhadap perbezaan
jantina, semua kajian ini menunjukkan tidak terdapat banyak perbezaan
kecuali perbezaan jantina genetik.

AKTIVITI 5.1

Dalam kumpulan bertiga. Bincang dan tuliskan setuju (S ) atau tidak


setuju (TS) selepas setiap penyataan yang diberikan seperti di bawah.
Kemudian kumpulkan data pengundian Kontinum untuk semua
kumpulan dalam kelas kuliah anda. Bentang dan bincang hasil
pengundian itu dalam kuliah.

Pengundian Kontinum/nilai:
1. Tempat setiap orang wanita ialah di rumah.
2. Anak perempuan yang pandai bersukan sepatutnya dibenarkan
dalam pasukan lelaki.
3. Kaum lelaki sepatutnya membuat keputusan kerana mereka
berfikir sebelum bertindak, manakala kaum wanita bertindak
berdasarkan emosi mereka.
4. Suami dan isteri perlu berkongsi membuat kerja rumah dan
menjaga anak.
5. Lelaki dan perempuan dicipta berlainan dan sepatutnya
bertindak dalam cara yang amat berlainan.
6. Tidak salah untuk lelaki menangis.
112  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

7. Alimoni sepatutnya dihapuskan.


8. Kaum wanita mempunyai sifat keibuan semula jadi.
9. Anak perempuan sepatutnya bebas mengajak anak lelaki keluar.
10. Kebanyakan wanita tidak mahu berdikari, tetapi mahukan lelaki
menjaga mereka.

11. Kaum mereka


kerana wanita dilindungi,
mempunyaidiberi
kelebihan dalam, masyarakat
masa kesenggangan, kita
dan bebas
daripada tekanan untuk mencapai kejayaan.

5.3 PENYAKIT BERJANGKIT


Penyakit berjangkit amat mudah merebak dalam sesuatu komuniti masyarakat
malahan ia boleh merebak dengan cepat dari satu negara ke satu negara yang
lain. Oleh itu penyakit berjangkit perlu dikawal sepenuhnya mengikut cara ia
merebak dengan langkah-langkah kawalan yang sesuai.

Selalunya penyakit merebak melalui kuman atau virus yang terdapat pada air
liur, najis, darah, air kencing, cecair badan, pernafasan atau permukaan kulit.

Makanan dan
berjangkit. air minuman
Penyakit berjangkit juga
bolehboleh menjadi
dikelaskan agen pembawa
mengikut penyakit
cara merebak atau
jangkitan dan mudah dikenali melalui tanda-tanda serta simptomnya.

5.3.1 Penyakit Kulit


Pemeriksaan kulit biasanya dilakukan untuk menentukan kesihatan kulit secara
langsung dan khusus. Ia juga berupaya mengenal pasti sebarang jangkitan penyakit
dermatitis dan infestasi parasit seperti kudis buta, puru dan sebagainya.

Masalah-masalah seperti pendedahan bahan kimia, radiasi dan beberapa masalah


fisiologi seperti salah pemakanan, psoriasis, akne dan lain-lain juga boleh dikenal
pasti.

(a)
(i) adalah suatu bintik yang berisi nanah pada kulit, terutamanya di
muka. Jerawat terbentuk apabila sejenis bahan berminyak yang
dinamakan sebum dihasilkan dengan banyak oleh kelenjar-kelenjar
dalam kulit. Rembesan sebum yang berlebihan akan menyumbat liang-
liang kulit. Bulu yang tumbuh daripada liang tersebut mati. Sebum yang
terperangkap di dalam liang kulit menyebabkan tisu-tisu di bawah kulit
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  113

menjadi merah dan radang. Liang tersebut diisi dengan nanah yang
terdiri daripada sel-sel darah putih dan bakteria.

(ii) ialah bintik-bintik yang kemerah-merahan pada kulit yang


disebabkan oleh sejenis mikroorganisma yang dinamakan .
Akne didapati pada muka, belakang leher dan bahagian-bahagian badan
yang lain. Rembesan sebum yang berlebihan menyebabkan akne.
Bakteria yang membiak dalam sebum akan merangsang salur darah
untuk mengembang dan menghantar sel-sel untuk melawan serangan
bakteria. Ini menimbulkan keradangan. Jangkitan akne menjadi lebih
serius jika tisu-tisu dalam kulit cedera akibat daripada picitan akne.

(b) Kebersihan diri, terutamanya kebersihan


kulit adalah penting. Muka dan bahagian-bahagian kulit lain yang
mempunyai jerawat atau akne haruslah dibersihkan dengan sabun dan air
serta dikeringkan dengan tuala yang bersih untuk mengeluarkan sel-sel kulit
yang mati.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kedua-duanya


memelihara kesihatan kulit. Dapatkan tidur yang cukup dan lakukan aktiviti-
aktiviti yang boleh melegakan perasaan tegang sebab perasaan tegang juga
menyebabkan pembentukan jerawat.

5.3.2 Penyakit Bawaan Air dan Makanan


(a)
Penyakit bawaan air (water borne diseases) merupakan penyakit-penyakit
yang umumnya muncul di kawasan bencana alam seperti campak, demam
berdarah, malaria, diarea, dan Infeksi Saluran Pernafasan. Antara lima
penyakit tersebut; demam berdarah, diare, dan malaria, merupakan 3 jenis
penyakit bawaan air utama yang sering menjangkiti daerah bencana alam.

(i) Air merupakan keperluan asas bagi manusia. Namun air yang
disediakan untuk keperluan seharian, tidak memenuhi syarat kualiti
saniti dan higiene ditetapkan. Tanpa kawalan kualiti, kuantiti, dan
aksesibiliti, dapat membuka peluang munculnya berbagai penyakit
bawaan air. Maka sumber-sumber air yang digunakan oleh

pengguna Contoh
diseases). telah menjadi penyebar
penyakit mikroba patogen
yang ditimbulkan (true
adalah waterkolera,
diarea, borne
typus, dan parathypus. Air juga dapat menjadi sarang penyebar
penyakit (water related vector borne diseases). Contohnya penyakit
dari serangan ini adalah demam berdarah dan malaria.
114  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(i)
Umumnya disertai dengan gejala demam tinggi, sakit perut, muntah
yang teruk, kerap buang air besar disertai, ini mengakibatkan
kelemahan tubuh kerana kekurangan cairan (dehidrasi). Hal ini
berpunca dari pengambilan makanan ataupun minuman yang
tercemari dengan bakteria atau virus. Bakteria atau virus ini
menyebabkan terjadinya iritasi. Selain daripada itu, mengambil
makanan yang mengandungi garam-garaman, seperti sup, juga akan
membantu mempercepat proses pemulihan. Setelah tidak lagi
menunjukkan gejala diarea, penderita harus segera memulihkan
kondisi kecukupan nutrisi dalam tubuhnya, dengan makan makanan
dalam jumlah yang cukup dan gizi yang memadai. Saniti perlu
ditingkatkan.

Penyakit bawaan air ini memburukkan keadaan kesihatan dan


produktiviti seorang individu dan membawa kesan buruk yang bagi
di sekitarnya dan akhirnya berpeluang merebak penyakitnya kepada
orang lain. Masalah sanitasi memang pekerjaan yang berat.

(b)
(i)
 Apakah itu penyakit bawaan makanan?
Penyakit bawaan makanan atau keracunan makanan terjangkit
kalau makan atau minum bahan tercemar.
(ii)
Ada pelbagai penyakit yang boleh timbul kerana makan makanan
tercemar.

Penyebab umumnya adalah:


 Kuman;
 Virus; dan
 Racun.

Gejalanya tak tentu. Ia bergantung dari penyebabnya iaitu cirit-birit,


muntah, mual, sakit perut dan demam. Gejala lainnya mungkin sakit
kepala, sakit kuning.

(iii) Siapa yang terkena? Sesiapapun boleh terkena penyakit bawaan


makanan, tetapi ada golongan yang lebih senang terkena :
 Anak kecil;
 Orang dewasa;
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  115

 Orang yang sistem ketahanannya rendah; dan


 Wanita hamil.

(iv) Pengubatannya? Jika gejalanya ringan maka cepat sembuh. Orang


yang cirit-birit dan muntah, selalunya mereka dinasihatkan minum
air yang banyak.

(v) Cara-cara Mencegah Penyakit Bawaan Makanan Langkah utama


untuk menghindar penyakit bawaan makanan dan keracunan
makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar oleh
kuman-kuman patogens yang boleh menyebabkan penyakit. Sebagai
panduan asas, beberapa perkara berikut boleh dilakukan untuk
mengelakkan makanan dari tercemar.


Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dan selamat. Bahan-
bahan mentah seperti telur, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran
dan susu amat mudah tercemar oleh kuman. Bahan-bahan mentah
ini perlulah dipilih dengan teliti dan elakkan daripada membeli
bahan mentah yang telah diketahui disimpan atau dikendalikan
dengan cara yang tidak bersih ataupun disimpan bercampur
dengan bahan-bahan kimia ataupun bahan-bahan bukan
makanan.

Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam berada pada
suhu sejuk. Memandangkan musim panas ais akan mudah cair
dan menjejaskan suhu penyimpanan semasa di jualan.

Bagi makanan yang akan dimakan mentah seperti timun dan


salad, ia perlulah dibasuh dengan sempurna sebelum ianya
dimakan. Elakkan menggunakan air yang sama berulang kali
untuk mencuci sayur-sayuran ini walaupun cara ini dapat
menjimatkan air.


Bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan
daging perlu disimpan pada suhu sejuk beku. Penyimpanan
dalam suhu sejuk beku yang sempurna dapat menahan
pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.
116  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Proses ini amat penting untuk mengelakkan kes keracunan
makanan daripada berlaku. Proses memasak bukan hanya
bertujuan menambahkan kelazatan dan lebih mudah dimakan
tetapi juga bertujuan membunuh bakteria. Pada umumnya, masak
pada suhu didih (100 C) pada jangkamasa 5  10 minit adalah
cukup untuk membunuh bakteria.

Penggunaan haba basah seperti kukus dan rebus adalah lebih


berkesan berbanding dengan haba kering seperti oven untuk
membunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan-bahan kimia
dan toksin adalah stabil dan tidak musnah melalui proses
memasak.


Makanan yang telah dimasak dan disimpan lama pada suhu biasa
(suhu bilik) memberikan keadaan yang amat sesuai untuk
pertumbuhan bakteria. Keadaan ini menyebabkan makanan
menjadi rosak dan basi.

Bagi mengelakkan keadaan ini, makanan perlu disimpan di


tempat yang bersih dan bertutup; tidak disimpan bersama dengan
bahan mentah untuk mengelakkan pencemaran silang dan tidak
terdedah kepada agen-agen pembawa bakteria seperti lalat dan
lipas.


Makanan yang disimpan kaedah ini adalah amat penting kerana
pemanasan semula makanan dapat membunuh bakteria yang
mungkin telah mencemari makanan yang disimpan. Walau
bagaimanapun, kaedah ini hanya akan berfaedah jika pemanasan
dilakukan hingga kepada suhu yang diperlukan dan rata kepada
semua bahagian makanan. Suhu yang disyorkan adalah sekurang-
kurangnya 70 C selama 5  10 minit. Pemanasan yang berulang-
ulang kali adalah tidak digalakkan.


Makanan yang dihidangkan secara terbuka akan mudah dicemari.
Pencemaran boleh berlaku secara terus, melalui serangga seperti
lalat dan lipas. Bagi mengelakkan hidangan dicemari ianya
perlulah ditutup dengan sempurna dengan penutup yang bersih
dan sesuai. Menggunakan surat khabar dan bahan cetak adalah
tidak dibenarkan kerana ia boleh mengakibatkan makanan
tercemar oleh dakwat yang merbahaya jika dimakan.
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  117


Air minuman perlu dimasak terlebih dahulu. Bagi kawasan yang
mengalami keputusan bekalan air paip, pastikan bekalan air
daripada tangki-tangki yang dihantar oleh pihak Jabatan Bekalan
Air ke rumah-rumah ditadah, dibiarkan seketika sehingga
ampaian atau habuk-habuk yang terdapat di dalam air termendap
ke bawah sebelum dimasak dan diminum. Dalam keadaan cuaca
yang panas ini juga, pastikan jumlah air yang diminum
mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 6  8 gelas sehari kerana
tubuh mudah mengalami dehidrasi pada musim panas ini.
Keadaan dehidrasi boleh menyebabkan penurunan tahap
ketahanan (imuniti) tubuh terhadap sesuatu penyakit. Ibu bapa
perlu memberi tumpuan kepada anak-anak kerana mereka adalah
golongan yang paling mudah diserang demam, batuk, selsema
kerana ketahanan tubuh yang rendah.


Pastikan tangan anda bersih setiap kali hendak memegang
makanan. Ada yang menganggap cara ini sukar dipraktikkan
semasa ketiadaan air. Pada musim catuan air dilakukan, sudah
pastinya air bersih sukar diperolehi. Walau bagaimanapun,
pengendali makanan tidak kira surirumah atau peniaga gerai
makanan perlu memastikan amalan kebersihan dipatuhi. Pastikan
bekalan air mencukupi sebelum menyediakan makanan
walaupun cara ini memerlukan lebih masa dan tenaga.

Adalah amat penting tidak berkuku panjang dan kotor. Elakkan


diri daripada mengendali makanan jika terdapat penyakit kulit
seperti bisul, kudis atau luka yang bernanah di tangan. Penyakit
kulit seperti ini membawa bakteria yang boleh mencemarkan
makanan.
Pengendali-pengendali makanan juga harus menjalani
pemeriksaan perubatan dan mengambil suntikan sebelum
menjalankan perniagaan.


Dapur dan peralatan memasak adalah amat penting seperti kain
pengelap, papan cincang, pisau dan sebagainya dicuci bersih
setiap kali selepas digunakan. Ia perlu disimpan di tempat yang
bersih dan tidak digunakan untuk pelbagai tujuan lain.

Kesimpulannya, Penyakit bawaan makanan adalah penyakit yang


biasa menyerang orang ramai. Walau bagaimanapun, ia dapat
dielakkan dan dikawal sekiranya semua pihak memainkan peranan
118  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

masing-masing untuk melindungi makanan yang dimakan dari pada


tercemar oleh bahan pencemaran yang boleh menyebabkan
penyakit. Amalan kebersihan perlu dipraktikkan setiap masa.

Keadaan cuaca panas dan ketiadaan bekalan air paip bukanlah suatu
alasan untuk tidak mematuhi amalan kebersihan jika sikap suka
kepada kebersihan telah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Oleh itu kita sebagai rakyat yang peka perlu sama-sama memastikan
diri dan keluarga selamat dari gejalagejala penyakit ini.

5.3.3 Penyakit Jangkitan Seks


Penyakit jangkitan seks atau penyakit kelamin merujuk kepada sebarang
penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks. Penyakit
kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria, ataupun kulat.
Penyakit kelamin adalah sekumpulan penyakit yang dijangkiti dari seorang
kepada seorang yang lain oleh bakteria, tetapi melalui manusia sendiri.

Terdapat banyak jenis penyakit jangkitan seks, tetapi yang biasa terdapat di
rantau ini ialah AIDS, Gonoria, Siplis dan Hepatitis B.

Di antara penyakit kelamin yang biasa di dapati adalah:

(i) AIDS

(ii) Chancroid

(iii) Gonorrhoea

(iv) Granuloma

(v) Hepatitis A

(vi) Hepatitis B

(vii) Herpes

(viii) Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)


(ix) Jangkitan Yis (Kulat)

(x) Ketuat kelamin (Genital Warts - Condyloma Acuminata)

(xi) Kutu ari-ari (Pubic Lice)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  119

(xii) Lymphogranuloma

(xiii) Molluscum

(xiv) Radang Pelvik

(xv) Scabies

(xvi) Syphilis
(xvii) Trichomoniasis

(xviii) Vaginitis

(xix) Bakteria Vaginosis

Walaupun pada masa sekarang, terdapat banyak rawatan yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit jangkitan seks, kebanyakan penyakit jangkitan seks
tidak dapat sembuh secara 100%. Gejala penyakit kelamin akan kembali berulang
dan pengidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan seberapa segera
dan seberapa kerap yang perlu. Sekiranya pengidap penyakit kelamin ini tidak
mendapatkan rawatan atau lewat mendapatkan rawatan kerana perasaan malu
atau jahil, ia akan membawa akibat yang sangat buruk.

Sesetengah penyakit kelamin seperti AIDs tidak boleh diubati langsung dan
hanya boleh diperlahankan tetapi dengan kos yang teramat mahal. Walaupun
menerima rawatan, pesakit AIDs terpaksa bergantung hidup dengan memakan
pelbagai jenis ubat-ubatan setiap hari, dan biasanya masih akan berakhir dengan
kematian disebabkan virus dalam tubuh mulai menjadi kebal dengan ubat yang
dimakan bertahun-tahun lamanya itu.

Penyakit kelamin lebih sering tersebar dalam kalangan remaja. Ini disebabkan
oleh beberapa faktor seperti:
(i) Kurang pengetahuan mengenai penyakit kelamin. Tidak tahu cara ianya
merebak.
(ii) Salah faham terhadap penyakit kelamin. Contoh: penyakit kelamin tidak
menular dalam kalangan orang muda. (Ini adalah salah. Kebanyakan
penyakit kelamin merebak dalam kalangan remaja dan awal dewasa.)
(iii) Tekanan pasangan untuk tidak menggunakan kondom.
(iv) Kesukaran mendapatkan bekalan kondom. Ketiadaan kondom tidak
mampu menghalang berlakunya hubungan seks, malah menambah risiko
penyebaran penyakit kelamin dan risiko kehamilan.
120  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(v) Fikiran cetek  „Ia tidak mungkin berlaku pada saya. / Saya hanya
melakukannya dengan pasangan yang rapat‰
(vi) Tidak tahu kesan buruk jangka panjang. „Saya kenal orang yang mengidap
penyakit kelamin tetapi masih dapat hidup seperti biasa....‰

Kebanyakan penyakit kelamin boleh dilindungi dengan beberapa cara;


(i) Mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum
berkahwin);
(ii) Mengamalkan hubungan yang sihat antara pasangan yang berkahwin;
(iii) Menjauhi daripada melakukan hubungan rambang; dan
(iv) Mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin
seperti menggunakan kondom dengan betul.

(a)
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau quired
mmuno eficiency yndrome.

(i)
HIV ialah singkatan perkataan uman mmunodeficiency irus.
Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang
berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan
kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV
adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya
tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya
melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV,
orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia
menghadapi AIDS.

Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri


daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh
kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

(ii)
AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang
menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan
badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya
melawan penyakit.
(iii)
HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
1. Melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat
adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  121

2. Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.


3. Melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau
penyusuan.
HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air
mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh
memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan
atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan
yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah
berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa
melakukan tugas.

(iv)
HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air
mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun
melalui udara seperti virus selsema. HIV tidak boleh hidup di luar
badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, di dalam air atau
udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui:


 Pendermaan darah;
 Berjabat tangan dan berpelukan;

 Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam;


 Berkongsi makanan dan perkakas dapur;
 Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau
berkongsi tempat tidur;
 Bersin, batuk, air peluh atau air kencing;
 Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang; dan
 Menjaga seseorang yang positif-HIV.

(v)

Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda telah dijangkiti


adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV.

(vi)
Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang
tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang
menyerupai demam selsema tiga sehingga enam minggu selepas
jangkitan. Tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain;
orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa
122  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan


orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang
berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan
virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya,
ramai yang tidak mengendahkannya dan menganggapnya sebagai
penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian
adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda
rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

(vii)
Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah
tidak masuk ke dalam badan orang lain.
 Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks
dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
 Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau
melancap di mana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam
pada tangan mereka.

Cara-cara ini dipanggil „seks selamat‰ kerana ianya meminimumkan


risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali.
Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah
seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah
jangkitan penyakit kelamin
HIV. Penyakit-penyakit yangmemudahkan
kelamin boleh meninggikan risiko jangkitan
HIV menjangkiti sel-sel
badan.

(viii)
• Melalui Hubungan Seksual
 Homoseksual (Hubungan Seksual Sejenis);
 Bisexual; dan
 Hetrosexual.
• Berkongsi jarum suntikan yang dicemari oleh virus HIV penagih
dadah berisiko tinggi untuk dijangkiti kerana sering berkongsi jarum
suntikan.
• Melalui ibu kepada bayi yang dikandung & dilahirkan Ibu yang

mengandung dan
tersebut kepada dijangkiti
anak Virus HIV akan menjangkitkan Virus
dalam kandungan.
• Maklumat untuk remaja yang ingin hidup sihat dan bahagia
Sebagaimana yang anda mungkin telah ketahui AIDS berpunca dari
serangan virus yang dipanggil HIV atau Human Immunodeficiency
virus. HIV menyerang sistem daya tahan badan seseorang sehingga ia
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  123

menjadi lemah dan punah lantas ia tidak berupaya melawan serangan


penyakit, sekalipun penyakit-penyakit yang biasanya ringan dan
boleh disembuhkan. Seseorang yang telah disahkan dijangkiti HIV
dipanggil sebagai positif-HIV. Ini tidak semestinya bermakna orang
itu menghidap AIDS.

AIDS pula adalah nama yang diberi kepada kumpulan penyakit-


penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif-HIV, akibat
sistem daya tahan yang telah lemah. Penyakit-penyakit yang paling
biasa adalah radang paru-paru, batuk kering, beberapa jenis barah,
jangkitan kulat dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.
Jangkitan-jangkitan oportunistik ini (yang mengambil kesempatan
terhadap sistem daya tahan badan yang telah lemah) mungkin
menyerang beberapa tahun selepas seseorang itu dijangkiti HIV.

AIDs/HIV merebak melalui cara-cara berikut:


 Melalui perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang
telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badab
seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk
darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke
tubuh orang yang lain.
 Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya
melalui jarum suntikan
dan organ-organ badan. yang tidak disteril, pemindahan darah
 Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa
kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.

Pada keseluruhannya, kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang


dilahirkan oleh wanita-wanita positif-HIV dilaporkan dijangkiti HIV
melalui ibu mereka. Risiko ini boleh dikurangkan dengan
pengambilan ubat anti-HIV seperti AZT.

 Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %).


 Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan).
 Jangkitan pneumonia.
 Jangkitan (pneumonia, brain, retinitis).
 Tibi ( paru-paru/ extra pulmonari).
 Jangkitan fungus seperti candidiasis (dalam mulut), cryptococcus,
(pneumonia & meningitis).
124  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

 Toxoplasmosis ( brain ).
 Jangkitan Herpes dan kayap.
 Jangkitan protozoa.
 Barah kulit atau mulut.


Jangan lakukan hubungan dengan mereka yang tidak dikenali.
 Jangan lakukan hubungan jenis dengan berbilang pasangan.
 Anda boleh gunakan kondom.
 Sampaikan maklumat kepada pasangan anda.

(b)
Bakteria yang menyebabkan gonoria bernama „Gonococcus‰. Ia masuk ke
dalam tubuh semasa berhubung jenis - dari organ lelaki atau perempuan
orang yang telah terjangkit. Bakteria itu tinggal di dalam saluran kencing
dan mula membiak dan menyebabkan penyakit di situ. Lapisan dalam
saluran kencing adalah basah dan suam - tempat yang sesuai untuk
bakteria ini membiak.

Oleh kerana kuman-kuman berkehendakkan makanan untuk hidup


mereka
melawanmakan tisu ini
penyakit dandengan
membiak dengansel-sel
kekuatan begitudarah
banyak. Badan
putih. kitadarah
Sel-sel cuba
putih mengelilingi kuman-kuman selepas mereka masuk ke dalam badan,
mengeluarkan enzime untuk memusnahkan kuman-kuman.

Walau bagaimanapun, dalam kes Gonoria sel darah putih ditawan oleh
kuman. Tisu sekeliling akan terlibat dan sel-sel tisu itu akan mati. Sel
tersebut, bersama dengan sel darah putih, kuman yang mati dan cecair
badan menjadi „nanah‰. Nanah yang keluar adalah gejala awal bagi
Gonoria.

(i)
Dalam satu minggu selepas persetubuhan sedemikian pesakit lelaki
biasanya akan kencing bernanah. Membuang air kecil terasa pedih
dan kerap kencing. Keadaan ini sangat menderitakan sehingga

terpaksa memintasebarang
tidak mempunyai nasihat doktor.Ingat , seseorang
gejala dan masih pesakit
mengidap mungkin
gonoria.

Dengan tidak sengaja ia merebakkan penyakit ini.


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  125

Begitu juga pesakit perempuan akan mempunyai masalah yang sama.


Tetapi dalam 70% wanita yang terjangkit gejala ini tidak dapat diketahui
dan dikesan.

(ii)
Jika pesakit ini tidak dirawat awal ia akan membiak kepada organ-
organ pembiakan. Organ- organ ini akan merasa sakit.
Mereka menjadi rosak dan tidak dapat menjalankan tugas biasanya.
Akhirnya pesakit menjadi mandul  tidak dapat melahirkan anak.
Kuman gonococcus juga masuk ke dalam saluran-saluran darah dan
pergi ke lain-lain bahagian badan. Kuman kemudian akan menetap di
mana-mana organ, seperti hati atau jantung, merosakkannya. Kuman
ini juga masuk ke dalam sendi-sendi dan menyebabkan kelumpuhan
dan penyakit sendi.

Gonoria juga boleh membutakan anak yang baru lahir. Seseorang ibu
mengandung mengidap gonoria boleh menjangkitkan mata anaknya
semasa proses kelahiran. Jika rawatan awal tidak diberi mata anak itu
menjadi buta.

Dengan tidak sengaja ia merebakkan penyakit ini.

(c)
Bakteria yang menyebabkan siplis diberi nama ÂspirochetesÊ. Spirochetes
dijangkitkan dari seseorang pesakit ke orang lain yang sihat melalui
persetubuhan  sama seperti gonoria. Ia juga boleh, tetapi jarang,
direbakkan melalui kulit-kulit yang luka.

Penyakit ini terbahagi kepada 3 peringkat.

(i)
Apabila kuman ini masuk ke dalam badan, mereka berlawan dengan
sel-sel darah putih.Satu biji kudis mula ternampak pada organ lelaki
atau perempuan, 10 hingga 90 hari selepas berhubung jenis. Kudis ini
disebut ÂchancreÊ biasanya mentah dan merah, ada keruping atau
tidak dan tidak sakit, (iaitu berbeza dari kudis-kudis lain yang sudah
tentu sakit).

Biasanya terdapat satu chancre. Walaupun begitu cecair di dalamnya


mengandungi beribu-ribu spirochetes. Kuman ini sangat mudah
berjangkit kepada orang lain.
126  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Peringkat pertama selesai apabila kudis tersebut sembuh dengan


sendirinya (tanpa rawatan!). Tetapi kuman itu tidak hilang. Kuman
itu tidak pergi ke mana-mana.

(ii)
Selepas 2-6 bulan penyakit ini memasuki peringkat kedua. Pesakit itu
akan mempunyai satu atau lebih gejala di bawah:

Luhur Pelipat Ruam Di badan

Pesakit ketika ini sangat merbahaya dan hendaklah berjauh dari


berhubung jenis dengan sesiapa.

Bagaimanapun gejala yang serius ini akan hilang. Tetapi kumannya


tidak hilang. Spirochetes itu masih sibuk membiak di dalam badan,
hidup di tisu yang sihat dan merosakkannya.

(iii)
Selepas 2 tahun tanpa rawatan, berjuta-juta spirochetes meneruskan
membinasakan banyak tisu dan organ termasuk jantung dan otak.
Kesudahannya menyebabkan lumpuh, buta atau gila. Di peringkat ini
pesakit itu jarang membawa jangkitan.

Kuman ini pun jarang terjangkit melalui perhubungan jenis. Walau


bagaimanapun, pada mana-mana peringkat juga spirochetes boleh
dijangkitkan dari ibu mengandung kepada janinnya. Kuman itu dapat
mencari jalannya melalui uri dan tali pusat janin. Bayi yang
dilahirkan itu akan mempunyai siplis semula jadi (congenital
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  127

syphilis). Sifat-sifatnya tidak sempurna dan akan menjadi seorang


manusia yang derita.

(iv)
Semua doktor boleh merawat kes-kes gonoria dan siplis, kerajaan
atau swasta. Doktor itu akan memeriksa pesakit itu dan jika ia pasti
penyakit itu ada rawatan akan diberi. Rawatan ini akan membunuh
kuman-kuman berkenaan. Adalah mustahak pemeriksaan kedua
dilakukan untuk menentukan ia (perempuan/lelaki) benar-benar
sembuh. Semasa rawatan pesakit itu dinasihatkan supaya jangan
bersetubuh.

(v)

Sebarang kudis atau kencing bernanah hendaklah diperiksa oleh


doktor. Kemungkinan ianya bukan penyakit kelamin tetapi juga
memerlukan rawatan perubatan.
 Jangan sekali-kali merawat penyakit kelamin sendiri. Rawatan
yang salah melindungi gejalanya. Anda mungkin berfikir ianya
sembuh tetapi tidak.
 Jangan memakan antibiotik tanpa nasihat doktor kerana ia boleh
menyebabkan kematian kepada orang yang tidak ÂbersetujuÊ
kepadanya (allergic).
(vi)
 Dengan tidak bersetubuh dengan seseorang yang telah berjangkit.
 Dengan mengurangkan kemungkinan jangkitannya.
 Dengan menggunakan sarung getah (kondom) dan jika
digunakannya betul-betul ianya cara yang paling berkesan untuk
pencegahan.
 Menghadkan pendedahan dengan menghadkan pasangan
bersetubuhan.
 Kencing segera selepas bersetubuh.
 Membasuh organ dengan sabun dan air sebelum dan selepas
bersetubuh.

(d)
Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh
sejenis kuman iaitu Virus Hepatitis B.
128  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(i)
Hepatitis B merbahaya kerana sesetengah pesakit terus membawa
virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah
pulih daripada jangkitannya. Orang-orang seperti ini dipanggil
pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap
penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakkan hati
dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang
kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita.

Pembawa Hepatitis B juga mengancam kesihatan orang lain oleh


kerana mereka boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.
Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini.

Oleh kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk menjadi pembawa Hepatitis B. Imunisasi ini adalah selamat
dan tidak memberikan kesan sampingan.

Dos pertama Pada hari kelahiran


Dos kedua Apabila umur satu bulan
Dos ketiga Apabila berumur lima bulan

Tiga dos diperlukan untuk memastikan bahawa bayi menerima


perlindungan lengkap terhadap Hepatitis B.

(e)
Herpes II ialah jangkitan virus sama seperti herpes I yang menyebabkan
kudis.
(i) Herpes II biasanya berlaku dibawah pinggang atau di bahagian
genital
(ii) Bagaimana Herpes dijangkiti tidak diketahui hingga kini.
(iii) Bilangan kes Herpes sebenar tidak diketahui kerana ia tidak perlu
dilaporkan kepada jabatan kesihatan, tetapi meningkat dengan kadar
yang pesat.

Banyak kudis berbisa wujud dalam faraj, di genital luaran, di


peha, dekat dubur, atau pada zakar. Bisul ini pecah menjadi luka
terdedah dan menyakitkan. Luka terdedah ini mudah berjangkit.
Lama-kelamaan simptom ini hilang, tetapi virus kekal dalam kulit
dalam bentuk dorman. Herpes II boleh timbul semula apabila
rintangan badan rendah akibat tekanan, diet yang tidak seimbang,
TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  129

keletihan dan sebagainya. Bagi setengah orang Herpes timbul


semula mengikut kekerapan tertentu seperti kitaran haid.

Jika kondom mencegah sentuhan daripada luka-luka herpes, ia


boleh membantu untuk mencegah jangkitan virus. Jika kes itu
aktif, persetubuhan harus dielakkan. Orang perlu berada dalam
keadaan fizikal yang sihat iaitu makan dengan cukup, banyak
berehat dan melakukan senaman.

AKTIVITI 5.2

Apakah yang anda tahu tentang HIV/AIDS?


Ujian ringkas tentang HIV/AIDS dan penyakit jangkitan seks.
1. HIV disebabkan oleh AIDS. SB
2. AIDS memusnahkan sistem imun tubuh badan. SB
3. Tiada rawatan bagi AIDS. SB
4. Orang yang punyai AIDS biasanya mati. SB
5. Penyakit jangkitan seks jangkit satu jantina saja SB
6. Seseorang boleh dijangkiti tanpa disedarinya. SB
7. Tiada cara untuk melindungi diri daripada AIDS. SB
8. Contoh jangkitan seks ialah gonoria. SB
9. Sukar untuk wanita menghadapi AIDS. SB
10. Orang sihat sukar dijangkiti HIV/AIDS. SB


Semua keluarga haruslah bersungguh-sungguh mengamalkan semua amalan
yang dinyatakan dalam kesihatan diri dan keluarga supaya negara menjadi
sebuah negara yang terdiri daripada keluarga yang sihat dan sejahtera.
• Kita mahu melihat keluarga yang sihat dalam erti kata sebenarnya, iaitu sihat
dari segi fizikal mental sosial dan kerohanian.
130  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Bakteria Malnutrisi
Dermatis Penyakit Berjangkit
Imej Fizikal Penyakit Kelamin
Imej kendiri Psoriasis
Infarksi Risiko
Kesihatan Optimum Tanggapan
Kondom Tret Imej Kendiri Prikologi

Huraikan kenyataan berikut

Huraikan kenyataan berikut „Kesihatan yang sempurna adalah kunci


kebahagian‰.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Pra-sekolah


Kebangsaan. PPK:, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Pendidikan kesihatan Keluarga. PPK.
Jamilah ibrahim & Helen Ten Hong Beng. (1991). Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Seri Kumtom Sdn. Bhd.
Radzi Shaari & Yusoff Ismail. (1990). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. JAM
Sdn. Bhd.
Thomas.T.O & Sahari Jantan. (1991). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala
Lumpur: BP Sdn. Bhd.,
http://www.herpes-coldsores.com/std/syphilis.htm
http://www.herpes-coldsores.com/std/hepatitis.htm
http://www.herpes-coldsores.com/std/gonorrhea.htm
http://www.locateatrainar.com/water.shtml/
Topi  Gaya Hidup
Sihat
6
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memilih kegiatan sukan dan rekreasi fizikal yang sesuai ke arah
gaya hidup yang sihat dan aktif sepanjang hayat;
2. Membincangkan gaya hidup individu dan masyarakat serta
implikasinya terhadap keperluan pemeliharaan kesihatan;
3. Menyatakan amalan pemakanan berpandu kepada piramid
makanan, makanan seimbang, kesan malnutrisi dan lebihan
makanan; dan
4. Menerangkan bahawa gaya hidup boleh mempengaruhi kesihatan.

 PENGENALAN
Anda mungkin berpendapat bahawa membentuk gaya hidup yang sihat adalah
sesuatu yang abstrak dan hanya sesuai diamalkan oleh orang yang telah
memperoleh pencapaian yang tinggi dalam bidang kepakaran yang tertentu
misalnya seseorang pendidik, pengarah syarikat dan sebagainya.

Sesungguhnya semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan
memegang kepada beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif,
bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta
mempunyai pegangan yang teguh.

Gaya hidup yang sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita
daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus
cuba membentuk gaya hidup yang sihat yang pratikal lagi sesuai dengan tahap
umur kita.
132  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

6.1 DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT


Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap
kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup
yang sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait
dengan nilai kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan
dengan nilai kesihatan yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan
yang lain. (Sumber: Wee Aeng Hoe, 2002).
Jika anda sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dalam hidup atau sentiasa
mengamalkan cara tertentu dalam melakukan aktiviti itu, anda dikatakan
mempunyai gaya hidup tertentu. Gaya hidup individu boleh menjadi gaya
hidup masyarakat jika semua individu dalam masyarakat itu mengamalkan gaya
hidup yang sama. Gaya hidup individu dan gaya hidup masyarakat boleh
mempengaruhi kesihatan.

6.1.1 Komponen Gaya Hidup Sihat


Gaya hidup sihat antara lain melibatkan lima komponen seperti yang
ditunjukkan dalam gambar rajah berikut:
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  133

: Gaya hidup sihat

(a)
Makanan sangat penting untuk kesihatan. Pengambilan makanan yang
seimbang dapat merangsangkan tumbesaran yang normal. Kanak-kanak
yang membesar dengan sihat akan dapat belajar dan berfikir dengan baik,
melakukan aktiviti dengan cergas tanpa sebarang masalah kesihatan.
Makanan yang seimbang adalah diperlukan untuk kita memelihara
kesihatan agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik.

(b)
Bagaimana tentang kebersihan pakaian, tubuh badan dan tempat kediaman
kamu, adakah ia sentiasa bersih? Adakah perkara-perkara ini mendapat
perhatian kamu? Sebenarnya perkara ini amat berkait dengan sikap dan
tingkah laku kamu sendiri. Kebiasaan menjaga kebersihan diri dan
persekitaran bukan sahaja amalan kesihatan yang baik tetapi juga
menggambarkan sahsiah dan imej kendiri serta gaya hidup kamu yang sihat.
134  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

Menjaga kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting,


kita seharusnya:

: Kebersihan diri
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  135

dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak pra sekolah


dan tahun satu persekolahan.

A. Menjaga kesihatan diri dengan menyatakan cara menjaga


tubuh badan, mengamalkan tabiat baik untuk kesihatan dan
menyatakan beberapa penyakit akibat daripada tidak menjaga
kebersihan diri dan persekitaran.
 Menyanyi lagu dan membuat gerakan membersih diri.
 Tunjukkan cara membasuh tangan, cara menggosok gigi,
memotong kuku dan cara menggunakan alatan yang betul.
 Tunjukkan cara menggunakan tandas dengan betul.
 Membuat carta aktiviti harian dari pagi sehingga waktu
tidur dan berbual mengenainya.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Membersihkan diri selepas membuat sesuatu tugasan.
 Mengemas dan membersihkan tempat setelah digunakan.
 Berlakon- main peranan cara mengawal tabiat baik semasa
makan, bermain dan sebelum tidur.
 Memakai kasut semasa keluar kelas/rumah.

Menjemput pengawai perubatan /pengawai kesihatan


memberi penerangan.
 Bercerita melalui pengalaman sendiri.
 Berbual tentang penyakit melalui gambar.

B. Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan dengan


menyatakan perlunya menggunakan pakaian yang bersih,
menyatakan cara membersihkan pakaian, tempat dan
peralatan yang digunakan dan menguruskan persediaan
tempat sebelum dan selepas menggunakan.
 Bersoal jawab tentang pentingnya menjaga kebersihan
pakaian.
 Aktiviti mencuci pakaian sendiri.
 Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan yang
digunakan.
136  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

(c)
Gaya hidup sihat menuntut kita tidak menyalah gunakan bahan yang
melibatkan perkara seperti:
Merokok
Mengambil dadah
Meminum alkohol
Penyalahgunaan dadah
Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan
diri dalam

(d)
Dalam kehidupan harian kita tidak dapat mengelak daripada mengalami
ketegangan:

Tidak kira apa keadaannya, kita harus berehat dengan tujuan;


 melupakan bebanan dan perasan bimbang atau cemas.
 rehat dan tidur perlu untuk tumbesaran kanak-kanak.
 merehatkan otak.
 memulihkan tenaga.
 membolehkan mereka menjalankan aktiviti seterusnya.

(e)
Di peringkat remaja dan awal dewasa ada dikalangan kita mengamalkan
gaya hidup yang kurang aktif dari segi fizikal dan penuh ketegangan.
Contohnya suka berehat dengan menonton televisyen. Gaya hidup
seumpama ini sesungguhnya tidak sihat lebih-lebih lagi bagi jangka masa
panjang. Ekoran daripada gaya hidup yang kurang aktif dari segi fizikal,
kita mungkin akan mengalami masalah kegemukan, hipertensi dan sakit
jantung. Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan pengekalan
tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebihan senaman adalah seperti
berikut:
 Mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi
dan diabetis.
 Menambah kekuatan jantung dan paru-paru.

Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis.


 Membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebihan.
 Meningkatkan kolesterol ÂbaikÊ di dalam darah.
 Membantu untuk tidur yang baik.
 Mengurangkan ketegangan dalam diri.
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  137

6.1.2 Kepentingan Gaya Hidup yang Sihat

Seseorang yang telah dapat membahagi masa dengan baik untuk berkerja,
berehat, tidur, bergaul dan sebahagiannya telah menemui jalan untuk
melakukan sesuatu yang terbaik untuk dirinya.
(Waltes H. Cottingham)

Berdasarkan petikan di atas bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa kita


harus memilih,merancang, melaksanakan program atau penjadualan aktiviti dan
menggunakan masa untuk rehat, rekreasi serta kesenggangan dengan bijak dan
berkesan.

AKTIVITI 6.1

Benarkah gaya hidup kamu boleh mempengaruhi kesihatan?


Bincangkan.

6.2 AMALAN PEMAKANAN


Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan
pencegahan jangkitan penyakit. Makanan yang dipilih dengan betul boleh
membekalkan nutrien makanan yang cukup bagi memenuhi keperluan badan.

Pemakanan ialah suatu proses membekal dan menerima makanan yang


diperlukan untuk kesihatan dan pertumbuhan. Pemakanan merupakan makanan
yang dimakan dan bagaimana tubuh badan menggunakannya. Pendek kata,
pemakanan ialah apa yang dimakan dan diminum oleh seseorang.

Amalan pemakanan kita dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya ialah


budaya, citarasa atau gaya hidup dan ekonomi. Faktor-faktor ini boleh memberi
kesan negatif kepada pengambilan nutrien.
138  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

6.2.1 Piramid Makanan

: Piramid makanan

 Makanan seimbang ialah sajian yang mengandungi semua nutrien yang


diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan
memelihara kesihatan (Rajah 6.3).
 Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan boleh
digunakan sebagai panduan bagi memilih makanan secara sihat.
 Makanan seimbang juga memerlukan kita mengimbangkan jumlah kalori
yang kita ambil melalui makanan harian kita.
 Keadaan imbangan tenaga positif akan wujud jika jumlah tenaga yang
diambil melalui makanan harian melebihi tenaga yang diperlukan oleh tubuh
badan.
 Imbangan tenaga seperti ini perlu untuk bayi, kanak-kanak dan remaja
dalam proses pembesaran.
 Ia juga boleh menimbulkan masalah penambahan berat badan dalam
kalangan orang dewasa jika diurus dengan baik.
 Sebaliknya imbangan tenaga negatif pula wujud bila jumlah tenaga diambil
adalah lebih rendah daripada keperluan tenaga tubuh badan.
 Kekurangan tenaga mengakibatkan penurunan berat badan.
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  139

dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak prasekolah


dan tahun satu persekolahan.

A. Mengamalkan makanan dan pemakanan yang baik dan sembang


dengan menyatakan makanan yang baik dan berkhasiat,
mengenal pasti makanan yang rosak dan basi, menyatakan menu
makanan seimbang.

 Bercerita mengenai makanan yang digemari.


 Melukis dan mewarnakan gambar makanan.
 Menghasilkan buku skrap tentang makanan berkhasiat dan
bercerita mengenainya.
 Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan
digemari dan berbual mengenainya.
 Bercerita tentang jenis makanan yang tidak berkhasiat.
 Menunjukkan contoh makanan yang basi dan rosak.
 Mengenal pasti tarikh luput makanan pada tin, paket, karton
dan sebagainya.
 Berbual mengenai menu untuk sarapan, makan tengah hari,
minum petang dan makan malam.
 Aktiviti memasak makanan.
 Menyediakan sajian makanan yang seimbang.

6.2.2 Kesan Malnutrisi dan Kelebihan Makanan

 adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.


 Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat
makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak
sempurna atau masalah penyerapan zat makanan.

Kekurangan satu jenis vitamin adalah sejenis malnutrisi, begitu juga dengan
kekurangan makanan atau kebuluran.
 Bagi kanak-kanak malnutrisi protein menyebabkan keadaan yang dinamakan
.
 Kanak-kanak ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, anemia,
metabolisme terjejas dan perut menjadi buncit.
140  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

Fungsi zat makanan tertentu, kesan kekurangan dan kesan pengambilan


berlebihan zat makanan tersebut.

Zat Makanan, Kesan Kekurangan, dan Kesan Pengambil Berlebihan

Pembentukan
retina, Rabun
Masalahmalam,
penglihatan Muntah,
aneroksia, sakit
untuk penglihatan terbantut. kepala, rambut
yang normal. gugur.
Menggalakkan
pertumbuhan,
pembiakan dan
keimunan.
Komponen horman Goiter (kelenjar) tiroid Hipertiroidisme,
tiroid iaitu horman di bahagian leher beguk,
pertumbuhan. membengkak. ulser mulut,
muntah.

Komponen Anemia. Lesu, sakit sendi,


hemoglobin Fungsi kitar haid

dan enzim untuk


proses kognitif terjejas. berhenti
awal. lebih
pengangkutan
oksigen.
Komponen tulang Riketsia (tulang tidak Fungsi saraf
dan gigi. terbentuk baik), terjejas, sakit
Untuk pembekuan ostoeporosis. Darah otot, penyakit
darah. Untuk fungsi lambat beku. Kejang karang
otot dan otot. (kidney stones)
saraf.
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, 2002
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  141

AKTIVITI 6.2

Dalam kumpulan bertiga, kumpulkan maklumat tentang salah satu


penyakit berikut iaitu diabetes, hipertensi, penyakit jantung koronari
dan ulser peptik. Bagi setiap penyakit dapatkan maklumat tentang
penyebab dan cara mengatasinya. Daripada maklumat yang kamu
peroleh buat satu poster untuk dipamerkan di papan kenyataan sekolah.

6.3 PENYALAHGUNAAN BAHAN


Gaya hidup sihat yang negatif sering dan selalu dikaitkan dengan
penyalahgunaan bahan misalan penyalahgunaan dadah, rokok dan alkohol.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan atau NGO bagi mengatasi
masalah penyalahgunaan bahan di Malaysia. Setiap anggota masyarakat dan
negara juga harus memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah
penyalahgunaan bahan.

6.3.1 Bahan yang Membahayakan Kesihatan


(a)
Dadah ialah sejenis bahan kimia asli atau tiruan yang boleh mengubah
keadaan badan, perasaan dan kelakuan penggunanya. Dadah digunakan
bagi merawat dan mengawal kesakitan pesakit tetapi jika bahan ini
disalahgunakan ia akan mengakibatkan ketagihan, mengganggu kesihatan
dan memberi penderitaan. Sesungguhnya, pengambilan ubat-ubatan yang
melibatkan dadah perlu dilakukan menurut nasihat doktor. Jika
pengambilan berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada diri
seseorang individu.

(i)
 Gangguan fikiran
 Ketagihan
 Hilang selera makan
 Maut
 Kerosakan akhlak
 Menunjukkan sifat-sifat yang negatif
 Tidak bermoral
142  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

(ii)
 Mata dan hidung berair
 Mata menonjol
 Kesugulan
 Resah
 Kurus

Huru-hara
 Khayal
 Mengantuk
 Cepat marah
 Fikiran terganggu

(iii)
 Penguatkuasaan undang-undang.
(Akta Dadah Berbahaya Pindaan 1986)
 Pendidikan kesihatan tentang bahaya penyalahgunaan dadah
untuk memberi kesedaran kepda masyarakat.
 Ibu bapa mengawasi pergaulan dan tingkah laku anak-anak
mereka.

Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan.
 Melalui peranan agensi pelaksana anti-dadah seperti Agensi
Dadah Kebangsaan (ADK) dan Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (PEMADAM).

(iv)

Jadual 6.2 menunjukkan tujuh sebab mengapa orang mengambil dadah di


Malaysia.

: Tujuh Sebab Orang Mengambil Dadah

Tekanan rakan sebaya 41.1


Keseronokkan 36.8
Percubaan 15.6
Mengatasi tekanan mental 4.6
Kesan rawatan awal 1.0
Tidak sengaja 0.4
Rangsangan seks 0.1
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  143

AKTIVITI 6.3

Anjurkan satu pertandingan melukis poster kempen daripada


salah satu tema iaitu antidadah, antialkohol ataupun antimerokok
dikalangan peserta daripada murid prasekolah ataupun kelas
tahun satu.

(b)
Secara amnya, ramai yang menganggap merokok adalah amalan yang
mudah. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai tidak kira umur,
pangkat dan jantina. Walau apapun alasan seseorang itu merokok, yang
jelasnya ia merupakan satu tabiat yang mendatangkan pelbagai
kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Penyakit jantung boleh
disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk pemakanan, gaya hidup
(merokok) atau sejarah keluarga. Faktor ini tergolong kepada yang boleh
diubahsuai dan tidak boleh diubahsuai. Salah satu contoh faktor yang
boleh diubahsuai adalah merokok. Seseorang perokok dikatakan adalah
tiga kali lebih mudah diserang sakit jantung. Rokok diperbuat daripada
tembakau, iaitu daripada tumbuhan, nikotianatabacum. Hasil tembakau
berbeza mengikut cara pemprosesannya. Untuk dijadikan rokok, berbagai-
bagai bahan kimia lain digunakan semasa memproses daun tembakau.
Kajian juga menunjukkan bahawa dalam sebatang rokok, terdapat tidak
kurang daripada 3800 jenis bahan racun yang disedut ke dalam tubuh
semasa seseorang itu merokok.
144  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

: Contoh bahan-bahan racun dalam rokok

(i)
 Sifat menentang
 Ingin bergaya
 Ingin tahu
 Tekanan rakan sebaya
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  145

 Berpendapat bahawa merokok memberi keyakinan


 Kepercayaan bahawa menghisap rokok menjadikan diri seorang
dewasa
 Keluarga berpecah, penghisap bertambah
 Pengaruh keluarga yang menghisap rokok
 Menghisap rokok untuk menunjukkan diri sebagai ahli kumpulan
 Pengaruh dari persekitaran

(ii)
 Penyakit jantung
 Pengecilan saluran darah
 Barah
 Penyakit pernafasan
 Penyakit sistem pencernaan
 Bronkitis
 Emfisima
 Penyakit mulut
 Kegencatan pertumbuhan anak di dalam rahim

(iii)
Empat cara yang disarankan oleh WHO dalam usaha berhenti merokok
boleh mengurangkan sedikit demi sedikit kebiasaan perilaku merokok.

(a) Kurangkan bilangan rokok yang dihisap daripada yang lazimnya.


Lagi sedikit bilangan rokok dihisap, lagi dekat mencapai matlamat
berhenti merokok.

(b) Kurangkan atau elakkan menyedut asap ke paru-paru atau


pendekkan masa asap berada dalam paru-paru.

(c) Jangan hisap rokok sampai ke hujung atau melebihi daripada


setengah, ataupun dua pertiga batang rokok tersebut. Padamkan
apinya dan buang rokok itu.

(d) Elakkan daripada meletak rokok pada mulut apabila tidak


menghisapnya. Biarkan rokok ditangan atau diletakkan di tempat-
tempat rokok.
146  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

Jika perlu, cadangan berikut juga boleh membantu ke arah mula berhenti
merokok:

(a) Tukar jenama rokok kepada yang lain, mungkin kepada jenama yang
anda tidak gemari.

(b) Mulakan merokok pada waktu lewat sedikit daripada biasa, misalnya
jangan merokok sebelum sarapan, atau sebelum sampai ke tempat
kerja, ataupun sebelum minum sewaktu rehat dan sebagainya.
(c) Berhenti merokok lebih awal daripada biasa, misalnya selepas
menonton berita televisyen, atau makan malam dan sebagainya.

(d) Berjalan- jalan atau bersiar-siar selepas makan. Tinggalkan rokok di


rumah atau di tempat lain.

(e) Elakkan daripada merokok di tempat-tempat tertentu di rumah (


seperti di bilik TV, bilik rehat, dapur ) atau tempat lain, khususnya
apabila bersama anak dan isteri.

(f) Elakkan daripada merokok semasa membuat kerja tertentu, seperti


menelefon, membaca akhbar, menonton TV ataupun memandu.

(g) Pergi ke tempat-tempat ÂDilarang MerokokÊ yang disediakan di mana


sahaja. Gunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja supaya anda
tidak dapat merokok.

(h) Jadualkan kadar merokok kepada sejam sebatang, dan kemudian


jarakkan lagi masa ini.

(i) Gosok gigi serta-merta selepas makan supaya mengelakkan tangan


mencari-cari rokok.

(j) Simpan gula-gula, kacang atau makanan ringkas yang lain dan bawa
ke mana-mana sebagai ganti.

Sungguhpun bagi seseorang yang telah bersedia berhenti merokok, kini


terdapat berbagai-bagai pendekatan khas untuk menggalakkan perokok itu
berhenti. Umumnya ia dikenali sebagai Âterapi gantian nikotinÊ.
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  147

(c)
Alkohol sebenarnya satu kumpulan bahan kimia organik yang
mengandungi kumpulan berfungsi OH. Alkohol adalah satu kumpulan
bahan kimia organik yang besar kerana ia banyak terdapat di dalam
produk pengguna tidak kira produk makanan ataupun produk kosmetik.

 Tabiat
 Rasa yang sedap
 Keinginan untuk rasa mabuk
 Tradisi keluarga atau kebudayaan
 Berlagak untuk menunjukkan ketampanan
 Terpengaruh oleh iklan atau tayangan gambar
 Meraikan peristiwa keagamaan, kebudayaan dan sosial
 Memberontak terhadap ibu bapa oleh orang muda
 Ingin membuat percubaan untuk memenuhi keinginan untuk tahu
 Sebagai saluran untuk menyelesaikan masalah, menghapus rasa bosan
 Tekanan rakan sebaya atau untuk diterima oleh orang-orang tertentu

• Kita seharusnya menyedari bahawa masalah kesihatan berpunca daripada


akibat gaya hidup seseorang.

• Dalam hal ini, kita hendaklah memainkan peranan penting dalam


mengekalkan taraf kesihatan diri sendiri dan juga orang lain.

• Kesan gaya hidup kita yang kurang baik boleh mencetuskan risiko terhadap
kesihatan.

• Kita masih boleh mengubah gaya hidup kita kepada yang lebih baik bagi
mendapatkan taraf kesihatan yang sempurna.
148  TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT

Alkohol Nutrien
Diet Terapi
Kalori Terapi gantian nikotik
Kesihatan optimum

Manusia pada zaman moden menghadapi risiko kesihatan yang lebih tinggi
berbanding dengan manusia pada zaman lampau. Bahaskan dalam bentuk
penulisan.

Berpandu kepada gambar rajah diatas, bincang dan huraikan dalam kumpulan
kecil dan bentangkan take home test.
TOPIK 6 GAYA HIDUP SIHAT  149

Hale, G. et al. (1980). „Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance,‰


Research Report No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.

ED322060. (1988). Social Studies Grade 8. Blue Prints for Testing Minimum
Performance Test Item Specifications.

Hecht, J.T. (1974). The Development and Structure of Professional Examinations


Planned for National Use.

Childs, R.A. (1989). ERIC Clearinghouse on Tests Measurement and Evaluation.


Washington DC., American Institutes for Research Washington DC.

Notar, Charles et al. (2004). The table of specifications: insuring accountability in


teacher made tests. Journal of Instructional Psychology.
T op i  Senaman dan
7 Rekreasi
7
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan faedah fisiologi yang diperolehi daripada senaman dan
kegiatan rekreasi;
2. Menghuraikan definisi kecergasan keseluruhan dan mengamalkan
aktiviti berkaitan senaman;
3. Mengenal pasti beberapa jenis rehat pasif dan rehat aktif;
4. Menerangkan bahawa rehat, istirehat dan senggang ialah faktor-faktor
penting pertumbuhan, pemulihan dan pemeliharaan tubuh badan; dan

5. Menerangkan cara-cara mengatasi stres dan pengurusan konflik.

 PENGENALAN
Senaman adalah latihan satu jenis gerak badan. Tidak ada terlalu tua atau muda
untuk bersenam. Senaman ialah untuk semua dan senaman adalah asas
kesihatan. Kebanyakan orang bersenam dan rekreasi kerana mereka ingin
menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar.
Terdapat dua jenis kegiatan rekreasi, iaitu rekreasi aktif dan pasif. Kegiatan
rekreasi aktif merangkumi kegiatan berjalan kaki, berjoging, mendaki gunung,
berkenu dan lain-lain. Kegiatan membaca dan bermain catur, bermain congkak
dan mendengar muzik pula merupakan kegiatan dalam kategori senaman pasif.
Setengah kegiatan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Walau

bagaimanapun,lebih
berkumpulan tentu lebih dan
seronok bermanfaat jika kegiatan Rekreasi
tidak membosankan. itu dilakukan secara
dan senaman
merupakan pembaharuan kesejahteraan fizikal dan mental. Ia sangat penting
dalam perkembangan manusia. Rekreasi dan senaman menyihatkan dan
menyegarkan tubuh badan.
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  151

Kajian senaman melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 yang


dilakukan hanya 11.6% daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam iaitu
bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. (www.moh.gov.my)
Manakala mengikut laporan WHO, dianggarkan lebih kurang 2 juta
manusia mati setiap tahun disebabkan gaya hidup yang tidak aktif dan
secara globalnya, ia penyebab sebanyak 10%-16% kes kanser payudara,
kanser kolon, diabetes dan 22% kepada penyakit jantung. WHO juga
melaporkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular adalah 1.5 kali
lebih tinggi dari mereka yang menjalankan aktiviti fizikal mengikut yang
dicadangkan iaitu setiap kali sebanyak 3 hingga 5 kali seminggu.
(http://www.who.int/dietphysicalactivity/en)

7.1 KEPERLUAN SENAMAN DALAM


KEHIDUPAN
Mengapa anda perlu bersenam?

Senaman adalah perlu menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang
tinggi. Antara kelebihan senaman untuk kesihatan adalah seperti berikut:
 Menguatkan kesihatan jasmani terutamanya jantung, paru-paru dan otot-
otot;
 Mengelakkan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung koronari, kencing
manis dan tekanan darah tinggi;
 Membantu anda bertenang;
 Membantu anda mengurangkan lemak untuk mengawal berat badan;
 Membuat anda sihat dan lebih cergas;
 Membantu anda tidur dengan lebih nyenyak;
 Meningkatkan kolesterol ÂbaikÊ dalam badan;
 Menguatkan tulang dan sendi; dan
 Membina kekuatan dan daya tahan otot.
152  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

 Kesihatan jasmani bukanlah sesuatu yang anda dapat capai dengan serta
merta.
 Untuk sentiasa sihat, anda hendaklah menjadikan senaman sebahagian
dari cara hidup anda.

7.1.1 Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi


Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia,
seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot.

Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi
faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya.
Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan
meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.

Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan:


 Daya tahan;
 Kelenturan;
 Koordinasi; dan
 Kekuatan.

7.1.2 Cara Bersenam


(a)
(i)
Melaksanakan kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas
rumah, mencuci pinggan mangkuk, mencuci lantai, longkang
kawasan rumah, berkebun dan berjalan-jalan di kawasan perumahan.
Gunakan peluang untuk berjalan kaki semasa melakukan kerja-kerja
rumah contohnya berjalan kaki ke kedai untuk membeli barangan
dapur.

(ii)
Menaiki tangga dan mengurangkan penggunaan lif, melakukan
senaman ringgan seperti regangan sebelum memulakan sesuatu
aktiviti atau dipertengahan mesyuarat dan menyertai aktiviti
kecergasan di tempat kerja anda. Banyakkan berjalan semasa berkerja
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  153

dan berurusan di tempat kerja daripada duduk sahaja di atas


kerusi.Senaman yang tidak tetap tidak akan memberikan sebarang
kesan yang positif, tetapi senaman dan rekreasi yang tetap sekurang
3-4 hari seminggu dibahagikan sama rata akan membina kesihatan
jasmani yang mantap.

(b)
Untuk mendapat faedah dari senaman yang dilakukan anda perlu
bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selama 20 minit
hingga 30 minit setiap sesi. Penemuan terbaru menyatakan anda juga boleh
menikmati faeadah-faedah kesihatan sekiranya anda melakukan aktiviti-
aktiviti fizikal yang sederhana seperti melakukan kerjakerja rumah atau
berjalan kaki selama 10 minit melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah
memenuhi kehendak senaman.

(c)
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti
fizikal/senaman anda, terutamanya jika anda:

 Lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas.


 Memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas.

Tidak jelas dengan status kesihatan anda.


 Memiliki sejarah perubatan seperti sakit jantung, asma, dara tinggi dan
lain-lain.
 Sedang dalam rawatan.
 Tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak
melakukannya secara teratur.

Anda tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih
senaman mengikut kemampuan anda. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik
dan selamat jika dilakukan dengan betul. Untuk panduan senaman yang ringkas
dan lebih berkesan bolehlah anda melakukan mengikut prinsip FITT:
  Frequency (kekerapan) 3-5 kali seminggu.

 
Intensity (tekanan bebanan) sehingga anda berpeluh dan dapat menarik

nafas panjang dengan selesa.


  Time (masa) sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasukb

memanas dan menyjukkan badan).


154  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

  Type (jenis)  aerobik, bersukan contoh: bola sepak, bola jaring,


badminton.

(d)

5 minit memanaskan badan


 Ini menyediakan badan anda untuk senaman selanjutnya yang lebih
berat.

15-60 minit senaman aerobik


 Anda harus bersenam dengan bersungguh-sungguh sehingga anda
berpeluh, tanpa susah bernafas.

5 minit menyejukkan badan


 Ini dapat mencegah pening kepala atau pitam yang berlaku jika anda
berhenti bersenam dengan tiba-tiba.

Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan


penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan
memudahkan rakyat untuk:

Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
 Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
 Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status
kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

(e)
Pusat sukan dan rekreasi telah menyediakan pelbagai perkhimatan sukan
dan rekreasi berserta kemudahan yang lengkap dan terkini. Aktiviti
rekreasi adalah berikut:
(i) Sukan Air
(ii) Aktiviti Lasak
(iii) „Wall Climbing‰/memanjat tembok
(iv) Sukan Massa
(v) Aerobik
(vi) Lari Ria
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  155

Pusat sukan dan rekreasi juga memberi sokongan kepada aktiviti sukan dan
rekreasi anjuran daripada IPTA/IPTA tempatan. Selain daripada tumpuan
kepada para pelajar, pusat sukan dan rekreasi juga tidak melupakan aktiviti
untuk para kakitangan univesiti.

Antara kejohanan yang dianjurkan dan sertai kursus untuk para kakitangan
ialah:
 Sukan Antara Jabatan
 Sukan Staf Antara Universiti Malaysia
 Sintani (Sintok-Pattani)
 Sindai (Sintok-Skudai)
 Bola Sepak 4 penjuru
 Karnival Sukan Badan Berkanun Malaysia
 Liga Pos Sempadan
 MAKSAK
 Lain-lain Sukan Jemputan

AKTIVITI 7.1
Sediakan jadual aktiviti senaman/ rekreasi harian anda selama
seminggu. Buat penilaian terhadap jadual tersebut.
156  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak prasekolah


dan tahun satu persekolahan.

A. Mengembangkan motor halus, contohnya menguasai kemahiran


koordinasi mata tangan dan menguasai kemahiran motor kasar contohnya
koordinasi otot leher, kepala dan lain-lain, agar kemahiran tersebut dapat
membantu kanak-kanak dalam aktiviti senaman, rekreasi dan mengisi
masa senggang mereka.
 Bermain menggunakan pelbagai bahan untuk membuat kolaj
 Meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguji dan memicit
 Menyanyi dan membuat lakonan menggunakan jari
 Membuka dan menutup botol pelabgai saiz
 Mengikat tali
- kasut
- bungkusan
 Bermain mengguna cara jentik seperti karom
 Meniru pergerakan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah
mengikut rentak muzik dengan menanduk objek lembut.
 Menggunakan gunting dengan betul
 Membilang lampu di siling, melihat kapal terbang lalu
 Menguntai manik mengikut saiz besar kecil ke besar atau dari besar ke
kecil
 Menuang air ke dalam bekas pelbagai bentuk
 Mengena butang, zip
 Melukis garis lurus dan zig zag
 Bergerak mengikut arahan dan rentak muzik
 Permainan angkat sebelah kaki
 Ketingting dengan iringan muzik
 Murid berjalan secara berjengket
 Gerakan melompat seperti binatang ( arnab, katak, kanggaru)
 Loncatan dari gelung ke gelung
 Berlari dari jarak yang ditetapkan secara kumpulan dan individu
 Menaiki dan menuruni tangga tanpa memegang railing
 Meniti secara individu dan kumpulan
 Membuat pergerakan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah
mengikut rentak muzik
 Menanduk objek lembut mengikut rentak muzik

Bermain guli
 Membaling bola dalam bakul
 Membaling gelung ke dalam skital
 Permainan bola monyet
 Bermain bola
 Bermain bola keranjang
 Bermain skiping berganti-ganti secara individu pasangan dan
kumpulan
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  157

B. Komponen perkembangan fizikal perlu disepadukan dengan komponen lain


iaitu komponen perkembangan sosioemosi melalui aktiviti pembelajaran yang
menarik untuk membolehkan murid-murid mengfokuskan kepada penguasaan
kemahiran emosi yang matang contohnya dapat memahami emosi dan
menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif dan
membina kemahiran sosial. Kebolehan mengurus emosi diri sendiri
membolehkan murid-murid.

Memahami keperluan emosi


 Menghormati pandangan orang lain
 Membina keyakinan diri
 Memupuk semangat berdikari
 Memupuk sikap positif terhadap pembelajaran atau kehidupan seharian
yang penuh dengan pelbagai cabaran.

yang dibincangkan di atas dapat mengembang kepada kestabilan dalam


menyelesaikan masalah konflik dan stress dalam kalangan kanak-kanak sekolah.
 Bercerita tentang watak-watak yang mengalami emosi tertentu melalui:
- situasi benar dalam kehidupan sehari
- cerita kanak-kanak
 memperlihatkan mimik muka mengikut emosi seperti marah, gembira, sedih,
terkejut, takut, kasih, jijik dan malu.

Melukis dan mewarna mimik-mimik muka berdasarkan emosi-emosi tertentu.
 Membina pelbagai mimik muka yang beremosi menggunakan pelbagai media.
 Menyatakan situasi yang dialami oleh murid serta menyatakan perasaan
mereka seperti semasa:
- membantu ibu di dapur
- mengemaskan bilik tidur
- berkongsi alat minuman
 Berbual mengenai perasaan atau emosi yang dialami sama ada negatif atau
positif.
 Membezakan gambar-gambar berkaitan dengan emosi.
 Bercerita mengenai keburukan akibat terlalu mengikut perasaan.
 Bercerita tentang cara mengurus emosi yang negatif supaya suasana kehidupan
menjadi lebih baik.
 Main peranan cara seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan.
 Bercerita tentang peristiwa yang pernah dialami yang menunjukan sesuatu
kelemahan dan kesilapan diri sendiri.
 Bercerita tentang peristiwa yang menunjukkan kelebihan atau keistimewaan
sendiri
 Menggunakan carta emosi untuk menyatakan perasaan sendiri pada orang lain
mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
158  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

7.2 REHAT, ISTIREHAT DAN SENGGANG


Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan
sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.

Kita sering menganggap bahawa rehat yang cukup perlu untuk pembelajaran
yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definisi tentang berapa jumlah
masa untuk rehat yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara
tentang rehat maka kita harus faham bahawa rehat memerlukan kualiti.
Maksudnya kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu rehat pada
petang selama 3 jam dan waktu malam 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak
begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu rehat dengan berkesan.

7.2.1 Definasi dan Konsep


ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu
aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh
digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan
dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh
melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan
dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh
mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan
tidak aktif (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Mendengar
muzik, melukis atau tidur sejenak bolehlah dianggap sebagai beristirehat. Masa
beristirehat kita berasa amat tenang dan semasa istirehat juga, kita dapat
melegakan ketegangan dan stress. Setiap hari badan dan otak kita memerlukan
istirehat.

ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang


digemari. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya
waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan
otak. Akan tetapi, sesetengah orang lebih gemar mengisi waktu senggangnya
dengan aktiviti yang proaktif seperti melukis, mengubah lagu, menanam dan
menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu senggang ini boleh juga
digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang telah penat
berkerja. Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu mempunyai
waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  159

7.2.2 Jenis-jenis
Rehat boleh dibahagi kepada 2 jenis, dan :

(a) bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu


tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan
mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh
melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag
selesa.

(b) ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk
meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan
seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau
melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.

7.2.3 Aktiviti
(a)
(i)
Meditasi merupakan bentuk latihan mental yang paling popular.
Bertafakur atau meditasi bermakna memikirkan sesuatu dengan
mendalam. Semasa melakukan meditasi, kita duduk dengan cara
pasif dan menumpukan sepenuh perhatian pasa rangsangan yang
berbentuk objek di hadapan.

(ii)
Penggunaan pembayangan gambaran sebagai suatu kaedah istirehat
induksi telah digunakan dengan meluas. Pemandangan alam yang
indah merupakan tema yang lazim dalam pembayangan gambaran.
Berangan-angan sesungguhnya diiktiraf sebagai suatu cara untuk kita
berehat sambil ÂlariÊ daripada kenyataan hidup harian. Pembayangan
gambaran yang dilakukan mengikut panduan dinamakan
pembayangan positif. Melalui teknik ini, kita perlu membayangkan
suatu kenangan yang manis atau suasana yang tenang. Kita juga
boleh membayangkan suatu pemandangan indah yang pernah kita
lihat. Ini boleh dianggap sebagai angan-angan yang positif.

(iii)
Untuk memulakan istirehat fizikal, kita perlu memilih suatu tempat
yang tenang. Kemudian longgarkan pakaian kita. Pejamkan mata dan
biarkan badan kita berada dalam kedudukan yang selesa dan
keadaan rehat yang sepenuhnya. Tarik nafas dalam-dalam dan secara
seragam. Hembus nafas. Lakukan secara berterusan.
160  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

Kita boleh meredakan ketegangan pada keseluruhan otot badan, sama


ada secara menurun bermula daripada bahagian kepala atau secara
menaik bermula daripada bahagian kaki. Misalnya, kita boleh
bermula daripada kepala dan menurun ke mata, rahang, leher,
tengkuk, bahu, lengan, dada, abdomen, pinggang, paha dan bahagian
belakang.

Ketegangan pada bahagian badan tertentu boleh diredakan jika kita


mengendurkan otot setelah menerangkannya. Misalnya, untuk
meredakan ketegangan pada tangan kanan, gengamkan tangan kita
perlahan-lahan sehingga otot tangan dan lengan terasa getaran
selama lima hingga tujuh saat. Kita akan terasa getaran itu hingga ke
bahu. Getaran itu dirasai kerana berlakunya regangan otot setelah
membuka genggaman, tumpuan fikiran kita untuk merehatkan otot.
Keadaan ini dinamakan istirehat. Ulangi langkah ini untuk bahagian-
bahagian badan yang lain dengan mengerutkan muka,
membengkokkan lengan dan kaki pada sendi-sendi atau
mengengsotkan di atas lantai tempat kita duduk atau baring. Setelah
melakukan aktiviti ini secara sistematik pada seluruh badan, kita akan
merasa lega dan segar.

(b)

(i)
Antara beberapa latihan regangan yang sesuai untuk rehat aktif
ditunjukkan di bawah:

Latihan regangan
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  161

(ii)
 Memancing ikan aktiviti yang boleh menenangkan pemikiran

seseorang dan membentuk sikap tidak terburu- buru.


 Bermain bola sepak sukan yang boleh mengeratkan hubungan

pemain.
 Berenang sukan yang boleh melegakan badan seseorang.

 Mendengar muzik yang merdu boleh menenangkan pemikiran


seseorang.
 Bermain alat muzik ini dapat menyenangkan seseorang.

 Menyanyi ini dapat meyebabkan seseorang meluahkan


perasaannya.
 Bermain catur ini dapat melatih kecergasan pemikiran

seseorang.
 Menonton televisyen ini dapat menyeronokkan seseorang.

 Membaca buku ini dapat menenangkan pemikiran dan


menambah pengetahuan seseorang.


 Membaca suratkhabar boleh mengetahui gejala sosial di dalam

dan luar negara.


 Membuat kek dapat mengetahui cara membuat kek dan berasa

puas hati jika berjaya membuatnya.



Menanam bunga dapat meluangkan masa lapang dan

membentuk nilai menghargai alam sekitar.


 Bersiar-siar dapat melegakan hati seseorang.

 Berlari menjaga kesihatan seseorang.


 Membuat yoga sukan yang membentuk dan struktur badan


yang baik.
 Menari meneroka keaktifan seseorang.

 Melukis meneroka keaktifan seseorang.


 Berlumba basikal melegakan perasaan seseorang dan


membentuk keseronokkan.
 Berbual-bual melegakan perasaan seseorang.

 Bersenam menyegarkan pemikiran dan menjaga kesihatan


seseorang.
162  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

(iii)

Perbezaan Rekreasi dan Kesenggangan

Aktiviti terancang Aktiviti tidak terancang


Sentiasa dijalankan dalam kumpulan Boleh dijalankan dalam kumpulan atau
individu
Memerlukan tenaga yang banyak Memerlukan tenaga yang sederhana
Memerlukan latihan yang sistematik Tidak memerlukan latihan yang sistematik
Aktiviti dijalankan ditempat/persekitaran Aktiviti tidak semestinya dijalankan di
yang tertentu tempat/persekitaran yang tertentu
Aktiviti agak tercabar Kurang tercabar
Contoh: abseiling, perkhemahan Contoh: bersiar-siar, menyiram pokok

AKTIVITI 7.2

Dapatkan bahan di akhbar atau majalah yang berkaitan dengan


rehat, rekreasi dan kesenggangan. Jelaskan maklumat yang anda
peroleh di dalam tutorial.

7.3 KONFLIK DAN STRESS

Konflik dan stress adalah dua faktor yang bertindak balas dan kerap
mengganggu perjalanan hidup remaja. Bentuk konflik dan stress adalah berbeza-
beza antara seseorang remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman contohnya emosi, sosial
ekonomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain.

7.3.1 Penghargaan Diri


Konsep kendiri juga merangkumi unsur penghargaan diri. Penghargaan diri
merupakan penilaian yang positif terhadap keupayaan dan potensi fizikal serta
psikologi diri berdasarkan imej kendiri sebenar. Penghargaan diri bermula
dengan keyakinan diri. Seseorang yang mempunyai keyakinan diri akan
berbangga dengan keupayaan dan potensi fizikal serta psikologinya. Contohnya
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  163

kita akan berbangga kerana berkebolehan dalam sesuatu kita lakukan serta sifat
kita yang mempunyai daya kreatif, berketerampilan dan berinisiatif. Dengan itu,
kita lebih sanggup menghadapi cabaran tanpa sebarang masalah, konflik atau
stress. Bukan semua orang mempunyai sifat-sifat ini, kerana setiap orang
dikalangan kita tidak dapat menjauhkan diri dari masalah konflik dan stress
dalam menjalani kehidupan harian.

7.3.2 Jenis, Kesan dan Cara Mengatasi


adalah sebahagian daripada kehidupan. Ianya bukanlah penyakit. Stress
adalah apa saja yang menimbulkan perasaan tegang, takut, marah, atau kecewa.
Akan tetapi, jika stress yang berlebihan dan berpanjangan boleh menjejaskan
kesihatan fizikal dan mental.

: Faktor luaran penyebab stress


164  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

(i)
Persekitaran tempat pembelajaran di sekolah memberi impak yang besar
kepada seseorang pelajar. Keadaan sekolah yang bersih, hubungan baik
antara guru dan pelajar dan kemesraan hubungan sesama rakan akan
membantu mengurangkan stress. Waktu berkerja yang panjang mungkin
juga boleh menyebabkan seseorang itu merasa tertekan, penat dan
menghadapi stress.

(ii)
Kebahagiaan keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan stress
dalam kalangan remaja. Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada
anak-anak dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak kepada
keluarga bahagia. Kegagalan institusi keluarga memikul tanggungjawab
yang diberi menjadi punca stress yang menyebabkan remaja bermasalah.

(iii)
Situasi masyarakat/komuniti masa kini banyak mempengaruhi remaja.
Masalah tiada hubungan baik sesama jiran tetangga boleh menyebabkan
stress. Dalam kehidupan masyarakat kerukunan sesama jiran haruslah
dijaga agar kehidupan lebih harmoni dan selesa.

(iv)
Persekitaran yang tidak selesa contohnya pencemaran bunyi daripada
kenderaan dan kegiatan manusia turut mempengaruhi emosi kita. Keadaan
suhu yang tidak menentu contohnya terlalu panas atau sejuk akan
menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin sekaligus menyebabkan stress.

(v)
Masalah sosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan seperti
penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan stress dalam kalangan ahli
masyarakat di sekelilingnya. Banyak kes jenayah yang melibatkan remaja
telah menyebabkan timbul rasa takut dikalangan masyarakat setempat.
Rasa takut ini akan menyebabkan stress.
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  165

: Faktor dalaman penyebab stress

AKTIVITI 7.3

Berdasarkan Rajah 7.3 diatas, dengan menggunakan internet,


layari aman web yang berkaitan dengan topik tersebut. Dapatkan
maklumat tentang penyebab stress dan dalam kumpulan bertiga
hurai serta jelaskan faktor-faktor yang dimaksudkan dan yang
menjadi penyebab/punca stress.

(a)
 Menghindari rokok
 Lakukan senaman dan dapatkan tidur yang mencukupi
 Gunakan masa dengan efektif, keutamaan kerja/tugas
 Mengambil cuti/rehat sementara
 Memberikan teguran yang positif
166  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

 Berkongsi/meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga yang


boleh dipercayai
 Berpegang teguh kepada ajaran agama
 Rancang masa anda
 Tetapkan matlamat yang realistik untuk dicapai
 Imbangkan antara kerja dan rekreasi
 Dapatkan bantuan kaunseling/nasihat
 Anda boleh juga mengamalkan teknik rekreasi seperti:
 Teknik pernafasan
 Aromaterapi

: Konflik

Konflik timbul apabila seseorang itu terpaksa berhadapan dengan masalah sukar
hendak membuat pilihan diantara dua perkara yang bertentangan atau
bercanggah matlamatnya. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada
konflik.
 Penceraian ibu bapa menyebabkan anak sukar membuat pilihan sama ada

ingin tinggal dengan ibu ataupun bapa.


 Perbezaan pendapat atau pandangan menyebabkan seseorang itu sukar

untuk memilih pendapat atau pandangan yang baik untuk membuat


keputusan dan menyelesai masalah.
 Perbezaan nilai dan budaya menyebabkan seseorang itu sukar memilih

nilai yang baik untuk diamalkan.


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  167

7.3.3 Pengurusan Konflik dan Peningkatan


Penghargaan Diri
Konflik perlu diuruskan dengan berkesan bagi mengelakkan diri daripada
terdedah kepada kesan yang negatif. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan
untuk mengurus konflik.

Langkah-langkah mengelakkan konflik


168  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

(a)
Sesungguhnya konsep kendiri dapat diperkembangkan melalui
kegiatan fizikal, seperti senaman dan rekreasi yang teratur, amalan
kesihatan dalam pemakanan yang seimbang dan dalam kuantiti yang
betul, pergaulan sosial, pemikiran serta penaklukan.

Peningkatan penghargaan kendiri


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  169

• Pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang kualiti. Kualiti
masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa.

• Justeru itu senaman dan rekreasi akan menjadi lebih berkesan dan penuh

bermakna. Rehat, rekreasi dan kesenggangan adalah saling berkaitan.


• Rehat, rekreasi dan kesenggangan juga penting kepada pertumbuhan,
pemulihan dan pemeliharaan fungsi sistem badan.

• Ketiga-tiga aktiviti tersebut menolong memulihkan kelesuan, meningkatkan


kewaspadaan dan meningkatkan kecekapan system tubuh badan.

• Kita perlu membuat perancangan dan penggunaan masa untuk berehat,


rekreasi dan kesenggangan dengan bijak dan berkesan.

• Penjadualan aktiviti mesti mengambil kira faktor-faktor seperti kemampuan


diri, minat, kemudahan, alatan, masa, jenis, aktiviti dan makanan.

• Oleh sebab konflik dan stress boleh mendatangkan kesan yang negatif

kepada diri seseorang, adalah lebih baik jika dicegah daripada awal.
• Sebagai persediaan kita perlu memastikan mental dan fizikal sentiasa
bersedia dengan kemungkinan yang berlaku.

• Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran


positif.

Imej kendiri Penghargaan diri


Keselesaan Pusat kecergasan
Konflik Rekreasi
Latihan aerobik Sejahtera
Nilai Senggang
170  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

Nyatakan jenis rehat, rekreasi dan kesenggangan yang anda gemari.


Bagaimanakah aktiviti itu dapat menolong memulihkan kelesuan yang anda
alami, meningkatkan kewaspadaan dan meningkat kecekapan sistem tubuh
badan anda?

Anda bersama rakan-rakan anda yang lain ingin menjadi ahli sebuah pusat
kecergasan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Sediakan satu senarai
semak yang akan menolong anda dan rakan-rakan memilih pusat kecergasan
yang sesuai. Ini merupakan „open book test‰.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. PPK: Kuala Lumpur .
Jamilah & Helen T. (1991). Pendidikan jasmami dan kesihatan. Jilid 1. Petaling
Jaya: Seri Kuntum Sdn. Bhd.
Marjorie, J.K., Anne K.S. & Alice P.W. (2004). Developmentally appropriate
curriculum. Pearson. Columbus: Ohio.
Idris M., Shahrudin A.A. & Zamry A. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan
kesihatan. Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsudin, M.S., & Shahrizad, Y. (2002). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan. Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.infisihat.gov.my/lamanutama.asp
http://www.moh.gov.bn/senaman/cara.htmlhttp://
www.moh.gov.bn/promo/kesihatan_mental/kesihatan_mental2.htm
file://Documents/Aktiviti.htm.
Topik
i  Kesihatan
Persekitaran
8
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan definisi kesihatan persekitaran dan pencemaran;
2. Menghuraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar;
3. Menghuraikan agen-agen dan kesan pencemaran alam sekitar; dan
4. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan
pencemaran alam sekitar.

 PENGENALAN
Kesihatan, ikhtiar dan kesempurnaan hidup manusia bergantung sepenuhnya
kepada persekitaran dan intergriti bumi yang didiami. Penghakisan lapisan
ozon, perubahan cuaca, kehilangan biodiversiti, perubahan sistem hidrologikal
dan bekalan air bersih, penerokaan hutan serta kawasan tadahan hujan yang
tidak terkawal membawa kepada pencemaran kesihatan persekitaran. Kesihatan
persekitaran meliputi semua aspek kesihatan manusia, termasuklah kualiti
hidup yang mana ditentukan oleh faktor-faktor kimia, biologi, sosial dan
psikososial dalam persekitaran (WHO, 1993). Ianya juga merujuk kepada faktor-
faktor teori dan amalan penilaian, pembetulan, pengawalan dan pencegahan di
dalam persekitaran yang berpotensi untuk mendatangkan kesan buruk terhadap
kesihatan generasi manusia masa kini dan akan datang. Kesihatan persekitaran
adalah salah satu cabang kesihatan umum yang mengambil kira penilaian dan
pengawalan impak manusia terhadap persekitaran mereka (Moeller, 1992).
172  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

8.1 KESIHATAN PERSEKITARAN DAN


PERUBAHAN CUACA
Pemanasan global cuaca yang dirasai seluruh dunia masa kini adalah disebabkan
oleh aktiviti-aktiviti manusia yang melepaskan gas rumah hijau ke dalam
atmosphera. Akibat daripada perubahan cuaca ini akan memberi kesan yang
buruk kepada manusia dan kesihatan persekitaran seperti:

(a) Memburukkan lagi kekerapan dan intensiti bencana alam seperti banjir,
tanah runtuh, ribut dan taufan.
(b) Menyebabkan peningkatan aras laut di antara 9 hingga 80 cm, akibat
daripada pencairan bungkah ais dan glasiar.
(c) Meningkatkan jumlah pelarian persekitaran akibat daripada bencana alam.
(d) Meningkatkan lagi risiko wabak penyakit.

Perubahan cuaca juga akan menyebabkan dunia menjadi kering dan kontang.
Antara kesan-kesan yang bakal wujud akibat daripada pengontangan ini adalah:
(a) Pengurangan daya tahan semula jadi untuk mengatasi perubahan cuaca.
(b) Pengurangan produktiviti tanah.
(c) Merosakkan pelindung sayur-sayuran.
(d) Meningkatkan banjir lumpur, mengurangkan kualiti air, mencetekkan
sungai, tasik dan saliran.
(e) Menyebarkan wabak penyakit, seperti penyakit yang berkaitan dengan
pernafasan, alahan, stress dan penyakit bawaan vektor.
(f) Mengurangkan produktiviti pertanian terutamanya bahan makanan.
(g) Menambahkan jumlah penghijrahan manusia

8.2 APAKAH DIA PENCEMARAN?


Keselamatan kesihatan persekitaran bergantung kepada sejauh mana kita boleh
dan dapat mengawal kadar pencemaran alam sekitar kita. Untuk itu kita perlu
terlebih dahulu mengenal pasti apakah dia pencemaran. Kita juga perlu
mengetahui apakah dia jenis-jenis pencemaran.

Pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran daripada hasil atau


aktiviti manusia seperti industri dan proses pertanian. Terdapat beberapa jenis
pencemaran. Antaranya adalah:
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  173

(a) Pencemaran udara;


(b) Pencemaran air;
(c) Pencemaran kimia;
(d) Pencemaran radiasi;
(e) Pencemaran bunyi;

8.2.1 Pencemaran Udara


Udara sekeliling kita membekalkan oksigen yang menjadi keperluan kepada
tubuh untuk kita bernafas dan hidup. Aktiviti-aktiviti manusia yang tidak
terkawal dan terancang boleh mencemarkan udara dan mendatangkan
kemudaratan kepada kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan
organisma-organisma. Kepulan asap tebal daripada kenderaan bermotor,
industri perkilangan, insinirator, dan penggunaan racun kimia dalam bidang
pertanian melepaskan unsur-unsur serta partikel toksik ke udara. Pelepasan
ahan, unsur serta partikel ini ke udara mengancam persekitaran dan kehidupan
manusia.

Terdapat dua bentuk pencemaran udara yang utama iaitu:


• Pencemaran udara dalaman; dan
• Pencemaran udara luaran.

Pencemaran udara sama ada pencemaran udara dalaman ataupun pencemaran


udara luaran adalah merupakan ancaman terhadap kesihatan respiratori dan
kadiovaskular manusia.

(a)
Terdapat pelbagai sumber yang menyumbang ke arah pencemaran udara
dalaman. Asap rokok, wap daripada bahan binaan seperti cat dan pengilat
perabot adalah di antara sumber-sumber yang boleh menyebabkan
pencemaran udara dalaman. Pencemaran udara dalaman juga boleh berlaku
apabila fosil daripada bahan api yang digunakan untuk aktiviti memasak
tidak dapat disalurkan keluar daripada ruang dapur dengan sempurna. Asap
daripada dapur memasak menghasilkan sebatian karbon monoksida dan
karsinogen ke udara yang mengancam kesihatan manusia (Schirnding, 2000).
Pencemaran udara dalaman juga disebabkan oleh perlepasan partikel-partikel
biological seperti debunga, hama, serangga dan mikroorganisma-
mikroorganisma serta partikelpartikel bukan biological seperti karbon
monoksida, plumbum, asbestos dan bahan kimia sintetik yang lain. Habuk
atau debu daripada partikel-partikel ini mengandungi agen-agen keradangan
174  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

dan jangkitan yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit pernafasan dan


jantung. Individu atau mereka yang banyak menghabiskan masa di dalam
bangunan atau rumah (dalaman) merupakan golongan yang paling
berpotensi tinggi untuk menjadi mangsa pencemaran dalaman ini.

(b)
Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan pesat sektor industri,
ekonomi dan kenderaan bermotor, masyarakat bandar terutamanya
semakin terdedah kepada bahaya pencemaran udara seperti sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida, plumbum, partikel, ozon
dan hidrokarbon. Pembakaran terbuka sisa buangan perbandaran seperti
plastik dan polyvinyl chloride (PVC) memburukkan lagi situasi
pencemaran udara luaran. Penggunaan kaedah pembakaran terbuka hutan-
hutan bagi kegiatan ekonomi dan pertanian secara besar-besaran
menyebabkan wujudnya jerebu yang mengancam tahap kesihatan
pernafasan manusia terutama sekali kepada golongan kanak-kanak dan
orangorang tua. Penerokaan hutan dan tanah secara berleluasa dan tidak
terkawal juga boleh menyebabkan kewujudan ribut debu (Negara-negara
Asia Tengah) yang juga mengancam kesihatan pernafasan.

Antara jenis-jenis pencemaran udara yang paling utama dan paling


membahayakan kesihatan manusia adalah:

Sulfur Dioksida.
• Karbon Monoksida.
• Nitrogen Dioksida.
• Partikel.
• Plumbum.
• Hidrokarbon.
• Jerebu (Photochemical Smog).
• Ozon.
• Hujan Asid.

(i)
Sulfur dioksida terhasil daripada pembakaran arang batu yang menjanakan

elektrik
terhasil dan jentera-jentera
daripada serta peralatan
pembakaran ini jikaperkilangan. Sulfurmanusia
terhidu oleh dioksida akan
yang
menyebabkan gangguan saluran pernafasan, penyakit paru-paru dan jantung
dan meningkatkan gejala penyakit respiratori seperti asma, emphysema,
selsema dan bonchitis. Sulfur dioksida juga boleh merosakkan pigmen
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  175

tumbuh-tumbuhan, mengaratkan logam, menjejaskan jarak penglihatan serta


menyumbang kepada kewujudan hujan asid.
(ii)
Karbon monoksida menjejaskan keupayaan darah unutuk membawa dan
menyerap oksigen. Ianya terhasil daripada pembakaran jentera kenderaan
bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan bas. Penghiduan karbon
monoksida akan menyebabkan manusia hilang daya refleks, mengantuk,
pengsan dan boleh membawa maut. Ianya juga boleh mengancam
pertumbuhan dan perkembangan janin ibu mengandung. Pendedahan
terhadap karbon monoksida dalam jangka masa yang panjang juga
mengundang kepada penyakit sistem pernafasan dan pengaliran darah.

(iii)
Asap jentera kilang yang dijanakan oleh pembakaran arang batu dan
kenderaan bermotor juga melepaskan nitrogen dioksida ke udara. Nitrogen
dioksida jika disedut atau dihidu dalam jumlah kepekatan yang tinggi
boleh membawa maut. Pada kepekatan yang kurang, ianya boleh
meningkatkan potensi untuk menghidap selsema, bronchitis dan
pneumonia. Nitrogen dioksida juga adalah penyumbang kepada wujudnya
hujan asid.

(iv)
Partikel merupakan zarah-zarah kecil yang dilepaskan ke udara. Zarah-
zarah kecil ini mengandungi bahan-bahan logam dan agen-agen
karsinogen. Pembakaran oleh jentera-jentera perkilangan serta asap rokok
adalah contoh agen yang melepaskan partikel ke udara. Partikel-partikel ini
jika terhidu atau dihidu oleh manusia akan mendatangkan kemudaratan
kepada paru-paru dan sistem pernafasan manusia. Partikel-partikel ini juga
boleh menyebabkan hakisan kepada logam dan juga kekaburan jarak
penglihatan.

(v)
Pelepasan plumbum ke udara dihasilkan oleh ekzos kenderaan bermotor
dan pembakaran plumbum daripada perkilangan. Pencemaran plumbum
di udara boleh menyebabkan gangguan serta ancaman terhadap peredaran
darah, sistem reproduktif dan sistem saraf. Ia seterusnya boleh menjejaskan
fungsi buah pinggang dan darah. Ia juga boleh menjejaskan kandungan ibu
mengandung dan seterusnya menyebabkan kecacatan kepada bayi yang
baru lahir.
176  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

(vi)
Hidrokarbon adalah sebatian kimia di udara yang mengandungi campuran
karbon dan oksigen. Apabila hidrokarbon ini bercampur dengan sebatian-
sebatian kimia lain di udara, ianya akan membentuk sejenis gas beracun
seperti formaldehyde, keton dan peroxyacetylnitrate yang akan
menyebabkan keradangan terhadap system pernafasan manusia.
Hidrokarbon juga memainkan peranan yang penting ke arah penghasilan
jerebu.

(vii)
Jerubu terhasil apabila kandungan udara yang mengandungi oksigen,
nitrogen dan hidrokarbon bertindak dengan kehadiran cahaya matahari.
Kehadiran jerebu di udara menyebabkan kesukaran untuk bernafas, pedih
mata, pening dan rasa mual. Pendedahan kepada jerebu dalam jangka
masa yang panjang mengundang bahaya kepada pesakit-pesakit yang
mengidap asma dan sistem pernafasan.

(viii)
Tindak balas nitrogen dioksida dan hidrogen klorida dengan sinaran
cahaya matahari menghasilkan ozon. Pada atmosphera yang rendah, ozon
menyebabkan keradangan membren mukusa sistem pernafasan yang akan
menyebabkan manusia terbatuk-batuk dan gangguan pernafasan. Ozon
mengurangkan keupayaan paruparu untuk berfungsi serta kekebalan
tubuh terhadap selsema dan pneumonia. Ozon juga boleh menyebabkan
hakisan kepada barang-barang berunsurkan getah serta mengancam
kesuburan tumbuhan seperti sayur-sayuran.

(ix)
Apabila ruang udara dipenuhi dan dicemari dengan sebatian sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida, maka hujan yang turun mencurah ke bumi
adalah hujan berasid. Hujan asid akan menyebabkan kandungan air di
kawasan tadahan air seperti kolam, tasik dan sungai berasid. Ianya akan
menjejaskan kualiti air serta sumber air minuman bersih kepada manusia.
Ianya juga menjejaskan hidupan dan organisma yang hidup dalam air.

AKTIVITI 8.1

Nyatakan perbezaan antara pencemaran udara dalaman dengan


pencemaran udara luaran. Berikan contoh-contoh.
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  177

8.2.2 Pencemaran Air


Manusia memerlukan air untuk kegunaan peribadi seperti minuman, mandi,
membasuh pakaian dan berekreasi. Air juga adalah keperluan asas kepada
fungsi manusia, kesihatan, penghasilan makanan dan bagi pengekalan integriti
ekosistem. Terdapat pelbagai jenis pencemaran air, antaranya adalah;
• Mikrobiologikal
• Kimia
• Pengurangan kandungan oksigen
• Nutrien
• Penyingkiran jirim

(a)
Pencemaran mikrobiologikal berlaku apabila sumber air dicemari oleh
pathogen, parasit, bakteria dan virus. Unsur-unsur mikrobiologikal ini
mencemari air, apabila sumber air dicemari oleh bahan-bahan buangan dan
kumbahan manusia serta haiwan. Ketidakupayaan manusia untuk
merawat sisa-sisa buangan dan kumbahan ini daripada mengalir masuk ke
dalam sumber air adalah antara punca utama pencemaran mikrobiologikal.
Sumber air yang dicemari oleh unsur-unsur mikrobiologikal akan
menjejaskan kesihatan pengguna air tersebut. Ia boleh mengakibatkan
seseorang itu dijangkiti pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan
kegatalan kulit. Kesihatan manusia juga akan terjejas jika mereka memakan
haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam persekitaran sumber air yang
telah dicemari oleh unsur-unsur mikrobiologikal ini.

(b)
Pencemaran kimia berlaku apabila pelbagai sisa buangan kimia industri
perkilangan seperti logam, cecair pelarut dan bahan-bahan kimia toksik
dibuang atau dialirkan ke dalam sumber air seperti longkang, sungai,
kolam dan laut. Di samping itu penggunaan racun kimia bagi mengawal
serangga perosak dalam kegiatan pertanian juga mencemarkan air.
Kesemua bahan dan sisa toksik kimia ini akan menjejaskan kualiti air
bersih dan mengancam kesihatan manusia jika ianya diminum. Selain

daripada
meracuni itu, bahan
ikan dan dan sisa toksik
hidupan kimiahidup
air yang yang larut dalam persekitarannya.
di dalam air ini juga akan
Hidupan atau tumbuhan yang mengandungi racun ini adalah berbahaya
kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakannya.
178  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

(c)
Kebanyakkan bahan buangan boleh dipecahkan , diuraikan (biodegradasi)
dan digunakan sebagai makanan oleh mikrorganisma-mikrorganisma
seperti bakteria. Kandungan biodegradasi yang terlalu banyak dalam air
akan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen di dalam air. Ini ialah
kerana bakteria-bakteria yang hidup di dalam air akan menggunakan
oksigen yang larut di dalam air tersebut dan menyebabkan kekurangan
kandungan oksigen untuk kegunaan hidupan-hidupan lain di dalam air
seperti ikan. Oleh kerana kekurangan oksigen di dalam air maka ikan dan
hidupan lain dalam air akan mati dan pupus. Sementara itu, apabila
kandungan oksigen dalam air semakin pupus dan berkurangan, bakteria-
bakteria anaerobik (yang tidak menggunakan oksigen) akan mendominasi
kehidupan di dalam air dan menghasilkan toksik-toksik dan gas-gas yang
berbau busuk (metana) di dalam air.

(d)
Fosfat dan nitrogen adalah elemen-elemen yang perlu bagi pertumbuhan
tumbuhtumbuhan. Namun kehadiran bahan-bahan fosfat dan nitrogen
yang terlalu banyak di dalam air akan menyebabkan percambahan lumut
dan rumpai di dalam air. Lumut dan rumpai akan menjadi bahan dan
sebatian biodegradasi apabila ianya mati dan seterusnya akan
menyebabkan kekurangan kandungan oksigen di dalam air (digunakan
oleh bakteria). Kehadiran terlalu banyak lumut dan rumpai di dalam air
akan menyebabkan air menjadi payau dan kurang enak untuk diminum.

(e)
Sebahagian daripada bahan-bahan buangan yang tercemar akan larut di
dalam air manakala sebahagian lagi tidak larut. Bahan-bahan buangan
tidak larut ini akan menjadi jirim dan akan tenggelam di dasar air.
Kewujudan bahan-bahan ini dalam kuantiti yang banyak di dasar sungai
akan menjejaskan kualiti air terutama sekali kualiti kandungan oksigen.
Ianya juga menyumbang kepada penghasilan toksik dan sekiranya
dimakan oleh hidupan air terutama sekali ikan maka ianya boleh
menyebabkan keracunan makanan. Bahan-bahan buangan dalam kuantiti
yang banyak di dasar air (sungai dan tasik) akan menyebabkan dasar
sungai atau tasik menjadi cetek. Fenomena ini akan turut menjejaskan
pengaliran air dan menyebabkan bencana alam seperti banjir.
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  179

AKTIVITI 8.2

Penyakit bawaan air seperti, taun dan kegatalan kulit adalah berkait
rapat dengan pencemaran air. Bagaimanakah perkara itu berlaku?
Jelaskan.

8.2.3 Pencemaran Kimia


Penghasilan dan penggunaan racun kimia secara relatifnya merupakan suatu
ancaman baru kepada manusia dan persekitaran. Penyelidikan tentang kesan
dan implikasi racun kimia ini terhadap manusia dan persekitaran juga amat
kurang dijalankan. Pembangunan industri, organisasi dan program pertanian
yang intensif menyumbang kepada pertambahan kadar pencemaran kimia di
seluruh dunia. Di negara-negara membangun pula, penggunaan racun makhluk
perosak secara berleluasa juga menyebabkan pencemaran kimia. Terdapat
pelbagai jenis pencemaran kimia, antaranya ialah:
• Racun makhluk perosak;
• Raksa; dan

Arsenik dan florida.


(a)
Racun makhluk perosak adalah racun kimia yang digunakan oleh para
petani untuk mengawal serangan makhluk perosak daripada
memusnahkan tanaman mereka. Namun demikian sekiranya
penggunaannya tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul dan
disebarkan ke persekitaran maka ianya akan mencemarkan udara, sungai,
sumber air bawah tanah, tanah, tumbuhan dan makanan. Racun kimia ini
mengancam kesihatan manusia melalui pernafasan, minuman, makanan
dan melalui penyerapan di kulit. Organoklorin yang hadir di dalam susu
ibu semasa penyusuan bayi akan mengancam kesihatan bayi. Racun kimia
juga menjejaskan proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Bahan kimia ini dikenali sebagai peganggu endokrina. Contoh peganggu
endokrina ini adalah PCBs dan DDT. Peganggu endokrina ini akan
merosakkan keupayaan tubuh untuk belajar, berfikir, berinteraksi dan
berkomunikasi. Kesan dedahan manusia terhadap racun makhluk perosak
ditunjukkan di Rajah 8.1.
180  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

: Kesan racun makhluk perosak terhadap manusia

(b)
Raksa adalah sejenis logam toksik yang berbentuk cecair atau gas dan
biasanya wujud di air, udara, tanah dan makanan dalam jumlah yang amat
kecil. Apabila air (sungai, tasik dan laut) dicemari oleh sebatian raksa
organik (methylmercury) maka ianya turut mencemari hidupan yang
hidup di dalamnya seperti ikan, udang, sotong dan lain-lain. Hidupan yang
dicemari oleh kimia toksik ini akan memudaratkan kesihatan manusia
sekiranya ianya dimakan oleh manusia. Raksa juga adalah unsur
pencemaran neurotoksik yang sangat kuat. Raksa boleh menyebabkan
gangguan terhadap pertumbuhan otak manusia. Ia juga boleh
menyebabkan barah dan kerosakkan kepada perut dan paru-paru. Raksa
juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin bayi.

(c)
Arsenik dan florida adalah sebahagian daripada bahan kimia berbahaya
yang wujud di dalam sumber air bawah tanah. Arsenik boleh
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia walaupun
terdedah kepadanya pada kadar atau tahap yang rendah. Tanda-tanda
awal kesan arsenik adalah bintik-bintik hitam yang keras pada kulit,
terutama pada tapak tangan dan tapak kaki. Dalam jangka waktu yang
lama arsenik boleh memudaratkan hati, ginjal dan paru-paru. Arsenik juga

boleh menyebabkan
menyebabkan barah
kecacatan kulit
kekal dan tulang
kepada gangrene. Florida
rangka pula(tulang
manusia boleh
belakang dan sendi).
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  181

8.2.4 Pencemaran Radiasi


Radiasi adalah salah satu pencemaran yang boleh mendatangkan kemudaratan
yang teruk kepada kesihatan manusia. Dedahan terhadap ion-ion radiasi pada
tahap yang tinggi boleh menyebabkan barah, kecacatan dan masalah psikologi.
Kesan kebocoran loji tenaga nuklear di Chernobyl, Russia adalah contoh kesan
radiasi terhadap kesihatan manusia. Kajian menunjukkan kebocoran radiasi
tersebut menyebabkan barah tairoid (WHO, 1995). Kajian juga menunjukkan
bahawa kesan dedahan pencemaran radiasi menyebabkan kecacatan otak serta
kecelaruan tingkah laku. Pencemaran radiasi tidak hanya tertumpu kepada
radioaktif daripada tenaga nuklear sahaja. Gelombang elektromagnet daripada
radio dan ketuhar gelombang mikro juga boleh menyebabkan pencemaran
radiasi. Kajian menunjukkan bahawa manusia akan mengalami masalah
kesihatan sekiranya terdedah kepada gelombang elektromagnet pada kadar
antara 1 MHz hingga 10 GHz (WHO, 1998).

8.2.5 Pencemaran Bunyi


Bunyi dihasilkan daripada pelbagai sumber. Ia boleh hadir dari rumah, tempat-
tempat awam, dari tempat kerja, kenderaan dan jentera perkilangan. Bunyi boleh
menjadi sesuatu yang menyamankan apabila ianya diperdengarkan secara
lembut dan berirama dan boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan jika ianya
melampaui tahap atau zon keselesaan.

Bunyi disukat bagi menentukan tahap yang boleh diterima dan tahap yang
memudaratkan. Tahap bunyi yang boleh diterima di tempat kerja adalah pada 8
jam 85dB (WHO, 2004). Pencemaran bunyi boleh menyebabkan kesukaran
kepada seseorang untuk tidur dan seterusnya menyebabkan keletihan serta
penurunan pencapaian kerja. Bunyi yang kuat boleh mencacatkan pendengaran.
Pencemaran bunyi boleh mengganggu aktiviti mental seperti penumpuan,
ingatan dan keupayaan seseorang untuk menyelesaikan masalah secara analitik.
Pencemaran bunyi juga dikaitkan dengan masalah stress dan penyakit darah
tinggi. Kajian menunjukkan bahawa individu akan berasa terganggu apabila
tahap bunyi mencapai 55dB dan pada tahap melebihi 80dB ianya akan
mengakibatkan tingkah laku aggresif. Kesan-kesan daripada masalah kesihatan
ini akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti penurunan produktiviti

dalam pekerjaan, kemalangan dan kehilangan harta benda.


182  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

AKTIVITI 8.3

Penggunaan racun makhluk perosak dapat membantu para petani


mengawal dan mencegah tanaman mereka daripada diserang oleh
serangga makhluk perosak dan meningkatkan produktiviti. Namun
demikian penggunaan racun yang tidak mengikut prosedur akan
mengancam kesihatan manusia. Bincangkan kesan pencemaran daripada
penggunaan racun makhluk perosak ini.

8.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN


PENCEGAHAN
Pencegahan pencemaran persekitaran merujuk kepada memberi perlindungan
terhadap persekitaran dan mencapai lebih banyak penggunaan semula sumber-
sumber dengan berkesan. Ianya bukan suatu perkara mudah yang boleh
dimasukkan ke dalam sesuatu amalan atau sistem. Langkah-langkah pencegahan
melibatkan:
(a) Mengenal pasti punca sisa-sisa buangan dan mencari jalan bagi
meminimakan penghasilannya.
(b) Menggunakan sumber dan tenaga secara berkesan.
(c) Melibatkan semua pihak dalam masyarakat termasuk penggubal dasar.
(d) Menguasai kemahiran, pengetahuan, kreativiti dan keterbukaan minda
untuk mengenal pasti peluang atau ruang untuk peningkatan dan inovasi.

Pencegahan pencemaran persekitaran bermaksud pengurangan atau


penyingkiran sisasisa buangan dan pencemaran dari sumbernya (Phipps, 1995).
Aktiviti-aktiviti pencegahan pencemaran melibatkan:
(a) Mereka bentuk semula produk untuk mengurangkan sisa buangan atau
pencemaran semasa proses pembuatan, penggunaan atau pembuangan.
(b) Mengubah suai proses pembuatan bagi meminimakan penggunaan bahan-
bahan kimia bertoksik.
(c) Melaksanakan amalan pengurusan seharian untuk meminimakan
kebocoran dan pelepasan dari proses pembuatan.
(d) Mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  183

8.3.1 Hierarki Pencegahan Pencemaran

Hierarki pencegahan pencemaran

(Diadaptasi daripada: Phipps, E. (1995). P2 Concepts and Principles. The National Pollution
Prevention Center for Higher Education. University of Michigan, Ann Arbor.)

Berdasarkan Rajah 8.2, Hierarki Pencegahan Pencemaran mencadangkan:


(a) Pencemaran seharusnya dicegah atau dikurangkan dari sumbernya di
mana-mana yang munasabah.

(b) Pencemaran yang tidak boleh dicegah seharusnya dikitar semula di dalam
persekitaran yang selamat.
(c) Pencemaran yang tidak boleh dikitar semula seharusnya dirawat di dalam
persekitaran yang selamat.
(d) Pembuangan atau pelepasan sisa-sisa buangan ke persekitaran seharusnya
dilakukan hanya sebagai langkah terakhir dan semestinya dikendalikan di
dalam persekitaran yang selamat.

8.3.2 Panduan Keselamatan Persekitaran


Kesihatan tidak hanya bergantung kepada penyediaan khidmat perubatan dan
kesihatan yang baik dan berkesan malah ianya juga bergantung kepada persekitaran
yang bersih dan tidak tercemar. Pencemaran terhadap alam sekitar akan
mengancam kesihatan manusia. Ianya juga akan menyebabkan kemusnahan dan
kerugian jika tidak dibendung. Sebagai warga dunia yang menghuni bumi, kita
perlu memastikan alam sekitar di sekeliling kita tidak tercemar dan selamat.
Panduan pencegahan berikut boleh diguna pakai bagi menjadikan alam sekitar yang
kita diami sentiasa bersih, selamat dan tidak tercemar:
184  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

 Mengurangkan penggunaan tenaga dan sumbernya melalui


konservasi dan kitar semula produk-produk dan bahan-bahan.
 Menerapkan etika konservasi dan kesedaran persekitaran di kalangan
individu dan masyarakat.

Dengan mengutamakan barangan pengguna yang mesra alam, para
pengguna dapat menyampaikan mesej kepada para penjual dan
pembekal supaya menghasilkan produk-produk yang kurang
memberi impak terhadap alam sekitar.
 Sentiasa berusaha untuk mengurangkan impak persekitaran dalam
setiap bidang pekerjaan, sama ada dalam industri perkilangan,
aktiviti-aktiviti ekonomi dan pekhidmatan.
 Menyokong setiap langkah proaktif pihak berkuasa dan badan-badan
sukarela yang berkaitan dengan isu-isu persekitaran.
 Memastikan setiap peraturan dan langkah-langkah keselamatan
berkenaan pencegahan pencemaran dipatuhi.

(Diadaptasi daripada: Phipps, E. (1995). P2 Concepts and Principles. The

National Pollution
Michigan, Prevention Center for Higher Education. University of
Ann Arbor.)

AKTIVITI 8.4

Pencegahan persekitaran bermaksud pengurangan atau


penyingkiran buangan dan pencemaran dari sumbernya. Jelaskan
bagaimana hasrat ini dapat dicapai?
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  185

8.3.3 Langkah-langkah Pengawalan dan Pencegahan


Pencemaran
Bagi memastikan kesihatan dan persekitaran kita selamat untuk dihuni,
penglibatan serta komitmen semua pihak adalah sangat diperlukan. Penglibatan
semua pihak ini diperlukan bagi memastikan kemajuan teknologi serta
pembangunan tidak menjejaskan kesihatan persekitaran dan seterusnya
mengancam kehidupan semua makhluk di dunia ini. Penglibatan ini tidak hanya
terhad dalam kalangan individu dan komuniti tempatan sahaja malah ianya
perlu melibatkan pihak-pihak di peringkat kebangsaan, negara-negara serantau
dan antarabangsa. Rajah 8.3 dapat menunjukkan kepada anda tentang
penglibatan pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan langkah-langkah
pengawalan dan pencegahan pencemaran.

Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan pencemaran

(a)
Penglibatan, penyertaan dan tindakan daripada warga tempatan adalah
amat penting kerana kesihatan persekitaran secara langsung dipengaruhi
oleh masalah-masalah persekitaran. Kesihatan persekitaran bergantung
sepenuhnya kepada cara bagaimana komuniti, keluarga dan individu
menangani masalah seperti kekurangan sumber air minuman yang bersih
dan selamat, sanitasi, sisa-sisa buangan, asap, kepadatan penempatan dan
kepupusan sumber asli. Langkah-langkah pencegahan dan keselamatan
186  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

kesihatan persekitaran perlulah dilakukan secara khusus, konkrit dan


berkesan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh komuniti,
keluarga, individu serta pihak-pihak yang menyokong mereka adalah;

(i) Membina keupayaan komuniti (perbandaran) untuk menangani


sumber-sumber tempatan khususnya sumber air minuman dan tenaga.

(ii) Menyokong perkongsian pintar komuniti dengan badan-badan bukan


kerajaan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih dan
selamat. Antara contoh perkongsian tersebut adalah:
 Melindungi kawasan tadahan hujan dan sumber air;
 Mengumpul dan kitar semula sisa-sisa buangan tempatan; dan
 Projek bumi hijau.

(iii) Menggalakkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan untuk


pengekalan persekitaran masa hadapan dengan menggunakan saluran-
saluran yang formal dan tidak formal. Pendidikan kesihatan membantu
individu dan keluarga membentuk tingkah laku serta amalan yang betul
bagi mencegah dan mengurangkan pencemaran kesihatan dapat
meningkatkan pengetahuan dan keupayaan komuniti, keluarga dan
individu untuk melindungi diri mereka daripada kesan pencemaran dan
mencemarkan persekitaran.
(iv) Meningkatkan kesedaran dan perhatian komuniti, keluarga dan
individu bagi melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti serta projek-projek
kesihatan persekitaran.

(v) Menyokong dan membina keupayaan komuniti dan keluarga terhadap


tanggungjawab mereka untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang
baik, sempurna dan berkesan. Komuniti, keluarga dan individu
seharusnya mudah untuk mendapatkan maklumat serta isu-isu
berkenaan kesihatan persekitaran.

(vi) Menyokong dan menggalakkan komuniti, keluarga dan individu


melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan persekitaran. Ini termasukkah
mengenal pasti dan memantau masalah persekitaran serta bagaimana
ianya berkait dengan kehidupan, serta mengambil tindakan untuk
menangani ancaman-ancaman tersebut. Ianya juga dapat membantu
komuniti, keluarga dan individu memperoleh pengetahuan tentang
persekitaran dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap peranan
dan tanggung jawab mereka terhadap persekitaran.
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  187

(b)
Pengawalan dan pencegahan pencemaran juga memerlukan sokongan dan
tindakan di peringkat kebangsaan terutama sekali daripada pihak kerajaan.
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan di peringkat
kebangsaan adalah;

(i) Meningkatkan pemahaman dan kesedaran rakyat tentang betapa


pentingnya menjaga persekitaran bagi menjamin kesihatan dan
kesejahteraan rakyat.Pemahaman dan kesedaran tentang penjagaan
kesihatan persekitaran ini akan membawa kepada pembentukan
polisi berkenaan kesihatan persekitaran.

(ii) Membentuk undang-undang dan akta untuk mengenal pasti amaran


awal ancaman pencemaran dan kesihatan persekitaran bagi
meningkatkan keupayaan untuk melaksanakan dan mengekalkan
undang-undang serta akta tersebut.

(iii) Memperkukuhkan koordinasi serta kerjasama antara sektor-sektor


jabatan kerajaan tentang keperluan untuk mengutamakan penjagaan
alam sekitar sebagai elemen utama dalam mengendalikan projek-
projek pembangunan.

(iv) Penjagaan alam sekitar perlu diletakkan sebagai agenda utama di


dalam undang-undang dan polisi negara. Antara langkah-langkah
khusus termasuklah:
Menyemak semula kaedah penilaian tahap kualiti alam sekitar
bagi memastikan pengesanan awal pencemaran dapat dilakukan.
Meningkatkan pemantauan dan penilaian kesihatan persekitaran.
Memperkembangkan kurikulum pendidikan kebangsaan dengan
mengintegrasikan penjagaan alam sekitar dengan pendidikan
kesihatan di sekolah, kolej dan di universiti.

(v) Membentuk kerjasama antara komuniti, sekolah, pencinta alam


sekitar, badan-badan bukan kerajaan, cendiakawan, pihak berkuasa
tempatan dan kerajaan melalui perkongsian maklumat dan aktiviti
berkenaan kesihatan persekitaran.

(vi) Memberi keutamaan polisi kepada isu-isu, masalah dan tindakan


berkenaan penjagaan alam sekitar dan kesihatan persekitaran.
188  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

(c)
Langkah untuk mencegah pencemaran tidak hanya terhenti di peringkat
negara sahaja malah ia memerlukan kerjasama di peringkat negara-negara
serantau. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan di peringkat
serantau adalah:

(i) Membentuk pendekatan koordinasi kerjasama serantau terhadap isu-


isu berkaitan dengan alam sekitar dan kesihatan persekitaran.
Lazimnya, negara-negara yang berada dalam rantau yang sama
menghadapi masalah alam sekitar dan kesihatan persekitaran yang
sama. Negara-negara ini boleh memperoleh faedah yang besar
daripada perundingan, persetujuan dan kolaborasi antara negara-
negara tersebut. Mereka boleh bertukar-tukar pandangan, idea,
cadangan, strategi serta tindakan bagi menangani masalah alam
sekitar dan kesihatan persekitaran. Kerjasama serta tindakan serantau
adalah penting bagi menangani ancaman serta masalah kesihatan
persekitaran yang melanda kawasan-kawasan khusus melepasi
batasan dan sempadan negara.

(ii) Memberi tumpuan dan perhatian utama terhadap isu-isu serta


masalah kesihatan serantau yang sedang melanda dengan
memperkukuhkan kerjasama dan tindakan bersama menangani isu-
isu dan masalah tersebut.

(d)
Terdapat keperluan untuk mendapat sokongan antarabangsa bagi
mengetengahkan isu-isu serta masalah pencemaran dan kesihatan
persekitaran sebagai langkah konkrit menangani masalah pencemaran dan
kesihatan persekitaran. Sokongan di peringkat antarabangsa adalah
diperlukan untuk:

(i) Memastikan hak-hak warga dunia untuk mendapatkan kesejahteraan


hidup daripada diganggu dan diancam oleh pencemaran dan
masalah kesihatan persekitaran. Pengiktirafan di peringkat
antarabangsa diperlukan bagi menjana keputusan bersama
membentuk tindakan dan polisi berkenaan alam sekitar dan kesihatan
persekitaran.

(ii) Mengiktiraf sepenuhnya peranan melindungi alam sekitar daripada


pencemaran dan masalah kesihatan persekitaran. Usaha global
diperlukan untuk mengadaptasi konsep melindungi alam sekitar dan
memperkukuhkan program pengawalan dan pencegahan
pencemaran.
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  189

(iii) Membentuk undang-undang berkenaan persekitaran bagi


memastikan kesejahteraan hidup dan kesihatan warga dunia tidak
diganggu dan diancam oleh pencemaran.

(iv) Mengambil pendekatan awal menangani isu-isu serta masalah


pencemaran dan kesihatan persekitaran.

(iv) Membentuk dan membina kesedaran tentang tanda-tanda dan


petunjuk kesihatan persekitaran. Tanda-tanda dan pertunjuk
kesihatan persekitaran ini boleh memainkan peranan untuk
membawa tumpuan awam terhadap isu-isu serta masalah kesihatan
persekitaran.

(vi) Mempromosi dan menggalakkan kualiti alam sekitar.

(vii) Meningkatkan kesedaran berkenaan penjagaan alam sekitar dan


kesihatan persekitaran melalui:

 Penyebaran maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar dan


kesihatan persekitaran kepada kerajaan dan pemerintah bagi
membantu mereka mengambil tindakan yang perlu di semua
peringkat untuk mengurangkan dan mencegah pencemaran.

 Menggalak dan menyokong penyelidikan, pemantauan serta


penilaian yang berkaitan pencemaran dan kesihatan persekitaran.

 Menyelaras usaha-usaha menangani isu-isu pencemaran dan


kesihatan persekitaran sedia ada.
190  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

• Topik ini telah menjelaskan tentang kesihatan persekitaran dan pencemaran.


Ia juga membincangkan tentang jenis-jenis pencemaran alam sekitar, agen-
agen dan kesan pencemaran alam sekitar terhadap manusia sejagat.

• Langkah-langkah keselamatan dan pencegahan pencemaran alam sekitar


juga dibincangkan.
• Penglibatan, kesedaran dan komitmen daripada individu, keluarga,
komuniti, pihak kerajaan, negara-negara serantau dan juga antarabangsa
adalah sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan
untuk generasi akan datang.

Kesihatan persekitaran
Pencegahan pencemaran
Pencemaran

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan persekitaran?


2. Perubahan cuaca juga akan menyebabkan dunia menjadi kering dan
kontang. Senaraikan kesan yang bakal wujud akibat daripada
pengontangan ini.
3. Jelaskan maksud pencemaran?.
4. Apakah yang menyebabkan hujan menjadi berasid?
TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  191

1. Jelaskan apakah yang patut dilakukan terhadap pencemaran yang tidak


boleh dikitar semula?
2. Beri panduan keselamatan persekitaran yang boleh diguna pakai bagi
menjadikan alam sekitar yang kita diami sentiasa bersih, selamat dan tidak
tercemar.
3. Menyokong perkongsian pintar komuniti dengan badan-badan bukan
kerajaan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih dan
selamat adalah salah satu daripada inisiatif tempatan yang boleh
membantu mengurangkan dan mencegah pencemaran. Berikan DUA (2)
contoh perkongsian tersebut.

Moeler, D. W. (1992). Environmental health. Boston: Harvard University Press.

Myers, Gary J., & Philip W. Davidson. (2000). Does methylmercury have a role in
causing developmental disabilities in children?, Environmental Health

Perspectives, Vol.108, Suppl. 3.


Phipps, E. (1995). P2 concepts and principles. The National Pollution Prevention
Center for Higher Education. University of Michigan, Ann Arbor.

World Health Organization. (1998). Electromagnetic fields and public health, fact
sheet N183.

World Health Organization. (2004). Fourth Ministerial Conference on


Environment and Health. Budapest: Hungary.

World Health Organization (1995). Health consequences of the chernobyl


accident: Results of the IPHECA Pilot Projects and Related National
Programmes.
T op i  Komunikasi
9 dalam

9 Kesihatan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi komunikasi dalam kesihatan;
2. Menghuraikan kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu;
3. Mengenal pasti saluran komunikasi yang sesuai dalam kesihatan; dan
4. Menjelaskan tatasusila komunikasi dalam kesihatan.

 PENGENALAN
Komunikasi dalam kesihatan kini memainkan peranan yang penting dalam
kesihatan umum. Seperti pendidikan kesihatan, komunikasi dalam kesihatan
merupakan suatu pendekatan yang cuba untuk mengubah tingkah laku para
pendengar terhadap permasalahan kesihatan yang khusus di dalam jangka masa
yang tertentu (Elayne dan Vicki, 1995). Ia adalah seni dan teknik pemberitahuan,
mempengaruhi dan memotivasi individu, institusi dan masyarakat umum
tentang kepentingan isu-isu kesihatan berasaskan pertimbangan etika dan
saintifik.

Komunikasi dalam kesihatan meliputi kajian dan penggunaan strategi kesihatan


untuk memaklumkan serta mempengaruhi individu dan masyarakat terhadap
keputusan dan tindakan bagi mempertingkatkan kesihatan. Ianya juga adalah
usaha-usaha ke arah mempertingkatkan kesihatan individu dan kesihatan umum
(Jackson & Duffy, 1998).
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  193

9.1 KEPENTINGAN KOMUNIKASI TERHADAP


KESIHATAN INDIVIDU
Komunikasi merupakan alat dan media bagi mempromosi atau meningkatkan
tahap kesihatan individu dan masyarakat. Ia boleh membantu mencegah
penyakit serta mempromosikan kesihatan kepada individu dan masyarakat
melalui pelbagai aspek dan cara. Antara kepentingan komunikasi terhadap

kesihatan individu adalah:


(a) Mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para
pesakit.
(b) Mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan
informasi kesihatan.
(c) Memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal
yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) Membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.
(e) Menyebarkan informasi-informasi risiko kesihatan individu dan
masyarakat.
(f) Menonjolkan imej-imej tentang kesihatan melalui media massa.
(g) Mendidik individu dan masyarakat tentang bagaimana memperoleh
kemudahan-kemudahan kesihatan.
(h) Membentuk aplikasi telekesihatan.

Komunikasi kesihatan yang efektif dan berkesan akan membantu meningkatkan


kesedaran berkenaan kesihatan. Ia juga berpotensi untuk menyediakan motivasi
dan kemahiran yang diperlukan oleh individu untuk mengurangkan risiko-
risiko kesihatan. Melalui komunikasi kesihatan, individu dapat dibantu untuk
mengukuhkan lagi sikap dan tingkah laku terhadap gaya hidup yang sihat. Di
samping itu juga, komunikasi dalam kesihatan boleh dijadikan sebagai
maklumat sokongan bagi membantu individu untuk membuat pilihan berkenaan
rancangan penjagaan dan rawatan kesihatan yang sesuai dan betul.

Komunikasi dalam kesihatan boleh digunakan sebagai agen untuk


mempengaruhi komuniti berkenaan isu-isu kesihatan semasa. Ia juga boleh
digunakan untuk menggalakkan norma-norma dan nilai-nilai sosial dan
kesihatan yang baik. Komunikasi dalam kesihatan boleh dijadikan sebagai agen
untuk mengubah persekitaran fizikal dan sosioekonomi komuniti.
194  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

9.1.1 Penggunaan Teori dan Model dalam


Komunikasi Kesihatan
Penggunaan teori dan model adalah berguna kepada kita bagi membantu
pemahaman kita untuk membentuk dan membina strategi program-program
komunikasi dalam kesihatan. Teori membuka ruang kepada kita untuk mengkaji
permasalahan kesihatan, merancang dan menilai program intervensi kesihatan
berasaskan pemahaman
menjelaskan tingkah
tentang tingkah laku. Teori
laku kesihatan. juga membantu
Ini termasuklah tentangkita untuk
bagaimana
mengubah tingkah laku dan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku
kesihatan. Teori juga membantu kita untuk mengenal pasti kaedah-kaedah yang
paling sesuai bagi mengubah tingkah laku. Antara model dan teori yang boleh
membantu kita untuk merancang dan merangka bentuk komunikasi dalam
kesihatan adalah:
• Model Kepercayaan Terhadap Kesihatan;
• Teori Pembelajaran Sosial; dan
• Teori Penyebaran.

(a)
Model kepercayaan terhadap kesihatan adalah model yang berasaskan
kepercayaan individu terhadap penyakit, pencegahan dan rawatannya
(Rosenstock & Cullen, 1994). Model ini dibina berasaskan idea yang
menyatakan bahawa individu akan bertindak untuk melindungi dan
merawat penyakit yang dihadapinya jika ciri-ciri tertentu diaplikasikan.
Model ini juga menyarankan enam komponen utama yang mempengaruhi
keputusan manusia, iaitu manusia akan bersedia untuk bertindak sekiranya
mereka:
(i) Percaya bahawa mereka mudah dipengaruhi oleh keadaan;
(ii) Percaya bahawa keadaan tersebut mempunyai kesan yang serius;
(iii) Percaya bahawa tindakan akan mengurangkan kesan tersebut;
(iv) Percaya bahawa hasil tindakan akan membawa faedah;
(v) Terdedah kepada faktor-faktor tindakan tersebut; dan
(vi) Yakin terhadap kejayaan keupayaan mereka untuk bertindak.

Individu perlu percaya bahawa sesuatu penyakit boleh dan akan


mendatangkan kesan yang serius terhadap kesihatannya dan tindakan
yang bakal diambil oleh beliau akan membantu beliau mengurangkan dan
mencegah penyakit daripada menyerang. Sebagai contoh, seorang individu
yang terdedah kepada risiko penyakit berjangkit akan bertindak untuk
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  195

menghalang atau mencegah penyakit tersebut daripada menjangkitinya.


Beliau perlu percaya bahawa dengan mengambil tindakan yang sepatutnya
(mengambil suntikan vaksin) akan membantu beliau menghalang atau
mencegah penyakit tersebut daripada menjangkitinya.

Model ini membantu untuk menjelaskan kepada kita tentang kepentingan


peranan komunikasi dalam kesihatan. Berdasarkan kepada model ini,
strategi komunikasi yang berkesan dan berjaya tidak hanya menyediakan
maklumat tentang bahaya penyakit, malah perlu juga menyenaraikan
tindakan-tindakan pencegahan bagi membantu mencegah penyakit
tersebut daripada menyerang mangsa atau pesakit. Namun demikian
terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kepercayaan ini.
Antara faktor-faktor tersebut adalah tahap pendidikan individu, umur,
jantina, pengetahuan sedia ada dan status sosioekonomi.

(b)
Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa individu boleh belajar
melalui pemerhatiannya terhadap orang lain dan peka terhadap faedah
serta keuntungan yang bakal diperoleh akibat daripada tindakan yang
dipilih. Teori ini adalah berasaskan konsep pembelajaran melalui
pemerhatian. Ini bermakna individu boleh belajar melalui pemerhatiannya
terhadap orang lain. Proses-proses yang terlibat mengawal pembelajaran
melalui pemerhatian adalah:
(i) kesediaan (memperoleh dan mengekalkan kesediaan);
(ii) pembendungan (mengingat);
(iii) penghasilan (mempersembahkan tingkah laku yang dilihat); dan
(iv) motivasi (distimulasikan untuk mempersembahkan tingkah laku).

Teori ini menegaskan konsep bahawa individu perlu mengenal pasti


tingkah laku dan seterusnya tahu untuk melaksanakan tingkah laku
tersebut. Teori pembelajaran sosial menyarankan bahawa tingkah laku
individu dipengaruhi oleh faktor-faktor personal dan persekitaran.
Sebarang perubahan terhadap faktor-faktor ini akhirnya akan mencetuskan
perubahan terhadap orang lain. Teori pembelajaran sosial menyediakan
kerangka teoritikal bagi merangka pelbagai tahap program intervensi yang
memaparkan tindakan individu dan tindakan persekitaran.

(c)
Teori penyebaran berpusat kepada proses yang mana informasi dan
maklumat diperbualkan dalam kalangan ahli-ahli dalam suatu sistem
sosial. Komponen utama di dalam teori ini adalah sumber sesuatu sistem
yang merangkumi kepakaran dalam mencipta idea dan inovasi dan sistem
196  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

pengguna yang merangkumi semua penerimaan idea dan inovasi tersebut.


Teori ini mengkhususkan kepada sifat-sifat tertentu yang membawa
kepada kejayaan atau kegagalan. Idea atau konsep yang hendak disebarkan
dengan jayanya seharusnya mudah untuk difahami, fleksibel, berisiko
rendah dan mesra pengguna. Antara proses-proses penyebaran adalah:
(i) Perakuan permasalahan atau keperluan;
(ii) Penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan;
(iii) Pembangunan (inovasi);
(iv) Produksi, pemasaran dan penghantaran;
(v) Penyebaran dan adaptasi; dan
(vi) Kesan.
(Rosenstock & Cullen, 1994).

Teori penyebaran menyarankan tentang bagaimana idea-idea baru, produk


dan amalan sosial disebarkan dalam kalangan ahli masyarakat. Cabaran
kepada penyebaran memerlukan pendekatan-pendekatan yang sangat
berbeza daripada pendekatan yang hanya tertumpu kepada individu atau
kumpulan-kumpulan kecil. Ianya melibatkan penumpuan perhatian
terhadap inovasi dan saluran komunikasi serta sistem-sistem sosial. Teori
ini amat berguna bagi membantu kita dalam merancang program
komunikasi dalam kesihatan kerana ia mempersembahkan kerangka baru
untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

AKTIVITI 9.1

Nyatakan apakah kepentingan komunikasi terhadap kesihatan


individu.

9.1.2 Mengenal Pasti Kelompok Sasaran Komunikasi


Langkah pertama dalam merancang dan membina program komunikasi
kesihatan adalah mengenal pasti kelompok dan kehendak sasaran komunikasi.
Mengenal pasti ciri-ciri khusus kelompok sasaran akan membantu kita memilih
dan membuat pertimbangan berkenaan maklumat dan saluran komunikasi.
Adalah menjadi sesuatu perkara yang amat berguna sekiranya kita dapat belajar
tentang bagaimana komuniti menerima maklumat-maklumat sama ada melalui
kaca televisyen, radio, surat khabar dan melalui media-media massa lain. Begitu
juga, kita perlu tahu dan belajar tentang dari sumber manakah maklumat-
maklumat yang paling dipercayai oleh komuniti dan apakah persepsi mereka
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  197

tentang isu-isu dan masalah kesihatan. Pengetahuan dan pemahaman kita


tentang sikap, pendapat, tahap pendidikan dan penglibatan komuniti juga
merupakan aset yang amat berguna bagi membantu kita untuk merancang,
membina dan merangka strategi program komunikasi dalam kesihatan. Selain
daripada itu, kita juga perlu mengetahui dan mengenal pasti kelompok atau
kumpulan yang bakal menentang atau menjadi penghalang kepada program
komunikasi kesihatan yang kita rancang. Pengetahuan dan maklumat ini amat
berguna kepada kita bagi merangka strategi menangani kerenah dan
permasalahan yang bakal dihadapi semasa program komunikasi dalam
kesihatan dijalankan.

9.1.3 Pembinaan Maklumat Komunikasi dalam


Kesihatan
Maklumat dalam komunikasi kesihatan perlulah jelas, ringkas dan tetap. Proses
pembinaan dan mengemas kini maklumat adalah secara berterusan. Idea utama
dan objektif komunikasi kesihatan perlulah dinyatakan secara jelas dan
seharusnya stabil dan tetap sepanjang proses komunikasi berlangsung.

Pendidikan adalah sebahagian daripada proses pembinaan komunikasi


kesihatan. Komunikasi dalam kesihatan perlu dimulakan dengan membenarkan
pendengar (kelompok sasaran) memahami isu-isu atau fakta-fakta yang
diutarakan daripada sudut pandangan saintifik atau perubahan. Maklumat-
maklumat tersebut termasuklah fakta-fakta berkenaan agen-agen penyebaran
penyakit, bagaimana ianya menjangkiti manusia dan pilihan rawatan yang boleh
diperoleh. Kesemua maklumat ini perlu dikarang dan disusun untuk mudah
difahami oleh para pendengar.

Maklumat-maklumat dalam komunikasi kesihatan seharusnya berfungsi untuk:


(a) menyiarkan dan menyebarkan maklumat;
(b) menggalakkan pendengar untuk membuat keputusan;
(c) mempromosikan tingkah laku yang sihat;
(d) menggalakkan pertukaran maklumat dan sokongan emosi rakan sebaya;
(e) menggalakkan penjagaan kendiri; dan

(f) menggalakkan kesedaran kepada permintaan perkhidmatan kesihatan.


198  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

9.2 TATASUSILA KOMUNIKASI


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini komunikasi kesihatan lebih
menumpukan kepada cara-cara bagaimana menyebarkan maklumat berkenaan
amalan dan panduan-panduan kesihatan kepada individu dan komuniti. Namun
demikian, tumpuan komunikasi kesihatan dewasa ini telah berubah daripada
saluran atau medium yang lebih menumpukan terhadap penggunaan dan
penyampaian maklumat kepada proses dialog dan perbincangan kesihatan.
Hasilnya kini, lebih banyak tumpuan dan perhatian telah diberikan kepada
persekitaran sosial dan politik di mana pengaruh-pengaruh persekitaran ini lebih
mempengaruhi perubahan tingkah laku.

9.2.1 Ciri-ciri Komunikasi Kesihatan yang Berkesan


Antara ciri-ciri komunikasi kesihatan yang berkesan adalah:
(a)
Maklumat yang sahih tanpa kesilapan fakta, interpretasi atau
pertimbangan.
(b)
Kandungan maklumat disampaikan atau ditempatkan di tempat di mana
pendengar mudah memperolehnya.
(c)
Di mana-mana perlu, kandungan maklumat mempersembahkan faedah
dan potensi risiko tindakan serta mempamerkan isu-isu yang berbeza dan
tepat daripada pelbagai perspektif.
(d)
Kandungan maklumat kekal konsisten dan setara dengan maklumat-
maklumat daripada sumber-sumber lain.
(e)
Reka bentuk, implimentasi dan proses penilaiannya mengambil kira isu-isu
istimewa yang berkaitan dengan komuniti, bangsa, kumpulan umur, tahap
pendidikan dan keupayaan.
(f)
Mengemukakan bukti-bukti saintifik yang relevan dan telah melalui
pelbagai analisis bagi mengemukakan panduan, cadangan, kriteria dan
amalan.
(g)
Kandungan maklumat yang hendak disampaikan berupaya untuk sampai
dan diterima oleh seramai pendengar yang mungkin.
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  199

(h)
Sumber-sumber maklumat yang disampaikan adalah daripada sumber-
sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa dikemaskini.
(i)
Penyampaian dan pemerolehan maklumat dilakukan berulang-ulang kali
bagi memperkukuhkan impak atau kesan komunikasi.
(j)
Maklumat disampaikan tepat pada masanya, terutama sekali pada ketika
amat diperlukan.
(k)
Tahap bahasa penyampaian maklumat mudah difahami dan sesuai.

9.2.2 Matlamat Komunikasi Kesihatan


Banyak teori-teori, model, program-program kesihatan menggunakan
komunikasi kesihatan bagi mencapai matlamat kesihatan. Antara matlamat
komunikasi kesihatan adalah untuk;
(a) Mempromosikan tingkah laku kesihatan dengan menyampaikan maklumat
dan mendidik individu melalui penggunaan bahan-bahan dan aktiviti-
aktiviti berstruktur.
(b) Mempromosikan polisi-polisi, peraturan-peraturan dan program
meningkatkan tahap kesihatan melalui media massa.
(c) Menggalakkan diskusi umum berkaitan dengan isu-isu kesihatan,
persekitaran dan kaedah-kaedah menanganinya.

9.2.3 Saluran Komunikasi Kesihatan


Untuk mencapai keberkesanan komunikasi, penyampai maklumat perlu
mengetahui dan memahami apakah cara dan kaedah terbaik untuk
berkomunikasi dengan kelompok sasaran. Beliau juga perlu mengetahui
bagaimana individu dan komuniti memperoleh maklumat berkaitan dengan
kesihatan dan apakah saluran komunikasi yang dapat digunakan bagi
menyampaikan maklumat tersebut. Antara saluran-saluran komunikasi yang
dapat digunakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan dengan
kesihatan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.1.
200  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

: Saluran Komunikasi Kesihatan

Interpersonal • Kaunseling • Menggalakkan perbincangan


• Pengajaran dua hala

• Perbincangan • Motivasi dan sokongan


• Paling efektif untuk mengajar

dan penjagaan
Komuniti dan • Perbincangan • Dipercayai
Organisasi umum • Dapat mencapai kelompok
• Mesyuarat dan sasaran yang ramai
ceramah • Menawarkan perkongsian
• Kempen-kempen pendapat dan idea
Media Massa • Iklan • Dapat capai kelompok sasaran
• Akhbar • Berita dan rencana yang ramai
• Ruangan pendapat • Maklumat dapat disampaikan
pembaca dengan cepat

• Radio • Iklan • Dapat capai kelompok sasaran


• Berita dan yang ramai
perbincangan • Peluang berinteraksi dua hala
umum •
(soal jawab)
• Drama/Hiburan • Pendidikan melalui hiburan
• Televisyen • Iklan • Dapat capai kelompok sasaran
• Berita dan yang ramai
perbincangan • Peluang berinteraksi dua hala
umum (soal jawab)
• Drama/Hiburan • Pendidikan melalui hiburan
• Gabungan audio dan visual
dapat beri gambaran yang
lebih jelas kepada penonton.
• Internet • Laman web • Dapat capai kelompok sasaran
• E- mail • yang ramai
• ÂChatÊ • Peluang berinteraksi dua hala
• Berita • Maklumat sentiasa dikemas
• Iklan kini
• Interaktif
• Dapat menggabungkan
media-media
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  201

9.2.4 Media dan Komunikasi Kesihatan


Media boleh memainkan peranan yang penting untuk berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat berkaitan dengan kesihatan kepada masyarakat
umum kerana keupayaannya rangkaiannya yang luas. Media boleh
dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
(a) Media cetak (surat khabar, majalah, risalah);
(b) Media penyiaran (radio, televisyen).

Lazimnya pihak media akan memilih berita-berita yang menarik perhatian


umum sebagai bahan berita atau maklumat yang bakal disiarkan. Berita-berita
dan maklumat-maklumat ini termasuklah berita dan maklumat yang berkaitan
dengan kesihatan umum, gaya hidup, rekreasi, pendapat umum, polisi dan
peraturan yang berkaitan dengan kesihatan. Segala sumber berita dan maklumat
ini akan dikarang dan digarap dengan begitu menarik dan kreatif untuk
disampaikan kepada para pendengar, penonton dan pembaca.

Penglibatan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum


adalah dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, apabila sesuatu krisis atau wabak
berlaku dan mengancam kesihatan umum, media akan mula melaporkan berita
atau maklumat berkenaan krisis atau wabak tersebut dengan segera. Lazimnya,
liputan dan rangkuman maklumat yang dilaporkan ketika ini tidak lengkap. Ini
ialah kerana keutamaan media pada ketika itu adalah untuk memberi amaran
awal tentang krisis dan wabak tersebut. Ianya bertujuan untuk memberi ruang
kepada masyarakat umum bersedia dan melakukan tindakan awal untuk
melindungi dan mencegah daripada krisis dan wabak tersebut.

Satu lagi cara media menyampaikan maklumat kepada umum adalah dengan
memfokuskan kepada isu-isu kesihatan yang khusus. Penyampaian maklumat
mengikut cara ini akan memberi ruang kepada media untuk menyampaikan
maklumat kesihatan secara lebih mendalam dan menyelitkan kajian-kajian,
penyelidikan serta pendapat pakar-pakar yang berkaitan dengan isu-isu tersebut.

AKTIVITI 9.2

Nyatakan apakah matlamat komunikasi kesihatan.


202  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

9.3 PROGRAM KOMUNIKASI KESIHATAN


9.3.1 Peringkat Proses Komunikasi Kesihatan
Proses komunikasi kesihatan melibatkan empat peringkat iaitu:
(a) Merancang dan merangka strategi;
(b) Membentuk dan prapenilaian konsep, maklumat dan bahan;
(c) Melaksanakan program; dan
(d) Penilaian program.

Kitaran empat peringkat proses komunikasi kesihatan ini ditunjukkan dalam


Rajah 9.1.

: Kitaran peringkat proses komunikasi kesihatan

(a)
Perancangan dan perangkaan strategi merupakan tapak atau asas kepada
program komunikasi kesihatan. Ianya akan membantu kita untuk:
(i) Memahami isu dan topik-topik kesihatan yang hendak diutarakan;
(ii) Menentukan peranan dan fungsi komunikasi kesihatan yang betul
dan sesuai;
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  203

(iii) Mengenal pasti pendekatan yang sesuai bagi menyokong tingkah


laku yang dikehendaki;
(iv) Mengukuhkan proses pembentukan program;
(v) Mencipta program komunikasi kesihatan yang menyokong objektif
dan matlamat program komunikasi kesihatan;
(vi) Menentukan keutamaan program;

(vii) Menentukan tanggungjawab yang bakal dipikul;


(viii) Menilai kemajuan program; dan
(ix) Menghindarkan bencana.

Proses merancang dan merangka strategi program komunikasi kesihatan


melibatkan enam langkah dan ditunjukkan dalam Rajah 9.2;

: Langkah merancang dan merangka strategi program komunikasi kesihatan

Pada peringkat perancangan dan perangkaan strategi ini, pengubal


program komunikasi kesihatan berupaya untuk mengenal pasti bagaimana
komunikasi boleh digunakan secara efektif untuk menangani isu-su serta
204  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

masalah kesihatan. Pada peringkat ini juga, beliau akan merancang,


merangka dan menentukan objektif serta strategi komunikasi yang bakal
digunakan untuk disampaikan kepada kelompok sasaran. Selain daripada
itu, beliau juga dapat merangka aktiviti dan pelan perkongsian serta
memilih saluran komunikasi yang sesuai yang boleh dimasukkan dalam
program komunikasi kesihatan bagi mengukuhkan lagi program yang telah
dirancang.

(b)
Pada peringkat ini, penggubal program komunikasi kesihatan akan dapat
mengenal pasti apakah konsep, maklumat dan bahan yang paling sesuai
untuk digunakan dan untuk disampaikan kepada kelompok sasaran.
Peringkat pembentukan dan prapenilaian konsep, maklumat dan bahan ini
melibatkan lima langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3.

: Langkah pembentukan dan prapenilaian konsep, maklumat dan bahan

Pada peringkat ini, penggubal program komunikasi kesihatan berupaya


untuk membentuk dan membina konsep dan maklumat-maklumat
kesihatan yang berguna dan sesuai kepada kelompok sasaran. Beliau juga
dapat merangka dan merancang aktiviti-aktiviti serta memilih bahan-bahan
yang sesuai untuk disampaikan kepada kelompok sasaran. Di samping itu
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  205

juga, pada peringkat ini beliau dapat membuat prapenilaian terhadap


konsep, maklumat, aktiviti dan bahan-bahan yang dipilih sebelum
melaksanakan program komunikasi kesihatan.
(c)
Pada peringkat ini, penggubal program komunikasi kesihatan seharusnya
telah menyiapkan maklumat serta bahan-bahan yang mencukupi dan
tenaga kerja yang terlatih bagi melaksanakan program ini. Peringkat

perlaksanaandalam
ditunjukkan program melibatkan beberapa langkah seperti yang
Rajah 9.4;

: Peringkat perlaksanaan program

Semasa perlancaran program, penggubal program perlu memikirkan


apakah acara dan agenda yang terbaik bagi menarik minat kelompok
sasaran (individu, keluarga dan komuniti) bagi menyertai program yang
bakal dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang boleh diberi perhatian
bagi menarik minat kelompok ini adalah:
(i) Acara/agenda pelancaran (contoh: Hari Aids);
(ii) Sidang akhbar;

(iii) Liputan media;


(iv) Jemputan;
(v) Penceramah; dan
(vi) Logistik.
206  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Semasa proses penyebaran maklumat, beberapa perkara perlu diambil kira.


Antaranya ialah:
(i) Jumlah masa dan ruang yang diperuntukkan kepada saluran-saluran
komunikasi yang dipilih seperti akhbar, radio, televisyen dan internet
untuk menyebarkan maklumat kepada umum.
(ii) Jumlah risalah yang perlu dicetak dan diedarkan kepada umum.

(iii) Jumlah ceramah dan sesi perbincangan.


(iv) Maklum balas daripada umum berkenaan program.
(v) Jumlah bahan atau aktiviti.

Proses promosi merupakan aspek penting dalam perlaksanaan sesuatu


program. Promosi yang berkesan akan menarik minat umum untuk mengikuti
sesuatu program. Oleh yang demikian, penggubal program komunikasi
kesihatan perlu mempelbagaikan program mempromosikan program yang
hendak dilaksanakan bagi menarik perhatian umum.

Akhir sekali penggubal program komunikasi kesihatan perlulah membuat


pemantauan dan penilaian terhadap program komunikasi kesihatan yang telah
beliau laksanakan. Dapatan daripada pemantauan dan penilaian ini adalah
amat penting bagi mengenal pasti keberkesanan dan kesan prgoram yang telah
dilaksanakan. Beliau juga boleh membuat beberapa pengubahsuaian bagi
memastikan program yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan
memberi kesan yang positif serta mencapai objektif yang diharapkan.

(d)
Penilaian adalah penting kerana ianya dapat menunjukkan kepada kita
tentang sejauh mana program yang telah dilaksanakan mencapai objektif
komunikasinya. Ianya juga dapat membantu kita untuk membuat
perubahan atau pengubahsuaian terhadap program. Selain dari itu juga,
dapatan daripada penilaian program dapat membantu penganjur program
komunikasi kesihatan untuk:
(i) Mengesahkan keberkesanan atau penambahbaikan program,
(ii) Menambah keyakinan pihak-pihak lain untuk membantu dan
menyokong program,

(iii) Menarik minat pihak atau organisasi lain untuk menaja dan membuat
perkongsian,

Penilaian program merupakan suatu proses yang berulang-ulang. Ianya


dilakukan di setiap peringkat. Secara ringkas, penilaian yang dilakukan di setiap
peringkat proses program komunikasi kesihatan ditunjukkan dalam Jadual 9.2.
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  207

: Jenis Penilaian Komunikasi Kesihatan

• Penyelidikan • Menjawab pelbagai


Merancang dan merangka Kepenggunaan persoalan seperti;
strategi • Penyelidikan Pemasaran − Apakah dimensi
Menyediakan maklumat permasalahan
terhadap; kesihatan yang perlu

permasalahan ditangani?
program − Apakah kelompok
− kelompok sasaran sasaran?

− halangan dan peluang − Apakah cara yang


terbaik bagi
mendekati kelompok
ini?
− Apakah halangan
yang perlu ditangani?
− Apakah peluang yang
boleh diterokai?

• prapenilaian Menilai • Menguji dan menjelaskan


Pembentukan dan reaksi maklumat, bahan atau
prapenilaian konsep, terhadap cadangan aktiviti program
maklumat dan bahan maklumat, bahan atau
aktiviti program
• Penilaian Proses Menilai • Mengenal pasti ruang dan
Pelaksanaan program dan menentukan; perkara yang boleh
− apa yang telah dipertingkatkan semasa
dilaksanakan? program dijalankan.

− bila, di mana dan • Mendokumentasi


bagaimana ianya kemajuan dan perjalanan
dijalankan? program (pemantauan).

• Penilaian Hasilan • Menentukan sejauh mana


Penilaian program Mengukur sejauh mana kejayaan dan
keberkesanan atau
keberkesanan program.
kejayaan program.
• Penilaian Impak
Mengukur sejauh mana
kesan program
terhadap objektif jangka
panjang program.
208  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Semasa membuat penilaian, penggubal program komunikasi kesihatan perlu


menimbangkan beberapa elemen penilaian. Antara elemen-elemen penting
penilaian yang perlu diberi perhatian adalah:
(i)
Pernyataan objektif komunikasi perlulah jelas untuk memudahkan penilai
menilai keberkesanan program.
(ii)
Untuk menentukan apakah aspek yang perlu diukur?
(iii)
rekabentuk kajian perlulah menunjukkan kesahannya.
(iv)
Instrumentasi pengumpulan data perlulah dibentuk dan disahkan
kebolehpercayaannya.
(v)
Melibatkan proses pengumpulan maklumat berkenaan program.
(vi)
Menukarkan data yang dikumpul ke dalam format yang boleh digunakan
untuk dianalisis.
(vii)

Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan melalui aplikasi


statistik.
(viii)
Laporan penuh hasil penilaian. Ini termasuklah rumusan dan cadangan
bagi penambahbaikan untuk kajian atau program akan datang.

9.3.2 Cabaran, Kelainan dan Peluang dalam


Komunikasi Kesihatan
(a)
Persekitaran komunikasi kesihatan telah mengalami perubahan yang amat
ketara. Komunikasi wujud dalam pelbagai konteks (sekolah, rumah dan
tempat kerja), melalui pelbagai saluran (interpersonal, komuniti, media
massa) dan dengan pelbagai maklumat serta pelbagai alasan. Salah satu
cabaran utama dalam membentuk program komunikasi kesihatan yang
efektif adalah untuk mengenal pasti konteks, saluran, kandungan
maklumat dan alasan yang boleh memotivasikan orang ramai untuk
memberi perhatian dan menggunakan maklumat-maklumat berkaitan
dengan kesihatan. Kebergantungan terhadap media massa atau satu
komponen aktiviti komunikasi sahaja tidak cukup untuk mencapai
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  209

matlamat komunikasi kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa komunikasi


kesihatan yang disokong oleh pelbagai saluran komunikasi dapat mencapai
matlamat untuk menarik perhatian masyarakat umum untuk
menggunakan maklumat yang disampaikan kepada mereka (Maibach dan
Parrott, 1995).

Satu lagi cabaran utama komunikasi kesihatan adalah berkaitan dengan


kerahsiaan maklumat kesihatan peribadi individu. Polisi dan prosedur
perlu dibentuk bagi mengimbangi hak kerahsiaan dan keperluan untuk
mendapatkan maklumat kesihatan yang bersesuaian. Maklumat-maklumat
kesihatan seharusnya bukan sahaja mudah didapati malah ianya perlulah
berkualiti dan releven dengan keperluan individu.

(b)
Kajian menunjukkan bahawa masih terdapat jurang pengetahuan yang
memisahkan golongan yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah
dan berpendapatan rendah dengan golongan yang berpendidikan tinggi
dan berpendapatan tinggi. Jurang yang dimaksudkan itu adalah jurang
digital. Jurang ini menjadi lebih kritikal apabila jumlah dan kepelbagaian
sumber daripada ÂInternetÊ meningkat dan memerlukan kemahiran yang
lebih canggih.

Perbezaan keupayaan individu untuk membaca dan memahami bahan dan


maklumat berkaitan dengan kesihatan merupakan satu lagi faktor yang
menyumbang ke arah kelainan terhadap kesihatan. Individu yang
mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah mendapati dirinya sukar
untuk memahami isu-isu serta maklumat berkaitan kesihatan (Baker,
Parker dan Williams, 1997). Individu yang mempunyai masalah kesihatan
yang kronik seperti asma, hipertensi, diabetes dan tahap kemahiran
membaca yang rendah didapati menunjukkan kekurangan pengetahuan
tentang keadaan tahap kesihatan mereka berbanding dengan individu yang
mempunyai tahap kemahiran membaca yang tinggi (Williams, Baker dan
Parker, 1998).

(c)
Bagi memastikan komunikasi kesihatan dapat menyumbang ke arah
meningkatkan tahap kesihatan individu dan komuniti maka kerjasama
daripada semua pihak dalam mempelbagaikan aktiviti dan program
berkaitan dengan kesihatan adalah sangat-sangat diperlukan. Antara
kerjasama dan kolaborasi aktiviti yang dapat disumbangkan adalah;
(i) inisiatif untuk membina sistem maklumat yang dapat diperoleh dan
diterokai oleh semua golongan masyarakat.
210  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

(ii) memberi latihan kepada kakitangan kesihatan berkenaan komunikasi


serta penggunaan teknologi komunikasi.
(iii) penilaian program-program intervensi, dan
(iv) mempromosikan pemahaman serta pengamalan komunikasi kesihatan
yang efektif.

Usaha-usaha juga sedang giat dilakukan di seluruh dunia bagi


membangunkan infrastruktur maklumat global untuk menyokong
peningkatan tahap kesihatan warga dunia. Infrastruktur-infrastruktur yang
bakal dibina itu nanti bukan hanya akan memudahkan orang ramai untuk
menggunakan maklumat-maklumat kesihatan malah memungkinkan
mereka untuk mencipta sumber-sumber bagi menguruskan kesihatan diri
serta membantu untuk mempengaruhi kesihatan komuniti.

AKTIVITI 9.3
Mengapa perlu dilakukan penilaian terhadap program komunikasi
kesihatan?

• Topik ini telah membincangkan tentang komunikasi dalam kesihatan.


• Ianya juga menjelaskan tentang definisi dan kepentingannya terhadap
kesihatan individu.
• Di samping itu juga topik ini mengutarakan pelbagai saluran komunikasi
yang boleh digunakan bagi mendidik masyarakat umum tentang
kepentingan kesihatan.
• Bagi mencapai matlamat tersebut, program komunikasi kesihatan perlu
dirancang dengan baik dan berkesan.

Komunikasi dalam kesihatan Teori pembelajaran sosial


Model kepercayaan terhadap kesihatan Teori penyebaran
TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  211

1. Jelaskan apakah definisi komunikasi dalam kesihatan?

2. Apakah model dan teori yang boleh membantu kita untuk merancang dan
merangka bentuk komunikasi dalam kesihatan?

3. Senaraikan proses yang terlibat mengawal pembelajaran melalui


pemerhatian.

4. Apakah komponen utama dalam Teori Penyebaran?

1. Berikan fungsi maklumat-maklumat dalam komunikasi kesihatan.

2. Senaraikan ciri-ciri komunikasi kesihatan yang berkesan.

3. Nyatakan kelebihan saluran komunikasi ÂInternetÊ dalam komunikasi


kesihatan.

4. Apakah cabaran-cabaran utama komunikasi kesihatan?

Baker, D.W., Parker, R.M. & Williams, M.V. (1997). The relationship of patient
reading ability to self-reported health and use of health services. American
Journal of Public Health 87:1027-1030.

Elayne, C. & Vicki, F. (1995). Journal of health education, vol. 26, no. 2.

Jackson, L.D., dan Duffy, B.K., (1998). (eds). Health communication research.
Westport, CT: Greenwood.

Maibach, E., & Parrott, R.L. (1995). Designing health messages. Thousand Oaks,
CA: Sage Publications.
Rosenstock, L. Cullen, M. R. 1994. Textbook of clinical occupational and
environmental medicine, Philadelphia: Saunders; 68.
212  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

U.S. Department Of Health And Human Services, (2005). Making health


communication programs work. NIH Pub.

U.S. Department Of Health And Human Services, (2005). Theory at a glance: A


guide for health promotion practice. NIH Pub.

Williams, M.V., Baker, D.W. & Parker, R.M. (1998). Relationship of functional
health literacy to patientsÊ knowledge of their chronic disease. A study of
patients with hypertension and diabetes. Archives of Internal Medicine
158:166-172.
Topik
i  Profesional
Pendidikan
10 Kesihatan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud profesional kesihatan;
2. Menghuraikan sikap, penampilan, budaya, kepercayaan dan
kemahiran profesional kesihatan;
3. Mengenal pasti agensi serta organisasi kesihatan di sekolah,
dalam dan luar negara; dan
4. Menjelaskan peranan, penggunaan dan perkhidmatan
profesional kesihatan.

 PENGENALAN
Sejajar dengan kemajuan teknologi dan era globalisasi, kerjaya dalam bidang
pendidikan kesihatan kini mengalami pelbagai perubahan dan menawarkan
pelbagai peluang pekerjaan yang menarik lagi mencabar.
214  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

10.1 MAKSUD PROFESIONAL KESIHATAN


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan profesional kesihatan? Apakah
pendekatan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh para ahli professional
kesihatan? Sebelum kita meneroka dengan lebih jauh lagi berkenaan profesional
kesihatan, kita perlu mengetahui apakah tujuan profesion kesihatan itu sendiri.

Profesional kesihatan membawa maksud seseorang yang mengamalkan


kemahiran atau pertimbangan atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan
dengan;
(a) Pengekalan atau peningkatan tahap kesihatan individu atau
(b) Perawatan atau penjagaan terhadap individu yang mengalami kecederaan,
mengidap penyakit, kurang upaya atau keuzuran.

Antara peranan utama yang perlu dimainkan oleh para profesional kesihatan
adalah;
(a) Merawat;
(b) Menyelia;
(c) Menasihat;
(d) Membimbing; dan

(e) Membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan kesihatan.


Sebagai contoh seorang doktor akan mengenal pasti masalah kesihatan pesakit
dan mencadangkan kaedah rawatan manakala para jururawat pula akan
menjaga serta merawat pesakit. Inspektor kesihatan memainkan peranannya
menyelia dan mengawasi sesuatu kawasan di perbandaran, majlis tempatan atau
daerah bagi memastikan kesihatan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan tidak diancam oleh pencemaran dan penyakit. Pakar psikologi dan pakar
pemakanan pula membimbing dan memberi nasihat kepada pesakit manakala
para penyelidik akan membuat kajian di makmal-makmal bagi mengenal pasti
punca dan menangani masalah kesihatan atau penyakit.

10.1.1 Sikap dan Penampilan


Sikap dan penampilan yang baik akan membantu seseorang untuk melaksanakan
tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berkesan. Selain daripada
itu, seseorang individu akan merasa seronok dan selesa apabila melaksanakan
tugas sekiranya beliau mempunyai sikap dan penampilan yang baik.
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  215

Antara sikap dan penampilan yang baik yang boleh diamalkan oleh seseorang
individu semasa menjalankan tugas adalah;
(a) Bertanggungjawab;
(b) Sentiasa bersikap positif;
(c) Mesra;
(d) Sentiasa bertenaga;

(e) Sedia membantu (Âringan tulangÊ);


(f) Berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi; dan
(g) Sedia untuk belajar dan memperbaiki diri dan kemahiran.

10.1.2 Budaya dan Kepercayaan


Bagi mempastikan segala tugas, amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan setiap ahli profesional kesihatan perlu mempunyai
budaya dan kepercayaan yang teguh terhadap profesion mereka. Seseorang
pengamal profesion kesihatan perlu mempunyai budaya kerja yang baik dan
berkesan. Beliau juga perlu mempunyai kepercayaan terhadap profesion yang
diceburinya itu mampu memberi khidmat dan faedah kepada pelanggan dan
orang ramai. Ini boleh dicapai melalui kod dan etika tugas profesional kesihatan.
Kod dan etika tugas professional kesihatan bertujuan untuk menjaga dan
mengawal tingkah laku pengamal profesional kesihatan semasa mereka
melaksanakan tugas. Secara umumnya, antara perkara yang terkdanung dalam
kod dan etika profesional kesihatan adalah;

(a)
Pengamal profesion kesihatan mempunyai tanggungjawab yang besar
untuk mendidik orang ramai bagi tujuan mempromosi, pengekalan dan
peningkatan tahap kesihatan individu, keluarga dan masyarakat. Mereka
perlu melayan dan memberi pertimbangan sepenuhnya kepada setiap isu-
isu atau masalah-masalah kesihatan yang timbul.

(b)
Pengamal profesion kesihatan adalah bertanggungjawab terhadap tingkah
laku profesion mereka. Mereka juga bertanggungjawab terhadap reputasi
profesion dan sentiasa menjaga dan meningkatkan kod etika kerja dalam
kalangan rakan sekerja.
216  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(c)
Pengamal profesion kesihatan perlu mengetahui dan memperakui
sempadan dan had kompetensi profesion mereka. Mereka perlu
bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti dan tindakan yang mereka
lakukan berkaitan dengan profesion mereka.

(d)

Pengamal profesion
menyampai kesihatan perlu
dan melaksanakan ikhlas, tulus
perkhidmatan dan Mereka
mereka. jujur dalam
perlu
menghormati, hak, kerahsiaan, maruah dan martabat semua pihak dengan
mengadaptasikan kaedah serta strategi yang baik dan berkesan.

10.1.3 Kemahiran
Kemahiran kerja amat diperlukan bagi membolehkan pengamal profesion
kesihatan melaksanakan peranan dan tugasnya dengan baik dan berkesan.
Antara kemahiran yang perlu ada pada setiap pengamal profesion kesihatan
adalah;
(a) Kebolehan berfikir dan bertindak dengan cepat dan betul,
(b) Mengamalkan mutu kerja yang cekap,

(c) Berkomunikasi dengan baik,


(d) Boleh berinteraksi dengan orang ramai dengan baik,
(e) Mampu menjangka dengan tepat, menganalisis dan merekod,
(f) Boleh mengawal emosi dalam pelbagai situasi.

Bidang profesion kesihatan memerlukan latihan dan kemahiran yang khusus.


Oleh yang demikian kelayakan ikhtisas amat diperlukan di samping kelayakan
akademik. Sebagai contoh, seorang ahli farmasi perlu mempunyai kelayakan
akademik di peringkat diploma atau ijazah asas dalam bidang farmasi. Beliau
juga perlu menjalani latihan ikhtisas yang khusus dalam ubat-ubatan dan
menjalani latihan amali dalam jangka masa tertentu sebelum melaksanakan
tugasnya sebagai ahli farmasi.
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  217

Anda seharusnya menjadi pendidik kesihatan sekiranya anda mempunyai


perasaan dan sikap ingin membantu orang ramai untuk hidup sihat, cergas
dan sempurna. Pendidik kesihatan sering memberi tumpuan terhadap isu-isu
serta masalah-masalah kesihatan yang menyeluruh yang bakal memberi
impak terhadap kualiti hidup.

Pendidik kesihatan membantu individu dan orang ramai membina strategi


yang sistematik dan berkesan bagi meningkatkan pengetahuan, sikap,
kemahiran dan tingkahlaku berkaitan kesihatan. Tujuan utama profesion ini
adalah secara positif mempengaruhi tingkah laku kesihatan, gaya hidup dan
cara bekerja individu serta orang ramai ke arah gaya hidup dan tahap
kesihatan yang berkualiti.

Sebagai pendidik kesihatan, anda akan bekerja untuk meningkatkan status


kesihatan individu, keluarga, negeri dan negara. Dengan memberi tumpuan
terhadap pencegahan, anda akan membantu mengurangkan kos kewangan
dan sumber manusia yang bakal dibelanjakan oleh individu, keluarga,
masyarakat dan negara untuk mendapatkan rawatan perubatan.

AKTIVITI 10.1
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, apakah peranan dan sumbangan
yang boleh anda lakukan sebagai guru pendidikan kesihatan bagi
meningkatkan status kesihatan para pelajar anda di sekolah?
218  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

10.2 AGENSI / ORGANISASI KESIHATAN


10.2.1 Agensi / Organisasi Kesihatan Luar Negara
(a)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah organisasi Bangsa-bangsa


Bersatu yang khusus untuk kesihatan. Ianya ditubuhkan pada 7 April 1948.
WHO dianggotai oleh 192 ahli yang ditadbir melalui persidangan kesihatan
Bangsa-bangsa Bersatu. Tujuan utama persidangan kesihatan ini adalah untuk
memperakui program dan anggaran perbelanjaan badan tersebut untuk era
biennium yang akan datang serta memutuskan beberapa persoalan polisi
utama dunia yang berkaitan dengan kesihatan. Objektif utama WHO adalah
supaya semua warga dunia memperoleh tahap kesihatan yang tertinggi.
Berpdanukan Matlamat Pembangunan Millennium (MDGs), WHO telah
menggariskan beberapa
sepatutnya dicapai deklarasi iaitu
oleh pembangunan antara beberapa hasilan yang
adalah;
(i) Kurangnya kadar kematian di kalangan wanita semasa melahirkan
anak;
(ii) Ramai bayi dapat hidup dalam usia awal hidup;
(iii) Menangani HIV / AIDS;
(iv) Memastikan orang ramai mempunyai kemudahan untuk
mendapatkan ubat-ubatan bagi meneruskan kehidupan; dan
(v) Tahap kesihatan yang lebih baik sambil mengurangkan tahap
kemiskinan.

(b)

Melalui keanggotaan 155 negara, UNICEF merupakan pertubuhan yang


membela kebajikan kanak-kanak yang terunggul di dunia dewasa ini.
UNICEF mempunyai pejabat operasinya di kebanyakan negara di dunia
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  219

ini. Ibu pejabat UNICEF adalah di New York, Amerika Syarikat yang mana
polisi global berkaitan kanak-kanak dibentuk. Setiap pejabat operasi di
negara-negara dunia menjalankan misi UNICEF melalui kerjasama unik
yang dibentuk dengan kerajaan-kerajaan tempatan. Program jangka masa
lima tahun UNICEF menumpukan kepada cara atau langkah-langkah
praktikal bagi merealisasikan hak-hak wanita dan kanak-kanak.

UNICEF juga mempunyai pejabat-pejabat wilayah yang memantau


kegiatan dan aktiviti pejabat-pejabat operasinya di seluruh dunia. Di
samping itu juga, UNICEF mempunyai pejabat yang khusus beroperasi dan
menjalankan kegiatan serta program yang khusus seperti;
(i) Pejabat UNICEF di Copenhagen, Denmark yang khusus menyediakan
vaksinvaksin penyelamat kepada kanak-kanak di negara-negara
membangun.
(ii) Pejabat UNICEF di Itali, Jepun dan Brussels yang khusus untuk
menyelaras kutipan dana dan hubungan dengan penggubal-
penggubal polisi.

Terdapat 37 jawatan kuasa yang membantu UNICEF menjalankan program


dan aktivitinya di seluruh dunia. Pertubuhan bukan kerajaan ini membantu
UNICEF mempromosikan hak-hak kanak-kanak, mengumpul dana,
mencipta perkongsian pintar dan menyediakan sokongan-sokongan lain.

Dana UNICEF dibantu sepenuhnya melalui sumbangan dana sukarela.


Kerajaan-kerajaan dunia merupakan penyumbang utama dana UNICEF
(dua pertiga) manakala sebahagian lagi disumbangkan oleh sektor-sektor
swasta dan perseorangan (satu pertiga).

Memantau kegiatan UNICEF adalah 36 ahli jawatan kuasa eksekutif yang


dilantik daripada wakil-wakil kerajaan di Bangsa-bangsa Bersatu. Jawatan
kuasa ini menggubal dan membentuk polisi, meluluskan program-program
dan membuat keputusan berkenaan perancangan pentadbiran serta
pengurusan kewangan UNICEF. Ahli-ahli jawatan kuasa ini lazimnya
dipilih dan dilantik untuk menjalankan tugas selama tiga tahun bagi satu
penggal.

(c)
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia ataupun singkatannya MERCY
ditubuhkan oleh Datuk Dr. Jemilah Mahmood pada Jun 1999. Sebagai
pertubuhan bukan kerajaan, MERCY Malaysia ditubuhkan dengan
matlamat untuk;
220  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(i) Ceningkatkan kesedaran dan semangat mengambil berat,


kesukarelaan dan kemanusian di kalangan ahli tanpa mengambil
kira kaum, agama dan budaya.
(ii) Menyediakan bantuan kemanusiaan terutama sekali dalam
bentuk bantuan perubatan kepada rakyat Malaysia dan rakyat
asing apabila diperlukan.
(iii) Mendidik masyarakat, termasuk para profesional perubatan
tentang bantuan kecemasan dan kerja-kerja bantuan yang
berkaitan dengan perubatan.
(iv) Mendapatkan bantuan kewangan daripada badan korporat,
kerajaan dan pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan serta orang
ramai.

ÂKecemerlangan dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan dan perubatan


kepada semua.Ê

ÂMERCY Malaysia adalah organisasi bantuan perubatan yang berdedikasi untuk


menyediakan bantuan kemanusiaan pada situasi krisis dan bukan krisis tanpa
mengambil kira kaum, agama, budaya dan sempadan.

AKTIVITI 10.2

Nyatakan kesamaan dan perbezaan yang wujud di antara WHO, UNICEF


dan MERCY.

10.2.2 Agensi / Organisasi Kesihatan dalam Negara


(a)
Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang
bertanggungjawab menjaga dan menangani hal ehwal yang berkaitan
dengan kesihatan di negara kita. Antara misi dan objektif kementerian ini
adalah;

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi


merangsang dan memudahkan rakyat untuk:
(i) Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka;
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  221

(ii) Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai; dan


(iii) Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan
status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Untuk membantu seseorang individu itu supaya mencapai dan


mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan
kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan
menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakkan, pencegahan, rawatan
dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi
penekanan kepada golongan- golongan yang kurang bernasib baik.

(b)
Bahagian Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu daripada bahagian-
bahagian yang wujud di Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan
Malaysia. Bahagian ini mulai beroperasi sebagai Unit Pendidikan Kesihatan
di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1968. Pada
masa itu fungsi utama Unit Pendidikan Kesihatan adalah untuk
menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti filem-filem
kesihatan dan bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan untuk
digunakan oleh anggota Kesihatan dalam menjalankan aktiviti pendidikan
kesihatan di seluruh negara.

Pada tahun 1993, Unit Pendidikan Kesihatan dinaikkan taraf ke Bahagian


Pendidikan Kesihatan di bawah Sistem Saraan Baru. Kini skop
perkhidmatan yang diberi oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan telah
diperluaskan daripada peringkat kebangsaan sehingga peringkat negeri,
hospital-hospital negeri, beberapa hospital daerah dan beberapa daerah
kesihatan.

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang promosi


kesihatan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan Cara Hidup
Sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima.

Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan


kesihatan rakyat Malaysia melalui;
(i) Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang
inovatif, saksama dan tepat pada waktu.
222  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(ii) Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat


bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan
mereka.
(iii) Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang berkaitan dan dengan sektor swasta.

Fungsi Utama Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk merancang,


mengurus pelaksanaan, menyelaras dan menilai program pendidikan dan
promosi kesihatan di seluruh negara.

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan,


Kementerian Kesihatan Malaysia adalah;
(i) Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program
pendidikan dan promosi kesihatan;
(ii) Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat,
sambutan hari-hari kesihatan dan program-program khas;
(iii) Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan pendidikan kesihatan;
(iv) Pengurusan program pendidikan kesihatan melalui media massa;
(v) Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan / promosi
kesihatan; dan
(vi) Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan.

(c)

Persatuan Pencegahan Tuberculosis Malaysia (MAPTB), adalah persatuan


yang memainkan peranan dalam program-program pencegahan penyakit
Tuberculosis di Malaysia. Antara visi dan matlamat persatuan ini adalah;
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  223

(i) pencegahan, pengawalan dan perawatan Tuberculosis di Malaysia


serta menyediakan kebajikan yang diperlukan oleh pesakit-pesakit
TB.
(ii) visi/misi ini dapat dicapai melalui kerjasama yang erat dengan
Kementerian Kesihatan, dan dengan lain-lain pertubuhan bukan
kerajaan dan juga dengan organisasi-organisasi komuniti dalam
semangat kesukarelaan.

(i) untuk mendidik orang ramai berkenaan Tuberculosis;


(ii) untuk menggalakkan individu yang mempunyai tanda-tanda TB
mendapatkan nasihat perubatan awal;
(iii) untuk memastikan individu yang menghidap TB menjalani rawatan
sepenuhnya;
(iv) untuk memberi bantu kewangan yang diperlukan oleh pesakit TB;
dan
(v) untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perkhidmatan
percuma yang disediakan oleh kerajaan bagi tujuan rawatan dan
diagnosis TB.

(d)

Majlis Kanser
objektifnya Nasional
untuk (MAKNA),
mengumpul ditubuhkan pada
dan mengembeling March
segala 1995
usaha, dengan
kepakaran
dan kewangan semua sector di dalam masyarakat bagi melawan kanser
dan mengurangkan kesakitan, keresahan fikiran dan kesengsaraan yang
ditanggung oleh pesakit-pesakit kanser.
224  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(i) Sentiasa mengekalkan kesejajaran berkenaan penemuan terkini,


maklumat, teknologi dan perkembangan rawatan kanser;
(ii) Menggalak, menyokong dan melaksanakan penyelidikan yang
berkaitan dengan rawatan serta terapi kanser;
(iii) Secara berterusan menyediakan program-program kesedaran

berkenaan
gaya hidup kanser bagi mendidik dan menggalakkan pemahaman
sihat; dan
(iv) Meningkatkan dana yang mencukupi bagi menyediakan
perkhidmatan berkaitan kanser kepada masyarakat.

MAKNA secara seimbang berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan


jagaan dan rawatan kanser yang terulung kepada masyarakat. Matlamat
MAKNA adalah:
(a) Mendidik orang ramai tentang punca kanser dan menggalakkan gaya
hidup yang sihat;
(ii) Mengumpulkan kakitangan yang terlatih dan lengkap bagi
memberikan khidmat penjagaan dan perawatan yang terbaik kepada
pesakit kanser;
(iii) Menyediakan kemudahan penyaringan dan diagnostik awal untuk
mengesan tanda awal kanser;
(iv) Sebagai sumber, pengumpulan dan penyebaran maklumat yang
berkesan kepada semua lapisan masyarakat;
(v) Menggalak, menyokong dan melaksanakan penyelidikan klinikal dan
asas sains berkaitan kanser yang bakal membawa kepada pendekatan
rawatan yang inovatif; dan
(vi) Mampu menguruskan program bursa bagi menyediakan bantuan
kewangan kepada pesakit kanser yang kurang mampu menanggung
kos rawatan kanser.

(e)
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  225

Ditubuhkan pada tahun 1992, Institut Jantung Negara atau IJN berazam
untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit jantung dengan
menyediakan khidmat kardiologi dan pembedahan kardiothorasik untuk
orang dewasa dan kanak-kanak.

Sebagai satu-satunya pusat bagi mendapatkan kepakaran berkenaan


pengurusan dan rawatan penyakit jantung, IJN menawarkan pelbagai
perkhidmatan yang komprehensif untuk ubatan penyakit kardiovaskular,
terapi dan pembedahan-pembedahan terbuka, tertutup, thoraksik dan
pemindahan jantung. Antara visi dan misi IJN adalah;

Sebagai pusat kecemerlangan global dalam penjagaan thoraksik dan


kardiovaskular.

(i) Bertanggungjawab untuk menyediakan rawatan thoraksik dan


kardivaskular yang terbaik dan berkualiti;
(ii) Mampu menguruskan kewangan sendiri;
(iii) Berperanan sebagai entiti korporat yang komited untuk menyediakan
perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan cemerlang; dan

(iv) Menerajui penyelidikan,


memperkembangkan pembangunan
keupayaan rawatandan thorasik
latihan bagi
dan
kardiovaskular.

Sebagai pusat yang unggul di rantau ini, Institut Jantung Negara telah
mencatat beberapa kejayaan. Antaranya adalah:
(i) Pertama di Asia dan rantau Australasia menjalankan pembedahan
endoskopik bagi merawat fibrillasi atrial.
(ii) Pertama di negara ini menjalankan pemindahan paru-paru.
(iii) Pertama di Asia dan rantau Australasia menjalankan implan alat
bantuan jantung mekanikal IVAD.
(iv) Satu-satunya pusat jantung di Asia yang dipilih sebagai tempat untuk
menjalankan prosedur transmisi intervensi kardiologi kepada
Persidangan EURO PCRO5 yang berlangsung di Paris.
(v) Pertama di rantau dan negara ini menjalankan pembedahan pintasan
jantung terhadap pesakit yang sedar.
(vi) Pertama di negara ini menjalankan pemindahan sel stem kepada
pesakit yang mengalami penyakit jantung peringkat akhir.
226  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

AKTIVITI 10.3

Nyatakan bagaimana Bahagian Pendidikan Kesihatan mempromosikan


Kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

10.2.3 Agensi/Organisasi Kesihatan Peringkat Sekolah


(a)
Program Doktor muda merupakan program perkongsian pintar antara
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan sokongan beberapa agensi-agensi lain bagi mempromosikan
kesihatan pelajar sekolah rendah melalui konsep ÂempowermentÊ. Program
ini adalah program yang berpusatkan sekolah (school based programed)
yang bermatlamatkan untuk melahirkan sekumpulan pelajar yang
mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai
agen mempromosikan kesihatan yang baik dalam kalangan rakan sebaya,
masyarakat sekolah serta ahli keluarga.

Doktor muda adalah sekumpulan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah
berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Para pelajar ini
kemudiannya dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam
beberapa aspek kesihatan yang releven. Para pelajar ini seterusnya akan
bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan
pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan.

Program Doktor Muda merupakan pendekatan proaktif yang berkonsepkan


ÂDari Pelajar Untuk PelajarÊ. Ianya perlu dilaksanakan di sekolah rendah
yang mempunyai masalah kesihatan tertentu bagi mencapai hasrat untuk
melahirkan para pelajar yang sihat, cergas serta cerdas.

Objektif program ini adalah untuk memperkasakan pelajar-pelajar sekolah


rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka
dapat mempertingkatkan lagi taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka
serta untuk:

(i) Membolehkan
keluarga ke arahpelajar membantu
mengamalkan gayadiri sendiri,
hidup sihat; rakan dan anggota
(ii) Membolehkan pelajar menjadi pembimbing dan contoh (role model)
ke arah amalan hidup sihat;
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  227

(iii) Membolehkan pelajar membantu kakitangan kesihatan dan pihak


sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah;
(iv) Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah yang lain
dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar;
(v) Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian
yang sewajarnya kepada kesihatan pelajar; dan

(vi) Mempertingkatkan usahasama


Jabatan Pelajaran dalam antara amalan
menggalakkan Jabatan kesihatan
Kesihatanyang
dengan
baik
dalam kalangan pelajar.

Aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda ini adalah sejajar dengan
peranan penting yang dimainkan dalam membantu mempromosikan
kesihatan di sekolah. Antaranya adalah;
(i) Membimbing pelajar ke arah cara hidup yang sihat;
(ii) Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat;
(iii) Membantu kakitangan kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti
perkhidmatan yang dijalankan di sekolah;
(iv) Pemberitahuan masalah kesihatan;

(v) Merawat kecederaan ringan;


(vi) Menyertai atau membantu kempen-kempen serta sambutan hari-hari
khas kesihatan di sekolah;
(vii) Menyertai lawatan ke kemudahan-kemudahan kesihatan;
(viii) Menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis,
mengarang dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan di kalangan pelajar; dan
(ix) Menganjurkan kempen-kempen kesihatan.
228  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

10.3 PENDIDIK KESIHATAN


Apakah sebenarnya pendidik kesihatan? Apakah tugas pendidik kesihatan ini
dan di manakah pendidik kesihatan melaksanakan tugasnya?

10.3.1 Apakah Dia Pendidik Kesihatan?

Pendidik kesihatan merupakan bidang profesion yang menarik dan semakin


berkembang di negara kita dewasa ini. Ianya merupakan bidang kerja yang
wujud dalam:
(a) Agensi kesihatan awam;
(b) Badan-badan sukarela;
(c) Pertubuhan bukan kerajaan;
(d) Institusi pendidikan (sekolah, kolej, universiti);
(e) Organisasi pengurusan penjagaan kesihatan;
(f) Klinik dan hospital; dan
(g) Sektor perniagaan dan industri.

Pendidik kesihatan secara umumnya bertindak untuk mempengaruhi tingkah

laku kesihatan
memerlukan danyang
latihan gaya hidup
khusus danindividu dan bidang:
intensif dalam masyarakat. Profesion ini
(a) Promosi kesihatan;
(b) Pengurusan penyakit;
(c) Kepenggunaan kesihatan;
(d) Literatur kesihatan; dan
(e) Pendidikan pesakit.

10.3.2 Tugas Umum Pendidik Kesihatan


Antara tugas dan peranan umum yang dimainkan oleh Pendidik Kesihatan
adalah;
(a) Melaksanakan penilaian kesihatan komuniti;
(b) Mengenal pasti keperluan kesihatan komuniti;
(c) Mencetus dan merancang program-program kesihatan yang berkesan;
(d) Merangka dan melaksanakan kurikulum kesihatan;
(e) Membina bahan-bahan program kesihatan;
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  229

(f) Menguruskan perkongsian pintar antara komuniti dengan agensi-agensi


berkaitan dengan kesihatan;
(g) Menjalankan penyelidikan;
(h) Menjalankan pemasaran sosial dan komunikasi kesihatan; dan
(i) Merancang dan melaksanakan kempen media berkaitan dengan kesihatan.

10.3.3 Tugas Khusus Pendidik Kesihatan


(a)
Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di sekolah adalah:
(i) Mengajar pendidikan kesihatan;
(ii) Menggalak dan melaksanakan program kesihatan yang komprehensif
kepada seluruh warga sekolah termasuk guru-guru, kakitangan
sekolah dan paranan ibu bapa;
(iii) Menggalakkan persekitaran sekolah yang sihat dan selamat;
(iv) Menggalakkan perkongsian pintar antara sekolah dan pihak luar
berkaitan dengan kesihatan;
(v) Membina kaedah dan bahan pengajaran yang inovatif; dan
(vi) Menggalak, menyelaras dan menilai program-program kesihatan.

(b)
Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di kolej dan universiti
adalah:
(i) Memberi kuliah pendidikan kesihatan;
(ii) Membina persekitaran yang sihat dan selamat;
(iii) Membina inisiatif pilihan yang sihat kepada pelajar;
(iv) Menganjurkan sesi-sesi bimbingan kepada pelajar;
(v) Menganjurkan program-program kecergasan dan kesihatan;
(vi) Menganjurkan seminar, bengkel dan forum berkenaan kesihatan;
(vii) Menganjurkan kempen-kempen; dan
(viii) Menganjurkan projek-projek yang berkaitan dengan kesihatan seperti:

Kepenggunaan kesihatan;
 Kesihatan emosi;
 Pencegahan penyakit;
 Kesihatan persekitaran;
 Bantu mula;
230  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

 Keselamatan;
 Penyalahgunaan bahan (dadah, ubatan, alkohol, rokok);
 Pemakanan; dan
 Kekeluargaan.

(c)

Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di tempat kerja adalah:


(i) Menjalankan atau menyelaras program kaunseling untuk pekerja;
(ii) Menjalankan atau menyelaras program pendidikan kesihatan;
(iii) Menjalankan atau menyelaras program aprisiasi risiko kesihatan dan
penyaringan kesihatan kepada pekerja;
(iv) Membina pelan perniagaan bagi menyokong program-program
kesihatan di tempat kerja; dan
(v) Membentuk, membina, mengetuai dan menilai program-
programkesihatan pekerja seperti;
 Kawalan berat badan;
 Obesiti;
 Pemakanan;

Kecergasan; dan
 Pengurusan stres.
(vi) Memastikan pihak syarikat atau majikan mematuhi syarat dan
prosedur keselamatan pekerjaan, dan
(vii) Mengenal pasti sumber-sumber kesihatan komuniti kepada para
pekerja.

(d)

Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di Pusat-Pusat Komuniti


dan Kemudahan Kesihatan adalah:
(i) Mendidik pesakit tentang prosedur-prosedur perubatan;
(ii) Mendidik pesakit tentang operasi, perkhidmatan dan aturan-aturan
terapi;
(iii) Mendidik individu untuk melindungi, mengekalkan dan
meningkatkan tahap kesihatan;
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  231

(iv) Merangka dan membina aktiviti untuk menggalakkan mereka


menggunakan serta mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang
disediakan;
(v) Menyelaras dan menjalankan latihan pembangunan staf;
(vi) Menyediakan bahan rujukan yang sesuai;
(vii) Merangka program bagi mendapatkan dana untuk menjalankan
aktiviti; dan
(viii) Membina dan mempromosikan program pendidikan kesihatan
kepada masyarakat.

(e)
Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di agensi dan organisasi
kesihatan adalah:
(i) Mengenal pasti keperluan, tingkah laku dan persekitaran kesihatan
komuniti melalui penilaian kesihatan;
(ii) Menganjurkan kempen atau program bagi meningkatkan kesedaran
komuniti terhadap kesihatan;
(iii) Menggunakan dan mengembeling sumber-sumber bagi membentuk,
mempromosi, melaksana dan menilai strategi pendidikan kesihatan
komuniti; dan
(iv) Membentuk, menghasil dan menilai kempen media massa.

AKTIVITI 10.4

Terangkan bagaimana seorang pendidik pesihatan dapat meningkatkan


kesedaran gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
232  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

• Topik ini telah membincangkan tentang maksud profesional kesihatan.


• Topik ini juga menjelaskan tentang peranan, sikap dan tanggungjawab
profesional kesihatan.
• Di samping itu juga, topik ini telah menjelaskan peranan yang dimainkan
oleh agensi dan organisasi kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan.
• Tugas pendidik kesihatan juga disentuh dalam topik ini.

Pendidikan kesihatan
Profesional kesihatan

1. Jelaskan apakah maksud profesional kesihatan?.


2. Antara peranan utama yang perlu dimainkan oleh para profesional
kesihatan ?
3. Senaraikan sikap dan penampilan yang baik yang boleh diamalkan
oleh seseorang profesional kesihatan semasa menjalankan tugas?
4. Senaraikan kemahiran kerja yang diperlukan bagi membolehkan
pengamal profesion kesihatan melaksanakan peranan dan tugasnya
dengan baik dan berkesan.

1. Berikan misi utama Kementerian Kesihatan Malaysia.


2. Senaraikan perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Nyatakan tumpuan utama Majlis Kanser Nasional.
4. Apakah tugas Umum Pendidik Kesihatan?
TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  233

Exciting Careers in Health Education. Available at: www.njsophe.org

Institut Jantung Negara. Available at: http://www.ijn.com.my/cms/index.asp

Malaysia Assosiation For The Prevention Of Tuberculosis. Available at:


http://www.maptb.org.my/about/aboutus.htm

Kementerian Kesihatan Malaysia. Available at:


http://www.moh.gov.my/MohPortal/

Majlis Kanser Nasional. Available at: http://www.makna.org.my/makna.aspx

Malaysian Medical Association. Available at: http://www.mma.org.my/

Responsibilities dan Competencies for Health Educators (200). Available at:


http://www.nchec.org/competencies.htm

UNICEF. Available at: http://www.unicef.org/about/structure/index.html


Jawapan
TOPIK 1: FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI
PENDIDIKAN KESIHATAN

UJIAN 1
1. Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja.

2. Sila lihat Topik 1.1.1 Falsafah Kesihatan Individu dan Keseluruhan.

3. Sila lihat Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya dalam Topik 1.1.1.2
(Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tahap Kesihatan Individu) sebagai
panduan.

UJIAN 2

1. Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang


dibentuk bagi memudahkan adaptasi atau tingkah laku yang kondusif
terhadap kesihatan.

2. Pendidikan Kesihatan mempunyai tujuan berikut;


(a) Untuk mengubah tingkah laku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan,
sikap dan amalan.

(b) Untuk menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran


dengan membekalkan pengalaman-pengalaman kesihatan yang
bermakna, yang boleh mengubah tingkah laku kesihatan.

(c) Untuk menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini

dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat,


pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan kesihatan
yang lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti.
JAWAPAN  235

(d) Untuk memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan


tanggungjawab kesihatan kerajaan.

3. Sila lihat Topik 1.2.7 (Pendidikan Kesihatan Sekolah Yang Komprehensif)

4. Objektif Pendidikan Kesihatan sekolah adalah supaya murid boleh;


(a) mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat
dan persekitaran;

(b) menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan


isu berkaitan dengan kesihatan;

(c) membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan


pengetahuan dan pengalaman;

(d) menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan

(e) berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat


secara keseluruhan.

TOPIK 2: KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


DALAM KBSR – PENGENALAN

UJIAN 1
 mereka harus tahu siapa ÂbossesÊ kepada bahagian anggota badan mereka.

 kenal pasti tempat-tempat bahagian anggota badan yang sulit

 bezakan sentuhan yang sesuai dan yang tidak sesuai

 memahami bahawa sentuhan pada bahagian sulit oleh orang dewasa adalah
tidak sesuai.

 cakap ÂTIDAK!Ê dan kemudian lari dan beritahu orang lain apa yang telah
berlaku, jika ada seseorang yang cuba menyentuh secara tidak sesuai.
 beritahu kanak-kanak mereka tidak bersalah atau jahat jika orang itu
menyentuh mereka secara tidak sesuai.
236  JAWAPAN

UJIAN 2
Jawapan terbuka bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran
seseorang guru itu.

TOPIK 3: ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN


KESIHATAN PENGENALAN

UJIAN 1
1. Psikologi adalah bidang ilmu sains tingkah laku yang mengkaji tingkah
laku manusia.
2. Sila lihat Topik 3.1.3 (Aspek Psikologi)
3. Sila lihat Topik 3.2.1.1 (Sistem Rangka)
4. Sila lihat Topik 3.2.1.2 Sistem Otot.

UJIAN 2
1. Pencemaran yang tidak boleh dikitar semula seharusnya dirawat di dalam
persekitaran yang selamat.
2. Sila lihat Topik 3.2.3 (Sistem Deria, Koordinasi dan Keseimbangan) sebagai
panduan.
3. Sila lihat Topik 3.2.3.1 (Ciri-Ciri Sensasi) sebagai panduan.

TOPIK 4: KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN


DALAM KURIKULUM SEKOLAH

UJIAN 1
Jawapan terbuka

UJIAN 2
Jawapan terbuka
JAWAPAN  237

TOPIK 5: KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

UJIAN 1
Jawapan terbuka

UJIAN 2
Jawapan terbuka

TOPIK 6: GAYA HIDUP SIHAT

UJIAN 1
Jawapan terbuka. Rujuk kepada keseluruhan Topik 6 untuk dijadikan panduan.

UJIAN 2
Jawapan terbuka. Rujuk daripada pelbagai sumber kerana ia merupakan take
home test.

TOPIK 7: SENAMAN DAN REKREASI

UJIAN 1
Jawapan terbuka. Rujuk kepada keseluruhan Topik 7 untuk dijadikan panduan.

UJIAN 2
Jawapan terbuka. Rujuk dari pelbagai sumber kerana ia merupakan „open book
test‰.

TOPIK 8: KESIHATAN PERSEKITARAN

UJIAN 1
1. Kesihatan persekitaran meliputi semua aspek kesihatan manusia termasuk

kualiti dalam persekitaran.


2. Sila lihat Topik 8.1 (Kesihatan Persekitaran dan Perubahan Cuaca).

3. Pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran daripada hasil


atau aktiviti manusia seperti industri dan proses pertanian.
238  JAWAPAN

4. Apabila ruang udara dipenuhi dan dicemari dengan sebatian sulfur


dioksida dan nitrogen dioksida, maka hujan yang turun mencurah ke bumi
adalah hujan berasid.

UJIAN 2
1. Pencemaran yang tidak boleh dikitar semula seharusnya dirawat di dalam
persekitaran yang selamat.

2. Sila lihat Topik 8.3.2 (Panduan Keselamatan Persekitaran).

3. Jawapan terbuka. Sila lihat Topik 8.3.3.1 (Inisiatif Tempatan: b) Topik 8.3.3.3
(Kerjasama Serantau) sebagai panduan.

TOPIK 9: KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

UJIAN 1
1. Komunikasi dalam kesihatan merupakan suatu pendekatan yang cuba
untuk mengubah tingkah laku para pendengar terhadap permasalahan
kesihatan yang khusus di dalam jangka masa yang tertentu
2. Sila lihat Topik 9.1.1 (Penggunaan Teori Dan Model Dalam Komunikasi
Kesihatan).

3. Sila lihat Topik 9.1.1 b (Teori Pembelajaran Sosial).

4. Komponen utama di dalam teori ini adalah sumber sesuatu sistem yang
merangkumi kepakaran dalam mencipta idea dan inovasi dan sistem
pengguna yang merangkumi semua penerimaan idea dan inovasi tersebut.

UJIAN 2
1. Sila lihat Topik 9.1.3 (Pembinaan Maklumat Komunikasi Dalam Kesihatan)
2. Sila lihat Topik 9.2.1 (Ciri-Ciri Komunikasi Kesihatan Yang Berkesan)

3. Sila lihat Jadual 9.1 (Saluran Komunikasi Kesihatan)


4. Sila lihat Topik 9.3.2.1 (Cabaran)
JAWAPAN  239

TOPIK 10: PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN


UJIAN 1
1. Seseorang yang mengamalkan kemahiran atau pertimbangan atau
menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan;
(a) pengekalan atau peningkatan tahap kesihatan individu, atau

(b) perawatan mengidap


kecederaan, atau penjagaan terhadap
penyakit, individu
kurang upaya atau yang mengalami
keuzuran.

2. Sila lihat Topik 10.1.1 (Maksud Profesional Kesihatan: peranan utama)

3. Sila lihat Topik 10.1.2 (Sikap dan Penampilan)

4. Sila lihat Topik 10.1.3 (Kemahiran)

UJIAN 2
1. Sila lihat Topik 10.2.2.1 (Kementerian Kesihatan Malaysia: misi)

2. Sila lihat Topik 10.2.2.2 (Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian


Kesihatan Malaysia: perkhidmatan)

3. Sila lihat Topik 10.2.2.4 (Majlis Kanser Nasional: tumpuan utama)

4. Sila lihat Topik 10.3.2 (Tugas Umum Pendidik Kesihatan)


MODULE FEEDBACK

MAKLUM BALAS MODUL

Should you have any comment or feedback, you are welcomed to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Download and fill up the feedback questionnaire from


URL: http://lms.oum.edu.my/ via myLMS
and
e-mail to modulefeedback@oum.edu.my

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)

Tel No.: 03-27732273


Fax No.: 03-26978702

You might also like