You are on page 1of 9

Tugasan 1: Bahan beracun dalam produk

LAPORAN
Tajuk : Bahana Nakotin Dalam Rokok
1. Pengenalan
Nikotin (atau nikotina) ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi
di dalam pokok tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi).
Sebanyak 5% daripada berat tembakau ialah nikotin.
Nikotin merupakan racun saraf manjur ( potent nerve poison ) dan digunakan di dalam
racun serangga. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai peransang dan
adalah salah satu sebab utama mengapa merokok digemari dan dijadikan tabiat.
Merokok sememangnya satu tabiat yang digemari ramai. Walaupun perbuatan ini
membahayakan kesihatan namun masih ramai yang terus merokok. Merokok boleh
menyebabkan seseorang itu ketagihan sama seperti dadah. Keadaan ini mungkin
mengejutkan kerana kita mempercayai bahawa tembakau tidak mengandungi 'dadah'.
Kenyataan ini tidak lagi benar. Walaupun di sisi undang-undang tembakau dalam rokok
bebas digunakan, namun kita tidak dapat lari daripada hakikat yang sebenarnya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin
merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam
daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.
Nikotin ialah sejenis dadah haram. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa
tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras
dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang
mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada
perokok. Keadaan ini tidak memeranjatkan, memandangkan perokok akan ketagihan
dan cuba untuk mendapatkan bekalan dadah nikotin melalui rokok. Keadaan ini
seterusnya akan menjadi satu tabiat hidup mereka.
Tabiat ketagihan yang dihasilkan oleh nikotin adalah sama walaupun jenis dadah yang
terlibat agak berbeza. Kesan ketagihan ini mendorong seseorang terus menghisap
rokok dan sukar untuk meninggalkannya seperti yang dialami oleh penagih dadah
heroin dan ganja. Ketagihan didapati tidak berlaku apabila nikotin 'dikeluarkan' daripada
rokok.

1.1 Sifat Kimia
Fomula kimia untuk nikotin ialah C
10
H
14
N
2
. Di dalam sistem IUPAC, namanya ialah 3-(2-
(N-methylpyrrolidinyl)) pyridine. Nikotin ialah bahan larut air dan boleh diekstrak dengan
membiarkan hirisan tembakau direndam dalam air selama 12 jam.

1.2 Ketagihan Nikotin
Dadah jenis nikotin yang memberi rasa 'umph' pada rokok. Dalam sebatang rokok
terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin
boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah
kokain. Nikotin juga turut mempengaruhi perilaku seseorang sehingga merosakkan
individu dan masyarakat dari segi kesihatan atau sebaliknya. Tambahan pula merokok
atau penggunaan tembakau menepati beberapa ciri pergantungan.
Ciri-ciri ini juga dapat diperhatikan pada penagihan dadah yang lain seperti heroin,
alkohol dan kokain. Misalnya, selepas tabiat merokok bermula, berlaku peningkatan
penggunaan rokok tahun demi tahun. Pola ini juga terdapat pada ketagihan heroin.
Mengikut satu kajian, dalam masa tiga bulan 70 peratus daripada mereka yang berhenti
akan ketagihan semula. Keadaan ini juga sama dengan penagihan heroin atau alkohol.
Laporan daripada Centres for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat pada
tahun 1994, mendapati lebih kurang 70 peratus daripada penduduk negara itu
berhasrat untuk berhenti merokok manakala satu pertiga cuba untuk berhenti setiap
tahun. Namun hanya 2.5 peratus sahaja daripada perokok yang berjaya menghentikan
tabiat tersebut. International Union Against Cancer pula melaporkan bahawa paling
kurang 30 peratus yang berhenti merokok telah mengulangi tabiat merokok mereka.
Kegagalan ini berlaku disebabkan pergantungan kepada dadah nikotin.
1.3 Kesan Dan Tindakan Nikotin
Sebagai satu bahan dadah psikoaktif, nikotin mudah berkumpul dan bertindak di tisu-
tisu saraf dan otak berbanding dengan dadah yang lain. Tindakannya menyerupai
asetilkolin, iaitu sejenis biokimia semulajadi dalam badan. Tindakan nikotin adalah lebih
khusus pada otot, kelenjar dan sistem saraf. Oleh itu ia berupaya membebaskan
beberapa bahan kimia semulajadi yang lain untuk mempengaruhi fungsi otak, merencat
tapak-tapak khas (reseptor) di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal
kadar jantung, tekanan darah, dan otak. Keadaan ini berlaku dalam beberapa saat
sahaja. Kesan secara umum ialah tindakannya ke atas otak iaitu rasa khayal dan
'ringan' pada permulaan rangsangan otak. Kesan pada otak boleh menyebabkan
seseorang mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti
mual, muntah-muntah, atau kepeningan yang sering dirasakan apabila mula-mula
merokok. Keadaan tolerans inilah yang seterusnya mendorong kepada kesan ketagihan
atau pergantungan kepada nikotin.
Umumnya nikotin tidak menyebabkan barah, tetapi dalam proses merokok, perubahan
kimia boleh berlaku dan menyebabkan bahan ini menjadi karsinogenik (berkaitan
dengan sesuatu bahan yang boleh menyebabkan terjadinya kanser). Akibat
rangsangan otak, kesan nikotin pada saluran darah dan jantung menjadi ketara. Apabila
terlalu banyak merokok, nikotin akan menekan kadar jantung dan tekanan darah,
berlakunya kurang selera makan dan penurunan berat badan yang ketara berbanding
dengan mereka yang tidak merokok. Keadaan ini berkaitan dengan pengaruh nikotin ke
atas hormon-hormon tubuh.
Seseorang akan menghadapi kesan-kesan yang berbeza bergantung kepada cara
menghisap rokok yang juga berbeza-beza. Ia bergantung kepada cara seseorang itu
menyedut dan kadar kekerapan sedutannya. Tambahan pula setiap rokok mempunyai
kandungan nikotinnya tersendiri. Amalan merokok berterusan akan memberi kesan
kepada tisu-tisu lain menyebabkan penyakit bronkitis (radang dalam saluran
pernafasan), penyakit jantung dan penyakit saluran darah.
1.4 Kesan Keracunan Nikotin
Kes keracunan nikotin menunjukkan kesan yang teruk. Ia bermula dari mual dan
muntah-muntah, sakit di bahagian perut, cirit-birit, pening-pening, gangguan
pendengaran dan penglihatan, kekeliruan mental, lemah-lemah otot, perubahan kadar
pernafasan dan tekanan darah. Keadaan ini jika tidak diawasi akan membawa maut.
Situasi ini juga boleh berlaku kepada penanam tembakau. Mereka boleh dihidapi
penyakit 'tembakau-hijau' kerana sering terdedah kepada embun yang mengandungi
nikotin pada daun tembakau. Resapan embun melalui kulit boleh menyebabkan rasa
mual, pucat, lemah-lemah, kepeningan, sakit kepala dan pepeluhan. Kadangkala
mereka akan merasa sakit di bahagian perut, kesejukan, dan air liur yang meleleh.
Keadaan yang lebih teruk boleh berlaku seperti sawan, tekanan darah rendah dan
pernafasan tertekan. Ini akan menjadi lebih dahsyat sekiranya melibatkan racun
makhluk perosak yang bercampur nikotin. Hal ini lebih membimbangkan
memandangkan tahap kesedaran para petani adalah kurang.
Kesan kepada kanak-kanak juga berlaku sekiranya termakan tembakau rokok yang
dibiarkan merata-rata tempat. Mereka juga mungkin terdedah dengan persediaan lain
yang mengandungi nikotin seperti gam nikotin.

1.5 Kesan Gian Nikotin
Gian boleh didefinisikan sekiranya bekalan rokok terputus dan seseorang akan merasa
tidak selesa serta merasa terdesak untuk menghisap rokok. Rasa gian timbul kerana
bahan nikotin yang terserap di dalam darah menjadi semakin rendah dan akhirnya
menjejaskan keselesaan seseorang itu. Berasaskan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah mendefinisikan merokok sebagai satu tabiat ketagihan. Mengikut WHO,
ketagihan ialah keperluan untuk mengambil dadah (nikotin) pada kadar yang berterusan
dalam usaha untuk menikmati kesannya atau menghindar dari sebarang rasa tidak
selesa di atas ketiadaannya (seperti rasa cemas, menggeletar dan kerengsaan).
Akibatnya perokok akan mula merasa rengsa, pening kepala, berpeluh dan merasa
tidak selesa selagi 'bekalan' nikotin dalam tubuhnya (termasuk otak) tidak dapat
ditingkatkan semula. Ini menyebabkan otak tidak dapat berfungsi untuk berfikir. Oleh itu
amalan merokok diteruskan seolah-olah mengikut satu kitaran tertentu. Kitaran ini
menggambarkan naik turunnya paras bahan nikotin dalam tubuh. Seboleh-bolehnya
perokok akan cuba untuk mengekalkan paras nikotin tersebut pada tahap yang agak
'selesa' bagi dirinya.
Dalam masa tujuh saat rokok dihisap, nikotin akan memasuki otak. Sekiranya setiap
batang rokok yang dihisap, bahan nikotin yang dapat diserap dalam tubuh, termasuk
otak, bersama bahan-bahan yang lain adalah dalam anggaran 1 miligram (mg).
Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda
dan begitulah seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak nikotin dalam
badan. Satu kajian menunjukkan dalam masa seminggu selepas berhenti merokok,
perokok akan mengalami tanda-tanda gian seperti gelisah, tidak cukup tidur,
kerengsaan, tidak sabar, sukar memberi tumpuan, keresahan, kemaruk tembakau,
lapar, masalah perut-usus, sakit kepala dan kepeningan. Tanda-tanda ini akan reda
dalam masa dua hingga empat minggu kecuali kemaruk tembakau. Walupun rasa
kemaruk ini lebih mudah diatasi tetapi ia mungkin berlarutan. Pada kebiasaannya
perokok akan mula merokok semula pada minggu pertama berhenti merokok.
Tabiat merokok menghasilkan dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan
psikologi atau mental. Dalam pergantungan ini meliputi alasan-alasan sosial yang
sering diberikan untuk terus merokok. Bagi perokok, rokok boleh menjadi sumber ilham
atau motivasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau menyelesaikan masalah. Kedua
pula adalah pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang mengalami ketagihan
dan menyebabkan berbagai kesan jasmani apabila seseorang berhenti merokok.
Secara umumnya peratusan perokok yang ketagihan kepada dadah nikotin boleh
dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang. Fagerstrom Tolerance
Test merupakan satu-satunya ujian untuk menentukan sama ada seseorang itu
mengalami pergantungan kepada nikotin (rokok).
1.6 Jenama Rokok di Pasaran

1. Marlboro
2. Dunhill
3. Winston
4. Camel
5. Mild Seven
6. Benson & Hedges
7. Kent
8. Manchester
9. Glamour
10. Salem

2. Kajian Terhadap Penjualan Rokok.
Kajian dalam bentuk temu bual secara tidak formal terhadap beberapa pekedai runcit di
sekitar perumahan Ampang. Beberapa jenama rokok terkenal telah dipilih untuk dibuat
kajian.
Soalan:
1. Apakah jenama rokok yang paling popular/digemari di kalangan perokok?
2. Berapa anggaran rokok yang terjual dalam masa sehari mengikut jenama?
3. Berapa harga sekotak rokok?





2.1 Hasil Kajian

Jenama Bii rokok yang
terjual dalam
sehari
Harga
Marlboro 70 kotak RM10
Dunhill 110 kotak RM10
Mild Seven 30 kotak RM10
Manchester 50 kotak RM7
LM 40 kotak RM8.50



2.3 Rumusan
Daripada kajian yang dibuat ke atas beberapa buah kedai runcit di sekitar
perumahan Ampang didapati bahawa jenama rokok Dunhill begitu digemari
MARLBORO
23%
DUNHILL
37%
MILD SEVEN
10%
MANCHESTER
17%
LM
13%
ROKOK YANG TERJUAL DALAM SEHARI
MARLBORO
DUNHILL
MILD SEVEN
MANCHESTER
LM
orang perokok, ini berdasarkan daripada bilangan rokok yang terjual dalam
tempoh sehari iaitu sebanyak 110 kotak. Manakala jenama Marlboro menjadi
pilihan kedua perokok iaitu sebanyak 70 kotak dalam sehari. Seterusnya
jenama rokok Manchester sebanyak 50 kotak. Jenama LM dan Mild Seven
sebanyak 40 dan 30 kotak.
Jika dilihat daripada jadual di atas perokok tidak menghiraukan harga rokok
walaupun mahal , mereka tetap juga membelinya. Ini mungkin disebabkan
pengaruh ketagihan nakotin yang terkandung di dalam rokok tersebut.

3 Cadangan mengatasi masalah merokok.
1. Menggantikan rokok yang mengandungi nakotin dengan rokok herba yang
memberi impak baik kepada kesihatan.
2. Memperbanyakkan lagi tempat-tempat larangan merokok.
3. Naikkan denda bagi mereka yang merokok di tempat-tempat larangan
merokok.
4. Kerajaan hendaklah memberi ganjaran kepada perokok yang berjaya
berhenti merokok.
5. Pencegahan/bahaya merokok hendaklah diajar di sekolah rendah, menengah
dan pusat-pusat pengajian tinggi.
6. Kempen Mega bahaya merokok hendaklah jalankan di seluruh negara.
7. Beri keutamaan kepada mereka yang tidak merokok untuk mendapat
pekerjaan, kenaikan pangkat dan kemasukan ke pusat-pusat pengajian
tinggi.

4 KESIMPULAN
Secara amnya, ramai yang menganggap merokok adalah amalan yang mudah.
Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai tidak kira umur, pangkat dan jantina.
Walau apa pun alasan seseorang itu merokok, yang jelasnya, ia merupakan satu tabiat
yang mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Oleh itu cara
terbaik yang boleh dilakukan ialah melalui pencegahan awal iaitu menanam kesedaran
dan mengelak sama sekali daripada merokok.

You might also like