You are on page 1of 5

BINCANGKAN

APA YANG

DIMAKSUDKAN

DENGAN

E-WASTE.

JELASKAN

BAGAIMANA UNTUK MENANGANI MASALAH INI DARIPADA BERTERUSAN.


PENGURUSAN DAN PELUPUSAN SISA ELEKTRONIK. BINCANGKAN
Buangan elektrik dan elektronik atau lebih dikenali dengan e-waste adalah masalah
sisa yang paling cepat berkembang di dunia. Barangan elektrik dan elektronik seperti
komputer persendirian, televisyen, telefon bimbit menjadi cepat luput dalam tempoh
yang singkat sebaik sahaja model baru diperkenalkan di pasaran. Menurut lnternational
Relecomunication Union (IRU), jumlah pelanggan telefon bimbit di seluruh dunia pada
tahun 2009 ialah sebanyak 4.6 billion dan angka ini dijangka melebihi 5 billion pada
tahun 2010. Di Malaysia, sebanyak 30.4 juta tetefon bimbit telah didaftarkan dibawah
Suruhanjaya

Komunikasi

dan Multi Media (sKMM). Kesemua barangan ini bakal

menjadi bahan buangan apabila sampai ke penghujung hayatnya.


E-waste perlu dilupuskan dengan baik dan selamat supaya tidak memudaratkan
kesihatan dan alamsekitar. E-waste mengandungi

beberapa

jenis bahan

toksik

termasuklah plastik dan logam berat seperti plumbum, kadmium dan merkuri yang
boleh menyebabkan kesan serius kepada kesihatan.
Pada setiap tahun dianggarkan sebanyak 50 juta tan bahan elektronik dibuang sebagai
sisa pepejal di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan lima
peratus daripada jumlah sisa perbandaran terdiri daripada buangan elektronik.
Lambakan buangan elektronik ini sebenarnya boleh membawa implikasi yang besar
terhadap manusia dan alam sekitar. Ia merupakan suatu cabaran kepada pengurusan
sisa pepejal sama ada di peringkat lokal mahupun global.
Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China adalah antara pengeluar bahan
buangan elektronik yang tertinggi di dunia. Pada tahun 2007, di AS sahaja terdapat

lebih kurang 700 juta komputer usang yang sedia untuk dilupuskan sebagai bahan sisa
pepejal. Sementara itu China dilaporkan mengeluarkan satu juta tan buangan elektronik
setahun dan Kesatuan Eropah menjana lebih kurang 8.7 juta tan buangan elektronik
setahun. Dalam konteks Malaysia, penggunaan peralatan elektronik turut bertambah
seiring dengan pertambahan penduduk. Statistik menunjukkan sejak tahun 1999 hingga
2003 jumlah komputer yang digunakan telah meningkat sebanyak dua kali ganda iaitu
daripada 1.8 juta kepada 4.18 juta. Sementara itu penggunaan telefon bimbit meningkat
sebanyak empat kali ganda daripada 2.7 juta pada tahun 1999 kepada 11.12 juta pada
tahun 2003. Selain itu peralatan elektronik yang digunakan oleh penduduk Malaysia
menunjukkan angka yang agak tinggi iaitu pada tahun 2003 bagi TV ialah 4.5 juta, radio
9.4 juta dan peti sejuk 3.5 juta.
Pada tahun 2004 adalah dianggarkan sebanyak 380,000 hingga 430,000 tan buangan
elektronik dikeluarkan oleh negara ini. Persoalannya apakah kita telah bersedia untuk
menguruskan pertambahan buangan elektronik ini pada masa hadapan?
Sememangnya pengurusan buangan sisa pepejal di Malaysia pada ketika ini amat
mencabar dan sering kali menjadi isu nasional. Kebanyakan tapak pelupusan sampah
di Malaysia kini mempunyai hayat tampungan yang semakin berkurangan. Ini
disebabkan oleh jumlah penjanaan bahan sisa pepejal dan pertambahan penduduk
yang semakin meningkat.
Pada ketika ini dianggarkan 18,000 tan sisa pepejal dihasilkan setiap hari di seluruh
Malaysia. Di Kedah misalnya, sehingga tahun 2006, terdapat lebih kurang 11 buah
tapak pelupusan sisa pepejal dan 50 peratus daripadanya mempunyai jangka hayat
tidak lebih daripada empat tahun. Antara isu yang sering kali timbul mengenai
pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal adalah aspek penempatan dan reka

bentuknya yang tidak menepati spesifikasi kejuruteraan dan tidak menerapkan konsep
mesra alam. Hal ini telah mengundang pelbagai kesan buruk terhadap persekitaran
seperti bau busuk dan pelepasan air larut resap dari tapak pelupusan sehingga
menjejaskan kualiti air sungai di kawasan berhampiran.
Dalam konteks buangan elektronik pula, ia memerlukan suatu sistem pengurusan yang
agak kompleks dan berbeza dengan pengurusan sisa pepejal harian. Sejak tahun 1990
Kesatuan Eropah telah melarang pelupusan buangan elektronik bersama dengan sisa
pepejal harian. Terdapat dua sebab utama mengapa buangan elektronik perlu di urus
secara sistematik. Sebab yang pertama adalah buangan elektronik mengandungi bahan
kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar.
Terdapat lebih kurang seribu jenis bahan kimia dalam buangan elektronik. Ini
termasuklah beberapa jenis logam berat yang boleh membawa kesan toksik kepada
manusia seperti plumbum, raksa dan kadmium. Buangan elektronik juga mengandungi
Polychlorinated biphenyls (PCBs) yang boleh membawa kesan karsinogenik kepada
manusia.
Kajian yang dibuat oleh Basel Action Network (BAN), daripada sejumlah 500 juta
komputer di dapati mengandungi 2.8 bilion kg plastik, 716.1 juta kg plumbum dan
286,700 kg raksa. Secara puratanya setiap sebuah monitor komputer mempunyai enam
peratus plumbum yang kebanyakannya terdapat dalam kaca tiub sinar katod (CRT).
Sebab kedua mengapa buangan elektronik perlu diurus secara sistematik kerana
peningkatan drastik jumlah bahan buangan elektronik. Jumlah tapak pelupusan yang
sedia ada kini amat terhad dan tidak sesuai untuk pelupusan buangan elektronik.

Pelupusan buangan elektronik kebiasaannya memerlukan proses yang agak kompleks.


Kaedah pelupusan bahan buangan elektronik juga perlu mematuhi perundangan alam
sekitar yang ditetapkan.
Buangan elektronik kini dijadikan sumber bahan mentah untuk industri kitar semula bagi
mendapatkan bahan-bahan kimia yang bernilai untuk kegunaan lain. Selain itu,
buangan elektronik seperti komputer boleh diguna semula dengan kaedah membaik
pulih komputer lama.
Konsep 3R (reuse, reduce, recycle) telah diterapkan dalam usaha untuk mengelakkan
bahan buangan elektronik terus dilupus dan mencemarkan alam. Bagaimanapun
kaedah pelupusan buangan elektronik perlu mematuhi prosedur perundangan yang
ketat.
Di Malaysia buangan elektronik perlu mematuhi perundangan Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 yang ditadbir oleh Jabatan Alam Sekitar. Buangan elektronik
dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah kod SW 110.
Pelupusan buangan elektronik perlu mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Konsep dari buaian hingga ke liang lahad (cradle to grave) diamalkan bagi memastikan
tiada sebarang ketirisan dalam pelupusan bahan buangan ini. Mengurus buangan
elektronik dari ia terhasil sehingga ia dilupuskan di tapak pelupusan selamat yang
dilesenkan oleh kerajaan.
Dalam konteks antarabangsa, buangan elektronik telah disenaraikan di bawah kod
A1180 dan kod A2010 di bawah Perjanjian Basel. Perjanjian Basel ini bermatlamat
untuk mengerakan masyarakat antarabangsa mengenai usaha menjaga kesihatan
manusia dan alam sekitar daripada kesan bahan buangan berbahaya, serta berusaha

untuk mengurangkan penghasilan dan mengawal pergerakan buangan berbahaya


rentas

benua.

Malaysia

merupakan

satu

daripada

116

negara

yang

telah

menandatangani perjanjian Basel pada tahun 1989.


Pengurusan buangan elektronik di Malaysia perlu dilihat sebagai suatu cabaran besar.
Ia hanya mampu dilaksanakan dengan kesedaran dan kerjasama antara semua pihak
termasuk individu, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Selain daripada polisi
dan perundangan amalan mesra alam perlu diterapkan di semua peringkat untuk
memastikan risiko buangan elektronik ini dapat dikawal pada tahap minimum.
Antara amalan yang boleh dilakukan pertama, adalah mengembalikan setiap barangan
elektronik yang lusuh kepada penjual. Kedua, menukar barangan elektronik yang lama
apabila membeli yang baru. Ketiga, menghantar ke pusat- pusat kitar semula. Keempat,
penggunaan komputer di sektor awam umpamanya perlu di servis secara berkala bagi
memanjangkan hayat penggunaan barangan elektronik.

Kelima, membeli barangan elektronik yang lama tapi masih boleh digunakan. Keenam,
memperbanyakan tong kitar semula bahan buangan elektronik untuk telefon bimbit.
Ketujuh, memperbanyakan program kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu
lambakan buangan elektronik dan kesannya terhadap alam sekitar.
Sesungguhnya langkah-langkah ini perlu segera dilaksanakan bagi mengelakkan
negara kita terus menjadi lambakan buangan elektronik sehingga boleh menjejaskan
alam sekitar dan manusia.

You might also like