You are on page 1of 4

Refleksi Program Bina Insan Guru fasa 2

AMBILAN JUN 2016

YAGNESWARY A/P SUNDRAN


2016151340071
971007-08-5476

Pada 29 oktober sehingga 2 November 2018 yang lepas, saya telah menjalani
program Bina Insan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institut Kampus Raja Melewar
bertempat di Institut Kampus Raja Melewar. Program tersebut bertujuan melahirkan modal
insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika, dan akhlak keguruan di samping
meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari segala sudut fizikal, emosi,
rohani dan sosial. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya timba
sepanjang program ini dijalankan. Pada hari pertama program ini dijalankan, seluruh
pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 yang terlibat dalam BIG fasa 2 telah dibahagikan
kedalam kumpulan kecil dan setiap aktiviti yang berlangsung haruslah mengikut
kumpulan yang ditetapkan. Sememangnya setiap aktiviti yang dijalankan
memberikan pengalaman baru kepada saya. Khususya, aktiviti Latihan dalam Kumpulan
yang dijalankan oleh Encik Dr. Ali dan pensyarah-pensyarah Unit Kaunselling Ipg Kampus
Raja Melewar. Akitviti tersebut amat menarik dan memberi nilai-nilai murni kepada diri
saya.

Terdapat beberapa kekuatan dalam program Bina Insan Guru fasa 2 . Antaranya
ialah,dapat mengeratkan hubungan silalaturahim antara guru pelatih. Sebagai
contohnya, pada hari pertama pensyarah-pensyarah daripada unit kaunselling telah
mengadakan aktiviti pembahagian kumpulan iaitu juga dikenali sebagai aktiviti Ice
Breaking. Dalam aktiviti tersebut, semua pelajar dikehendaki berduduk dalam satu bulatan
yang besar. Selepas itu, pensyarah yang berkaitan telah memperkenalkan satu permainan
yang dikenali sebagai “ angin mengencang ke arah mana”. Permainan tersebut
memperkenalkan disebabkan oleh mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar yang
terlibat dalam BIG fasa 2. Dalam bulatan tersebut semua pelajar diberikan sehelai kertas
dan dikehendaki menulis nombor 1 sampai 5. Apabila lagu mula memainkan semua
pelajar dikehendaki berlari dalam bulatan dan tukar numbor mereka denga kawan-kawan
lain sambil memperkenalkan dirinya. Selepas itu,pembahagian kumpulan dilaksanakan
mengikut nombor yang dapat kepada setiap individu. Seterusnya, untuk menarik perhatian
semua pelajar pensyarah-pensyarah daripada unit kaunselling telah menayangan
beberapa lagu berkaitan dengan budaya kaum masing-masing. Semua pelajar
dikehendaki mendengar lagu tersebut dengan teliti dan juga mencari ahli kumpulan
masing-masing sambil membuat “miming” lagu tersebut. Seterusnya, semua guru pelatih
dikehendaki mencipta logo kumpulan dan juga melakar bendera Negara kita. Seterusnya,
pada hari yang ketiga telah mengadakan latihan dalam kumpulan 2 juga dikenali sebagai
LDK 2. Dalam aktivti tersebut, semua pelajar dikehendaki membina sebuah menara yang
kukuh dan paling tinggi dengan menggunakan 10 helai surat khabar sahaja. Menara
tersebut dibina dengan menggunakan balun sebagai tapak menara tersebut. Aktiviti
tesebut memberi cabaran kepada ahli kumpulan saya. Tetapi akhirnya dengan bantuan
setiap ahli kumpulan kami berjaya membina sebuah menara yang tinggi dan juga kukuh.
Secara keseluruhanya, segala aktiviti yang dirancangkan dalam aktivti Ice Breaking adalah
amat menarik dan saya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Setiap ahli
kumpulan telah memberi kerjasama antara satu sama lain dan berganding bahu apabila
melakukan sesuatu aktiviti.

Justeru itu, program ini juga meningkatkan semangat patriontik terhadap


Negara kita. Sebagai contohnya, Pada hari yang keempat telah mengadakan Malam
Kebudayaan. Dalam aktiviti tersebut, semua pelajar dikehendaki membuat Sketsa secara
kumpulan. Sketsa tersebut bertema patriotik dan klasik. Setiap ahli kumpulan telah
bersemangat untuk berlakon dengan tema tersebut. Dengan ini, setiap kumpulan
dikehendaki memilih satu lagu patriotik yang berjenis klasik. Oleh hal yang demikian, saya
dan ahli kumpulan saya telah memilih lagu Bahtera Negara dan juga tajuk sketsa
kumpulan saya adalah Genarasi Merdeka. Saya dan ahli kumpulan saya mengambil masa
selama 2 hari untuk membuat latihan untuk sketsa tersebut. Apabila saya dan ahli
kumpulan saya telah berlakon dengan tema patrotik, saya telah dapat menyelami
beberapa peristiwa pada zaman dahulu dan juga perjuangan tokoh-tokoh pahlawan.
Secara keseluruhannya, program ini telah memupuk semangat patriotic dalam kalangan
guru pelatih.
Kekuatan yang seterusnya adalah meningkatkan nilai professionalisme
keguruan. Sebagai contohnya, pada hari yang kedua telah mengadakan latihan dalam
kumpulan 1 juga dikenali sebagai LDK 1. Dalam LDK 1 Encik Dr Ali dan pensyarah –
pensyarah daripada unit kaunselling telah merancangkan satu aktiviti yang dikenali
sebagai “gaya pemberian ucapan di atas pentas”. Dalam Aktiviti tersebut semua pelajar
secara kumpulan dikehendaki bercakap dengan menggunakan gaya ucapan yang betul di
hadapan ahli kumpulan masing-masing. Setiap pelajar harus bertutur mengikut tajuk yang
diberikan oleh pensyarah berkaitan. Apabila aktiviti tersebut tamat, setiap kumpulan
dikehendaki menghantar seorang wakil daripada kumpulannya untuk berucap di atas
pentas. Ucapan yang diberikan oleh setiap wakil kumpulan akan diberikan markah oleh
beberapa judi. Judi disini merupakan beberapa pelajar-pelajar dariapada BIG Fasa 2.
Wakil kumpulan saya telah mendapat tajuk “Puteri IPGKRM”. Beliau telah bercakap
dengan gaya yang betul dan manarik semua perhatian para penonton. Secara
Keseluruhannya, aktiviti ini telah meningkatkan nilai professionalism keguruan. Sebagai
seorang guru pelatih, nilai professionalisme amat penting apabila mengajar di depan
murid-murid. Oleh hal yang demikian, gaya bercakap di depan ramai orang merupakan
salah satu nilai professionalisme keguruan.

Sesungguhnya program Bina Insan Guru ini elemen yang berkesan yang
mempunyai banyak kekuatan tetapi juga terdapat beberpa kelemahan . Antaranya ialah
dalam melaksanakan aktiviti kumpulan saya telah menghadapi kekangan masa.
perlaksanaan BIG pada kali ini ialah pengurusan masa yang tidak sama seperti yang
dirancang. Oleh sebab kelewatan, berlaku perubahan masa pada hampir semua aktiviti..
Pengurusan masa juga terganggu apabila aktiviti yang dijalankan tidak mengikut tempoh
masa yang ditetapkan. Hal ini disebabkan ada sesetangah aktiviti dilaksanakan terlalu
lama dan memakan masa untuk aktiviti yang lain.. Apatah lagi, saya juga menghadapi
kekangan masa apabila melaksanakan aktiviti kumpulan seperti persiapan untuk Malam
Kebudayaan, penghasilan logo kumpulan dan sebagainya. Sebagai cadangan ataupun
penambaikan semua guru pelatih yang terlibat dalam BIG Fasa 2 harus merancang masa
dengan baik dan melaksanakan aktiviti megikuti masa yang ditetapkan.

Kelemahan seterusnya pula, para peserta kebanyakkannya hilang fokus. Hal ini
disebabkan oleh para peserta agak letih kerana pada waktu siang hari telah menjalankan
aktiviti air dan juga aktiviti “abseiling”. Apabila melaksanakan aktiviti latihan dalam
kumpulan satu sesetengah guru pelatih tidak dapat memberi fokus dengan baik
disebabkan oleh terlalu letih. Hal ini juga menyebabkan Kebanyakkan guru pelatih tidak
dapat memberi kerjasama antara ahli kumpulan masing-masing . Oleh hal yang demikian,
sebagai cadangan ataupun penambahbaikkan pihak yang berkaitan harus memilih waktu
yang lebih sesuai agar peserta lebih bersedia dan tidak terlalu penat.

Secara keseluruhan, saya secara peribadi merasakan bahawa program yang kami
jalani ini telah berjaya dilaksana. Melalui semua aktiviti yang kami sertai samaada di darat
ataupun di air , dapatlah saya rumuskan bahawa program ini amat mendidik saya menjadi
seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut
para guru supaya menjaga tingkah laku dan etika perguruan walau di mana pun berada.
Selain itu, program ini juga mengajar saya supaya bijak membahagi dan menepati
masa. Program BIG yang disertai oleh tiga kaum yang berbeza ini membuatkan saya
banyak belajar budaya baru di samping dapat mengukuhkan tali persaudaraan dengan
mereka. Sikap toleransi dan hormat-menghormati juga secara tidak langsung tersemai
dalam hati saya dan rakan-rakan melalui setiap aktiviti yang dilakukan. Sesungguhnya
program Kem BIG yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini sangat
praktikal dan memberi banyak imbuhan kepada para pesertanya hingga sukar untuk saya
mencari kelemahan. Justeru saya berharap program umpama ini akan diteruskan supaya
setiap bakal guru akan melengkapkan diri bukan sahaja dari segi mental, tetapi juga dari
segi ketahanan fizikal.

You might also like