You are on page 1of 6

AKTIVITI PEMBINAAN

INTERGRASI NASIONAL
AUNI, AZIZ, AMIRAH, AMIN
SOALAN
• Cadangkan idea dan penyelesaian alternatif
terhadap peranan guru dalam pembinaan
integrasi nasional. Rancang aktiviti yang
berkaitan konsep negara bangsa dalam
memperkasa bahasa kebangsaan,
memantapkan integrasi nasional dan memupuk
kecintaan kepada seni, warisan dan budaya
negara.
1. AKTIVITI BULAN
BAHASA
• Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti deklamasi sajak, pidato,
syarahan dan persembahan lagu tradisional.
• Mewajibkan penglibatan semua murid. Walaupun murid terpaksa, tetapi
mereka tetap akan mendapat pendedahan dan hati mereka akan lebih terbuka
selepas menyertai.
• Untuk menarik perhatian, guru boleh menyediakan pelbagai hadiah yang
menarik.
• Aktiviti-aktiviti ini dapat memupukkan kepada murid terhadap pemartabatan
bahasa melayu di samping dapat mencungkil bakat murid.
• Apabila murid berjaya memenangi hadiah, mereka akan lebih bersemangat
pada masa akan datang dan timbul pada diri mereka perasaan untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan.
Aktiviti Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP).
• RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama
murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,
penggemblengan tenaga dan kepakaran

• RIMUP juga adalah program khas untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang
bangsa, etnik, budaya dan agama.

• Contohnya, aktiviti dalam Program RIMUP ialah mengetengahkan hidangan makanan tradisional yang terdiri
daripada pelbagai kaum antaranya ayam atau ikan masak pansuh, linut, kuih jala, kuih penyaram, kuih sepit,
lemang dan umai ikan.

• Manakala guru, ibu bapa dan murid-murid pula mengenakan pakaian tradisional kaum masing-masing yang
terdiri daripada kaum Melanau, Iban, Melayu dan Cina semasa program tersebut berlangsung.

• Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu antaranya persembahan sape, tarian ngajat, tarian tradisional,
bermukun dan bertabuh sesuai dengan tema program.

• Justeru itu, dengan adanya program ini ia dapat memantapkan integrasi nasional dan memupuk kecintaan
kepada seni, warisan dan budaya negara.
AKTIVITI MUDAH DAN MENARIK
DALAM KALANGAN MURID (SJK)

• Selain itu, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus
dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa Cina
dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan.
• Guru-guru di sekolah perlu mengajar murid-murid menguasai bahasa Melayu dengan cara
yang berkesan.
• Sebagai contoh, guru boleh mengajar murid murid dengan perkataan Melayu yang senang
dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu seperti
aktiviti menyanyi dan bercerita.
• Pelbagai pertandingan yang menarik minat para pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu
juga boleh dianjurkan seperti pertandingan menulis karangan, bersyair dan menyanyi.
• Sudah tentulah para pelajar akan lebih meminati bahasa Melayu setelah menyertai
pertandingan sebegini.
• Dengan itu, tujuan memartabatkan bahasa Melayu dapat dicapai.
RUJUKAN
• Siti Aliah Ismail, Muhamad Suhaimi Taat & Jamaluddin Mohd Ali
(2016). Permuafakatan sekolah dengan komuniti dalam
pendidikan :Peranan kepimpinan transfornasional dan komunikasi
pengetua. E-Proceeding international conference on postgraduate
research 2016. 382-401.
• DuFour, R., Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A
handbook for professional learning communities at work. New York:
Teacher College Press.
• Eriksson& Dickson (2000), Knowledgemanagement support for
teachers. Educational Technology, Research andDevelopment , 51, 4,
42-64. 3

You might also like