You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran

Nama ahli kump. : Jason Toh Chu Shien

Dinhessraj S/O Raman

Steven Chen Wei Jie

Jeenifer D/O Steaven

Kelas : PISMP Sem 4 Matematik 2

Pensyarah : Pn. Rusyati binti Hanafiah


SOALAN TUTORIAL

Secara Berkumpulan, pelajar dikehendaki menjelaskan mengenai


Pembinaan Negara Bangsa dalam Persekitaran Kepelbagaian Sosiobudaya
di Sekolah.
• Konsep Negara Bangsa
 Memperkasa Bahasa kebangsaan
 Memantapkan integrasi nasional
 Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya negara
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN

• Faktor pemangkin pembinaan negara bangsa: lingua


franca (bahasa perantaraan).
• LF: Bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam
perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat.
• Dalam konteks negara bangsa Malaysia, bahasa
Melayu adalah bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi
yg menjadi alat perpaduan dan juga bahasa
perhubungan utama masyarakat.
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN

Kedudukan Bahasa Melayu


• bahasa rasmi negara
• termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
• Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
perpaduan (Akta Pelajaran 1961 yang dirangka
berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960)
• Akta Pendidkan 1996, Bahasa kebangsaan dijadikan
bahasa pengantar utama di semua institut Pendidikan
kecuali SJK.
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN

Fungsi Utama Bahasa Kebangsaan


• membentuk jati diri, semangat kekitaan, perpaduan
• menjadi asas pembentukan tamadun
• melambangkan maruah masyarakat penuturnya
• menjadi teras pada perkembangan dan kemajuan yang
telah dicapai
• menjadi asas kepada perpaduan dan proses pembinaan
negara bangsa
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN

Isu-isu Kemerosotan Dalam Aspek Mutu Penggunaan


Bahasa Kebangsaan
• Masalah pencemaran dalam penggunaannya ( tempat
awam dan media massa)
• Peminggiran penggunaanya dalam urusan rasmi di
sektor awam dan swasta
• Kemerosotan penggunaannya sebagai bahasa ilmu
• Tanggapan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan
menyebabkan seseorang itu dianggap tidak terdidik atau
kurang berketerampilan turut merendahkan pandangan
orang terhadap bahasa kebangsaan
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN

Isu-isu Kemerosotan Dalam Aspek Mutu Penggunaan


Bahasa Kebangsaan...Smbgn..
• Jumlah penerbitan buku dalam bahasa kebangsaan,
terutama judul umum dan karya ilmiah, fiksyen, bukan
fiksyen, sains dan teknologi yang secara relatifnya
rendah menyebabkan masyarakat beralih atau mencari
sumber alternatif.
• Kebergantungan terhadap sumber dalam bahasa asing
semakin meningkat.
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN

Isu-isu Bahasa Kebangsaan Dalam Aspek Persekitaran


Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah
• Latar belakang murid yang berbeza
o Murid atau pelajar bukan melayu tidak biasa dengan
bahasa lain selain bahasa ibunda sendiri.
• Kekuatan dan kelemahan murid
o Murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai (Cthnya
sebilangan pelajar berkecerdasan rendah dalam bahasa)
• Minat murid
o Cth: Murid lebih minat bidang Sains dan Matematik
berbanding dengan bidang sastera.
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN

Usaha menangani isu-isu Bahasa Kebangsaan Dalam


Aspek Persekitaran Kepelbagaian Sosiobudaya di
Sekolah
• Memperkasa SK/SMK sebagai sekolah pilihan semua
kaum di Malaysia
• Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
• Melahirkan guru yang mahir dalam mengajar bahasa
Melayu
• Memperbanyakkan perkataan yang boleh digunakan
dalam BM terutamanya perkataan saintifik dan math.
MEMANTAPKAN INTEGERASI
NASIONAL

Defnisi Integrasi Nasional


• Satu proses penyatuan antara
kumpulan manusia yang berbeza
dari segi latar belakang, status sosial
dan budaya untuk membentuk
entiti yang mempunyai pegangan
norma serta mengamalkan
kehidupan bersama. – Noriati A.R
Merapatkan masyarakat
INTEGRASI Membentuk satu bangsa Malaysia
NASIONAL
MERUJUK yang mempunyai identitinya sendiri
KEPADA
SATU PROSES
DINAMIK: berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
MATLAMAT INTEGRASI NASIONAL
DI MALAYSIA

• Mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk dalam wilayah yang


berkenaan.

• Mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan


interaksi supaya wujud persefahaman antara penduduk dan suku faham yang ada.

• Mewujudkan identity bersama iaitu symbol kesetiaan dan komitmen terhadap


konsep Nasionalisme Malaysia.

• Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia yang
bersatu padu.
 Penerapan Nilai Murni Merentas
Pengajaran dan Pembelajaran
PERANAN  Pembentukan Semangat
GURU
DALAM Patriotisme dalam Kalangan Murid
PEMBINAAN
INTEGRASI  Peranan dan Profesionalisme guru
NASIONAL
dalam Pembinaan Integrasi
Nasional
Penerapan Nilai Murni Merentas Pengajaran dan Pembelajaran
 Bagi mencapai pemupukan integrasi kaum ke arah matlamat
pembentukan negara bangsa, guru melaksanakan
tanggungjawabnya secara berdedikasi mengelola pengajaran
dan pembelajaran sambil menerapkan nilai-nilai murni
merentasi kurikulum dan kokurikulum.
 Nilai :
- jujur
- - ikhlas
- - bertoleransi
- - Sabar
- - Setia
- - Taat
Unsur-unsur nilai diterapkan dengan isi
pelajaran dengan tujuan menjajarkan minda
dan hati murid berasaskan sifat dan tingkah
laku unggul ke arah integrasi kaum.

Kecekalan guru untuk meluhurkan nilai


murni kemanusiaan ini akan mewujudkan
suasana murid mengamalkan sifat bertolak
ansur, peka terhadap budaya kaum lain.

Pada diri guru, perlu ada sifat fitrah seperti


pengganti ibu bapa supaya boleh diteladani
oleh murid-muridnya
PERANAN GURU DAN PEMBENTUKAN SEMANGAT
PATRIOTISME DALAM KALANGAN MURID

• Bersikap positif dalam dirinya sendiri, bangga akan pencapaian dan budaya bangsa serta mempunyai niat baik hendak
membina dan memelihara negara bangsa sebagai seorang patriot.

• Sentiasa bersemangat dan bersedia melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta menyemai serta
membentuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.

• Komitmen guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan secara adil dan saksama, sentiasa mendukung dasar-dasar
pembangunan untuk memajukan negara.

• Melahirkan murid-murid yang patuh pada undang-undang dan Perlembagaan Negara

• Menyedarkan murid akan kepentingan integrasi nasional melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti bagi menerapkan
semangat patriotisme secara berterusan melalui kokurikulum.
PERANAN DAN
PROFESIONALISME GURU
DALAM PEMBINAAN
INTEGRASI NASIONAL
• Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan
menyampaikan ilmu pengetahuan serta membuka minda murid melalui
pemerolehan ilmu pengetahuan.

• Profesionalisme guru perlu mahir dalam ilmu pedagogi untuk


menceriakan suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar
atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk meningkatkan minat
belajar murid-murid.

• Guru perlu meletakkan keutamaan tugas dan tanggungjawabnya pada


tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dan dasar-dasar
pembangunan negara berjalan lancar terutamanya dalam usaha integrasi
kaum.

You might also like