You are on page 1of 32

Hubungan Etnik dalam

Alam Pendidikan
MPU3122 HUBUNGAN ETNIK
Kandungan
• Pendidikan dan hubungan etnik
o Alam Persekolahan: (guru, pelajar/murid, pentadbir sekolah, ibu bapa, PPD
dan JPN)
o Cabaran dalam alam pendidikan
• Pendidik sebagai role model
• Pendidik sebagai agen sosialisasi
• Hubungan etnik dalam konteks pendidikan merujuk kepada interaksi,
pengalaman, dan dinamika antara pelbagai kumpulan etnik dalam
sistem pendidikan.
• Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk identiti,
pemahaman, dan sikap terhadap pelbagai kumpulan etnik dalam
masyarakat.
• Hubungan etnik dalam alam pendidikan mempengaruhi pelbagai
aspek, termasuk:
Kesetaraan Pendidikan
• Hubungan etnik dapat mempengaruhi akses dan kesetaraan dalam
pendidikan.
• Sesetengah kumpulan etnik mungkin menghadapi halangan atau
diskriminasi dalam mendapatkan akses ke pendidikan yang berkualiti.
• Pendidikan yang menggalakkan kesetaraan peluang membantu
mengurangkan jurang dan memastikan setiap kumpulan etnik
mempunyai peluang yang sama untuk belajar dan berkembang.
Kurikulum Inklusif:
• Kurikulum yang inklusif dan mencerminkan kepelbagaian budaya dan
etnik memainkan peranan penting dalam membentuk pemahaman
dan penghargaan terhadap pelbagai kumpulan etnik.
• Memasukkan aspek kebudayaan dan sejarah kumpulan etnik yang
berbeza dalam kurikulum membantu meningkatkan kesedaran
tentang warisan budaya dan sejarah mereka.
Latihan Guru
• Latihan guru yang mencakup pemahaman tentang kepelbagaian etnik
dan budaya membantu mencipta persekitaran kelas yang inklusif dan
menyokong untuk semua murid.
• Guru yang sedar tentang perbezaan etnik dapat menghadapi cabaran
yang berbeza dan menyediakan pendekatan yang sesuai untuk
menyokong kejayaan akademik dan sosial murid.
Pendidikan Pelbagai Budaya
• Pendidikan pelbagai budaya adalah pendekatan yang cuba untuk
menghargai dan meraikan kepelbagaian etnik dan budaya dalam
pengajaran dan pembelajaran.
• Ini melibatkan mengiktiraf dan menghormati perbezaan serta
menekankan nilai-nilai perpaduan dan harmoni di antara pelbagai
kumpulan etnik.
Persekitaran Sekolah
• Persekitaran sekolah yang inklusif dan mesra terhadap pelbagai
kumpulan etnik membantu mencipta suasana yang positif bagi murid.
• Kepelbagaian dihargai, dihormati, dan diraikan, menjadikan murid
berasa diterima dan terlibat dalam proses pembelajaran.
Kesedaran Toleransi dan Empati
• Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk sikap,
nilai-nilai, dan tingkah laku pelajar terhadap orang-orang dari latar
belakang etnik yang berbeza.
• Melalui pendidikan, murid dapat mengembangkan kesedaran tentang
pentingnya toleransi, penghargaan, dan empati terhadap pelbagai
kumpulan etnik.
Penghapusan Prasangka:
• Pendidikan mempunyai potensi untuk mengurangkan prasangka dan
stereotaip negatif yang mungkin wujud di kalangan pelbagai
kumpulan etnik.
• Dengan memperkenalkan murid kepada budaya dan pengalaman
yang berbeza, pendidikan dapat membantu mengatasi prasangka dan
membina pemahaman yang lebih mendalam dan empati.
Pendidikan dan hubungan etnik
Alam persekolahan
(Guru, pelajar, pentadbir sekolah, ibu bapa, PPD dan JPN)

• Pihak guru dan sekolah perlu mewujudkan hubungan dan kerjasama


yang baik dengan komuniti setempat melalui persatuan ibu bapa dan
guru (PIBG).
• Guru perlu menunjukkan personaliti dan sahsiah yang baik yang
menjadi contoh teladan kepada murid dan juga masyarakat.
• Memastikan proses pemilihan calon yang mengikuti kursus keguruan
adalah telus dan calon yang terpilih adalah yang berkualiti dan
memenuhi ciri-ciri yang diperlukan dalam profesion keguruan.
Cabaran dalam Alam Pendidikan
• Sekolah berkualiti
• Melahirkan murid dan guru yang berkualiti.
• Melahirkan modal insan yang seimbang dari segi JERIS.
• Mampu menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur yang
lengkap.
• Mampu meningkatkan pencapaian sekolah dan menguruskan
pentadbiran dengan baik.
Perubahan pendidikan
• Dasar kerajaan yang sentiasa berubah, contoh:
o KBSR KSSR
o Perlaksanaan PPSMI
o MBMMBI
Permuafakatan kaum
• Gabungkan semua kaum di bawah satu pentadbiran sekolah.
• Kemampuan pihak pengurusan menguruskan pentadbiran sekolah.
• Sekolah vernakular tidak mampu mewujudkan perpaduan antara
kaum.
• Sikap kaum itu sendiri.
Perkembangan ICT
• Guru perlu menguasai perkembangan penggunaan
ICT.
• Kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang
lengkap.
• Penyalahgunaan teknologi.
• Perbezaan murid.
Peredaran masa
• Perubahan dalam sistem pendidikan sendiri.
• Keadaan sekeliling.
• Ibu bapa dan murid sendiri.
• Perubahan dalam sistem pentadbiran negara.
Pendidik sebagai Role Model
• Guru merupakan antara individu paling dekat dengan murid-murid selain
daripada ibu bapa serta setiap perbuatan guru mudah untuk diikuti oleh
murid-murid.
• Guru perlu menunjukkan etika yang baik supaya dapat diikuti oleh murid-
murid.
• Guru perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga,
budaya dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza-beza.
• Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh
dedikasi dan bertanggungjawab.
• Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa murid dan tidak
mengelompokkan murid mengikut kaum mereka sahaja.
• Guru perlu menanam sikap kepimpinan dalam diri.
• Hal ini demikian kerana guru hendaklah sentiasa memberi nasihat, 
memantau dan membimbing serta sentiasa menerapkan nilai-nilai
yang baik terhadap murid-murid.
• Sebagai contoh, guru perlu memberi nasihat dengan baik kepada
murid-murid agar murid-murid dapat menerima dengan ikhlas tanpa
wujudnya perasaan dendam.
• Hal ini jelas menunjukkan guru mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang
baik yang akan dijadikan teladan kepada murid-murid secara tidak
langsung.
• Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas
dalam pelbagai bidang.
• Hal ini demikian kerana dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru perlu menyelit sedikit
pengetahuan-pengetahuan am terhadap murid-murid
dan mudah untuk membalas setiap pertanyaan
murid-murid.
• Oleh itu, murid-murid akan menjadi kagum terdapat
guru serta akan menghormati guru tersebut dan
mengikuti arahannya.
• Guru menempatkan murid daripada kaum yang
berlainan dalam satu kumpulan yang sama supaya
peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi
terbuka luas.
• Guru digalakkan mengajar murid tanpa membezakan
kelas mereka.
• Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira
sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan
tidak ada pinggiran yang ditunjukkan.
• Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian
sosiobudaya murid.
• Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan murid secara
optimum.
• Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra
rakan.
• Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa
dijalankan agar murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra
sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial, budaya dan
kecerdasan individu.
• Amalan yang sepatutnya para guru laksanakan untuk meningkatkan
etika tersebut ialah sentiasa berdisiplin dalam melakukan setiap
pekerjaan.
• Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa mematuhi peraturan dan
etika-etika dalam perkhidmatan serta tidak melakukan perkara-
perkara negatif.
• Selain itu, guru juga perlu menunjukkan sikap-sikap yang baik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menggunakan kata-
kata kesat terhadap murid-murid.
• Hal ini akan menyebabkan murid-murid akan menghormati guru
tersebut dan secara tidak langsung mengikuti perbuatan guru.
Guru juga perlu :
1. Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya murid.
2. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan professional.
3. Membantu murid memilih kerjaya.
4. Sentiasa menepati masa.
5. Menghormati murid dan bersifat adil.
6. Tidak menyentuh kepercayaan murid.
7. Kurangkan penggunaan bahasa dialek.
8. Catat kemajuan dan kelemahan murid.
9. Guru mempunyai wawasan.
Pendidik sebagai Agen Sosialisasi
• Melaksanakan aktiviti menerapkan semangat patriotisme yang berterusan.
• Sambutan bulan kemerdekaan: aktiviti deklamasi sajak, pidato, sayembara
puisi, syair dan nyanyian patriotik serta karya kreatif pelajar.
• Aktiviti kokurikulum seperti kuiz bina bangsa, kempen cintakan warisan
seni, bangsa dan negara, kempen kibar jalur gemilang, pertandingan hias
bilik darjah sempena hari kemerdekaan dan bahas perpaduan.
• Bagi peluang murid pelbagai kaum berinteraksi dlm pelbagai aktiviti di
sekolah.
• Dapat membina jati diri serta tanam semangat kecintaan kepada bangsa
dan negara.
Membentuk Keperibadian dan Perwatakan
Pelajar
• Penanaman nilai murni yang dapat menyatupadukan semua kaum
serta beri peluang berinteraksi walaupun aliran pendidikan berlainan.
• Terapkan konsep kenegaraan : Pemangkin untuk wujudkan dan
membina negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan
kekitaan.
• Amalkan hormat-menghormati, ikhlas dan saling percaya antara
kaum.
Aktiviti kokurikulum
• Perkhemahan: -badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan
sabit merah dan sebagainya. Semangat kekitaan, bekerjasama apabila
menjalankan aktiviti.
• Wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang
dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan
berbeza.
• Sukan sekolah: bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi untuk perpaduan.
• Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat
kekitaan dan perpaduan di antara pelajar-pelajar sekolah.
• Pada hari sukan, aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah
membolehkan murid sebagai satu kumpulan yang majmuk.
Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah

• Lawatan sambil belajar: mengenali etnik dan budaya penduduk


setempat, bangsa lain bagi memupuk kemesraan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas

• Membahagikan murid secara berkumpulan dalam melaksanakan


projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan
sambutan-sambutan majlis di sekolah.
• Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan murid berlainan kaum.
• Guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar,
misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan
mengejek budaya kaum lain.
Rumusan
• Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-
norma baru di dalam masyarakat terutama di dalam bilik darjah.
• Guru sebagai “agen perubahan” yang dapat membentuk interaksi sosial
pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan minat
murid tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum.
• Guru perlu diingatkan bahawa kejayaan seseorang murid bukan boleh
dilihat dari segi pencapaian.
• Akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri
bagi setiap murid supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani.
Soalan tutorial
1. Buat satu perbincangan tentang konflik dalam sistem sekolah.
2. Berikan beberapa cadangan untuk menangani konflik yang berlaku
dalam sistem sekolah.

You might also like