You are on page 1of 33

KSMK3013

KESENIAN MELAYU
UNIT PSV JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Dr. MOHD ZAMANI BIN MOHD NOR PEAH
6. SENI PERMAINAN
RAKYAT
(1 jam KULIAH 2 jam TUTORIAL)
PENGENALAN
• Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional bermaksud
permainan budaya yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat itu untuk satu tempoh tertentu seperti
permainan gasing, wau, congkak dan permainan
tradisional yang lain.
• Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan
oleh semua lapisan masyarakat dahulu secara turun-
temurun daripada satu generasi ke generasi baharu yang
telah wujud dari zaman dahulu lagi (Mohd Ali et al., 2014).
• Sukan generasi terdahulu yang dikenali sebagai permainan
tradisional yang mana selepas musim menuai kebanyakan
petani akan melakukan aktiviti fizikal iaitu dengan bermain
(Addy Putra et al., 2014).
• Akan tetapi terdapat permainan yang berbeza namanya
mengikut bangsa masing-masing tetapi cara untuk bermain
dan peraturannya adalah sama. Ada juga permainan yang
dimainkan dengan peraturan yang sedikit berbeza.
• Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan yang disatukan menjadi satu kebudayaan
yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga
membentuk kebudayaan Melayu
•  Permainan rakyat merupakan satu cabang seni yang menunjukkan
betapa setiap permainan yang ada mempunyai falsafah serta nilai estetika
yang tersendiri.
• Dalam tradisi lisan, permainan tradisi yang dikenali juga sebagai pemainan
masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games".
• Ia berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti
sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan
sebagainya.
• Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan
Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara
untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri.
• Permainan tradisional dalam masyarakat Melayu
memainkan peranan seperti bertindak sebagai alat
komunikasi di kalangan anggota masyarakat.
• Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh
dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan
permainan untuk kanak-kanak.
• Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan
wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah
keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.
• Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main
telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang,
cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.
• Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh orang Melayu.
• Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup orang Melayu.
• Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke
individu tidak banyak berbeza membolehkan mereka bekerja dan
berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.
• Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba
pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.
• Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah.
• Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk
mengadakan keramaian serta pesta.
• Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung,
penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk
mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat.
• Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan
interaksi sosial di antara kampung-kampung yang
mengambil bahagian.
• Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat.
• Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan
lagi tetapi hanya diketahui oleh golongan tua tetapi ada yang
masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak hari ini. seperti guli,
congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
JENIS
Senarai Permainan Tradisional yang • Lastik
telah diangkat sebagai Warisan • Lumba Kerbau
Kebangsaan
• Menyumpit
• Gasing
• Wau Tradisi Malaysia • Rampanau / Kaki Hantu
• Dam • Selotop / Pistol Buluh
• Galah Panjang • Tarik Upih
• Katuk Keli • Hencang Buah Keras
• Ketinting
• Aci Sorok
• Kuit
• Jala itik
• Laga Ayam
• Guli
• Sepak Raga
• Seremban • Kerchang
• Tating Lawi • Batak Lampung
• Kabbadi • Baling Tin/Baling Selipar
• Cari Cucu • Rebut Negeri
• Jabatan Warisan Negara, permainan tradisional
masyarakat Melayu terdiri daripada pelbagai jenis
permainan di antaranya adalah wau, gasing, congkak,
sepak raga, guli, batu seremban, aci sorok, dan
sebagainya.
• Permainan ini dimainkan oleh lelaki dan juga wanita.
Congkak
• Congkak adalah sejenis permainan anjung atau permainan dalam
rumah yang menggunakan kayu bujur berlubang atau lubang di atas
tanah.
• Buahnya terdiri daripada biji asam jawa, biji saga, biji salak, kulit
kerang, biji getah ataupun batuan kecil.
• Permainan ini dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang
Melayu Polinesia pada abad ke-15.
• Papan congkak diperbuat daripada batang kayu yang direka berbentuk
sebuah perahu nelayan dengan lubangnya ditebuk di atas permukaan
papan tersebut.
• Pada hari ini, buah congkak telah digantikan dengan guli kerana lebih
mudah didapati dan dimainkan.
• Permainan ini dapat menajamkan kemahiran dalam matematik serta
melatih minda untuk membuat keputusan atau strategi dengan pantas.
•  
Gasing
• Permainan gasing amat popular di Semenanjung Malaysia
terutama di negeri Terengganu dan Kelantan serta Melaka.
• Terdapat banyak jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya
gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar,
gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,
gasing buku benang dan gasing pinang.
• Orang dewasa dan kanak-kanak boleh bermain gasing mengikut
saiz gasing yang bersesuaian.
• Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah
atau gasing uri.
• Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkan supaya
mengetuk gasing lawan.
• Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya
berpusing.
Wau
• Wau adalah satu permainan masa lapang rakyat yang mempunyai ciri-ciri keseniannya
tersendiri.
• Bagi masyarakat nelayan pula wau dimainkan sebagai persediaan ke laut, untuk
mengetahui sama ada  cuaca baik atau tidak. Hal yang sama dilakukan oleh para petani
untuk membuat persediaan menghadapi musim bendang seterusnya.
• Mengikut sejarah Melayu, wau bermula di Melaka oleh Putera Raja keturunan Sultan
Melaka.
• Terdapat tiga jenis wau yang terkenal iaitu Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jala
budi.
• Wau diperbuat daripada buluh yang diraut untuk dijadikan rangka, tulang belakang,
sayap dan ekor wau. Kertas warna pula ditampal pada rangka wau untuk menentukan
kecantikannya. Kertas warna boleh dilukis motif-motif dengan warna pilihan yang sesuai.
• Ketiga-tiga wau ini mempunyai estetika jenis sobekan yang bermotifkan sulur bayur,
awan larat, pucuk rebung, geometri, flora fauna dan sebagainya
• Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau.
• Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan
menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Dam
• Permainan ini dimainkan oleh dua orang secara duduk
berhadapan dengan menggunakan peralatan seperti
papan dam dan buah tir.
• Ia sering dimainkan oleh golongan lelaki semasa waktu
senggang di kedai-kedai kopi.
• Permainan ini mengekalkan fungsi permainan dengan
sistem peperangan dan pertahanan.
• Pemain perlu bijak mengatur langkah, agar usaha-usaha
yang dirancang membuahkan hasil.
• Permainan ini sangat menguji minda dan akal supaya
cekap dalam menyusun strategi.
• Galah panjang adalah permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang
dilakar di atas tanah dan melibatkan dua pasukan lawan (Kumpulan penyerang dan
pengadang) yang ditentukan melalui balingan syiling.
• Ia merupakan adaptasi daripada sistem pertahanan negara, iaitu menyusup ke dalam
dan berpatah balik, serta memerlukan kemahiran strategi dan kepantasan. Setiap
kumpulan sekurang-kurangnya mempunyai 4 pemain.
• Gelanggang yang dibuat mengandungi dua (2) lajur dan beberapa baris bergantung
kepada bilangan pemain.
• Ketika bermain, pasukan penyerang perlu sentiasa berada di dalam garisan dan cuba
menyusup ke kotak seterusnya tanpa disentuh atau tertangkap oleh pasukan
pengadang.
• Pergerakan dan serangan setiap ahli akan ditentukan oleh kecekapan perancangan
strategi ketua pasukan.
• Ketua pasukan pengadang akan mengawal garisan tengah, manakala ahli-ahli lain
menjaga garisan melintang dan menghalang pasukan penyerang daripada melepasi
mereka.
• Sekiranya ada ahli pasukan penyerang yang tersentuh, peranan kedua-dua pasukan
akan bertukar.
•  
CIRI
• Dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
• Dimainkan oleh lelaki dan juga wanita.
• Dimainkan pada waktu pesta atau pertandingan tertentu.
• Boleh dimainkan dengan jumlah yang minimum 2 orang
hingga melebihi 10 orang.
• Ada peraturan/undang-undang tersendiri.
• Alatan yang diambil dari sekeliling dan alam semula jadi.
• Bentuk yang unik dan menarik seperti gasing, wau.
• Fleksibel- boleh dimainkan dimana-mana sahaja dan tidak
mengira masa.
• Mempunyai kaedah pengiraan tertentu dan unik.
NILAI
Terdapat tiga kelebihan dalam penglibatan permainan
tradisional menurut Ariani (1998):
• Aspek Jasmani
Unsur kekuatan dan daya tahan tubuh serta kelenturan.
• Aspek Psikologi
Kemampuan berfikir, mengira, keupayaan membuat strategi,
menyelesaikan masalah, daya ingat, fantasi, kreativiti serta inovasi
dan penaakulan.
• Aspek Sosial
Nilai kerjasama, mematuhi peraturan, hormat menghormati,
toleransi, hemah tinggi, baik hati dan sebagainya.
Bekerjasama
• Mad Shah (2004), kerja berkumpulan bermaksud setiap
ahli menerima arahan daripada ketua untuk
melaksanakan tugasan. Kerjasama boleh ditafsirkan
sebagai gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang dilakukan untuk menghasilkan prestasi
kerja yang melebihi input sekiranya dilakukan sendirian.
• Adam dan Kassim (2011), kerjasama berkumpulan akan
menghasilkan daya kreatif yang lebih berbanding daya
kreatif orang perseorangan. Kerja berkumpulan akan
memberikan kepuasan kerana ia membolehkan kita
memenuhi keperluan sosial, seperti dapat mewujudkan
jaringan hubungan dengan rakan kumpulan.
• Katip et al (2005), elemen-elemen di dalam pembelajaran
berkumpulan berupaya menjadikan pelajar lebih
bermotivasi untuk belajar kerana pembelajaran
berkumpulan pelajar bertanggungjawab ke atas
pembelajaran kendiri dan kumpulan.
Hormat Menghormati
• Yalawae (2007), hormat menghormati merupakan salah satu titik tolak
seseorang itu berakhlak mulia.
• Peng (2010), juga mengatakan bahawa amalan sifat hormat-menghormati
di kalangan pelajar adalah antara amalan nilai murni yang perlu diterapkan.
• Hussain (2014), mengatakan kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai murni
seperti hormat menghormati adalah antara faktor yang menyebabkan
mempunyai masalah disiplin.
• Fadzil dan Ahmad (2010), nilai toleransi adalah penting dalam kehidupan
bagi menjamin wujudnya persefahaman, hormat menghormati hak dan
kebebasan.
• Nilai ini dapat dilihat dalam permainan gasing, wau serta konda-kondi
dimana setiap peserta menghormati keperluan pihak lawan walaupun
bersaing untuk menang dalam setiap permainan tradisional ini.
• Menghormati dan menghargai orang lain.
Bertanggungjawab
• Pembahagian tugas dapat dilakukan secara adil.
• Memupuk dan mengukuhkan sahsiah

Kejujuran
• Melatih kejujuran seseorang iaitu tidak berbuat menipu
untuk memenangi permainan dan mengaku jika
melakukan kesalahan.
Kepemimpinan
• Nilai ini melatih seseorang untuk menyusun ahli
kumpulan/permainan.
• menyusun strategi yang baik serta adil untuk menang
dalam permainan.

Setia kawan (Solidariti)


• Kebersamaan dan persaudaraan.
• Contohnya ketika kalah bermain, ahli kumpulan akan
menerima kekalahan dan akan
menenangkan/menghibur/memberi semangat satu sama
lain untuk terus bermain.
• Berdikari
• Keberanian
• Ketabahan
• Kerjasama 
FALSAFAH
• Permainan tradisional bukan sahaja menjadi saluran untuk
berhubung antara alam dan juga dalam sesebuah masyarakat
itu sendiri, malah ia juga merupakan suatu aktiviti yang
menjadi hiburan dan keseronokan kepada masyarakat dahulu,
selain mencerminkan nilai-nilai kehidupan sesebuah
masyarakat itu (Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria, 1992).
• Dengan bermain juga kanak-kanak dapat mengenali diri
mereka sendiri. Menurut (Landreth, Baggelly & Tyndall, 1999),
pada usia yang muda, kanak-kanak haruslah bermain kerana
ia perlu dalam proses perkembangan kanak-kanak dari aspek
sosial, kognitif, afektif dan psikomotor.
• Melatih pergerakan fizikal dan mental yang mempunyai fungsi
dan kegunaan yang tersendiri.
• Individu yang terlibat dengan permainan tradisional dapat
merasa sendiri setiap pergerakan masing-masing dan
dapat menjadikan pergerakan mereka aktif.
• Malah, pada masa yang sama cara mereka berfikir dan
berkomunikasi dapat diaktifkan.
• (Sutterby & Frost, 2006), faedah bermain dapat
menyumbang kepada perkembangan positif dari aspek
perkembangan psikologi.
• Perkembangan bahasa dan pemikiran dapat dibantu jika
dengan bermain permainan tradisional (Vygotsky, 1967).
Melalui penggunaan simbol dan alat, struktur otak
terutamanya kanak-kanak akan terbentuk. Kanak-kanak
juga dapat meluahkan tekanan kerana dengan bermain,
ia dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak
tersebut.
PENUTUP
• Permainan rakyat yang telah diwarisi adalah satu yang
unik yang mana ianya merupakan satu aktiviti riadah di
samping dapat menyatukan masyarakat yang bermain.
• Nilai-nilai yang terkandung dalam permainan tradisional
tidak dapat diterapkan kepada pelajar zaman sekarang
kerana permainan tradisional semakin dilupakan kerana
peredaran zaman (Zainal, 2010).
• Nilai moral dan pembangunan karekter dapat memupuk
semangat kebudayaan bangsa di samping budaya dapat
diwarisi oleh generasi akan datang.
RUJUKAN
• http://
sitifatimahsenipendidikan.blogspot.com/2010/10/keindaha
n-seni-warisan-permainan-rakyat.html
• Norfarizah Mohd Bakhir, Syafina Azleen binti Che
Saludin, Mohd Asyiek Mat Desa, A. Ghafar Ahmad (2020)
Permainan interaktif galah panjang: pemeliharaan
permainan tradisional melalui penggunaan teknologi
• Zuriawati Ahmad Zahari, Mohd Asyiek Mat Desa,
Norfarizah Mohd Bakhir (2014) Permainan tradisional dan
teknologi: penelitian dan tinjauan terhadap persepsi
kanak-kanak

You might also like