You are on page 1of 6

PEMBENTANG: AIBA BINTI TOK & HANIDA KONG PEK YIN

________________________________________________________________________

TEKS RINGKASAN SLIDE PEMBENTANGAN: SENI BUSANA

1.0 PENGENALAN

Busana ialah pakaian yang lengkap yang mana pembuatannya indah dipandang
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016).
Pada zaman dahulu, didapati masyarakat Melayu memiliki kemahiran yang tinggi
dalam membuat pakaian daripada sumber alam sekitar, misalnya kulit kayu (Omar
Ali, 2018).
Didapati pengaruh Hindu-Buddha dalam cara berpakaian masyarakat Melayu pada
zaman dahulu adalah kuat.
Pada abad ke 7 dan 13, pengaruh Islam mula mendominasi busana dalam
masyarakat Melayu.
Tun Hassan ialah orang pertama yang mengubah benuk baju Melayu asal dari China
kepada bentuk baju Melayu kini dan ini merupakan proses evolusi pakaian Melayu
yang tela mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka.

2.0 FALSAFAH

Busana masyarakat Melayu pada zaman dahulu bersumberkan alam sekitar,


misalnya kulit kayu, dedaun dan sebagainya.
Selepas kedatangan pengaruh Islam, cara berpakaian dalam kalangan
masyarakat Melayu adalah menutup aurat dan sopan oleh sebab tuntutan
agama, mengelakkan daripada perkara-perkara tidak diingini berlaku dan
seumpamanya.
Busana juga mencerminkan identiti sesebuah masyarakat, misalnya
pemakaian baju Melayu dan baju kurung melambangkan identiti masyarakat
Melayu Malaysia.

3.0 JENIS-JENIS BUSANA

Berikut adalah jenis-jenis busana dalam masyarakat Melayu mengikut jantina:


 Wanita
I. Baju Kurung Teluk Belanga
II. Baju Kurung Cekak Musang
III. Baju Kurung Riau Pahang
IV. Baju Kebaya Perlis
V. Baju Kebaya Nyonya
VI. Baju Kebarung
VII. Baju Belah Kebaya Panjang

 Lelaki
1. Baju Melayu

4.0 TEKNIK DAN CARA DIPERSEMBAHKAN

Baju Teluk Belanga


 Baju ini memiliki bahagian lehernya yang dikancing dengan sebiji butang
berwarna emas atau perak.
 Selain itu, baju ini juga akan dipadankan dengan pemakaian seluar dan kain
samping dagang yang dipakai oleh kaum lelaki.
 Bagi kaum wanita pula, baju kurung jenis teluk belanga ini akan dipakai
dengan kain sarung yang sesuai dengan sipemakai.

Baju Cekak Musang


 Baju jenis ini juga dikenali sebagai baju wan.
 Baju ini memiliki bahagian leher yang berdiri.
 Baju ini dikancing dengan tiga sehingga sembilan butir butang semasa
memakainya.
 Baju ini juga akan dipadankan dengan eluar dank ain samping dagang bagi
kaum lelaki.
 Bagi kaum wanita, baju jenis ini akan dipadankan dengan kain sarung yang
selesa dipakai.

Baju Kebaya
 Busana jenis ini selalunya akan dipadankan dengan kain yang ketat dan
bahagian hadapannya dibuat satu belahan paras lutut (1960).
 Kain sarung dipakai akan diikat kuncup yang mana kepala kainnya
dilingkupkan ke bahagian hadapan si pemakai.
Baju Kurung
 Baju kurung ini akan dipadankan dengan kain yang panjang yang berlipat di
bahagian tepinnya untuk memberika keselesaan kepada si pemakai.
 Baju ini juga akan dipdankan dengan kain-kain tradisional, iaitu songket atau
pun batik bergantung kepada si pemakai.
 Baju ini juga kebiasaannya digandingkan bersama-sama dengan kain
selendang atau tudung.
 Baju kurung ini juga selalunya dikenakan semasa majlis formal atau urusan
seharian, misalnya pekerja kerajaan dan seumpamanya.

5.0 BAHAN DAN PERALATAN

Busana Melayu bukan hanya melihat kepada pemakaian baju dan kajian sahaja

malah turut mengambil kira aspek pemakaian hiasan, barang kemas, solekan dan

sebagainya yang melengkapkan lagi konsep busana Melayu.

Baju Melayu Teluk Belanga

o Baju dan seluar yang diperbuat daripada kain sutera, dipadankan dengan

kain sarung yang dijadikan samping dan ini dikenali sebagai samping dangan

dalam. Seterusnya, baju melayu ini menggunakan butang dan emas

berwarna perak dan batu berlian untuk mengancing baju.

o Digayakan dengan songkok, samping dan capal

Baju Kurung Teluk Belanga

o Baju kurung teluk belanga dipadankan dengan kain sarung yang bersusun di

tepi yang dikenali sebagai ombak beralun dan juga boleh dipadankan dengan

selendang. Tambahan lagi, barang kemas dan hiasan kepala turut digayakan

bagi melengkapkan busana Melayu ini.

Baju Melayu Cekak Musang

o Baju melayu cekak musang mempunyai bahagian leher yang bercekak dan

agak tinggi melingkari leher dan boleh dipadankan dengan kain sarung yang

dijadikan sebagai samping iaitu samping dagang luar. Baju melayu ini

menggunakan butang berwarna emas atau batu permata sebagai

pengancing.
o Digayakan dengan tengkolok, keris dan samping

Baju Kurung Cekak Musang

o Baju kurung cekak musang menjadikan kain sarung sebagai kain tudung

yang melindungi diri daripada panas dan pandangan mata lelaki. Baju kurung

ini boleh digayakan dengan barang kemas dan hiasan kepala yang menjadi

pelengkap kepada busana Melayu.

Barang Kemas dan Hiasan

o Gendik

Perhiasan yang dipakai pada dahi dan turut dikenali sebagai pemanis dahi

o Pending

Pending merupakan kepala tali pinggang bagi golongan lelaki atau wanita

yang digayakan dengan sarung atau samping

o Sanggul Lintang

Sanggul lintang berbunga getar yang diubah suai menjadi lebih ringkas

o Dokoh / Kalung Papan

Dokoh atau Kalung Papam merupakan perhiasan diri yang dikalungkan di

dada sebagai pelengkap gaya

o Cucuk Sanggul

Cucuk Sanggul dipakai satu atau satu set terdiri daripada tiga, lima atau tujuh

sebagai perhiasan kepala

o Kerongsang Berantai

Kerongsang tiga sejajar dengan ikatan rantai

o Cincin

Sebentuk cincin diikat dengan betu permata atau cincin belah rotan yang

begitu halus ukirannya

o Gelang Kaki

Gelang kaki mempunyai bentuk hamper sama dengan gelang tangan dan

dipakai di kedua-dua belah kaki


o Subang

Subang dipakai di cuping telinga dengan penahan skru, berpalang sengka

atau hanya dicangkuk di belakang telinga

o Anting-anting

Subang berjurai yang tergantung di cuping telinga

o Gelang Tangan

Terdapat pelbagai jenis gelang tangan antaranya gelang belah rotan, gelang

pintal dan rantai tangan

o Kerongsang Ibu dan Anak

Ibu kerongsang berbentuk hati dengan dua anak berbentuk bulat

6.0 FUNGSI DAN TUJUAN

Menutup tubuh manusia – Seperti yang telah diketahui bahawa fungsi sebenar baju

adalah untuk menutup tubuh manusia daripada pandangan umum.

Medium kecantikan dan penampilan – Busana Melayu digayakan dengan hiasan dan

barang kemas yang lengkap dan ini merupakan medium kecantikan masyarakat

Melayu

Majlis bersantai – Majlis seperti majlis perkahwinan, acara jamuan makan,

bertandang dan sebagainya

Majlis rasmi – Mesyuarat, Majlis adat-istiadat dan sebagainya

Pakaian formal – Pakaian untuk bekerja seperti Guru, Staf, Pegawai kerajaan dan

sebagainya

Identiti dan budaya masyarakat Melayu – Busana Melayu merupakan identiti dan

budaya masyarakat Melayu yang dikenali di seluruh dunia. Busana ini menjadikan

identiti Melayu unik pada pandangan masyarakat luar.


7.0 PENGARUH TEMPATAN DAN LUAR

Tempatan

o Johor – Susun Johor dengan lipatan kain yang disusun sebelah kanan dan

kiri seakan-akan ombak. Kaum wanita boleh memadankan baju cekak

musang ini dengan seluar panjang atau kain sarung. Kain sarung yang

dipakai ialah kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’. Ikatan ini ialah lipatan

kain yang disusun di sebelah kiri atau kanan kain yang seakan-akan

berombak. Ikatan ini lebih dikenali sebagai kain ‘susun Johor’, iaitu

bersesuaian dengan tempat yang mempopularkannya. Sehingga kini ikatan

kain ini masih sesuai dipakai bersama-sama baju kurung Melayu.

Luar

o Pengaruh India – Contohnya, songkok.

o Pengaruh Arab – Contohnya, Jubah.

You might also like