You are on page 1of 11

DEFINISI SENI

Seni berasal dari kata sani sanskerta yang bermaksud pemujaan,persembahan dan
pelayanan. Kata tersebut berkait rapat dengan upacara keagamaan yang disebut kesenian.
Menurut Padmapusphita, kata seni berasal dari bahasa Belanda jenia dalam bahasa Latin
disebut genius yang bermaksud kemampuan luar biasa yang dibawa sejak lahir.
Tujuan penggunaan seni manusia sudah lama dikenali seni sejak zaman purba lagi.
Penggunaan seni sebagai penyampaian komunikasi berupa gambar kegiatan manusia purba
ketika itu yang digambarkan melalui media dinding gua berupa torehan-torehan pada dinding
dengan menggunakan warna yang menggambarkan kehidupan manusia purba,seni juga
digunakan sebagai pemujaan antara alam dan makhluknya.

SENI PAKAIAN
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi untuk melindungi
dari kepanasan,kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan
dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat
melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan
kekuasaan seseorang dalam masyarakat, namun fungsi pakaian dan perhiasan semakin
berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini, pakaian lebih dianggap sebagai
bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitik beratkan daya kreativiti penciptanya.
Pakaian masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis dan variasi mengikut kaum
dan etnik yang terdapat di Malaysia. Setiap pakaian tradisional yang dipakai oleh
masyarakat Malaysia mempunyai kesenian dan keindahan yang terdiri dari segi cara
pembuatan mahupun jenis fabrik. Pakaian rakyat Malaysia juga merupakan unsur budaya
masyarakat yang berbilang kaum dan hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

BAJU MELAYU
Baju melayu merupakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian
ini terdiri daripada baju teluk belanga dan baju cekak musang berserta seluar panjang turut
dilengkapi samping dan juga songkok. Baju melayu biasanya akan dipakai untuk kegunaan
harian seperti menunaikan sembahyang, untuk dipakai ke pejabat atau sekolah pada hari
Jumaat, untuk menghadiri majlis-majlis formal dan keramaian dan tak ketinggalan juga
sebagai pakaian adat.
Baju melayu teluk belanga biasanya lebih dikenali di selatan Malaysia seperti negeri
Johor sementara potongan cekak musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan
tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, contohnya potongan cekak
musang berbentuk seperti leher baju India yang mana bahagian penutup atau rumah
butangnya bertindan. Sementara potongan teluk belanga pula bahagian lehernya hanya
dijahit secara sulaman sama seperti leher baju kurung.
Baju melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau membuat potongan moden,
yang juga dipanggil potongan Cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju
iaitu secara disambung terus atau dijahitkan ke bahagian lain yang dinamakan sebagai
pesak dan kikik. Kebiasaannya baju melayu dijahit menggunakan fabrik-fabrik kapas, satin
atau

apa

jua

fabrik

campuran

yang

selesa

dipakai.

Cara memakai baju melayu ini juga terdapat sedikit perbezaan bagi melengkapi pemakaian
seseorang. Bagi baju melayu teluk belanga, nampak lebih segak dikenakan apabila baju
teluk belanga itu sendiri dipakai diluar samping dimana ianya menampakkan sebahagian
samping sahaja. Manakala baju cekak musang lebih sesuai digayakan apabila bajunya
dipakai didalam samping dimana samping kelihatan penuh.
Baju Melayu Cekak Musang berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju
iaitu tengkuk cekak tinggi atau leher tegak. Pengertian 'cekak musang' merakamkan imej
yang dialami alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri melingkari leher. Terdapat
beberapa rekaan butang di leher baju iaitu seperti butang tiga, butang empat mahupun
butang lima.
Manakala

Baju

Teluk

Belanga

pula

dikatakan

di

perkenalkan

di Teluk

Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19.
Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri pada
tahun 1866 demi meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke

Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu
hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.Reka bentuk kolar atau potongan lehernya
menyerupai baju kurung atau dipanggil Teluk Belanga. Jahitan pada leher tersebut pula
dikenali sebagai jahitan tulang belut atau insang pari dan dikancing satu butang.

BAJU KURUNG
Baju kurung merupakan pakaian tradisional perempuan melayu. Baju kurung sangat
mudah dan sangat selesa untuk dipakai. Baju kurung juga dapat digayakan bersama tudung
dan selendang. Biasanya, baju kurung dipakai semasa menyambut hari raya, menghadiri
majlis perkahwinan dan perayaan agama. Baju kurung ialah sejenis pakaian tradisional
orang Melayu yang dipercayai telah mendapat pengaruh daripada pakaian pedagang Arab
dan India serta China. Pakaian Melayu ini, khususnya baju kurung telah menjadi pakaian
yang dipakai di Alam Melayu nusantara, khususnya di Malaysia dan juga Indonesia. Baju
kurung yang dipakai sekarang ini merupakan baju kurung yang diolah supaya bentuknya
lebih anggun dan jahitannya lebih halus.

Baju kurung ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar Johor. Ciri
yang membezakan baju kurung dengan yang lain ialah bajunya yang labuh serta berlengan
panjang, berpesak dan berkekek. Antara ciri yang istimewa atau unik tentang baju kurung
termasuklah jahitan tangan yang dinamai sembat yang dijahit pada bahagian kelim dan
kelepet. Bahagian leher baju ini pula dijahit dengan jahitan tulang belut yang diilhamkan
daripada struktur tulang ikan belut.
Pakaian orang Melayu masa kini lahir daripada perkembangan pakaian orang dahulu melalui
proses pengubahsuaian. Proses ini berlaku kesan daripada peradaban awal masyarakat di
tempat itu sendiri, dan juga daripada pengaruh pedagang Arab dan India serta China.
Berdasarkan pengaruh tersebut, budaya Melayu diolah dan digabung menjadi budaya yang
indah dan unik. Bertitik tolak daripada perkembangan inilah pakaian wanita dan lelaki di
Alam Melayu semakin berkembang dan pelbagai.
Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah baju Melayu, manakala
pakaian wanita yang masih popular termasuklah baju kurung, baju kebaya panjang, baju
kebaya pendek, baju kurung Kedah dan baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang
dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju
Minangkabau. Walau bagaimanapun, tumpuan penulisan ini hanyalah kepada baju kurung
jenis pesak gantung dan pesak biasa sahaja.

BAJU KEBAYA

Baju kebaya dipakai oleh wanita melayu. Baju kebaya direka labuh hingga ke paras
lutut. Tangannya panjang dan lebar,bahagian badan mengikut potongan dan melebar ke
bawah. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian
yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan
rantai halus.Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang.
Kebaya ada pelbagai gaya. Baju kebaya dipakai dengan kain sarung atau kain batik.
Biasanya baju kebaya dipakai dalam majlis rasmi atau majlis perkahwinan. Orang yang
memakai baju kebaya kelihatan sopan dan menarik. Ianya juga dijadikan sebagai pakaian
perkahwinan.

DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain
yang berwarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja
kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat
daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah peha.

SARI
Sari merupakan sehelai kain berukuran lima hingga enam meter yang tidak dijahit
dan dipakai oleh golongan wanita di India. Perkataan sari berasal dari perkataan Prakrit
Sattika seperti yang dinyatakan dalam sastera agama Jain dan Buddha awal. Sejarah
pakaian India mengembalikan sari ke tamadun Lembah Indus yang berkembang pada 2800
SM hingga 1800 SM di sekitar bahagian barat India.
Walaupun zaman kian berubah, namun sari masih menjadi pilihan golongan kaum
India pada masa ini. Pemakaian sari telah dijadikan sebagai warisan sepanjang zaman, yang
masyarakat lain turut tertarik dengan keunikan sari. Oleh itu, rugilah kita sekiranya
mengenali sari hanya dengan melihat bentuk serta warna tetapi tidak memahami asal
usulnya.
Sari dan agama Hindu mempunyai kaitan yang rapat. Dipercayai bahawa kain yang
tidak dijahit seperti sari dan dhoti ialah pakaian yang suci untuk penganut agama Hindu. Ini
kerana dahulunya sari hanya dipakai semasa upacara keagamaan. Namun, sari telah
menjadi pakaian harian untuk kaum perempuan India terutamanya pada musim perayaan
dan majlis tertentu. Walaupun sari tidak dijahit, sari mampu menunjukkan keanggunan
seseorang wanita yang memakainya. Keunikan warisan ini masih lagi dikekalkan dengan
menggunakan kain yang tidak dijahit sehingga sekarang.
Cara pemakaian sari yang asli masih lagi popular dalam golongan kaum India
walaupun peredaran fesyen semakin berkembang. Cara pemakaian sari merupakan satu
aspek penting yang harus difahami. Sari yang dipakai akan dililit pada badan dengan
bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam pula akan dipakai di
atas atau di bawah pusat yang berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.
Justeru, bahagian perut dibiarkan terdedah tanpa ditutup oleh kain sari.
Warisan pemakaian sari telah memberi pengaruh terhadap warisan yang lain. Dalam
pemakaian sari, barang perhiasan tambahan dipakai oleh si pemakai bagi tampak lebih
menonjol. Antara barang perhiasan yang dipakai bersama-sama sari ialah cincin, cucuk
sanggul dan dokoh. Namun, disebabkan kedatangan tamadun Indus datang lebih awal ke
Nusantara, tamadun Cina dan tamadun Islam khususnya banyak menyerap budaya daripada
tamadun Indus.
Contohnya, pemakaian cucuk sanggul goyang yang dipakai ketika memakai sari juga
dipakai oleh kaum Cina. Selain itu, orang India juga memakai dokoh yang menggantikan

kalungan bunga malai yang lazimnya dipakai ketika menari tarian India dengan memakai
sari. Orang Melayu pada zaman dahulu mempunyai persamaan budaya dengan kaum India
kerana mereka juga mengamalkan adat memakai dokoh ketika itu. Warisan pemakaian sari
bukan sahaja dipakai oleh kaum India, malah ia telah memberi pengaruh secara tidak
langsung terhadap budaya kaum lain. Hal ini membuktikan bahawa sari merupakan warisan
sepanjang zaman yang masih dan akan terus berkekalan

PAKAIAN LELAKI MELAYU KAMPUNG


Pakaian ini dipakai oleh kaum lelaki masyarakat melayu pada zaman dahulu di
kawasan kampung. Namun begitu, terdapat juga segelintir masyarakat melayu lelaki kini
masih lagi memakai pakaian ini di kampung.
Pakaian ini kebiasaannya dipakai oleh kaum nelayan pada zaman dahulu. Pakaian ini
dipakai bersama kain lepas yang dililit pada bahagian kepala. Pakaian ini dikenakan
bersama t-shirt dengan kain sarung.

PAKAIAN WANITA MELAYU KAMPUNG


Pakaian ini dipakai oleh kaum wanita pada zaman dahulu dan masa kini. Pakaian ini
dipadankan antara kain batik dan baju kurung kedah. Hal ini demikian kerana, masyarakat
melayu pada zaman dahulu berpendapat bahawa mereka lebih selesa dan sesuai
mengenakan pakaian ini.
Apabila keluar dari rumah untuk tujuan bekerja atau bersahaja, masyarakat melayu
pada zaman dahulu akan mengenakan selendang dari kain batik untuk menutup kepala
mereka. Pakaian ini dipakai sebelum kedatangan islam. Selepas islam berkembang, kaum
wanita masyarakat melayu telah mengenakan tudung untuk menutup keseluruhan bahagian
kepala mereka. Pakaian yang dikenakan juga lebih menutup aurat dan sopan.

KESIMPULAN
Sememangnya terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional masyarakat di Malaysia
pada zaman dahulu yang sememangnya terdiri daripada pelbagai kaum. Walaupun pakaian
tradisional ini telah dipakai sejak zaman dahulu lagi, namun begitu, ianya masih lagi dipakai
dan dikekalkan oleh sesetengah masyarakat pada masa kini. Walaubagaimanapun, pakaian
pada zaman dahulu telah mengalami pembaharuan dan penambahbaikan yang berkembang
seiring dengan peredaran dan perubahan zaman.
Oleh itu,kita sebagai masyarakat pada masa kini haruslah menjaga dan mengekalkan
warisan seni pakaian yang terdapat di negara kita.Kita haruslah sentiasa memikirkan
lamgkah-langkah yang sesuai untuk menjaga warisan seni pakaian kita agar ianya tidak
lapuk ditekan dek zaman.

RUJUKAN
INTERNET
-www.notpedia.info/pengertian seni
-https//www.scribd.com/definisi seni
-www.thepatriots.my/sejarAahbajumelayu
-www.skrinaku.com
-www.bimbingan.org
-www.thepatriots.my/sejarah-baju-melayu/
fid.ohmacamitu.com/.../asal-usul-baju-melayu-cekak

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN


CWT 3132
SENI TRADISIONAL DAN PERLAMBANGAN
TAJUK : SENI PAKAIAN TRADISIONAL

TUTOR: CIK FAEKA BINTI MOHD MAHROJI


NAMA AHLI:
NORSAHIFA BT DAUD (C12A284)
NURFARAHIAH BT DIN (C12A327)
SITI NATRAH BT AHMAD (C12A522)
SITI FATIHAH BT AB. HAMID (C12A395)
ZAZLIN ISMAWANI BADARIAH BT MOHD ZAKI (C12A467)

You might also like