You are on page 1of 13

CTU553: ETHNIC RELATIONS

Assignment Title: Inovasi Gabungan Pakaian Tradisi Etnik India dan Cina di Malaysia:

SAREE & CHEONGSAM

Lecturer’s Name: Dr. Mohd Amzari Bin Tumiran

Student’s Name:

No Name Matrix Number


1 Nur Nadziatul ‘Aifah binti Md Sa’aid 2018613488
2 Shahira Sazwani binti Shaharuddin 2018657134

Programme: BA243 – Bachelor of Business Administration (Hons.) Human Resource


Management

Class: NBH 9A

Submission Date: 23th January 2022

[1]
ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Penghargaan 3
2 Pengenalan 4
3 Pakaian Tradisi Etnik India 5–6
4 Pakaian Tradisi Etnik Cina 7–8
5 Inovasi Gabungan Pakaian Tradisi 9 – 10
6 Kesimpulan 11
7 Senarai Rujukan 12

[2]
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Allah SWT,
segala puji bagi Allah SWT kerana telah memberikan ilham dan petunjuk serta kesihatan
yang baik untuk kami menyempurnakan kerja kursus ini dengan sebaik yang mungkin.

Kami juga ingin berterima kasih serta memberi penghargaan khas kepada pensyarah
kami iaitu Dr Mohd Amzari bin Tumiran atas segala penerangan dan bimbingan untuk kami
menyiapkan kerja kursus yang diberikan.

Jutaan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat kami dari kelas NBH9A kerana telah
bersama-sama menyumbangkan idea serta bersama-sama menjayakan kerja kursus yang telah
diberikan kepada kami ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa menyokong segala
keputusan kami serta memberikan pendapat yang baik untuk kami memperbaiki kekurangan
pada tugasan kali ini. Tak lupa juga kepada kakak dan adik yang sentiasa memberikan idea
untuk video bagi tujuan pembentangan.

[3]
PENGENALAN

Pakaian Malaysia adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh tiga budaya utama di
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap budaya mempunyai tatacara pemakaian
tradisional yang dipengaruhi agama dan boleh disesuaikan dengan pengaruh dan keadaan
tempatan. Pakaian tradisional juga kebanyakannya boleh dilihat di majlis perayaan dan juga
perkahwinan. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat
daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan
batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang
asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara
ini.

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Chitty Melaka dan komuniti Mamak
merupakan keturunan penghijrah bermula semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal
dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824
memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai,
dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan,
dan perdagangan.

Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian
tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina
yang asalnya berlapis- lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh
dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo,
Hanfu dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Saree, Sherwani dan Kurta
juga masih dipakai di acara acara keramaian.

[4]
1. PAKAIAN TRADISI ETNIK INDIA
1.1 Pakaian tradisi etnik India bagi kaum wanita.

Saree merupakan pakaian tradisional yang biasa dikenakan oleh kaum wanita di India.
Kain saree memiliki Panjang dari 4 hingga 9 meter yang biasa dipakai dengan pelbagai gaya
tanpa dijahit. Bahagian dalamnya biasa ditambah dengan petticoat yang memiliki lengan
pendek dan garis leher yang rendah.

Salwar Kameez juga adalah pakaian tradisional untuk para wanita Punjabi di India.
Terdiri daripada 3 bahagian iaitu seluar, blaus dan juga sejenis kain yang diberi nama dupatta,
Salwar Kameez bukan sahaja popular di India malah berkembang di Eropah dan negara Asia
seperti Malaysia.

Anarkali Churidar merupakan pakaian tradisi Punjabi di India yang juga mempunyai ciri
ciri yang hampir serupa dengan Salwar Kameez. Ianya berbeza dari segi panjang, rekaan
blaus dan sulaman. Perkataan Anarkali diterjemahkan kepada putik halus bunga delima yang
mempamerkan ciri kelembutan, kepolosan dan kecantikan wanita yang memakai Anarkali.

1.1.1 Saree 1.1.2 Salwar Kameez

1.1.3 Anarkali Churidar

[5]
1.2 Pakaian tradisi etnik India bagi kaum lelaki.

Dhoti adalah pakaian lelaki di India. Kain tersebut dililit pada bahagian pinggang dan
diikat pada celah peha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Pakaian ini dibuat daripada
kain putih yang lebar dan dihiasi dengan manik manik saiz kecil.

Sherwani adalah pakaian golongan bangsawan di wilayah India seperti Pakistan.


Ianya telah diubah menjadi pakaian kontemporari dari masa ke semasa. Ia mempunyai
penggunaan motif yang memberi kesan mewah tehadap si pemakai. Sherwani juga
kebiasaannya dipakai Ketika menghadiri acara yang formal seperti m ajlis perkahwinan,
jamuan dan pesta.

Panche/Lungi adalah sepotong kain Panjang yang dililit pada pinggang. Namanya
diambil sempena nama negara asal India iaitu Panche/Lungi. Kain ini sesuai untuk pelbagai
aktiviti. Kaum India akan mengenakan kain sarung ini apabila hadir ke acara yang tidak
formal.

1.2.1 Dhoti 1.2.2 Sherwani

1.2.3 Panche/Lungi

[6]
[7]
2. PAKAIAN TRADISI ETNIK CINA

2.1 Pakaian tradisi etnik Cina bagi kaum lelaki.

Samfoo yang diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching membawa maksud ‘baju dan
seluar’ dalam dialek kantonis. Ia diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak dan
berbunga halus. Samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki mempunyai ciri ciri yang berbeza
berbanding Samfoo yang dipakai oleh kaum wanita. Ianya terdiri daripada baju yang longgar,
berkolar tinggi dan terbelah di depan dan dipakai Bersama seluar yang longgar.

Hanfu merupakan pakaian yang berasal dari Suku Cina Han yang berasal pada Dinasti
Liao. Hanfu mempunyai pakaian dibahagian atas yang longgar dan terbuka. Pakaian
dibahagian bawah adalah terdiri daripada skirt yang juga dikenali sebagai ‘Chang’. Ia juga
mempunyai lengan yang Panjang dan longgar.

2.1.1 Samfoo

2.1.2 Hanfu

[8]
2.2 Pakaian tradisi etnik Cina bagi kaum wanita.

Cheongsam yang juga dikenali sebagai ‘Qipao’ mula diperkenalkan sejak 1900-an
pada Dinasti Ming oleh masyarakat Manchu di China. Busana ini menggambarkan ciri-ciri
wanita yang sopan, lembut dan cantik. Ia menjadi pakaian yang popular di kalangan keluarga
diraja pada zaman Dinasti Qing.

Pada mulanya rekaan Qipao hanya mempunyai potongan yang lurus sesuai dengan
keaadan Ketika itu dimana penduduk di China bergerak menggunakan kuda. Namun begitu,
rekaan ini mula dipengaruhi pengaruh barat untuk memberikan cita rasa baru terhadap
pemakaian Qipao lalu merubah rekaan Qipao yang longgar dan labuh kepada rekaan yang
ketat dan mengikut susuk tubuh si pemakai untuk menyerlahkan kecantikan si pemakai yang
kini lebih dikenali sebagai Cheongsam.

Potongan lengan Cheongsam adalah pelbagai. Ia termasuklah potongan lengan


pendek, tiga suku dan jugak mengikut keselesaan si pemakai. Belahan tepi kain juga
bergantung kepada Panjang labuh Cheongsam itu sendiri. Jika lebih panjang busana itu, maka
potongan belahan akan lebih tinggi bagi tujuan untuk memudahkan pergerakan si
pemakainya.

2.2.1 Revolusi Qipao/Cheongsam

[9]
2.2.2 Cheongsam/Qipao
3. INOVASI GABUNGAN PAKAIAN TRADISI ETNIK INDIA DAN CINA

Memilih untuk mengetengahkan inovasi gabungan pakaian tradisi masyarakat India dan
Cina kerana ia adalah gabungan budaya Asia dengan gabungan yang menarik untuk
Cheongsam dan Saree. Kami juga memilih untuk menggabungkan Cheongsam dan Saree atas
dasar persamaan menyerlahkan ciri ciri kelembutan, kesopanan dan kecantikan wanita.

Bahagian dalam Saree yang ditambah dengan petticoat yang memiliki lengan pendek dan
garis leher yang rendah digantikan dengan perincian butang sulam dibahagian leher serta
potongan tidak berlengan daripada rekaan Cheongsam yang telah diolah. Kain Saree yang
mempunyai panjang yang asli iaitu 4 – 9 meter yang boleh digayakan dengan pelbagai gaya
juga dikekalkan. Motif sulaman yang selalunya didapati pada Saree digantikan dengan corak
yang menggambarkan budaya Cina yang dicetak pada permukaan kain Saree secara
sederhana supaya memberikan impak yang seimbang antara budaya masyarakat India dan
juga Cina.

3.1 Rekaan pertama

[10]
Bagi rekaan kedua yang mempamerkan inovasi amalgamasi bagi masyarakat India
dan juga Cina pula memiliki potongan lengan yang pendek serta memiliki potongan leher
daripada rekaan Cheongsam yang telah diolah bagi bahagian dalam Saree. Fabrik sutera yang
digunakan juga memiliki ciri ciri dan warna yang sinonim dengan masyarakat cina. Garisan
perak di luaran kain Saree yang kosong membolehkan ianya dipakai bukan sahaja untuk
pemakaian hari biasa secara kasual tetapi juga untuk digayakan di mana mana majlis sosial.

3.2 Rekaan kedua

[11]
KESIMPULAN

Pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih
digunakan dengan meluas malahan etnik-etnik yang terdapat di Malaysia turut mempunyai
pakaian mereka sendiri. Pakaian tradisional melambangkan identiti serta keperibadian di
dalam sesebuah etnik atau kaum itu sendiri. Ia juga mempunyai keunikan seta keistimewaan
tersendiri yang boleh kita banggakan serta pamerkan.

Umumnya pemakaian pakaian tradisional masih dapat kita lihat dimajlis majlis
keraian seperti majlis perkahwinan, majlis rumah terbuka di hari raya dan sebagainya. Pada
pendapat kami, untuk mengelakkan identiti pakaian tradisional daripada hilang dibawa arus
pemodenan di negara kita pada hari ni, inovasi pakaian tradisi mampu untuk menyerlahkan
kreativiti serta membawa kita untuk mempelajari ketelitian dan kehalusan seni dan budaya di
dalam pakaian tradisional di negara kita ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang bangga akan keharmonian dan kepelbagaian kaum dan
etnik di negara yang tercinta ini, kita perlu mempelajari budaya pelbagai kaum di Malaysia
supaya mampu memupuk cinta terhadap kepelbagaian seni, budaya, makanan, tradisi di
negara ini. Sudah tiba masanya kita membuka minda dan menerima pandangan serta tidak
berada di takuk yang lama dengan hanya membanggakan kaum dan budaya kita sahaja.

Masyarakat pada masa kini lebih terbuka untuk mencuba pakaian tradisi dari kaum
yang berbeza dan menunjukkan nilai perpaduan serta keharmonian yang tinggi. Secara tidak
langsung, menunjukkan kekuatan sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa dikagumi oleh
negara negara luar akan keharmonian pelbagai kaum di negara ini tanpa menimbulkan isu isu
yang besar dimata dunia.

[12]
SENARAI RUJUKAN

References
N/A. (2016, August). kebudayaan Kebangsaan. Retrieved from
http://kebudayaankebangsaan.blogspot.com/2016/08/pemakaian-tradisional-kaum-
india.html

Nurathirah, F., J. F., & Yusmira. (n.d.). Pakaian Tradisional . Retrieved from
https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/cina.html

Roslan, A. (2021, September 16). Astro Awani. Retrieved from https://www.astroawani.com/gaya-


hidup/bukan-hanya-makanan-pakaian-tradisi-setiap-kaum-juga-harus-diraikan-kel-wen-
320128

Saw, R. (2015, December 7). Influence Asia 2015: My Cheong-Saree by Saree Sense. Retrieved from
https://www.rebeccasaw.com/influence-asia-2015-my-cheong-saree-by-saree-sense/

[13]

You might also like