You are on page 1of 19

KOD MODUL: SFP 30123 PAKAIAN LELAKI

 
TAJUK : LAPORAN KREATIF BAJU MELAYU CEKAK
MUSANG  

KELAS : SFP 3
 
DISEDIAKAN OLEH :
AMIRUL HAIDAR BIN HAIROL
B05SFP20F509
 
NAMA PENSYARAH : EN MOHAMAD SHAWAL BIN MUSTAFA
KAMAL
ISI KANDUNGAN
• Pengenalan baju melayu.

• Sejarah dan asal usul baju melayu cekak musang :-


 Asal usul dan sejarah baju melayu cekak musang.
 Tahun diperkenalkan.
 Pereka baju.

• Ciri-ciri baju melayu cekak musang :-


 Baju
 Poket
 Kolar
 Lengan
 Kekek
 Pesak
 Seluar
 Tanjak
 Samping

• Penutup
Pengenalan baju melayu

 Baju melayu ialah pakaian


tradisional dan kebangsaan
lelaki melayu.
 Baju Melayu terbahagi kepada
dua bahagian iaitu baju dan seluar
panjang serta dilengkapi
dengan samping dan songkok
 Baju Melayu biasanya dipakai
sebagai pakaian harian terutama
sekali untuk bersembahyang, ke
pejabat, majlis formal, dan
sebagai pakaian adat. Baju
Melayu juga merupakan pakaian
rasmi Malaysia.
Sejarah dan asal usul Baju Melayu Cekak Musang

 Baju melayu bermula sekitar 700 tahun yang lalu.


 Pada zaman kesultanan Melaka, Sultan Muhammad Shah menetapkan supaya orang melayu mempunyai baju khusus
untuk golongan kerabat dan bangsawan untuk dipakai sewaktu mereka menghadap Sultan dan permaisuri. Sultan
mengkehendaki orang melayu mempunyai penampilan khusus baju menampakkan sebagai satu bangsa yang
mempunyai jati diri tidak seperti yang dipakai oleh pedagang India atau Arab pada zaman itu.
 Pada zaman Melaka, baju melayu pada mulanya direka bentuk agak singkat dan ketat seperti baju yang dipakai pesilat.
 Tun Hassan (semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk dan
potongan asal baju orang Melayu kepada potongan Baju Melayu yang dipakai hingga sekarang.
 Evolusi rekaan baju melayu bermula dengan setiap pengubahsuaian mendapat izin dan persetujuan sultan.
 Baju yang pada mulanya ketat berseluar singkat berubah kepada longgar dan labuh seperti yang kita pakai pada zaman
kini.
 Walaupun berubah, tujuan penghasilan baju melayu masih tetap sama iaitu, pemakaiannya oleh orang lelaki
melambangkan identiti bangsa dan bukan hanya sekadar menutup aurat.
 Baju tradisional ini dikenakan bukan sebarangan tapi mempunyai falsafah unik dan tersendiri. Seperti yang terdapat
dalam budaya melayu cara pertuturan dan perlakuan bangsa adalah sangat berhemah dan ini jugak diterjemahkan
dalam cara pemakaian.
 Hal ini mendidik orang melayu generasi muda secara tidak langsung melalui cara pamakaian.
Jenis-jenis Baju Melayu

Baju Melayu
Teluk Belanga

Baju Melayu
Cekak
Musang
Ciri - ciri baju melayu cekak
musang
Baju melayu

 Berasal dari arab iaitu sehelai


kain dilipat dua dan ditebuk di
bahagian tengah. Labuh baju
sehingga paras lutut, tetapi di
tanah Melayu disingkatkan
( lengan dan seluar 3 suku )
kerana kedudukan khatulistiwa
dimana banyak hutan, untuk
memudahkan pergerakan.
 Tun Hassan orang yang
mengubah bentuk dan
potongan menjadi baju melayu
yang dipakai kini.
Poket Baju melayu

 Kebanyakkan baju
Melayu mempunyai tiga
saku di hadapan, Ketiga-
tiga ini melambangkan
Iman, Islam dan Ihsan.
Kolar cekak musang

Dinamakan baju Melayu cekak


musang kerana bentuk lingkaran
leher baju. Ada juga yang
mengaitkannya dengan  ‘cekak’
tinggi atau leher tegak. Saiz cekak
baju adalah sehingga 2.5cm
melingkari leher.
Butang baju melayu

• Baju Melayu Cekak Musang


mempunyai 5 butir butang,
iaitu 2 butir bertindih di
cekak leher dan 3 butir di
belahan bawah leher.

• 5 butir butang merujuk


kepada 5 rukun islam iaitu
mengucapkan dua kalimah
syahadah, menunaikan solat
fardu lima waktu, berpuasa
pada bulan Ramadan,
membayar zakat dan
mengerjakan haji bagi
mereka yang mampu.
Lengan

Baju melayu tradisional


menggunakan potongan lengan
empat segi yang disambung
pada badan pesak dan kekek.

Berbanding dengan baju


melayu moden yang
menggunakan potongan
keruk.
Kekek dan Pesak

Kekek ialah jahitan untuk


Pesak ialah kain yang dijahit pada di
ba­wah ketiak baju. Ia bertujuan
kepingan fabrik berbentuk 3
memberi kelonggaran pada rekaan segi, dicantum pada ketiak
baju. Dalam rekaan baju tradisional untuk memberi keselesaan
melayu, jahitan pesak banyak semasa bergerak. Ia
digunakan terutama pada rekaan baju
melayu dan baju kurung. dicantum pada ketiak
pakaian untuk tujuan
memberi keselesaan
pergerakan lengan.
Seluar Melayu
Sejenis seluar yang dijahit
Seluar Pesak Gunting Cina dengan berpesak,lebar kakinya
dan mempunyai bahagian atas
yang disebut sebagai
‘tongkah’.Ia dipakai dengan cara
diikat dengan tali pengikat yang
dipanggil sebagai ‘tali kencing’

Dipanggil sebagai seluar gunting Cina kerana potongannya lurus


seperti seluar pedagang-pedagang Cina yang datang ke tanah
Melayu.Labuh Seluar Gunting Cina berada antara paras betis atau
terkadang menyentuh buku lali.
Seluar Pesak Gunting Acheh

Mempunyai Tongkah serta Tali


Kencing,tetapi pesak pada bahagian cawat
tersebut dilabuhkan berbanding Seluar
Gunting Cina,menjadikan rupanya sedikit
menyerong, sedangkan Seluar Gunting Cina
potongannya lurus.

Tali pengikat seluar pesak ini


dinamakan sebagai ‘Tali Kencing’
kerana fungsinya untuk memegang
seluar ini ketika membuang air
kecil tanpa perlu membuka seluar.
Seluar Pantalon

Penghujung abad ke 19, seluar pantalon(pantaloon) yang biasa


dipakai oleh orang-orang Barat diadaptasi oleh orang-orang
Melayu.Ia berkancing,dengan potongan kaki yang lebih
sempit,tanpa pesak serta mempunyai zip di bahagian hadapan.

Seluar Pantalon inilah yang menjadi seluar yang biasa


dipasangkan dengan Baju Melayu potongan moden
pada hari ini.
Destar

 Sejenis alas kepala yang dipakai secara tradisi


dalam kalangan masyarakat melayu. Selalu
dipakai kaum lelaki namun ada juga kaum wanita
yang memakai ia jua. Diperbuat daripada kain
songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam
gaya yang tertentu.
 Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak
dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat
istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para
hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh
pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.
Samping

 Samping atau kain dagang ialah sejenis


kain sarung yang dipakai selepas
dipakai seluar.
 Gaya pemakaian samping berlainan
mengikut daerah.
 Kain dagang ini di pakai di dalam baju
yang dipanggil berdagang dalam
dengan leher teluk belanga kancing
satu.
 Di sebelah pantai Barat pula memakai
baju Melayu berleher cekak musang
dengan kain dagang di luar yang
dipanggil berdagang luar.

 Cara pemakaian kain dagang pada zaman dulu berperanan menunjukkan


perbezaan darjat seseorang dalam masyarakat. Ketika itu hanya kerabat diraja
saja yang boleh memakai kain dagang di luar berbanding golongan masyarakat
biasa.
Penutup
Akhir sekali dari saya, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama
perlu dikekalkan dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan
datang. Masyarakat Melayu menitikberatkan keperibadian luhur dan murni,
serta dibekalkan dengan pakaian tradisi untuk melindungi anggota badan.
Justeru itu, perkara ini perlu diteruskan sebagai satu usaha memelihara
pakaian tradisional masyarakat Melayu agar terus dikenali sejajar dengan
perkembangan dunia fesyen tanahair. Walaupun persaingan dunia peragaan
dan busana telah berkembang pesat, tetapi permintaan terhadap pakaian
tradisional Melayu masih mendapat tempat di hati masyarakat kita. Ini
bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ’Tak lekang dek panas
dan Tak lapok dek hujan’. Semoga kegemilangan pakaian tradisional Melayu
akan terus terpelihara dan berterusan dari satu generasi ke generasi akan
datang.
Terima kasih

You might also like