You are on page 1of 6

Baju Melayu 1. Ciri-ciri baju Melayu Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu.

Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan. Berikut adalah ciri-ciri kedua-dua jenis baju Melayu iaitu, baju MelayuTeluk Belanga dan baju Melayu cekak Musang: a. Baju Melayu Teluk Belanga Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama, kocek pada baju lelaki ditambah menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju perempuan dan diadakan satu kocek pada baju perempuan. Seluar yang dipakai disebut 'seluar kabul' yang bertongkah atau bertakak seperti seluar Cina dan kakinya lebih luas dari seluar yang dipakai dengan pakaian barat. Pada masa itu terdapat beberapa jenis seluar yang dipakai oleh orang lelaki iaitu; i. ii. iii. iv.
1.

seluar sampak ( paras peha ) seluar katok ( paras lutut ) seluar Acheh ( paras betis ) seluar panjang iaitu seluar pakaian orang barat.

Ciri-ciri baju Melayu Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan. Berikut adalah ciri-ciri kedua-dua jenis baju Melayu iaitu, baju MelayuTeluk Belanga dan baju Melayu cekak Musang: a. Baju Melayu Teluk Belanga Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama, kocek pada baju lelaki ditambah menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju perempuan dan diadakan satu kocek pada baju perempuan. Seluar yang dipakai disebut 'seluar kabul' yang bertongkah atau bertakak seperti seluar Cina dan kakinya lebih luas dari seluar yang dipakai dengan pakaian barat. Pada masa itu terdapat beberapa jenis seluar yang dipakai oleh orang lelaki iaitu; i. ii. iii. iv. seluar sampak ( paras peha ) seluar katok ( paras lutut ) seluar Acheh ( paras betis ) seluar panjang iaitu seluar pakaian orang barat.

Bagi menseragamkan pakaian, seluar Cina telah ditetapkan yang mana ianya bertongkah atau bertakak iaitu terdapat sambungan kain dibahagian atas seluar bagi membolehkan diikat tanpa menggunakan tali pinggang. Pakaian tersebut dilengkapkan dengan kain Samping yang dipakai secara dagang dalam samada dari kain pelikat, kain Bugis, kain mastuli atau kain sutera. Kepala kain diletak dibelakang dan kain dipakai selabuh paras lutut atau kebawah lutut. Kain dagang luar hanya dipakai oleh anak-anak Raja dan Tuan Sayed. Almarhum Sultan Abu Bakar juga menetapkan supaya songkok dipakai bersama Pakaian Melayu. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Jaafar bin Haji Muhammad menetapkan supaya songkok dijadikan pakaian Melayu Johor. Sepatu seperti yang dipakai dengan pakaian barat atau selipar yang bertekat dengan manik atau kelingan atau benang sutera dipakai bersama pakaian Melayu. b. Seluar Seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu. Golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya gunting Aceh yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya gunting Cina yang mempunyai buatan kekek yang kecil. c. Samping Pemakaian samping pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana. Di luar istana pula adalah pilihan. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan samping dengan cara Berdagang Dalam (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam gaya Orang Johor sekarang dan baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan samping cara Berdagang Luar (kain sampin dipakai di atas baju Melayu dan baju di selit ke dalam kain).[perlu rujukan] Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat. Cara mengikat samping juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu: i. ii. iii. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan kerabat sahaja) Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar) Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

d. Kancing Baju Melayu cekak musang berhias lima butir kancing atau tiga butang mengikut tempat. Bagi rekaan lima butir kancing, dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahagian bawah (belahan). Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang

keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka. Teori ini kemudiannya disangkal oleh Azah Aziz (Mak Ungku) kerana beliau menyatakan bahawa kalangan bangsawan atau raja di istana menggunakan tujuh butir pada baju Melayu mereka. Dalam hal ini ia juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris iaitu berlok 3 11. Lok 11 ialah milik sultan iaitu pemerintah termasuk permaisuri, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata.

2. Fungsi baju Melayu Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk

bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu biasanya dipakai di Brunei, Malaysia dan Singapura oleh orang-orang Melayu, walaupun penggunaannya di Singapura biasanya terhad kepada hari Jumaat di masjid, dan Aidil-fitri. Lelaki Brunei dan Malaysia biasanya memakai baju untuk majlis-majlis keagamaan yang umum, seperti melawat masjid atau untuk perhimpunan agama. Walaupun begitu, di Malaysia dan Brunei, ia biasanya dipakai di acara-acara formal, seperti perayaan dan perkahwinan. Baju Melayu bewarna hitam dengan kain songket hitam bersulam dengan benang emas dianggap satu bentuk pakaian rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan semasa acara-acara rasmi negara, terutama orang-orang yang sangat formal seperti sambutan hari keputeraan Yang diPertuan Agong rasmi. Duta Malaysia membentangkan kelayakan mereka kepada ketua negeri asing juga dikehendaki untuk memakai hitam Baju Melayu. Baju Melayu berwarna putih dipakai oleh kerabat diraja Malaysia apabila berkabung lulus dari ahli keluarga diraja.

Lampiran a. Baju Melayu Cekak Musang

b. baju Melayu Teluk Belanga

You might also like