You are on page 1of 7

Kompetensi 1 : Mengenalpasti Keperluan Dan Spesifikasi Pakaian Tradisional Cina

(Ceongsam)

Cheongsam merupakan pakaian yang mula dipakai oleh wanita Cina pada
zaman Dinasti Qing (1644-1012) Ceongsam juga dikenali sebagai Qipao`. Ia dipakai
pada upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina.Pakaian ini
adalah pakaian sendat yang mempunyai kolar mandarin, berlengan cap atau panjang,
berbelah pada kelim sisi (slit) berkancing di bahagian badan kanan. Labuh Cheongsam
juga boleh dibuat pada pelbagai paras.Ceongsam boleh dipakai sebagai pakaian
Kasual atau formal.

Rajah 1 Contoh Pakaian Ceongsam


Rekaan Pakaian Tradisional Cina (Ceongsam)

 Jenis Lengan
a. Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.
b. Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan
bentuk badan dan jenis pakaian.

c. Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan


dan mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.

d. Jenis lengan untuk Ceongsam ialah lengan selarai pendek.

 Jenis Kolar

a. Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian,


menunjukkan seni rekaan pakaian dan juga dibuat untuk menutup
kecelaan leher si pemakai.

b. Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada


pakaian. Kolar boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.

c. Kolar pada cheongsam adalah daripada jenis kolar tegak iaitu


kolar mandarin.
Kolar Tegak
Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis leher
pakaian.

Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru


Rajah 3 : Jenis jenis kolar Tegak

 Penghilangan gelembung
1. Penghilangan gelembung ialah proses jahitan pada pakaian untuk
memberi bentuk dan keselesaan pada pakaian.
2. Tujuan penghilangan gelembung:
a. Sebagai hiasan
b. Memadankan bentuk pakaian.
c. Memberi bentuk kepada pakaian.
d. Memberi keselesaan untuk pergerakan.

3. Penghilangan gelembung sesuai dibuat pada garis leher, siku


lengan, bahu mendatang, rusuk atau bahagian pinggang.

4. Terbahagi kepada 2 iaitu :


a. Lisu pemadan
b. Kedut Lepas

5. Ciri stail untuk Ceongsam ialah lisu pemadan cekung di


bahagian pinggang dan lisu pemadan cembung di kelim rusuk
Rekaan Ceongsam mengikut bentuk badan

BENTUK KETERANGAN

 Bentuk A line  Biasanya mempunyai sebuah badan sukan dengan


senjata tona.
 Segi empat berbentuk badan.
 Pinggang anda adalah kurung daripada 9 inci lebih kecil
daripada sama ada pinggul atau anda dada ukuran.
 Bahagian atas badan anda adalah seimbang badan yang
lebih rendah.
 Saiz dada yang kecil.
 Lekuk tidak banyak di pinggang anda.
 Biasanya mempunyai kaki yang besar.

 Bentuk shift

 Mempunyai ukur lilit yang hampir sama di bahagian


dada, pinggang dan pinggul.
 Pinggang adalah kurang 9 inci dari payudara.

 Bentuk badan tent

 Memiliki pinggang, pinggul dan peha yang besar dan


lebar dalam erti kata lain di bahagian bawah tubuh
adalah lebih berat.
 Bentuk badan
hour glass

 Salah satu bentuk badan wanita. Ukuran lilitan saiz


payudara adalah hampir sama dengan ukuran lilitan
saiz pinggang. Bentuk hourglass yang sempurna adalah
apabila perbezaan diantara “pinggang ke payudara” dan
“pinggang ke pinggul” sekurang-kurangnya 9 inci.

 Bentuk badan
asymmetrical
 Bahu yang lebar.
 Punggung yang lebar dan membentuk huruf V.
 Dada yang bidang dan seimbang.
 Pinggang yang kecil.
 Punggung dan bokong yang kecil.
 Mempunyai kaki yang panjang.
Urutan Kerja Pembuatan Pakaian Tradisional Cina (Ceongsam)

Untuk menghasilkan sehelai pakaian tradisional Cina (Ceongsam) yang lengkap,


pelajar hendaklah mengikut urutan kerja penghasilan pakaian Tradisional Cina
(Ceongsam) seperti yang berikut:
Jenis Fabrik

Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian tradisional Cina (Ceongsam)


boleh diklasifikasikan kepada dua jenis gentian iaitu:

Gentian
Fabrik

Gentian Gentian
Asli Buatan

(Cotton) Linen Sutera Poliester Satin Broked

Broked Silk satin

Rajah 4 : Contoh fabrik yang biasa digunakan

You might also like