You are on page 1of 10

JENIS BAJU KAUM  

MASYARAKAT CINA
Sam foo

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan


pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh
wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah.
Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. 

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit
perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri
daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat
daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’

 Cheongsam mempunyai leher yang tinggi

 Mempunyai butang di bahagian bahu,

 Bentuk yang sendat di pinggang

 Mempunyai belahan di kiri dan kanan kain.

 Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis
kain lembut.
Pakaian Tradisional Masyarakat Cina
1.    SEJARAH TRADISIONAL PAKAIAN CINA
Sejarah  kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis- lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis
dan upacara. 
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara
tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.  
Baju ini asalnya labuh tetapi lama- kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut.
Pakaian tradisional cina yang dipakai saat menghadiri upacara- upacara penting seperti
jamuan perkawinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao(Cheongsam). Yang
ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan
pengadaptasian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke-
17 (1644) hingga awal abad ke-20.
Banyak orang menganggap “Qipao” (istilah untuk pakaian adat etnis Manchuria) pakaian
tradisional cina disebabkan bangsa Manchuria adalah penguasa dalam tempoh dinasti
terakhir iaitu Dinasti Qing (1644-1912). Sebenarnya, Qipao adalah busana etnis Manchuria,
bukan China.
Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradisional Jepun dan Korea juga di
inspirasikan dari pakaian Hanfu. Oleh itu, Hanfu bisa disebut sebagai nenek moyang
pakaian tradisional bangsa Asia Timur (China, Jepun, dan Korea)

2.    PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI

2.1 Jubah labuh:


Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki
bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakkannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang
emas dan perak. Pakaian Cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga
sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang
di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.
2.2 Samfoo.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita berketurunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar
seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di
Malaysia.

2.3 Hanfu
Hanfu, demikian sebutan untuk busana adat tradisional China, semasa beberapa Dinasti,
iaitu Dinasti Tang (618-907), Song (960-1279), dan Ming (1368-1644) - Tiga jangka masa
yang dianggap penting semasa Kaisar Han memerintah China selama beberapa kelompok
minoritas dan budaya mereka berkembang. Han Cina pakaian, atau Hanfu (“Busana dari
orang Han”) merujuk kepada pra- abad ke-17 pakaian tradisional dari China Han, yang
dominan dari kelompok etnik China.
Banyak kostum tradisional dari negara- negara Asia, seperti Scorpio di Jepun, bersama
dengan manusia tradisional Korea Hanbok dan Vietnam Ao Dai, berasal dari Hanfu dan
memiliki gaya yang sama seperti Hanfu. Berbeza dengan Cina, Jepun dan Korea pakaian
tradisional telah diawetkan selama berabad- abad, dan dekat dengan ciri khas pakaian pra-
Manchu iaitu pakaian Hanfu.
Hanfu telah membentuk gaya kostum tradisional dari banyak negara- negara Asia.
Beberapa negara seperti Vietnam, yang baik atau pengikut negara atau di bawah
penjajahan China sebelum 1884, pakaian tradisionalnya sama dengan Hanfu. Negara-
negara Asia lainnya ‘kostum tradisionalnya, seperti Kimono Jepun dan Hanbok Korea,
memiliki beberapa perbezaan daripada Hanfu.
Dibandingkan dengan Jepun Kimono, pakaian tradisional Korea jauh lebih mirip dengan
Hanfu. semua kostum tradisional dari negara- negara Asia dipengaruhi oleh Hanfu, Kimono
Jepun yang paling berbeza dari yang asli. Namun, semua masyarakat tradisional yang
disebutkan di atas mewarisi keunikan Gaya Hanfu Youren dan lengan lebar.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN


2.4  Cheongsam
         Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat
hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian
bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.
          Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak
bangsa Tiong hwa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama
“Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek
Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat
Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya.
Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas.
Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan
sebagainya.
Sejarah baju Cheongsam
             Sebelum bernama cheongsam, busana ini bernama qipao. Berbeza dengan
cheongsam yang dikenal saat ini, qipao mempunyai potongan yang longgar, lebar dan
hanya memperlihatkan bahagian kepala dan jari. Qipao mudah dijumpai di China,
khususnya China Han sekitar 1636.
             Di sana, ketika itu, wanitanya diwajibkan memakai busana itu. Baik mereka yang
sudah tua atau muda. Potongannya juga sama antara setiap kelompok usia. Dalam
perjalanan waktu, qipao mulai mengalami perubahan bentuk.
              Qipao asalnya lebar dan longgar. Menutupi sebagian besar tubuh wanita, hanya
memperlihatkan kepala, tangan, dan hujung jari kaki. Sifat yang longgar pakaian ini juga
berfungsi untuk menyembunyikan susuk tubuh si pemakainya tanpa memandang usia.
Dengan berlalunya waktu, qipao mengalami penyesuaian. Versi moden, yang sekarang
dikenali di China sebagai "standar" qipao, pertama kali dikembangkan di Shanghai setelah
1900, setelah Dinasti Qing jatuh. Beberapa orang yang lebih moden dan bergaya dalam
berpakaian mengubah qipao tradisional agar sesuai dengan selera mereka . Qipao yang
moden mempunyai potongan yang agak ramping dan sangat berbeza dengan qipao
tradisional.
             Namun model ini malah menjadi sangat popular waktu itu. Pada sekitar 1920, qipao
moden muncul pertama kali di Shanghai kerana mendapat pengaruh dari Beijing.    Kesan
itu terdapat pada qipao yang memiliki ornamen termasuk kerah Shanghai yang kini melekat
sebagai pakem cheongsam. Potongan busana itu pas dengan badan dan lebih tinggi.

Motif pakaian tradisional Cina (Cheongsam)


A) Cheongsam.
Motif-motif tersebut mempunyai makna- makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum
sosial tertentu sahaja:
B) Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga
yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan
kesejahteraan
C) Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada
masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.
D) Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.

E) Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.

           Dengan model tersebut, qipao kemudian sangat diminati dengan busana wanita
kalangan menengah ke atas. Selain pas di badan, qipao dikenal dengan bentuk sebagai
baju panjang. Sehingga saat itu dikenal dengan istilan zansae yang bererti pakaian panjang.
          Dalam bahasa Mandarin, istilah tersebut dikenal dengan changsan. Sedangkan,
orang Barat mengenalnya dengan istilah cheongsam.

3. UNSUR- UNSUR WARNA DI PAKAIAN TRADISIONAL CINA


3.1 Merah.
Unsur warna merah dapat memberikan tenaga dan antusiasme. Oleh kerana itu, orang yang
termasuk dalam unsur api secara alamiah akan cenderung untuk menjadi seorang
pemimpin. Hal ini berkaitan dengan peruntungan baik dan kemasyhuran. Tetapi, api tidak
selalu bersifat menghangatkan dan menguatkan tetapi api juga dapat membakar. Manusia
yang memiliki jumlah kandungan api yang ideal akan cenderung untuk memiliki kepribadian
yang adil, terhormat dan baik budi. Sedangkan manusia yang memiliki kandungan api terlalu
banyak akan cenderung memiliki kepribadian yang kritis, suka berbicara kotor dan suka iri
hati melihat kesenangan orang lain. 

3.2 Putih.
Unsur logam adalah lambang kesenangan dalam bidang kewangan dan berniaga. Unsur ini
juga melambangkan pemikiran yang jernih dan moral yang baik. Selain itu, unsur logam juga
dapat melambangkan sebuah pisau atau pedang. Hal ini bererti jika unsur logam juga boleh
menjadi kejam. Hal ini wujud dalam kepribadian dengan emosi yang meledak- ledak dan
kurang terfokusnya konsentrasi.

3.3 Hitam
Melambangkan pengetahuan, kebijaksanaan, komunikasi dan perjalanan. Hijau dapat
bersifat lemah lembut tetapi boleh juga bersifat keras . Hitam melambangkan keberanian
dalam diri.

4.  BILA PAKAIAN TRADISIONAL INI DIPAKAI

4.1 Jubah Labuh


Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasanya dipakai oleh
lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina.

4.2 Samfoo
Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari ‘cheongsam’. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo turut dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang
dipakai oleh wanita Cina.
4.3 Hanfu
Dalam zaman moden ini hanfu dipakai oleh golongan peminat hanfu ataupun sejarah Cina
pada perayaan- perayaan istimewa.

4.4 Cheongsam
Kini telah dinaiktaraf fungsinya, ia tidak lagi dipakai pada hari– hari tertentu sahaja. ia kini
semakin berkembang selari dengan fesyen– fesyen pakaian ternama dunia. Antara fungsi
dan peranan cheongsam kini adalah seperti :

a ) Cheongsam sebagai pakaian kerja. Sesetengah syarikat menggunakan cheongsam


sebagai pakaian utama untuk pekerjanya , seperti syarikat penerbangan di China , China
Airlines , China Eastern  Airlines menggunakan cheongsam kepada pramugarinya.

b ) Pakaian pekerja restoran dan kelab malam. Cheongsam juga dipakai oleh pelayan
restoran dan pelayan kelab malam terutamanya di China.

c ) Seragam Sekolah. cheongsam juga dijadikan pakaian seragam sekolah. Terdapat


beberapa buah sekolah menggunakan cheongsam sebagai seragam utama waktu
persekolahan seperti Kolej pendidikan di St Paul, dan sekolah Menengah di Hong Kong.

 d ) Cheongsam sebagai pakaian sampingan sukan. Di Sukan Olimpik Musim Panas 2008,
cheongsam pakaian seragam untuk pemegang pingat. Mereka juga telah dipakai oleh ahli-
ahli perempuan pasukan Sweden dan pasukan Sepanyol dalam majlis perasmian, dengan
warna- warna kebangsaan.

e ) Fesyen festival. 

f ) Pakaian pengantin. Cheongsam juga dipakai di majlis– majlis perkahwinan contohnya


perkahwinan kaum cina yang masih mengekalkan tradisi memakai cheongsam.

 KESIMPULAN
  
      Pada umumnya, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu dikekalkan
dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat Cina perlu
menitikberatkan keperibadian luhur dan murni, serta dibekalkan dengan pakaian tradisi
untuk melindungi anggota badan. Justeru itu, perkara ini perlu diteruskan sebagai satu
usaha untuk mempertahankan dan memelihara pakaian tradisioanal masyarakat Cina agar
terus dikenali sejajar dengan perkembangan dunia fesyen tanah air. Walaupun persaingan
dunia peragaan dan busana telah berkembang pesat, tetapi permintaan terhadap pakaian
tradisional Cina masih mendapat tempat dihati masyarakat pada masa kini bertepatan
dengan peribahasa “Tak lekang dek panas,Tak lapok dek hujan”

     Pakaian tradisioanal mempunyai makna tersirat positif yang disampaikan oleh nenek
moyang kita dahulu. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengecam tradisi-  tradisi
ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah Negara. Budaya tradisional juga dapat
memupuk perpaduan Negara. Oleh sedemikian, generasi muda zaman sekarang haruslah
sedar tentang kepentingan budaya dan adat. Semoga kegemilangan pakaian tradisional
Cina akan terus terpilihara dan berterusan dari satu generasi ke satu generasi.

Contoh Pakaian Masyarakat Cina:

Cheongsam
samfoo

Hanfu
Cheonggsam/Qipao

You might also like