You are on page 1of 11

Pakaian Tradisi Kaum

Semenanjung Malaysia
Jun

24

Pakaian Tradisi Melayu


Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum maka setiap kaum mempunyai pakaian
tradisi masing-masing. Terdapat pakaian yang berkait rapat dengan dogma agama
terutama sekali pakaian orang Melayu.
Orang Melayu terdapat di pelbagai negeri yang setiap negeri memaparkan pakaian
tradisi yang berbeza. Namun secara amnya seluruh orang Melayu memakai baju kurung
sebagai pakaian tradisi. Cuma reka bentuk atau potongan baju kurung agak berbezabeza mengikut negeri. Selain itu baju kebaya dan kebarung (gabungan baju kurung dan
kebaya) juga menjadi pilihan masyarakat Melayu Malaysia.

Baju Melayu kebiasaan

Baju Melayu kebiasaan


Pakaian tradisional lelaki Melayu adalah sama bagi setiap negeri iaitu baju melayu teluk
belanga kecuali negeri Johor yang mempunyai baju melayu tanpa kolar. Manakala baju
melayu akan dibiarkan di bahagian luar jika dikenakan samping berbeza dengan negerinegeri lain yang mengikat samping di luar baju.
Baju kurung Johor untuk perempuan menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional
yang standard. Ia mengenakan kain yang disusun di sebelah kiri. Rata-rata wanita
Melayu di Malaysia mengenakan baju kurung Johor, ini termasuk pakaian rasmi pelajar
sekolah rendah dan menengah.

Melayu Johor
Baju kurung Kedah pula berpotongan pendek separas punggung dengan kain selisih.

Baju Melayu Kedah


Baju tradisional wanita Pulau Pinang pula adalah kebaya pendek yang dipadankan
dengan kain batik atau songket selisih. Lelakinya pula mempunyai pengaruh pakaian
golongan Mamak yang banyak terdapat di Pulau Pinang, namun pakaian baju melayu
dan samping yang dikenakan terdapat asimilasi budaya Melayu dan Mamak.

Melayu Pulau Pinang


Pakaian tradisonal Melayu Perak selain berbaju melayu teluk belanga, ia dipadankan
dengan tengkolok potongan rendah. Wanitanya pula mengenakan pakaian baju kurung
cekak musang dengan tali pinggang bengkung untuk mengikat samping. Manakala kain
ditukar kepada seluar yang mirip pakaian tradisional masyarakat Aceh, Sumatera.

Melayu Perak
Pakaian tradisional Melayu bagi negeri Selangor pula mempunyai pengaruh Bugis di
mana lelakinya akan mengenakan jaket di luar selain baju melayu yang dipakai di
bahagian dalam lengkap bersamping. Manakala wanitanya akan mengenakan baju
potongan Bugis dengan bertali pinggang yang dipadankan dengan kain selisih.

Melayu Selangor
Negeri Sembilan yang mendapat jolokan sebagai negeri Minang kerana perkaitan
sejarahnya dengan Minangkabau di Sumatera, menerima pengaruh Minang bagi pakaian
tradisionalnya. Biasanya wanita yang memakai pakaian tradisional Minang akan
mengenakan tengkolok tanduk kerbau sebagai simbol budaya masyarakat Minang.
Manakala pakaian tradisional lelaki mempunyai butang yang juga pengaruh daripada
Minangkabau.

Melayu Negeri Sembilan (Minang)


Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung dengan
mempunyai hiasan dada bercorak di bahagian bahu, manakala lelakinya mengenakan
jaket di bahagian luar selain baju melayu.

Melayu Melaka
Di Melaka juga mempunyai masyarakat Portugis akibat tinggalan penjajah Portugis di
Melaka pada kurun ke-16. Pakaian tradisional wanitanya adalah gaun yang berlengan
besar dan lelakinya mengenakan baju sut sama seperti di Barat.

Portugis
Kelantan yang mendapat jolokan sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang mendapat
pengaruh Siam terhadap pakaian tradisionalnya. Pakaian wanitanya mirip kepada
pakaian wanita Siam dalam persembahan Makyong di mana mereka akan mengenakan
mahkota dan tali pinggang besar (pending) di samping selendang yang besar. Pakaian
lelakinya pula akan mengenakan jaket di luar.

Melayu Kelantan
Di Kelantan juga mempunyai ramai masyarakat Siam terutama sekali di daerah Tumpat.
Masyarakat Siam ini yang berasal dari Thailand dan kebanyakannya beragama Buddha
namun berasimilasi dengan budaya Melayu seperti dalam aspek makanan dan kehidupan
seharian. Pakaian tradisional mereka mirip kepada masyarakat di Thailand.

Siam dan Melayu Siam


Pakaian tradisional orang Melayu Terengganu yang biasa dikenakan oleh masyarakat
sekarang dengan baju kurung teluk belanga dan lelakinya baju melayu teluk belanga.

Melayu Terengganu
Bagi negeri Pahang pula, potongan baju kurung wanitanya berpesak dengan potongan
kembang di bawah tanpa berkekek, dan dipadankan dengan kain selisih. Namun ada juga
yang memadankannya dengan kain susun di tepi. Ia juga dikenali sebagai Baju Riau
Pahang kerana pengaruh kerajaan Melayu Riau yang pernah datang ke situ. Lelakinya
mengenakan baju melayu cekak musang.

Melayu Pahang
Bagi negeri Perlis pula, pakaian wanitanya terkenal dengan kebayanya, dan lelaki pula
mengenakan baju melayu yang berjaket di luar.

Melayu Perlis

Pakaian Tradiri Cina


Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya
dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana
tempatan.
Wanita berketurunan Cina akan memakai cheong sam. Ia biasanya dipakai pada upacaraupacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini,

pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar
memakai pakaian fesyen moden ala Barat. Cheong sam dikatakan berasal dari baju
tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan cheong sam dalam dialek
kantonis bermaksud baju labuh. Cheong sam dipercayai mula diperkenalkan semenjak
revolusi di Negara China pada tahun 1911. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan
disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm
sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheong sam dipakai
ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
Samfoo membawa maksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis. Ia merupakan
pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari cheong sam. Ia digemari oleh wanitawanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar
seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti
kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di
Malaysia.

Pakaian tradisional Cina

Cina

Pakaian Tradisi India


Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari
benua India khususnya dalam kalangan Hindu-Sri Lanka-Tamil juga keturunan PunjabiSikh. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan
dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.
Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala
wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja
mengenakan skirt labuh Ihenga juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki
Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameezdupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas
dan labuci.

India

India
Walau bagaimanapun, gambar-gambar di atas tidak menggambarkan kaum yang
memakainya kerana mereka adalah model, dan tidak menggambarkan pakaian semasa
masyarakat Malaysia yang lebih memilih cara pakaian moden, ringkas dan kebaratan.
Pakaian orang Islam juga pada masa kini lebih kepada menutup aurat dan bertudung.
Pakaian-pakaian di atas biasanya ditemui semasa majlis kebudayaan atau perkahwinan.

You might also like