You are on page 1of 7

Huraikan bagaimana jangkaan guru boleh mempengaruhi prestasi seseorang

pelajar
1.0 Pengenalan
Perbezaan individu di kalangan murid bolehlah dianggap perkara semula jadi. Ia
boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada kanak-kanak atau
orang dewasa. Di peringkat sekolah menengah rendah, sistem pendidikan di
negara kita cuba membuat pembezaan atau pengaliran tertentu, iaitu khasnya
berdasarkan prestasi seseorang pelajar. Pengaliran yang paling ketara sekali di
negara kita ialah menempatkan pelajar-pelajar yang cerdik di sekolah-sekolah elit
seperti Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah
Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Asrama Penuh yang lain.
Manakala di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar dibahagikan ke kelas-kelas
berdasarkan ukuran prestasi pelajar berdasarkan peperiksaan tahunan. Misalnya,
selepas PMR pelajar dialirkan kepada beberapa jurusan seperti aliran sains,
teknikal, agama dan biasa namun di dalam setiap jurusan tersebut juga
mengandungi kelas yang terbaik dan kurang baik. Hal ini berlaku kerana ia berkait
rapat dengan anggapan guru terhadap prestasi pelajar secara umumnya.
2.0 Definisi konsep
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan ialah sebagai suatu
bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal ini, ia berkait rapat dengan ramalan atau
jangkaan guru terhadap prestasi pelajar dalam bidang akademik di sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) guru bermaksud pembimbing atau
pendidik yang menyampaikan ilmu. Dalam konteks ini, guru sentiasa bersedia
merancang unit-unit pengajaran, memotivasikan serta menilai pelajar dari semasa
ke semasa.
Prestasi pelajar bermaksud hasil yang telah diperoleh atau dicapai oleh seseorang
pelajar. Dalam kajian ini, ia merujuk kepada hasrat guru untuk melihat peningkatan

prestasi pelajar dalam bidang akademik keseluruhannya..


3.0 Jangkaan Guru
Mengikut Sharifah Alawiyah (1987), terdapat beberapa jenis atau bentuk
pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan di sekolah atau bilik darjah
dalam sistem pendidikan sesebuah negara, iaitu pengaliran, bukan pengaliran,
pengaliran berband (banding) dan pengaliran tersembunyi, pengaliran berset
(setting) dan pengaliran bergred (grading)
Rentetan dari sistem pendidikan yang wujud di negara kita seperti bentuk
pengaliran dan pembezaan yang biasa dilaksanakan telah membawa kesan dan ia
berkait rapat dengan jangkaan guru terhadap prestasi seseorang pelajar di
sekolah.
3.1 Tindakan guru apabila jangkaan prestasi pelajar telah dibuat
3.1.1 Pengaliran Berband (Banding)
Apabila berlakunya situasi yang sedemikian, lazimnya guru akan mengumpulkan
pelajar secara tidak saksama iaitu yang pandai serta lemah, sedikit dan lebih
ramai yang mempunyai pencapaian sederhana di dalam kelas.
3.1.2 Pengaliran Tersembunyi (Convert)
Pengaliran jenis ini ialah tidak berdasarkan penilaian kebolehan, tingkah laku dan
latar belakang keluarga sebaliknya ia berdasarkan kriteria atau pandangan guru
yang tersendiri. Biasanya pada peringkat murid-murid yang baru masuk ke
sekolah rendah atau Darjah Satu, guru telah membuat pemilihan berdasarkan
tingkah laku atau pandangan serta kepercayaan guru sendiri. Kumpulan tersebut
biasanya dikekalkan untuk beberapa tahun.
3.1.3 Pengaliran Berset (Setting)
Mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan mata pelajaran tertentu. Misalnya
murid yang mendapat pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan
Sains dalam PMR bolehlah diletakkan ke kelas aliran sains. Di Malaysia

pengaliran banyak bermula pada Tingkatan Empat.


3.1.4 Pengaliran Bergred
Pengumpulan jenis ini ialah berdasarkan kemajuan dan pencapaian pelajar dan
bukan berdasarkan ukuran kebolehan atau umur. Ia banyak dilaksanakan di
Amerika dan Rusia.
4.0 Implikasi Jangkaan guru Terhadap Prestasi Pelajar
Kajian tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967) tentang kebolehan
pelajar membaca di sekolah USA dan tersiar dalam Elementary School Journal
yang bertajuk ' what teacher believe-what children achive'. Mengikut pendapat
beliau, pelajar lelaki yang belajar dengan guru yang menjangkakan pencapaian
sama dengan pelajar perempuan maka menunjukkan ada berlaku peningkatan.
Sebaliknya kalau guru tidak meramalkan pelajar lelaki adalah sama atau lemah
dengan perempuan maka pencapaian pelajar lelaki dalam sesuatu ujian tidak akan
meningkat.
Sementara itu, mengikut Leigh (1977), pelajar mungkin tidak percaya terhadap
jangkaan negatif yang dibuat oleh guru dan mereka boleh mengubahkan tingkah
lakunya ke arah pencapaian yang lebih baik.
Mengikut pendapat Dor-Bremme (1991), sudah menjadi kelaziman kepada guruguru apabila mereka melihat pencapaian murid-murid dalam pendidikan adalah
lemah maka dengan mudah pelajar dilabelkan sebagai lemah dan tidak ada
harapan boleh maju.
Menurut kajian Nash di sekolah rendah dan menengah di Scotland mendapati
bahawa tingkah laku murid berdasarkan jangkaan guru. Sebagai contoh kalau
guru menjangka pelajar adalah baik maka tingkah laku murid akan menunjukkan
kebaikan walaupun mereka berada di mana-mana pun, dan pendapatnya lagi
bahawa pelajar menunjukkan tingkah laku yang tidak baik oleh sebab guru tidak
menaruh harapan yang mereka adalah berkelakuan baik.

5.0 Perbincangan
Telahan guru terhadap prestasi seseorang pelajar perlu positif kerana dalam hal ini
pelajar yang lemah akan terus menjadi mangsa dan merasa terpinggir. Mereka
bukan sahaja diajar oleh guru-guru yang kurang pandai tetapi juga guru-guru yang
berkenaan tidak akan menjangkakan mereka akan menjadi pelajar yang pandai.
Akibatnya kemajuan mereka sukar untuk meningkat dan kemungkinan besar jika
pada masa Tingkatan Satu sekumpulan pelajar diletakkan di kelas yang tercorot
maka begitulah nasib mereka sehingga sampai ke Tingkatan Tiga.

5.1 Ciri-ciri jangkaan yang dibuat oleh guru


i Ada yang tepat dan ada yang tidak tepat.
ii Murid-murid akan menunjukkan pencapaian berdasarkan harapan dan jangkaan
daripada guru.
iii Seandainya jangkaan yang dibuat oleh guru tidak tepat akan menimbulkan
masalah kepada guru kemudiannya.
iv Kebanyakan jangkaan yang dibuat oleh guru adalah lebih tepat jika
dibandingkan dengan masyarakat
v Jangkaan guru mungkin ada hubung kait dengan jantina.
vi Guru perlu menaruh atau menjangka harapan yang lebih tinggi agar mereka
dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Jangkaan guru ke atas prestasi seseorang pelajar turut memberi kesan kepada
pelajar yang telah ditempatkan di kelas-kelas yang tertentu. Sebagai contoh
pelajar yang diletakkan di kelas aliran sains semestinya dianggap oleh guru
sebagai pelajar yang boleh mencapai keputusan peperiksaan yang
memberangsangkan. Akibat yang timbul dari keadaan ini ialah pelajar mungkin
akan rasa tertekan kerana guru mengharapkan pencapaian yang tinggi.
Begitu juga jangkaan guru kepada seseorang pelajar menjelang peperiksaan
adalah berbeza di mana guru tidak mengharapkan sangat kepada pelajar yang
lemah untuk mendapat keputusan yang baik. Dengan ini pelajar yang lemah
merasa tidak yakin oleh sebab tidak adanya rangsangan dari gurunya sendiri.

Sedangkan pelajar yang terpilih ke kelas yang bijak, jangkaan guru terhadap
mereka adalah lebih tinggi dan bersifat positif.
6.0 Cadangan
Sebagai seorang guru, ia perlu menaruh harapan yang lebih baik kepada pelajar di
bawah bimbingannya. Setiap tanggapan yang negatif perlu diubah. Berilah
motivasi yang tinggi kepada seseorang pelajar agar minat dan prestasi mereka
akan meningkat dari semasa ke semasa.
Untuk mengelakkan anggapan guru terhadap prestasi pelajar menjadi negatif,
guru boleh membuat kaedah seperti meletakkan berbagai-bagai kebolehan atau
tahap para pelajar di sesebuah kelas. Para pelajar tersebut boleh dikumpulkan
menjadi dua atau kumpulan untuk mata pelajaran yang penting sahaja. Dengan
cara tersebut pelajar yang kurang pandai boleh bersaing dengan yang pandai.
Sementara pelajar yang pandai tidak akan terjejas walau di mana mereka
diletakkan. Untuk itu guru bolehlah membuat latihan di alam kelas yang
mempunyai murid yang berbeza-beza tahap kebolehan.
Stail atau gaya pembelajaran perlu difikirkan juga kerana sesetengah pelajar yang
lemah dapat belajar dengan bersemangat sekiranya mereka dikumpulkan secara
beramai-ramai. Di Amerika Syarikat kaedah Student Team Learning (STL) dan
Cooperative Learning Approaches (CLA) telah dimulakan pada pertengahan tahun
1980-an. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh David dan Roger Johnson (1984),
Elizabeth Cohen (1986), Robert Slavin dan beberapa orang tokoh yang lain.
7.0 Kesimpulan
Sememangnya pencapaian seseorang pelajar di sesebuah sekolah sedikit
sebanyak dipengaruhi oleh jangkaan atau label yang dianggapkan oleh guru.
Walau bagaimanapun sesuatu jangkaan yang dibuat oleh guru tidak semestinya
berlaku seratus peratus kepada pelajar.
Namun begitu, harapan dan anggapan guru juga boleh mempengaruhi prestasi
pelajar. Perbezaan anggapan guru boleh menerangkan sekurang-kurangnya
sebahagian dari kesan iklim sekolah ke atas pencapaian di samping menerangkan

tentang kesan latar belakang sosioekonomi sesebuah sekolah.


Walaupun ada bukti bahawa beberapa orang guru sekurang-kurangnya
mempunyai jangkaan yang berlainan untuk kumpulan pelajar yang berlainan dan
anggapan ini boleh menghasilkan perbezaan dalam prestasi pelajar. Kebanyakan
dari kajian ini tidak mempunyai reka bentuk yang dapat membantu kita untuk
mengetahui bagaimana anggapan ini berhubung dengan pelajar dan
mempengaruhi kejayaannya. Untuk tujuan ini kita perlu melihat kajian yang
berkaitan secara langsung dengan proses interaksi di bilik darjah.

http://citacita.tripod.com/nota/jangka.htm
4.1 - DIDALAM BILIK DARJAH
Disiplin penting dalam bilik darjah supaya segala matlamat dan objektif sekolah
dapat dicapai dengan lebih berkesan. Sekiranya sempurna pasti menghasilkan
faedah kepada guru. Disiplin yang baik didalam bilik darjah membolehkan
pengajaran dilaksanakan secara teratur dan dilangsungkan dalam suasana tenang.
Apabila peraturan bilik darjah dipatuhi oleh murid, keberkesanan pengajaranpembelajaran dapat ditingkatkan. Keadaan sedemikian berlaku kerana murid
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peraturan-peraturan ini turut membentuk
keperabadian murid yang baik. (Abdullah Sani Yahya;2006;100)
Keselamatan murid turut dijamin. Murid-murid yang berdisiplin dapat mengurangkan
kemalangan didalam bilik darjah. Melalui disiplin, nilai-nilai murni dapat dipupuk
dikalangan murid, seperti tolong menolong, hormat menghormati, kerjasama dan
sebagainya. Jesteru, ia melahirkan warganegara yang berdisiplin dan berguna..
(Abdullah Sani Yahya;2006;101)
Disiplin bilik darjah yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid.
Faedah-faedah tersebut adalah seperti berikut:
1. Pengajaran-pembelajaran dapat dijalankan secara lancar, sistematik serta dalam
suasana yang kondusif dan berkesan.
2. Keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dapat dilangsungkan dalam
suasana yang tenang dan teratur.

3. Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.


4. Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.
5. Keselamatan murid-murid terjamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan
sekolah.
6. Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan dan
dielakkan.
7. Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Ini
bermakna masa dan tenaga murid dapat dijimatkan.
8. Murid-murid dapat dilatih dan membesar menjadi warganegara yang berdisiplin
dan berguna.
9. Nilai-nilai moral dapat dipujuk dengan berkesan dalam bilik darjah yang
berdisiplin.
10. Suasana bilik darjah adalah lebih tenang dan mesra. Dalam keadaan seperti ini,
murid-murid bersedia menyertai pengajaran-pembelajaran. Pembelajaran bertambah
lebih bermakna dan menyeronokkan.
Memandangkan kepentingan pengurusan disiplin dalam bilik darjah, kepimpinan
guru perlu bijak dalam menangani masalah tingkah laku atau disiplin dalam bilik
darjah. (Ee Ah Meng:2001:48-49)
http://mrtime7.blogspot.com/2009/05/disiplin-untuk-murid-yang-babal-dari.html

You might also like