You are on page 1of 2

JAWAPAN SOALAN 1”

Pertumbuhan ialah satu proses yang bersifat kuantitatif yang merangkumi perubahan saiz,
tinggi dan berat badan. Manakala, perkembangan pula bermaksud perubahan kuantitatif
dan kualitatif yang berlaku secara berterusan terhadap manusia dari janin hingga ke akhir
hayat yang melibatkan kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Dalam konteks
perkembangan, terdapat dua faktor yang mempengaruhi iaitu faktor endogen (dalam
individu) dan eksogen (luar individu). Oleh itu, esei ini akan mengupas bagaimana faktor
eksogen (luar individu) khususnya guru yang mengajar di dalam bilik darjah dapat
membantu murid untuk mencapai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Antara aspek yang harus dititikberatkan oleh guru ialah dengan menyediakan isi
pelajaran yang sejajar dengan perkembangan mental dan kognitif murid. Isi pelajaran
ini bermula dengan penetapan objektif pembelajaran semasa merancang PdP. Contohnya
objektif yang perlu dibuat oleh guru mesti bersesuaian dengan tahap penerimaan murid.
Murid yang lemah, objektif yang disasarkan mestilah lebih rendah berbanding dengan murid
yang lebih pintar. Daripada penetapan objektif ini membolehkan kita menyediakan aktiviti
yang boleh diikuti dan dikuasai oleh murid. Biar sedikit, asalkan murid boleh menguasai dan
mencapai apa yang dihasratkan. Ringkasnya, penyediaan isi pelajaran bermula dari
penetapan objektif pembelajaran hendaklah mengambil kira perkembangan murid
agar mereka memperoleh sesuatu yang bermakna dalam proses PdP kita.

Seterusnya, sebagai guru kita juga boleh membantu dengan menyediakan aktiviti-
aktiviti pembelajaran murid sejajar dengan tahap perkembangan mereka dari aspek
jasmani, mental dan emosi. Aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka
mampu membuatkan isi pelajaran yang disampaikan berjaya dikuasai dan murid
memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna. Sebagai contoh, bagi murid tahun
satu yang mengenali dunia pendidikan, aktiviti-aktiviti pembelajaran berasaskan aktiviti
hands-on berbekalkan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar berupaya membuatkan
mereka teruja dalam setiap aktiviti PdP. Lantas, mereka akan memperoleh pengalaman
pembelajaran yang lebih bermakna dan perkembangan mereka boleh dibantu ke
tahap optimum.

Dalam pada itu, guru juga boleh membantu dengan memberikan bimbingan
berfokus untuk memastikan perkembangan mereka dapat dibantu di dalam bilik
darjah. Disebabkan dasar pendidikan kini tidak lagi menggalakkan pengasingan kelas
mengikut tahap pencapaian, guru boleh melaksanakan alternatif dengan susun atur meja
berdasarkan tahap perkembangan kognitif dan pencapaian murid. Sebagai contoh,
kumpulan A murid yang cerdas, kumpulan B murid yang sederhana dan kumpulan C ialah
murid yang lemah. Oleh itu, guru boleh memberi bimbingan lanjut kepada kumpulan C dan
kumpulan A boleh membantu murid kumpulan B. Demikianlah kebijaksanaan guru
diperlukan untuk memanipulasikan kedudukan susun atur agar murid boleh dibantu
untuk memastikan tahap perkembangan mereka boleh dioptimumkan.

JAWAPAN SOALAN 2:

You might also like