You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai suatu proses pembentukan struktur kognitif


dan perwakilan minda yang kreatif. Kongnitif pula membawa maksud proses penanggapan,
pembinaan konsep, penaakulan, penilaian dan penyelesaian masalah. Menurut Kamus
Dewan Bahasa edisi keempat (2005), kognitif bermaksud segala perkara yang
berkaitan dengan proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu
seperti proses pembelajaran, pemahaman dan perolehan pengetahuan. Pengetahuan
kognitif merangkumi aktiviti minda yang berhubungan dengan proses mengingat dan
mengenalpasti maklumat [ CITATION Ken90 \l 17417 ]. Pengetahuan kognitif
sewajarnya dianggap sebagai asas kepada kurikulum dan perkembangan pendidikan.
Psikologi kognitif pula ialah satu pendekatan kajian bertujuan memahami bagaimana
manusia menyusun dan melaksanakan aktiviti mental yang melibatkan proses
perolehan, penyusunan, perwakilan, penyimpanan, pengulangan dan penggunaan
pengetahuan yang membantu manusia memahami dan menyelesaikan masalah demi
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah [ CITATION Noo05 \l
1033 ].

Terdapat beberapa teori pembelajaran yang telah dipraktikkan. Teori-teori


pembelajaran ini termasuklah Teori Perkembangan Piaget dan Teori Penerimaan Ausebel.
Teori-teori pembelajaran kognitif ini merupakan satu teori yang terpenting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dimana proses penekanan prinsip
pembelajaran kognitif akan menghasilkan perubahan tingkah laku dalam
proses pembelajaran. Hal ini kerana pengetahuan kognitif amat penting dalam proses P&P
bagi melahirkan murid yang kearah kepelbagaian kognitif dan memastikan proses P&P yang
lancar dan berjaya. Perkembangan kognitif adalah satu kajian mengenai penumpuan dan
proses pemikiran bagaimana penerimaan maklumat dijalankan dan bagaimana ia digunakan
untuk menyelesaikan masalah dan bagaimana cara kita menuturkannya[ CITATION
Rob98 \l 17417 ]. Terdapat beberapa implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap
keberkesanan pengajaran guru di dalam bilik darjah.

1
2.0 Implikasi Teori Terhadap Keberkesanan Pengajaran Guru Di Bilik Darjah

2.1 Teori Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget merupakan pegurusan proses


mental secara progresif hasil kematangan biologi dan pengalaman dalam
persekitaran. Piaget menyatakan kanak-kanak membina pemahaman dunia
sekeliling mereka serta menemui kepincangan antara perkara yang diketahui dengan
perkara yang ditemui mereka dalam persekitaran. Antara implikasi teori Jean Piaget
terhadap keberkesanan pengajaran guru di dalam bilik darjah ialah meransang
semula ingatan murid. Teori ini menegaskan pengalaman murid membantu murid
dalam penyelesaian masalah [ CITATION Jea13 \l 17417 ]. Teori Jean Piaget lebih
kepada menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi membantu dalam proses
P&P. Hal ini kerana pembelajaran kognitif ini dapat meransang ingatan murid untuk
mengigati pengalaman lampau semula. Misalnya, murid-murid memerlukan
pengalaman ataupun pengetahuan yang sedia ada ketika berada di prasekolah
sebelum melalui alam persekolahan kemahiran seperti 4M iaitu membaca, menulis,
mengira serta menaakul. Pengetahuan-pengetahuan yang sedia ada ini akan
membantu murid untuk mendapat ilmu dengan lebih baik serta sekaligus membantu
dan memudahkan urusan guru dalam proses P&P [ CITATION Mel10 \l 1033 ]. Hal
ini dibuktikan dengan petikan daripada buku piaget iaitu, kesediaan belajar khusus
kesediaan kognitif harus diambil kira dalam pengajaran pembelajaran [ CITATION
Jea13 \l 17417 ].

Selain itu, teori ini juga memberi implikasi terhadap keberkesanan guru dalam
bilik darjah seperti membantu murid-murid mengingat serta berkembang mengikut
kematangan biologi [ CITATION Jaz09 \l 1033 ]. Hal ini kerana teori ini menekankan
kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari
peringkat bayi sehingga mereka dewasa. Kanak-kanak merupakan murid yang aktif
dan berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka
mengikut pengalaman masing-masing [ CITATION Jea13 \l 17417 ]. Murid-murid
akan berkembang secara kognitif jika mereka dapat membina pemahaman terhadap
dunia dengan baik. Maka, perkembangan kongnitif murid bergantung kepada
bagaimana mereka memperoleh pengetahuan tersebut. Dengan adanya
pengetahuan-pengetahuan tersebut, murid-murid mampu untuk mengembangkan
kematangan mereka ketika dibilik darjah jika tahap pembelajaran tersebut setaraf

2
dengan pemikiran mereka. Hal ini menunjukkan bahawa keberkesanan P&P di
dalam bilik darjah akan lebih berjaya jika murid dapat berkembang mengikut
kematangan biologi mereka. Sebagai contoh, murid-murid sekolah rendah akan
memperoleh pengetahuan melalui persepsi dan kematangan mereka sendiri dan
tahap fahaman mereka sendiri di sekeliling mereka erutamanya di dalam bilik darjah.
Kanak-kanak melalui peringkat perkembangan pada kadar yang berbeza mengikut
kematangan masing-masing [ CITATION Jea13 \l 17417 ].

2.2 Teori Pembelajaran Penerimaan David Ausubel

Teori pembelajaran ini mengetengahkan struktur kognitif merupakan


pengalaman dan ingatan yang disusun dan diorganisasi dalam bentuk konsep atau
idea yang stabil di dalam otak kita. Idea ini dikatakan tersusun secara berhierarki
daripada konsep umum kepada khusus. Terdapat beberapa implikasi teori ini
terhadap keberkesanan guru di bilik darjah. Antara implikasinya ialah teori ini mampu
membantu murid membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau
pengetahuan sedia ada murid. Hal ini boleh diperlihatkan daripada salah satu
subsumsi yang telah dihasilkom oleh Ausebel iaitu subsumsi derivatif. Subsumsi
derivatif merupakan pembinaan konsep baharu yang terbit daripada konsep ataupun
idea umum sedia ada murid [ CITATION Azi052 \l 1033 ]. Penguasaan konsep
ataupun maklumat akan mudah diperolehi jika maklumat yang baharu dipelajari
merupakan cabang kepada maklumat utama. Sebagai contoh, murid sudah
mengenali konsep pokok, iaitu pokok merupakan benda hidup yang berbuah,
berdaun serta beranting. Apabila murid berjumpa jenis pokok yang besar seperti
pokok getah, pokok kelapa dan pokok sawit, murid mudah mengenalinya
memandangkan pokok-pokok berkenaan tergolong dalam konsep umum. Maka, guru
akan mudah untuk mengajar jika murid memahami konsep asas. Maklumat baharu
hendaklah berkait dengan maklumat yang lebih umum yang sedia ada dalam struktur
kognitif [ CITATION Dav68 \l 17417 ].

Selain itu, teori ini memberi implikasi dari segi susun atur penyampaian P&P
secara teratur, langkah demi langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang
sesuai dengan peringkat umur murid. Susunan P&P yang teratur akan memudahkan

3
kerja guru serta memudahkan juga bagi murid untuk menerima ilmu wak sesi P&P.
Ausubel telah menekankan penyampaian pengajaran dibuat secara terancang iaitu
bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara
berperingkat-peringkat bagi memudahkan pengajaran bermakna berlaku
[ CITATION Roh031 \l 1033 ]. Bagi memudahkan pembelajaran bermakna berlaku,
guru perlulah menyusun maklumat secara ansur maju daripada maklumat umum
kepada khusus iaitu secara deduktif. Sebagai contoh, guru perlu mengajar murid
mengenali huruf dahulu sebelum mengajar murid membuat ayat. Hal ini kerana
murid perlu memahami kemahiran asas bagi menghasilkan kemahiran yang lebih
khusus. Perancangan yang mantap akan memudahkan guru untuk membentuk
kognitif murid dengan lebih baik [ CITATION Dav68 \l 17417 ].

3.0 Penutup

Kesimpulannya, guru perlulah memiliki pengetahuan dan penguasaan teori


pembelajaran kognitif. Hal ini kerana teori ini mampu menyumbang kepada pembelajaran
ataupun proses P&P yang efektif, menyeronokkan dan dapat meningkatkan
keberkesanannnya. Teori Pembelajaran Penerimaan David Ausubel dan Teori
Perkembangan Perkembangan Kognitif Jean Piaget memberi keberkesanan P&P di dalam
bilik darjah. Tambahan pula, penguasaan terhadap teori ini juga mampu memberikan
implikasi yang positif terhadap tahap kefahaman murid di dalam kelas. Jadi, guru haruslah
mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif dalam proses P&P supaya murid-murid
menjapat faedah dan sentiasa bersemangat untuk belajar dan mendapatkan pengetahuan
baru serta berkembang terutamanya kepada kognitif mereka.

4
Rujukan

Ausubel, D. P. (1968). Educational Psychology : A Cognitive View. Univercity ov


Michigan: Holt,Rinehart and Winston.
Azizi Yahaya. (2005). Aplikasi Kognitif dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Percetakan
Zafar Sdn Bhd.
Bandura, A. (2001). Social COgnitive Theory : An Agentive Perspective. Annual
Review of Psychology, 1-26.
Jazimin Jusoh. (2009). Kemahiran Bimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Kenneth, D. H., Julian, C. S., & B., R. H. (1990). Educational and psychological
measurement and evaluation. University Of Michigan: Prentice Hall.
Noordin Yahaya. (2005). Psikologi Kognitif. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Piaget, J. (2013). The Child's Conception of Time (Reprint). New York: Rouletge.
Rohani Abdullah . (2003). Panduan Kognitif Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Silberman, M. (2010). Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Institiut Terjemahan
Negara Berhad.
Solso, R. L. (1998). Cognitive Psychology. Pennsylvanisa State University: Allyn and
Bacon.

You might also like