You are on page 1of 1

NAMA : AINUL BASIRAH BINTI HASSAN

KELAS : PENDIDIKAN ISLAM 2


KOD KURSUS : EDUP2122
SOALAN 1 : BERIKAN PANDANGAN ANDA SEJAUH MANA ANDA
DAPAT APLIKASIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK SEMASA PDPR

Pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) berlaku sejak berlakunya pandemik
Covid-19 di Malaysia. Sekolah di seluruh Malaysia terpaksa ditutup dan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terpaksa mengambil inisiatif lain supaya guru dan
murid dapat menjalankan PdPR dari rumah. Hal ini menyebabkan guru perlu merancang
pentaksiran autentik melalui home-based learning sepanjang berada di rumah supaya
pentaksiran secara formatif dan sumatif dapat dilaksanakan kepada murid. Selaras dengan
kaedah pembelajaran Abad ke-21, guru perlu merancang pentaksiran alternatif secara
autentik bagi menggantikan peperiksaan serta ujian bertulis secara bersemuka.  Pentaksiran
alternatif merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan
mengesan perkembangan pembelajaran pelajar. Pentaksiran alternatif boleh dibahagikan
kepada tiga pendekatan iaitu pentaksiran kognitif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran
portfolio.
Pentaksiran kognitif berfokus untuk mengukur kemampuan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) murid, penguasaan, sikap dan kemahiran komunikasi. Pentaksiran ini boleh
dinilai semasa sesi pengajaran berlaku. Semasa PdPR, pelbagai kaedah digital dapat
digunakan bagi membolehkan guru berinteraksi bersama murid secara online seperti google
meet, telegram voice chat, google classroom dan sebagainya. Pentaksiran prestasi pula boleh
dibahagikan kepada dua iaitu pentaksiran secara formal dan tidak formal. Pentaksiran formal
boleh dinilai daripada quiz dalam talian contohnya quizziz, gameboard, worksheetlive dan
lain-lain. Manakala pentaksiran tidak formal dinilai melalui kemahiran membaca, kebolehan
dan perkembangan membaca murid. Akhir sekali ialah pentaksiran portfolio. Pentaksiran ini
merupakan kaedah penghasilan karya murid berbentuk proses dan akhirnya memperoleh
produk. PdPR tidak menghalang untuk guru melaksanakan pentaksiran ini. Sebagai contoh
pentaksiran portfolio berdasarkan autentik boleh dijalankan secara rekod amali. Guru boleh
merancang supaya murid menjalankan amali solat di rumah dan direkod supaya dapat
dihantar kepada guru secara dalam talian.
Kesimpulannya, guru perlulah merancang dan mengelola pentaksiran dengan baik dan
sesuai mengikut keadaan semasa yang berlaku. Untuk menjayakan pentaksiran yang
dijalankan oleh guru, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan terutamanya daripada
ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang penting dalam memastikan supaya PdPR
anak-anak berjalan dengan lancar.

You might also like