You are on page 1of 1

PENUTUP

Secara keseluruhannya, penilaian dan pentaksiran merupakan satu aspek yang amat
penting dalam sistem pendidikan. Apabila pemahaman tentang konsep ini dapat didalami
dengan betul, maka fungsi pengujian dan penilaian sebagai indikator pencapaian atau
penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran akan memberi maklum balas atau gambaran
sebenar tentang keupayaan murid itu sendiri.

Dalam menyiapkan tugasan ini, satu laporan temu bual dengan seorang guru
Pendidikan Seni Visual perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkenaan ‘tanda’ yang
diberikan oleh guru tersebut sebagai satu pengukuran terhadap hasil karya murid, sama ada
berbentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Kedua-dua instrumen temu bual, iaitu panduan temu
bual dan jadual temu bual juga telah disediakan sebelum temu bual tersebut dijalankan. Setelah
temu bual dibuat, hasil temu bual perlu ditranskripsikan sebelum laporan sepenuhnya dibuat.

Tugasan ini juga memberi gambaran jelas kepada bakal guru Pendidikan Seni Visual
dalam mengaplikasi kemahiran bagi menilai hasil kerja seni murid yang mengambil kira aspek
asas seni reka seperti unsur seni dan prinsip rekaan. Seperti yang diketahui, unsur seni terdiri
daripada garisan,rupa,bentuk,jalinan,ruang dan warna. Garisan merupakan satu deretan titik
yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh diolah untuk
mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
Prinsip rekaan pula adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran
tertentu dalam gubahan seni visual. Antara contoh prinsip rekaan ialah harmoni, kontra,
penegasan dan imbangan.

Di dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, seringkali timbul kekeliruan sama
ada guru berkenaan mengukur pencapaian murid atau menilai pencapaian murid. Dalam
keadaan ini boleh dikatakan bahawa guru tersebut sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut
dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan.

Tuntasnya, tugasan ini jelas dapat membantu guru pelatih mengetahui ‘tanda’ yang
boleh digunakan untuk mengukur dan menilai hasil karya murid. Secara tidak langsung, guru
pelatih juga dapat mengetahui justifikasi yang dapat digunakan sebelum menilai dan mengukur
hasil kerja murid.

You might also like