You are on page 1of 1

NAMA : AINUL BASIRAH BINTI HASSAN

KELAS : PENDIDIKAN ISLAM 2


KOD KURSUS : EDUP2102
TUGASAN : RUMUSAN VIDEO BERKAITAN PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL.

Kandungan video ini membincangkan aspek perpaduan dan integrasi nasional serta isu dan
permasalahan dalam membentuk dua aspek ini. Daripada perbincangan tesebut dapat saya
ulaskan bahawa perpaduan dan integrasi nasional merupakan dua konsep yang berkait
rapat antara satu sama lain. Namun begitu, perpaduan dan integrasi nasional merupakan
dua proses yang berbeza.
Perpaduan negara ialah merujuk kepada rakyat dari pelbagai etnik, agama, bangsa,
kedudukan geografi, masyarakat bandar dan luar bandar yang hidup aman sebagai satu
bangsa yang bersatu yang memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan
berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Manakala integrasi nasional ialah satu proses bagi merapatkan masyarakat antara
negeri dan wilayah bagi membentuk bangsa malaysia yang mempunyai identiti yang
tersendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Selain itu, dalam video ini juga membincangkan berkaitan permasalahan kurangnya
penghayatan dalam perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan, sedangkan
penghayatan terhadap perlembagaan dan rukun negara amat penting bagi mewujudkan
perpaduan masyarakat. Oleh kerana itu, telah dijelaskan bahawa dalam sistem pendidikan
itu sendiri telah menerapkan kedua-dua unsur ini supaya sikap saling hormat menghormati
sesama kaum dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Malahan, usaha kerajaan
dalam menubuhkan sekolah wawasan bertujuan untuk memupuk konsep perpaduan
dikalangan pelajar diperingkat sekolah.
Seterusnya dalam video ini juga ada menyentuh berkaitan faktor ekonomi yang
membawa jurang kepada perpaduan itu sendiri. Ketidaksamaan status ekonomi masyarakat
jelas kelihatan apabila yang kaya terus menjadi kaya dan miskin terus dengan keadaan
miskin. Oleh kerana ketidakstabilan sosial ini, mengundang kepada berlakunya jenayah
seperti kecurian dan sebagainya. Bagi mengatasi permasalahan ini, kerajaan telah
menyusun semula masyarakat dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui dasar ini, jurang
ekonomi antara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan berlaku dengan lebih
baik. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah perbezaan jurang ekonomi antara
kaum seterusnya membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional.
Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak unsur-unsur permasalahan yang timbul
daripada beberapa faktor berkaitan perpaduan dan integrasi nasional. Jika dilihat dari sudut
lain, kesedaran kelas sosial semakin meluas dan masalah perkauman semakin mengecil.
Hal ini disebabkan oleh tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak yang
bertanggungjawab dalam menangani isu ini.

You might also like