You are on page 1of 1

BERIKAN SATU HALANGAN UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN

JELASKAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA

Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga
berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar
mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat
terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup
terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan
aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa
subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada
setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pelajar
berasa bosan dan kurang berminat untuk terlibat dalam aktiviti PdP.

Cara mengatasinya ialah mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah
iaitu mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua
hala. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif, memastikan
yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih, memberikan
ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan canggih. Guru perlulah menjadi
seorang yang pemurah dan mudah memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ganjaran yang
mudah mungkin berbentuk gula-gula, hadiah seperti pensel, pembaris atau buku nota. Guru
menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik
darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat
antara guru dan murid-murid. Tidak digalakkan pendekatan yang autokratik yang
menyebabkan ada jurang di atara guru dan pelajar. Guru dapat menjadi pendengar yang
baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan yang negatif.

You might also like