You are on page 1of 3

Guru memainkan peranan yang penting dalam menguruskan bilik darjah.

Guru memerlukan
perancangan yang baik bagi mewujudkan persekitaran belajar yang selesa dan kondusif untuk
murid. Pelbagai strategi boleh digunakan untuk membina persekitaran bilik darjah yang positif.

Pertama sekali, guru perlu membina hubungan positif antara murid dengan murid dan
guru dengan murid. Guru perlu mewujudkan sesuatu suasana yang selesa supaya
murid dapat menyesuaikan diri di sesuatu persekitaran yang baharu. Dengan cara
membina dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain, murid dapat mengenali
kawan-kawan dan guru dan secara tidak langsungnya, ini membolehkan murid
menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran tersebut. Aktiviti seperti
penggambaran icebreakers yang menyeronokkan atau bertukar surat boleh
dilaksanakan untuk membantu murid saling memahami dan mengenali. Guru perlu
menubuhkan hubungan dan kepercayaan murid dengan segera supaya murid berasa
selesa walaupun berasa di ruang sosial yang baharu.

Strategi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif apabila pembelajaran


abad ke-21 telah diwujudkan dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik
diamalkan. Sebagai contoh, lawatan bilik darjah, kotak beracun, pencarian harta karun dan
sebagainya merupakan aktiviti yang sesuai diaplikasikan dalam proses PdP untuk
meningkatkan minat murid untuk belajar. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan
teknologi sebagai alat bantuan mengajar. Sebagai contoh, menggunakan komputer, pembesar
suara dan projektor bagi memaparkan video yang berkaitan dalam pembelajaran bilik darjah
merupakan bahan bantu mengajar yang sesuai pada abad ke-21 ini.

Bagi menambahkan lagi proses pembelajaran dalam bilik darjah yang menarik, guru
boleh memberikan peluang pada belajar untuk kerap bersosial antara satu sama lain. Aktiviti
pembelajaran bersosial seperti lakonan membolehkan murid saling berinteraksi dalam masa
yang sama mudah memahami dalam sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Aktivit-aktiviti
sebegini lebih melibatkan dengan aktiviti bersosial antara pelajar dengan pelajar yang lain.
Melalui bersosial, pelajar mudah untuk membincangkan masalah sesuatu perkara dan
bekerjasama bagi mencapai objektif proses pembelajaran mereka.
Pembelajaran yang menarik memudahkan pelajar memberikan komitmen bersama
dengan guru. Dengan lebih lanjut lagi, guru juga boleh menggunakan tanda lampu isyarat,
dimana sekiranya pelajar mempunyai soalan mereka akan menggunakan lampu isyarat
berwarna kuning, warna hijau bermaksud setuju dan warna merah bermaksud tidak setuju. Ini
menyebabkan suasana bilik darjah itu bertambah seronok. Aktiviti yang seronok ini dapat
mewujudkan persekitaran belajar yang positif.

Seterusnya, dari segi masalah disiplin adalah paling sukar untuk dibendung kerana
seperti yang boleh didapati prestasi masalah disiplin semakin berleluasa sehingga tersebar di
dalam akhbar harian. Guru kelas yang sukar untuk menangani seseorang pelajar itu boleh
meminta bantuan dari guru disiplin untuk mengambil tindakan yang setimpal pada murid
bermasalah disiplin ini. Bagi menangani masalah sebegini, guru perlu menyediakan peraturan
di dalam kelas disertakan dengan hukuman sekiranya pelajar tersebut melanggar peraturan
bilik darjah. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan peraturan kelas dengan menyediakan
hukuman yang tidak memudaratkan pelajar. Hukuman dan peraturan yang diberi akan
mengelakkan pelajar dari selalu melakukan masalah disiplin di dalam kelas.

Selain itu, guru juga boleh memberikan ganjaran pada pelajar yang bertingkah laku
dengan baik. Sebagai contoh, memberikan cop ‘bagus’ pada hasil kerja sekolah mereka
disebabkan sikap mereka yang menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Ganjaran yang
diberi memberikan dorongan pada pelajar untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang baik
dengan berterusan. Sekiranya dorongan itu masih tidak memberikan kesan pada pelajar
sehingga mengganggu pelajar dan guru di dalam bilik darjah, guru boleh memberitahu ibubapa
pelajar tersebut semasa hari mengambil buku rekod. Kerjasama ibubapa dapat memberi kesan
kepada anak mereka kerana ibubapa merupakan orang dewasa pertama dimana generasi
muda perlu patuhi mereka sejak dari lahir. Tanpa kerjasama atau bantuan dari ibubapa,
matlamat untuk mengubah disiplin murid akan menjadi sukar.

Akhir sekali guru perlu memastikan keselesaan di dalam bilik darjah sebagai satu ruang
pembelajaran yang kondusif. Guru dan pelajar-pelajar bekerjasama dalam menghiaskan bilik
darjah dengan cantik. Setiap sekolah mempunyai pertandingan bilik darjah yang tercantik
dengan memberikan hadiah pada kelas yang terbaik boleh mendorong para pelajar usaha
untuk menghias kelas mereka sendiri dengan usaha kerjasama. Semangat saling kerjasama
sesama pelajar dan guru dapat mempertingkatkan lagi persekitaran bilik darjah dengan positif.
Guru turut boleh menyumbangkan sebahagian wang untuk membantu muridnya serta
memberikan sebarang idea yang menarik
Perbincangan yang melibatkan persetujuan yang banyak memberikan peluang bagi
mengeluarkan idea-idea yang menarik sebagai contoh, menghiasi kelas dengan tema binatang
atau menghiasi kelas dengan tema merdeka. Penyusunan meja juga boleh disusun dengan
cara berempat-empat dimana terbentuknya meja berkumpulan dan memudahkan pelajar
membuat kerja secara berkumpulan. Penyusunan meja sebegitu memberikan pelajar yang
kurang bersosial, akan mudah untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain dan guru boleh
memberikan aktiviti yang melibatkan secara berkumpulan.

Setiap hasil aktiviti yang telah dilakukan, pelajar boleh membentangkan hasil kerja
mereka dalam bilik darjah untuk menunjukkan idea kreativiti yang telah mereka dapati. Melalui
ini, pelajar berpeluang menonjolkan diri mereka tersendiri dengan sifat kepimpinan yang ada
dalam diri mereka. Hanya dalam satu aktiviti sahaja melibatkan pelbagai kemahiran dari segi
aspek kognitif, emosi dan sosial sehingga mewujudkan sesuatu kelakuan dalam diri pelajar.
Misalnya, setiap kumpulan perlu mempunyai ketua kumpulan dan ketua kumpulan perlu
menggunakan kognitif, emosi dan sosial dengan betul untuk mewujudkan sikap kepimpinan
yang positif dalam diri.

Setiap strategi yang ada perlu dirancang terlebih dahulu dengan mengikut kesesuaian
dalam sesuatu situasi. Guru juga perlu mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan pada
pelajar dalam bilik darjah untuk memberikan pelajar peluang untuk menaikkan potensi dalam
diri mereka berbanding dengan merendahkan keyakinan diri pelajar. Pendek kata, persekitaran
pembelajaran yang kondusif adalah sangat penting bagi kerana ruang belajar yang kondusif
dapat meningkatkan semangat dan kualiti murid untuk belajar.

You might also like