You are on page 1of 4

TRANSKRIP TEMU BUAL DENGAN SEORANG GURU DI SEKOLAH JENIS

KEBANGSAAN TAMIL BANDAR BARU SALAK TINGGI

Berikut adalah transkrip temubual secara lisan mengenai peranan guru dalam mewujudkan
persekitaran kondusif dam implikasi sosiobudaya dalam proses pendidikan di Malaysia. Temu
bual ini telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Baru Salak Tinggi yang
bertarikh pada 29 Mac 2018. Temu bual ini telah dikendalikan oleh saya sendiri, Saangetaa
Subramaniam bersama dengan seorang guru di SJKT Bandar Baru Salak Tinggi.

Saangetaa : Selamat pagi,cikgu. Nama saya Saangetaa dari IPG Kampus Temenggong
Ibrahim Johor. Sebenarnya saya ingin menemu bual mengenai
tanggungjawab anda sebagai agen yang berperanan untuk mewujudkan
persekitaran kondusif dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam
proses pendidikan di Malaysia.

Pn. Saranya : Salam berkenalan, Saangetaa. Saya gembira kerana dapat berjumpa
dengan anda. Saya akan menjawab soalan yang ditanya berdasarkan
pengalaman saya di sekolah ini selama 19 tahun.

Saangetaa : Cikgu, bagaimana tahap amalan perpaduan dalam kalangan murid di


sekolah ini?
Setakat ini tidak ada berlaku masalah yang serius kerana bilangan murid
Pn. Saranya : agama lain adalah kurang di sekolah ini.

Saangetaa : Cikgu, apakah teknik-teknik yang digunakan patut digunakan oleh


seseorang guru bagi mengawal murid-murid di kelas?

Bagi pandangan saya, untuk mengawal kelas guru berperanan untuk


Pn. Saranya : mengajar murid-murid di sekolah tanpa mengambil kira kelas sosial dan
harus bijak mengendalikan kelas supaya dapat mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang interaktif. Contohnya, guru perlu memastikan murid-
muridnya ditempatkan dalam satu kumpulan murid dari pelbagai latar
belakang semasa melakukan sesuatu aktiviti kumpulan. Ini secara langsung
akan memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi antara satu
sama lain sekaligus mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan
tanpa sekatan budaya serta masyarakat. Suasana pembelajaran yang
menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru mengawal
persekitaran bilik darjah dengan berkesan.

Saangetaa : Menurut pandangan cikgu, bagaimanakah merancang proses pengajaran


dan pembelajaran mengikut kepelbagaian sosiobudaya?

Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua


Pn. Saranya : kepercayaan, nilai dan agama murid. Di dalam aktiviti yang dirancang itu
mestilah diselitkan dengan nilai-nilai murni dan unsur-unsur perpaduan.
Murid boleh diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang
dijalankan agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada proses
pembelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah
sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih
mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan
individu.

Saangetaa : Apakah cabaran yang dihadapi dalam proses mewujudkan persekitaran


bilik darjah yang mesra budaya?

Guru akan menghadapi pelbagai cabaran semasa pengurusan persekitaran


Pn. Saranya : bilik darjah yang mesra budaya. Contohnya, kita sebagai guru perlu
memastikan kaedah PdP yang digunakannya dapat diterima oleh semua
murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan bersikap professional dalam pekerjaannya. Guru perlu
sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum
masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu
sama lain. Contohnya, guru perlu memastikan murid dari pelbagai latar
belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan
aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan
pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan
masyarakat.

Saangetaa : Apakah peranan yang dimainkan oleh seseorang guru untuk mewujudkan
persekitaran kondusif di kelas?

Pn. Saranya : Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif, pengurusan
fizikal bilik darjah perlu merangkumi dengan segala bentuk kemudahan dan
peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah
mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang
yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan-bahan
bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta
dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Tambahan pula, menjaga
kebersihan bilik darjah pasti menjadi satu amalan yang baik kepada murid-
murid dan guru-guru yang hebat sentiasa dapat berusaha memupukan
budaya menjaga kebersihan dalam kalangan muridnya dengan
menyediakan jadual. Tambahan pula, guru juga patut memastikan sistem
pencahayaan yang sesuai untuk menyediakan suasana yang aman dan
damai. Ia adalah perkara utama yang harus dipatuhi oleh guru untuk
mengurus persekitaran fizikal. Apabila murid dapat pencahayaan dan
penggudaraan yang cerah dan segar maka murid dapat berlibatkan diri
dengan aktif.

Terima kasih cikgu atas kerjasama anda. Saya sangat jelas tentang
Saangetaa : tanggungjawab anda sebagai agen pemupuk perpaduan demi mewujudkan
sekolah yan bermesra budaya.
Sama-sama, Sangetaa. Cikgu harap Sangetaa dapat menggunakan idea-
Pn. Saranya : idea ini, bukan sahaja dalam tugasan mahupun selepas mula mengajar di
sekolah.
Baik cikgu. Terima kasih atas sudi melungkan masa.
Saangetaa :

You might also like