You are on page 1of 2

LAPORAN PRAKTIKUM FASA PERTAMA

TARIKH : 30 JULAI 2018


HARI : ISNIN
MASA : 12.30 PETANG

Hari ini merupakan hari kedua bagi saya. Seperti selalu saya dan rakan saya tiba di
sekolah pada pukul 12.15 petang dan terus ke pejabat sekolah untuk mengisi buku kehadiran
guru pelatih. Selepas itu, kami ke kantin sekolah untuk makan tengah hari. Selepas menjamu
selera, saya dan rakan saya berjuma dengan penyelia petang, iaitu Pn. Sivagami untuk
berbincang tentang jadual pengajaran dan pengagihan kelas. Seterusnya, kami juga membantu
penyelia petang untuk mengantikan guru yang tidak dapat hadir pada hari tersebut.

Seterusnya, Pn. Sivagami memperkenalkan guru-guru pemimbing kami. Guru pemimbing


bagi subjek major, pemulihan Bahasa Melayu adalah Pn. Gomathy. Beliau adalah seorang guru
pemulihan yang berpengalaman selama 7 Tahun di SJK (T) Jalan Yahya Awal. Guru pemimbing
saya bagi subjek elektif, Bahasa Melayu ialah Pn. Sri Devi. Beliau merupakan seorang yang
berpengalaman dalam bidang Bahasa Melayu. Seterusnya, kami juga berjumpa dengan guru
pembimbing kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut tentang tahap dan penguasaan
murid bagi murid pemulihan dan juga murid arus perdana dimana saya akan mengajar subjek
bahasa melayu.

Tamabahan pula, kedua-dua guru pemimbing saya sangat gembira dengan kehadiran
kami. Mereka berharap kami dapat membantu mereka untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik serta membantu untuk mempulihkan murid-murid pemulihan.
Berikutnya saya berjumpa dengan mereka untuk mendapatkan data-data dan maklumat tentang
pencapaian akademik murid-murid darjah 2 dan darjah 3 untuk melaksanakan tindakan yang
seterusnya tanpa menghadapi sebarang halangan.

Pada hari ini, kami belajar banyak ilmu yang berkaitan dengan pengurusan sekolah
daripada guru-guru yang lebih berpengalman dalam bidang perguruan dan pengurusan sekolah.
Kami juga menyediakan ujian diagnosik bagi murid pemulihan kami untuk mengetahui tahap
penguasaan mereka dalam bahasa melayu.
Akhirnya, sebelum tamat sesi persekolahan saya dan rakan saya berjumpa dengan Guru
Disiplin. Beliau telah memberi penjelasan tentang tahap disiplin di sekolah ini. Setelah selesai
berbincang dengan Guru Disiplin kami sambung membuat fail praktikum. Saya berasa gemibira
dan selesa pada hari ini kerana guru-guru di sekolah ini, memberi layanan yang sangat baik.
Kami balik dari sekolah selepas tamat sesi persekolahan pada 6.20 petang.

You might also like