You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

AMBILAN JUN 2015

NAMA PELAJAR : LEELATHEVI A/P JAYABALAN

NO. KP : 940316-01-6544

UNIT : PENDIDIKAN PEMULIHAN (SJKT)

KOD KURSUS : MPU 3081

NAMA KURSUS : KOKURIKULUM-PERSATUAN

NAMA PENSYARAH : DR. NG PEI FERN

TARIKH SERAHAN : 05 MARCH 2017


PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Pelajar : LEELATHEVI A/P JAYABALAN

Tarikh : 05 MARCH 2017


PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan Tugasan kokurikulum persatuan ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak
IPG dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan
perjalanan ketika menyiapkan tugasan ini.

Saya Leelathevi a/p Jayabalan dari unit pemulihan pismp sem 4. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya DR.Ng Pei Fern, kerana beliau telah
memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Beliau juga menjelaskan setiap soalan satu demi satu.

Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini dan juga telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya
menyiapkan tugasan ini lebih awal. Ibu bapa saya juga memberi wang yang secukupnya untuk
melakukan tugasan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan saya di unit Pemulihan (SJKT) yang
telah menolong saya semasa tugasan ini dijalankan. Saya juga berterima kasih kepada rakan
-rakan saya yang telah banyak memberikan kerjasama yang baik dan saya berkongsi maklumat
untuk melengkapkan tugasan ini dengan baik. Tanpa mereka semua adalah mustahil bagi saya
dapat menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Temenggong Ibrahim.

Sekian, Terima Kasih.


NO TAJUK MUKA SURAT

01 BORANG MAKLUM BALAS

02 BORANG PENGAKUAN

03 PENGHARGAAN

04 TUGASAN 1 : KERTAS KERJA PROJEK

05 TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

06 3.0 PENUTUP

07 RUJUKAN

ISI KANDUNGAN
TUGASAN 2

Laporan kajian kes :


Kokurikulam persatuan merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulam. Persatuan
adalah sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan
berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah
yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan
untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti. Saya teleh menganalisis sebuah kertas kerja persatuan dari segi SWOT supaya
dapat memberi cadangan dan penambahbaikan.Saya telah mendapatkan sebuah kertas kerja
dari IPG Kampus Kota Bharu. Ia adalah sebuah kertas kerja bagi penubuhan persatuan Bahasa
Tamil. Apabila saya menganalisis kertas kerja tersebut, saya dapat tahu bahawa ia
mengandungi beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Saya telah menganalisis kertas kerja tersebut dari segi SWOT dan saya telah dapat
mengumpulkan beberapa kekuatannya. Salah satunya ialah ia mengandungi nama, motto dan
juga pengenalan persatuan yang ingin ditubuhkan di IPG Kampus Kota Bharu. Nama persatuan
telah dinyatakan dengan jelas dan boleh difahami oleh semua kaum.Saya juga dapat tahu
bahawa motto persatuan ini adalah baik tetapi tidak difahami oleh semua warga IPG tersebut ia
kerana mottonya dicipta dalam Bahasa Tamil. Pada pendapat saya, persatuan tersebut perlu
menukarkan mottonya supaya semua warga IPG dapat memahami dan juga dapat menjayakan
motto persatuan dengan bersama-sama.Seterusnya ialah pengenalan yang sangat jelas dan
peluangnya terbuka kepada semua warga IPG. Ini adalah satu peluang yang amat bertua
kepada semua kerana ia membantu mereka untuk mengenali tentang kebudayaan dan
kepercayaan kaum India. Apabila saya menganalisis kertas kerja ini, saya juga dapat mengenali
tetang ciri-ciri keahlian yang diperlukan untuk penubuhan persatuan ini. Ciri keahlian telah
dikemukakan dengan sangat jelas dan ia dinyatakan secara spesifik. Kekuatan yang seterusnya
ialah cadangan aktivititi-aktiviti yang dinyatakan adalah jelas. Mereka juga telah merancang
beberapa aktiviti yang berfaedah kepada ahli persatuan tersebut.Tambahan pula, objektif dan
rasional telah disediakan dengan sangat jelas dan teliti.

Apabila saya menganalisis, kertas kerja ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki. Salah satu kelemahannya ialah persatuan ini tidak mempunyai logo, lagu dan
perlembagaan. Dalam sesuatu persatuan logo, lagu dan perlembagaan adalah sangat penting
kerana ia adalah suatu identity bagi sesebuah persatuan. Pada pendapat saya, persatuan ini
haruslah mencipta sebuah logo yang berkaitan dan bermakna dengan persatuan ini. Logo yang
direka cipta perlulah berkaitan dengan tujuan dan objektif persatuan.Seterusnya ialah nama
persatuan ini adalah biasa dan tidak menarik perhatian ramai orang.Saya juga memberi
cadangan bahawa nama persatuan ini boleh menukar kepada “Tamil is my breath”. Tambahan
pula, kertas kerja ini tidak menyatakan ahli jawatankuasa dengan terperinci. Mereka telah
menyediakan ahli jawatankuasa di bahagian lampiran tetapi ia tidak spesifik. Selain daripada
itu, kertas kerja ini tidak mengandungi sumber kewangan. Dalam penubuhan sesuatu persatuan
sumber kewangan sangat penting kerana tanpa sumber kewangan aktiviti - aktiviti yang
dicadangkan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Bagi penambahbaikan sebagai pengerusi
yang bijak beliau perlu menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau juga perlu mencari
peruntukan daripada pihak yang berkaitan supaya dapat menjalankan aktiviti – aktiviti yang
telah dirancang. Selain itu, beliau juga boleh menentukan yuran pendaftaran bagi memasuki
persatuan tersebut. Beliau juga perlu merancang jadual bagi sumber kewangan supaya dapat
menggunakan dengan jimat cermat.

Saya juga menganalisis kertas kerja ini dari segi peluang. Terdapat beberapa peluang
kepada pelajar atau ahli yang menyertai persatuan ini. Salah satu peluang yang diberikan oleh
persatuan ini ialah pendedahan tentang kebudayaan dan kepercayaan kaum India kepada
semua ahli persatuan. Apabila pelajar menyertai persatuan ini mereka dapat meluaskan
pengetahuaan tentang kaum India dengan lebih jelas dan senang. Seterusnya ialah persatuan
ini juga dapat membantu untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan pelbagai kaum melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Ini adalah satu peluang yang baik kepada semua
pelajar untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.
Semasa saya menganalisis kertas kerja ini saya juga dapat maklumat bahawa persatuan ini
memberi peluang untuk merealisiskan aspirasi 1 Malaysia yang disyorkan oleh Perdana Menteri
kita. Persatuan ini telah memberi satu peluang yang sangat baik kepada warga IPG, iaitu
menyediakan satu platform bagi mengenal dan menghayati budaya dan perayaan kaum lain. Ia
juga membantu mereka untuk melahirkan rasa saling hormat-menghormati di kalangan warga
IPG. Pada pendapat saya, persatuan ini juga boleh mengadakan lagi aktiviti- aktiviti yang
melahirkan hubungan silathurahim antara guru pelatih – pelatih IPGKKB.

Akhirnya ialah saya menganalisis kertas kerja ini dari segi ancaman. Persatuan ini akan
mengahadapi beberapa ancaman dan ia menjadi halangan bagi melaksanakan aktiviti- aktiviti
yang telah dirancang.Ancamannya ialah dari segi ahli jawatankuasa. Persatuan ini tidak
mencukupi AJK yang sepatutnya. Pada pandangan saya, persatuan ini perlu mengumpulkan
lagi ahli bagi menubuhkan dan menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan lancar. Selain
itu, ancaman dari segi peruntukan atau sumber kewangan. Persatuan ini tidak mempunyai
anggaran perbelanjaan dan ia akan menjadi satu penghalangan bagi melaksanakan aktiviti.
Kesimpulanya, persatuan ini perlulah mengambil langkah – langkah yang sewajarnya
supaya dapat menubuhkan persatuan ini dengan baik. Pada pandangan saya, persatuan ini
perlu menyediakan logo,lagu, perlembagaan dan juga anggaran perbelanjaan supaya dapat
menubuhkan persatuan ini. Persatuan ini juga perlu mengambil langkah yang seterusnya
supaya dapat menjayakan tujuan dan objektif persatuan ini.

You might also like