You are on page 1of 3

DRAF PERLEMBAGAAN PENGAKAP

PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)

PergerakanPengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform


(berpakaian seragam) yang giat bergerak di negaraini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini
ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur
antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah)
PergerakanPengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang
member khidmat kepada sekolah dan masyarakat.Di bawah program KSSR Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan
di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-
murid pada peringkat ini.
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan
di dalam dan di luarsekolah. AktivitiPergerakanPengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan
menarik minat murid-murid. Di sampingitu, ia dapat menyemaikans ifat-sifat kepemimpinan,
bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalanganmereka.

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK


 Mengembangkankebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan
jasmani;
 Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
 Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan caramemberi
pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
 Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-
bidang tertentu;
 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras
dengan hasrat Rukunegara;
 Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat
meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
 Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan member sumbangan kepada
sekolah dan masyarakat.

PERLEMBAGAAN PASUKAN PENGAKAP


Fasal1 : Nama danAlamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
(PKK) SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO.5
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO.5,
JALAN YUSOF, MUAR, 83600 SEMERAH, JOHOR.
DRAF PERLEMBAGAAN PENGAKAP

Fasal 2 : TujuanPersatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah
disiplin murid.
iii. Memberipeluang murid mengambilbahagiansecaraaktifmelaluiaktiviti yang disediakan.
Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihatbolehmempengaruhi murid bagitujuanmenambahbilanganahlipersatuan.
Fasal4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
semua aktiviti persatuan.
ii. Setiapahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan
dalam persatuan.
Fasal5 : Mesyuarat.
i. Satumesyuaratagungperludiadakandalamperjumpaanpertamaiaitupadaawaltahununtuk:
- memilih ahli JawatanKuasa persatuan.
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan
ii. Ahli JawatanKuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat AJK perlu di adakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir
tahu berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan member tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan
persatuan.
v. Ahli persatuan bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah
keseluruhan ahli.
vi. Ahli bagimesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.
Fasal6 : Tugas PegawaiAtau AJK Persatuan.
i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan
segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
DRAF PERLEMBAGAAN PENGAKAP

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan


minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan
laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada
kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada
Guru Penasihat.
Fasal7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat
kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.
Fasal8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru
Besar.
Fasal9 : Tafsiran.
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini,
perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan
Jawatankuasa mengenai perkara itua dalah muktamad.
Fasal10 : Pembubaran.
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau
Pentadbir Sekolah.

You might also like