You are on page 1of 16

LAPORAN KAJIAN KES PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

BANGSAR

1.0 Pengenalan

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) pada 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017 di Sekolah Kebangsaan Bangsar
pelbagai jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut antaranya , Persatuan
Bahasa Tamil, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan
Moral, Kelab Seni dan Kebudayaan dan sebagainya. Saya telah memilih persatuan
pusat sumber sekolah sebagai kajian kes saya yang berkaitan tentang asal usul
penubuhan kelab dan proses bagaimana kelab itu dijalankan.

2.0 Sejarah Penubuhan

Pelbagai kelab dan persatuan yang telah ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar
ini terdiri daripada akademik dan bukan akademik. Saya telah memilih persatuan bukan
akademik iaitu persatuan pusat sumber sekolah. Pusat Sumber Sekolah bukan merupakan
benda yang asing dalam industri pendidikan negara. Hal ini dapat dilihat sejak Tanah
Melayu belum mencapai kemerdekaan lagi iaitu pada awal tahun 1950-an. Ketika itu Pusat
Sumber dikenali sebagai Perpustakaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Sekolah
Kebangsaan Bangsar hanya menubuhkan Persatuan Pusat Sumber Sekolah pada tahun
2012 yang diketuai oleh Puan Noor Fardah Albana. Kaedah dan proses penubuhan adalah
mengikut prosedur standard yang dikehendaki oleh Guru Besar untuk memberikan
kelulusan iaitu dimulakan dengan mesyuarat penaja, surat permohonan, perlantikan guru
penasihat dan seterusnya. Pihak Sk Bangsar berhasrat untuk mewujudkan Persatuan Pusat
Sumber Sekolah atas kesedaran bahawa kurangnya murid yang membaca. Lebih
merungsing lagi, terdapat murid-murid yang masih tidak mempunyai pengetahuan am.

Oleh Hal yang demikian, pihak SK Bangsar telah berbincang untuk memupuk sikap
membaca dalam diri murid sejak kecil lagi. Sebagai permulaan, pihak SK Bangsar telah
bercadang untuk merancang program Nilam di sekolah tersebut. Program tersebut telahpun
menanam sikap membaca dalam diri murid-murid. Sehubungan dengan itu, Persatuan
Perpustakaan Sekolah akan ditubuhakan sekali gus dirasmikan demi memastikan program
seperti program nilam ini berterusan.

13
2.1 Objektif Persatuan Perpustakaan sekolah adalah seperti berikut:
 Menjalankan aktiviti yang mencabar murid-murid
 Meningkatkan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan ilmu sains
perpustakaan.
 Menetapkan matlamat dan tujuan untuk setiap aktiviti yang dijalankan
supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam setiap aktiviti.
 Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab terhadap agama, keluarga,
bangsa dan juga negara.
 Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan
seumur hidup.

3.0 Kaedah dan proses penubuhan Persatuan


Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, proses dan kaedah penubuhan persatuan ini
ialah melalui setiausaha kokurikulum sekolah tersebut. Kemudian, satu kertas kerja telah
disusulkan sebagai permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di sekolah.
Setelah kertas kerja diluluskan, unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung
untuk berbincang tentang takwim tahunan dan juga melantik ahli jawatankuasa
persatuan tersebut. Antara isu yang akan dibincangkan ialah mengenai yuran persatuan,
program yang dirancang dan juga pelantikan ahli jawatankuasa baru.

4.0 Aktiviti dan perkhidmatan yang diamalkan

Persatuan Pusat sumber ini merupakan antara persatuan yang paling aktif di sekolah
tersebut. Pada 30 Mac 2018 SK Bangsar telah mengadakan aktiviti pengunjung,
peminjaman buku kategori murid-murid dari kedua-dua tahap dengan kerjasama pihak
sekolah yang melibatkan staf dan guru. Sebelum bermulanya aktiviti, sebuah taklimat telah
diadakan pada permulaan bulan Mac tentang program tersebut. Oleh itu, murid-murid telah
diberi masa yang secukupnya untuk meminjam dan membaca buku. Taklimat tersebut telah
diberi oleh pengerusi persatuan pusat sumber Cik Norhazalina Binti Hashim. Setiap program
yang dijalankan oleh persatuan pusat sumber akan mempunyai notis dan notis tersebut akan
ditampal pada setiap sudut di sekolah. Ahli persatuan tersebut sangat berpuas hati dengan
sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh murid dan pihak guru yang terlibat dalam
program tersebut. Aktiviti seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.

14
4.1 Aktiviti berpanjangan

1. Program Nilam

2. Pengunjung, peminjaman Buku 2018

15
4.2 Aktiviti Pendek

1.Lawatan sambil belajar ke perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City
Galery.

2.Aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia

16
3. Pameran Sains dan Matematik di Pusat Sumber SK Bangsar

4. Majlis Perasmian Persatuan

5.0 Perbandingan Perkhidmatan

Berdasarkan temu bual saya dengan guru penasihat persatuan ini, Cik Norhazalina
Binti Hashim, kekuatan yang amat ketara bagi persatuan ini ialah murid-murid dapat
mempunyai minat untuk membaca. Bukan itu sahaja, malah tujuan kelab ini ditubuhkan
adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pihak yang telibat secara langsung dan
tidak langsung untuk sama-sama bekerjasama memumuk sikap membaca dalam diri sendiri.
Dalam perbincangan dengan beliau, beliau mengatakan bahawa ibu bapa dan juga murid
banyak menyumbang dari segi kewangan bagi setiap program yang dirancang. Pihak
sekolah juga telah mengadakan kem 1 Malaysia dengan memberi tumpuan kepada amalan
membaca tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Kem ini telah dirancang untuk

17
memberi sesuatu impak besar . Semenjak itu, sebanyak RM300 sahaja dalam bulanan
dibelanjakan bagi aktiviti kesedaran dan setiap program yang mengutamakan amalan
membaca. Pihak sekolah juga mempunyai cadangan untuk membesarkan pusat sumber
supaya suasana lebih selesa dan kondusif untuk murid-murid.

6.0 Strategi menjana Kewangan

Berdasarkan perbincangan dengan Penasihat persatuan Pusat Sumber, beliau kata


ibu bapa murid telahpun memberi sumbangan. Namun begitu, sumbangan tersebut tidak
mencukupi. Jadi sumber kewangan tidak stabil dari masa ke semasa. Oleh itu, beliau
juga telah mencadangkan bahawa merancang aktiviti yang boleh menjana kewangsan.
Sebagai contoh, murid-murid boleh menghasilkan sesuatu kraf seperti penanda buku
yang mempunyai ayat yang bermotivasi dari buku yang telah dibaca. Tambahan pula,
persatuan ini juga telah menyediakan satu tabung untuk menjana pendapatan setiap
persatuan sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan seperti lawatan sambil
belajar ataupun program nilam. Tabung ini berfungsi sebagai panduan untuk persatuan
untuk menjaga sumber kewangan persatuan tersebut. Yuran pendaftaran ahli juga
menyumbang kepada sumber kewangan persatuan tersebut iaitu RM 3 setiap kali
perjumpaan daripada setiap ahli..

7.0 Isu-isu berbangkit

Walaupun terdapat beberapa kebaikan dalam setiap program, cabaran- cabaran juga
tidak boleh dielakkan. Berdasarkan pemerhatian dan apa yang telah saya bincangkan
dengan Guru penasihat , beliau kata bahawa terdapat beberapa isu berbangkit.
Berdasarkan data kehadiran murid pada tahun 2015, didapati kebanyakan murid tidak hadir
semasa perjumpaan persatuan. Hal ini kerana, berdasarkan temubual bersama beliau,
didapati faktor utama ketidakhadiran murid adalah disebabkan masa dan hari persatuan
adalah pada hari Sabtu. Selepas sahaja masa dan hari persatuan digantikan kepada hari
Rabu pada tahun 2016, secara tidak langsung peratus kedatangan murid menjadi seratus
peratus. Jelas di sini, ibu bapa tidak memberikan kerjasama yang penuh untuk menghantar
murid ke sekolah pada hari Sabtu hanya disebabkan keperluan kokurikulum tetapi memberi
kerjasama yang penuh jika melibatkan akademik. Buktinya, kehadiran 100% yang dicapai
oleh Persatuan Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2017 adalah disebabkan masa
kokurikulum diletakkan pada masa persekolahan wajib iaitu pagi Rabu.

Bukan itu sahaja, ketidakwujudan penyata kewangan dan laporan pungutan yuran
pada setiap perjumpaan menunjukkan persatuan ini adalah pasif dari aspek pengurusan
kewangan. Kemungkinan, hal ini juga merupakan salah satu sebab persatuan ini tidak dapat

18
membuat aktiviti persatuan yang menyoronokkan kerana kekurangan kewangan. Mok Soon
Sang (2009) menyatakan salah satu masalah utama persatuan-persatuan di sekolah ialah
ketiadaan sumber kewangan. Ini telah mengehadkan aktiviti persatuan. Namun, guru
penasihat dan ahli seharusnya tidak mudah semangat.

8.0 Cadangan Penambahbaikan dan analisis SWOT

Setiap cabaran haruslah diatasi dengan langkah yang betul. Antara cadangan bagi
mengatasi isu-isu tersebut ialah, guru penasihat dan ahli persatuan boleh menggunakan
kepakaran dan kemudahan yang mereka ada untuk membentuk satu aktiviti yang
menyeronokkan dan boleh menjana kewangan persatuan. Aktiviti ini boleh melibatkan
kerjasama dan sumbangan daripada ibu bapa dan juga pihak pendidikan daerah. Hal ini
bukan sahaja dapat menambahkan sumber kewangan persatuan tetapi juga dapat memberi
peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan pihak luar sekolah dan pengalaman luar
biasa dalam aktiviti persatuan. Contoh aktiviti tahunan yang boleh dilakukan ialah Karnival
Jom Membaca.

Rajah 1 : Karnival Jom Baca

Bukan itu sahaja, guru penasihat juga boleh mengemaskini aktiviti persatuan selaras
dengan takwim sekolah bagi mengelakkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan. Sebaiknya
aktiviti yang dilakukan hendaklah berfokuskan kepada matlamat asal penubuhan persatuan
iaitu untuk memberikan pengalaman dan amalan budaya membaca. Bagi mendapatkan
sokongan daripada ibu bapa, sebaiknya guru penasihat boleh bekerjasama dengan pihak
tertinggi sekolah untuk mengadakan siaraya kepada ibu bapa bagi mewartakan kepentingan
kokurikulum persatuan (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd Aziz dan Mohammed
Zohir Ahmad, 2008).

19
20
9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarkan analisis SWOT dapat difahami bahawa guru penasihat


sangat memainkan peranan penting dalam menghidupkan aktiviti kokurikulum persatuan
agar semua murid dapat terlibat secara aktif. Bukan itu sahaja, guru penasihat dan ahli
persatuan juga harus mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan strategi yang telah
dirancang dan berusaha membuat penambahbaikan kearah melestarikan pencapaian
sekolah di Malaysia.

21
10.0 Lampiran

Transkrip Temuramah Tokoh : Cik Norhazalina Binti Hashim binti Hassan

Kamlesh : Selamat pagi Cik

Cik : Selamat pagi.


Norhazalina
Binti Hashim

Kamlesh : Boleh Cik ceritakan tentang latar belakang Cik?

Cik : Nama saya Rozilawati Hassan. Berasal daripada Kuala Lumpur.


Norhazalina Saya sudah berumah tangga. Mempunyai empat orang anak. Ibu
Binti Hashim bapa saya semua berada di KL sekarang. Jadi saya tinggal dekat
Bangsar. Anak saya yang sulung berumur 13 tahun. Yang bongsu 7
tahun.

Kamlesh : Bagaimana pula dengan latar belakang pendidikan Puan?

Cik : Saya kalau akademik SPM Vokasional. Kemudian, belajar sambung


Norhazalina Maktab perguruan M4P Pulau Pinang. Kemudian, lepas itu saya mula
Binti Hashim posting dekat Sekolah Menengah Taman Tun. Sebab masa tu 1997
kekurangan guru sekolah menengah. Jadi saya posting sekolah
menengah. Kemudian saya minta ada peluang untuk ke sekolah
rendah, saya ke sekolah rendah balik. Tahun 2001. Kemudian saya
berpindah ke SK Abdul Samad, Kapar sebelah tu kan pada tahun
2009. Kemudian saya sambung pengajian ambil ijazah sarjana muda
pengajian Matematik dekat UITM, Shah Alam. Sekarang maknanya
saya ada ijazah untuk pengajian Matematiklah. Sebelum ni saya
memang mengajar Matematik tahun 6 Sekolah Samadlah. Kemudian
terus saya, sebab ada kebetulan UITM dia buka dulu sebelum ni
susahkan dekat UPSI je. Tapi UITM dah buka dia punya pengajian
kat Shah Alam tu saya sambung. Tapi pusat pengajian dia induk yang
Shah Alam, tapi saya dekat seksyen 17 dekat stesen bas tu.

Kamlesh : Sekarang Cik ada menyambung pengajian lagi?

22
Cik : Buat masa ini saya rehat dululah. Sebab tahun lepas, tahun 2015
Norhazalina saya gred.
Binti Hashim

Kamlesh : Adakah Cik sangat meminati kerjaya Cik dan kenapa Cik minat
kerjaya sebagai guru?

Cik : Guru memang saya minat sebab saya rasa boleh memberi peluang
Norhazalina kepada saya untuk mendidik anak-anak bangsa saya. Saya memang
Binti Hashim minat untuk mengajar Matematiklah. Sekarangpun saya dekat
walaupun saya mengajar tahun 6 Pendidikan Moral, sambil-sambil tu
saya akan mengajar Maths. Reliefpun saya akan mengajar Maths
sebab saya tak nak kalau boleh habis macam tu kan. Dekat
rumahpun tuisyen untuk anak-anak jiranlah Maths.

Kamlesh : Sejak bila Cik memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum dan
adakah Cik seronok memegang jawatan tersebut?

Cik : Tahun 2015 bulan 9. Buat masa ini saya seronok sebab saya sukalah
Norhazalina dengan KOKO ni. Sebab saya nikan lebih suka aktiviti luar. Aktiviti
Binti Hashim yang mencabar macam nilah macam rekreasi tu saya suka. Itu saya
betul-betul bersyukurlah sebab saya dapat. Sebab masa saya
memohon, kita tidak dimaklumkan apa-apa PK apa kan. Tapi bila
saya dapat KOKO ni memang saya sukalah. Memang seronok.
Lepastu dekat pulakan.

Kamlesh : Apakah tugas-tugas penting yang Cik sentiasa laksanakan sebagai


Penolong Kanan Kokurikulum?

Cik : Untuk Kokurikulum, tugas saya yang utama ialah saya mesti
Norhazalina laksanakan aktiviti wajib setiap tahun. Merentas desa. Kemudian
Binti Hashim program kemerdekaan. Kemudian Sukan Tahunan dan
perkhemahan. Yang wajib untuk KOKO tu Unit Beruniform, Sukan,
Persatuan, Kelab Permainan. Ha itu memang ada dalam aktiviti. Tapi
program besar dia memang empat tadi tu lah. Merentas desa awal

23
tahun. Kemudian Sukan Tahunan. Bulan 8, Kemerdekaan, Kemudian
hujung tahun Perkhemahan. Ha yang tu mesti wajib mesti ada.
Kamlesh : Sepanjang Cik berkhidmat kerjaya sebagai seorang guru, apakah
pendapat Cik tentang isu diskriminasi jantina dalam pentadbiran?

Cik : Tak sepatutnyalah berlaku. Kalau bagi saya tu memang tak


Norhazalina sepatutnya lah diskriminasi pentadbiran untuk jantina sebab bagi
Binti Hashim saya semua layak untuk memimpin, semua layak untuk dan boleh
bekerjasama. Saya harap macam tulah dan tak sepatutnya adalah.

Kamlesh : Di sekolah ini, semua pentadbirnya ialah perempuan. Adakah dari


sekolah lain yang kata mengapa semua pentadbir sekolah ini
peremCik dan tiada lelaki?

Cik : Oh kalau ikutkan dia tengok pada kekosongan. Kadang-kadang kita


Norhazalina kebetulan kekosongannya diisi oleh peremCik dan bukannya kita
Binti Hashim yang tentukan sebab bersara ganti baru. Kemungkinan yang masuk
tu lelaki. Hari tu lelaki kemudian dia dah pindah. Kebetulan
perempuan. Tengok eh peremCik semuanyakan. Sebab sebelum ni
daripada tahun berapa sekolah ni memang lelaki guru besarnya.
Penolong Kanan Pentadbiran pun lelaki. Jadi bila dah bersara,
kebetulan terus perempuan. Sebenarnya tak adalah istilah
diskriminasi tuh.

Kamlesh : Sepanjang perkhidmatan puan, adakah Cik pernah berhadapan


dengan murid yang bermasalah disiplin? Terutamanya dalam
pengurusan kokurikulum jika ada.

Cik : Buat masa ini tidak ada. Yang masalah kecil-kecil tentang kehadiran
Norhazalina macam tu je. Kalau kebiasaannya, murid lebih suka kokurikulum
Binti Hashim sebab dia apa orang kata untuk enjoy budak kan.

Kamlesh : Kalau bukan dalam kokurikulum? Sekolah lainkah, pernahkah Cik


berhadapan dengan masalah disiplin?

Cik : Macam masalah disiplin biasa tak ada sangat. Yang ada biasalah.

24
Norhazalina Macam lawankan, bergaduh. Itu biasanya kita boleh handlelah kan.
Binti Hashim Yang kecil-kecil tu. Sebab kita diperingkat sekolah rendah kita boleh
handle. Peringkat sekolah rendah ini macam murid pun dia lebih
menghormati kita. Dia tak da sangat. Kiranya, masalah besar tu
takda sangatlah di sini. Yang kecil-kecil tu biasalah.

Kamlesh : Jadi selalunya jika pelajar tu bergaduh, apa pendekatan Cik untuk
menyelesaikan masalah tersebut?

Cik : Kalau bagi saya, bila dia bergaduh, kita cuba leraikan. Kita tanya apa
Norhazalina masalah dia dan apa masalah kedua-dua pihak. Apa yang
Binti Hashim menyebabkan dia bergaduh.

Kamlesh : Maksudnya, Cik tidak terus marahlah kan? Cik tanya dulu?

Cik : Ya takda. Kita tak boleh marah teruskan. Kita tak tahu apa sebab dia
Norhazalina kan. Sebab kadang-kadang benda kecil je. Ejek bapa, ejek nama. Itu
Binti Hashim ja yang jadi sebab. Sini kalau kelas hujung majoriti dalam kelas tu
ramai murid India. Macam saya pun ajar Moral. Bila dia dalam satu
group dalam satu kumpulan, dia lawan cakap. Ha itu yang jadi dia
gaduh. Jadi kita terpaksa tenangkan dia dulu. Sebab dia bukannya
masalah besar. Masalah ejek-ejek tu ja yang jadi kes itu.

Kamlesh : Jadi saya akan bagi Cik satu situasi, dan Cik bagitahu apa yang Cik
akan buat berdasarkan reaksi tersebut.

Program 1Murid 1Sukan akan diadakan. Oleh sebab itu, setiap murid
wajib memakai baju sukan sekolah. Namun, terdapat seorang murid
yang tidak mampu untuk membeli baju tersebut. Apakah tindakan
yang Cik akan ambil?

Cik : Saya akan siasat latar belakang dia. Kalau katakan dia tidak mampu
Norhazalina sebab memang saya sekarang membekalkan dan menyediakan baju
Binti Hashim sukan sekolah. Saya jual buat masa ini. Cikgu-cikgu ambil tempahan
dari saya. Jadi kita tengoklah kemamCik murid. Kadang-kadang
kebanyakannya, guru kelas yang membeli untuk yang tidak mampu.
Jadi yang mana kata bermasalah macam tu, insyaallah saya akan

25
bantu. Kita tengok. Kadang-kadang ada yang terlampau susahkan,
ada yang murid pakaiannya teruk sangat. Jadi, ada cikgu kelas yang
memang bagi. Macam yuranpun guru kelas yang tolong bayar. Itu
yang berterima kasih sangat dengan cikgu-cikgu sekolah ini yang
mana dia kesan mana murid yang tak mampu, dia akan bayar dulu.
Jadi baju sukan pun saya akan memang ada stok. Sentiasa ada stok
lebihlah. Kita akan bagilah. Setakat harga tu kan kita boleh. Kalau
biasanya yang macam tu tidak ramai. Seorang dua sahaja. Kalau
program 1Murid 1Sukan, kita buat dan kita bagi seragamkan. Itu lebih
cantik.

Kamlesh : Baju sukan sekolah baru diperkenalkan atau sudah lama?

Cik : Sudah lama Cuma tahun ini kita pakai pattern baru. Mula tahun lepas
Norhazalina 2016 dan kita teruskan tahun 2017.
Binti Hashim

Kamlesh : Bagaimana pula dengan rakan sekerja? Adakah hubungan dengan


rakan sekerja sentiasa positif ataupun pernah berlaku salah faham?
Kalau ada salah faham, bagaimana Cik mengatasi masalah tersebut.

Cik : Buat masa ini sebab saya pun baru masuk 2 tahun. Hubungan baik
Norhazalina lagi. Tak da masalah dan kita selalu sama-sama bertukar-tukar
Binti Hashim pendapatlah. Kita selalu ada makan-makan. Selalu bersamalah. Buat
masa ini tak adalah macam bermasam muka ka apa. Maknanya
sentiasa positiflah. Kita bertukar-tukar pendapat.

Kamlesh : Jika berlaku percanggahan idea atau pendapat dengan rakan


sejawat, adalah ia mempengaruhi hubungan Cik dengannya pada
masa hadapan?

Cik : Kita berbincang sebab kita ada mesyuarat pengurusan antara


Norhazalina pentadbir, ada mesyuarat pengurusan antara guru pun ada taklimat-
Binti Hashim taklimat, mesyuarat, jadi kita berbincanglah. Masalah akan
diselesaikan semasa mesyuarat dan kita sama-sama mengambil
keputusan lah. Masalah itu nanti tidak akan mempengaruhi masa

26
depan. Dan buat masa ini tak ada masalah lagi lah. Okay lagi lah.

Kamlesh : Apakah hasrat yang ingin Cik kecapi sepanjang dalam tempoh
perkhidmatan ini?
Cik : Hasrat saya memang besar sangat. Kalau ikut saya, saya nak
Norhazalina bangunkan unit saya, unit Kokurikulum. Kemudian nak bantu sekolah,
Binti Hashim nak ceriakan lagi sekolah. Kemudian nak tarik minat. Pelajar
sekarangpun KOKO kita buat sebelum ini hari sabtu, tapi kita dah
ubah pada hari Rabu. Kita nak bagi murid tu 100% kehadiran. Macam
tu. Kalau boleh saya buat aktiviti tu pun nak bagi murid tu seronok.
Maknanya sekarang pun kalau boleh kita nak bagi cari tempat yang
menarik. Sekarang pun saya tanamkan, saya bagi cikgu dulu
semangat. Supaya dia lebih banyak bagi murid aktiviti yang bagi
minat murid untuk aktiviti KO. Sama ada sukan ka, kelab dan
pesatuan ka, unit beruniform ka, bagi murid tu lebih seronok. Bagi dia
tak nak lah kata “oh hari ini ada KOKO”. Kita taknak macam tu. Kalau
boleh dia menunggu hari Rabu.

Kamlesh : Maksudnya Cik lah yang menggantikan masa Kokurikulum itu dari
hari Sabtu ke hari Rabu?

Cik : Ini cadangan bersama pentadbirlah dan dilaksanakan supaya dapat


Norhazalina kehadiran 100%. Insyaallah sebab kita ikut kehadiran sekolahkan.
Binti Hashim Memang hari rabu pihak pentadbiran dah buat keputusan untuk
masukkan dalam jadual. Maknanya 7.30 am sampai 8.30 am, satu
jam. Jadi kehadiran murid macam biasa pergi sekolah. Tapi kita
mulakan dengan KOKO satu jam dan penambahbaikan ini berjaya,
insyaallah buat masa ini nampak berjaya. Seronoklah nampak.

Kamlesh : Okay itu sahaja. Terima kasih Puan.

Cik : Sama-sama.
Norhazalina
Binti Hashim

27
11.0 Rujukan

Abdullah, A. G., Aziz, A. R. A., & Ahmad, M. Z. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam
Pendidikan. PTS Professional.

Alhabhi, S. O., & Hakim, H. (2010). Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan
kebangsaan. Kertas kerja.

.Nia,m. (2015). Pusat sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar dipetik March 1, 2018,
dari
https://pusatsumberskbangsar.blogspot.my/2013/06/pameran-sains-dan-matematik-di-
pusat.html

Jemain, H. (2014). Kertas Kerja Penubuhan Persatuan dipetik March 1, 2018,


dari
https://www.slideshare.net/hafizjemain/kertas-kerja-penubuhan-kelab-memanah-2

Sang,M.S, (2009). Perancangan strategik sekolah. PTS Professional


Publishing Sdn Bhd.

28

You might also like