You are on page 1of 3

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

(EDUP3063)

Soalan Tutorial (Tajuk 1)

1. Apakah perbezaan pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk
dan proses. Berikan contoh yang sesuai. Gunakan Peta Pemikiran i-THINK.

Soalan Tutorial (Tajuk 2)

2. Jelaskan tujuan pentaksiran di bilik darjah. Berdasarkan contoh yang sesuai, bezakan
antara pentaksiran tentang pembelajaran, pentaksiran untuk pembelajaran dan
pentaksiran sebagai pembelajaran. Gunakan Peta Pemikiran i-THINK.

Soalan Tutorial (Tajuk 3)

3. Catatkan lima ciri pentaksiran dan terangkan setiap satunya dengan memberi contoh
yang sesuaI. Gunakan Peta Pemikiran i-THINK.

Soalan Tutorial (Tajuk 4)

4. Bezakan jenis-jenis ujian. Jelaskan kelebihan dan kekurangan Ujian Objektif dan
Ujian Subjektif. Terangkan jenis-jenis Ujian Objektif, iaitu Item Pilihan Jawapan Bebas
dan Item Pilihan Jawapan Tetap. Berikan contoh-contoh yang sesuai. Buat dalam
bentuk power point (ppt).

Soalan Tutorial (Tajuk 4)

5. Huraikan jenis-jenis pentaksiran autentik. Bincangkan sejauh manakah pentaksiran


autentik digunakan dalam sistem persekolahan di Malaysia?

Soalan Tutorial (Tajuk 5)

6. Terangkan konsep merungkai standard dan konsep penjajaran konstruktif. Jelaskan


perbezaan proses merungkai standard dan proses penjajaran konstruktif dengan
memberi contoh-contoh yang relevan.
Soalan Tutorial (Tajuk 6)

7. Huraikan peringkat/prosedur pembinaan ujian. Jelaskan elemen-elemen penting


dalam pembinaaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

Soalan Tutorial (Tajuk 6)

8. Berdasarkan RMK Pentaksiran dalam Pendidikan, rancang dan sediakan Jadual


Spesifikasi Ujian (JSU) dengan menggunakan templat yang di beri. Berikan justifikasi
JSU yang telah disediakan.

Soalan Tutorial (Tajuk 6)

9. Banding bezakan Taksonomi Pembelajaran domain kognitif, domain afektif dan


domain psikomotor. Berikan contoh soalan KBAT setiap satu domain.

Soalan Tutorial (Tajuk 6)

10. Jelaskan panduan pembinaan item ujian objektif dan subjektif. Berikan contoh yang
relevan.

Soalan Tutorial (Tajuk 7)

11. Banding bezakan jenis penskoran dan rubrik pemarkahan analitik dan holistik.
Berikan contoh yang relevan setiap satu.

Soalan Tutorial (Tajuk 8)

12. Berdasarkan buku Pentaksiran dalam Pendidikan, jawab soalan 1, soalan 2 dan
soalan 3 pada muka surat 142.

Soalan Tutorial (Tajuk 8)

13. Berdasarkan buku Pentaksiran dalam Pendidikan, jawab soalan 4 pada muka surat
143.

Soalan Tutorial (Tajuk 9)

14. Jelaskan tujuan pelaporan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
pelaporan.

Soalan Tutorial (Tajuk 9)

15. Sejauh manakah Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) membantu guru
melaporkan data kepada pihak berkepentingan.
Soalan Tutorial (Tajuk 10)

16. Penilaian alternatif semakin digunakan sebagai salah satu kaedah pentaksiran
berasaskan sekolah.

Bincangkan tahap penilaian alternatif yang boleh diaplikasikan dengan berkesan


dalam konteks pendidikan di Malaysia.

Soalan Tutorial (Tajuk 11)

17. Sejauh manakah pentaksiran autentik sesuai untuk diaplikasikan di dalam bilik
darjah di Malaysia. Jelaskan.

You might also like