You are on page 1of 7

BEKERJA DENGAN IBU BAPA DALAM

KEADAAN KHAS

• Disediakan oleh: Suzie Elyse Binti Aon


BEKERJASAMA DENGAN KELUARGA YANG
MENGALAMI PERUBAHAN AKIBAT
PENCERAIAN
BAGAIMANA GURU BEKERJASAMA DENGAN
KELUARGA YANG MENGALAMI PERUBAHAN
AKIBAT PENCERAIAN

• Tidak masuk campur urusan peribadi keluarga (punca bercerai dan


sebagainya).
• Tidak menghebohkan masalah penceraian yang dihadapi kepada orang
lain.
• Beri sokongan kepada murid yang mengalami penceraian dalam keluarga.
• Benarkan murid untuk meluahkan perasaan mereka.
• Cuba bersabar jika murid membuat perangai. Mereka mungkin berasa
sukar untuk memberitahu apa yang mereka rasai dan pada awal-awalnya
mungkin melepaskan perasaan mereka di dalam kelas.
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA YANG
MEMPUNYAI ANAK BERKEPERLUAN KHAS

• BERKOMUNIKASI. Keluarga dan sekolah perlu berkomunikasi


antara satu sama lain dalam pelbagai cara.
• Menghantar maklumat penting kepada ibu bapa tentang
aktiviti-aktiviti di sekolah.
• Guru juga perlu memberitahu ibu bapa tentang perkembangan
anak-anak berkeperluan khas dari semasa ke semasa.
• SUKARELAWAN. Penglibatan ibu bapa secara tidak langsung
semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah dan
persekitaran sekolah. 
• PEMBELAJARAN DI RUMAH. Guru menggalakkan
pembelajaran di rumah dengan menyediakan ibu bapa
dengan maklumat tentang apa yang kanak-kanak
lakukan di dalam kelas dan bagaimana untuk membantu
mereka dengan kerja rumah.

• PEMBUAT KEPUTUSAN. Melibatkan ibu bapa dalam


membuat keputusan termasuk peranan kepimpinan yang
melibatkan menyebarkan maklumat kepada ibu bapa
lain.
BEKERJASAMA DENGAN KELUARGA
APABILA BERLAKU PENDERAAN

• Mengenalpasti murid bermasalah, keluarga yang menghadapi


tekanan jiwa dan keluarga berisiko tinggi adalah perlu.
• Guru perlu tampil membuat laporan kepada pihak-pihak
berkaitan sekiranya mendapati murid mereka menjadi
mangsa dera di rumah.
• Memberi sokongan tambahan dan sokongan dalam kehidupan
yang lebih sempurna seperti keibubapaan, tempat asuhan
kanak-kanak dalam krisis dan rawatan perubatan yang
secukupnya.
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA YANG
MEMPUNYAI BAYI
• Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang
sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak
langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di taska.
• Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program atau
aktiviti di sekolah dan memaklumkan berkenaan dengan kemajuan
kanak-kanak melalui proses komunikasi yang berkesan.
• Sekolah membekalkan idea kepada ibu bapa untuk membantu
anak-anak mereka dalam aktiviti pembelajaran di rumah.

You might also like