You are on page 1of 17

BAB 3

PENGLIBATAN IBU
BAPA
BAB 3

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

3.0 Pengenalan 2

3.1 Model Penglibatan Ibu Bapa

3.1.2 Model Hoover-Dempsey & Sandler 4-6

3.1.2 Model Penglibatan Ibu Bapa Epstein 7-9

3.2 Jenis penglibatan ibu bapa 11-13

3.3 Cadangan aktiviti 13-16

Aktiviti Pembelajaran 16

Rujukan 16

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 1


BAB 3

3.0 PENGENALAN

Kajian demi kajian telah membuktikan kesan penglibatan ibu bapa terhadap kejayaan
pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang
dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools (2002),
yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan
bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan
kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status,
bangsa, latar belakang pendidikan dan umur. Jika disenaraikan kesemua kajian yang telah
dilakukan samaada di dalam atau luar negara, jumlahnya sudah tentu melebihi daripada
angka 51, namun keputusannya adalah sama iaitu penglibatan ibu bapa memberi impak
positif kepada pendidikan anak.

Penglibatan ibu bapa merupakan aspek


penting dalam pendidikan anak bermula
dari prasekolah sehinggalah ke peringkat
yang lebih tinggi. Ibu bapa adalah orang
yang pertama mendidik anak-anak
sebelum mereka memasuki alam
persekolahan. Oleh itu adalah wajar jika
ibu bapa meneruskan penglibatan
mereka untuk sama-sama mendidik
anak-anak di prasekolah. Penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan mempunyai
kesan yang positif kepada anak-anak.
Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah
tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.

Penglibatan ibu bapa bermaksud mengambil bahagian dalam aktiviti di taska atau tadika
samada dalam bentuk sumbangan tenaga, kepakaran dan sumber lain yang dapat
membantu membangunkan perkembangan kanak-kanak. Dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan yang diperkenalkan pada 2010 turut dinyatakan bahawa
penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah digalakkan kerana ia adalah elemen
penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa,
penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara
berterusan ke arah melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 2


BAB 3

KEBAIKAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KELUARGA DALAM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

•Kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa


yang berbeza iaitu peranan sebagai guru.
•Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal
jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan
KEBAIKAN KEPADA sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana
KANAK-KANAK ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan.
•Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada
orang dewasa ketika menjalankan aktiviti
kumpulan dimana nisbah kanak-kanak
berbanding orang dewasa adalah kecil.

•Ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di


prasekolah.
•Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau
kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku
anak-anak.
•Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah,
KEBAIKAN KEPADA sedang dan akan diajar kepada anak mereka
IBUBAPA/KELUARGA selama berada di sekolah.
•Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti
yang dipelajari oleh anak-anak.
•Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan
ataupun aktiviti rangsangan.
•Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi
masalah dengan guru.

•Guru mendapat buah fikiran dan maklum balas


secara terus daripada ibu bapa apabila hendak
menjalankan aktiviti.
•Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal
KEBAIKAN KEPADA jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-
GURU anak.
•Guru boleh menjadi penghubung antara ibu bapa
dan sekolah

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 3


BAB 3

3.1 MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

3.1.1 Model Hoover-Dempsey dan Sandler

Model penglibatan ibu bapa Hoover terdiri daripada beberapa aras dan memberi penekanan
kepada aspek psikologi dan konteks penglibatan ibu bapa sendiri. Menurut model ini, ibu
bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak kerana mereka harus menyuburkan
pembentukan peranan keibubapaan. Ini termasuklah penglibatan dalam pendidikan kerana
mereka mempunyai keupayaan secara positif, merasa untuk membantu anak-anak berjaya
di sekolah, galakan dan peluang untuk melibatkan diri daripada anak dan sekolah anak-
anak mereka. Model ini mencadangkan ibu bapa membuat keputusan yang paling asas bagi
melibatkan diri dan memilih aktiviti yang sesuai untuk terlibat. Merujuk kepada model ini, jika
aras paling tinggi adalah pencapaian anak-anak, aras paling bawah pula bermula dari
penglibatan ibu bapa sendiri. Tiga faktor kritikal telah dikenal pasti dalam model ini.

Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan


tentang keperluan penglibatan dalam pendidikan anak-
anak mereka.

Efikasi kendiri ibu bapa. mereka mempunyai


pengetahuan dan kemahiran.

Sikap terbuka sekolah terhadap ibu bapa

Pembinaan peranan

Efikasi ibu bapa Penglibatan Ibu Bapa


PENCAPAIAN

Keterbukaan sekolah

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 4


BAB 3

Menurut Hoover-Dempsey dan Sandler (1997) dalam model penglibatan ibu bapa ini,
keputusan yang diambil oleh ibu bapa dipengaruhi oleh bagaimana mereka membina
peranan mereka sebagai ibu bapa dan efikasi kendiri yang wujud dalam diri mereka sebagai
ibu bapa. Secara asasnya ibu bapa perlu mempunyai efikasi kendiri yang baik untuk
penglibatan yang aktif di sekolah demi pencapaian dan kejayaan anak-anak mereka.
Banyak kajian telah mengkaji efikasi kendiri ibu bapa dalam kemahiran keibubapaan
menunjukkan ibu bapa yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi bersikap lebih optimistik,
autoritatif dan konsisten dalam interaksi dengan anak berbanding dengan ibu bapa yang
efikasi kendirinya rendah. Hal ini memberi implikasi yang positif terhadap pencapaian anak
mereka memandangkan individu dengan efikasi yang tinggi tidak mudah mengalah dan tidak
mengalami tekanan berbanding dengan mereka yang kurang efikasi kendiri. Pembinaan
peranan ibu bapa ini dipengaruhi oleh jangkaan ibu bapa itu sendiri dan persekitaran
mereka seperti ahli keluarga, rakan dan individu di sekolah. Hal yang demikian ini sesuai
dengan definisi penglibatan ibu bapa dalam konsep model ini iaitu merujuk kepada aktiviti
yang dianggap oleh ibu bapa penting dan sesuai dengan tindakan yang diambil untuk anak-
anak mereka (Hoover-Dempsey & Sandler, 1995).

Dalam konteks sekolah itu sendiri, jika kebersamaan dengan komuniti wujud, peranan ibu
bapa sentiasa dianggap penting kerana tindakan yang diambil oleh ibu bapa secara positif
boleh membantu proses pendidikan. Merujuk kepada model tersebut, penglibatan ibu bapa
bukan sahaja tunggak utama kepada proses kejayaan anak-anak malah kepercayaan
mereka terhadap kebersamaan juga tidak kurang pentingnya. Di sekolah, penglibatan
sebenar ibu bapa boleh berlaku apabila mereka bertindak berdasarkan kepercayaan
bahawa aktiviti pendidikan merupakan salah satu aspek tanggungjawab mereka dalam
meningkatkan pencapaian anak mereka.

Efikasi kendiri ataupun kecekapan kendiri adalah merujuk kepada sejauhmana


individu-individu memilih keyakinan terhadap kemampuan dirinya dalam mencapai
satu-satu matlamat. Merupakan penilaian terhadap kebolehan untuk mengorganisasi
dan menyempurnakan urutan persembahan tingkah laku yang diperlukan untuk
memperoleh matlamat yang dituju.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 5


BAB 3

Paras 5

Pencapaian pelajar

Paras 4

Ciri-ciri yang dipunyai pelajar bagi mencapai kejayaan

Efikasi kendiri - Motivasi Intrinsik untuk Penggunaan peraturan Efikasi kendiri sosial
Akademik belajar kendiri guru

Paras 3

Mediated by Child Perception of Parent Mechanisms

Galakan Permodelan Pengukuhan Arahan

Paras 2

Mekanisme penglibatan ibu bapa

Galakan Permodelan Pengukuhan Arahan

Bentuk penglibatan ibu bapa

Nilai, matlamat, Penglibatan di Komunikasi dengan


Penglibatan di sekolah
dll rumah sekolah

Paras 1

Motivasi diri Jemputan Konteks kehidupan

Efikasi
Pembinaan Jemputan Jemputan Jemputan
kendiri Pengetahuan Masa & Budaya
peranan ibu umum spesifik kanak-
ibu & Kemahiran Tenaga Keluarga
bapa sekolah sekolah kanak
bapa

Model Hoover-Dempsey dan H.M Sandler (2005)

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 6


BAB 3

3.1.2 Model Penglibatan Epstein

Epstein (2002) mencadangkan 6 jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein menghuraikan
kerjasama yang perlu wujud di antara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis
penglibatan tersebut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatu kerangka untuk
menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesional pendidikan awal kanak-
kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein ialah :

Keibubapaan

Membuat
Komunikasi
keputusan

Pembelajaran Sukarelawan
di rumah

Membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaan dan


Keibubapaan
memahami perkembangan kanak-kanak.

Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga dengan
menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada tentang kemahiran keibubapaan, memberi
maklumat tentang perkembangan psikologi anak-anak serta membantu menyediakan
suasana yang dapat memudahkan anak-anak belajar dengan lebih baik di rumah.
Penglibatan jenis ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah memahami
latar belakang keluarga dan budaya pelajar berkenaan.

Mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan di antara


Komunikasi
sekolah dan keluarga.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 7


BAB 3

Dalam penglibatan ini, pihak sekolah akan berusaha berkomunikasi secara berkesan
dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media dalam
usaha untuk membantu pembelajaran pelajar. Misalnya pihak
sekolah boleh menggunakan media sosial seperti facebook,
tweeter dan seumpamanya bagi menerangkan atau
memaklumkan program-program yang dilaksanakan di
sekolah ataupun guru menerangkan kepada pihak ibu bapa
tentang perkembangan prestasi semasa anak-anak mereka
semasa perjumpaan ibu bapa dengan guru. Selain itu, melalui
saluran tertentu, pihak ibu bapa juga boleh memberi maklumbalas terhadap perkara-perkara
tertentu kepada pihak sekolah.

Menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan


Kesukarelawanan
pelbagai cara.

Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang melibatkan ibu bapa di
sekolah sama ada sebagai sukarelawan, peserta ataupun sebagai penonton dalam mana-
mana aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam penganjuran
dan pelaksanaan sesuatu aktiviti secara tidak langsung akan menyumbang kepada
kejayaan pelajar. Misalnya aktiviti gotong royong mengecat bangunan sekolah, ibu bapa
membantu pelbagai penganjuran aktiviti pelajar di sekolah.

Pembelajaran di
Melibatkan keluarga menyokong aktiviti pembelajaran di rumah.
rumah

Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah dapat mendedahkan kepada ibu bapa tentang
pelbagai kaedah yang sesuai bagi membantu anak-anak mereka belajar atau
menyelesaikan kerja sekolah di rumah. Dalam hal ini, pihak ibu bapa juga dapat berkongsi
idea dengan pihak sekolah bagi menyediakan strategi yang sesuai bagi penambahbaikan
kerja rumah anak-anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan maklumat
tentang jenis-jenis kemahiran yang diperlukan untuk belajar di rumah.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 8


BAB 3

Membuat Melibatkan keluarga dalam pengurusan prasekolah dan


keputusan organisasi berkaitan.

Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dan pembuat keputusan
dalam beberapa aspek di sekolah. Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti,
mesyuarat PIBG, jawatankuasa bersama dalam program sekolah dan lain-lain.

Kolaborasi
dengan Menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.
masyarakat

Hubungan baik sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan
pihak jabatan kerajaan, swasta atau badan-badan lain dalam pelbagai program di sekolah.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan keluarga mereka tentang cara-cara
menjadi warganegara yang baik.

Sukarelawan
Keibubapaan

Komunikasi

Pembelajaran di rumah

Membuat keputusan
Kolaborasi dengan
masyarakat

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 9


BAB 3

3.2 JENIS PENGLIBATAN IBU BAPA

Menurut Carl Corter (2012), pensyarah di Universiti Toronto yang banyak menyumbang
kepada pembangunan pendidikan berasaskan sokongan keluarga terdapat 2 jenis
penglibatan ibu bapa iaitu;

Aktiviti di rumah
Aktiviti berasaskan
sekolah

Aktiviti di rumah bagi Carl Corter lebih kepada merangsang dan mengukuhkan aktiviti yang
telah dijalankan di bilik darjah. Ibu bapa yang menjangkakan bahawa mereka mengambil
tahu perkembangan anak dengan menghadkan masa anak mereka di depan skrin atau
memantau kerja rumah mereka adalah tidak memadai jika tidak menyertakan sekali EMPAT
tindakan berikut;

1. Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap anak.


Harapan dan jangkaan yang tidak melampaui batas yang diletakkan kepada anak dan
dimaklumkan kepada mereka akan menjadikan mereka lebih berusaha dan
kebarangkalian untuk mereka berjaya di sekolah adalah lebih tinggi dibandingkan
dengan ibu bapa yang tidak meletakkan sebarang jangkaan, harapan ataupun
memandang rendah keupayaan anak mereka. Ibu bapa yang beraspirasi tinggi akan
lebih bersedia untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak untuk berjaya dalam
pelajaran.

2. Berbual dengan anak mengenai perihal sekolah


Dalam kajian yang dijalankan oleh EQAO terhadap pelajar gred 6 hanya 38% pelajar
melaporkan mereka bercakap dengan ibu bapa setiap hari berkaitan dengan perihal
sekolah. Dicadangkan guru perlu menyediakan ’sesuatu’ agar kanak-kanak
berpeluang berbual dengan ibu bapa mereka berkenaan perihal sekolah seperti kerja
rumah, tugasan atau seumpamanya.
Contoh :
 Sediakan tugasan yang memerlukan kanak-kanak perlu bertanya daripada ibu bapa
mereka bagi mendapatkan jawapan.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 10


BAB 3

 Minta kanak-kanak menonton rancangan tertentu bersama ibu bapa dan bincangkan
mengenai program tersebut.

3. Membantu mengembangkan sikap dan tabiat yang positif


Pengaruh kritikal ibu bapa terhadap kejayaan anak di sekolah adalah bagaimana
mereka membentuk sikap dan keperibadian anak serta tabiat yang bagus dan
bukannya dengan hanya ’mengajar’ anak mereka ilmu akademik seperti membaca,
menulis dan mengira ataupun yang berkaitan dengan dunia akademik.

4. Membaca kepada atau bersama anak


Membaca kepada anak dan bersama anak di sini
bukan bertujuan untuk menjadikan mereka pandai
atau lancar membaca dalam usia awal, tetapi
membaca untuk keseronokan. Meluangkan masa
membaca bersama dapat mengeratkan hubungan
sedia ada.

3.2.1 JENIS PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN SEKOLAH

Penglibatan
Terus

Penglibatan
Penglibatan
Keluarga dan
Latihan
Sokongan

Penglibatan terus ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik


darjah secara sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan
menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Pihak pengurusan tadika dan
taska amat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan secara
sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu
bapa juga boleh membantu guru menyediakan bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru
di tadika. Kepakaran dan kemahiran ibu bapa dalam bidang kerjaya masing-masing juga

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 11


BAB 3

amat digalakkan untuk dikongsi bersama kanak-kanak. Contohnya Encik Ahmad yang
bekerja sebagai juruterbang datang ke tadika untuk berkongsi kisah kerjayanya bersama
kanak-kanak.

Penglibatan ibu bapa dalam program latihan adalah menjadikan ibu bapa sebagai guru
anak-anak mereka. Latihan adalah tertumpu kepada bidang disiplin kendiri, membantu anak
mempunyai tabiat belajar, kemahiran berkomunikasi dan bimbingan keibubapaan. Program
tersebut hendaklah dianjurkan oleh pihak pengurusan mengikut kelapangan ibu bapa tanpa
mengenakan sebarang bayaran. Kesan jangka panjang akan membantu perkembangan
kanak-kanak dan melicinkan pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak.

Penglibatan sumber keluarga dan sokongan merupakan program dan aktiviti yang
melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung. Program ini menyediakan bantuan
perkhidmatan bimbingan kepada ibu bapa seperti kaunseling pekerjaan dan latihan, klinik
kesihatan, pemulihan penderaan, sumber dan rujukan untuk perkhidmatan kemasyarakatan,
aktiviti sebelum dan selepas sekolah untuk ibu bapa yang bekerja. Dari segi sumber
keluarga, sumbangan sumber-sumber yang diperlukan dalam pembelajaran anak seperti
bahan terbuang dan seumpamanya adalah sangat membantu pihak guru dalam menjayakan
aktiviti pembelajaran.

3.3 CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN IBU BAPA

Perjumpaan Formal

Perjumpaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu peringkat awal,


pertengahan dan akhir. Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal
persekolahan. Guru perlu menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah,
kakitangan, kurikulum yang dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di
peringkat pertengahan, ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan
perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian secara berterusan
yang dijalankan oleh guru. Di peringkat akhir perjumpaan, aktiviti penyampaian
sijil dan sebagainya boleh diusahakan. PIBG merupakan contoh perjumpaan
formal yang telah lama dipraktikkan dalam system pendidikan di negara kita
bagi mewujudkan hubungan yang baik antara sekolah dan keluarga.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 12


BAB 3

Perjumpaan Tidak Formal

Menyertai perjumpaan tidak formal yang dianjurkan seperti;

 Jamuan makan
 Berkelah
 Sambutan hari lahir
 Bercuti bersama
 Berkhemah dan seumpamanya

Menganjur Seminar dan Bengkel Keibubapaan

Seminar yang dianjurkan ini berupaya memberi pendedahan dan ilmu


keibubapaan yang dapat mewujudakan hubungan yang lebih harmoni dalam
antara anak dan ibu bapa. Bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih
berkesan dengan anak-anak, memberi nasihat, menghadapi dilemma dan
konflik dalam keluarga, menangani tekanan dan pelbagai topik lain yang
berkaitan adalah sesuai dilaksanakan dengan menjemput kaunselor yang
berpengalaman.

Panggilan Telefon dan Emel

Ibu bapa ataupun guru boleh menghubungi melalui telefon ataupun emel untuk
berbincang, membuat penerangan aktiviti dan menceritakan perkembangan
anak-anak.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 13


BAB 3

Jemputan melawat pusat

Biasanya jemputan melawat ke prasekolah bertujuan menyesuaikan ibu bapa


kepada persekitaran prasekolah selain dapat beramah mesra dengan guru dan
kakitangan prasekolah. Ibu bapa juga dapat memerhatikan anak-anak mereka
belajar. Daripada pemerhatian ibu bapa dan guru ini, membolehkan mereka
berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul. Kaedah ini sesuai apabila
ibu bapa turut dijemput bagi menyertai lawatan.

Risalah, Majalah dan Bahan Bertulis

Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan bersama-sama menyediakan bahan


bertulis seperti risalah, majalah dan sebagainya. Kandungannya boleh
dipelbagaikan seperti:
i. Nama, alamat dan nombor telefon ibu bapa dan guru-guru
ii. Resipi kek
iii. Seni kata lagu
iv. Panduan memilih alat-alat permainan
v. Aktiviti mingguan, hasil karya dan sebagainya

Aktiviti ko-kurikulum

 Sukan
 Konsert
 Pertandingan – Drama, bercerita, mewarna,
kraftangan, melukis
 Pameran
 Hari Kanak-Kanak
 Hari Anugerah

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 14


BAB 3

Sesi perbincangan berdasarkan isu semasa

Antara contoh isu semasa yang boleh dibincangkan bersama;

Kos sara hidup

Pemakanan

Konflik

Penderaan Keselamatan anak

Mencari dana & bantuan kewangan

Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah mencari dana atau menambah sumber
kewangan sekolah bagi melancarkan sebarang aktiviti penganjuran yang
dirancang. Sesetengah ibu bapa mempunyai hubungan yang baik dengan
syarikat atau agensi tertentu, jadi mereka boleh mengambil peluang untuk
memohon dana tambahan.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 15


BAB 3

AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Banding bezakan Model Epstein dengan Model Hoover-Dempsey


dan H.M Sandler.

2. Bincangkan jenis-jenis penglibatan ibu bapa dengan sekolah.

3. Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh melibatkan ibu bapa di


sekolah.

RUJUKAN

Sejal Patel & Carl Corter (2012): Building capacity for parent involvement through school
based preschool services, Early Child Development and Care.

Hoover-Dempsey, K.V., & Sandler, H.M. (2005). Final Performance Report for OERI Grant #
R305T010673: The Social Context of Parental Involvement: A Path to Enhanced
Achievement.

School, Family, and Community Partnerships: Your Handbook for Action (2nd edition), Joyce
L. Epstein, M.G. Sanders, B.S. Simon, K.C. Salinas, N.R. Jansorn, and F.L. Voorhis, Corwin,
Thousand Oaks, CA, 2002.

ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah dan Komuniti 16

You might also like