You are on page 1of 3

Ulasan keseluruhan persamaan dan berbezaan di antara Program PERMATA di

Malaysia dengan Program Head Start di USA.


Setiap

negara

mempunyai

konsep tersendiri dalam melaksanakan program pembelajaran untuk kanak-kanak. Ini


kerana, setiap negara mempunyai persamaan dan perbezaan dari segi agama,budaya,
sosial dan persekitaran mereka. Oleh yang demikian, melalui Program PERMATA di
Malaysia dan Program Head Start di USA mempunyai persamaan dan perbezaan
masing-masing mengikut pekara-pekara tertentu. Antara persamaan yang dapat dilihat
antara Program PERMATA di Malaysia dan Program Head Start di USA ialah daripada
segi penglibatan ibu bapa. Ini kerana Program PERMATA di Malaysia telah mengambil
contoh sedikit daripada Program Head Start di USA walaupun tidak secara keseluruhan
mengikut kesesuaian negara masing-masing. Ibubapa diminta untuk datang ke sekolah
untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan
pengurusan sekolah. Contohnya, ibu bapa turut mengambil bahagian ketika sesi
pembelajaran kanak-kanak seperti bercerita, lukisan kreatif, menemani kanak ketika
waktu makan dan lain-lain. Ibu bapa akan bercerita kepada kanak-kanak dengan gaya
dan intonasi yang menarik untuk memastikan proses bercerita tersebut berjaya
disampaikan dengan berkesan.
Persamaan

seterusnya

ialah

daripada segi kesihatan. Kanak-kanak disediakan program kesihatan yang meliputi


pergigian dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak. Melalui pemeriksaan
kesihatan, lawatan daripada klinik kesihatan yang terdekat sekurang-kurangnya 2 kali
setahun untuk merekod tahap kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak yang kurang sihat
turut di nasihatkan untuk berehat di rumah bagi mempercepatkan proses penyembuhan
seperti deman, batuk, selesema dan lain-lain. Selain itu, mereka yang di serang
penyakit berjangkit seperti deman campak, selesema, penyakit kulit juga disarankan
untuk berehat di rumah terlebih dahulu sehingga sembuh kerana dikuatiri berjangkit
dengan kanak-kanak lain. Pemberian ubat cacing dan kutu juga diberikan secara
percuma seperti di PERMATA.

Persamaan

yang

seterusnya

ialah berkaitan dengan pemakanan. Ini kerana, kedua-dua program menekankan


kepada aspek penjagaan pemakanan dengar mengajar kanak-kanak menjaga
kesihatan diri. Kanak-kanak juga diajar berkaitan dengan makanan berkhasiat dan tidak
berkhasiat. Pendedahan awal memberi peluang kepada kanak-kanak tahu dan sedar
betapa pentingnya kesihatan diri. Selain itu, penjagaan gigi juga penting dengan
dibekalkan berus gigi untuk setiap kanak-kanak dan perlu memberus gigi setiap kali
mereka makan. Disamping itu, klinik gigi yang berhampiran juga akan mengadakan
lawatan secara berkala untuk memeriksa tahap kesihatan gigi kanak-kanak dengan
menyapu bat anti kerosakan gigi kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak yang
mempunyai masalah gigi yang teruk perlu dirujuk terus ke klinik gigi yang berhampiran
bagi mendapat rawatan gigi.
Pendidikan juga merupakan persamaan yang seterusnya kepada kanak-kanak.
Oleh itu, pendidikan diberikan mengikut standard kurikulum oleh setiap negara masingmasing. Oleh itu, kanak-kanak akan menerima pelbagai pengalaman individu yang
berbeza untuk memupuk perkembangan sosial, intelak, fizikal dan emosi. Persamaan
terakhir ialah berkaitan dengan perkhidmatan sosial iaitu memberi peluang kepada
keluarga untuk menampung keluarga semasa anaknya berada di sekolah. Hal ini dapat
meningkatkan kehidupan yang lebih berkualiti bersama keluarga dengan kadar
pendapatan yang cukup.
Oleh demikian selain persamaan terdapat juga perbezaan yang wujud di antara
program PERMATA di Malaysia dengan program Head Start di USA. Antaranya ialah,
daripada segi pertama ialah dapat dilihat melalui ratio pendidik iaitu PERMATA
membahagikan ratio pendidik mengikut tahap umur kanak-kanak manakala Head Start
menunjukkan jumlah ratio seorang pendidik seramai 10 orang kanak-kanak. Selain itu
juga, perbezaan daripada segi pengambilan kanak-kanak bagi PERMATA hanya
menerima kanak-kanak yang berwarganera Malaysia sahaja tidak kepada warga lain.
Ini berbeza dengan Program Head Start yang membolehkan semua warganegara
memasuki sekolah tetapi dengan syarat penduduk yang bukan warganegara mestilah

tinggal di USA melebihi 5 hingga 6 tahun.

Seterusnya, kanak-kanak di PERMATA

diambil daripada kanak-kanak yang sihat tubuh badan sahaja bukan mengalami
masalah penyakit kornik atau Kekerangan upaya yang berlainan dengan Head Start
yang hanya mengambil pelajar yang kurang upaya untuk didedahkan dengan
pembelajaran yang berguna. Melalui tahap umur juga menampakkan perbezaan
dengan kanak-kanak di PERMATA adalah bermula daripada 0 hingga 4 tahun manakala
program Head Start pula memulakan pengambilan had umur kanak-kanak bermula dari
3 hingga 6 tahun. Kedua-dua program mempunyai perbezaan yang ketara melalui
pengambilan kesihatan mental untuk turut diberi pendedahan berkaitan pembelajaran.
Di PERMATA, kanak-kanak yang normal sahaja di ambil dan sekiranya wujud masalah
ini menyebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah mental akan di rujuk kepada
pakar terlebih dahulu. Sekiranya, keputusan yang diterima adalah positif tindakan
susulan dengan memberhentikan serta merta atau di usahakan untuk masuk ke
sekolah pendidikan khas dengan syarat-syarat tertentu. Akhinya, dari segi syarat
pengambilan kanak-kanak bagi PERMATA, syarat utama pengambilan mestilah dari
keluarga yang berpendapatan rendah untuk memberi peluang kepada keluarga untuk
mencari penndapatan lebih. Haed Strat pula turut mengambil kanak-kanak terbiar di
luar untuk turut di dedahkan dengan ilmu pengetahuan untuk menjamin masa depan
mereka.

You might also like