You are on page 1of 10

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

MEI / 2020
MAY / 2020

HDPS 2103

KELUARGA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


FAMILY AND COMMUNITY IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

NO. MATRIKULASI : 921221025970002


NO. KAD PENGENALAN : 921221025970
NO. TELEFON : 019-5094085
E-MEL : aisyahalwani@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran Pulau Pinang


ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PENGENALAN 2-3

KEPENTINGAN PENGLIBATAN DAN PERANAN 4-5


KELUARGA & KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

KESIMPULAN 5-6

RUJUKAN 7

BAHAGIAN 2 8

1
PENGENALAN

Keluarga [kĕ-luar-ga] (Tulisan Jawi: ‫کل@@وارݢ‬, kognat bahasa Jawa: kulawarga)


ialah satu kumpulan  manusia  yang dihubungkan melalui  pertalian
darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal di suatu tempat di
bawah suatu atap dalam keadaan saling bergantungan Ia merupakan unit terkecil dalam
sesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang tua dan anak; orang tua tersebut
ada baik secara berpasangan (sebagai suami isteri) ataupun tunggal - sama ada kerana
kematian pasangan (duda atau janda) mahupun perceraian dengan pasangan tersebut.

Manakala definisi komuniti menurut kamus Bahasa Melayu bermaksud


keseluruhan orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, Negara dan sebagainya di
bawah satu pemerintahan

Teori biologi oleh Urie Brofenbrenner (1979) menyatakan bahawa keluarga


adalah guru pertama kepada anak-anak. kanak-kanak telah belajar tentang kehidupan
semasa tinggal bersama-sama keluarga iaitu sebelum mula bersekolah. Walau
bagaimanapun, disebabkan pengaruh persekitaran keluarga, kanak-kanak akan menemui
perbezaan antara pengalaman dalam keluarga dan pengalaman di sekolah. Walaupun
kanak-kanak memulakan pendidikan awal yang formal di pusat-pusat kanak-kanak
kemudian di tadika, keluarga akan sentiasa menjadi asas dalam perkembangan mereka.
Berdasarkan rasional ini, bolehlah kita mengatakan bahawa falsafah pendidikan kanak-
kanak adalah berasaskan keluarga.
Berdasarkan teori ini, Bronfenbrenner telah menetapkan lima ciri-ciri penting
yang perlu diambil kira. Kelima-lima ciri ini adalah sistem tetap dalam teori ekologi dan
merupakan satu keutamaan. Kelima-lima sistem ini adalah mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Sistem-sistem ini merupakan perkaitan atau
kesinambungan yang dikaitkan dengan persekitaran kanak-kanak dengan perhubungan
interaksi kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, teori ini merupakan kepercayaan berasaskan
kepada kajian mendalam yang mengaitkan hubungan kanak-kanak dengan persekitaran
mereka samaada dengan masyarakat, pengaruh alam sekitar, iklim, budaya dan bahasa,
kepercayaan dan lain-lain.

2
Penekanan teori ini adalah kepada keupayaan kanak-kanak dalam menyesuaikan
diri kepada persekitaran di samping dapat memanfaatkan kemahiran-kemahiran yang
lahir berasaskan kepada persekitaran setempat. Disebabkan itu, bronfenbrenner telah
membuat penegasan berdasarkan kepada cirri kanak-kanak, hubung kait dan kesan
kepada kanak-kanak itu sendiri. Berdasarkan kepada lima ciri yang terdapat dalam kajian
teori ini, masyarakat akan dapat melihat dengan jelas peranan-peranan yang dimainkan
oleh keluarga, rakan-rakan, kawasan kejiranan, masyarakat umum dan sebagainya.
Objektif tugasan saya ialah untuk membincangkan tentang kepentingan
penglibatan keluarga dan komuniti dalam peringkat awal kanak-kanak dan kaitanya
dengan teori Bronfenbrenner.

3
KEPENTINGAN PENGLIBATAN DAN PERANAN KELUARGA & KOMUNITI
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penglibatan ibubapa atau kolaborasi  ibubapa bermaksud ibubapa menjadi rakan


kongsi dalam asuhan dan didikan kanak-kanak. Ibubapa boleh melibatkan diri dalam
semua aspek yang melibatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak di sekolah
samada dari aspek perkembangan diri mahupun perkembangan pembelajaran kanak-
kanak.
Satu kajian yang dijalankan oleh Westat and Policy Studies Associates mendapati
kebaikan penglibatan ibubapa dalam pendidikan anak-anak boleh membantu peningkatan
pencapaian kanak-kanak dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Kepentingan
penglibatan ibubapa terhadap anak-anak mencakupi ruang lingkup yang sangat luas
skopnya. Apabila ibubapa melibatkan diri mereka dalam pendidikan anak, anak akan
merasakan diri mereka diperlukan. Ini akan membantu dan menaikkan motivasi anak
untuk mencapai kejayaan.
Penglibatan ibu bapa pastinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara
ibu bapa, anak-anak dan guru. Secara tidak langsung, program yang dianjurkan memberi
peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui dan memahami perkembangan anak mereka
di sekolah selain dapat beramah mesra dan mengenali pendidik anak mereka dengan lebih
rapat.
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah juga
membolehkan kanak-kanak dapat melihat peranan yang berbeza daripada ibu bapa.
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa terdapat empat peranan yang dimainkan oleh
ibu bapa yang dapat menyumbang kepada pembelajaran kanak-kanak iaitu ibu bapa
sebagai guru, ibu bapa sebagai penyokong, ibu bapa sebagai peguam dan ibu bapa
sebagai pembuat keputusan (Henderson & Bella, 1994). Ibu bapa yang selalu di lihat oleh
kanak-kanak di rumah adalah sebagai penjaga atau pengasuh untuk mereka bertukar
peranan menjadi guru apabila ibu bapa mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran mereka di prasekolah.
Ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah
juga akan lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh kanak-kanak.

4
Morrison (1995) menyatakan ibu bapa adalah orang yang menyediakan keperluan asas,
penjagaan dan kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk ajar, bimbingan dan
perlindungan kepada kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran
kanak-kanak prasekolah adalah sangat penting. Hal ini kerana penglibatan ibu bapa
bersama anak-anak akan dapat memudahkan ibu bapa dalam memahami konsep sebenar
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah di samping membimbing dan mendidik anak-
anak dalam pembelajaran.

5
KESIMPULAN

Mengikut bronfenbrenner, kepentingan keluarga terhadap kanak-kanak bukanlah


setakat memupuk tetapi penting untuk memenuhi keperluan psikologi seseorang kanak-
kanak. Kini, ada lebih ramai orang dewasa yang bekerja di luar rumah. Misalnya,
fleksibiliti waktu bekerja, lokasi pusat penjagaan kanak-kanak atau polisi bekerja yang
memberikan sokongan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Pendidikan awal kanak-kanak bertujuan membantu ibu bapa untuk membantu
perkembangan kanak-kanak secara holistik melalui pengalaman belajar yang bermakna
dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi merangsang otak kanak-
kanak (Essa, 1996). Dalam kajian, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada
pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Namun
begitu, kejayaan pendidikan awal kanak-kanak ini ditentukan oleh penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan awal kanak-kanak itu sendiri. Penglibatan ibu bapa penting bagi
membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak di samping memperkembangkan
keyakinan diri mereka dalam apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Ibu bapa
merupakan sokongan yang secara langsung memberikan kesan positif kepada
perkembangan kanak-kanak. Justeru, dalam kajian ini pengkaji menekankan pentingnya
penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti pembelajaran kanak-kanak sama ada di rumah
mahupun di prasekolah. Penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan awal kanak-kanak
akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika dengan menyumbang
tenaga dan berkongsi kebolehan masing-masing dalam program pendidikan awal kanak-
kanak.
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak secara tidak
langsung boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa
boleh menjadi pendidik di rumah melalui penglibatan diri mereka terhadap aktiviti
pembelajaran anak-anak. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang sering melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak seperti meluangkan masa membaca buku
cerita, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali potensi diri mereka
sendiri dan sebagainya sedikit sebanyak menjadikan kanak-kanak tersebut seorang yang
mempunyai jati diri dan keyakinan diri yang tinggi. Oleh itu, penglibatan ibu bapa

6
amatlah penting dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di
tadika atau taska. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan penglibatan ibu
bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan memberi kesedaran kepada ibu bapa
bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah sesuatu yang amat penting dan tidak boleh
di pandang remeh. Kanak-kanak berhak diberikan pendidikan dan seharusnya didedahkan
dengan pendidikan di awal usia. Kajian ini diharapkan memberi pendedahan kepada ibu
bapa bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak adalah
penting dan pendidikan awal kanak-kanak perlu diberikan pada peringkat awal dalam
membantu perkembangan mereka yang menyeluruh

(1,314 PP)

7
RUJUKAN / REFERENSI

1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga

2) http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=komuniti

3) https://www.slideshare.net/muhammadaniq/tesis-kak-laily-kawan

4) http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/14-

PAEZAH-ABD-HALIM.pdf

8
BAHAGIAN 2

https://www.youtube.com/watch?v=_X7dv7c57wg

You might also like