You are on page 1of 6

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ENAM/ FEB 2022

HBEC3903

TEKNOLOGI DAN ICT DALAM PENDIIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MATRIC NUMBER : 951231065084001

IDENTICAL CARD : 951231-06-5084

PHONE NUMBER : 011-29285141

E-MEL : zuainda@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KUANTAN


SOALAN 1
Berdasarkan pautan yang bertajuk “The Lions and the Mouse” di link
https://www.youtube.com/watch?v=CUfEZ6JjcTE menunjukkan kanak-kanak boleh
mempelajari sesuatu dengan menonton sebuah cerita atau melihat video yang memberi
pengajaran kepada mereka. Dalam era pasca moden yang makin berkembang, kanak-kanak
pada masa kini lebih jauh berkembang daripada kanak-kanak pada masa dahulu. Hal ini
demikian kerana peredaran masa yang berubah menjadikan teknologi semakin canggih.
Menurut (Unknown, 2015), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran kanak-kanak dapat meningkatkan keberkesanan P&P prasekolah. Ini
menunjukkan kanak-kanak mudah memahami pembelajaran melalui alat medium perantaraan
dalam pembelajaran harian mereka.

Melalui pautan yang ditunjukkan kanak-kanak dapat mempelajari beberapa nilai yang
ditonjolkan oleh watak animasi iaitu singa dan tikus. Antaranya, kanak-kanak dapat
mempelajari nilai kanak-kanak perlu berkolaborasi antara satu sama lain tanpa mengira saiz.
Hal ini demikian kerana tidak kira besar atau kecil sesorang itu, kita tidak boleh memandang
rendah kemampuan mereka. Sebagai contoh, dalam sebuah organisasi keluarga ibu bapa tidak
boleh memandang rendah kepada setiap anak mereka kerana setiap orang mempunyai
kemampuan mereka yang tersendiri. Justeru, kanak-kanak perlu didedahkan dengan sikap
tidak memandang rendah terhadap orang lain dari kecil lagi. Seterusnya, nilai yang boleh
dipelajari dalam video ini ialah tolong- menolong. Nilai tolong-menolong merupakan salah
satu nilai yang sering dipraktikkan dari dahulu kala lagi. Nilai ini juga dapat menonjolkan
keperibadian seseorang itu. Menurut , (Shuhud, 2012) melalui pertolongan yang diberikan
kepada orang lain sebenarnya dapat membantu diri kita sendiri. Justeru,sikap tolong-
menolong ini perlu dipupuk dalam kalangan kanak-kanak.

Selain itu, nilai yang dipelajari dalam video animasi The Lions and the Mouse adalah
mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita. Dalam video pautan
tersebut, singa mengucapkan ucapan terima kasih kepada tikus kerana membantunya keluar
daripada perangkap musuh. Ucapan terima kasih merupakan salah satu ucapan yang dapat
mengeratkan hubungan seseorang. Justeru kanak-kanak perlu dipratikkan dengan
mengucapkan ucapan terima kasih apabila mendapat sesuatu atau mendapat pertolongan
daripada orang lain. Akhirnya, nilai yang dipelajari dalam video animasi tersebut ialah jangan
memperlekehkan kawan-kawan yang dianggap tidak mempunyai kemampuan kerana mereka
akan menjadi kawan yang luar biasa tanpa kita sedari. Justeru kanak-kanak perlu diajar
dengan nilai-nilai yang bermanfaat sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari
rebungnya” jangan “sudah terhantuk baru tergadah”.

Berdasarkan video animasi tersebut, saya telah membuat beberapa penilaian terhadap
cara penyampaian dan jalan cerita yang disampaikan kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa
cadangan untuk meningkatkan lagi mutu kualiti dan penyampaian video animasi tersebut agar
memberi lebih banyak nilai kepada kanak-kanak. Pertama, jalan cerita yang berdurasi pendek
yang menyukarkan kanak-kanak untuk memahami nilai yang ingin disampaikan di dalam
cerita tersebut. Justeru, beberapa adegan watak perlu ditambah agar video animasi tersebut
lebih menarik dan dapat menyampaikan nilai mesej yang ingin diketengahkan dalam video
animasi tersebut. Di samping itu, video animasi juga boleh ditambah baikkan dengan
memberikan solan pilihan yang mudah kepada kanak-kanak agar mereka dapat memahami
dan mempelajari sesuatu melalui video animasi tersebut. Akhirnya, menambah beberapa
watak yang sesuai agar kanak-kanak tidak berasa bosan dengan watak yang berulang kali.

Akhirnya, penggunaan video animasi dalam pembelajaran kanak-kanak pada masa


kini merupakan salah satu pendedahan awal kepada mereka. Hal ini demikian kerana kanak-
kanak pada masa kini terdedah kepada gajet dan mereka sering menonton video animasi
seperti Upin dan Ipin, Omar dan Hana dan sebagainya. Justeru video animasi yang disiarkan
perlulah memberi pengajaran serta nilai yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak. Kanak-
kanak memperlajari sesuatu perkara daripada apa yang dilihat, dengar dan ditonjolkan oleh
orang yang berada di sekeliling mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
memastikan kanak-kanak didedahkan dengan video animasi yang mempunyai nilai yang
pertu diteladani agar mereka tidak terpesong dari segi akhlak dan sahsiah mereka.
References
Shuhud, C. (2012, July 7). Mari Belajar BAhasa Melayu Bersama. Retrieved from Tolong-menolong
amalan mulia: http://shuhudabdrahman.blogspot.com/2012/07/tolong-menolong-
amalanmulia-tolong.html

Unknown. (2015, May 11). Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Retrieved from Penggunaan ICT Dalam
Pendidikan Awal Kanak-Kanak: http://epalsalju.blogspot.com/2015/05/penggunaan-ict-
dalam-pendidikan-awal.html
PENGLIBATAN KELAS ATAS TALIAN

You might also like