You are on page 1of 5

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ENAM/ FEB 2022

HBEC4303

PERSEKITARAN FIZIKAL BERKUALITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MATRIC NUMBER : 951231065084001

IDENTICAL CARD : 951231-06-5084

PHONE NUMBER : 011-29285141

E-MEL : zuainda@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KUANTAN


BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN
Dalam era pasca moden kini,persekitaran merupakan salah satu aspek penting dalam
menentukan bagaimana kanak-kanak belajar dan bermain. Oleh itu dalam penyediaan
persekitaran yang memenuhi aspek yang penting perlu dipertimbangkan dari semasa ke
samasa. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tindak balas kanak-kanak terhadap persekitaran
yang dialami. Sepertimana orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan persekitaran yang
baik untuk menonjolkan minat dan keperluan mereka. Terdapat dua persekitaran yan perlu
dititikberatkan iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran sosial.

Persekitaran sosial merupakan kebolehan kanak-kanak berinteraksi dengan orang


yang berada disekeliling mereka. Menurut Sunarto dan Hartono (1999), persekitaran sosial
merupakan hubungan antara manusia yang saling bergantung antara satu sama lain. Semakin
dewasa seorang kanak-kanak , persekitaran sosial mereka akan menjadi kompleks. Dalam era
yang serba canggih, kita dapat lihat persekitaran sosial seseorang kanak-kanak menjadi
semakin kurang berinteraksi atau mahir berinteraksi. Kanak-kanak akan mencapai keyakinan
yang tinggi, cepat belajar dan banyak terlibat dalam satu aktivit jika terdedah dengan
persekitaran sosial yang positif. Ini menunjukkan persekitaran sosial yang positif membantu
perkembangan kanak-kanak dengan cepat dan memberi impak yang positif kepada kanak-
kanak.

Persekitaran fizikal merupakan salah satu aspek penting bagi ibu bapa dalam
membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak
atau taska. Hal ini demikian kerana ibu bapa perlu memastikan kemudahan yang disediakan
oleh pihak pusat jagaan mempunyai penyelenggaraan yang baik, persekitaran yang selesa dan
juga selamat untuk kanak-kanak dan pemantauan dari pihak yang berkenaan dari semasa ke
semasa. Setiap kemudahan yang disediakan mestilah bersesuaian dan mengikut susun atur
yang sesuai agar tidak menganggu perkembangan kanak-kanak.

Selain itu, persekitaran fizikal yang baik dan berkualiti merupakan elemen terpenting
dalam pembesaran kanak-kanak kerana kanak-kanak banayak menghabiskan masa mereka
berada di rumah atau pusat asuhan. Ruangan ini berfungi sebagai pusat pembelajaran kepada
kanak-kanak- Di samping itu juga, ruangan ini juga menjadi pusat permainan kepada mereka.
Persekitaran yang berkualiti dan positif mampu merangsang perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak dalam meneroka sesuatu perkara serta membenarkan mereka untuk
mengembangkan kemahiran berkomunikasi serta mencetuskan pelbagai perasaan bagi
menonjolkan perasaan mereka. Pengalaman yang dialami oleh seseorang kanak-kanak dapat
memberi kesan yang positif kepada mereka dalam perkembangan pembelajaran mereka.

2.0 CIRI-CIRI PERSEKITARAN FIZIKAL


2.1 PELAN LANTAI
Menurut (Hirch, 2019), pelan lantai merupakan lukisan garis dua dimensi (2D) sederhana
yang menunjukkkan struktur susun atur sesuatu bilik. Sebagai seorang guru, guru perlu
mengetahui keluasan bilik darjah agar guru dapat menyusun atur bilik darjah dengan
memaksimumkan penyusunan perabot di dalam bilik darjah dan peralatan yang sesuai dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan
selesa unuk kanak-kanak. Sebagai contoh, guru perlu memikirkan susun atur ruangan sudut
seperti ruangan membaca, ruangan belajar, ruangan bermain dan ruangan beristirahat untuk
kanak-kanak di Taska. Hal ini demikian kerana, ruangan yang disediakan perlu mengambil
kira hubungan sosial dalam kalangan kanak-kanak agar menghormati antara satu sama lain.

2.2 PENGUDARAAN, PENCAHAYAAN DAN KEBERSIHAN

Kebersihan merupakan salah satu aspek yang penting bagi persekitaran fizikal yang baik
untuk kanak-kanak di Taska. Hal ini demikian kerana kanak-kanak mudah dijangkiti oleh
penyakit jika tidak berada dalam persekitaran fizikal yang baik. Pengudaraan dan pencahayan
juga memainkan peranan yang penting dalam persekitaran fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak
memerlukan sistem perudaraan yang selesa agar mereka tidak mudah dijangkiti oleh sebranag
penyakit. Sebagai contoh, guru boleh memupuk amalan mejaga kebersihan dalam kalangan
kanak-kanak dan menjadikan amalan ii sebagai tanggungjawab mereka untuk melakukannya
setiap hari.

2.3 SUSUN ATUR PERABOT

Susun atur perabot merupakan salah satu elemen penting dalam persekitaran fizikal. Susun
atur perabot di dalam kelas seperti meja, kerusi almari mestilah bersesuaian mengikutpelan
lantai di dalam kelas. Susun atur perabot di dalam kelas mestilah tidak sempit dan
mengganggu ruang pembelajaran kanak-kanak. Susunan kerusi meja haruslah bersesuaian
dengan aktiviti berkumpulan dan bersesuaian dengam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan.

2.4 KECERIAN BILIK DARJAH

Kecerian bilik darjah juga merupakan salah satu persekitaran fizikal. Kecerian bilik darjah
dapat meningkatkan mood kanak-kanak untuk datang sekolah. Sebagai contoh, guru perlu
melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti menghias bilik darjah. Dengan ini, akanka-kanak akan
berasa dihargai dan semangat untuk datang ke sekolah. Selain itu, guru juga melakukan
aktiviti menghias kawasan luar bilik darjah bersama kanak-kanak.

3.0 KESIMPULAN

Intihannya, persekitaran fizikal merupakan elemen terpenting dalam perkembagan kanak-


kanak. Hal ini demikian kerana persekitaran fizikal yang positif dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran kanak-kanak. Justeru ibu bapa dan guru memainkan peranan
penting dalam penyediaan Taska yang mempunyai persekitaran fizikal yang baik. Menurut ,
Marland (1975) berpendapat, suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau
‘musuh’ dalam pengajaran. Susunan bilik darjah boleh memberi sumbangan dari segi
kawalan, pembelajaran, perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan murid serta
keseronokan bekerja bersama Ini menunjukkan susunan bilik darjah merupakan elemen
terpenting dalam penyediaan persekitaran fizikal yang berkualiti.
SOALAN 2

You might also like