You are on page 1of 16

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK

MAY 2023 SEMESTER

HBEC1903

PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN DAN PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Bahagian 1, Soalan 1 : (i) Pengenalan kepada 2


strategi
2 (ii) Strategi dan perbincangan 3-5

3 (iii) strategi dan teori perkembangan awal 5-7


kanak-kanak
4 Kesimpulan 8-9
5 Rujukan 10
5 Bahagian 11, soalan 1: (i) Pengenalan
11
6 Web pembelajaran bersepadu
12-14
7 Bahagian II : Penyertaan kelas Dalam Talian 15
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Pada awalnya konsep strategi didefinasikan sebagai suatu cara yang dilakukan
untuk mencapai tujuan. Pengertian strategi menurut para ahli yang dikemukan oleh
Freddy Rangkuti adalah alat untuk mendapatkan tujuan. Strategi merupakan
perkembangan konsep dimana ia ingin mencapai suatu tujuan. Strategi dapat
membantu guru merangsang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Dunia
pendidikan semakin mencabar dan kompleks. Sebarang perubahan dan perancangan
perlu bersifat mudah ubah. Perubahan yang berlaku secara berkesan dalam
memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan. Ajakan paradigma
bukan sahaja tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), bahkan
ianya memberikan cabaran kepada pendidik untuk mengukuhkan penstrkturan proses
penilaian PdP yang dilaksanakan. Pelbagai isu dan cabaran timbul dalam
melaksanakan tanggungjawab ini kerana penilaian yang dilaksanakan haruslah
relevan untuk memastikan domain yang ingin dicapai dapat ditafsirkan.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ialah


menekankan kemahiran bahasa. Malah, fokus utama proses pengajaran dan
pembelajarannya ialah berpusatkan kanak-kanak, menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain,
pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Developmentally
Appropriate Practices (DAP) menfokuskan penggnaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui pelbagai aktiviti
bersesuaian dengan umur, kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak. Antaranya ialah
aktiviti bermain, melakukan inkuiri, meneroka dan menyiasat, membuat eksperimen
dan membuat projek amat digalakkan dalam Developmentally Appropriate Practices
(DAP). Antara objektif tugasan adalah untuk membantu guru meningkatkan lagi
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

2
2.0 STRATEGI DAN PERBINCANGAN
Kurikulum melibatkan kedua-dua pengalaman yang dirancang dan tidak
dirancang wujud daripada nilai dan sikap yang dihasilkan guru dan pentadbir sekolah,
ibu bapa dan masyarakat. Dalam pergerakan prograsif, tokoh menyarankan bahawa
pengalaman yang aktif. Selain itu, peringkat prasekolah adalah masa terbaik dalam
proses perkembangan kanak-kanak dari segi mental, fizikal, sosial dan emosional.
Malah, kurikulum yang bersesuaian dengan kanak-kanak konkrit, releven dan
bersesuaian dengan keperluan dan tahap perkembangan kanak-kanak. Bermain juga
dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara
satu sama lain secara semula jadi.
Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih
berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain. Belajar melalui bermain adalah satu
pendekatan yang terancang dan berstruktur bago memberi peluang kepada murid
untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna.
Pendekatan ini diberi penekanan dalam pendidikan prasekolah kerana bermain
merupakan fitrah atay tingkah laku semulajadi kanak-kanak. Melalui proses bermain
mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara
langsung dan semulajadi. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal, sosial
emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ke tahap
yang maksimum. Selain itu, kaedah bermain sambil belajar menjadi kepentingan
kepada kanak-kanak kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak.
Kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam
keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka bahawa aktivti bermain
merangsang fizikal dan otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial,
emosi dan fizikal kanak-kanak. Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa seronok
belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam
pembelajaran. Maka dengan itu, tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin
baik lebih berkembang apabila belajar melalui bermain.
Dalam kurikulum prasekolah kebangsaan juga telah memberi penekanan terhadap
pendekatan bermain sambil belajar sebagai kunci pembelajaran, pengajaran dan

3
perkembangan asas kanak-kanak. Menurut Jeannette Harrison (1991) “preschool-age
children will want opportunities for cooperative small group play”. Kanak-kanak juga
perlu diberi peluang untuk berdikari dan membuat penilaian kendiri untuk keyakinan
terhadap diri sendiri. Di samping kanak-kanak boleh berinteraksi dengan rakan
sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Semasa proses
bermain mereka belajar komunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan
persekitaran melalui bermain. Maka, kanak-kanak mendapat pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran mendapat
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses menjadi lebih baik.
Walaupun begitu, masih ada segelintir ibu bapa malahan ada guru dan pengusaha
pusat pendidikan awal kanak-kanak menganggap kaedah bermain kurang penting dan
menekankan fokus kepada pencapaian akademik. Kesannya banyak program
pendidikan awal kanak-kanak menggunakan kaedah melatih tubi dan mengabaikan
aktiviti bermain dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa
dan guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta mengetahui cara
perkembangan kanak-kanak yang betul. Belajar melalui bermain menjadi fokus
kurikulum prasekolah di Malaysia. Kurikulum Smart Reader adalah antara kurikulum
yang menggunakan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kurikulum yang menggunakan metadologi mengajar pengajaran. Sebelum mengajar,
guru perlu menyediakan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar daripada
bahan-bahan kitar semula untuk dijadikan bahan aktiviti semasa pembelajaran
melalui bermain. Bahan bantu mengajar ini direka guru mengikut idea guru itu sendiri
dan objektif pengajaran dan pembelajaran berdasarkan silibus yang diberikan. Setiap
hari guru perlu mengemukakan idea baru dan mempelbagaikan aktiviti supaya
pembelajaran tidak membosankan. Bagaimana guru mengajar di kelas adalah
bergantung kepada daya kreatif itu sendiri. Selain itu, kanak-kanak didedahkan
dengan konsep makna dengan memahami maksud perkataan melalui objek dan
gambar. Setelah kanak-kanak dapat membaca dengan baik melalui kaedah fonetik,
penguasaan bahasa dan komunikasi kanak-kanak dikembangkan melalui aktiviti
bahasa seperti drama, main peranan dan lakonan.

4
Tokoh pendidikan awal kanak-kanak mengatakan pendidikan fizikal adalah
sebahagian daripada proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam
pelbagai situasi. Permainan motor dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan
motor halus kanak-kanak. Kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-otot
kasar dan halus kanak-kanak, dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran
motor halus melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti menggenggam,
mengoyak, menggunting, meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus
penting untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan
tugas-tugas harian. Contohnya, membutang baju, memegang pensel, mengikat tali
kasut dan sebagainya. Manakala, kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran
manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan
memanjat. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat gerakan otot-otot
kasar dan halus mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak menggunakan koordinasi
mata dan tangan mereka untuk mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan
pengawalannya berkaitan dengan kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa
pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot badan bekerja bersama.

3.0 STRATEGI DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


Aktviti bermain dapat dilihat sejak kanak-kanak masih bayi lagi, apabila bayi
mula bermain dan memanipulasi alat permainan. Pada peringkat sensori motor (0
hingga 2 tahun), bayi belajar melalui interaksi dengan benda benda di sekeliling dan
keupayaan kognitif mula berkembang. Selain itu, aktiviti bermain adalah penting
untuk perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak bermain dengan pelbagai cara
serta mereka dapat belajar tentang kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka
dengan efektif melalui bermain.

Berdasarkan, strategi yang dinyatakan, terdapat beberapa tokoh pendidikan awal


kanak-kanak seperti Froebel dan Maria Montessori yakin bahawa bermain adalah
penting untuk kanak-kanak. Frobel merupakan seorang tokoh pendidikan dari Jerman.
Beliau adalah seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa

5
Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang
dinamakan “kindergarden”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan
menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat
bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji
benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, “kindergarten” pula ialah taman
untuk kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang
terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”. Permainan konstruktif
berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu dengan memanipulasi persekitaran.
Froebel merujuk permainan konstruktif sebagai aktiviti yang melibatkan pergerakan
motor halus seperti menganyam, menggentel, melipat kertas dan menyulam.
Permainan seperti membina bangunan daripada blok, bermain pasir dan mencipta
bahan-bahan kraf merupakan permainan konstruktif. Permainan konstruktif memberi
peluang kanak-kanak belajar membuat sesuatu dan apabila kanak-kanak bermain
secara konstruktif, mereka belajar melakukan sesuatu tugas sehingga selesai. Bermain
secara konstruktif juga melibatkan kemahiran manipulatif. Kanak-kanak yang
memiliki kemahiran manipulatif berupaya memanipulatif idea, konsep dan pendapat.

Antara idea-idea Froebel ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan


kerindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat
dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi
dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar. Bilik perlulah dilengkapi dengan
kerusi, meja yang sesuai dengan kanak-kanak. Keadaan bilik tidak sempit kerana
akan menyusahkan perjalanan aktiviti. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan
pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai
bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat
mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan
bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan
mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu
pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau
peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan
kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan.

6
Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak
dan belajar melalui membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak
perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak.Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling
berkaitan antara satu sama lain.
Selain daripada Froble, Maria Montessori juga seorang tokoh yang berkeyakinan
tinggi bahwa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Frobel yang pernah
mengasaskan kindergarten berpandangan bahawa bermain adalah penting dalam
pembelajaran secara tidak langsung. Maria Montessori yang membangungkan
kurikulum berasaskan aktiviti dan berhak bermain dan belajar. Kanak-kanak
berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan
bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal, Pakar dalam bidang, perkembangan kanak-
kanak percaya bahawa bermain adalah cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari
konsep dan kemahiran yang kemudiannya akan digunakan untuk mempelajari
perkara-perkara baharu pada masa akan dating. Pakar dalam perkembangan kanak-
kanak yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif
mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa
seronok dan kreatif. Seterusnya, Maria Montessori pengasas program Montessori
percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui lima deria iaitu melihat, mendengar,
merasa dan menyentuh. Maria telah mereka bahan-bahan pembelajaran yang
berasaskan aktiviti dan melakukan pemerhatian bagaimana kanak-kanak bermain
dengan bahan-bahan ini. Hasilnya kurikulum Montessori menjadi sangat popular
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum High Scope yang diasaskan oleh
David P. Weikart mengatakan bahawa kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif
seharusnya belajar melalui aktiviti yang dirancang, dilaksana dan direfleksikan oleh
mereka sendiri. High Scope menggalakkan kanak-kanak belajar melalui penerokaan
dengan bermain. Maria Montessori pengasas program Montessori percaya bahawa
kanak-kanak belajar melalui lima deria iaitu melihat, mendengar, merasa dan
menyentuh. Maria telah mereka bahan-bahan pembelajaran yang berasaskan aktiviti
dan melakukan pemerhatian bagaimana kanak-kanak bermain dengan bahan-bahan

7
ini. Hasilnya kurikulum Montessori menjadi sangat popular dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Kurikulum High Scope yang diasaskan oleh David P. Weikart
mengatakan bahawa kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif seharusnya belajar
melalui aktiviti yang dirancang, dilaksana dan direfleksikan oleh mereka sendiri.
High Scope menggalakkan kanak-kanak belajar melalui penerokaan dengan bermain.

4.0 KESIMPULAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 memfokuskan
pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dan antara fokus utamanya ialah pembelajaran
melalui bermain. Aktiviti belajar melalui bermain, aktiviti belajar melalui bermain.
Aktiviti belajar melalui bermain amat disarankan sama ada didalam ataupun di luar bilik
darjah. Ruang bermain dan ruang penyimpanan dan penyusunan barang juga perlu
diambil kira agar dapat merangsangkan kanak-kanak untuk bermain. Guru haruslah
merancang pengajaran pengajaran harian dengan mengenal pasti objektif, bahan-bahan
aktiviti, pelaksanaan dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan melakukan
permainan seperti permainan air, permainan pasir, permainan tradisional yang melibatkan
kanak-kanak secara aktif, berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Selain dapat membantu kanak-kanak belajar membaca dalam keadaan yang
menyeronokkan, penggunaan aktiviti permainan dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran membaca dapat meningkatkan kemahiran bahasa melayu yang difokuskan
dalam tunjang komunikasi KSPK ialah kemahiran bahasa yang merangkumi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran membaca pula melibatkan
kemahiran mengenal huruf, mengenal vokal, mengenal kosonan, membaca suku kata,
membaca perkataan, membaca frasa, membaca ayat tunggal, membaca ayat dalam
konteks, memahami bahan bacaan, membaca buku dengan betul dan mengamalkan tabiat
membaca.
Guru bertanggungjawab sebagai penyampai ilmu dan berkesanan pengajaran
banyak bergantung kepada pengajarannya dalam apa yang dipelajari. Bagi memastikan
objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya, guru perlu kreatif dan kritis dalam
merancang, menguruskan dan bermakna kepada kanak-kanak. guru mestilah menjadi

8
tunjang utama dalam mendidik anak bangsa supaya dapat melahirkan individu yang
berguna dan terpelajar kepada agama, bangsa dan Negara dengan adanya individu yang
berdedikasi dan berilmu, sesebuah Negara dapat mengatasi masalah yang timbul dengan
mudah dan berkesan. Selain itu, ibu bapa juga turut memainkan peranan untuk mendidik
anak-anak supaya anak-anak dapat dibentuk dengan akhlak yang baik. Hal ini dapat
melahirkan generasi yang berakhlak dalam sesebuah Negara.

9
RUJUKAN
1) Berk, l. e. (2008). application of information processing to academic learning.
child development, 304-308. uk: allyn & bacon.
2) Jeannette Harrison (1991). Understanding Children:Towards Responsive
Relationships (2nd ed.). Australian Council for Educational Research Publishing.
3) Kementerian pelajaran malaysia 2010. Kurikulum standard prasekolah
kebangsaan. Putrajaya: bahagian pembangunan kurikulum.
4) Pembangunan Reka Bentuk Permainan Tradisional Sebagai Alat Bantuan
Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah, Universiti Teknologi MARA (UITM)
Cawangan Kedah, Fadila Binti Mohd Yusof & Mohd Rashidy Bin Samsudin.
5) Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza
Alias. (2009). Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal
Projek Penyelidikan UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

10
BAHAGIAN 2
5.0 PENGENALAN
Pendidikan adalah proses sepanjang hayat. Hakikat ini banyak digunakan oleh
golongan intelek dan kebanyakkan masyarakat oleh golongan intelek dan kebanyakkan
masyarakat dinegara-negara maju. Pendidikan formal dimulakan di peringkat kanak-
kanak berusia empat tahun kerana proses pembelajaran sudah bermula sejak lahir.
Masyarakat berpelajaran merupakan modal untuk memajukan negara ke arah menjadi
negara maju yang dinamik. Maka itu Falsafah Pendidikan Negara menjadi tema
perjuangan bermula dari peringkat prasekolah. Maka dengan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mewujudkan kelas-kelas prasekolah disekolah-sekolah rendah diseluruh
negara. Dalam sistem pendidikan pra sekolah terdapat tema tahunan yang disediakan
berasakan kepada kurikulum Standard Peasekolah Kebangsaan (KSPK). Ianya disediakan
sebagai panduan kepada guru-guru prasekolah kementerian dan swasta dalam mebuat
rancangan pengajaran harian prasekolah dalam pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan. Tema ini dihasilkan mengikut rekabentuk kurikulum berasaskan standard,
berbentuk modular dan meliputi enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan
nilai, sains dan teknologi, fizikal dan estetika, kemanusiaan dan keterampilan diri.
Pendidikan prasekolah ialah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun
dan bertujuan memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan, kreatid dan bermakna. Oleh itu, tema- tema ini juga dihasilkan
berdasarkan Amalan Bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP).
Perancangan aktiviti yang dihasilkan dalam buku ini adalah berpandukan kepada modul
asas dan modul bertema. Modul asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil. Pendidikan islam dan pendidikan Moral, matematik dan
permainan luar. Manakala pengajaran secara bertema menyepadukan kesemua tunjang
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

11
5.1 WEB

Tunjang Komunikasi
Bahasa Melayu
-Soal jawab dan teka teki buah-buahan. Tunjang fizikal dan estetika
-Nyanyian lagu buah-buahan. -Murid-murid menghiaskan
-pilih buah-buahan mengikut nama lembaran kerja yang
mengandungi gambar buah
Bahasa Inggeris buahan yang telah siap dihias
-Choose one child to hold a word and other spell it dengan menggunakan teknik
loud. kolaj.
-Write simple word in neat legible print. - Gunting bentuk buah-buahan
- Main boling kelapa
- Nyanyian dan menari guna
prop buah-buahan ikut muzik

Tunjang keterampilan diri


-Murid bermain peranan menghasilkan sebuah BUAH-
pasar dengan menjual buah-buahan. BUAHAN
- Adab makan buah-buahan bersama rakan Tunjang sains dan teknologi
- Simulasi jual beli -Mengira buah anggur dalam
- Bercerita pengalaman ke kebun buah-buahan bilangan 11-20 dan padankan
mengikut nombor yang betul
- Merasa tekstur buah-buahan
- Hidu dan rasa buah-buahan

Tunjang kemanusiaan
-Semangat kejiranan (bertukar juadah)
- Adab makan buah-buahan bersama rakan
-Semangat bekerjasama (kutip buah-buahan)
-Menanam biji benih

12
Tema tahunan prasekolah disediakan berasaskan kepada Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Ianya disediakan sebagai panduan kepada guru-guru
prasekolah kementerian dan swasta dalam membuat rancangan pengajaran harian
prasekolah dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Tema ini dihasilkan
mengikut rekabentuk kurikulum berasaskan standars, berbentuk modular dan meliputi
enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi, fizikal
dan estetika, kemanusiaan dan keterampilan diri. Pendidikan prasekolah ialah satu
program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6
tahun dalam jangka masa satu tahun dan bertujuan memperkembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Oleh itu, tema-tema ini juga
dihasilkan berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak.
Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas
dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini efektif kerana ianya menggabungkan
pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai
dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya, minat murid dan guru. Pendekatan
bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau
tema.

13
6.0 PERBINCANGAN SECARA DALAM TALIAN

14
15

You might also like