You are on page 1of 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KAQ 1033
Persekitaran dan pembelajaran responsif kanak-kanak

TUGASAN INDIVIDU
PENULISAN ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO.MATRIKS NO.TEL
Nur Athirah Hanim Binti Mohd Ruzki E20201026914 0194641716

PENSYARAH:
Dr. Seah Siok Peh
TARIKH SERAHAN:
14 November 2020
1.0 PENGENALAN

Persekitaran pembelajaran yang responsif perlu dititikberatkan apabila menceritakan tentang


penubuhan tadika atau taska. Hal ini dikatakan demikian kerana persekitaran pembelajaran yang
responsif merupakan elemen yang paling penting. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru tahun 1989,
persekitaran membawa maksud keadaan di sekeliling atau sesuatu keadaan yang menjadi seperti
latar belakang sesuatu keadaan. Menurut Roert M.Gagne di dalam buku Mok Soon San (2008),
pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Menurut Noriati A.Rashid et.al
(2009) pula, responsif bermaksud tindak balas reaksi terhadap sesuatu perkara. Jadi, persekitaran
pembelajaran yang responsif boleh dikatakan sebagai tempat murid iaitu kanak-kanak itu sendiri
dapat melibatkan diri dan mengambil bahagian serta menumpukan perhatiann dalam pelajaran.
Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat kanak-kanak untuk
terus belajar.

Persekitaran pembelajaran yang responsif ini amatlah penting untuk kanak-kanak di taska atau
tadika. Jadi, dalam penulisan ini telah dihuraikan tentang persekitaran pembelajaran yang responsif
di tadika. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan untuk
memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dengan perkembangan dunia semasa.
Berdasarkan laporan tahunan 2016 Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM), enrolmen
tadika telah menunjukkan peningkatan iaitu,85.6% bagi tadika kerajaan dan 51.9% bagi tadika
swasta (KPM 2017). Laporan juga mencatatkan bahawa bilangan kelas tadika telah bertambah
menjadikan keseluruhan jumlah kelas tadika sebanyak 49, 851 buah kelas. Bilangan tadika awam
bertambah sebanyak 125 buah, manakala bagi tadika swasta bertambah sebanyak 2,240 buah kelas.
Melalui laporan ini, jelas menunjukkan penubuhan tadika kerajaan mahupun swasta semakin
meningkat. Peningkatan bilangan tadika ini sangat memberangsangkan dan dapat mengelakkan
masalah keciciran murid dalam dunia pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, jumlah enrolmen prasekolah sebanyak 77%.
Namun, peningkatan bilangan tadika harus seiring dengan kualiti sistem pendidikan yang
disediakan. Tadika yang berkualiti akan mampu mendidik murid dengan berkesan. Kualiti boleh
ditafsirkan sebagai memenuhi sebarang keperluan dankehendak pelanggan (Lee Chun Yeow
2004). Kualiti tadika juga termasuk dalam aspek persekitaran pemebelajaran yang responsif di
tadika iaitu menekankan aspek susunan perabot, keselamatan, pengudaraan dan pengcahayaan,
dan ruang. Dalam penulisan ini, akan diterangkan kesemua aspek penting untuk persekitaran
responsif di tadika.

2.0 RUANG-RUANG YANG TERDAPAT DI TADIKA


2.1 PENERANGAN SETIAP RUANG DI TADIKA

Menurut Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550, premis tadika mestilah menepati beberapa aspek
iaitu aspek fizikal, lokasi, keselamatan dan kesihatan. Dari aspek lokasi, Pihak Berkuasa Tempatan
akan meluluskan sekiranya lokasi tersebut selamat untuk ditubuhkan tadika manakala dari aspek
fizikal pula, bangunan tersebut haruslah dalam keadaan yang baik serta bangunan tersebut
mencukupi untuk sudut pembelajaran, tandas dan ruang rehat. Ruang-ruang kawasan kelas
mempunyai fokus atau peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Ruang dalam kelas
seharusnya dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak
lebih jelas tentang pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti sudut keluarga untuk
aktiviti main peranan. (Eshak et al., 2020) Selain itu, ia juga membenarkan kanak-kanak memilih
ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas. Ruang pembelajaran tersebut mesti
bersih, tidak terlalu sempit oleh pelbagai perabot, pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang
baik. Aspek ini sangat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya aspek ini tidak diambil kira, ia akan mendatangkan ketidakselesaan
kepada guru dan kanak-kanak. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
Terdapat lima ruang dalam tadika iaitu ruang belajar, ruang makan, ruang bilik air, ruang membaca
dan ruang bermain. Ruang-ruang ini sangat penting dalam sesebuah pra sekolah kerana dengan
adanya ruang-ruang ini kanak-kanak dapat melihat dengan lebih jelas tentang pilihan ruang untuk
menjalankan aktiviti tertentu. (Norulhuda, Sarnon, Maisarah, Ali Ezarina, 2017)Ruang-ruang di
tadika terbahagi kepada dua ruang iaitu ruang dalam kelas dan ruang luar kelas. Ruang dalam kelas
pula diklasifikasikan kepada ruang belajar, ruang dapur dan ruang bilik air. Bagi sesetengah tadika
yang terdapat ruang luar kelas seperti ruang pondok dan ruang kebun.

Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan memantapkan
peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan kemahiran berfikir. Ia juga dapat
menggalakkan penerapan kemahiran bersosial dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk
membolehkan murid menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan mereka. Ruang
dalam kelas yang pertama ialah ruang belajar, ruang ini merupakan ruang utama di prasekolah
dimana sesi p&p dijalankan.Ruang ini dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan
kemahiran dalam berkomunikasi dan mengembangkan kemahiran membaca dan menulis serta
membina keyakinan diri.

Seterusnya, ruang dalam kelas yang kedua ialah ruang dapur. Ruang dapur terbahagi kepada
dua bahagian iaitu ruang penyediaan makanan dan ruang makan. Ruang penyediaan makanan
diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak dan aktiviti mencuci peralatan dijalankan. Selain
itu, ruangan ini mampu membantu dan memberi bimbingan kepada murid untuk mengemas
peralatan dapur serta mengasingkannya mengikut tahap keselamatan masing-masing setelah
digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak
pinggan mangkuk, set peralatan memasak, peralatan mencuci, set pinggan mangkuk, menu, kain
pengelap, bahan pencuci atau pembasmi kuman dan alat pemadam api. Seterusnya, ruang makan
diwujudkan bagi membolehkan kanak-kanak menjamu selera di tempat tersebut. Di samping itu,
mereka juga boleh didedahkan dan dibimbing mengenai cara penyediaan serta hidangan makanan
dan minuman. Kanak-kanak juga dibimbing dalam ruangan ini mengenai cara mengemas ruang
makan selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah meja beralas,
tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa makan, carta makanan seimbang, carta kesihatan, tuala
tangan dan cermin.

Ruang yang seterusnya ialah ruang bilik air. Ruang ini diwujudkan bagi membolehkan kanak-
kanak untuk mengamalkan kebersihan diri dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas
sebelum, semasa dan selepas menggunakannya, serta mengetahui cara penggunaan air secara
berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas untuk
murid lelaki dan murid perempuan yang diasingkan mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi,
cermin, sabun, berus, mop, pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar.
Tambahan pula, ruang permainan luar juga disediakan untuk kanak-kanak bermain di luar kawasan
kelas. Alat permainan luar disediakan bagi memboleh kanak-kanak untuk meningkatkan
kemahiran motor kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya dan juga menjadi
prihatin terhadap aspek keselamatan semasa menggunakan setiap jenis alatan permainan luar.
Antara peralatan yang boleh diletakkan dalam permainan luar ialah jongkang jongket, papan
gelunsur, papan imbangan, rangka panjat (monkey bar), terowong dan buaian. Ruang luar kelas
yang seterusnya ialah ruang berkebun. Ruang ini disediakan kepada kanak-kanak untuk merasai
suasana sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan ini juga berfungsi untuk
memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang perkembangan dan pertumbuhan sesuatu
tumbuhan. Kanak-kanak dapat melihat perkembangan dan pertumbuhan tumbuhan tersebut
apabila mereka bersama-sama menanam benih tumbuhan itu dan memerhatikan tumbesaran yang
berlaku ke atas benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di ruangan ini seperti sawi, lada
dan bunga-bungaan. Antara pengisian untuk ruangan ini adalah kepelbagaian jenis pokok herba
dan poko renek, tanaman berbatas dan kolam untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.

2.2 ASPEK KESELAMATAN DI TADIKA

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mengelakkan


sebarang kemalangan, kecederaan, atau kematian. Sesebuah tadika seharusnya mementingkan
aspek keselamatan dan keshitan bagi memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan
yang baik di bawah didikan sesebuah tadika tersebut. Keselamatan kanak-kanak di tadika
bergantung kepada pendekatan bersepadu untuk isu ini dari semua pihak. Guru-guru tadika,
penyelia terdekat mereka dan, sudah tentu, ibu bapa perlu mengambil bahagian dalam mencegah
pembangunan bahaya. Bagi setiap ibu bapa yang penyayang, anak mereka adalah perkara terbaik
dalam kehidupan. Kanak-kanak tidak selalu patuh, terutama pada usia muda. Itulah sebabnya usia
kanak-kanak, ketika dibawa ke tadika, sangat penting dalam mencegah kecederaan kanak-kanak.
Untuk melindungi kanak-kanak, peraturan asas dibangunkan yang bertanggungjawab untuk
keselamatan kanak-kanak di tadika. Di sini, orang yang bersebelahan dengannya pada siang hari
bertanggungjawab untuk setiap anak.

Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang
membawa kemalangan. Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru semasa
kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa kemalangan berlaku di mana-mana
sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui
tentang bahaya dan risko yang ada. Menurut Prof. Dr. Bustam Kamri (2010) juga mempunyai
pendapat bahawa matlamat keselamatan perlu seimbang dengan matlamat menyediakan
dorongan dan cabaran perkembangan kanak-kanak dan mainan.

Seterusnya, ruang tandas merupakan keperluan asas yang sangat penting di setiap
kelas prasekolah. Tandas yang disediakan dikelas perlu berhampiran dengan dapur. Hal ini amat
sesuai kerana murid tidak perlu keluar dari kelas untuk pergi ke tandas. Ia memudahkan guru dan
pembantu untuk memantau kanak-kanak pergi ke tandas. Tandas yang yang disediakan juga
sesuai dengan ketinggian kanak-kanak dan ia dibina secara berasingan di antara tandas
lelaki dan tandas perempuan. Lantainya tidak licin, sentiasa bersih dan dilengkapi dengan
cermin dan sink. Di samping itu, ruang makan perlu berhampiran dengan dengan ruang
pembelajaran dan ia dilengkapi dengan meja makan yang panjang. Kebanyakan tadika lain
mempunyai ruang makan yang berasingan. Ruang makan seharusnya dilengkapkan dengan meja
kerusi untuk kanak-kanak supaya mereka selesa dan selamat ketika menjamu selera.

3.0 KEPENTINGAN PERSEKITARAN RESPONSIF DI TADIKA

Seperti yang kita sedia maklum, persekitran yang responsif amatlah penting dalam setiap tadika.
Hal ini dikata demikian kerana perskitaran yang responsif dapat merangsang pembelajaran kanak-
kanak untuk lebih fokus dalam pembelajaran ketika berada di dalam kelas. Oleh itu, setiap tadika
seharusnya memastikan persekitaran ruang di dalam kelas dan luar kelas sentiasa dalam keadaan
yang ceria, menarik dan selamat. Antara faktor yang dapat mempengaruhi persekitaran yang
responsif ialah susanan perabot, peralatan, pengudaraan dan pengcahayaan serta ruang.

Pertama, susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang
memberi kesan besar kepada bilik darjah. ia melibatkan kekreatifan guru kelas dalam membina
suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar. susunan yang baik akan dapat
memudahkan pergerakan lalu-lintas murid serta guru , kebersihan kelas juga mudah untuk dipantau
dan dijaga, memudahkan murid berinteraksi sesama mereka dan guru juga boleh berinteraksi,
bergerak dan melihat aktiviti yang murid-murid lakukan dengan lebih jelas. selain itu, murid juga
dapat menlihat guru dengan lebih jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan perjalanan sesi pengajaran
dan pembelajaran didalam bilik darjah dan juga sebagai pemudah cara kepada guru untuk
menyampai ilmu. Contoh yang boleh diketengahkan ialah peralatan di dalam kelas seperti meja,
kerusi, rak buku dan sebagainya. Pada ruang dapur pula terdapat peralatan elektronik seperti peti
ais. Kesemua peralatan ini perlu dititikberatkan kerana dapat membahayakan keselamatan kanak-
kanak.

Selain itu, dari aspek pengudaraan dan pengcahayaan. Apakah kepentingan udara ?
Mengapa pengudaraan penting bagi sesebuah bilik darjah ? Sebelum anda menjawab pertanyaan
ini, cuba tahan nafs anda. selesakah anda sekiranya berada dalam keadaan yang lemas dan sukar
bernafas ? Tentu sukar bukan. begitulah juga situasi semasa berada didalam bilik darjah. jika bilik
darjah tersebut tidak mempunyai laluan pengudaraan yang baik maka suasana didalam kelas
tersebut akan menjadi panas lebih malang lagi apabila tiba musim panas yang kering. Bukan itu
sahaja, guru pun tidak akan dapat mengajar dalam keadaan sebegitu. Oleh sebab itu, pentingnya
tingkap-tingkap yang berfungsi dan pintu yang mencukupi bagi memastikan pengaliran udara
kedalam kelas berlaku dengan baik. Cahaya juga penting untuk menjadikan bilik darjah responsif
selain daripada keperluan pengaliran udara. minat dan semangat untuk belajar akan jadi suram
kerana ketiadaan cahaya yang mencukupi boleh menyebabkan murid mengantuk,bosan dan rimas.

4.0 CADANGAN

Aktiviti pembelajaran akan berjalan dengan lancer sekiranya setiap ruang yang terdapat di tadika
dalam keadaan yang selamat dan selesa. Kanak-kanak memerlukan ruang yang mencukupi dan
sesuai dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan
pembelajaran yang disediakan. Ruang-ruang yang disediakan haruslah responsif dan kondusif agar
dapat merangsang pembelajaran kanak-kanak. Ruang yang selesa ini akan mernasang minat murid
untuk bersedia belajar. Ruang yang luas juga akan memudahkan pergerakan kanak-kanak didalam
kelas dan dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan selesa. Menurut Fye dan Mumpower
(2001), keselamatan dan kepenggunaan adalah penting dalam merekabentuk ruang
pembelajaran. Pastikan semua peralatan dan perabot adalah sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.
Perabot hendaklah disusun mengikut kesesuaian kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak yang
menggunakan kerusi roda atau peralatan bantuan supaya mereka boleh bebas bergerak.
Selain itu, guru perlu memeriksa setiap alat permainan supaya tidak mengandungi toksik.
Walaupun terdapat undang-undang tentang pengeluaran alat mainan yang selamat bagi kanak-
kanak dan kesedaran para pengeluar, ramai kanak-kanak masih tercedera oleh alat permainan. Jadi,
setiap tadika seharusnya memastikan alat permainan tidak mempunyai sisi yang tajam. Alat
permainan perlu sentiasa bersih supaya kanak-kanak tidak terjangkit penyakit tangan kaki dan
mulut. Di samping itu, guru-guru seharusnya mempunyai sikap yang rajin dan kreatif dalam
menyusun atur perabot dan alatan. Guru-guru seharusnya memastikan ruang pembelajaran berada
di dalam keadaan bersih, ceria, menarik dan selamat. Ruang yang disediakan mestilah kondusif
agar merangsang pembelajaran murid.

Taman permainan merupakan satu tempat untuk bergembira, bersenam, bermain, dan
beriadah untuk kanak-kanak. Tetapi ianya boleh menjadi satu tempat yang berbahaya jika
keselamatan tidak di ambil kira. Peralatan permainan luar yang telah rosak perlu segera
dibaiki atau dikeluarkan sekiranya tidak dapat dibaiki lagi. Pihak pengurusan prasekolah
perlu mendapatkan pandangan dari Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri bagi
membantu menguruskan hal berkenaan peralatan permainan yang rosak ini. Jangan biarkan
ia telah memudaratkan kanak-kanak barulah tindakan diambil. Pihak pengurusan wajib
memastikan setiap ruang dan peralatan untuk kanak-kanak ini sentiasa berkeadaan selamat.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, persekitaran yang kondusif merupakan satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan di dalam setiap perancangan dan matlamat keselamatan, dalam proses
merekabentuk ruang pembelajaran, keselamatan perabot yang digunakan di dalam bilik darjah
malah di luar bilik darjah seperti di taman permainan kanak-kanak terutama peralatan mainan yang
digunakan perlu dipantau sama ada masih dalam keadaan baik atau sebaliknya. Pemahaman
terhadap konsep keselamatan bukan sahaja perlu difahami oleh guru mahupun ibu bapa ,namun
kanak-kanak itu sendiri seharusnya diberi pendedahan tentang keselamatan agar kanak-kanak
mengetahui membezakan sesuatu yang baik untuk mereka dalam aspek keselamatan. Guru
prasekolah perlu sentiasa mengawasi keperluan-keperluan keselamatan. Kanak-kanak boleh
dilatih untuk mengenali punca-punca kemalangan dan bahayanya. Suasana prasekolah yang
selamat dari aspek fizikal dan psikologi, dapat menjamin kanak-kanak dan guru menumpukan
perhatian kepada proses pembelajaran dan pendidikan seoptimumnya.

Oleh itu, semua guru tadika bertanggungjawab dalam memastikan segala peralatan,
bahan dan ruang yang disediakan di prasekolah bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak.
Guru perlu sentiasa bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi memastikan
keselamatan kanak-kanak di prasekolah terjamin serta membantu meningkatkan proses
pembelajaran dan perkembangan mereka.

Malah, kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak juga perlu bagi memastikan
persekitaran kanak–kanak selamat dan terjamin tahap kebersihannya. Dengan itu, dapatlah
dirumuskan di sini bahawa semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan segala keperluan
kanak-kanak di sekolah mahupun prasekolah adalah terjamin dan mampu melahirkan kanak-
kanak yang sihat dalam setiap aspek kehidupan (Ibda, 2015)
6.0 LAMPIRAN
7.0 RUJUKAN
Eshak, Z., Zain, A., Malim, T., Manusia, F. P., Pendidikan, U., Idris, S., & Malim, T. (2020).
KAEDAH FUZZY DELPHI : REKA BENTUK PEMBANGUNAN MODUL SEKSUALITI
PEKASA BERASASKAN LATIHAN MEMPERTAHANKAN DIRI UNTUK PRASEKOLAH
Fuzzy Delphi Method : Design of Self Defense Training Module for Preschool Sex
Education ( FDM ). FDM adalah satu kaedah pengukur. 9(2).
Ibda, F. (2015). Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget. Intelektualita, 3(1), 242904.
Norulhuda, Sarnon, Maisarah, Ali Ezarina, Z. (2017). Amalan Persekitaran Selamat Kanak-
Kanak Dalam Kalangan Pengasuh Di Rumah Yang Tidak Berdaftar. Journal of Social
Science & Humanities, 3(3).

You might also like