You are on page 1of 11

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DI

TASKA DAN TADIKA


1.0 PENGENALAN
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu
atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kecederaan atau
kematian. Tanpa perlindungan keselamatan di Taska dan Tadika, kanak-kanak akan mudah
berasa ketakutan, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama
ada secara sedar atau tidak sedar. Keselamatan ditakrifkan sebagai tingkah laku dan amalan
yang boleh menghalang atau menjauhi kanak-kanak dari kecederaan yang biasa atau
kecederaan yang serius. Kecederaan dirasai oleh kanak-kanak boleh memberi kesan dan impak
kepada kesihatan mereka. Oleh itu, kita perlu meletakkan keselamatan sebagai keutamaan sama
ada di rumah atau di pusat penjagaan kanak-kanak.

Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan


yang membawa sesuatu kemalangan. Justeru, prosedur keselamatan yang baik perlu
diwujudkan oleh guru semasa kanak-kanak berada di sekolah. Boleh dikatakan bahawa sesuatu
kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh
menganggap kanak-kanak mengetahui tentang bahaya dan risko yang ada. Selain itu, kanak-
kanak mudah mendapat kecederaan kerana sifat ingin tahu dan ciri-ciri yang suka meneroka
dan ingin mencuba perkara baru , walaupun keupayaan mereka terhad. Kanak-kanak secara
semula jadinya adalah penanggung risiko kerana mereka suka mencuba sesuatu aksi tanpa
diduga. Mereka juga belum mampu menguruskan diri mereka sendiri dengan sempurna.
Dengan itu, mereka memerlukan pengawasan , penyeliaan dan bimbingan dalam pelbagai
aspek. Menurut Prof. Dr. Bustam Kamri (2010) juga mempunyai pendapat bahawa matlamat
keselamatan perlu seimbang dengan matlamat menyediakan dorongan dan cabaran
perkembangan kanak-kanak serta alatan mainan. Secara idealnya merancang langkah
mengelakkan kemalangan di samping membenarkan risiko untuk mengamalkan amalan yang
bersesuaian dengan kanak-kanak. Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya yang akan
menimpa diri kanak-kanak di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Terdapat banyak aspek-aspek keselamatan yang guru perlu tekankan dan sedar
bergantung kepada umur, tahap dan perkembangan seseorang kanak-kanak. Oleh itu, satu
sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya dapat
memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah,
bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek-aspek keselamatan. Ketiadaan
keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia
terutamanya pada kanak-kanak di Taska dan Tadika. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira
untuk memastikan keselamatan kanak-kanak seperti rekabentuk bangunan, rekabentuk
infrastruktur, susunan perabot dan pemilihan alat-alat belajar. Begitu juga tentang rekabentuk
perabot dan kemudahan dalam bangunan, dimana ianya juga mempunyai kaitan dengan faktor
keselamatan. Keselamatan ini sangat penting dan mesti ditekankan bagi kelas di Taska dan
Tadika supaya guru dan kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti serta rutin kelas dengan
bebas, rasa selesa dan selamat. Ini dapat membantu menyuburkan dan mempertingkatkan nilai
mengutamakan keselamatan dikalangan kanak-kanak. Apabila semua langkah-langkah
keselamatan dipatuhi dengan betul ia dapat menjamin kesihatan mahupun nyawa seseorang
individu.
2.0 ASPEK KESELAMATAN DALAMAN TASKA DAN TADIKA

2.1 Ruang pengajaran dan pembelajaran

Ruang pengajaran dan pembelajaran berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid


dan memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dan kemahiran
berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial dan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri. Oleh yang
demikian, ruang pembelajaran perlulah dititikberatkan keselamatannya agar segala
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

2.2 Mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup

Setiap ruang pengajaran dan pembelajaran di Taska dan Tadika mestilah mempunyai
pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan cukup untuk kanak-kanak belajar dengan selesa.
Sumber pencahayaan dan pengudaraan perlulah mencukupi untuk pembelajaran, pengendalian
makanan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lain. Setiap tingkap dan pintu yang dipasang
di Taska dan Tadika mestilah menggunakan gerigi besi untuk keselamatan supaya kanak-kanak
tidak dapat keluar dari kawasan Taska dan Tadika seperti kawasan jalan raya. Selain itu, setiap
Taska dan Tadika juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 kipas syiling dan 2 kipas
dinding untuk membantu mendinginkan bilik darjah dari bahang panas.

2.3 Penyusunan dan pemilihan perabot yang sesuai

Taska dan Tadika yang mempunyai susun atur perabot dan peralatan diruang
pembelajaran yang padat boleh menyebabkan pergerakan murid agak terbatas. Namun, setiap
Taska dan Tadika hendaklah mempunyai susun atur perabot yang tidak menghalang pandangan
guru untuk melihat pergerakan murid-murid. Kebanyakkan ruang pembelajaran bilik darjah di
Taska dan Tadika terlalu terhad kerana berkongsi dengan ruang makan. Hal ini membuatkan
bilik darjah menjadi sempit dan susah untuk bergerak terutamanya semasa melaksanakan
sesuatu aktiviti. Oleh itu, Taska dan Tadika hendaklah mempunyai ruang makan yang
berasingan dengan ruang pembelajaran. Pemilihan perabot-perabot di bilik darjah adalah salah
satu keutamaan dalam aspek keselamatan. Setiap perabot mestilah dijamin selamat untuk
kanak-kanak dan diperbuat dari bahan yang sesuai untuk penggunaan kanak-kanak.
Contohnya, perabot yang tidak mempunyai bucu yang tajam atau paku dan sesuai dengan saiz
murid mengikut umur. Saiz dan reka bentuk perabot yang tidak ergonomik atau tidak sesuai
untuk kanak-kanak akan menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak tersebut.
2.4 Penyimpanan alatan yang merbahaya di tempat yang sesuai

Peralatan yang merbahaya seperti gunting mestilah disimpan pada sesuatu tempat yang
selamat dan sesuai seperti di dalam laci yang berkunci. Pengendalian peralatan yang merbahaya
dengan cara yang betul amatlah penting dan perlu dipatuhi untuk memastikan kanak-kanak
selamat semasa menggunakan peralatan tersebut di dalam aktiviti menggunting. Manakala bagi
peralatan elektrik diletakan pada tempat yang selamat dan disusun dengan rapi. Peralatan
elektrik seperti komputer, radio dan televisyen. Peralatan elektrik ini hendaklah dipastikan
suisnya dimatikan selepas digunakan.

2.5 Menyediakan peti pertolongan cemas dan pelan laluan kecemasan

Setiap Taska dan Tadika hendaklah menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap
dan berada di tempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Hal ini demikian kerana,
persediaan awal peti pertolongan cemas dapat digunakan semasa berlakunya kemalangan dan
kecederaan yang digunakan untuk mengubat luka dan membalut luka kanak-kanak yang
cedera. Peralatan di dalam peti kecemasan perlulah lengkap dan mencukupi. Contohnya,
mempunyai plaster pelbagai saiz dan bentuk, kain kasa steril, pita pelekat, ”bandages”, ”safety
pin”, krim antiseptik, kapas dan lain-lain. Selain itu, Taska dan Tadika juga mestilah
mempunyai pelan laluan kecemasan atau kebakaran yang dipamerkan di berhampiran pintu
kelas Taska dan Tadika serta ditampal di tempat strategik yang dapat dilihat dengan jelas.

3.0 Ruang makan dan kawasan dapur

Ruang makan hendaklah sekurang-kurangnya dilengkapi dengan tiga meja makan yang
panjang. Setiap Taska dan Tadika perlulah mempunyai ruang makan yang berasingan dengan
ruang pembelajaran dan ruang makan perlulah besar serta luas bagi mencukupi semua pelajar.
Pihak Taska dan Tadika mestilah menyediakan saiz kerusi dan meja yang sesuai bagi kanak-
kanak. Setiap ruang makan perlulah disediakan dengan sinki yang rendah bagi memudahkan
kanak-kanak untuk mencuci tangan. Peralatan untuk kanak-kanak makan juga perlulah sesuai
dan tidak tajam seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garfu. Peralatan elektrik mestilah sentiasa
ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat. Malah tabung gas perlulah
sentiasa dalam keadaan baik. Oleh itu, bagi kawasan larangan untuk kanak-kanak seperti dapur,
murid-murid tidak dibenarkan masuk bagi keselamatan mereka. Kawasan dapur hendaklah
sentiasa kemas dan tidak mempunyai banyak peralatan. Peralatan merbahaya seperti pisau,
gunting, cerek, mesin pengisar, pembakar roti dan lain-lain mestilah di simpan dalam tempat
yang selamat. Contohnya, kabinet, laci atau almari. Untuk lebih selamat, perlulah dipasangkan
dengan kunci pada tempat-tempat tersebut. Pihak Taska dan Tadika juga perlu menjauhkan
kawasan dapur daripada objek yang mudah terbakar. Contohnya, kain langsir, tuala dan lain-
lain.

4.0 Tandas

Tandas merupakan keperluan asas yang sangat penting dan perlu ada di setiap Taska
dan Tadika. Tandas yang disediakan perlulah berhampiran dengan kawasan dapur. Tandas yang
yang disediakan hendaklah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak dan ia dibina secara
berasingan di antara tandas lelaki dan tandas perempuan. Pihak Taska dan Tadika hendaklah
menyediakan sinki dan mangkuk tandas mengikut saiz yang sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini
demikian kerana, dapat mengelakkan kemalangan di tandas seperti sinki yang sangat tinggi
untuk kanak-kanak mencuci tangan. Pihak Taska dan Tadika juga perlulah memastikan lantai
tandas tidak licin, sentiasa bersih dan dilengkapi dengan cermin dan sinki. Setiap tandas
hendaklah mempunyai pelapik lantai di semua tempat lantai tandas. Selain itu, pencuci tandas
haruslah di simpan di tempat yang selamat.
5.0 ASPEK KESELAMATAN LUARAN TASKA DAN TADIKA

5.1 Taman permainan

Persekitaran prasekolah yang baik akan menggalakkan pembelajaran kanak-kanak.


Oleh itu ia mestilah dalam keadaan selesa,bersih,selamat dan berwarna-warni supaya ia akan
sentiasa dalam keadaan ceria. Setiap taman permainan yang dibuat haruslah mempunyai aspek
kesalamatannya sendiri seperti taman permainan haruslah mempunyai pagar ia kerana untuk
menggelakkan kanak-kanak keluar dari taska dan tadika tanpa ketahuan guru. Kebaikan pagar
ini juga jika kanak-kanak yang sedang bermain ataupun menunggu waktu pulang untuk
ketibaan penjaga ataupun ibu bapa mereka akan masih terjaga selagi masih di dalam pagar
sekolah. Apabila kanak-kanak ingin bermain di taman permainan sekurang-kurangnya
hendaklah 2 ataupun 3 orang guru yang boleh menjaga mereka supaya tidak ada yang terlepas
pandang.

5.2 Alat permainan yang rosak

Sebagai seorang guru di tadika ataupun taska haruslah sentiasa menjaga keselamatan
kanak-kanak yang dibawah penjagaan mereka. Guru-guru haruslah sentiasa melihat alat
permainan di taman permainan sebelum membawa mereka bermain di situ. Alat permainan
seperti rangka gayut yang mana talinya sudah putus amat berbahaya. Jika ada yang rosak
ataupun tajam guru haruslah segera melarang kanak kanak untuk bermain kerena ia amat
berbahaya untuk mereka. Guru-guru boleh mencadangkan untuk menjual alatan permainan itu
ke alat pelupusan untuk membeli alat permainan yang baru. Terjadinya alat permainan begini
mungkin disebabkan terkena hujan ataupun sinaran matahari yang kuat yang mampu
merosakkan alat permainan di taska ataupun tadika.

5.3 Longkang

Seperti yang kita tahu longkang adalah untuk pengaliran air yang kotor dan air tersebut
akan jatuh ke longkang yang besar di hadapan taska dan tadika. Longkang adalah perkara yang
amat penting untuk dijaga oleh pihak sekolah ia kerena ia adalah benda pertama yang akan
dilihat pengunjung ketika mereka tiba di taska ataupun tadika. Guru juga haruslah menjaga
longkah itu selang seli seminggu untuk mengelak longkang tersumbat atapun kotor dimana
memenuhi sampah disekitar longkang. Longkang haruslah ditutup dengan penutupnya sendiri
dimana ia akan mengelak kanak-kanak untuk jatuh didalamnya.

5.4 Alat pemadam api

Alat pemadam api adalah satu satunya benda yang amat penting dan perlu ada di sekolah
mahupun taska ataupun tadika kerena ia adalah alat untuk mengurangkan api kebakaran
merebak menjadi besar. Menurut Jabatan Bomba alat pemadam api mudah alih hendaklah
digantung pada dinding satu meter lantai berhampiran jalan ataupun pintu keluar supaya mudah
dilihat dan senang dicapai. Namun sering kali melihat ada segelintir tempat hanya meletakkan
di atas lantai. Perkara begitu amatlah berbahaya kepada kanak-kanak kerena mereka akan
sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan menyebabkan mereka akan mencuba
dan bermain dengan alat pemadam api ini. Alat pemadam api ini juga perlu sentiasa dipastikan
berada dalam keadaan yang baik dan penyengaraanya perlu dilakukan berjadual selalu.

5.5 Kebun

Segelintir tadika dan taska mempunyai tempat kebunnya tersendiri dimana pihak guru
untuk mengajar kanak-kanak makna tumbuhan dan buahan. Jika ada pihak taska yang
mempunyai kebun haruslah saling berhati-hati seblum membawa kanak-kanak ke kebun.
Dikhuartirkan jika ada lebah yang menghinggap ataupun ulat yang tidak sepatutnya ada di
kebun. Kanak-kanak akan lebih cenderung sikapnya untuk tahu dan akan memegang tanpa
larangan. Ia akan mendatangkan bahaya kepada mereka jika guru-guru tidak melarangkan dari
awal. Pihak guru haruslah menjaga selalu kebun mereka agar ia akan sentiasa bertumbuh dalam
keadaan sihat.

5.6 Aktiviti di luar sekolah

Aktiviti di luar sekolah adalah perkara yang selalu dilakukan oleh pihak sekolah. Oleh itu,
pihak guru haruslah selalu memantau kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti apatah lagi
apabila melintas jalan raya itu adalah perkara paling penting kerena mungkin akan banyak
kereta ataupun motosikal akan lalu lalang di jalan raya yang besar. Selain itu, aktiviti di dalam
hutan juga amat penting menerapkan aspek keselamatan dan saling jaga menjaga kerena takut
jika ada kanak-kanak akan terpisah dari kawan-kawan mereka dan akan hilang jalan
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, keselamatan taska dan tadika adalah tanggungjawab semua pihak. Kita
haruslah memastikan bahawa semua strategi untuk meningkatkan keselamatan taska dan tadika
dilaksanakan dengan baik. Keselamatan ini juga adalah sangat penting untuk memastikan
kanak-kanak dapat belajar dengan tenang dan selamat. Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi keselamatan kanak-kanak termasuk faktor lingkungan sekolah, faktor sosial
dan kultural, serta faktor individu. Oleh itu, penting untuk memastikan semua faktor ini dijaga
dengan baik dan sempurna. Dengan keselamatan yang baik, kanak-kanak akan lebih mudah
untuk berkonsentrasi dan belajar dengan sempurna, guru juga akan lebih mudah untuk
mengajar dengan baik, dan orang tua akan merasa tenang dan nyaman ketika anak-anak mereka
berada di tempat belajar. Perkara sebegini haruslah dicegah dengan lebih awal seperti bak kata
pepatah “sakit menimpa,sesal terlambat” yang bermaksud sudah terlanjur sesal tiada gunanya.
Oleh karena itu, mari kita jaga keselamatan taska dan tadika dengan baik agar kita semua dapat
merasakan manfaatnya.
7.0 LAMPIRAN

ASPEK KESELAMATAN DALAM TASKA DAN TADIKA

Ruang pengajaran dan pembelajaran Pengudaraan dan pencahayaan yang cukup

Penyusunan dan pemilihan perapot yg sesuai Menyediakan peti pertolongan cemas

Ruang makan kanak-kanak Tandas yang bersih


LAMPIRAN

ASPEK KESELAMATAN LUARAN TASKA DAN TADIKA

Taman permainan Alat permainan yang rosak

Longkang yang bersih dan bertutup Alat pemadam api yang disimpan dengan baik

Kebun yang dijaga dengan baik Aktiviti di luar sekolah

You might also like