You are on page 1of 2

CIRI-CIRI SINDROM DOWN

Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada
sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon
Down iaitu orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian
keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan
anak sindrom down menjadi tinggi dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas.Sindrom
Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang ibnormal. Sindrom Down ialah
penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang
terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel
yang biasanya hanya mempunyai dua salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21.
Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas
menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau
ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka
leper, kepala lebih kecil daripadakebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi.

Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding rakan
sebaya mereka.Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada
ringan,sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh
dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai
masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan kanak-kanak yang manja dan
memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain
iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat. Masalah yang dihadapi kanak-kanak sindrom
down ialah menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada
hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak
terhadap perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta
kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul,
mengingati,dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis pemerolehan
bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata dan memahami kata.
PENUTUP

Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran
guru dalam membantu kanak-kanak. Guru perlulah percaya bahaya Pendidikan adalah untuk
semua kanak-kanak yang belajar. Kerjasama anatara guru Pendidikan khas dan guru kelas biasa
amat penting. Guru-guru ini harusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran
demi kebaikan kanak-kanak tersebut. Hubungan yang baik dan Kerjasama dengan ibu bapa
,pihak hospital dan kebajikan Masyarakat juha penting dalam usaha membantu kanak-kanak
ini. Sebagai seorang guru haruslah peka dan sensitive kepada keperluan kanak-kanak.
Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak. Guru haruslah
mendapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan
bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif. Gunakan bahasa isyarat jika
hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. Kanak-kanak
berkeperluan khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima
dan membimbing mereka. Sekiranya kanak-kanak ini dapat mencatat nota atau melakukan
sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu. Akhir
sekali, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh
membantu perkembangan kanak-kanak ini.

You might also like