You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM TERAPI KUDA


DI KALANGAN KANAK-KANAK
ISTIMEWA SK BUKIT SELAMBAU

ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH
PEMBELAJARAN BERSAMA DENGAN PELAJAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Disediakan oleh:
1.

1. NAMA PROGRAM
Projek ini merupakan anjuran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tahun 2014 Sekolah
Kebangsaan Bukit Selambau, Bukit Selambau, 08010 Sungai Petani, Kedah.

2. PENGENALAN

Perkataan ‘Hippo’ dari segi definisi adalah bermaksud badak air. Ia berasal daripada perkataan
Yunani kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda. Manakala perkataan ‘Terapi’ dari segi definisi,
menurut Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit
atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Kesimpulannya
Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda.

2.1. JENIS-JENIS KECACATAN DI SKBS

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik yang disebabkan oleh kehadiran


sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempenaJohn Langdon Down, doktor British
yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan
besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan
berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal
pasti semasa kelahiran. Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan
kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal.
Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit
atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian
Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris:pervasive developmental


disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan
bukan kecacatan psikiatris(Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk
masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat,
aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan
pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000
orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme lebih kerap
dikalangan lelaki berkulit putih. Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan.
Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Kanak-kanak hiperaktif pula adalah golongan yang memerlukan perhatian terutama di peringkat
awal tumbesaran mereka. Simptom ini bukan saja rnembabitkan kanak-kanak normal, sebaliknya mereka
yang mengalami terencat akal juga menghadapi masalah sedemikian. Bagaimanapun, kedua-dua golongan
itu tetap memerlukan perhatian keluarga terutama ibu bapa, di peringkat awal melalui didikan terapi dan
psikologi. Jika kanak-kanak normal menghadapi masalah hiperaktif, mungkin masalah ibu bapa tidak begitu
berat berbanding kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama.
Walaupun dua senario itu sama tetapi masalahnya ber-beza apabila membabitkan kanak-kanak normal dan
satu lagi membabitkan kanak-kanak yang terencat akal.

Pelajar yang tidak boleh mengikuti pelajaran dikelas, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu
objektif pengajaran yang mudah dan pelajar ini selalunya selalu ketinggalan dalam menyiapkan tugasan
yang diberi. Pelajar ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurological hingga menjejaskan
pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan
bermatematik.

Kanak-kanak lembam pula adalah mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran
secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di
sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-
kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika
dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang
nyata dalam pelajaran. Pelajar ini dapat dikesan melalui dua petunjuk iaitu walaupun pelajar berupaya
belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai
kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaaan belajar abjad, membilang dan
menulis namanya sendiri. Pelajar ini gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual
dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vakasioanal.Contohnya
kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar
kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraaan matematik.

3. MATLAMAT PROGRAM

Kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi


atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan
untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan
mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan
sosialatau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang
mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat.
Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa. Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang
ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor,
sosialisasi dan masalah emosi. Melalui program Terapi Kuda ini akan dapat membantu kanak-kanak ini
mencapai potensi yang maksimum yang sesuai dengan keupayaan mereka.

4. OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Membetulkan postur badan dan perkembangan emosi.


4.2 Meningkatkan daya pengamatan murid-murid, merangsang murid untuk bergerak balas secara positif
terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan
psikomotor mereka.
4.3. Dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti penyakit mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme ,
sindrom down dan lain-lain. Dari segi fizikal misalnya aktiviti ini amat baik untuk merawat segala masalah
tulang belakang manusia. Manakala seluruh anggota dalam tubuh badan termasuklah sistem penghadaman,
sistem saraf, organ perkumuhan dan sebagainya akan menghasilkan geseran yang akan meransang organ-
organ secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. Seterusnya ini akan dapat
membantu mencerahkan penglihatan mata disebabkan terdapat ransangan terhadap saraf cranium
(tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda tersebut.
4.4 Dapat menyembuhkan penyakit lumpuh di mana dengan aktiviti berkuda akan melatih otot-otot kaki
mereka bergerak sehingga boleh berjalan. Ini adalah cara untuk mereka menikmati kebebasan yang selama
ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda.

4.5 Dengan menunggang kuda juga dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan
dan apa yang penting ia dapat mendorong semangat penunggang menjadi lebih kental lagi.

4.6 Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar dan
berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya seterusnya dapat
membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

4.7 Menanam sikap berkeyakinan dan membina semangat keberanian dalam diri murid-murid. Pendedahan
kepada persekitaran dan masyarakat sekitar secara tidak langsung akan memberi peluang murid-murid
berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.

5. RASIONAL
Terapi merupakan suatu kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap
aktiviti atau kemahiran. Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau
mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyeimbangkan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks
Pendidikan Khas, terapi kuda merupakan salah satu kaedah bagi membantu individu yang mempunyai
pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan
secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

6. SASARAN PESERTA PROGRAM

Para pelajar, guru ,pembantu pengurusan murid (PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di
Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau dan mahasiswa UUM.

7. BILANGAN PESERTA PROGRAM

Seramai 12 orang murid, 3 orang guru dan dua orang PPM Program Pendidikan Khas Integrasi,
SKBS dan 5 orang mahasiswa dari UUM.

8. TARIKH PROGRAM

24 APRIL 2014 ( KHAMIS )

9. PERANCANGAN DAN JANGKA MASA PROGRAM

Program ini dirancang dan dijalankan sepanjang tahun.

10. DESTINASI PROGRAM

Kandang kuda Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani.

11. PEMBIAYAAN
Dalam perancangan, pembiayaan program ini adalah melalui sumber berikut:

11.1 Tajaan - Di biayai oleh Tabung SUWA (Sumbangan Waris)

Segala urusan pembiayaan program ini akan meliputi urusan seperti berikut:

 Pengangkutan
 Makanan & minuman
 Tiket

12. PERUNTUKAN KEWANGAN

12.2. ANGGARAN PERBELANJAAN

Pengangkutan (Van) = RM 60.00


Jumlah = RM 60.00

Makan & minum = Sarapan : Beehoon = RM 1.00


= Makan Tengah Hari = RM 4.00
= 2 Botol Air = RM 1.00
Jumlah = 12 Orang Murid X RM 6 = RM 72

Tiket = 1 murid RM 6.00


= 12 murid x RM 6.00
Jumlah = RM 72.00

JUMLAH BESAR = RM 204.00

13. JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM


Penasihat : En. Zulkefli Bin Isa

Pengurus program : Pn. Zahatunbani Bt. Othman

Ahli jawatankuasa : Pn. Marina bt Abdul Hamid


: Pn. Sakuntala A/P Mutuviren
PPM : Pn. Shafiyati bt Osman @ Mansor
: Pn. Mashithoh bt Said
Mahasiswa (UUM) : Sinar Suria binti Hamat (230616)
: Nur Wahiedah binti Zakaria (230580)
: Nadirah binti Rohimi (230542)
:Mohd Hairi Bin Ab Rahim (230667)
:

14. PENUTUP

Kesimpulanya terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh
Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah
SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita
hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu
terkandung 1001 manfaat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ………………………………………
(SAKUNTHALA A/P MUTUVIREN) (ZAHATUNBANI BTE OTHMAN)
Guru, Penyelaras PPKI,
SK Bukit Selambau, SK Bukit Selambau,
08010 Sungai Petani, 08010 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

Lampiran
Kelab Kuda, Cinta Sayang Sungai Petani

Guru dan murid bersama kuda yang ditunggang di Kelab Kuda, Cinta Sayang.
Murid menunggang kuda dengan seronok.

Salah seorang murid member makan kuda selepas penerangan mengenai cara pemakanan dan penjagaan
kuda

You might also like