You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS


( TERAPI KUDA )

PROGRAM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS


INTERGRASI BERMASALAH
PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG
BERSAMA
PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
1. NAMA PROGRAM

Program motivasi pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran bersama dengan pelajar

Universiti Utara Malaysia adalah program murni yang dikenali sebagai Program Motivasi Terapi

Kuda dalam kalangan Kanak-kanak Istimewa Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau. Projek ini

merupakan anjuran mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2017 bersama

Sekolah Pendidikan Khas iaitu Sekolah Kebangsaan Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Program Terapi Kuda ini akan diadakan pada 02 Feb Oktober 2017.

2. PENGENALAN

Perkataan ‘Hippo’ dari segi definisi adalah bermaksud badak air. Ia berasal daripada

perkataan Yunani kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda. Manakala perkataan ‘Terapi’

dari segi definisi, menurut Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah

mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian

badan secara normal. Oleh yang demikian, Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan

menggunakan kuda.

Bagi Lisa McCallum, seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding

Centre dan South African Riding for Disabled Association atau lebih dikenali sebagai SARDA,

beliau berpendapat bahawa menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi

kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda boleh

dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan. Menurut beliau lagi, terapi ini mempunyai tiga

manfaat utama, iaitu, olahraga, pendidikan dan pengubatan. Malah, ketiga-tiga aspek ini amat

penting untuk pertumbuhan anak-anak.

2
Justeru, tidak hairanlah jika ramai yang berpendapat sedemikian dan peratusan terhadap

terapi ini terus meningkat, dari masa ke semasa.

2.1 JENIS-JENIS KECACATAN DI SEK. KEB. BAKAR ARANG.

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik yang disebabkan oleh

kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ia dinamakan sempena John Langdon Down,

doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan

oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down

dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga

perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Mereka yang

mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah

berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada sederhana terencat akal. Kelemahan

perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau

naïveté.

Selain itu, mereka juga mengalami kesukaran dalam penghasilan pertuturan iaitu, kurang

konsonan yang berkelompok dan konsonan terakhir dipotong. Contohnya, ‘bola’ disebut ‘ola’.

Sejumlah kecil pula, berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian

Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris:pervasive

developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis

kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder)

mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi

emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga

melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga

3
tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan

autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme lebih

kerap dalam kalangan lelaki berkulit putih. Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak

dapat dipulihkan. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan

kanak-kanak.

Kanak-kanak hiperaktif pula adalah golongan yang memerlukan perhatian terutama di

peringkat awal tumbesaran mereka. Simptom ini bukan saja rnembabitkan kanak-kanak normal,

sebaliknya mereka yang mengalami terencat akal juga menghadapi masalah sedemikian.

Bagaimanapun, kedua-dua golongan ini tetap memerlukan perhatian keluarga terutama ibu bapa,

di peringkat awal melalui didikan terapi dan psikologi. Jika kanak-kanak normal menghadapi

masalah hiperaktif, mungkin masalah ibu bapa tidak begitu berat berbanding kanak-kanak

terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Walaupun dua senario itu sama tetapi

masalahnya berbeza apabila membabitkan kanak-kanak normal dan membabitkan kanak-kanak

yang terencat akal.

Pelajar biasanya tidak boleh mengikuti pelajaran dikelas, terlalu lambat untuk mencapai

satu-satu objektif pengajaran yang mudah dan pelajar ini selalunya ketinggalan dalam

menyiapkan tugasan yang diberi. Pelajar ini adalah mereka yang mempunyai masalah

neurological hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan,

berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Kanak-kanak lembam pula adalah mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti

pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk

maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan

bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja

4
kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan

umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Pelajar ini dapat

dikesan melalui dua petunjuk iaitu walaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran

mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang

lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaaan belajar abjad, membilang dan menulis

namanya sendiri. Pelajar ini gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual

dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vokasioanal.

Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa.

Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraaan

matematik.

3. MATLAMAT PROGRAM

Kehilangan upaya atau ketidakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap

mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa

masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti

kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan

dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi

manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang

mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat

atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa. Kanak-kanak

berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku,

masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi.

Oleh itu melalui program motivasi terapi kuda ini akan dapat membantu kanak-kanak ini

mencapai potensi yang maksimum yang sesuai dengan keupayaan mereka. Bahkan, program ini

5
adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan- peraturan (Pendidikan Khas) 1997

Bahagian II 3(2) yang menyatakan ‘guru- guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik

pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan

bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

4. OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Membetulkan postur badan dan perkembangan emosi.

4.2 Meningkatkan daya pengamatan murid-murid, merangsang murid untuk bergerak balas

secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi

kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka.

4.3. Dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit mental, emosi, fizikal, bahasa,

autisme , sindrom down dan lain-lain. Dari segi fizikal misalnya aktiviti ini amat baik

untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Manakala seluruh anggota

dalam tubuh badan termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan

dan sebagainya akan menghasilkan geseran yang akan meransang organ-organ secara

optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. Seterusnya ini akan

dapat membantu mencerahkan penglihatan mata disebabkan terdapat ransangan terhadap

saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda tersebut.

4.3 Dapat menyembuhkan penyakit lumpuh di mana dengan aktiviti berkuda akan melatih

otot-otot kaki mereka bergerak sehingga boleh berjalan. Ini adalah cara untuk mereka

menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi

roda.

6
4.4 Dengan menunggang kuda juga dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk

kelembutan dan apa yang penting ia dapat mendorong semangat penunggang menjadi

lebih kental lagi.

4.5 Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi,

sabar dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan

penunggangnya seterusnya dapat membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

4.7 Menanam sikap berkeyakinan dan membina semangat keberanian dalam diri murid-

murid. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar secara tidak langsung

akan memberi peluang murid-murid berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga

masyarakat luar amnya.

5. RASIONAL

Terapi merupakan suatu kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas

terhadap aktiviti atau kemahiran. Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi

sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyeimbangkan kefungsian

badan secara normal. Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi kuda merupakan salah satu kaedah

bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif,

emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

6. SASARAN PESERTA PROGRAM

Para pelajar, guru pengiring Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah

Kebangsaan Bakar Arang dan mahasiswa UUM.

7. BILANGAN PESERTA PROGRAM

Seramai 12 orang murid, 3 orang guru pengiring Program Pendidikan Khas Integrasi,

7
SKBA dan 5 orang mahasiswa dari UUM.

8. TARIKH PROGRAM

02 FEB 2017. (KHAMIS)

9. TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi - Murid-murid dan peserta berkumpul di sekolah

07.45 pagi - Sarapan

08.00 pagi - Bertolak ke Kelab Kuda Equestrian, Cinta Sayang

08.45 pagi - Tiba di lobi Kelab Kuda Equestrian, Cinta Sayang

09.30 pagi - Pendaftaran murid murid

09.45 pagi - Taklimat oleh penyelia Kelab Kuda Equestrian

10.00 pagi - Murid-murid dan peserta bergerak ke kawasan terapi kuda

10.15 pagi - Joki terapi kuada memberi penerangan ringkas mengenai

peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid semasa

menunggang kuda

10.30 pagi - Sesi terapi dimulakan

12.30 tengahari - Sesi terapi tamat

12.45 tengahari - Aktiviti santai

Murid-murid diberi peluang memberi makan kuda

01.15 petang - Aktiviti selesai

Murid-murid dan peserta bergerak balik ke lobi

01.30 petang - Makan tengahari

02.00 petang - Murid-murid dan peserta bertolak balik ke sekolah

8
10. DESTINASI PROGRAM

Kandang kuda Kelab Equestrian Cinta Sayang, Sungai Petani.

11. PEMBIAYAAN

Dalam perancangan, pembiayaan program ini adalah melalui sumber berikut:

11.1 Tajaan - Dibiayai oleh Biro Kebajikan Bank Rakyat

Segala urusan pembiayaan program ini akan meliputi urusan seperti berikut:

 Pengangkutan

 Makanan & minuman

 Tiket

12. PERUNTUKAN KEWANGAN

12.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pengangkutan (Van) = RM 60.00

Jumlah = RM 60.00

Makan dan minum: Sarapan : Bihun = RM 1.00

Makan Tengah Hari = RM 4.00

2 Botol Air = RM 1.00

Jumlah 12 Orang Murid x RM 6 = RM 72.00

Tiket = 1 murid RM 6.00

= 12 murid x RM 6.00

9
Jumlah = RM 72.00

JUMLAH BESAR = RM 204.00

13. JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM

Penasihat : Dr. Abdul Karim Bin Sulaiman

Pengurus program : Mohd Hairi bin Ab Rahim

Setiausaha : Mohamad Zairil Amer B. Azhar

Ahli jawatankuasa : Syazwana Zati binti Md Taib

Nadirah binti Rohimi

Nur Wahiedah Binti Zakaria

14. PENUTUP

Kesimpulanya terapi berkuda atau hippo therapy adalah kegiatan bantuan kuda

untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan kemahiran fizikal, emosi, sosial, kognitif,

perilaku dan pembelajaran untuk mereka yang mengalami kekurangan upaya. Aktiviti ini

turut disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan

berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan

10
tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi

setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu

terkandung 1001 manfaat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ………………………………………

(MOHAMAD ZAIRIL AMER BIN AZHAR) (DR. ABDUL KARIM BIN SULAIMAN)

Setiausaha Penasihat,

11
LAMPIRAN

Kelab Kuda Cinta Sayang Sungai Petani

12

You might also like