You are on page 1of 12

KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK ESEI ELMIAH

TUGASAN 1

 CIRI-CIRI DAN PENYEBAB ADHD


 INTERVENSI AWAL
 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK NO TELEFON


ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-BP03 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. KWAY ENG HOCK

TARIKH HANTAR : 6 MEI 2013

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT


1. CIRI-CIRI DAN PENYEBAB GANGGUAN HIPERAKTIF ATAU 3–5
MASALAH KURANG TUMPUAN HIPERAKTIVITI (ADHD)
2. INTERVENSI AWAL MELALUI MODEL PERUBATAN DAN 6 - 10
MODEL SOSIAL TERHADAP KANAK-KANKA ADHD
3. PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 10 – 11
BERKESAN BAGI MEMBANTU MASALAH KURANG
TUMPUAN
4. BIBLIOGRAFI 12

CIRI-CIRI DAN PENYEBAB GANGGUAN HIPERAKTIF ATAU


MASALAH KURANG TUMPUAN HIPERAKTIVITI (ADHD)

2
PENDAHULUAN

Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan menerusi:

a) Sekolah Khas bagi murod bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.


b) Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan bagi murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dab separa inklusif.

Kanak-kanak Khas merupakan kanak-kanak yang dikenal pasti dan ianya disahkan oleh
pakar professional klinikal atau perubatan sebagai mengalami masalah mengganggu proses
pembelajaran.
“ ……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri-
ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkah
laku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-
perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang
maksimum….”.
Kirk, S.A. et.al. “ Educating Exceptional Children”, 1993

Definisi Kanak-kanak Khas

“…… Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, social dan emosi tidak mencapai
pertumbuhan- pertumbuhan biasa hingga mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya dari
rancangan sekolah biasa…..” Chua Tee Tee, 1981

Definisi Pendidikan Khas

3
“……… Pengajaran yang lebih bercorak individu direka bagi memenuhi keperluan-
keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurokulum yang biasa
atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa……”

Definisi “ADHD”

Selalunya ibu bapa dan guru-guru menyatakan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak
atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang
tumpuan (ADHD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan
masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak. Gangguan kurang tumpuan
(ADHD) tanpa hiperaktiviti iaitu terutama jenis yang tidak member perhatian penuh merupakan
subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi
perhatian penuh dan mudah terganggu. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami
masalah ADHD dan ADHD diandaikan dialami sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di
setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanaj-kanak
perempuan. Ini mungkin berlaku ADHD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-
kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami
gangguan ini hanya mendapat bantuan pada umur 6 hingga 9 tahun walaupun kebanyakan ibu
bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda.
ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak akan
dibawa ke alam dewasa.

Tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga


kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan
sebagainya :
a) Hiperaktiviti
 Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliat-geliut di tempat duduk
 Selalu meninggalkan tempat dudu ketika di kelas

4
 Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa
yang sama kelihatan kekok
 Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah
secara senyap
 Selalu bercakap
 Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh
motor”

b) Tempoh tumpuan yang singkat


 Sering gagal member tumpuan yang teliti keoada butir-butir terperinci atau
cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-
aktiviti lain
 Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja
harian atau tugas yang diberikan
 Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
 Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas
yang memerlukan tumpuan yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah.
 Selalu kehilangan barangmisalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan
sekolah, mainan
 Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke aktiviti lain
 Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya mengikut usia dan keupayaan
c) Tingkah laku implusif
 Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
 Kurang sabar dan sering menghadapi masalah ketika menuggu giliran
 Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
 Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

INTERVENSI AWAL MELALUI MODEL PERUBATAN DAN MODEL


SOSIAL TERHADAP KANAK-KANAK ADHD

5
ADHD juga dikenali sebagai kanak-kanak tanpa hiperaktif dan juga kanak-kanak
hiperaktif. Di mana mereka ini bersifat kurang tumpuan terhadap sesuatu benda. Lambat
menyiapkan sesuatu tugasan, tidak boleh duduk diam, impulsive dan sebagainya. Banyak juga
masalah yag melibatkan ADHD seperti masalah sosial dan juga masalah keluarga. Oleh itu, bagi
mengatasi masalah ini, guru perlu tahu apa yang mereka minat. Contohnya, dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, ia mestilah aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik perhatian
murid tersebut.

Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu
mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal
umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan
pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan.

Intervensi awal ialah proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan


kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan
fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu
perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi
(Sandler,Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan,
seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga
(Addison 2003). Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan
kelambatanperkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi
semakin serius.Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak
berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan
beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya
termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap tertentu,
mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan, mengurangkan tekanan keluarga dan
keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Guralnick (1997) berpendapat
bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi
keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu. Wolfendale (1997)

6
mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama,intervensi awal bertujuan untuk
membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-
kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam
bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. 

KONSEP INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK

Konsep intervensi awal kanak-kanak ini boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk input berguna bagi
membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam mengurangkan masalah yang dihadapi
olehmereka. Selain itu, konsep ini juga dapat merapatkan jurang kecacatan yang dihadapi oleh
kanak-kanak ini dengan masyarakat lain dan dapat membantu kanak-kanak ini dari
peringkatawalsupaya masalah ini tidak berterusan.

Program-program intervensi awal dijalankan untuk mengembangkan potensi individu


secara menyeluruh pada kecacatan yang dialami. Sebagai contoh, Majlis Kebajikan dan
Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) telah menjalankan kursus
intervensi awal kanak-kanak kurang upaya untuk member pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran kepada peserta kursus bagaimana perlunya kanak-kanak yang mengalami kecacatan
diberi khidmat pemulihan seawal mungkin bagi membolehkan mereka hidup berdikari dan dapat
memainkan peranan yang berguna dalam masyarakat.

Seterusnya, intervensi awal juga dapat memberikan perkhidmatan awal bagi


rawatan,pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi
sosial,perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga
sebaiksahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Majnemer (1998), intervensi awal bukan
jugaboleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh
mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal juga boleh
memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan
masyarakat. Selain itu,Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu
sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi antara kanak-kanak tersebut dengan
keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu.

7
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau
berpusatkanpelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas
seluruh kelas,sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada
kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan
jenis ketidakupayaan. Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk
mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998).
Oleh itu, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya
terbatas untuk memberiilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu
menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan
guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu
digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahankepada kanak-kanak dan memantau
kemajuan mereka. Seterusnya intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang
berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu,
pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi
berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar
yang berdikari,bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses
pembelajaran dalam kelasbiasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan
peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.
Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik,
menangani kekecewaan dan caramengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk
‘berdiri di atas kaki sendiri’. Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-
kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa
dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam
proses pembelajaran kanakkanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-
kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang
tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga
mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan
individu berkeperluan khas.

8
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi
membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi
mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu
program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi
pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif
pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat memberi pendekatan
penambahan komunikasi.

Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada


bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan
oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak
melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi
bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga
menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa
isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan
sebagainya.

Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk
merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama
magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-
kanak autistik. Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar
belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau
ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang
mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai.

Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada
di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa
dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik
untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami.

Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal
sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah

9
pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di
antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah,
latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan
kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi
peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran
asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri,
komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism
dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia
untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku
diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral,
dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus
tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN


BAGI MEMBANTU MASALAH KURANG TUMPUAN

David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di
mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalamdirinya untuk mengawal masalah
tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal
dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada
kanak-kanak tersebut.

Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat
memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-
kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialahADD/ADHD. Pengesahan masalah
ini perlu dibuat oleh pakar.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan
mereka disudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seelok-eloknya berhampiran tempat duduk guru.Ini

10
akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid
ADHD.

Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi
peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. Peraturan dan
prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu
memastikan murid faham peraturantersebut.

Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum
balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dandiulang.Beri peluang kepada
murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.Beri tugasan yang
ringkas.

11
BIBLIOGRAFI

Rujukan Internet

http://wanyza279.blogspot.com/

http://askep-net.blogspot.com/2013/04/tanda-penyebab-anak-hiperaktif.html

http://www.anneahira.com/adhd.htm

http://www.slideshare.net/QasehaQila/laporan-pembentangan-intervensi-awal-kanak2

http://www.slideshare.net/QasehaQila/laporan-pembentangan-intervensi-awal-kanak2

12

You might also like