You are on page 1of 7

MENGURUSKAN KUMPULAN KHAS

Konsep pendidikan inklusif meneguhkan faktor bahawa kanak-kanak berkeperluan


khas mempunyai keupayaan untuk menjadi individu yang aktif, dihargai dan
merupakan sebahagian daripada ahli komuniti di sekolah. Keperluan murid-murid ini
harus diberi perhatian agar mereka tidak tercicir dalam sistem pendidikan di negara
ini. Untuk itu, guru perlu memahami ciri-ciri kanak-kanak ini serta cara membantu
mereka dalam bilik darjah.

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas


Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk
kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan
masalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di
bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk Sindrom Down, autisme
ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder (ADHD), terencat akal minimum dan
masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Terencat Akal
Kanak-kanak yang mengalami terencat akal pada peringkat minimum diletakkan di
bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia. Terencat akal dilihat sebagai
batasan dalam fungsi intelek dan kemahiran-kemahiran penyesuaian seperti
komunikasi, penjagaan diri, kehidupan harian, sosial, kesihatan dan keselamatan,
akademik, riadah dan kerja. Guru perlu mengambil kira kadar pembelajaran kanak-
kanak ini dalam perancangan dan pelaksanaan pembelajaran. Di samping itu, guru
juga perlu memberi perhatian dan bantuan kepada kemahiran kehidupan harian dan
juga kemahiran sosial mereka.

Masalah Kerosakan Sensori


Masalah kerosakan sensori merujuk kepada masalah kecacatan fizikal, masalah
penglihatan, masalah pendengaran dan masalah komunikasi.
 Masalah Kecacatan Fizikal Antara masalah kecacatan fizikal termasuk cerebral
palsy, spina bifida dan muscular dystrophy. Kebanyakan kanak-kanak yang
menghadapi masalah kecacatan fizikal memerlukan pendidikan khas dan
perkhidmatan seperti alat bantuan khas misalnya kerusi roda atau alat pendakap
untuk membantu mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah.

 Masalah Penglihatan Masalah penglihatan termasuk masalah penglihatan pada


tahap rendah atau sederhana yang mana kanak-kanak perlu menggunakan lensa
atau cermin mata dan masalah penglihatan serius seperti buta. Oleh sebab
proses pembelajaran kanak-kanak di dalam kelas perdana memerlukan interaksi
visual, maka tempat duduk serta bahan pembacaan yang digunakan di dalam
bilik darjah perlu diberi perhatian.

 Masalah Pendengaran Masalah pendengaran boleh dibahagi kepada dua jenis,


iaitu separa pendengaran ataupun pekak. Pendekatan untuk membantu kanak-
kanak ini terdiri daripada dua cara. Pertama, kanakkanak ini boleh diajar dengan
menggunakan bahan-bahan visual. Pendekatan kedua melibatkan penggunaan
‘sign language’, iaitu menggunakan jari untuk melambangkan huruf dan
perkataan. Kedua-dua cara ini boleh digunakan bersama untuk membantu
kanak-kanak tersebut.

 Masalah Komunikasi Masalah komunikasi mungkin disebabkan oleh masalah


bahasa ataupun pertuturan. Ia mengakibatkan murid tidak dapat menerima dan
memahami maklumat yang disampaikan serta menjejaskan keupayaan murid
meluahkan pandangan serta idea-ideanya. Oleh itu, guru perlu menggunakan
beberapa strategi seperti memberi lebih masa kepada murid untuk respons,
menggunakan pendekatan pelbagai sensori dan tidak terhad kepada maklumat
lisan dan bahan bacaan sahaja.

Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran ialah kecacatan yang menghalang kemajuan akademik
seseorang individu yang bukan terencat akal dan bukan menghadapi masalah emosi
(Slavin, 2003). Kebanyakan masalah pembelajaran ini bersifat sepanjang hayat dan
sekiranya guru mengesyaki murid menghadapi masalah pembelajaran, beliau
seharusnya merujuk murid tersebut kepada pakar yang boleh membantu mengenal
pasti masalah murid tersebut.

Masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti termasuk masalah membaca,


menulis, mengira dan juga masalah komunikasi. Kanak-kanak dengan masalah ini
tidak memahami sebab-sebab pembelajaran begitu mencabar dan susah. Lama-
kelamaan mereka akan menerima masalah ini sebagai takdir, di luar kawalan dan
seterusnya berhenti daripada berusaha untuk memperbaiki keadaan. Justeru, guru
perlu mengambil beberapa langkah pengurusan bilik darjah untuk membantu murid-
murid ini.

Autistik
Seseorang yang mengalami autisme akan menunjukkan masalah interaksi,
komunikasi dan tingkah laku. Masalah ini menyukarkan keupayaan individu untuk
berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Murid yang menghadapi masalah
ini memerlukan pengajaran individu atau kumpulan kecil dan suasana kelas yang
berstruktur.

Lewat Perkembangan
Lewat perkembangan ialah apabila perkembangan kanak-kanak tidak berlaku pada
masa-masa yang telah diterima sebagai norma dan ia memberi kesan kepada
perkembangan bahasa, pertuturan, kemahiran sosial dan psikomotor kanak-kanak
tersebut. Masalah ini mungkin disebabkan oleh pengaruh genetik atau persekitaran
dan ia boleh dikenal pasti melalui penilaian-penilaian tertentu oleh pakar atau ahli
psikologi. Seperti kanak-kanak autistik, kanak-kanak ini juga akan menerima
manfaat daripada pengajaran individu.

Hiperaktif (ADHD dan ADD)


Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau Attention Deficit Disorder (ADD)
ialah masalah kesukaran dalam mengekalkan perhatian, tingkah laku yang hiperaktif
dan impulsif. Kanak-kanak ini perlu sering dipantau, arahan perlu diulang dan guru
mungkin boleh menggunakan strategi pengurusan tingkah laku.

Masalah Pintar Cerdas atau Berbakat


Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan intelek, kreativiti, daya kepimpinan serta
prestasi akademik yang cemerlang. Hasil kerja kanak-kanak ini menampakkan
keaslian serta menunjukkan kemajuan yang menjangkau peringkat umur mereka.
Justeru, kanak-kanak ini memerlukan program khas untuk membantu
mengembangkan potensi mereka.

Masalah Emosi dan Tingkah Laku


Masalah emosi dan tingkah laku merangkumi masalah interaksi sosial, sikap agresif,
kemurungan, ciri-ciri sosioemosi yang tidak sesuai ataupun perasaan takut
berlebihan terhadap perkara berkaitan dengan peribadi ataupun sekolah. Guru perlu
bekerjasama dengan ibu bapa dan guru kaunseling dalam usaha membantu murid
tersebut. Maklumat tingkah laku murid dalam kelas mesti direkodkan dengan jelas
untuk dimaklumkan kepada semua pihak berkenaan. Selain itu, guru juga perlu
meluangkan masa untuk membantu murid tersebut menyesuaikan dirinya di dalam
kelas.

PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN KANAK-KANAK


TERENCAT AKAL
 Kadar pembelajaran yang rendah berbanding rakan lain. Maka,berikan lebih
masa, buka ruang dan peluang yang lebih.
 Sukar faham idea abstrak. Sentiasa perlukan something simple and concrete.
Sukar buat generalisasi. Kemahiran berbahasa yang rendah berbanding kawan
lain. Jadi, arahan perlulah ringkas tapi jelas, dan perlu dalam urutan kronologikal.
Perlu juga guna pendekatan bawa objek/model instead of just belajar perkataan
dan gambar sahaja.
 Kelemahan dalam pemindahan pelajaran (sukar aplikasikan). Masalah ingatan
lemah/singkat. Jadi, kemahiran baharu perlu sentiasa diulang dan dipraktikkan.
Kemahiran itu juga perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil.
 SEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah sawan:


 Guru harus tenang dan meyakinkan murid tentang keadaan rakan mereka (murid
yang sawan tersebut).
 sekiranya sawan pada tahap rendah, guru perlu kerap menyoal dan mengulang
agar murid tersebut boleh ikut perkembangan bilik darjah.
 Ketika serangan, murid tersebut perlu diletakkan di atas lantai dengan kepala
disendengkan ke tepi. Kain/selimut boleh diletakkan bawah kepala murid
 Alih semua objek bagi mengelakkan kecederaan.
 Jangan cuba halang pergerakan murid, tapi cuba untuk longgarkan tali pinggang,
necktie, butang baju untuk mudahkan pernafasan. Jika masih tidak pulih untuk
beberapa ketika, dapatkan bantuan perubatan.

Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah penglihatan


 Susunan bilik darjah perlu konsisten dan tidak berubah.
 Perabot/alatan tidak menghalang laluan atau diletakkan di tempat yang sesuai.
 Murid dibekalkan dengan bahan bacaan yang ada kualiti cetakan yang baik
(large print/braille)
 Tempat duduk murid hampir dengan papan putih/LCD
 Galakkan murid guna komputer/pita rakaman

Pengurusan bilik darjah melibatkan murid masalah pendengaran:


 Tempatkan mereka di hadapan.
 memandang murid ketika beri arahan atau mengajar.
 maklumat pengajaran disokong dengan visual.
 maklumat penting/kata kunci ditulis di papan putih.
 Latih lip reading/sign language
 galakkan buddy system supaya rakan dapat membantu
 penggunaan teknologi dalam p&p
 Galakkan perkembangan sosial berlaku dalam kelas.

Pengurusan bilik darjah yang melibatkan masalah pembelajaran:


 ajar murid cara belajar dan memproses maklumat.
 beri maklum balas secara kerap.
 libatkan mereka secara aktif dalam pembelajaran
 sediakan bimbingan personal (eye to eye/1 to 1)

PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN AUTISTIK


 Guru perlu menyediakan murid-murid lain untuk menerima kehadiran murid
autistik
 Guru perlu menyediakan diri
 Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang berstruktur
 Persekitaran tempat mesti selamat
 Menggunakan strategi pengurusan tingkah laku
 Menyediakan kaedah pengajaran kumpulan kecil @ pengajaran individu bagi
kanak-kanak
 Mendapat bantuan dan nasihat pakar

PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN ADHD


 Memberikan pertimbangan khas semasa memilih tempat duduk
 Memastikan murid ini jelas akan peraturan dalam bilik darjah
 Mewujudkan rutin dalam bilik darjah
 Memberikan murid ini arahan, tugasan atau masalah yang ringkas dan
memberitahu kanak-kanak ini akibat sekiranya tugasan tersebut dilengkapkan
 Memberi peluang kepada anak murid untuk terlibat dalam aktiviti bilik darjah
CARA MEMBANTU PINTAR CERDAS
 Program ekspres
 Beri peluang murid belajar ikut kadar kendirinya.
 Pisahkan murid daripada rakan sekelas
 Beri peluang murid bekerjasama dengan murid yang lebih tua
 Program Pengayaan
 Aktiviti yang dapat beri kefahaman yang lebih terjadap sesuatu topik
 Melibatkan pembelajaran kendiri
 Aktiviti yg bersifat penyiasatan. Cth: projek, temuduga tulis laporan.

CARA MENGURUSKAN MASALAH TINGKAH LAKU & EMOSI


 Beri hukuman yang setimpal
 Beri peneguhan positif
 Maklumkan kepada murid tentang peraturan kelas dan ia perlu sesuai dengan
umur murid
 Ajar teknik pengurusan diri
 Beri peluang kepada murid untuk membaiki kesilapan mereka
 Guru berkerjasama dgn ibubapa dan kaunselor

Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah yang berkesan memerlukan guru yang melengkapkan
dirinya supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin timbul. Guru
sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik yang boleh menyelesaikan masalah di
dalam bilik darjah.

You might also like