You are on page 1of 21

KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN KHAS
EDUP 3023

SITI SALSABILA BINTI


MOHAMAD ESA
PN. KARIMAH BT MAMAT @
HARUN
PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami


kecacatan dalam satu aspek dan mempunyai tingkah
laku yang tersendiri mengikut jenis kecacatan yang
dialami.
Oleh sebab itu, dalam sesebuah kelas akan terdapat
murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid
yang menghadapi kesukaran dalam mengikuti
pengajaran.
Perbezaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat
mengikuti pembelajaran di dalam kelas dengan
sebaiknya.
Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan
yang berbeza daripada kanak-kanak biasa misalnya
keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran
berinteraksi dan komunikasi.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ini
tidak mengikut kadar yang sama berbanding dengan
kanak-kanak normal.
Pendidikan yang khusus telah disediakan kepada
kanak-kanak ini iaitu pendidikan khas.
•Murid keperluan khas

McDonnell diklasifikasikan kepada terencat


akal, gangguan tingkah laku,
autisme, gangguan pembelajaran,
et. al. kecacatan deria serta kecacatan
fizikal dan kesihatan yang lain.
(1995)

• Mengkategorikan murid

Sheila &
berkeperluan khas sebagai kanak-
kanak yang memerlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang
Samsilah berbeza daripada murid biasa. Kanak-
kanak ini dibahagikan kepada murid

(2006)
bermasalah penglihatan,
pendengaran dan pembelajaran
MASALAH
PENGLIHATAN

KATEGORI
PINTAR KANAK-KANAK MASALAH
CERDAS BERKEPERLUAN PENDENGARAN
KHAS

MASALAH
PEMBELAJARAN
KATEGORI DAN CIRI-CIRI KANAK-
KANAK BERKEPERLUAN khas

Attention Deficit
Hyperactivity
Disorder
(ADHD)

DISLEKSIA AUTISM
 Kanak-kanak yang mengalami masalah ini
biasanya membaca dengan perlahan, kurang
tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-aduk perkataan yang berbunyi
sama.
 Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan
minat terhadap buku.
 Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin
kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang
sama.
CIRI-CIRI DISLEKSIA

Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar untuk menulis nama sendiri
Sukar mengenal bentuk dan warna
Sukar untuk memberitahu cerita yang
telah didengarinya.
Masalah dalam membezakan 15 dengan 51.
Perkataan “was” menjadi “saw”
Sukar membezakan antara “b” dan “d”
ADHD
(Attention Deficit Hyperactivity Disorder)
ATTENTION DEFICT HYPERACTIVITY DISORDER
(ADHD)

 ADHD merupakan masalah dalam memberi tumpuan kepada aktiviti


pengajaran dan pembelajaran.
 ADHD disebabkan kekurangan neurotransmitter yang khusus iaitu
noreprinephrine dan dopamine dalam sel otak dan dapat dikawal
dengan ubat untuk meningkatkan neurotransmitter.

Tidak dapat Bersifat


mengekalkan hiperaktif Pelupa dan Sukar
perhatian dan dan sentiasa menyiapkan
mudah pergerakan memerlukan sesuatu
mengalihkan fizikal yang penyeliaan. tugasan.
perhatiannya. keterlaluan.
KAWALAN ADHD

(Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006)-ADHD boleh dikawal dengan
pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-
kanak yang tidak mempunyai ADHD. Namun penggunaan dadah tidak berkesan
bagi semua kanak-kanak dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak
diketahui.

David Nylund (Woolfolk & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di
mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk
mengawal masalah tersebut.

Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD bahawa kesukaran boleh
dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang
boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebit. Beliau mencadangkan supaya
guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi
perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini


seeloknya berhampiran tempat duduk guru.
Ini akan memberi peluang kepada guru untuk
menegur dan memberi motivasi kepada
murid-murid ADHD.
Guru juga boleh menggunakan prinsip
peneguran di mana kanak-kanak ini diberi
peneguran positif apabila mereka
menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.
Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti
dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.
Guru perlu memastikan murid memahami
peraturan tersebut.
Semasa mengajar, arahan yang diberikan oleh
guru perlu ringkas dan diulang.
Memberi peluang kepada murid yang hiperaktif
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang
aktif.
Beri tugasan yang ringkas.
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup
yang terlalu sukar untuk dipulihkan.
Kanak-kanak autisme ini menghadapai masalah
komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau
mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang
berlainan.
Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat
yang tidak suka bertentang mata dan tidak
menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi.
Mereka lebih berminat kepada barang permainan
daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di
sekitarnya.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

 Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-


kemahiran kesediaan untuk belajar, misalnya duduk dan
memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor
misalnya penggunaan alat, gunting dan kemahiran sosial
seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
 Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu
kanak-kanak berdikari seperti membaca notis, surat khabar
dan mengisi borang permohonan.
 Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri dengan membantu
mereka menyenaraikan jadual kerja dan menyenaraikan
perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.
 Memberi latihan dan peluang untuk
mempratikkan apa yang telah dipelajari dengan
mengulang langkah ataupun konsep yang telah
dipelajari.
 Perubahan adalah sesuatu yang sukar diterima
oleh mereka dan amalan rutin harus dipraktikkan
dalam bilik darjah.

You might also like