You are on page 1of 5

Pengenalan

Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Terdapat dua perkara utama menyebabkan kecacatan seperti ini berlaku. Iaitu pengaruh baka dan persekitaran. kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan murid yang cacat menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Murid-murid yang mengalami kecacatan berbeza dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegitan fizikal.

Perbezan dari segi perkembangan ini mengakibatkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhir terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya. Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Bagi mereka Kementerian pelajaran terpaksa menyediakan perkhidmatan pendidikan seperti pendidikan khas.mKategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktie disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan khas ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka akan mengikut kurikulum seperti kanak-kanak lain. Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendididkan khas. Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanakkanak lain.

Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat makanan ataupun dadah. Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang, perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat tinggi. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Kategori Kanak-kanak Keperlaun Khas i. Masalah kecacatan fizikal ii. Masalah penglihatan iii. Masalah pendengaran iv. Masalah pertuturan v. Masalah pembelajaran vi. Masalah tingkahlaku vii. Lembab ( slow learner) viii. Terencat akal ringan ix. Autisme x. Pintar cerdas xi. Sindrom Down xii. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD xiii. Disleksia Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Masalah Kecacatan Fizikal Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.

Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Kecacatan Fizikal Cerebral palsy Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanakkanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal. Epilepsi Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurolog yang menyebabkan kanak-kanak mengeletar. Spina bifida

Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabk kelumpuhan pada bahagian bawah badan. Ia adalah sat keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh diban dengan pembedahan.

Muscular dystrophy

Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.

Limb deficiencies

Asthma

Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna in mungkin disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu. Masalah penafasan yang berlaku apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi semp Masalah ini dibantu dengan dadah dan penggunaan nebulisec

Diabetes

Leukemia

Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul. Satu bentuk kanser yang biasa di kalangan kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan peningkatan secara mendadak se darah putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya.

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau asthma. Guru juga perlu

jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanakkanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (book holders) ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Masalah Penglihatan Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya.

Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Implikasi Kepada Pengjaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanakkanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti hands-on. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like